Logo rasmi perlumbaan Tour Gateh D Tranung yang dijenamakan kembali.
Penganjuran perlumbaan sukan berbasikal terbesar di negeri Terengganu kini kembali setelah kali terakhir dianjurkan pada 10 tahun dahulu yang dikenali sebagai Jelajah Terengganu. Kini penganjuran perlumbaan yang dijenamakan Tour Gateh D’Tranung bakal mencipta sensasi penganjuran tersendiri setelah berjaya menarik 27 pasukan termasuk dua pasukan dari luar negara sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.
Penyertaan barisan-barisan pasukan profesional ternama seperti Terengganu Polygon Cycling Team(TSG), Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan Singapura yang merupakan peserta tunggal dari luar negara merupakan di antara 16 pasukan berstatus kelab dan 11 pasukan berstatus negeri memberi satu penanda aras terbaik buat penganjuran lumba basikal lebuhraya di pantai timur ini.
Jersi-jersi peringkat perlumbaan yang menjadi taruhan Tour Gateh D Tranung 2022.
Kerajaan Negeri Terengganu selaku penganjur utama dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Lumba Basikal Terengganu(PLBT) mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km merentasi 8 daerah dalam negeri ini untuk memburu kejuaraan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 60,000. Perlumbaan ini juga turut mempertaruhkan perebutan jersi kuning, hijau, merah dan putih untuk dinobatkan juara.
5 peringkat perlumbaan menjadi taruhan di mana cabaran pertama untuk kayuhan sejauh 130.9km akan bermula dari Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu berakhir di Jerteh, Besut pada 21 Mac 2022 ini. Hari kedua perlumbaan memberi cabaran kayuhan terjauh berbanding 5 peringkat perlumbaan untuk kayuhan sejauh 173.2km bermula dari hadapan stesen bas Permaisuri, Setiu untuk ditamatkan di Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir.
Poster rasmi terkini penganjuran perlumbaan Tour Gateh D Tranung 2022 di mana lokasi terkini bagi majlis memperkenalkan pasukan bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 20 Mac 2022.
Bagi peringkat tiga perlumbaan kayuhan sejauh 145.1km bakal bermula di daerah Marang menuju ke Dungun dan peringkat ke-4 perlumbaan dengan cabaran kayuhan sejauh 111.4km dari daerah Dungun ke Kemaman. Manakala bagi cabaran ke 5 perlumbaan Tour Gateh D’Tranung ini memberi kelainan buat setiap pelumba dengan mempertaruhkan format perlumbaan kriterium yang akan bermula pada waktu malam bagi jarak kayuhan sejauh 45km.
Perlumbaan jelajah Tour Gateh D’Tranung mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km melibatkan 4 peringkat cabaran berbasikal lebuhraya termasuk 8 zon pendakian dan satu cabaran perlumbaan kriterium pada hari terakhir perlumbaan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak RM650,000 dibelanjakan bagi kos penganjuran perlumbaan selama 5 hari merentasi ke semua daerah di dalam negeri Terengganu ini. Selain acara perlumbaan yang menjadi keutamaan, turut berlansung menambah sensasi penganjuran iaitu perarakan kenderaan berhias sebagai simbolik bagi setiap daerah yang disinggahi. Beliau juga turut memberi pandangan bahawa kejohanan perlumbaan basikal lebuh raya ini akan diadakan secara dwitahunan dan menyasarkan penyertaan antarabangsa yang lebih besar lagi.
KIT MEDIA PERSATUAN TENIS TERENGGANU TARIKH: 12 MAC 2022 TEMPAT: ARENA BOUTIQUE HOTEL, KUALA TERENGGAN
PERSATUAN TENIS TERENGGANU (PTT):
Presiden Persatuan Tenis Terengganu YM Tengku Nor Fazyudi Tengku Embong. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
1. Latarbelakang penubuhan PTT
a. PTT merupakan sebuah persatuan sukan tenis yang berdaftar dengan Pensuruhjaya Sukan Malaysia. Ia ditubuhkan bagi tujuan menggalakkan dan membangunkan sukan tenis di peringkat Negeri Terengganu termasuk menganjurkan kejohanan/perlawanan sukan tenis di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, mengendalikan aktiviti pembangunan atlet sukan tenis Terengganu serta aktiviti-aktiviti berkaitan sukan tenis dan PTT juga mewakili Negeri Terengganu bagi segala urusan rasmi berkaitan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Asian Tennis Federation (ATF) dan International Tennis Federation(ITF).
b. PTT merupakan ahli gabungan Lawn Tennis Association Malaysia (LTAM)
c. PTT telah menganjurkan pelbagai kejohanan sukan tenis di Negeri Terengganu dan pernah beberapa kali diberi hak penganjuran pertandingan tenis di peringkat antarabangsa.
d. Keahlian PTT terdiri dari persatuan/kelab/individu penggiat sukan tenis di setiap daerah di
Negeri Terengganu.
2. Fokus utama PTT
a. Program pembangunan di peringkat akar umbi– Junior Tennis Incentive
b. Penganjuran/penyertaan dalam pertandingan sukan tenis peringkat tempatan, negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
c. Gender Equality dalam aktiviti sukan tenis di Negeri Terengganu.
d. Membantu Kerajaan Negeri Terengganu dan agensi kerajaan pusat bagi agenda pembangunan sukan tenis di Negeri Terengganu.
Presiden Persatuan Tenis Terengganu YM Tengku Nor Fazyudi Tengku Embong(tiga dari kanan) bersama Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Hama Hakim Wahyudi bin Awang(tengah) dan Timbalan Presiden Persatuan Tenis Terengganu Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan bersama barisan penaja bagi musim 2020 dalam satu majlis di Kuala Terengganu pada 12 Mac 2022. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
MAJLIS MENANDATANGANI MOU DENGAN PENAJA PTT
1. PTT amat berbesar hati untuk memperkenalkan barisan penaja PTT bagi tahun 2022.
2. 4 penaja yang telah bersetuju memberi tajaan dalam bentuk wang tunai, barangan dan perkhidmatan dan berikut sedikit latarbelakang penaja PTT bagi tahun 2022;
PENAJA PERTAMA: HUSA NETWORK SDN BHD (MANIS FM)
1. HUSA NETWORK adalah sebuah syarikat yang telah diberi lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai pengendali stesen radio yang bersiaran selama 24 jam sehari menerusi platformnya yang dikenali sebagai “MANIS FM” yang boleh diakses melalui 4 frekuensi iaitu Terengganu 102.0fm, Kelantan 90.6fm, Pahang Timur 95.1fm dan Pahang Tengah 103.8fm serta siaran radio atas talian. Ia mula beroperasi sejak tahun 1998 sebagai stesen radio swasta pertama di Pantai Timur.
2. Manis FM merupakan penaja utama PTT dan akan berperanan sebagai radio rasmi PTT untuk aktiviti-aktiviti PTT bagi tahun 2022.
PENAJA KE-2 : TFM SPORTS SDN BHD
1. Pembekal barangan sukan jenama TECNIFIBRE untuk pasaran di Malaysia.
2. TECNIFIBRE merupakan jenama global bagi barangan sukan yang berpengkalan di Negara Perancis.
3. Pembekal bola tenis rasmi pertandingan anjuran PTT bagi tahun 2022.
4. TFM akan turut sama memeriahkan program/kejohanan yang akan diadakan oleh PTT seperti sumbangan hadiah-hadiah barangan sukan jenama TECNIFIBRE, menyediakan peralatan keperluan berkaitan gelanggang tenis PTT seperti tennis court windbreaker yang dibawa khas dari Negara Perancis.
PENAJA KE-3: KOMII JERSI ENTERPRISE
1. KOMII merupakan jenama pakaian sukan yang tidak asing lagi di kalangan penggiat sukan dan dimiliki oleh anak tempatan.
2. Dengan rekabentuk yang menarik serta kualiti yang ditawarkan, PTT bersetuju melantik syarikat ini sebagai penyedia pakaian rasmi kepada pegawai PTT dan atlet kelolaan PTT bagi tahun 2022.
3. KOMII amat komited untuk membantu PTT mendapatkan gaya yang segar dan moden, sesuai dengan imej PTT sebagai sebuah persatuan tenis yang aktif di negara ini.
PENAJA KE-4: ARENA BOUTIQUE HOTEL
1. ARENA BOUTIQUE HOTEL merupakan hotel butik bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah Bandar Kuala Terengganu yang menawarkan pakej bilik penginapan yang moden dan segar dengan harga berpatutan.
2. Merupakan hotel rasmi PTT bagi penginapan deligasi dan atlet sukan tenis yang datang ke Kuala Terenggan bagi menyertain kejohanan yang dianjurkan oleh PTT.
3. ARENA BOUTIQUE HOTEL juga bersetuju menawarkan harga istimewa kepada pengunjung yang terlibat dengan aktiviti PTT di samping penggunaan kemudahan hotel untuk aktiviti-aktiviti utama PTT.
Disediakan oleh Persatuan Tenis Terengganu bertarikh 12 Mac 2022.
Misi bantuan bencana banjir di Hulu Terengganu yang dihulurkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) turut mendapat perhatian perhatian perunding kewangan, AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyumbang sebanyak 5 tan keperluan asas termasuk makanan untuk diagihkan.
Jarak bukan penghalang buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang berada di ibu kota dalam usaha murni dengan jalinan kerjasama strategik melalui badan bukan kerajaan(NGO) AUF MBZ bersama PRNT yang dilihat tepat. Turut bersama adalah Ducati Official Club Malaysia(DOCM) untuk sama sama bergandingan dengan PRNT untuk mengagihkan sumbangan bantuan.
YM Che Ku Amzar Che Ku Azmi daripada badan bukan kerajaan(NGO) AUF MBZ sewaktu menyampaikan bantuan keperluan asas dan makanan sebanyak 5 tan untuk diagihkan kepada mangsa bangjir di Hulu Terengganu.
“Hari ini kami daripda AUF MBZ Consortium bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan Ducati Official Club Malaysia(DOCM) akan menyampaikan sumbangan keperluan asas dan makanan sebanyak 5 tan kepada semua mangsa bencana banjir ini. InsyAllah, semoga dipermudahkan segala urusan ini. Alhamdullilah, saya cukup gembira dan terkejut juga dengan persatuan ragbi datang membantu kita ini”, ujar YM Che Ku Amzar Che Ku Azmi daripada badan bukan kerajaan(NGO) AUF MBZ wakil kepada perunding kewangan AUF MBZ Consortium PLT AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyampaikan sumbangan terus dari Kuala Lumpur untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Hulu Terengganu ini.
Manakala Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab yang ditemui di lokasi bencana menzahirkan ribuan terima kasih kepada AUF MBZ Consortium di atas kepercayaan untuk menjalin kerjasama strategik bagi menyampaikan bantuan terus pintu rumah mangsa bencana. Che Mohd Zulkarnain juga melihat perkembangan ini secara positif di mana entiti sukan negeri ini mendapat kepercayaan daripada pihak korporat bagi kerja-kerja amal yang sememangnya telah dilakukan sejak sekian lama.
Untuk rekod, PRNT yang merupakan badan induk sukan ragbi negeri Terengganu merupakan antara entiti sukan yang sentiasa turun ke lokasi-lokasi bencana bagi menyampaikan bantuan. Terdahulu selain beberapa bencana di negeri Terengganu, PRNT juga turut hadir menyalurkan bantuan pada mangsa bencana kepala air di Kedah pada tahun lalu dan banjir besar Kelantan pada 2014.
Setelah hampir empat tahun melakukan persiapan menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) ini, pemegang-pemegang taruh utama sukan berbasikal lasak(XCO – Mountain Bike) meletakkan harapan yang tinggi agar acara ini turut dipertandingkan nanti seperti penganjuran-penganjuran terdahulu.
Tiada sebarang kata putus bagi jenis acara yang dipertandingkan walaupun sukan berbasikal merupakan sukan teras dalam penganjuran SUKMA nanti meletakkan kem sukan berbasikal lasak dalam situasi tiada kepastian untuk setiap program latihan yang telah direncanakan sejak SUKMA Perak 2018 melabuh tirai.
Perkembangan ini juga turut memberi tekanan emosi buat sebahagian atlet-atlet khususnya yang menaruh harapan besar untuk membuat penampilan terakhir di pentas SUKMA. Faktor peraturan pertandingan yang menyasarkan peringkat umur tertentu bakal menafikan peluang buat atlet-atlet yang telah berusaha sejak di bangku sekolah lagi.
