Terengganu International Endurance Park(TEIP) yang terletak di Lembah Bidong, Setiu sekali lagi menjadi destinasi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Terbuka Piala Ketua Polis Negara 2025 yang berjaya menarik penyertaan seramai 226 peserta dari dalam dan luar negara.
Prestij kejuaraan kuda lasak ini juga menyaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain bersama pasukan Unit Berkuda PDRM untuk berentap memberi cabaran bagi kategori CEN 40KM.
Menambah debaran, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli untuk berentap bersama pasukan Royal Terengganu Endurance Stable(RTES) sekaligus memberi cabaran sengit buat ke semua 75 peserta bagi kategori CEN 40KM di Lembah Bidong ini.
Jadual Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara 2025.
Majlis perlepasan bagi kategori CEN 40KM ini telah disempurnakan Menteri Besar Ir Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 6.45 pagi 22 Februari 2025.
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 Februari 2025 lalu turut menarik penyertaan antarabangsa dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Thailand dan India.
Pada penganjuran kali ini sebanyak 8 kategori menjadi taruhan iaitu CEI 2* CIM 120KM, CEIYJ1*, CEI 1* 100KM, CEN 80KM, CEN 40KM termasuk beberapa acara sampingan seperti VIP Ride 15KM, Barrel Race dan Musical Chair Ride.
“Mereka katakan kita tidak pernah menang di sini. Sekarang kami buktikan untuk memecah rekod itu. Tiada apa yang lebih mengembirakan oleh kerana kami kehilangan beberapa pemain untuk perlawanan ini namun kami tetap berikan yang terbaik pada malam ini. Kami merupakan pasukan yang bermasalah namun mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Saya bangga dengan mereka.” berkata ketua jurulatih KL City FC Miroslav Kuljanac dalam sidang media setelah tamat perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Miroslav Kuljanac dari Crotia yang memulakan tugas bersama pasukan bagi musim 2024 sehingga 2025 berjaya mencipta sensasi tersendiri untuk menamatkan badi pasukan selama 28 tahun untuk meraih kemenangan ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Kredit – https://x.com/devinder00/status/1890416379259494449
Menurut ciapan pengguna Twitter, @devinder00 mengatakan kali terakhir KL City FC meraih kemenangan di Terengganu adalah pada tahun 1997 yang lalu sewaktu kempen Liga Perdana di mana ketika itu berakhir dengan keputusan 1-0 hasil jaringan oleh Adilson Roque.
Aksi longlai TFC di laman sendiri dihukum oleh penyerang KL City FC Paulo Josue dengan tandukan mudah untuk mengecewakan penjaga gol TFC Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin di minit-minit akhir separuh masa pertama meletakkan keputusan terikat 1-1.
Babak separuh masa kedua menyaksikan tempo permainan lebih laju buat kedua-dua pasukan untuk berhempas pulas mencipta gol bagi mendahului perlawanan dengan lebih selesa.
Tambahan jaringan gol oleh pemain gantian KL City FC Patrick Alcala Reichelt di minit-84 yang awalnya dinafikan oleh pengadil perlawanan Mohd Amirul Izwan Yaacob berikutan situasi ‘off side’ namun melalui penentuan video bantuan pengadil(VAR) memberi kelebihan buat pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat perlawanan.
TFC mencatatkan 5 kekalahan setakat ini setelah mengharungi 18 perlawanan untuk masih kekal di tangga ke-4 kedudukan liga manakal KL City FC melonjak naik ke tangga ke-7.
Seramai 1,103 jumlah kehadiran penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di antara pasukan tuan rumah Terengganu FC(TFC) bertemu Kuala Lumpur City FC(KL City FC).
KL City FC hadir dengan reputasi pasukan bukan pilihan musim ini berjaya membuat kejutan untuk menewaskan TFC berkeputusan 2-1 sekaligus memperbaiki rekod pasukan untuk meraih kemenangan di stadium ini.
Walaupun terdahulu TFC mendahului jaringan ‘bonus’ dari luar kotak penalti oleh pemain pertahanan Safwan Mazlan di minit ke-15 namun gagal untuk membina momentun penguasaan padang.
Aksi longlai TFC di laman sendiri dihukum oleh penyerang KL City FC Paulo Josue dengan tandukan mudah untuk mengecewakan penjaga gol TFC Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin di minit-minit akhir separuh masa pertama meletakkan keputusan terikat 1-1.
Senarai nama pemain-pemain pasukan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus bagi saingan Liga Super 2024/2025.
Babak separuh masa kedua menyaksikan tempo permainan lebih laju buat kedua-dua pasukan untuk berhempas pulas untuk mencipta gol bagi mendahului perlawanan dengan lebih selesa.
Tambahan jaringan gol oleh pemain gantian KL City FC Patrick Alcala Reichelt di minit-84 yang awalnya dinafikan oleh pengadil perlawanan Mohd Amirul Izwan Yaacob berikutan situasi ‘off side’ namun melalui penentuan video bantuan pengadil(VAR) memberi kelebihan buat pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat perlawanan.
TFC mencatatkan 5 kekalahan setakat ini setelah mengharungi 18 perlawanan untuk masih kekal di tangga ke-4 kedudukan liga manakal KL City FC melonjak naik ke tangga ke-7.
Sesi pertama kem latihan pasukan ragbi 15 sepasukan(15s) Terengganu berada dilandasan yang terbaik setelah setiap pemain dan barisan pengurusan pasukan memberi komitmen tinggi untuk hadir ke padang latihan di Padang Merbuk, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir pada lewat petang 4 September 2024.