Ketua jurulatih basikal lasak XCO Terengganu Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti
“Kami amat berharap acara sukan berbasikal lasak ini dipertaruhkan seperti mana SUKMA edisi lalu begitu juga kita berharap tarikh penganjuran SUKMA 2022 tidak diumumkan pada saat-saat akhir kerana ianya menyukarkan kami untuk menyusun atur pemilihan pelumba-pelumba kami. Program latihan kami mengikut jadual ketat yang telah dirangka oleh itu kesilapan percaturan pemilihan pelumba tepat pada masanya akan memberi risiko pada pungutan pingat SUKMA 2022 yang disasarkan. Kami menyasarkan pingat emas untuk sukan berbasikal ini.” ujar Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti yang menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih basikal lasak XCO Terengganu.
Ketua jurulatih basikal lasak XCO Perak Nur Assyira Zainal Abidin
“Buat Perak, kami dalam momentum persiapan pasukan yang sepatutnya beraksi pada SUKMA 2020 di Johor namun setelah dibatalkan kami terpaksa bermula sekali lagi. Sehingga kini kami masih terus berlatih namun tanpa sebarang pengumuman tarikh penganjuran SUKMA 2022 ianya sedikit menganggu fokus kami kerana beberapa faktor lain oleh pelumba kami itu sendiri. Tidak dinafikan ada di antara mereka perlu membuat pilihan memikirkan masa depan mereka sama ada untuk menyambung penganjian atau memilih kerjaya yang lain. Ianya memberi cabaran buat kami sekalu jurulatih untuk mempersiapkan pasukan.” berkata ketua jurulatih basikal lasak XCO Perak Nur Assyira Zainal Abidin kepada PenyuSukan.com
Perak yang diketuai oleh ketua jurulatih Nur Assyira Zainal Abidin menguji pasukan basikal lasak lelaki dan wanita yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA untuk beraksi di Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan di litar XCO Bukit Chatak, Dungun pada 19 Februari 2022.
Perak yang diketuai oleh ketua jurulatih Nur Assyira Zainal Abidin menguji pasukan basikal lasak lelaki dan wanita yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA untuk beraksi di Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan di litar XCO Bukit Chatak, Dungun pada 19 Februari 2022.
Menambah duka, sekiranya acara ini tidak dipertandingkan pada tahun ini sudah pasti harapan pelumba-pelumba muda ini bakal ranap untuk penganjuran seterusnya yang bakal diadakan pada tahun 2024 nanti. Situasi ini sedikit sebanyak membebankan barisan kejurulatihan dalam usaha memastikan setiap pasukan masing-masing sentiasa bersedia bagi merangkul sebarang warna pingat yang dipertandingkan.
Untuk rekod, kali terakhir acara sukan berbasikal lasak dipertandingkan di pentas SUKMA adalah pada tahun 2018 di Perak. Berikutkan pandemik COVID-19 yang melanda memaksa Johor selaku tuan rumah terpaksa menunda penganjuran pada tahun 2020.
Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu kembali menjadi tumpuan bagi penganjuran Liga Hoki Malaysia 2022 setelah tiada sebarang aksi di sini pada musim lalu.
Saingan Liga Hoki Malaysia bagi edisi ke-32 penganjuran sejak 1987 kini kembali untuk berentap di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah semusim yang lalu terhalang berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global. Situasi itu memaksa penganjuran terpaksa dilaksanakan berkonsepkan gelembung sukan di mana Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menjadi venue tunggal untuk setiap pasukan bertanding.
Terengganu Hockey Team(THT) yang membuat penampilan pertama dalam sejarah kejuaraan liga hoki sejak 2013 bakal beraksi di laman sendiri bagi 5 perlawanan terakhir musim ini sebelum mara ke pusingan kedua kejuaraan untuk penentuan perlawanan akhir untuk bergelar juara.
THT yang juga merupakan penyandang juara Piala TNB masih mengekalkan beberapa tonggak utama mereka pada musim ini untuk berada di bawah kendalian Roslan Jamaluddin yang pertama kali galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih di pentas Liga Hoki Malaysia ini. Roslan Jamaluddin juga bergandingan bersama Asrul Hisyam Ahmad @ Hamid selaku penolong jurulatih bagi membimbing seramai 36 pemain yang telah didaftarkan bagi saingan Liga Hoki Malaysia 2022.
Berikut jadual perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu:
7 MAC 2022(ISNIN) 0500 PETANG | STADIUM HOKI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.
THT vs MAYBANK
13 MAC 2022(AHAD) 0500 PETANG | STADIUM HOKI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.
THT vs UiTM HA
16 MAC 2022(RABU) 0500 PETANG | STADIUM HOKI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.
THT vs NDT(M)
19 MAC 2022(SABTU) 0500 PETANG | STADIUM HOKI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.
THT vs TNB THUNDERBOLTS
22 MAC 2022(ISNIN) 0500 PETANG | STADIUM HOKI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.
THT vs TNB
Pasukan pembangunan berbasikal wanita elit dunia, CANYON/SRAM Generation secara rasmi mengumumkan barisan pelumba-pelumba mereka bagi musim ini yang sudah pasti tumpuan ke arah satu-satunya pelumba tanah air kelahiran negeri Terengganu iaitu Siti Nur Alia Mansor yang juga merupakan pelumba Terengganu yang kini dalam persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA).
CANYON/SRAM Generation dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Siti Nur Alia Mansor adalah di antara 8 pelumba pertama yang terpilih untuk pasukan baharu ini setelah menerima 239 permohonan dari 62 buah negara seluruh dunia. Untuk rekod, CANYON//SRAM Generation merupakan sebuah pasukan program pembangunan di bawah naungan CANYON//SRAM Racing yang baharu dibentuk pada tahun ini untuk memberi peluang kepada pelumba-pelumba dari pelbagai benua untuk turut bersaing dalam perlumbaan di Eropah.
Pada musim ini selain dua pelumba dari German, pelumba wanita yang terpilih adalah dari 7 negara merentasi 4 benua berlainan. Barisan pelumba ini juga turut berpeluang untuk menyertai CANYON//SRAM Racing, sebuah pasukan berbasikal wanita elit dari German yang berstatus Jelajah Dunia Wanita UCI.
“Selain memberi fokus pada perlumbaan, program pembangunan pasukan juga menjadi sebahagian dari hala tuju yang ditetapkan di mana CANYON//SRAM Racing tidak hanya memilih pelumba-pelumba yang berprestasi sahaja. Kami mahu setiap pelumba-pelumba yang terpilih juga mempunyai nilai-nilai untuk menjadi duta buat pasukan kami. Selain penilaian berdasarkan rekod-rekod kejayaan terdahulu yang telah dicapai oleh pelumba itu, kami juga turut menilai apakah matlamat mereka bersama pasukan dan bagaimana setiap pelumba ini mampu untuk menyumbang kejayaan sesuatu pasukan itu.”, ujar Christine Kalkschmid yang terlibat dalam pemilihan pelumba musim ini.
Manakala Ronny Lauke selaku pengurus pasukan CANYON//SRAM Racing Team cukup teruja dengan barisan pelumba-pelumba musim ini yang hadir dari pelbagai negara. Selain memberi fokus pada kalendar perlumbaan berbasikal dunia UCI, pelumba-pelumba ini juga turut kompetitif beraksi di pentas kebangsaan di negara masing-masing bakal memberi kelebihan buat pasukan untuk terus maju.
Agua Marina Espinola Salinas – 25 tahun
Merupakan pelumba berbasikal pertama mewakili Paraquay di pentas Olimpik dan juga merupakan juara kebangsaan negara itu dan turut pernah beraksi dalam beberapa perlumbaan di Eropah. Espinola Salinas juga secara tidak rasmi dilantik sebagai kapten pasukan CANYON//SRAM Generation.
Siti Nur Alia Mansor – 21 tahun
Mula memberi fokus secara serius dalam sukan berbasikal setelah mewakili negeri kelahiran, Terengganu setelah meraih pingat gangsa dalam penampilan pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun 2016 di Sarawak. Momentum kejuaraan tidak terhenti di situ sahaja apabila terus mendominasi beberapa podium di peringkat kebangsaan.
Fatima Deborah Conteh – 22 tahun
Meraih juara dalam perlumbaan terbesar di Sierra Leone, Tour De Lunsar pada 2018 dan sekali lagi pada tahun 2021. Kemahiran pecutan menjadi taruhan untuk bersama CANYON//SRAM Generation.
Valentine Nzayisenga – 19 tahun
Seawal usia 19 tahun telah meraih juara dalam kejohanan kebangsaan di Rwanda dengan hanya pendedahan sukan berbasikal selama setahun sebelum itu. Nzayisenga turut beraksi di pentas Kejuaraan Benua Afrika untuk berada kedudukan dalam kelompok 10 pelumba terbaik dan Kejuaraan Dunia Berbasikal Lebuhraya UCI pada tahun lalu.
Antonia Niedermaier – 20 tahun
Mula menceburi sukan ski pergunungan(ski mountaineering) secara kompetitif sebelum menyertai perlumbaan sukan berbasikal setahun lalu.
Llori Sharpe – 22 tahun
Merupakan bekas atlet kebangsaan Jamaica bagi sukan renang dan triathlon selama beberapa tahun sebelum meraih pingat gangsa dalam acara ujian masa Kejuaraan Berbasikal Caribbean dan tempat ke-5 berbasikal lebuhraya pada tahun lalu. Kemahiran kayuhan pendakian menjadi taruhan untuk bersama CANYON//SRAM Generation.
Ricarda Bauernfeind – 21 tahun
Pemenang pingat gangsa dalam Kejuaraan Berbasikal Lebuhraya German pada 2021 ini hasil gigih berlatih tanpa jurulatih selama tiga tahun sewaktu memberi fokus pada pengajian di universiti. Kemahiran kayuhan pendakian menjadi taruhan untuk bersama CANYON//SRAM Generation.
Olivia Shililifa – 19 tahun
Pelumba Namibia yang muncul juara bagi kategori U23 dalam Kejuaraan Berbasikal Lebuhraya Namibia pada tahun 2019 ini juga merupakan atlet basikal lasak MTB di pentas antarabangsa.
Penganjuran perlumbaan berbasikal Como Challenge 2022 mendapat kepercayaan barisan penaja-penaja walaupun pandemik COVID-19 masih belum berakhir.
Laluan berliku muka bumi beraltitud tinggi merentasi banjaran berbukit jauh dari kesibukkan jalan raya di pendalaman Hulu Terengganu menjadi penanda aras baharu buat penganjuran perlumbaan sukan berbasikal lebuhraya tempatan.
Menawarkan cabaran perlumbaan berbasikal intensiti tinggi sejauh 50km dengan laluan pendakian berbukit berjaya menarik penyertaan seramai 951 pelumba sekaligus menjadi antara penganjuran lumba berbasikal terbesar di dalam negara.
Puncak bukit Sungai Chomor di ketinggian 657 kaki dari aras laut berhampiran Tasik Kenyir menjadi garisan penamat bagi perlumbaan Como Challenge 2022.
Cabaran pendakian dan laluan berliku sepanjang 50km jarak kayuhan Como Challenge 2022 menjadi cabaran utama buat pelumba.
Menambah prestij perlumbaan, jumlah penyertaan seramai 951 pelumba termasuk penyertaan dari beberapa pasukan berbasikal yang beraksi di pentas kebangsaan dan pasukan persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) mengangkat penanda aras cabaran perlumbaan bagi perebutan podium yang berakhir di ketinggian 657 kaki dari aras laut. Dua kategori jarak kayuhan iaitu 50km dan 25km melibatkan 9 disiplin acara dipertaruhkan di mana kategori Terbuka Berbasikal Lebuhraya 50km dan Bawah 23 tahun Berbasikal Lebuhraya 50km menjadi acara tumpuan bagi penganjuran ini.
Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli
Menurut penganjur perlumbaan merangkap Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli, Hulu Terengganu merupakan destinasi terbaik bagi perlumbaan yang menawarkan cabaran pendakian. Permandangan hutan berbukit yang masih terpelihara sepanjang kayuhan menuju ke garisan penamat di puncak bukit Sungai Chomor mampu dipromosikan untuk menjadi acara tahunan. Daya tarikan ini juga secara tidak langsung menjadi produk pelancongan sukan yang dapat membantu sosiekonomi setempat khususnya bagi masyarakat luar bandar di sini.
“Alhamdullilah..telah selesai satu penganjuran perlumbaan berbasikal Como Challenge bagi tahun 2022 ini. Sebenarnya perlumbaan ini adalah penganjuran yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada tahun lepas. Alhamdullilah kita dapat laksanakan dengan berjaya juga dengan sokongan daripada barisan penaja yang memberi kepercayaan bagi penganjuran ini begitu juga jabatan-jabatan kerajaan yang turut hadir membantu bagi menjayakan penganjuran pada hari ini.”, mengulas Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli sejurus tamat penganjuran.
Ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang turut beraksi dalam kategori Elit 50km Basikal Lebuhraya.
“Penganjuran ini merupakan satu pendedahan penting bagi pelumba-pelumba kami untuk mengutip semaksimum mungkin sebarang perlumbaan berintensiti tinggi sebelum SUKMA bermula nanti. Cabaran pendakian di Sungai Chomor merupakan satu kelebihan yang tiada di mana-mana penganjuran. Rata-rata penganjuran lumba berbasikal dalam negara jarang mempertaruhkan cabaran pendakian. Jadi untuk penganjuran ini satu impak besar untuk menilai prestasi semasa atlet-atlet bagi setiap pasukan sebelum berentap dalam SUKMA nanti.”, ujar ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang turut beraksi dalam kategori Elit 50km Basikal Lebuhraya.
Ketua jurulatih basikal Perak Hishamuddin Mohd Zaki
“Allhamdullilah berjaya raih podium untuk perlumbaan pertama bagi tahun ini. Cabaran pendakian beraltitud tinggi menyebabkan kami sanggup datang dari jauh dalam usaha persediaan ke SUKMA nanti. Pendedahan sedemikian amat penting untuk kami menilai prestasi semasa atlet-atlet kami walaupun kami mempunyai program latihan sepenuh masa.”, berkata ketua jurulatih basikal Perak Hishamuddin Mohd Zaki yang meletakkan sasaran pingat emas di SUKMA 2022 nanti.
1 jam 12 minit 52 saat merupakan catatan masa terpantas kategori Elit 50km Berbasikal Lebuhraya yang berjaya ditamatkan oleh pelumba Che Hafizam Che Roza dari pasukan PPCA Pasir Puteh, manakala ditempat kedua milik pelumba Isma Rizuan Mohamad Esa dari pasukan Orbit X Rosti Cycling Team dengan catatan masa 1 jam 12 minit 56 saat. Tempat ketiga milik pelumba individu dengan catatan masa 1 jam 13 minit 1 saat oleh Mohd Faizal Mohd Nadzir.
Pelumba-pelumba Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi persiapan ke Sukan Malaysia(SUKMA) mendominasi podium Bawah 23 Tahun 50km Berbasikal Lebuhraya. Pelumba Kee Zhe Yie dinobatkan selaku juara dengan catatan masa 1 jam 11 minit 12 saat ke garisan penamat manakala rakan sepasukan Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim dengan catatan masa 1 jam 11 minit 13 saat. Tempat ketiga milik pelumba SUKMA Perak, Muhammad Yusri Shaari dengan catatan masa 1 jam 11 minit 54 saat.
Manakala bagi acara Bawah 23 Tahun 50km Berbasikal Lebuhraya, pasukan tuan rumah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) mencipta sensasi perlumbaan mendominasi kedudukan podium tempat pertama dan kedua dengan jurang perbezaan masa sebanyak 1 saat buat kedua-dua pelumba.
Kee Zhe Yie selaku juara dengan catatan masa 1 jam 11 minit 12 saat ke garisan penamat diikuti rapat rakan sepasukan M Shamir Aiman Abd Halim di tempat kedua dengan catatan masa 1 jam 11 minit 13 saat. Manakala pelumba SUKMA Perak, Muhammad Yusri Shaari berada dikedudukan ketiga dengan catatan masa 1 jam 11 minit 54 saat.
Penganjuran sulung Como Challenge oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu di mana Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pengurus acara yang disokong oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Barisan pemain-pemain Terengganu FC bagi musim 2022 yang hadir ke padang bagi menjalani program latihan pasukan pada 21 Januari 2022 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu
Berikut adalah senarai penuh nama pemain-pemain Terengganu FC(TFC) bagi musim 2022 seperti mana yang telah dikeluarkan oleh pengurusan TFC pada 15 Januari 2022.
Majlis memperkenalkan barisan penaja dan pelumba-pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) bagi musim 2022 telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 11 Januari 2022. Terdahulu Terengganu Polygon Cycling Team dijenamakan sebagai Terengganu Cycling Team dengan akronim berdaftar kepada badan induk berbasikal dunia(UCI) sebagai TSG.
Seiring dengan menjangkaui sedekad penubuhan, pasukan berbasikal bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) kini berevolusi untuk dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team sekaligus membuka lembaran dekad baharu di persada sukan berbasikal antarabangsa. Penjenamaan baru yang masih mengekalkan TSG sebagai akronim berdaftar dengan badan induk berbasikal dunia(UCI) ini juga sekaligus bakal mencipta dimensi baharu di mana tidak hanya mempertaruhkan status pasukan itu sahaja malah nilai jenama yang telah mendapat perhatian di pentas dunia sejak sekian lama.
Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama musim 2020 buat pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) yang kini dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team.
Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama musim ini dengan jumlah nilai tajaan RM 9.3 juta memberi penanda aras baharu pasukan berbasikal profesional negeri Terengganu ini. Begitu juga Shimano (Singapore) PTE. LTD yang setia bersama seawal penubuhan pasukan sehingga kini, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, KMI Healthcare, Tourism Terengganu serta lain-lain pihak penaja yang memberi kepercayaan di atas jenama pasukan yang kian kukuh bernilai untuk bersama-sama menembusi pasaran antarabangsa yang mampu dijana bersama Terengganu Polygon Cycling Team.
Menambah prestij buat Terengganu Polygon Cycling Team, jumlah penajaan sebanyak RM 9.3 juta pada musim ini merupakan jumlah terbesar yang pernah diterima dalam sejarah penubuhan pasukan ini sejak 2011. Petunjuk ini memberi gambaran positif nilai pelaburan yang mampu untuk dijana oleh Terengganu Polygon Cycling Team untuk memberi pulangan kepada setiap penaja.
Malah jalinan kerjasama strategik antarabangsa di benua Eurasia bersama Turki sekaligus bakal membuka peluang pelaburan di antara dua negara. Rundingan kerjasama ini bermula setelah jenama pasukan berbasikal negeri ini mula mendapat perhatian antarabangsa setelah meraih podium dalam siri Jelajah Eropah musim lalu.
Untuk permulaan, Turki melalui pemilikan syarikat penerbangan Turkish Airlines memberi kepercayaan selaku rakan strategik Terengganu Polygon Cycling Team bagi meneroka peluang-peluang pelaburan yang mampu dijana oleh kedua-dua negara. Situasi ini meletakkan Terengganu Polygon Cycling Team kini bukan hanya sebuah pasukan berbasikal profesional semata-mata malah mampu untuk dilihat menjadi satu platform pelaburan yang seharusnya diambil peluang dan ruang oleh setiap rakan-rakan penaja untuk berkerjasama.
Begitu juga dengan pelumba-pelumba import musim lalu Metkel Eyob Teweldeberhan, Youcef Reguigui, Jeroen Meijers, Jambaljamts Sainbayar dan Goh Choon Huat masih setia untuk meneruskan kayuhan bersama TSG musim ini. Manakala Artem Ovechkin dari Rusia yang telah mencipta sensasi bersama TSG di pentas Le Tour de Langkawi(LTDL) 2018 dan 2020 telah mengumumkan untuk bersara dari dunia perlumbaan sukan berbasikal. Walaupun sedemikian, TSG juga kini menerima dua pelumba baru iaitu Jamal Hibatullah dari Indonesia dan Anantolii Budiak dari Ukraine untuk memperkemaskan jentera musim ini bersama pelumba-pelumba lain.
Jadual padat menanti TSG seawal musim ini di mana Tour of Sharjah berstatus 2.2 bakal membuka tirai kayuhan sulung TSG musim ini yang dijadualkan berlangsung bermula pada 28 Januari sehingga 1 Februari nanti di UAE. Momentum kayuhan tidak terhenti di situ sahaja di mana pada sepanjang bulan Februari ini sebanyak 6 lagi siri perlumbaan yang perlu diraih podium bagi meraih setiap ruang dan peluang kutipan mata untuk mendahului kedudukan semasa pasukan berbasikal bertaraf benua.
Menambah menarik, TSG juga akan kembali berentap dalam siri Jelajah Eropah pada musim ini dengan penyertaan Grand Prix Alanya, Grand Prix Velo Alanya dan Grand Prix Justiniano Raced di mana ke semua perlumbaan ini berlangsung di Turki. Untuk rekod, pada penyertaan julung kali ke pentas siri Jelajah Eropah pada musim lalu, pelumba TSG Harrif Saleh mencipta sensasi kejuaraan untuk muncul juara sekaligus menjadi pelumba tanah air muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah.
Tour du Rwanda berstatus 2.1 yang menjadi sebahagian dari siri Jelajah Afrika dijadualkan pada 20 Februari sehingga 27 Februari menjadi perlumbaan terakhir di awal musim ini sebelum pelumba-pelumba TSG kembali meneruskan program latihan berpusat bagi persediaan ke beberapa lagi siri jelajah yang akan disertai nanti.
TSG yang kini telah sedekad usia sejak penubuhan pada 2011 meletakkan sasaran musim ini untuk terus mengekalkan kejuaraan Jelajah Asia(UCI Asia Tour) buat kali kedua setelah bergelar juara pada musim lalu sekaligus memperbaiki tangga kedudukan dunia untuk meletakkan pasukan dari pantai timur ini sebagai tiga pasukan terbaik benua Jelajah Dunia(UCI World Tour).
Terengganu Monsoon Challenge 2021 yang berlansung selama 4 hari perlumbaan bermula 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu sewaktu musim tengkujuh ini dilihat tepat pada waktunya yang amat-amat dinantikan oleh setiap atlet sukan pelayaran.
Setelah hampir dua tahun tanpa sebarang penganjuran berikutan pandemik COVID-19, kalendar penganjuran sukan perahu layar tanah air kembali bernafas dengan penganjuran bertaraf kebangsaan di perairan Duyong Marina, Kuala Terengganu.
Penganjuran yang dijenamakan sebagai Terengganu Monsoon Challenge(TMC 2021) sewaktu musim tengkujuh ini dilihat tepat pada waktunya yang amat-amat dinantikan oleh setiap atlet. Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat beserta angin kencang di antara cabaran yang mampu untuk melepaskan ‘gian’ setelah sekian lama tidak dapat beraksi membadai ombak.
Terengganu Monsoon Challenge 2021 yang berlansung selama 4 hari perlumbaan bermula 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu sewaktu musim tengkujuh ini dilihat tepat pada waktunya yang amat-amat dinantikan oleh setiap atlet sukan pelayaran.
Menambah sensasi, penyertaan seramai 213 atlet sukan pelayaran seluruh negara termasuk dari Sabah sekaligus meletakkan satu penanda aras terbaik buat penganjur untuk menjadi tuan rumah sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir. Kehadiran barisan kejurulatihan dari badan induk sukan pelayaran tanah air untuk mengenal pasti atlet-atlet negeri untuk diketengahkan turut menambah prestij penganjuran ini.
Menurut pengarah kejohanan TMC 2021 yang juga merupakan ketua jurulatih sukan pelayaran Terengganu, Abdul Rani Idris menjelaskan bahawa sukan pelayaran mengalami saat-saat sukar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang lalu berikutan pandemik COVID-19. Situasi itu memaksa segala perancangan dan program latihan sukan pelayaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya memandangkan sukan ini tidak hanya mempertaruhkan kudrat semata-mata malah melibatkan kemahiran biomekanik bagi setiap atlet tersebut.
Ketua jurulatih sukan pelayaran Terengganu Abdul Rani Idris juga turut selaku pengarah kejohanan bagi penganjuran Terengganu Monsoon Challenge 2021 yang berlansung selama 4 hari perlumbaan bermula 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
“Kejohanan Terengganu Monsun Challenge(TMC 2021) ini merupakan satu kejuaraan perlumbaan perahu layar yang sangat dinantikan oleh pelayar-pelayar dari seluruh negara kerana cabaran angin ekstrem ketika musim tengkujuh ini. Penganjuran sewaktu cabaran angin yang hanya dapat dirasai setahun sekali ini boleh dikatakan hampir sama cabaran yang dapat dirasakan di kejohanan bertaraf antarabagsa.