Menambah momentum latihan pembukaan musim ini, keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail bersama adindanya Yang Amat Mulia Tengku Seri Setia Mahkota Raja mencemar duli untuk turut sama berlatih bersama pasukan.
Pada musim ini Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Khairul Azhar Shaarani yang juga membuat penampilan sulung bersama pasukan menjelaskan komitmen yang telah diberikan untuk sesi pertama program latihan adalah amat penting dalam memastikan momentum hala tuju pasukan di landasan terbaik menjelang perlawanan pembukaan bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu ini bertempat di Tugre Arena, Sungai Buloh, Selangor.
Edisi Ke-40 Kejuaraan Ragbi Piala Agong 2024 hanya melibatkan 9 pasukan ragbi 15 sepasukan dari seluruh negara. Kredit – facebook.com/malaysiarugbyofficial
Turut hadir ke padang latihan persiapan pasukan Terengganu ini adalah Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) Amir Amri Mohamad, Bendahari KRM Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad Khairul Kamarudin selaku rakan strategik kepada Terengganu untuk kempen Piala Agong 2024 edisi ke-40 kali ini.
Penembak Terengganu Banin Al Ghazali Ahmad Badrul cemerlang menambah punggutan pingat dengan meraih pingat perak bagi acara individu lelaki 25M Standard Pistol sekaligus memecah dominasi podium yang menyaksikan pingat emas dan gangsa dirangkul oleh penembak Pahang.
Lagu negeri Terengganu ‘Selamat Sultan’ berkumandang di bumi Kenyalang sewaktu majlis perasmian perkampungan sukan SUKMA Sarawak 2024 yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2024 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Kota Samarahan.
Untuk rekod, UNIMAS yang turut dilengkapi dengan fasiliti klinik, kafe,dobi, wifi dan lain-lain kemudahan merupakan perkampungan sukan terbesar di antara 33 penempatan kontijen bertanding yang disediakan oleh tuan rumah mampu untuk menempatkan 4,800 atlet dan pegawai pasukan. Seramai 300 petugas telah ditempatkan di perkampungan sukan UNIMAS sebagai usaha untuk membantu kelancaran penganjuran temasya sukan terbesar dalam negara ini yang secara rasmi membuka tirai pada 17 Ogos sehingga 24 Ogos 2024 ini melibatkan 9 daerah di dalam negeri Sarawak sebagai venue pertandingan.
Manakala buat kontijen Terengganu telah tiba lebih awal untuk berkampung di Sarawak hadir dengan misi penting ‘Hanelang Bangkit 2024’ untuk kembali memburu juara keseluruhan dengan mempertaruhkan 568 atlet untuk berentap di dalam 36 jenis sukan yang melibatkan 340 acara yang dipertandingkan.
Kelmarin berpeluang menerima jemputan dari barisan jurulatih skuad SUKMA Sarawak 2024 untuk hadir ke Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk bagi menyaksikan perlawanan persahabatan di antara pasukan yang kini dalam misi ke Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024) nanti.
Penghormatan yang besar apabila disapa baik oleh pemain-pemain hoki wanita Terengganu yang rata-rata mereka ini adalah di peringkat umur ‘adik-adik’ setulus hati menzahirkan tanda terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh Penyu Sukan selama ini.
Ianya satu penghargaan yang amat besar buat kami untuk rasa dihargai di bumi Terengganu ini. Jarang-jarang berlaku.
Atas dasar tanggungjawab sosial kepada adik-adik atlet sukan Terengganu, selagi berkemampuan buat Penyu Sukan untuk hadir berhujan berpanas memberi sokongan sudah pasti kami akan hadir walaupun ianya berstatus perlawanan persahabatan mahupun sekadar rutin latihan biasa.
Turut kelihatan adalah kehadiran atlet-atlet sukan ragbi Terengganu yang turut hadir di atas dasar silaturahim memberi sokongan akrab kepada pasukan hoki wanita ini bagi aksi persahabatan menentang pasukan hoki skuad SUKMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ianya satu perkembangan positif walaupun berlainan disiplin sukan namun hubungan silaturahim atas dasar semangat kesukanan dilihat mampu memberi impak yang besar untuk memburu podium mahupun membina sahsiah jati diri buat setiap atlet untuk hidup bermasyarakat.
Begitu juga dengan kehadiran peminat-peminat hoki tempatan dan juga mungkin sanak saudara ahli keluarga yang turut sama memberi sokongan secara tidak langsung ianya merupakan sokongan moral yang besar yang diperlukan oleh setiap barisan atlet ini.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada barisan kejurulatihan hoki Terengganu skuad SUKMA Sarawak 2024 di atas jemputan kelmarin dan juga hubungan silaturahim yang telah terbina selama ini.
Bersama kita doakan semoga pasukan hoki Terengganu mencipta kejutan di Sarawak nanti sekaligus mengangkat martabat sukan hoki di bumi Terengganu
Dalam usaha untuk memastikan prestij penganjuran kejuaraan Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan (National 7s 2024) mencapai penanda aras tinggi yang telah diletakkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia selaku penganjur utama, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama-sama dengan pelbagai agensi di dalam negeri ini berganding bahu untuk turut hadir melawat Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu bagi merangka perancangan yang akan dilaksanakan sebelum tirai kejohanan dibuka pada 12 Julai 2024 ini.
Wakil dari Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili oleh presidennya sendiri iaitu Amir Amri Mohamad bersama-sama sebahagian jawatan kuasa penganjuran yang dibarisi oleh pengurusan PRNT optimis dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada mahupun yang akan ditambah baik mampu untuk memberi keselesaan buat setiap pasukan bertanding.
Kejuaraan yang berlangsung selama dua hari ini bakal menghimpunkan 36 pasukan tempatan untuk berentap dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Kategori tumpuan yakni Terbuka Lelaki menyaksikan pasukan tuan rumah yang akan mempertahankan kejuaraan telah diundi bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Perak bagi Kumpulan D sebelum mara ke pusingan akhir. Terengganu juga turut berentap dalam kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun.
Sarawak merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia Timur hadir memberi saingan di mana Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak menghantar pasukan untuk memburu kejuaraan berprestij bagi edisi kali ini.
Montaj sorotan aksi pasukan rali berpangkalan dari Kuala Terengganu; East Coast Rallying yang mempertaruhkan jentera Honda Jazz GE dalam pelumbaan Rally Sprint X-One berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan untuk 9 peringkat cabaran(SS) dengan jarak keseluruhan sejauh 24.43km melibatkan 31 buah jentera perlumbaan dari 8 kategori yang dipertandingkan.
Pasukan rali tunggal yang berpangkalan dari Kuala Terengganu; East Coast Rallying mendapat sokongan talaan jentera perlumbaan oleh R&R Sports Speed Garage selaku rakan teknikal.
Jentera East Coast Rallying yang mendapat sentuhan teknikal oleh R&R Sport Speed Garage dipacu oleh oleh anak jati Kuala Terengganu Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki bersama bersama jurupandu arah Amir Izham dari Kota Bharu, Kelantan Darul Naim berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 37 minit 42 saat setelah mengharungi 3 perlumbaan(Leg) litar berturap meliputi 9 peringkat cabaran(SS) bagi jarak keseluruhan sejauh 24.43km sekaligus berjaya menempatkan mereka di dalam kelompok 10 terbaik pada perlumbaan ini.
Untuk rekod, Penyu Sukan – Agensi Berita Sukan Terengganu turut hadir ke penganjuran perlumbaan ini selaku rakan penaja yang menawarkan perkhidmatan media, penyediaan bahan-bahan liputan berita dan publisiti kepada pasukan rali ini.
Montaj sorotan aksi pasukan rali R&R Sport Speed Garage yang berpangkalan di Kajang, Selangor mempertaruhkan jentera Toyota Vios dalam pelumbaan Rally Sprint X-One berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Perlumbaan ini mempertaruhkan 9 peringkat cabaran(SS) dengan jarak keseluruhan sejauh 24.43km melibatkan 31 buah jentera perlumbaan dari 8 kategori yang dipertandingkan.
Jentera Toyota Vios pacuan 2 roda(2WD) ini dikemudi oleh Dinie Nazmie bersama bersama jurupandu arah Last Hope Radin Mohd Saleh Shah Radin Musa berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 kategori P11 dengan catatan masa keseluruhan 32 minit 45 saat setelah mengharungi 3 perlumbaan(Leg) litar berturap selama dua hari meliputi 9 peringkat cabaran(SS) bagi jarak keseluruhan sejauh 24.43km sekaligus menutup tirai kalendar perlumbaan jentera rali mereka bagi tahun 2023.
Untuk rekod, Penyu Sukan – Agensi Berita Sukan Terengganu turut hadir ke penganjuran perlumbaan ini selaku rakan penaja yang menawarkan perkhidmatan media, penyediaan bahan-bahan liputan berita dan publisiti kepada pasukan rali ini.
Montaj sorotan aksi pasukan rali Pitstop TV Rally Team – Pitstop TV mempertaruhkan jentera Proton Saga dalam pelumbaan Rally Sprint X-One berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan. Perlumbaan ini mempertaruhkan 9 peringkat cabaran(SS) dengan jarak keseluruhan sejauh 24.43km melibatkan 31 buah jentera perlumbaan dari 8 kategori yang dipertandingkan.
Jentera Proton Saga pacuan 2 roda(2WD) ini dikemudi oleh Paduka Syuib Hassan bersama bersama jurupandu arah Cham Wei Lun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama kategori Classic dengan catatan masa keseluruhan 34 minit 22 saat setelah mengharungi 3 perlumbaan(Leg) litar berturap selama dua hari meliputi 9 peringkat cabaran(SS) bagi jarak keseluruhan sejauh 24.43km sekaligus menutup tirai kalendar perlumbaan mereka bagi tahun 2023.
Untuk rekod, Penyu Sukan – Agensi Berita Sukan Terengganu turut hadir ke penganjuran perlumbaan ini selaku rakan penaja yang menawarkan perkhidmatan media, penyediaan bahan-bahan liputan berita dan publisiti kepada pasukan rali ini.
Kejuaraan ragbi 15 sepasukan Majlis Sukan Sekolah Terengganu – MSST yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 Julai sehingga 29 Julai 2023 lalu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Menyaksikan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus dinobatkan selaku juara setelah menafikan Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut berkeputusan 2019 pada satu perlawanan penuh dramatik untuk menutup tirai edisi penganjuran kali ini.
Pengurus pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSD Kuala Nerus) Mohd Nazrin Dasir yang ditemui PenyuSukan sejurus MSSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.
Menurut pengurus pasukan MSSD Kuala Nerus,Mohd Nazrin Dasir berkata persiapan pasukannya hanya sempat dilakukan dalam tempoh kurang dua minggu sebelum kejohanan.
Kemenangan ini sesungguhnya amat bermakna buat dirinya dan seluruh barisan pengurusan pasukan dan pemain-pemain mereka untuk kembali muncul juara setelah kali terakhir bergelar juara pada tahun 2017.
Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz yang ditemui PenyuSukan sejurus MSSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.