TMC 2021 ini merupakan penganjuran perlumbaan perahu layar yang julung kali diadakan di dalam negara setelah hampir dua tahun terhenti berikutan PKP oleh kerana COVID-19. Jumlah penyertaan yang amat memberangsangkan untuk perlumbaan bertaraf kebangsaan sewaktu ketika COVID-19 yang masih belum berakhir ini.
Namun ianya menjadi pentas terbaik dalam persediaan pasukan dari setiap negeri untuk menilai prestasi atlet masing-masing bagi persediaan ke SUKMA 2022 nanti.”, ujar Pengarah Kejohanan Kejohanan Terengganu Monsun Challenge 2021 Abdul Rani Idris kepada PenyuSukan.com
Mohd Afendy Abdullah merupakan wakil dari badan induk kebangsaan Persatuan Pelayaran Malaysia turut selaku sebahagian dari penganjur Terengganu Monsoon Challenge 2021 yang berlansung selama 4 hari perlumbaan bermula 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
“Hampir dua tahun kita tidak dapat menganjurkan sebarang kejohanan oleh kerana COVID-19. Ini merupakan kejohanan pertama setelah terhenti sebelum ini. Penganjuran TMC 2021 ini merupakan satu permulaan penting buat sukan pelayaran untuk kembali di landasan pembangunan sukan ini.
Ianya sangat penting sebab selama dua tahun ini para pelayar kita tidak dapat menyertai sebarang kejohanan sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Perlumbaan ini juga memberi peluang kepada negeri-negeri yang kini dalam persiapan ke SUKMA 2022.
Kita juga berharap agar selepas ini kita berpeluang lagi untuk menyertai lain-lain kejohanan yang dianjurkan oleh lain-lain negeri sebagai persiapakn pasukan ke Sukan Asia dan SUKMA tahun hadapan.”, berkata Mohd Afendy Abdullah dari Persatuan Pelayaran Malaysia yang turut hadir selaku jawatankuasa penganjur.
Malah setiap atlet juga perlu sentiasa menambah pengalaman dan keserasian sewaktu belayar dalam cabaran tertentu khususnya faktor cuaca dan angin yang turut menjadi faktor strategi dan taktikal sukan pelayaran.
TMC 2021 yang merupakan acara tahunan di perairan Terengganu ini berlansung selama empat hari bermula pada 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 di mana sebanyak enam kategori dipertandingkan melibatkan perlumbaan Optimist, Laser, Laser Radial, Laser 4.7, Int 420, Windsurf Bic Techno dan Windsurf RS-One.
Terengganu Monsoon Challenge 2021 yang berlansung selama 4 hari perlumbaan bermula 30 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu mempertaruhkan enam kategori melibatkan perlumbaan Optimist, Laser, Laser Radial, Laser 4.7, Int 420, Windsurf Bic Techno dan Windsurf RS-One. Manakala kategori ‘Hansa Access 2.3’ merupakan perlumbaan yang pertama kali diperkenalkan dalam usaha untuk menghidupkan kembali program sukan pelayaran buat atlet para yang telah terhenti selepas Olimpik Para Rio 2016.
Manakala kategori ‘Hansa Access 2.3’ merupakan perlumbaan yang pertama kali diperkenalkan dalam usaha untuk menghidupkan kembali program sukan pelayaran buat atlet para yang telah terhenti selepas Olimpik Para Rio 2016.
Setiap pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang medal dan juga piala kejuaraan. Selain itu Anugerah Pelayar Terbaik dan Anugerah Pasukan Terbaik turut bakal menjadi sasaran buat pelayar-pelayar sebelum melabuh tirai 2021 untuk melakar kejayaan.
Tanggal 25 Disember 2021 menjadi tarikh sejarah yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa khususnya pengiat-pengiat mahupun barisan atlet ragbi negeri Terengganu setelah menerima kejutan berita pemergian ketua jurulatih, Izaimi Zainuddin yang telah pergi mengadap Ilahi pada jam 0445 petang Sabtu.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Cikgu Mie’ dikalangan barisan atlet ragbi negeri ini yang sebahagian besarnya merupakan anak didiknya dan juga dikenali sebagai ‘Bai’ dikalangan arena ragbi tanah air memberi impak yang besar buat setiap insan yang mengenali beliau.
Barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama barisan atlet ragbi Terengganu menempuh perjalanan jauh untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketua jurulatih ragbi Terengganu Izaimi Zainuddin yang telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islan Seksyen 9, Kota Damansara pada 26 Disember 2021. Kredit – Facebook.com/MSNTerengganu
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab(kanan) bersama bapa kepada Allahyarham ketua jurulatih ragbi Terengganu Izaimi Zainuddin yang telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islan Seksyen 9, Kota Damansara pada 26 Disember 2021. Kredit – Facebook.com/MSNTerengganu
Menurut Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT), Amir Amri Muhammad berkata Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) pada Selasa lepas untuk menjalani pembedahan di bahagian keronkong. Setelah selesai pembedahan, tahap kesihatan arwah semakin merosot berikutan jangkitan kuman sehingga terpaksa menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi(ICU) HKL selama dua hari sebelum meninggalkan kita semua.
Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara hari ini di mana sebahagian besar penggiat-penggiat ragbi bersama barisan pemain sanggup menempuh perjalanan jauh untuk hadir memberi penghormatan terakhir.
“Sudah tentu kehilangan beliau sebagai ketua jurulatih bagi program sukan ragbi SUKMA ianya sesuatu yang sangat dirasai kehilangnya kerana kita menyasarkan pungutan pingat dan ketika ini sukan ragbi berada di landasan yang begitu baik. Baru-baru ini baru selesai penganjuran kejohanan ragbi yang telah diadakan di Gong Badak dan sudah tentu kita agak terasa kehilangan dan sesuatu yang agak terkesan pada sukan ragbi.
InsyAllah kita yakin dengan asas yang telah dibina oleh Allahyarham itu ia dapat kita kurangkan rasa kehilangan. InsyAllah kita yakin. Jadi saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham kepada balu dan semua anak-anak Allahyargam dan mudah-mudahan Allah Ta’ala menempatkan beliau di kalangan para aulia dan solihin. InsyAllah.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah yang ditemui PenyuSukan.com
Allahyarham yang telah dilahirkan pada 1 Julai 1973 di Tampin, Negeri Sembilan juga merupakan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (MRSM KT) amat dikenali dan dihormati sepenuhnya sebagai insan yang berkomited tinggi sanggup berhujan berpanas dalam sebarang program pembangunan sukan ragbi di negeri Terengganu.
Untuk rekod, sesungguhnya jasa-jasa besar Allahyarham tidak hanya dalam lipatan sejarah pembangunan sukan ragbi negeri Terengganu malah di peringkat kebangsaan sewaktu membimbing pasukan remaja 15 sepasukan dan 7 sepasukan negara bermula pada tahun 2011 sehingga 2017. Setelah itu Allahyarham memberi fokus sepenuhnya untuk membimbing skuad SUKMA bagi negeri Terengganu di mana berjaya mara ke pusingan akhir pada SUKMA Perak 2018 untuk merangkul pingat perak setelah dinafikan oleh Kelantan.
Allahyarham Izaimi Zainuddin juga merupakan watak penting selaku ketua jurulatih di sebalik kejayaan Terengganu pada tahun 2019 yang melakar sejarah untuk pertama kali membawa Piala Agong yang merupakan piala kejuaraan ragbi paling prestij dalam negara setelah menewaskan Sabah selaku juara bertahan.
Kehilangan ini juga turut dirasai oleh rakan-rakan media oleh kerana keakraban yang telah terjalin sejak sekian lama untuk membantu pengamal media dalam membuat liputan sukan ragbi tanah air. Terima kasih di atas segalanya dan semoga rohnya dicucuri rahmat juga ditempatkan dikalangan orang beriman. Al Fatihah dari PenyuSukan.
Sehingga 2021, sebanyak 27 jenis sukan dalam 6 kategori yang dipertandingkan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) merupakan sukan pilihan. Sukan elektronik(esports) masih belum diumumkan sukan pilihan penganjuran walaupun pertama kali diperkenalkan secara demostrasi pada SUKMA 2018 di Perak. Kredit Grafik – www.nsc.gov.my
Pemegang taruh dan juga pelabur terbesar program pembangunan sukan di negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) menaruh harapan yang tinggi agar sukan-sukan pilihan turut mendapat perhatian untuk dipertandingkan pada penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA 2022) nanti.
Pandangan ini ada asasnya memandangkan nilai pelaburan yang telah diberikan oleh pemegang-pemegang taruh termasuk penaja dan juga kudrat serta keringat oleh setiap atlet itu sendiri yang telah bermula sejak tiga tahun lalu bagi persiapan ke pentas temasya SUKMA Johor 2020. Namun momentum penganjuran kejuaraan itu terhenti berikutan telah ditangguhkan oleh kerana situasi pandemik COVID-19.
Terkini setelah diumumkan bahawa temasya itu akan kembali dianjurkan pada tahun hadapan, rata-rata atlet kini kembali meletak harapan yang tinggi untuk layak bertanding khususnya bagi mereka yang akan membuat penampilan terakhir berikutan peraturan had umur. Namun ada juga dilema dalam kalangan atlet-atlet sukan pilihan negeri Terengganu yang melihat masa depan yang suram tanpa kepastian setelah mengorbankan masa dan komitmen program latihan sejak sekian lama.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu – Ahmad Shahrizal Yahaya
“Jika sukan pilihan tidak dipertandingkan di SUKMA 2022, negara akan kehilangan dua generasi pelapis setelah SUKMA 2020 dibatalkan. Atlet-atlet ini merupakan kumpulan teras yang akan mewakili negara di kejohanan-kejohanan temasya seperti sukan SEA, sukan Asia, sukan Komanwel dan juga sukan Olimpik suatu hari nanti.
Negara akan menghadapi kesukaran untuk memilih atlet berpotensi tinggi menyumbang pingat kepada kontijen Malaysia dalam kejohanan-kejohanan temasya tersebut.
Dalam masa yang sama, atlet-atlet tersebut akan merasa kekecewaan yang amat sangat kerana sebahagian besar daripada mereka telah berlatih melebihi tempoh 3 tahun iaitu sejak 2018 lagi.”; ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya.
Walaupun kelonggaran had umur telah diumumkan pada penganjuran SUKMA 2022 nanti, namun sekiranya sukan pilihan tidak dipertandingkan sudah pasti atlet tersebut sudah boleh melupakan untuk berkorban pada negeri masing-masing bagi edisi penganjuran seterusnya pada 2024.
Melihat pada pencapaian semasa yang banyak mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa, tidak dapat dinafikan kebangkitan sukan-sukan pilihan penganjuran SUKMA mula mendominasi penguasaan kejayaan di pentas yang lebih tinggi. Oleh itu sewajarnya sukan-sukan pilihan terus diberi peluang ke pentas SUKMA sejajar dengan matlamat penganjuran untuk mencungkil atlet tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong(kanan) bersama YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Agung PBSNT sewaktu sidang media Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.
Demi memperkasakan perkembangan sukan bola sepak negeri Terengganu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) kini hampir muktamad untuk menganjurkan kejuaraan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu seawal suku pertama tahun hadapan.
Keputusan ini telah diputuskan sebulat suara dalam Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung selama sehari di Kuala Nerus dilihat sebagai keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh para pemain tempatan mahupun penyokong selama ini. Penganjuran ini juga dilihat sebagai serampang dua mata untuk memberi ruang kepada barisan pengadil tempatan bagi menimba pengalaman sebelum ke pentas yang lebih tinggi lagi.
Sepak mula yang dijangka pada Mac nanti, sehingga kini difahamkan pasukan-pasukan yang mewakili ahli-ahli gabungan badan induk sukan bola sepak negeri ini termasuk dua pasukan jemputan telah bersedia untuk beraksi.
“Kita hendak setiap ahli gabungan iaitu 10 ahli gabungan mempunyai kelab sendiri. Kelab ini akan menjadi hati kepada peminat bola sepak daerah masing-masing. Syarat kita utama sekali kita betul-betul mahukan berstatus semi pro. Ianya memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan yang tidak terpilih di pentas tertinggi untuk beraksi sama sebagai punca pendapatan.” ujar Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong merangkap Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MFL.
Melalui satu sekretariat yang akan ditubuhkan untuk menguruskan penganjuran ini nanti, akan diputuskan sama ada status pemain import akan dibenarkan atau sebaliknya. Walaupunbagaimanapun, menurut Timbalan Presiden PBSNT ini lagi bahawa tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mengutamakan pemain-pemain anak negeri Terengganu namun tetap tidak menolak untuk sebarang penambahbaikan penganjuran sekiranya setiap pasukan mampu untuk berbuat sedemikian.