Mewakili pemegang taruh utama penganjuran berprestij ini iaitu Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST), Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, (Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz menzahirkan bahawa kualiti penganjuran dan kualiti setiap pasukan yang bertanding pada edisi kali ini adalah lebih baik berbanding edisi-edisi lalu.
Perkembangan ini memberi satu penanda aras baharu buat program pembangunan sukan ragbi di kalangan murid-murid sekolah khususnya di peringkat akar umbi mampu untuk menjadikan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan ragbi pada masa hadapan.
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSSD Kuala Nerus) muncul juara Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi penentuan bertemu MSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.
Situasi ini secara tidak langsung mampu diterjemahkan dengan sasaran untuk mara ke pusingan akhir pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia – MSSM 2023yang akan berlangsung pada Ogos nanti di Kota Bharu, Kelantan.
Keceriaan buat pasukan pelayaran Terengganu skuad Sukan Malaysia(SUKMA) yang menerima sumbangan jaket keselamatan terpakai yang boleh diguna semula oleh atlet-atlet sukan pelayaran negeri ini.
Sebanyak 80 jaket keselamatan yang disumbangkan oleh sebuah entiti yang tidak ingin didedahkan telah disampaikan kepada ketua jurulatih pelayaran Terengganu Abdul Rani Idris yang hadir sendiri ke Pulau Redang untuk membawa pulang sumbangan itu ke pusat latihan yang terletak di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Turut menjayakan program mulia ini adalah pihak Redang Pelangi Resort yang turut menyumbang perkhidmatan bot untuk pergi dan balik dari Pulau Redang.
Ketua jurulatih sukan pelayaran Terengganu, Abdul Rani Idris menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada entiti tersebut yang sanggup menyumbang jaket keselamatan itu dalam satu kuantiti yang besar.
Jelasnya lagi, sumbangan ini memberi keceriaan buat atlet-atlet sukan pelayaran negeri Terengganu khususnya di kalangan atlet-atlet muda untuk dihargai.
Juga melalui sumbangan ini sudah tentu dapat merancakkan lagi program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini khususnya melibatkan program latihan sukma, program Pelapis Atlet Sukan bagi pencarian bakat dan tunas baharu untuk sukan ini.
Untuk rekod, agensi berita sukan yang beroperasi di negeri Terengganu, Penyu Sukan secara tidak langsung memainkan peranan tanggungjawab sosial demi pembangunan sukan setempat untuk mencari sebarang ruang dan peluang bentuk penajaan yang diperlukan oleh mana-mana entiti sukan. Khususnya sukan yang kurang mendapat perhatian.
Semoga usaha kecil ini dapat memberikan keceriaan kepada atlet-atlet sukan pelayaran khususnya adik-adik yang masih dibangku sekolah yang berjiwa besar untuk membawa nama Terengganu ke pentas antarabangsa.
Aksi penyerang Terengganu FC(TFC) juga merupakan import dari Crotia, Ivan Mamut menendang tiang bendera setelah menjaringkan gol ke-2 milik TFC pada minit ke-41 separuh masa pertama permainan bagi saingan suku akhir Piala FA 2023 bertemu Kelantan FC pada 27 Mei 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus. Setelah menafikan Kelantan FC berkesudahan 4-2 di laman sendiri kini TFC mara ke pusingan separuh akhir untuk bertemu KL City.
Penganjuran edisi ke-5 sukan air yang mempertaruhkan kayak jenis ‘dancer classic perception’ untuk menongkah ombak ganas sewaktu musim angin monsun timur laut ketika ini yang dijenamakan sebagai Ombak Challenge 2022 mencipta penanda aras baharu apabila berjaya menarik penyertaan terbesar seramai 123 peserta untuk berkampung selama dua hari di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
Deruan ombak ganas sewaktu musim angin monsun timur laut di perairan negeri Terengganu ini bakal menjadi pentas penentu kejuaraan Ombak Challenge yang kini memasuki edisi ke-5 penganjuran. Kayak jenis ‘dancer classic perception’ menjadi taruhan perlumbaan untuk membelah ombak bagi dayungan sejauh 300 meter bagi perebutan podium sebelum bergelar juara.
Rekod baharu jumlah penyertaan ini sekaligus meletakkan prestij penganjuran yang tersendiri buat acara sukan air yang mampu menjadi salah satu produk pelancongan sukan di negeri Terengganu Darul Iman ini. Menambah menarik tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan oleh Persatuan Kanu Negeri Terengganu selaku penganjur sejak pertama kali diadakan pada tahun 2015.
Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas juga merupakan pengarah teknikal Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
“Saban tahun kita boleh melihat peningkatkan jumlah peserta di mana pada edisi pertama penganjuran pada tahun 2015 di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kita hanya mendapat 78 peserta yang mana rata-ratanya adalah merupakan atlet-atlet kami sendiri. Namun untuk edisi kali ini kita boleh melihat beberapa peserta dari beberapa negeri malah terdapat penyertaan daripada pasukan dari PDRM(Polis Diraja Malaysia) dan UniSZA(Universiti Sultan Zainal Abidin).
“Tidak dinafikan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan sejak edisi pertama penganjuran sehingga kini menjadi kekuatan penganjuran malah setiap peserta yang hadir tidak perlu membawa sebarang kelengkapan peralatan perlumbaan di mana segala-galanya disediakan oleh kami sebagai penganjur.
“Penganjuran Ombak Challenge yang menjadi kejohanan tahunan dan pernah tertangguh berikutan pandemik COVID-19 sebelum ini ini juga merupakan pentas terbaik buat atlet-atlet kanu sama ada buat atlet negeri Terengganu mahupun lain-lain negeri malah buat atlet kebangsaan untuk meraih pengalaman berikutan ketandusan penganjuran sukan air secara kompetitif buat atlet-atlet ini.
“Edisi penganjuran kali ke-5 ini juga turut disertai oleh beberapa bekas atlet kebangsaan yang masih beraksi di pentas antarabangsa.” ujar Pengarah teknikal Ombak Challenge 2022 yang juga merupakan Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas.
Beliau yang juga merupakan mantan Presiden Kanu Malaysia bagi penggal 2015-2017 turut melihat penganjuran ini mampu untuk menjadi produk pelancongan sukan buat negeri Terengganu yang bertaraf antarabangsa.
Bekas atlet kebangsaan dan juga persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) 2022 Muhammad Afiq Qusyairi Zaki yang turut berentap dalam Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
Atlet pembangunan Sukan Malaysia(SUKMA) Nor Aireen Sofia Mohd Hafiz merupakan di antara peserta wanita yang turut berentap dalam Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
Dzulkafli Abas juga turut mengulas bahawa kejuaraan yang berformatkan catatan masa terpantas untuk berkayak menongkah ombak ganas merupakan satu-satunya kejohanan yang pernah diadakan di dalam negara malah tidak menolak berkemungkinan yang pertama seumpamanya di dunia. Dua kategori baru iaitu kategori peringkat institusi pengajian tinggi dan kategori kebangsaan bakal dipertandingkan pada edisi seterusnya tahun hadapan.
Barisan pemenang-pemenang Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan bagi tiga kategori telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
Pada penganjuran Ombak Challenge edisi ke-5 ini, tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan ‘Relay’ untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 5000. Kategori ‘Relay’ yang dipertandingkan secara berpasukan melibatkan 4 peserta lelaki dan 1 peserta wanita menjadi acara tumpuan yang mempertaruhkan hadiah wang tunai terbesar sebanyak RM 1000.00 menjadi milik pasukan ‘Ikan Dukeng’ yang turut dibarisi oleh beberapa bekas atlet SUKMA 2022 yang baru melabuhkan tirai pada September lepas.
Pada Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu(PBSNT) 2022, perwakilan daripada salah satu ahli gabungan PBSNT kembali membangkitkan cadangan yang telah dikemukakan pada kongres terdahulu di mana meohon untuk turut diberi keistimewaan untuk turut sama menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu FC(TFC) khususnya di laman sendiri.
Selain itu juga perwakilan turut menyentuh tentang sumbangan kewangan dari badan induk negeri kepada ahli-ahli gabungan yang terdiri daripada persatuan-persatuan bolasepak di peringkat daerah di mana hanya menerima sebanyak RM 10,000.00 bagi tahun 2021 dan 2022. Turut difahamkan bahawa pasukan Tajin City FC dari Hulu Terengganu telah membelanjakan hampir RM 60,000.00 untuk menyertai liga Terengganu Football League(TFL) yang pertama kali dianjurkan oleh PBSNT pada tahun lalu.
Perwakilan juga memberi bayangan bahawa kemungkinan banyak pasukan-pasukan tidak dapat meneruskan aksi untuk musim seterusnya berikutan kekangan kewangan.
Kongress Tahunan PBSNT 2022 telah berlangsung pada 26 Disember 2022 lepas bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu telah dihadiri oleh Presiden PBSNT Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu.
Untuk rekod, PBSNT mempunyai 10 ahli gabungan yang terdiri daripada Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Nerus, Persatuan Bolasepak Daerah Setiu, Persatuan Bolasepak Daerah Besut, Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu, Persatuan Bolasepak Daerah Marang, Persatuan Bolasepak Daerah Dungun, Persatuan Bolasepak Daerah Kemaman, Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu dan Persatuan Pengadil Bolasepak Negeri Terengganu.
Ahmad Syazrin Awang Ilah dari pasukan Helaz Cycling Team muncul juara bagi kategori Men Elite International Golden Monsoon Ride 2022 dengan catatan masa 01:15:22 manakala Mohd Shahrul Mat Amin dari pasukan IzrimeeBike dengan catatan masa 01:15:23 di tempat kedua dan pelumba persendirian Muhammad Zahin Wahhi di tempat ketiga dengan catatan masa 01:16:25.
Sebanyak 24 pelumba berentap bagi kategori Men Elite ini di mana hanya 16 pelumba yang menamatkan perlumbaan manakala seorang pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan(DNF) manakala 7 pelumba yang lain gagal untuk berlumba(DNS).
International Golden Monsoon Ride 2022 merupakan penganjuran sukan perlumbaan berbasikal berskala besar yang dianjurkan buat kali kedua di dalam negeri Terengganu ini.
Keputusan penuh kategori Men Elite International Golden Monsoon Ride 2022.
Kategori Wanita Terbuka(Women Open) International Golden Monsoon Ride 2022 mencipta prestij penganjuran yang tersendiri setelah barisan-barisan pelumba ternama di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa turut berentap untuk kayuhan sejauh 25.4km.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam 2021 Natahsya Soon yang beraksi bagi pasukan Helaz Cycling Team muncul juara dengan catatan masa 01:11:57 berjurang 3 minit 38 saat untuk menafikan pelumba persendirian Nurul Balqish Mohd Hissam dengan catatan masa 01:15:35 di tempat kedua manakala tempat kedua oleh pelumba tuan rumah Eddyna Nasuhar yang juga merupakan bekas pelumba kebangsaan dengan catatan masa 01:17:21.