Marzuki Sulong juga turut menzahirkan bawaha pasukan yang muncul juara nanti diberi peluang dan ruang oleh badan induk kebangsaan FAM untuk mewakili Terengganu beraksi di pentas kejuaraan Liga M3.
Barisan ahli tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) yang hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021. Kredit Foto – Facebook.com/pbsnt.official
Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) 2021 yang telah berlangsung selama sehari menghimpunkan 10 ahli gabungan telah sebulat suara bersetuju untuk mengemaskini perlembagaan badan induk sukan bola sepak negeri khususnya dalam memperkasakan peranan dan kuasa jawatan presiden yang telah dilantik.
Keputusan yang berkuat kuasa hari ini dilihat menjadi pemangkin untuk memacu hala tuju persatuan yang lebih jitu dalam pengurusan sukan bola sepak negeri khususnya bagi program pembangunan peringkat akar umbi. Terdahulu seperti mana menurut perlembagaan PBSNT, jawatan presiden PBSNT dikhaskan secara automatik kepada sesiapan sahaja yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Situasi ini dilihat oleh sebahagian ahli perwakilan seharusnya perlu melantik sesiapa sahaja yang layak dan mampu untuk memberi perhatian sepenuhnya dalam bidang kuasa pengurusan persatuan.
Kini melalui perlembagaan PBSNT yang diperbaharui akan memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sama ada untuk terus kekal memegang jawatan atau berhak melantik sesiapa sahaja yang layak sebagai presiden bagi menerajui pucuk pimpinan badan induk sukan bola sepak negeri ini.
Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong(kanan) bersama YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Agung PBSNT sewaktu sidang media Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.
“Kita mempertahankan dan kita memberi ruang lagi kepada MB, contohnya MB sibuk. Dia ada seseorang yang pada hematnya yang boleh membantu persatuan maka dia hendak bagi jawatan presiden kepada orang itu pun boleh. Kalau dulu presiden itu dia kena pegang dan dia hanya hanya ada kuasa untuk melantik seorang timbalan. Sekarang ada dua. Terserah kepada dia. Itu keputusan ahli-ahli gabungan. Kita memberi kuasa penuh kepada YAB yang kita sayang ini supaya demi pembangunan bolasepak dia pikir dia teliti dia kaji kepada siapa jawatan itu dia hendak beri.”, ujar Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong kepada PenyuSukan.com
Barisan ahli tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) bersama seluruh ahli gabungan yang hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021. Kredit Foto – Facebook.com/pbsnt.official
Pada kongres tahunan yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus turut menyampaikan serahan replika cek sumbangan tunai kepada Suhaimi Mat Hassan yang telah berkhidmat selaku pengadil Fifa Beach Soccer World Cup 2021 di Moscow, Rusia dan pasukan Mark Less Komi yang telah menjuarai Piala Beach Soccer AFC di Thailand pada tahun ini. Turut menerima replika cek sumbangan tunai adalah ahli-ahli gabungan bernilai RM 20,000.00 bagi setiap penerima. Walaubagaimanapun, Presiden PBSNT merangkap Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak hadir sewaktu kongres ini berlangsung.
Tentatif Kongres Biasa Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.
12 jenis sukan bakal mewarnai penganjuran Terengganu City Night Games 2021 yang telah bermula secara bersiri sejak November lalu.
Penganjuran Terengganu City Night Games 2021 ibarat memberi nafas baru buat penggiat-penggiat mahupun peminat sukan di negeri ini untuk turut sama menyertai sebaik sahaja kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) penganjuran sukan dibenarkan sebaik sahaja Terengganu memasuk fasa empat Pelan Pemulihan Negara(PPN) pada Oktober lalu.
Sebanyak 12 jenis sukan yang dianjurkan berperingkat secara bersiri sejak November lalu melibatkan bola sepak liga penalti, basikal MTB, petanque, lawn bowls, bola jaring 3 on 3, sepakraga bulatan, bola baling, woodball, hoki penalti strok, bola keranjang 3 on 3, kereta kawalan jauh dan dodgeball.
Acara kemuncak yang diadakan secara karnival di mana ke semua penganjuran sukan ini akan dihimpunkan untuk dijalankan serentak pada 23 Disember sehingga 25 Disember ini. Terengganu City Night Games 2021 dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Belia Sukan Negeri Terengganu(UBSNT).
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dato’ Dr. Hjh Kasemani Embong bertarikh 25 November 2021.
KENYATAAN AKHBAR PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
KEGAGALAN MEMATUHI SOP SEMASA PENGANJURAN PERLAWANAN BOLA SEPAK
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merujuk isu berkaitan pelanggaran SOP semasa perlawanan bola sepak di antara Terengganu FC dan Johor Darul Takzim FC pada 22.11.2021, 8.00 malam hingga 11.00 malam, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus. Pihak JKNT telah menjalankan siasatan lanjut berkaitan isu ini.
Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati pihak Pengurusan Terengganu FC selaku tuan rumah perlawanan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
1. Menghadkan bilangan penonton seramai 20,000 (42.6%) orang dari kapasiti sebenar penonton iaitu 47,500 orang.
2. Menyediakan QR Code Mysejahtera, pengambilan suhu dan menyediakan hand sanitizer sebelum memasuki stadium.
3. Membenarkan penonton yang lengkap vaksin sahaja yang boleh memasuki stadium.
4. Menyediakan pasukan kawalan keselamatan seramai 430 orang yang terdiri dari agensi PDRM, RELA, APM, Pertugas Keselamatan Pintu Masuk dan Pertugas Kompleks Sukan.
5. Mewajibkan semua penonton memakai pelitup muka sepanjang perlawanan berlangsung.
Walau bagaimanapun pihak penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong (penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna) semasa perlawanan berlangsung. Justeru, sejumlah dua (2) kompaun telah dikeluarkan iaitu satu (1) kepada Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (1263131-P) (tuan rumah) dengan nilai RM 10,000.00 dan satu (1) lagi kepada Malaysia Football League (MFL) (penganjur) dengan nilai RM 10,000.00 di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Setiap individu dikehendaki memainkan peranan dalam memastikan diri masing-masing tidak mendapat jangkitan dan tidak menjangkiti orang lain. Ia adalah penting bagi mencegah berlakunya penularan jangkitan COVID-19 seperti dalam kalangan ahli keluarga, komuniti dan tempat kerja. Selain daripada mendapatkan imunisasi yang lengkap dan dos penggalak bagi mereka yang layak, langkah-langkah pencegahan kesihatan awam asas seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan, pematuhan SOP yang ditetapkan adalah amat penting. Pihak JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi sebarang aktiviti yang melibatkan tumpuan ramai.
DATO’ DR. HJH KASEMANI BT EMBONG
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
Pasukan kebangsaan kuda lasak(endurance) melakar rekod baharu buat tanah air apabila buat kali pertama menaiki podium kejuaraan dunia setelah berjaya merangkul pingat perak di Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands.
Menambah manis buat sejarah sulung ini, pasukan kuda lasak tanah air turut disertai oleh tiga pelumba anak jati Terengganu bagi melengkapkan 5 pelumba buat pasukan negara.
Anak jati Kuala Terengganu Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Saari merupakan atlet sukan berkuda bernaung di bawah State of Terengganu Endurance Team(STET) yang kini berusia 21 tahun(29 Ogos 2000) menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pelumba dari Terengganu adalah Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa’ari , An-Nur Muhammad Imran Eirfan Anuwar dan seorang pelumba wanita tunggal berusia 15 tahun iaitu Anfal Insyirah Abu Talib.
Catatan masa 19 jam 11 minit 16 saat bagi kategori berpasukan CH-M-YJ- E 120km menjadi penamat buat pasukan kebangsaan untuk menafikan pasukan Belgium di tempat ketiga. Manakala pingat emas milik Perancis dengan catatan masa 16 jam 57 minit 27 saat untuk menafikan ke semua pasukan.
Pingat perak milik pasukan kuda lasak kebangsaan dengan catatan masa 19 jam 11 minit 16 saat untuk menafikan pasukan Belgium di tempat ketiga dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pasukan kuda lasak tanah air melakar sejarah pertama kali menaiki podium untuk menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pasukan kuda lasak tanah air melakar sejarah pertama kali menaiki podium untuk menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Kejohanan FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021 adalah satu kejohanan peringkat piala dunia yang diadakan setiap dua tahun bagi penunggang-penunggang remaja bawah 21 tahun dan dianjurkan oleh badan induk sukan Ekuestrian dunia iaitu Federation of Equestre Internationale (FEI).
Untuk rekod, pasukan kebangsaan berjaya meraih di tempat ke-4 acara berpasukan sewaktu penampilan pertama pada tahun 2013 di Tarbas, Perancis. Pada tahun 2015 bagi acara individu sekadar meraih tempat ke-28 dan ke-29 di Santo Domingo, Chile. Dua tahun kemudian di Verona, Italy berjaya memperbaiki kedudukan ke-11 acara individu dan momentum seterusnya pada tahun 2019 di tempat ke-5 acara berpasukan di Pisa, Itali.
Pasukan kuda lasak tanah air melakar sejarah pertama kali menaiki podium untuk menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Berikut laporan yang disediakan oleh Wan Mohd Kamaluddin Wan Yusoff selaku pengurus pasukan bagi Nethelands ini.
WEC YJ 2021 ERMELO, NETHERLANDS
Pasukan Kuda Lasak (Endurance) Malaysia telah berjaya memenangi Tempat Kedua (Silver Medal) dalam kategori Berpasukan (Team Event) di Kejohanan FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021 (CH-M-YJ-E 120km). Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 10hb Sept, 2021 pada jam 01.30 tengahari (7.30 waktu Malaysia).
MAKLUMAT KEJOHANAN
Kejohanan FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021 adalah satu kejohanan peringkat piala dunia yang diadakan setiap dua tahun bagi penunggangpenunggang remaja bawah 21 tahun dan dianjurkan oleh badan induk sukan Ekuestrian dunia iaitu “Federation of Equestre Internationale (“FEI”).
WEC YJ 2021
Jumlah peserta – 75 penunggang daripada 22 negara. Negara-negara bertanding Bahamas, Bahrain, Belgium, Brazil, Estonia, France, Germany, Hungary, Italy, Malaysia, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Russia, Slovakia, Spain, Sweden, Tunisia, UAE dan USA.
Malaysia telah menghantar 5 penunggang, 5 pegawai dan 10 krew ke Kejohanan tersebut.
PENUNGGANG MALAYSIA
1. Muhammad Faris Haikal bin Mohd Hassan Sa’ari
2. Muhammad Yusuf Luqman bin Zakaria
3. Nur Qasrina Amani binti Zakaria
4. An-Nur Muhammad Imran Eirfan bin Anuwar
5. Anfal Insyirah binti Abu Talib
KEPUTUSAN KATEGORI BERPASUKAN:
EMAS – France (16 jam 57 min 27 saat)
PERAK – Malaysia (19 jam 11 min 16 saat)
GANGSA – Belgium (20 jam 43 min 03 saat)
KATEGORI INDIVIDU:
EMAS – Saeed Salem Al Muhairi (UAE)
PERAK – Abdulla Al Amri (UAE)
GANGSA – Kok Anne-Marijn (Spain)
Pasukan Malaysia mencipta sejarah pertama kali menaiki podium dalam kategori berpasukan sejak mengambil bahagian pada tahun 2013.
2013 – tempat ke 4 (Berpasukan) di Tarbas, France
2015 – tempat ke 28 & 29 (Individu) di Santo Domingo, Chile
2017 – tempat ke 11 (Individu) di Verona, Italy
2019 – tempat ke 5 (Berpasukan) di Pisa, Italy
2021 – tempat ke 2 (Berpasukan) di Ermelo, Netherlands
ULASAN SEMASA PERTANDINGAN
Pertandingan bermula pada jam 07.00 pagi dalam cuaca 18’C melalui trek landai berbatu dan berpasir sejauh 120km yang dibahagikan kepada 4 fasa (loop). Di loop pertama pasukan negara dikejutkan dengan penyingkiran seorang penunggang apabila kudanya tidak dapat meneruskan saingan akibat masaalah kesihatan. Walau bagaimanapun cabaran di teruskan di loop ke 2 oleh empat penunggang lain di kedudukan ke 6 dengan membuat strategi baru. Pasukan Malaysia berjaya menempatkan di kedudukan ke 4 pada loop ke-3 dan berjaya memperbaiki kedudukan untuk berada di tangga ke-2 di loop terakhir (31km) apabila saingan berbaki 10km. Kejayaan Malaysia mengatasi bekas juara-juara dunia dan juga negara-negara besar dalam sukan Kuda Lasak seperti negara-negara seperti UAE, Spain, Italy, Brazil, Germany, USA, Belgium dan tuan rumah Netherlands amatlah membanggakan.