Penganjuran kali kedua bagi kategori wanita terbuka ini juga turut menarik penyertaan daripada beberapa pelumba ternama seperti pemegang pingat emas SUKMA 2018 yang juga pelumba tuan rumah Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli dan Maya Sofea Sari Johari yang pernah beraksi di pentas Kejuaraan Basikal Gunung Asia (UCI Asia Mountain Bike Series 2019).
Sebanyak 13 pelumba wanita berentap dalam kategori ini di mana dua pelumba gagal untuk berlumba(DNS) dan selebihnya berjaya menamatkan perlumbaan.
Keputusan penuh Kategori Wanita Terbuka(Women Open) International Golden Monsoon Ride 2022.
Bekas pelumba kebangsaan dan pernah beraksi bersama pasukan TSG Muhammad Khairul Azizi Abdullah muncul juara bagi kategori Men Novice International Golden Monsoon Ride 2022 dengan catatan masa 01:19:50 manakala Abdul Halim Hasan daripada pasukan MiFH Cycling Group dengan catatan masa 01:20:28 di tempat kedua dan pelumba Masri Sarmidee daripada pasukan GKCC di tempat ketiga dengan catatan masa 01:22:55.
Sebanyak 110 pelumba berentap bagi kategori Men Masters ini di mana hanya 85 pelumba yang menamatkan perlumbaan manakala dua pelumba dibatalkan perlumbaan(DQ), 5 pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan(DNF) manakala 18 pelumba yang lain gagal untuk berlumba(DNS).
International Golden Monsoon Ride 2022 merupakan penganjuran sukan perlumbaan berbasikal berskala besar yang dianjurkan buat kali kedua di dalam negeri Terengganu ini.
Keputusan penuh kategori Men Novice International Golden Monsoon Ride 2022.
Pelumba persendirian Rusfarizal Rusli muncul juara bagi kategori Men Masters International Golden Monsoon Ride 2022 dengan catatan masa 01:06:16 manakala Phua Teck Liang daripada pasukan Phua Teck Liang dengan catatan masa 01:10:11 di tempat kedua dan pelumba tuan rumah Tan Chee Yong daripada pasukan IzrimeeBike di tempat ketiga dengan catatan masa 01:12:57.
Sebanyak 34 pelumba berentap bagi kategori Men Masters ini di mana hanya 26 pelumba yang menamatkan perlumbaan manakala seorang pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan(DNF) manakala 7 pelumba yang lain gagal untuk berlumba(DNS).
International Golden Monsoon Ride 2022 merupakan penganjuran sukan perlumbaan berbasikal berskala besar yang dianjurkan buat kali kedua di dalam negeri Terengganu ini.
Keputusan penuh kategori Men Masters International Golden Monsoon Ride 2022.
Bekas pelumba kebangsaan Mohammad Saufi Mat Senan berjaya menempatkan diri antara kelompok 10 terbaik pelumba basikal lasak MTB dengan catatan masa 1 jam 22 minit 34 saat di tempat ke-7 bagi kategori Men Elite International Golden Monsoon Ride 2022 yang telah berlangsung dalam suasana cuaca hujan lebat di Terengganu International Endurance Park pada 17 Disember 2022.
International Golden Monsoon Ride 2022 merupakan penganjuran sukan perlumbaan berbasikal berskala besar yang dianjurkan buat kali kedua di dalam negeri Terengganu ini.
Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Kumpulan Terengganu Inc telah memeterai perjanjian bersama Terengganu Football Club (TFC) bagi merealisasikan tajaan bernilai RM1.6 juta sekali gus membakar semangat memburu Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 serta menghadapi saingan musim akan datang.
Tajaan musim hadapan ini akan melibatkan anak-anak syarikat Kumpulan antaranya Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRTSB). Penajaan Kumpulan Terengganu Inc adalah selari dengan momentum positif pasukan itu yang telah meraih tempat kedua Liga Super, naib juara Piala FA dan layak ke Piala AFC musim depan serta baru sahaja mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sejak tahun 2017 sehingga kini, Terengganu Inc serta anak-anak syarikat Kumpulannya sudah tidak asing lagi dalam mengadakan kolaborasi menang-menang bersama TFC.
Majlis penajaan oleh kumpulan Terengganu Inc bernilai RM1.6 juta kepada TFC bagi musim 2023 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 15 November 2022.
“Bola sepak merupakan salah satu sukan utama di Terengganu yang mempunyai ramai peminat tempatan yang setia. Kumpulan Terengganu Inc berbangga untuk terus menjadi teras sokongan TFC dengan penajaan melalui anak syarikat iaitu EPIC, SATU dan LRTSB. Sebagai penaja, Terengganu Inc serta tiga anak syarikatnya mendapat pelbagai peluang pemasaran strategik seperti promosi logo penaja pada jersi, tapak pemasaran sempena hari perlawanan, penjenamaan pada kit latihan rasmi pusat latihan, logo, iklan penaja di media sosial dan lain-lain lagi.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun(kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh sewaktu menyempurnakan majlis penajaan oleh kumpulan Terengganu Inc bernilai RM1.6 juta kepada TFC bagi musim 2023 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 15 November 2022.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya berbesar hati menerima tajaan tersebut yang dilihat bakal meningkatkan lagi motivasi dan prestasi industri bola sepak negeri.
“Dengan Kumpulan Terengganu Inc menjadi penaja emas skuad ini, ia turut memberi keyakinan kepada pengurusan dan pemain untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan musim baharu,” jelasnya.
Sementara itu, Burhanuddin Hilmi optimis dengan penajaan tersebut bakal mencetuskan persaingan sengit dalam Piala Asia AFC 2023 yang dijadual berlangsung pada 16 Jun 2023 dan berakhir pada 16 Julai 2023.
“Kami yakin penajaan ini dapat mendorong pasukan meningkatkan prestasi keseluruhan dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Pihak kami juga yakin TFC bakal mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia disamping menaikkan nama Kumpulan Terengganu Inc di mata negara dan rantau Asia,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis perjanjian yang diadakan di Pejabat Pengurusan TFC telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ridzuan Ali, Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Abdul Karim Endut, Ketua Eksekutif LRTSB, Che Ku Hafiz Che Ku Denang serta disaksikan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun. Manakala itu, TFC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd, Ab Rasid Jusoh dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi TFC, Mohd Sabri Abas.
JUMLAH TAJAAN OLEH KUMPULAN TERENGGANU INC SEJAK 2017
2017 – RM 8 juta
2018 – RM4.5 juta
2019 – RM4 juta
2021– RM1.5 juta
2022 – RM1.5 juta
2023 – RM1.6 juta
Pada satu sidang media majlis penajaan musim 2023, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh mengesahkan bahawa Nafuzi Zain secara rasminya telah menolak surat tawaran lanjutan kontrak selama setahun sebagai ketua jurulatih pasukan TFC bagi musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh sewaktu menyempurnakan majlis penajaan oleh kumpulan Terengganu Inc bernilai RM1.6 juta kepada TFC bagi musim 2023 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 15 November 2022.
“Kita menerima surat jawapan daripada ketua jurulatih kita pada 0447 petang kelmarin(14 November 2022) di mana dalam surat tersebut beliau tidak bersetuju untuk menyambung kontrak yang telah ditawarkan.
“Dalam perbincangan kita bersama dengan ahli lembaga pengarah(TFC Sdn Bhd), tiada sebarang perubahan ditetapkan di mana di mana Nafuzi Zain masih lagi menerima gaji dari pasukan oleh itu tiada sebab untuk dia direhatkan pada sebarang baki perlawanan yang ada.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.
Ab Rasid Jusoh juga turut menjelaskan sebarang keputusan untuk menerima ketua jurulatih baharu akan ditentukan setelah pasukan menamatkan aksi pada musim ini
Ketua jurulatih Terengganu FC(TFC) Nafuzi Zain yang ditemui menjelaskan bahawa beliau tidak meletakkan sebarang syarat-syarat bagi kontrak baharu yang ditawarkan untuk musim 2023. Sebaliknya menyerahkan segala-galanya hal berkaitan kontrak itu kepada pihak pengurusan tertinggi pasukan untuk membuat tawaran.
Beliau juga menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk memerlukan khidmat peguam bagi meneliti kontrak tersebut dan tempoh 14 hari yang diberikan kepadanya merupakan satu tempoh yang cukup buatnya untuk membuat keputusan.
Ketua jurulatih itu yang ditemui media beberapa jam selepas keputusan mesyuarat ahli lembaga pengarah Terengganu Football Club Sdn. Bhd. membuat keputusan untuk menawarkan kontrak baharu bagi musim 2023. Mesyuarat ahli lembaga pengarah kali ke-2 sesi 2022 telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Perkarangan Seri Iman, Batu Buruk pada 25 Oktober 2022.
Setelah kian lama menjadi perbualan netizen khususnya peminat-peminat pasukan Terengganu FC(TFC), akhirnya terjawab tentang masa depan ketua jurulatih pasukan Nafuzi Zain yang masih ditawarkan untuk semusim lagi.
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn. Bhd. pada mesyuarat kali ke-2 sesi 2022 yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Perkarangan Seri Iman, Batu Buruk sebulat suara memutuskan untuk menawarkan lanjutan kontrak semusim lagi buat pengendali yang berusia 44 tahun berasal dari Kelantan ini.
Keputusan itu dimaklumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukair Wan Abdullah sambil menjelaskan tempoh 14 hari diberikan kepada Nafuzi Zain untuk memberi jawapan.
Jelasnya lagi antara kriteria keputusan itu adalah Petunjuk Prestasi Utama(KPI) musim ini setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala FA dan layak untuk beraksi di pentas Asia dalam saingan kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia(AFC) pada musim depan. TFC juga pada musim ini berjaya menamatkan kempen Liga Super untuk berada di tempat kedua sekaligus memperbaiki rekod musim lalu di tangga ke-4 liga.
Wan Sukairi Wan Abdullah juga turut berkata bagi kontrak baru ini terdapat beberapa perubahan KPI yang perlu dilaksanakan oleh Nafuzi Zain pada musim ini namun enggan mengulas lebih lanjut berkaitan itu.
Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn. Bhd.(TFC), Wan Sukairi Wan Abdullah(kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC Ab Rasid Jusoh sejurus tamat Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC kali ke-2 sesi 2022 yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Perkarangan Seri Iman, Batu Buruk pada 25 Oktober 2022.
“Kita menawarkan kepada dia(Nafuzi Zain), jadi kita tunggu jawapan dari dia. Kita ada beberapa pilihan yang telah diberikan kepada kita di dalam mesyuarat dan kita memilih Nafuzi lah.. dan pilihan yang lain itu kita tolaklah. Sekiranya Nafuzi tidak menerima(tawaran) maka kita terpaksa melihat pilihan yang lain lah.,” ujar Wan Sukairi Wan Abdullah.
Selain Nafuzi Zain, turut ditawarkan lanjutan kontrak adalah ketua jurulatih TFC II Badrul Afzan Razali dan juga ketua jurulatih pasukan Piala Presiden, Roshadi Wahab. Manakala buat Pengarah Taktikal TFC Tomislav Steinbruckner masih dikekalkan pada musim ini namun belum ada sebarang kenyataan rasmi sekiranya dilanjutkan pada musim hadapan.