ULASAN PENGURUS PASUKAN
“Kejayaan ini amatlah bermakna bagi pasukan Kuda Lasak negara yang pertama kali memenangi kedudukan Podium. Ianya menjelma hasil usaha gigih serta perancangan teliti pasukan. Kerjasama semua termasuk pemilik kuda, Pegawai Pasukan, Trainer, Team Vet, Krew telah berjaya membuahkan kejayaan ini. Penunggang telah berjaya mengekalkan tunggangan terbaik mereka didalam jarak sejauh 120km mengharungi trek berbatu dan berpasir. Pengorbanan atlet negara yang terpaksa meneruskan latihan harian di dalam situasi pendemik Covid-19 bagi mengekalkan kecerdasan mereka perlulah disanjung.
Disediakan oleh
WAN MOHD KAMALUDDIN BIN WAN YUSSOF
Pengurus Pasukan WEC YJ 202
Penampilan pertama di pentas temasya Paralimpik meletakkan satu penanda aras terbaik buat pelumba anak jati Marang Zuhairie Ahmad Tarmizi dalam kelompok 10 pelumba terbaik dunia. Perkembangan ini sekaligus memperbaharui rekod pencapaian lalu yang berada dalam kelompok 15 pelumba terbaik sewaktu perlumbaan Kejohanan Dunia tahun lalu.
Cabaran pertama di Velodrom Izu bagi acara C4-5 1000 meter ujian masa individu dengan catatan masa kayuhan selama 1 minit 6.472 saat berjaya mencipta rekod baru peribadi di mana 1.391 saat lebih pantas berbanding aksi beliau pada tahun lalu di Kejohanan Dunia bertempat di Milton, Kanada.
Manakala bagi cabaran pecut berpasukan campuran lelaki C1-5, Zuhairie Ahmad Tarmizi bergandingan bersama Muhammad Hafiz Jamali dan Mohamad Yusof Hafizi untuk melengkapkan trio bagi perlumbaan kelayakan untuk berada di tempat ke-5 dari 9 pasukan yang berentap. Walaupun terkandas untuk menaiki podium, catatan 50.532 saat yang berjaya dilakukan ini juga turut memperbaiki rekod pasukan di Kejohanan Dunia Milton, Kanada iaitu 51.872 saat.
Profil pelumba Paralimpik Zuhairie Ahmad Tarmizi serta rekod perlumbaan yang telah disertai bermula pada tahun 2018 sehingga 2020 dan terkini setelah beraksi di pentas temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – Olympics.com
Zuhairie Ahmad Tarmizi juga turut diberi peluang bersama Muhammad Hafiz Jamali untuk beraksi dalam acara lebuh raya ujian masa C5 namun beliau bersama pelumba Perancis Dorian Foulon tidak dapat menamatkan cabaran kayuhan sejauh 32km di Fuji International Speedway.
Zuhairie Ahmad Tarmizi memecahkan rekod peribadi beliau di pentas temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – Youtube.com/c/paralympics
Pelumba Olimpik sukan berbasikal, Zuhairie Ahmad Tarmizi berjaya meletakkan dirinya di kalangan 10 pelumba terbaik dunia dari 21 pelumba acara C4-5 1000 meter individu di temasya Paralimpik Tokyo 2020.
Anak jati Marang ini berjaya mencatatkan masa kayuhan selama 1 minit 6.472 saat sekaligus sekali lagi telah melakar catatan terbaik peribadinya dengan catatan lebih pantas 1 minit 7.863 saat sewaktu perlumbaan di Milton 2020 dan 1 minit 8.934 saat di ACC Jincheon 2019.
Aksi di Velodrom Izu ini menyaksikan jurang 4.915 minit buat Zuhairie di belakang juara milik pelumba Sepanyol, Alfonso Cabello Llamas yang turut memperbaharui rekod dunia dengan catatan masa kayuhan selama 1 jam 1.557 minit.
Manakala rakan sepasukan yang turut beraksi bagi acara yang sama, pelumba Muhammad Hafiz Jamali dengan mencatatkan masa kayuhan 1 jam 11.288 minit berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 untuk menafikan pelumba Hungary dan Brazil.
Kredit – https://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia/posts/4245494502231082
Zuhairie Ahmad Tarmizi berjaya menempatkan dirinya di kalangan 10 terpantas bagi acara C5 1000 meter pada temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/en/results/cycling-track/results-men-s-c4-5-1000m-time-trial-fnl-000100-.htm
Program tanggungjawab sosial korporat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bagi membantu mangsa banjir di daerah Yan, Kedah.
Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) terpanggil untuk menjalankan program tanggungjawab sosial(CSR) kepada penduduk-penduduk di daerah Yan, Kedah yang telah terkesan berikutan bencana banjir baru-baru ini.
Pada kesempatan ini juga pihak PRNT turut membuka tabung sumbangan untuk disampaikan secara terus kepada mangsa bencana tersebut. Sumbangan tidak hanya terhad kepada wang ringgit malah dalam sebarang bentuk yang boleh disampaikan.
Kepada yang ingin menyumbang boleh terus menghubungi:
Prosedur Operasi Standard (SOP) fasa dua Pelan Pemulihan Negara(PPN) bagi sektor sukan yang berkuat kuasa bermula pada 20 Ogos 2021.
Terengganu merupakan di antara negeri yang telah beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara(PPN). Berikut adalah maklumat lanjut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sektor sukan yang berkuat kuasa bermula pada 20 Ogos 2021.
PELAN PEMULIAN NEGARA(PPN) – SOP FASA 2 TARIKH KUAT KUASA: 20 OGOS 2021
AKTIVITI DAN PROTOKOL
30. Sukan dan Riadah
• Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa. Aktiviti tersebut adalah seperti joging, senaman, renang, kayak (solo), taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) dengan pematuhan kepada 60% kapasiti penggunaan/ kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi.
• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) adalah TERHAD bagi tujuan pengurusan perlu (kewangan, penyelenggaraan dan seumpamanya) sahaja dengan pematuhan tidak melebihi 30% tenaga kerja termasuk pengurusan dan operasi.
• Penganjuran kejohanan atau pertandingan secara kuarantin dan tertutup TANPA kehadiran penonton/ penyokong mengikut Model Gelembung Sukan TERHAD kepada anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League), Kejuaraan Petronas Cub Prix dan mana-mana DENGAN KEBENARAN KHAS KBS sahaja.
• Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
• Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukanpasukan dalam Malaysian Football League (MFL) dan mana-mana DENGAN KEBENARAN KHAS KBS sahaja menggunakan Model Gelembung Sukan (Camp Based Training).
• Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TERTAKLUK kepada kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) DENGAN sokongan KBS/ MSN.
SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN (NEGATIVE LIST)
4. Aktiviti Sukan dan Rekreasi
• Semua aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan tertutup (indoor).
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
• Penganjuran semua kejohanan atau pertandingan KECUALI anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Liga Bola Sepak Malaysia (Malaysian Football League), Kejuaraan Petronas Cub Prix dan mana-mana DENGAN kebenaran KHAS KBS sahaja.
• Kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreasi.
• Penyertaan atlet/ jurulatih/ pegawai/ teknikal Malaysia ke kejohanan atau pertandingan atau perlawanan di luar negara TANPA kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sokongan KBS/ MSN.
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.
Setelah impian tercapai untuk layak secara merit ke pentas berprestij tertinggi dunia pada temasya sukan Paralimpik di Tokyo nanti, atlet para sukan berbasikal negara Zuhairie Ahmad Tarmizi kini mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Terengganu untuk dijadikan azimat menaiki podium nanti.
Persediaan sejak bertahun lamanya meletakkan pelumba yang berusia 31 tahun ini berada di tahap terbaik untuk melakar sejarah podium pertama buat kontijen paralimpik negara bagi sukan berbasikal dalam acara 1000 meter individu.
Zulhairie Ahmad Tarmizi. Kredit Foto – KontinjenMalaysia.my
“Sememangnya saya berusaha keras untuk tiket ke Olimpik. Saya berharap seluruh negeri Terengganu mahupun Malaysia doakan kejayaan untuk saya. Hanya doa anda menjadi pembakar semangat saya.”, ujar Zuhairie kepada PenyuSukan.com sewaktu dihubungi.
Untuk rekod, bapa kepada tiga cahaya mata ini merupakan atlet para sukan berbasikal pertama kelahiran negeri Terengganu yang layak secara merit ke pentas temasya sukan Paralimpik. Demi komitmen latihan untuk memberi fokus di Tokyo ini, Zuhairi juga hanya sempat meluangkan masa selama dua hari sewaktu menyambut anak bongsu beliau yang lahir pada November tahun lalu.
Anak jati Marang yang beralih arah dari sukan bola sepak sejak 2013 setelah ditimpa kemalangan menyebabkan jari tangan kanannya putus mula mendapat perhatian apabila membuat kejutan menghadiahkan 3 pingat emas dan 1 pingat perak pada Sukan SEA KL 2017 yang lalu.
Momentum pencapaian tidak terhenti di situ sahaja apabila setahun setelah itu sekali lagi berjaya menghadiahkan 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa di Sukan Asia 2018.
Selain acara 1000 meter individu yang menjadi prospek punggutan pingat negara, Zuhairie juga turut akan berentap dalam acara pecut berpasukan bersama dua lagi pelumba kebangsaan. Acara sukan berbasikal dijadualkan untuk membuka tirai bermula 25 Ogos sehingga 3 September nanti.
Profil pelumba Zuhairie Ahmad Tarmizi yang layak secara merit untuk berentap di pentas temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – https://kontinjenmalaysia.my/zuhairie-ahmad-tarmizi/
Walaupum musim siri jelajah perlumbaan berbasikal dunia masih belum melabuhkan tirai namun satu penanda aras terbaik buat pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team(TSG) yang telah mula dilamar penajaan oleh beberapa pihak dari luar negara.
TSG yang beraksi cemerlang mengutip podium di awal musim dengan 850 kutipan mata selaku pendahulu kedudukan Jelajah Asia sehingga kini meletakkan portfolio yang terbaik buat pasukan berbasikal profesional dari negeri Terengganu ini.
Perkembangan positif ini secara tidak langsung membuktikan TSG di antara entiti sukan yang mampu untuk memberi pulangan pelaburan penajaan sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah ini.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus
“Alhamdullilah, respons yang agak baik dan berkemungkinan besar kita ada penaja-penaja baru yang akan bersama bagi musim hadapan. Situasi ini membuktikan bahawa COVID-19 ini bukan alasan untuk kita tidak mendapat kejayaan terutama dari segi untuk mendapatkan penaja-penaja.”, berkata Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus.
Menambah menarik, Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus memberi gambaran bahawa prospek rakan penaja baharu ini bakal membuka ruang yang lebih besar buat TSG untuk beraksi ke peringkat yang lebih tinggi. Situasi ini juga akan menjadi pemangkin terbaik buat pasukan yang telah beraksi di pentas berstatus benua sejak 10 tahun yang lalu.
Mengulas lanjut, perbincangan bersama bakal rakan penaja kini di peringkat fasa akhir khususnya melibatkan hubungan diplomatik di antara dua negara yang bakal memberi impak besar khususnya buat negeri Terengganu nanti. Keputusan muktamad hasil perbincangan tersebut akan diumumkan setelah kalendar perlumbaan musim ini melabuh tirai.
Krisis penajaan sewaktu pandemik COVID-19 ini juga turut memperlihatkan beberapa pasukan profesional dunia telah ‘gulung tikar’ namun sebaliknya buat TSG yang masih bernafas walaupun turut menerima tempias cabaran perbelanjaan pasukan. Malah sebahagian besar siri perlumbaan di beberapa negara turut telah dibatalkan.
Pada musim ini TSG telah membuat percaturan bijak untuk pertama kali menyertai siri Jelajah Eropah dalam misi untuk mengutip mata sekaligus memperbaiki rekod musim lalu yang telah terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh terbesar sektor sukan negeri ini menyambut baik perkembangan terkini kebenaran berperingkat sektor sukan untuk kembali beroperasi. Walaupun kebenaran itu hanya melibatkan individu yang telah lengkap divaksin, namun dengan program vaksinasi di kalangan atlet dan jurulatih yang telah dijalankan meletakkan MSNT kini berada di landasan terbaik.
Perkembangan semasa ini mampu untuk MSNT kembali merencanakan program latihan pada tahap yang optimum sewaktu pandemik COVID-19 ini di mana telah beberapa kali terhenti sebelum ini berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
Penolong Pengarah(Pembangunan) MSNT Nasree Najmi
“Walaupun sektor untuk sukan ini diberi kelonggaran tetapi kami di Majlis Sukan Negeri Terengganu tetap patuh dengan SOP yang telah diberikan dan kami juga akan memastikan bahawa atlet-atlet kami, jurulatih dan pasukan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan KBS.”, ujar Penolong Pengarah(Pembangunan) MSNT Nasree Najmi yang ditemui PenyuSukan.com
Namun begitu perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat tetap menjadi keutamaan buat MSNT memandangkan situasi kes positif negeri ini masih tinggi. MSNT juga sudah pasti tidak akan memperjudikan pelaburan bagi setiap atlet mereka yang menjadi aset bernilai tinggi dalam misi mempertahankan kejuaraan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun hadapan.
Terdahulu dalam Pengumuman Khas Perdana Menteri menjelaskan bahawa negeri-negeri yang telah beralih ke Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah membenarkan beberapa sektor berkaitan untuk kembali beroperasi. Namun kebenaran itu hanya melibatkan individu-individu yang telah lengkap menerima vaksin.
Sebanyak dua ribu liter air tapisan minuman turut diagihkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dengan menggunakan lori bersaiz 7 tan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat penduduk.
Krisis gangguan bekalan air yang kian meruncing di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dipandang serius oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) sekaligus mengambil inisiatif pantas untuk menyampaikan bekalan air bersih terus kepada penduduk yang terkesan teruk.
Kerahan tenaga pengurusan badan induk ragbi negeri ini bersama barisan pemain ragbi berjaya untuk membekalkan hampir enam ribu liter bekalan air bersih dalam tempoh sehari ke beberapa lokasi yang disasarkan khususnya penduduk di luar bandar. Dalam pada itu sebanyak dua ribu liter air tapisan minuman turut diagihkan dengan menggunakan lori bersaiz 7 tan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat penduduk.
Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail(tengah) yang turut hadir sebagai kordinator bagi misi bantuan bekalan air kepada penduduk di Taman Perumahan Banggol Tuan Muda, sekitar Tok Jiring dan Taman Perumahan Wakaf Bharu.
“Hari ini dan semalam kita berjaya menghantar beberapa sukarelawan untuk membantu meringankan beban pengguna-pengguna air di sekitar Kuala Nerus. Seperti sedia maklum terputus bekalan air kerana masalah yang akan berlarutan beberapa hari lagi. InsyAllah semoga masalah ini dapat diselesaikan secara baik dan secepatnya.” ujar Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail sewaktu ditemui PenyuSukan.com
Menurut Setiausaha PRNT, Izwan Ismail pada perancangan awalnya untuk membantu menyampaikan bekalan air bersih kepada ahli-ahli persatuan dan para atlet yang terjejas. Namun setelah mendapat maklumbalas keperluan dari kawasan kejiranan ahli persatuan dan pemain, PRNT segera membuat keputusan untuk seharian membantu semua penduduk termasuk mereka yang berada di dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Manir.
Situasi krisis bekalan air di sekitar Kuala Nerus yang kian meruncing menjadi faktor buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu membuat keputusan segera dengan menyampaikan bantuan terus ke pintu rumah berupa bekalan air minuman dan bekalan air bersih terawat buat penduduk yang terkesan.
Krisis bekalan air terburuk yang pernah berlaku di negeri ini berikutan kerosakkan paip saliran utama yang terletak di dalam dasar Sungai Terengganu. Situasi ini telah menjejaskan 28,700 pengguna melibatkan kedua-dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Isnin lepas.
Sehingga kini kerja-kerja membaik pulih kerosakkan di dasar sungai sedang giat dijalankan di mana pihak terbabit menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada penghujung minggu hadapan.
Barisan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) setelah tamat tempoh kuarantin di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya sejurus tiba dari Turki pada 20 Julai 2021 lalu. Kredit Foto – Sharon Jane Liau TSG
Setelah mencapai sasaran podium dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah pada musim ini, pasukan berbasikal profesional negara bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) yang baru tamat menjalani tempoh 14 hari berkuaratin penuh kembali memberi fokus pada misi podium seterusnya.
Terkini TSG cukup selesa untuk berada kedudukan tangga teratas Jelajah Asia dengan kutipan 850 mata sekaligus berjaya mencipta jurang besar dengan pesaing rapat Vino-Astana Motors di tangga kedua dengan kutipan mata sebanyak 204 mata. Jurang besar ini secara tidak langsung mampu untuk TSG lebih awal dinobatkan selaku juara Jelajah Asia memandangkan agak mustahil bagi pencabar lain untuk menambah mata dalam hanya berbaki dua bulan lagi sebelum kalendar perlumbaan UCI melabuh tirai.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus
“Barisan pelumba dan pegawai kita baru sahaja pulang dari Turki dan sampai ke bumi Terengganu petang semalan iaitu seramai 3 pegawai dan 2 pelumba di mana mereka telah menjalani kuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur. Alhamdullilah ke semua pelumba kita berada dalam keadaan sihat.
Pada siri perlumbaan Jelajah Eropah di Turki di mana pihak pengurusan telah menetapkan sasaran 2 podium untuk 6 siri perlumbaan. Walaubagaimanapun mereka telah menunjukkan satu pencapaian yang amat membanggakan di luar jangkaan setelah berjaya memperolehi 6 podium melebihi sasaran yang diletakkan.”, ujar Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus kepada PenyuSukan.com
Manakala Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad turut mengulas cabaran pengurusan pasukan di Turki sewaktu pandemik COVID-19 ini sememangnya menjadi cabaran terbesar bagi memastikan keselamatan setiap pelumba. Komitmen disiplin tinggi setiap pelumba bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pengurusan menjadi kunci terbaik buat pasukan yang berkampung selama 21 hari di sana.
Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad
“Untuk perlumbaan di musim COVID ini memang sangat-sangat mencabarlah dari pasukan sendiri, dari segi latihan dari segi persiapan untuk ke luar negara itu memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa..itu antara cabaranlah.” ujar Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad.
Sepanjang musim ini sebanyak 21 podium berjaya diraih hasil dari 14 perlumbaan antarabangsa berprestij telah disertai meletakkan pasukan dari pantai timur ini menjadi kuasa besar pasukan berbasikal Asia.
Pengurusan tertinggi Terengganu Cycling Team (TSG) terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus(kiri) dan Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad(tengah) sewaktu ditemui media di ibu pejabat TSG yang terletak di Kuala Terengganu pada 2 Ogos 2021.
Walaubagaimanapun TSG tetap komited untuk meneruskan kayuhan menambah mata sekaligus memperbaiki rekod pasukan terbaik dunia berbanding musim lalu. Terkini TSG berada di kedudukan pasukan ke-31 dunia bersaing rapat dengan pasukan-pasukan elit terbaik dunia yang beraksi di divisyen UCI yang lebih tinggi.
Persekutuan Taekwon-Do Malaysia(ITF) yang baru ditubuhkan kini berpusat di Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/malaysiantkd
Persekutuan Taekwon-do Malaysia(MTF) yang baru ditubuhkan pada Ogos tahun lalu terus komited untuk meletakkan penanda aras terbaik demi memartabatkan sukan taekwon-do tanah air. Meletakkan ketelusan pengurusan badan sukan sebagai agenda utama penubuhan berjaya menarik kepercayaan 15 badan gabungan seluruh negara dalam tempoh kurang setahun.
Terkini dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama yang diadakan secara dalam talian merekodkan kehadiran perwakilan seramai 61 orang terdiri daripada perwakilan setiap negeri, kelab-kelab bersekutu dan juga pemerhati jemputan meletakkan satu penanda aras terbaik untuk MTF meneruskan agenda perjuangan badan sukan ini.
Pada mesyuarat yang sama juga turut berlansung pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesi 2021-2023 yang dibuat secara dalam talian melalui pengundian secara elektronik bersistematik. Memanfaatkan penggunaan teknologi sepenuhnya menjadi pilihan terbaik sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir dalam usaha untuk memperkukuhkan badan sukan yang turut berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia(PSM) ini.
Senior Master Najmi Abdullah dilantik sebagai Presiden Persekutuan Taekwon-do Malaysia(MTF) bagi penggal 2021 sehingga 2023. Kredit Foto – Facebook.com/malaysiantkd
Keputusan sebulat suara telah berjaya dicapai untuk melantik Senior Master Najmi Abdullah sebagai Presiden MTF bagi sesi 2021 sehingga 2023 ini di mana beliau merupakan di antara pelopor awal sejarah seni Taekwon-Do tanah air. Perlantikan ini dilihat tepat pada waktunya memandangkan ketandusan kepimpinan untuk membawa hala tuju badan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Malah turut menerima perlantikan jawatan kuasa adalah daripada golongan muda untuk menongkah arus modenisasi sukan seni mempertahankan diri yang telah bertapak di negara sejak 1963.
Senior Master Najmi Abdullah(kiri) sewaktu kunjung hormat bertemu Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya. Kredit Foto – Facebook.com/malaysiantkd
Mengulas lanjut, Najmi Abdullah juga turut meletakkan sasaran bagi penyertaan kejuaraan dunia yang julung kali akan diadakah secara dalam talian pada September nanti. Kejuaraan yang dianjurkan oleh International Taekwon-Do Federation (ITF) selaku badan induk dunia dijadualkan berlangsung pada 4 September sehingga 19 September 2021 nanti turut mempertaruhkan beberapa atlet ternama dunia walaupun diadakan secara dalam talian sepenuhnya. Melihat inisiatif badan induk dunia yang turut sama mengadaptasi norma baharu dalam penggunaan teknologi meletakkan MTF selaku entiti taekwon-do terbesar dalam negara berada di landasan tepat demi hala tuju badan sukan ini.
Kredit Foto – Facebook.com/malaysiantkd
Menambah menarik, pusat pentadbiran sukan taekwon-do ini juga akan berpusat di negeri Terengganu di mana akan beroperasi sepenuhnya di fasiliti Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT). Sememangnya MTF bersama MSNT telah menjalinkan kerjasama sejak sekian lama dalam persediaan atlet ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di mana beberapa atlet MTF turut beraksi cemerlang meraih podium pada penganjuran itu. Seterusnya MTF kini dalam proses pendaftaran untuk bernaung di bawah Majlis Olimpik Malaysia sebagai ahli gabungan yang diiktiraf demi memartabatkan sukan taekwondo tanah air.
Dato’ Azizulhasni Awang merupakan atlet Olimpik pertama kelahiran Terengganu mendapat pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin setelah dianugerahkan berkuatkuasa 18 Julai 2021.
‘The Pocket Rocketman’ menerima kejutan paling bermakna sepanjang hayat karier bergelar atlet profesional sukan berbasikal setelah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati(D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ kepada Azizulhasni Awang berkuatkuasa serta merta bermula 18 Julai 2021 seperti mana tarikh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Anak jati Dungun yang kini berusia 33 tahun kini giat memberi fokus di saat-saat akhir persiapan misi memburu emas pertama di pentas Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada Ogos nanti.
“Sejujurnya saya masih lagi terkejut dengan berita yang diterima ini tetapi dalam pada masa yang sama saya juga amat terharu kerana ini adalah penganugerahan yang terbesar dalam karier saya dan juga diri saya sebagai atlet negara.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak istana Terengganu, patik menjunjung kasih Tuanku! Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Terengganu dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
“Bagi saya penganugerahan ini akan dijadikan sumber motivasi tambahan untuk saya beraksi dengan cemerlangan di Tokyo nanti. Dan insyAllah dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia saya dapat merealisasikan impian pingat emas nanti. InsyAllah terima kasih semua.”, ujar Dato’ Azizulhasni Awang kepada PenyuSukan.com sewaktu dihubungi.
Beliau juga turut menzahirkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT), pihak-pihak tertentu di belakang tabir, peminat dan juga media yang sentiasa memberi sokongan sejak 15 tahun yang lalu setelah terbabit dalam industri sukan berbasikal ini.
Perkembangan ini juga secara tidak langsung menyemarakkan lagi semangat untuk beraksi di Tokyo nanti di mana merupakan penampilan kedua di pentas Olimpik setelah pertama kali beraksi berjaya meraih pingat gangsa di Olimpik Rio 2016. Pada Olimpik Tokyo, Azizulhasni dijadualkan untuk berentap dalam acara pecut bermula pada 4,5 dan 6 Ogos manakala acara keirin pada 7 dan 8 Ogos nanti.
Kenyataan media daripada Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu berkaitan pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu bagi tahun 2021 berkuatkuasa mulai 18 Julai 2021.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh turut membuat hebahan di laman sosial miliknya untuk menjemput semua masyarakat dan peminat yang berkesempatan untuk hadir sendiri menerima sumbangan gulai ayam kampung masakan asli citarasa negeri Terengganu ini.
Situasi pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah sejak sekian lama sememangnya makin memberi tekanan khususnya buat masyarakat di luar bandar. Melihat kehidupan masyarakat sekeliling, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh terpanggil untuk menyampaikan sumbangan hasil dari wang kemenangan perlumbaan yang telah disertai selama ini.
Pelumba yang kini berusia 33 tahun ini membelanjakan sejumlah RM 2 ribu ringgit untuk menyediakan 160 bungkusan lauk gulai ayam kampung untuk diberikan secara percuma kepada semua penduduk sekitar Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Maa Kitchen yang terletak di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu merupakan kedai makan milik keluarga mertua pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh(berbaju hitam) sewaktu menyampaikan sumbangan berupa bungkusan lauk kepada masyarakat setempat di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Menambah manis, gulai ayam kampung masakan asli citarasa negeri Terengganu itu dimasak sendiri oleh Harrif Saleh bersama ahli keluarganya dari dapur kedai makan Maa Kitchen milik mertuanya yang terletak berhadapan SMK Panji Alam, Kuala Terengganu.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh bersyukur dapat berkongsi ganjaran kemenangan bersama masyarakat setempat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah. Pada Februari lalu, Harrif Saleh berjaya melakar sejarah selaku pelumba negara pertama bergelar juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat yang telah berlangsung di Turki.
“Sememangnya bagi saya sebelum ini jika ada kejohanan besar mahupun seperti Le Tour De Langkawi sekiranya saya menjuarai sesuatu perlumbaan itu saya akan bernazar untuk membuat sedekah memberi makanan. Begitu juga di Turki bebaru ini saya pasang niat yang sama untuk semua orang merasai kemenangan itu. Cabaran di Turki pun bukan mudah dengan status penganjuran siri Jelajah Eropah di mana semua pelumba ternama turut serta namun saya menjadi juara di sana. Saya berasa amat bersyukur untuk hari ini berkongsi makanan dengan semua orang kampung di sini.” ujar Harrif Saleh kepada PenyuSukan.com.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh bersyukur dapat berkongsi ganjaran kemenangan bersama masyarakat setempat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah. Pada Februari lalu, Harrif Saleh berjaya melakar sejarah selaku pelumba negara pertama bergelar juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat yang telah berlangsung di Turki.
Menurut Harrif Saleh, pendekatan memberi lauk yang telah siap dimasak dilihat lebih praktikal untuk disedekahkan sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi mereka bekerja sendiri dan masih bujang. Kekangan pergerakan setempat berikutan perlaksanaan PKP ini telah menyukarkan untuk menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas terus ke lokasi penerima. Walaubagaimanapun beliau sentiasa menanti peluang untuk terus membantu masyarakat yang terkesan dan sumbangan yang telah diberikan ini bukanlah yang terakhir.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh sewaktu menyampaikan sumbangan berupa bungkusan lauk kepada pemandu van jenazah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Pada Februari lalu, Harrif Saleh membuat kejutan untuk melakar sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat di Turki. Kejayaan ini juga menjadi detik paling manis buat sepanjang karier yang pertama kali beraksi dalam siri Jelajah Eropah.
Bendera Terengganu berkibar di bumi Turki di mana pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam
Mengulas lanjut tentang perkembangan terkini, Harrif Saleh kini bersama rakan sepasukan giat memberi fokus bagi persiapan pasukan di pentas Jelajah Asia dalam perlumbaan Tour of Thailand yang dijadualkan pada September nanti.
Manakala sebahagian dari pelumba pasukan TSG kini yang diketuai oleh Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff sedang bersaing sengit di Turki dalam siri Jelajah Eropah dalam misi mengekalkan puncak teratas kedudukan pasukan terbaik Asia pada musim ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh hadir memberi sokongan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dengan membuat kayuhan kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
Walaupun menempuh jadual padat program latihan berbasikal, ikon pelumba pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh dengan penuh bertanggungjawab untuk berganding bahu bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dalam memperkasakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 yang sedang berlangsung ini.
Bertempat di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung yang terletak dalam daerah Marang, Harrif Saleh membuat kejutan kepada penerima suntikan vaksin untuk menjadi penumpang yang dikayuh sendiri oleh juara siri Jelajah Eropah musim ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh setelah menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
Inisiatif kreatif bersama CITF Marang selaku pemegang taruh program vaksinasi ini secara tidak langsung bagi menyampaikan mesej positif kepada komuniti setempat. Selain program kayuhan beca ini, terdahulu pelbagai usaha telah diadakan untuk meningkatkan kadar peratusan penerima vaksinasi negeri Terengganu.
Menambah menarik pada perkembangsan sama, Harrif Saleh juga turut menerima suntikan dos pertama vaksin setelah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Status aplikasi MySejahtera sewaktu pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
Beliau menzahirkan perasaan teruja kerana suntikan perlindungan imunisasi ini teramat penting memandangkan kerjaya sebagai pelumba profesional sepenuh masa di pentas antarabangsa juga turut berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Sehingga kini penggiat-penggiat sukan khususnya para atlet profesional negeri ini mula menerima suntikan vaksin secara berperingkat dengan sasaran penerimaan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
“Macam pengalaman saya, saya baru lepas cucuk tadi..saya rasa ok macam kena gigit di semut ajelah..tapi memang kalau boleh percepatkan lah ambik vaksin. Bukan mende, kalau boleh kita hendak lawan COVID ini kang kita kena iktihar dengan vaksin ini, insyAllah.” ujar Harrif Saleh yang ditemui PenyuSukan.com.
Mengulas lanjut tentang perkembangan terkini, Harrif Saleh kini bersama rakan sepasukan giat memberi fokus bagi persiapan pasukan untuk beberapa siri perlumbaan antarabangsa sebelum melabuh tirai perlumbaan musim ini.
Sehingga kini TSG kekal di puncak kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 850 mata sekaligus mencipta jurang besar buat Vino-Astana Motors dengan kutipan 204 mata di kedudukan kedua dan 199 mata dikutip oleh Kuwait Pro Cycling Team di kedudukan ketiga.
Mohamad Syazwan Al-Afif Mohamad Sawal merupakan atlet ragbi Terengganu skuad SUKMA 2022 yang juga merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Terengganu catat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2020.
Selain terus cemerlang melahirkan atlet-atlet pelapis kebangsaan berkualiti, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) juga turut mencipta penanda aras baharu melalui Program Kecemerlangan Akademik yang telah dimulakan sejak 2010.
Program yang telah terbukti berjaya juga turut menyediakan bantuan persekolahan atlet termasuk biasiswa sukan, bantuan yuran asrama serta bantuan yuran tuisyen kepada semua atlet yang bernaung di bawah majlis sukan negeri ini.
Terkini, 19 atlet yang merupakan atlet program persiapan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) berjaya melakar keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2020). Pencapaian ini juga sekaligus memperbaiki rekod-rekod terdahulu pencapaian akademik di kalangan atlet-atlet negeri Terengganu ini. Untuk rekod, seramai 181 atlet MSNT menduduki peperiksaan SPM 2020 yang lalu.
Perkembangan ini disahkan oleh Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal di mana menjelaskan pencapaian itu jauh lebih baik berbanding keputusan SPM 2019 walaupun situasi pandemik COVID-19 menambah beban buat para atlet untuk memberi fokus pada proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan latihan sukan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu – Ahmad Shahrizal Yahaya
“Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk memastikan kejayaan atlet di dalam bidang akademik. Antara program yang telah dilaksanakan iaitu biasiswa atlet, program kelas tambahan kepada atlet dan juga laluan mudah ke pusat pengajian tinggi. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atlet, Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah dan guru-guru dan mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan atlet SUKMA negeri Terengganu.” ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya.
Mohamad Syazwan Al Afif Mohammad Syawal mencatatkan keputusan paling cemerlang dengan pencapaian 9A diikuti oleh atlet angkat berat, Siti Sofia Sofianti, atlet kanu Muhammad Mustaqim Zulkarnain dan atlet bola tampar Nik Muhammad Zulhilmi Mat Ali dengan masing-masing memperolehi keputusan 8A. Manakala selebihnya memperolehi keputusan 6A dan 5A.
Mohamad Syazwan Al-Afif bin Mohamad Sawal merupakan atlet ragbi Terengganu skuad SUKMA 2022 yang juga merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Terengganu catat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2020.
“Sudah tentu terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan guru-guru saya kerana memberi kepercayaan untuk saya berusaha sebagai atlet sepenuh masa. Kepercayaan ini saya tebus dengan keputusan SPM saya ini.
“Saya sebagai atlet ragbi yang kini dalam persiapan ke SUKMA berharap dengan kejayaan ini dapat menjadi contoh kepada adik-adik di luar sana. Sukan tidak akan mengagalkan kita dalam akademik. Begitu juga dengan atlet-atlet profesional di luar sana yang mementingkan akademik demi masa depan mereka.
“Sememangnya ianya satu cabaran buat saya sebagai atlet ragbi untuk membahagikan masa saya dengan program latihan sepenuh masa dan pembelajaran. Tambahan pula dengan pembelajaran di rumah sewaktu pandemik COVID-19 ini ianya bukan satu perkara mudah untuk saya menguasai sesuatu mata pelajaran.” berkata Mohamad Syazwan Al-Afif Mohamad Sawal setelah dihubungi PenyuSukan.com
Bagi kategori sukan berpasukan, atlet ragbi mencatatkan pelajar cemerlang paling ramai dengan seorang pelajar berkeputusan 9A, 2 pelajar berkeputsan 7A, seorang 6A dan selebihnya 5A.
Sebanyak 8 insentif kelebihan menjadi atlet Terengganu yang ditawarkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu meliputi elaun bulanan latihan, program akademik sehingga skim hadiah kecemerlangan di peringkat tertinggi.
SENARAI PENUH ATLET TERENGGANU CEMERLANG SPM 2020
Mohamad Syazwan Al-Afif Mohammad Syawal (Ragbi) – 9A
Siti Sofia Sofianti Salim (Angkat Berat) – 8A
Muhammad Mustaqim Zulkarnain (Kanu) – 8A
Nik Muhammad Zulhilmi Mat Ali (Bola Tampar) – 8A
Nur Afiqah Ahmad Radzi (Angkat Berat) – 7A
Aqil Fiqri Fakhrurrazi (Ragbi) – 7A
Muhammad Firdaus Alija (Ragbi ) – 7A
Nur Farisha Mohd Fauzi (Silat) – 7A
Nurul Najwa Izzati Muhaizan (Boling Padang) – 7A
Ahmad Zaeem Fitry Awang (Ragbi) – 6A
Muhammad Amiruddin Zulkifli (Memanah) – 6A
Daniel Ikhwan Mohamad (Silat) – 6A
Nurul Huda Nadhirah Yusri (Bola Jaring) – 6A
Muhammad Fahmi Mohd Jebri (Bola Tampar ) – 6A
Mohammad Izham Mustaqim Zarawi (Bola Sepak) – 6A
Muhammad Ubaidillah Shamsul Fazili (Bola Sepak) – 6A
Muhammad Zakaria Mohd Zain (Ragbi) – 5A
Suhada Shamsudin (Ragbi) – 5A
Nur Sabrina Izzati Sadong (Bola Tampar) – 5A
RAGBI – ATLET SUKAN BERPASUKAN PALING RAMAI CEMERLANG SPM 2020
Mohamad Syazwan Al-Afif Mohammad Syawal (Ragbi) – 9A
Aqil Fiqri Fakhrurrazi (Ragbi) – 7A
Muhammad Firdaus Alija (Ragbi ) – 7A
Ahmad Zaeem Fitry Awang (Ragbi) – 6A
Muhammad Zakaria Mohd Zain (Ragbi) – 5A
Suhada Shamsudin (Ragbi) – 5A