Manakala bagi pembantu jurulatih setiap pasukan, jawatan kuasa teknikal akan membuat keputusan bersama melalui perbincangan setiap ketua jurulatih yang dilantik.
Seawal berusia 11 tahun mula mengenali sukan lawn bowls atau lebih dikenali sebagai sukan bowling padang, Nor Zamziezah Ahmad yang lebih mesra dikenali dengan panggilan ‘Zang’ dalam arena sukan lawn bowls tanah air tekad untuk mempertahankan pingat emas di pentas Sukan Malaysia edisi ke-20 (SUKMA XX MSN 2022) yang telah dimenangi pada edisi lalu di Perak pada 2018.
Penampilan pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) adalah sewaktu berusia 16 tahun pada penganjuran temasya SUKMA Sarawak 2016 namun sekadar pulang dengan pengalaman yang besar walaupun tanpa sebarang podium diperolehi. Bangkit dari pengalaman itu, setelah dua tahun menanti Nor Zamziezah Ahmad mula membuat kejutan untuk meraih pingat emas dalam acara triples wanita sekaligus membantu kontijen negeri Terengganu untuk kembali mengulangi sejarah muncul selaku juara keseluruhan.
Nor Zamziezah Ahmad(kiri) dan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan atlet senior wanita skuad lawn bowls Terengganu yang akan membuat penampilan terakhir bersama pasukan di pentas SUKMA XX MSN 2022.
“Saya amat teruja untuk beraksi pada SUKMA kali ini dan sememangnya ianya penampilan terakhir yang teramat penting buat saya. Perasaan berdebar itu tetap ada kerana fokus latihan terganggu sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu. Namun saya perlu mempertahankan pingat emas acara triples wanita yang telah saya menangi di SUKMA Perak lalu. Sasaran emas untuk Terengganu pada SUKMA kali ini merupakan sasaran peribadi yang amat penting buat hidup saya sebelum saya beralih arah ke peringkat yang lebih tinggi. Sememangnya satu cabaran yang besar buat saya sepanjang saya mewakili Terengganu ke pentas SUKMA. Saya dapat lihat kini Selangor dan Johor merupakan di antara pencabar saya nanti.”, ujar Nor Zamziezah Ahmad yang kini berusia 22 tahun di mana pertama kali membuat penampilan pertama di pentas SUKMA pada SUKMA Sarawak 2016.
Namun bagi penganjuran temasya kali ini, tidak dinafikan perasaan gemuruh itu tetap menjadi igauan buat semua atlet termasuk buat Nor Zamziezah Ahmad di mana fokus program latihan telah terganggu sejak 2 tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 merencatkan segalanya. Malah terpaksa menanti sehingga 4 tahun sejak SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai dan pembatalan penganjuran SUKMA 2020 di Johor secara tidak langsung menambah beban buat atlet bertaraf profesional ini.
Walaupun sedemikian, Nor Zamziezah Ahmad yang juga turut memiki sijil kejurulatihan tahap 1 tekad untuk menamatkan cabaran SUKMA XX MSN 2022 dengan kilauan emas di atas podium sekaligus menjadi satu kenangan yang paling manis di pentas temasya penganjuran sukan terbesar tanah air sebelum bersara sepenuhnya nanti. Nor Zamziezah Ahmad bersama rakan sepasukan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan atlet wanita lawn bowls yang akan membuat penampilan terakhir bersama Terengganu pada edisi kali ini.
Untuk rekod pada penganjuran kali terakhir di SUKMA Perak 2018, Terengganu berjaya meraih 3 pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri ini untuk kembali bergelar juara keseluruhan penganjuran ketika itu. Pada temasya penganjuran SUKMA XX MSN 2022 akan membuka tirai pada 16 September nanti, sukan lawn bowls mempertaruhkan perebutan podium melalui 9 acara yang melibatkan 4 acara lelaki, 4 acara wanita dan 1 acara campuran.
Ketua jurulatih Zulkepli Abd Wahab berkongsi perkembangan semasa pasukan lawn bowls Terengganu yang kini berada di fasa akhir program latihan untuk berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang akan membuka tirai pada 16 September ini.
Untuk rekod, ketua jurulatih ini telah membimbing pasukan sejak 2002 di mana pada ketika itu untuk saingan di SUKMA Sabah 2002.
Pada perlawanan separuh akhir Piala Belia 2022 peringkat pertama yang telah berlangsung pada 7 Ogos lalu, Sri Pahang FC yang hadir pasukan bukan pilihan musim ini membuat kejutan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk menewaskan pasukan tuan rumah Terengganu FC IV(TFC IV) berkeputusan 5-1.
Menambah menarik, Bahazenan Osman selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC menjelaskan bahawa telah 10 tahun pasukan belia yang membawa nama Pahang tidak mara ke pusingan akhir kempen Piala Belia.
Terkini setelah menamatkan perlawanan timbal balik, walaupun berkeputusan 3-1 memihak pada TFC IV namun ianya masih tidak memadai untuk menghalang Sri Pahang FC ke perlawanan akhir Piala Belia 2022 dengan kemenangan agregat 6-4.
Sri Pahang FC akan bertemu Selangor FC bagi perlawanan timbal balik penamat kempen Piala Belia musim ini yang dijadualkan berlangsung pada 19 & 26 Ogos ini.
Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah sukan negeri Terengganu untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai.
Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.
Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti.
Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai.
Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.
Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti.