Ragbi Asia: Status Penganjuran Jadi Penentu Lantikan Brad Mika

Stadium Nasional Bukit Jalil pertama kali menjadi pentas penganjuran kejohanan ragbi dalam perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan menentang Hong Kong bagi saingan Kejuaraan Ragbi Asia Divisyen Premier pada 22 Jun 2019. Berkeputusan 71-00 dibelasah Hong Kong di laman sendiri bagi aksi timbal balik di mana sebelum ini skuad Bunga Raya ini berjaya memberi tekanan kepada Hong Kong berkeputusan 30-24. Kredit Foto – Asiarugby.com

Sebarang keputusan untuk melantik ketua jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah kebangsaan bakal ditentukan bergantung pada status penganjuran Kejohanan Ragbi Asia(ARC) sama ada bakal diteruskan atau sekali lagi ditunda.

Hal ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM), Amir Amri Mohamad di mana KRM tidak terburu-buru untuk membuat keputusan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah menjadi kekangan buat penganjur. Situasi ini juga turut telah berlaku pada tahun lalu di mana penganjuran ARC turut telah ditunda di mana sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Menurut Amir Amri Mohamad, sememangnya Brad Mika masih dalam perhatian MRU untuk membimbing pasukan kebangsaan ke pentas tertinggi kejohanan Asia ini. Namun begitu percaturan tepat perlu diputuskan oleh badan induk kebangsaan untuk menawarkan mana-mana kontrak serta persediaan pasukan memandangkan kekangan penajaan sejak tahun pertama pandemik COVID-19 melanda.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

“Ini penting bagi kita di Malaysia Rugby berbincang dengan jelas dari Coach Brad apabila dah ada keputusan dari Asia Rugby. Tarikh dan format pertandingan inilah yang akan dibincang secara terperinci adakah kejohanan ini bermain dalam satu venue atau ada perlawanan timbal balik atau sebaliknya.

Kerana hari ini kita tahu bahawa negara-negara tersebut Korea dan juga Hong Kong terlibat sama dalam isu melanda pandemik COVID-19. Lembaga Kejurulatihan yang dipengerusikan oleh saudara coach Lee Nyuh Fah telah mencalonkan Brad Mika sebagai ketua jurulatih dalam kejohanan ARC 2021. Buat masa ini keputusan masih lagi menunggu mesyuarat Asia Rugby tersebut.”, ujar Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com

Bekas pemain All Black dari New Zealand itu yang merupakan jurulatih asing pertama pernah dilantik untuk membimbing skuad ragbi kebangsaan pada 2018 di mana Malaysia pertama kali layak beraksi di pentas tertinggi Kejuaraan Ragbi Asia (Divisyen Premier). Pada 2021 Divisyen Premier dijenamakan sebagai Asian Tri-Nations.

Lantikan mengantikan ketua jurulatih Lee Nyuk Fah yang telah membawa pasukan menjuarai Division 2 pada 2015 sekaligus melangkah ke Divisyen 1 dan muncul juara pada 2016 dan mempertahankan kejuaraan pada 2017.

Brad Mika berusia 40 tahun (2 Jun 1981) lahir di Auckland, New Zealand merupakan bekas pemain pasukan All Black pada 2002. 2002 juga merupakan tahun pertama beraksi di pentas Super Rugby bersama pasukan Crusaders dan penampilan terakhir di pentas Super Rugby adalah bersama Blues pada 2012.

Malaysia yang kini beraksi di dalam Divisyen Premier (kini dikenali sebagai Asian Tri-Nations) merupakan Divisyen tertinggi dalam 6 Divisyen yang dipertaruhkan oleh Asia Rugby. Malaysia satu-satunya negara di kedudukan Asia terendah berada di dalam Divisyen Premier walaupun tangga kedudukan Asia bagi pasukan di dalam Divisyen 1(kecuali Chinese Taipei) lagi tinggi dari Malaysia. Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Chinese Taipei beraksi dalam Division 1.

Pada musim lalu, Asia Rugby telah menanggugkan sebarang penganjuran mahupun sebarang perlawanan bermula pada 1 Mac sehingga 30 Jun 2020 berikutan pandemik COVID-19. Pada suku ke-3 2020, Asia Rugby batal semua baki perlawanan dan penganjuran yang dijadualkan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. Oleh itu tiada sebarang penganjuran kejohanan Asia Rugby 15 sepasukan begitu juga beberapa kejohanan lain yang terkesan.

KEDUDUDKAN ASIA RUGBY 2019
#1 Hong Kong
#2 Korea Selatan
#3 Malaysia

TARIKH-TARIKH PENTING
24 Jun 2021 – Tarikh dan format Kejohanan Ragbi Asia rasmi akan diputuskan oleh penganjur.
19-27 Nov 2021 – Tarikh cadangan awal namun belum disahkan oleh penganjur seperti mana dikeluarkan dalam kalendar kejohanan Asia Rugby bagi tahun 2021.

KEDUDUKAN TANGGA DUNIA (Melibatkan negara Asia sahaja)
Kemaskini 14 Jun 2021
#22 Hong Kong
#31 Korea Selatan
#41 Filipina
#46 Malaysia

KEDUDUKAN TANGGA ASIA
Kemaskini 9 Mac 2020
#1 Jepun
#2 Hong Kong
#3 Korea Selatan
#4 Philipina
#5 Sri Lanka
#6 Malaysia
#7 Singapura
#8 UAE
#9 Kazakhstan
#10 Chinese Taipei

*Mendahului Singapura(#7) dan Thailand(#12) di mana dua negara ini merupaka seteru utama dalam sejarah perebutan kejuaraan ragbi 15s mahupun 7s.

Anak Batu Rakit Dilantik Badan Takraw Asia

Dr Mohammad Omar yang juga merupakan mantan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Pembangunan, Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) bagi penggal 2021 hingga 2023.

Setelah 15 tahun menyepi dari arena sepak takraw kebangsaan, terkini bekas Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia(PSM) Dr Mohammad Omar menerima lantikan daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia(ASTAF) selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Pembangunan, Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) bagi penggal 2021 hingga 2023. Walaupun situasi perkembangan terkini yang belum berkesudahan di antara PSM dan ASTAF, namun kepercayaan badan induk di peringkat Asia yang masih memberi ruang dan peluang bagi kepakaran tempatan menjadi tiket penting bagi perubahan sukan sepak takraw tanah air.

Anak jati Terengganu yang kini berusia 63 tahun berpengalaman besar dalam sejarah pembangunan dan teknikal sukan sepak takraw di pentas antarabangsa juga merupakan tulang belakang sewaktu Program Gemilang 2001 yang menjadi penanda aras persiapan pasukan sewaktu Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA 2001. Begitu juga program pembangunan di negeri sendiri, melalui penubuhan Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu sejak 1999 sehingga kini banyak melahirkan pemain-pemain berkualiti untuk diketengahkan oleh Persatuan Sepaktakraw Negeri Terenganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA).

Dr Mohammad Omar juga pernah menjawat Naib Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia(PSM) bermula bagi penggal 2002 pernah membuat kejutan untuk meletakkan jawatan dalam badan induk tersebut pada 2005 sejurus pasukan kebangsaan meraih emas di Sukan SEA Manila 2005. Sepanjang berada dalam pucuk pimpinan badan induk kebangsaan, mantan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu ini juga turut cemerlang menjadi penasihat teknikal pertandingan di beberapa kejohanan antarabangsa.

Dr Mohammad Omar merupakan tulang belakang penubuhan Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu yang ditubuhkan pada 1999.

“Saya telah dihubungi oleh Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader untuk menerajui jawatankuasa badan induk Asia itu. Awalnya beliau menawarkan jawatankuasa etika dan disiplin tapi saya lebih selesa bekerja dalam jawatankuasa pembangunan. Lagipun saya sememangnya banyak terlibat dalam program pembangunan sepak takraw di negeri Terengganu mahupun dalam negara. Bersama ASTAF kini saya perlu mempromosikan sukan sepak takraw ke beberapa negara yang belum wujudnya sukan ini mahupun persatuan itu sendiri.”, ujar Dr Mohammad Omar yang telah dilantik selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Pembangunan, Persekutuan Sepaktakraw Asia.

Kini dengan tugasan baru yang diberikan oleh badan induk sepak takraw Asia, selain memfokuskan program pembangunan di negara-negara Asia beliau juga dalam misi untuk membawa sukan sepak takraw dipertandingkan di pentas temasya Olimpik.

Hala tuju yang menjadi keutamaan buat ASTAF bersama Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa​ (ISTAF) selaku badan induk dunia bakal menjadi penanda aras terbaik setelah sukan ini pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia 1990 manakala Sukan SEA sejak 1967. Malah sukan ini juga turut menjadi tumpuan negara-negara Asia Pasifik melalui penganjuran temasya dwi tahunan Arafura Games yang dianjurkan secara tetap di Darwin, Australia.

Trio Terengganu Ke Olimpik Tokyo 2020

Mohd Azizulhasni Awang, Khairul Anuar Mohamad dan Zulhairie Ahmad Tarmizi menjadi trio anak jati Terengganu untuk sekali lagi mengharumkan nama negeri dan tanah air setelah layak secara merit ke pentas temasya Olimpik Tokyo yang akan membuka tirai pada Julai nanti. ‘Trio Olimpian Terengganu’ ini sehingga kini telah melengkapkan senarai 27 atlet negara(13 atlet beraksi di Sukan Olimpik dan 14 atlet ke Sukan Paralimpik) yang telah meraih tiket ke Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Mohd Azizulhasni Awang. Kredit Foto – KontinjenMalaysia.my

“The Pocket Rocketman” yang menjadi sebutan seluruh dunia meletakkan Mohd Azizulhasni Awang di antara ikon sukan terulung negeri Terengganu sehingga kini. Penampilan sulung anak jadi Kuala Dungun di pentas Olimpik adalah pada Olimpik Rio 2016 sekaligus mencipta sensasi sukan berbasikal tanah air setelah merangkul pingat gangsa dalam acara keirin. Kejayaan demi kejayaan terkini yang telah dicipta sebelum tirai Olimpik Tokyo 2020 dibuka menjadikan Azizulhasni Awang di antara prospek terbaik buat sukan berbasikal negara untuk sekali lagi menaiki podium Olimpik nanti.

Khairul Anuar Mohamad. Kredit Foto – KontinjenMalaysia.my

Anak jati Kemaman Khairul Anuar Mohamad sekali lagi diberi penghormatan buat kali ke-3 untuk membuat bidikan podium di Olimpik Tokyo 2020 nanti. Penampilan pertama di pentas Olimpik pada temasya Olimpik London 2012 berjaya membuat kejutan untuk mara pusingan suku akhir bagi acara individu recurve sebelum dinafikan oleh pemanah Jepun. Pencapaian ini menjadi penanda aras terbaik buat beliau walaupun pasukan pemanah negara telah kecundang seawal pusingan pertama. Walaupun kurang bernasib baik di pentas Olimpik Rio 2016, Khairul Anuar Mohamad kembali memperkukuhkan tangga kedudukan dunia saban tahun memperbaiki rekod untuk kembali layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020 ini.

Zulhairie Ahmad Tarmizi. Kredit Foto – KontinjenMalaysia.my

Seterusnya menambah manis buat sejarah sukan negeri Terengganu, anak jati Marang Zulhairie Ahmad Tarmizi merupakan atlet paralimpik sukan berbasikal pertama negeri ini untuk layak secara merit ke pentas Olimpik. Sebelum ini pelumba ini juga telah mencipta sensasi arena sukan berbasikal paralimpik tanah air dengan merangkul pingat emas pertama beliau di pentas Sukan SEA dalam penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Momentum kejayaan tidak terhenti di situ sahaja apabila sekali lagi melakar sejarah kejayaan selaku pelumba tanah air pertama merangkul pingat emas di pentas Asia dalam penganjuran temasya Sukan Para Asia Indonesia 2018. Pada Olimpik Tokyo 2020 nanti, pelumba yang kini berusia 31 tahun nanti akan berentap dalam acara bebasikal lebuhraya dan trek(kilo & pursuit).

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Anjur Bacaan Yasin Perdana COVID-19

Program Bacaan Yasin Perdana anjuran Persatuan Ragbi Negeri Terengganu mendapat reaksi positif untuk teruskan oleh ahli-ahli gabungan negeri lain.

Situasi pandemik COVID-19 yang masih belum berkesudahan untuk tahun kedua memberi ujian besar buat penggiat-penggiat sukan tanah air. Pelbagai perancangan dan persiapan terbantut khususnya melibatkan peringkat kebangsaan mahupun negeri sehingga menimbulkan kerugian kos pelaburan yang telah dilakukan.

Jesteru itu Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengambil inisiatif untuk mengadakan program Bacaan Yassin Perdana secara atas talian bagi mendoakan kesejahteraan sewaktu tempoh bencana ini.

Timbalan Yang Dipertua PRNT Encik Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab(kiri) mengetuai bacaan yasin sewaktu berlangsung program Bacaan Yasin Perdana anjuran Persatuan Ragbi Negeri Terengganu pada 3 Jun 2021 secara atas talian.

Program dimulakan sejurus selepas solat Isyak diketuai bacaan oleh Timbalan Yang Dipertua PRNT Encik Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab turut disertai oleh Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama barisan kepimpinan tertinggi badan induk dan ahli-ahli gabungan setiap negeri dari kediaman masing-masing.

Turut berlangsung bacaan tahlil buat bekas pemain ragbi kebangsaan sekeluarga di Kuala Kangsar, Mohd Aliff Al-Hafiz Abdul Karim di atas pemergian bonda pada hari yang sama. Program julung kali yang diadakan ini mendapat sokongan lebih dari 60 peserta dari seluruh negara termasuk dari kalangan pemain ragbi wanita.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(kiri) juga merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia setelah menerima perlantikan bagi penggal 2019 sehingga 2022.

Mendapat reaksi positif, Timbalan Presiden KRM Amir Amri Muhammad menzahirkan agar program ini diteruskan oleh ahli-ahli gabungan negeri lain khususnya sewaktu ketiadaan sebarang penganjuran sewaktu pandemik COVID-19 ini. Melalui program ini juga secara tidak langsung dapat memberi motivasi terbaik buat setiap penggiat sukan ragbi ketika ini.

Mengulas lanjut tentang penganjuran dua kejohanan besar dalam kalendar sukan ragbi tanah air yang sepatutnya berlangsung pada Ogos nanti dan September nanti, KRM telah membuat keputusan untuk menangguhkan seketika sebarang kejohanan peringkat kebangsaan mahupun negeri sehingga situasi COVID-19 kembali reda.

Haluan Terkini Takraw Terengganu

Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu menjadi ahli gabungan ke-5 menarik diri dari badan induk kebangsaan setelah Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) berbuat sedemikian.

Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu(PSNT) dalam satu kenyataan mengesahkan untuk menarik diri sebagai ahli gabungan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berikutan kemelut dalaman badan induk sukan sepak takraw tanah air.

Hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan yang diterajui oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Datuk Seri Ahmad Ismail menjadi faktor utama buat PSNT berbuat sedemikian. Keputusan yang berkuat kuasa bermula pada 18 Mei itu setelah badan induk sukan sepak takraw negeri ini mencapai keputusan sebeluat suara dalam satu mesyuarat secara maya pada 12 Mei lepas.

Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu menjadi ahli gabungan ke-5 menarik diri setelah Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) berbuat sedemikian.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh badan induk sepak takraw negeri Terengganu:

KENYATAAN MEDIA

BERTARIKH: 18 MEI 2021

PENARIKAN DIRI DARIPADA AHLI GABUNGAN PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA (PSM)

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN SEPAKTAKRAW NEGERI TERENGGANU (PSNT) SECARA MAYA PADA 12 MEI 2021 SEBULAT SUARA
MEMUTUSKAN KETETAPAN DAN KEPUTUSAN BERIKUT:

1. PSNT HILANG KEYAKINAN TERHADAP KREDIBILITI PUCUK PIMPINAN PSM SEBAGAI BADAN INDUK DI PERINGKAT KEBANGSAAN KERANA ISU PSM DENGAN ASTAF SEMAKIN BERLARUTAN SERTA IMEJ SEMAKIN BURUK DALAM KALANGAN AHLI GABUNGAN ASTAF.

2. PSM DILIHAT GAGAL MENAIKKAN IMEJ SUKAN SEPAKTAKRAW DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN GAGAL DALAM URUS TADBIR DI PERINGKAT KEBANGSAAN SERTA GAGAL MEMBERI PENJELASAN SEBENAR DALAM SITUASI YANG BERLAKU ANTARA PSM DENGAN BADAN INDUK PERINGKAT ASIA (ASTAF) PADA AHLI GABUNGANNYA.

3. KITA JUGA MEMANDANG SERIUS AGAR PEMBANGUNAN SUKAN SEPAKTAKRAW DI PERINGKAT NEGERI PERLU DITERUSKAN OLEH PSM KERANA IANYA MERUPAKAN OBJEKTIF UTAMA SEPERTIMANA TERKANDUNG DALAM AKTA PEMBANGUNAN SUKAN TAHUN 1997.

4. SEBAGAI AHLI ANGGOTA GABUNGAN PSM, PSNT SELAMA INI SENTIASA MEMBERIKAN KERJASAMA SEPENUHNYA DAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI DALAM APA JUA PROGRAM YANG DIATUR / DIANJUR OLEH PSM KHUSUSNYA DALAM PEMBANGUNAN SERTA KEMAJUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA.

5. PSNT BERPENDIRIAN SUDAH TIBA MASANYA, PSM MEMERLUKAN SATU PERUBAHAN YG DINAMIK DAN ANJAKAN PARADIGMA YANG SERIUS DALAM MEMANTAPKAN HALA TUJU SERTA PELAKSANAAN PROGRAM DALAM USAHA MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN SUKAN SEPAKTAKRAW TANAHAIR DAN
MELETAKKAN IANYA DI LANDASAN YANG TEPAT SEKALIGUS MEMBAIKI IMEJ PSM DI PERINGKAT ASIA DAN ANTARABANGSA.

6. PSNT JUGA BERHARAP SATU PERUBAHAN DAN PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI PERSATUAN SEPAKTAKRAW MALAYSIA (PSM) PERLU DILAKUKAN OLEH PERSATUAN SEPAKTAKRAW NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA.

7. AKHIR KATA, PSNT DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BERAT HATI, MELALUI MESYUARAT JK INDUK PSNT, MEMBUAT KETETAPAN MENARIK DIRI DARIPADA GABUNGAN PERSATUAN SEPAKTARAW MALAYSIA BERKUATKUASA DARI TARIKH 18 MEI 2021.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

“MEMARTABAT SUKAN SEPAKTAKRAW”

YB TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD RAHMAN
PRESIDEN
PERSATUAN SEPAKTAKRAW NEGERI TERENGGANU

Kenyataan media bertarikh 18 Mei 2021 yang dikeluarkan oleh Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu.

Ramadhan Bukan Halangan Skuad Ragbi Terengganu

Klik untuk lihat video penuh – https://youtu.be/qJTsp3Tv8Lw

Berpuasa seharian sepanjang bulan Ramadhan ini tidak bermakna buat mana-mana atlet kebangsaan mahupun negeri untuk tidak menjalani program latihan sukan yang telah dirangka. Begitu juga buat skuad ragbi lelaki Terengganu yang tetap meneruskan rutin beban latihan bagi mempersiapkan pasukan menghadapi beberapa kejohanan kebangsaan yang telah dijadualkan selepas Aidilfitri nanti.

Pasukan ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan ke temasya SUKMA Johor 2022 menjalani rutin latihan seperti biasa walaupun menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Fokus latihan tidak hanya mengekalkan kecergasan di dalam gimnasium sahaja malah turut dilakukan di dalam padang bagi program latihan taktikal agar sentiasa berada di tahap yang dikehendaki. Percaturan ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini bertujuan agar momentum pasukan tidak terencat selepas tamatnya ibadah berpuasa ini.

Skuad yang dikenali sebagai ‘Hanelang 7s’ ini yang juga merupakan pasukan persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA Johor 2022) yang masih dibimbing oleh ketua jurulatih Izaimi Zainuddin buat tahun ke-5.

Izaimi Zainuddin galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih ragbi Terengganu buat tahun ke-5 bagi mempersiapkan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2022) nanti.

“Alhamdulillah hari ini kita selesai satu sesi latihan kecergasan pada bulan Ramadhan ini di mana kita berlatih sepenuhnya pada waktu malam bermula dari jam 10 malam sehingga lewat tengah malam. Selain latihan di gimnasium, kita juga melakukan program latihan taktikal di padang. Komitmen penuh telah diberikan oleh setiap ahli pasukan kecuali bagi atlet yang telah pulang ke institut penganjian tinggi masing-masing.” ujar ketua jurulatih ragbi skuad SUKMA 2022 kepada PenyuSukan.com

Untuk rekod, skuad ragbi lelaki Terengganu telah meraih pingat perak pada temasya SUKMA Perak pada 2018 di mana sebelum itu turut pernah meraih pingat emas pada SUKMA 2008 dan 2010. Pada penganjuran SUKMA Johor 2022 nanti, acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan di mana skuad ragbi negeri ini meletakkan sasaran podium untuk merangkul pingat.

Sukan SEA 2021: Kem Downhill Bersiap Awal

Barisan pelumba downhill ke pentas temasya Sukan SEA Hanoi 2021 juga merupakan pelumba basikal lasak BMX di bawah kendalian ketua jurulatih Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti yang berpusat di Dungun, Terengganu.

Walaupun sehingga kini masih belum ada kata putus dari Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) untuk memulakan program latihan kebangsaan bagi kem skuad berbasikal downhill, namun pelumba-pelumba dari Terengganu telah mula melakukan persiapan awal. Tiga pelumba downhill Terengganu iaitu Saniy Syahmi Mohd Safiee, Zulfikri Zulkifli manakala Eddyna Nasuhar Zainal Abidin merupakan pelumba wanita tunggal dari negeri ini telah disenaraikan menyertai kem kebangsaan nanti.

Untuk rekod ketiga-tiga pelumba ini merupakan pelumba berpengalaman yang banyak meraih kejayaan di pentas kebangsaan dan juga siri perlumbaan antarabangsa yang berprestij. Menambah menarik atlet-atlet ini juga merupakan pelumba taruhan Terengganu di pentas Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2021) bagi disiplin acara BMX nanti.

Skuad downhill Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti dan turut dibantu oleh pembantu jurulatih Mohd Ibnu Hashimie Omar kini giat membuat latihan sepenuh masa bagi memastikan prestasi setiap pelumba sentiasa bersedia sebelum dipanggil menyertai kem kebangsaan. Malah Mohd Arif Syukri juga merupakan di antara jurulatih yang telah disenarai pendek bersama Mohd Aim Fauzi dari Sarawak untuk membawa cabaran di Sukan SEA Hanoi 2021 pada November nanti.

Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti antara jurulatih yang disenarai pendek bagi persiapan Sukan SEA 2021 Hanoi pada November ini giat mempersiapkan barisan pelumba dari Terengganu.

“Walaupun kita masih belum mendapat perkembangan terkini bila latihan berpusat kebangsaan akan bermula, kita di sini tetap memberi fokus pada pelumba-pelumba anak jati Terengganu untuk membuat persiapan awal. Kita mahu ke semua yang menyertai Sukan SEA berlumba untuk memenangi pingat. Kita tidak mahu sekadar menjadi peserta sahaja. Kita tahu ke semua pelumba-pelumba kita berbakat dan mampu memenangi pingat sekaligus mampu memberi saingan sengit pada pelumba dari negara lain nanti”, ujar Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti kepada PenyuSukan.com

Walaubagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah juga sedikit sebanyak membantutkan persediaan pelumba-pelumba dalam misi ke Hanoi nanti berikutan ketandusan penyertaan sebarang perlumbaan yang kompetitif. Pada penganjuran kali ini, bagi sukan berbasikal tuan rumah hanya mempertaruhkan pungutan pingat bagi tiga acara iaitu lebuhraya, cross country dan downhill di mana bagi acara berbasikal trek velodrome dan BMX tidak dipertandingkan.

Eddyna Nasuhar Zainal Abidin yang kini berusia 19 tahun(22 Oktober 2002) menjadi pelumba wanita tunggal dari Terengganu yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan kebangsaan bagi persiaan ke pentas temasya Sukan SEA 2021 Edisi Ke-31 di Hanoi, Vietnam pada November nanti.

Terdahulu, Arif Syukri yang merupakan pemegang Diploma Kejurulatihan Union Cycliste Internationale (UCI) merupakan bekas jurulatih kebangsaan di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan juga Sukan Asia Jakarta 2018 di mana sehingga kini sejak 2009 masih membimbing skuad berbasikal lasak Terengganu selaku ketua jurulatih.

Pasukan berbasikal ini ditemui RTM sewaktu kembali menyambung program latihan kecergasan setelah terhenti berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) seluruh negara yang telah melumpuhkan sebarang aktiviti program latihan sukan.

Sumbangan Ramadhan Kolaborasi Ragbi Terengganu-UiTM Dungun

Pasukan ragbi wanita Terengganu skuad SUKMA 2022 bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 bertempat di Kampung Talong, Hulu Dungun pada 10 April 2021.

Menjelang Ramadhan yang bakal tiba, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengambil inisiatif untuk berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terkesan berikutan bencana monsun timur laut melanda awal tahun ini.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad sewaktu menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.

 

Pemain senior ragbi wanita Terengganu, Nur Syamimi Atasha Samsubahari(tengah) sewaktu menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.

 

Barisan pemain ragbi wanita Terengganu sewaktu menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.

Kampong Talong yang terletak di jauh di Hulu Dungun menjadi destinasi pertama buat PRNT dalam program sedemikian dengan menyampaikan keperluan barangan dapur dan beberapa keperluan asas lain. Bantuan yang dihulurkan secara tidak langsung dapat meringankan beban penduduk kampung yang rata-rata berpendapatan dari pekebun-pekebun kecil. Malah sebahagian besar penduduk kampung ini amat terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir menjelang bulan puasa nanti.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(kiri) menerima cenderamata daripada Nur Raihana Mohd Sallem, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Dungun di atas kerjasama Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.

“Sememangnya Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bukan hanya satu entiti persatuan sukan semata-mata, sebarang bentuk program khidmat masyarakat menjadi salah satu tanggungjawab kami kepada mereka yang memerlukan. Sewaktu pandemik COVID-19, segala perancangan aktiviti program latihan pasukan agak terganggu jadi program sedemikian secara tidak langsung mampu memberi motivasi kepada pasukan yang dapat ditanamkan ke dalam jiwa setiap pemain. Pihak persatuan juga sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak untuk berkolaborasi bersama dalam setiap program yang ingin diadakan.”, ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad yang turut hadir berganding bahu bagi program ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab

“Kita melihat ini satu program khidmat masyarat untuk mendidik pemain-pemain ragbi bukan hanya di padang tetapi juga bersama masyarat. Inilah merupakan satu bentuk latihan untuk menjadi seorang atlet yang berjaya bukan semata-mata beraksi di padang kerana sifat sebeginilah yang perlu kita terapkan kepada semua atlet-atlet untuk bersama masyarakat setelah menamatkan karier sebagai atlet.”, berkata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab

Nur Raihana Mohd Sallem, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Dungun

“Sebenarnya setiap organisasi atau entiti itu mereka mempunyai kekuatan masing-masing. Jadi adalah satu kebaikan untuk walaupun kita nampak berlainan ia entiti sukan dan entiti akademik tapi bila kelebihana antara dua pasukan ini digabungkan ia akan memudahkan atau melancarkan sesuatu program.”, Nur Raihana Mohd Sallem, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Dungun di atas kerjasama Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 ini.

Pasukan ragbi wanita Terengganu skuad SUKMA 2022 bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 bertempat di Kampung Talong, Hulu Dungun pada 10 April 2021.

Seramai 58 keluarga menerima sumbangan kelangsungan hidup yang disampaikan oleh skuad ragbi wanita Terengganu bersama 30 sukarelawan lain berganding bahu untuk menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah ke seluruh kampung.

Piala TNB Tebus Piala Liga LHM 2021

Walaupun kejuaraan Piala Liga Hoki Malaysia 2021 bukan milik Terengganu Hockey Team(THT), namun pasukan ini tetap menepati sasaran musim ini untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala dengan merangkul kejuaraan Piala TNB setelah menafikan penyandang juara edisi lalu UniKL berkesudahan 2-0 melalui penentuan pukulan ‘shoot-out’ setelah terikat keputusan 4-4 dalam perlawanan penuh dramatik yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 3 April 2021. Kredit Foto – Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Walaupun terlepas sasaran yang diletakkan untuk merangkul Piala Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021), namun ianya bukan noktah buat Terengganu Hockey Team(THT) untuk kembali cemerlang sekaligus membuat kejutan dinobatkan selaku juara Piala TNB musim ini.

Kejayaan ini juga turut memperbaiki rekod musim lalu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebiji piala sekaligus telah mengecewakan UniKL yang baharu meraih kejuaraan liga hoki musim ini untuk membolot ketiga-tiga piala yang dipertaruhkan sekaligus mencalar rekod selaku penyandang juara musim lalu.

Selain membawa pulang Piala TNB buat kali ke-6 sejak sejarah penganjuran, menambah manis dua pemain THT turut diberi anugerah khas di mana pemain paling senior THT Mohd Shahrun Nabil Abdullah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan manakala Shello Silverius yang membuat penampilan pertama bersama pasukan diumumkan sebagai Pemain Harapan pada musim ini. Penyerang profilik Faizal Saari juga telah diumumkan selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan 16 gol.

Aksi penyerang berbisa Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Saari sewaktu membantu pasukan melalui dua gol jaringan padang untuk merangkul kejuaraan Piala TNB menafikan penyandang juara UniKL berkesudahan 2-0 melalui penentuan pukulan ‘shoot-out’ setelah terikat 4-4 dalam perlawanan penuh dramatik yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 3 April 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Untuk menjulang Piala TNB ini, ternyata bukan satu laluan mudah buat THT yang terlebih dahulu ketinggalan 2-0 di awal minit permainan. Gol pertama milik THT hadir di minit ke-15 hasil terjahan gol padang Faizal Saari menamatkan suku pertama perlawanan.

Tambahan dua gol yang disumbang oleh pukulan sudut penalti Muhammad Arif Syafie Ishak dan gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook meletakkan THT mendahului 3-2 bagi suku kedua perlawanan. Namun momentum penguasaan THT gagal untuk terus menambah jaringan gol pada aksi suku perlawanan seterusnya sebaliknya terjahan gol padang Muhammad Razie Abd Rahim di minit ke-35 meletakkan UniKL untuk mengikat keputusan semasa 3-3. Selang 3 minit kemudian THT kembali bangkit mendahului permainan 4-3 hasil jaringan gol padang oleh Faizal Saari.

Terengganu Hockey Team(THT) membuat kejutan untuk merangkul Piala TNB setelah terlepas memburu Piala Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan penyandang juara UniKL berkesudahan 2-0 melalui penentuan pukulan ‘shoot-out’ setelah terikat 4-4 dalam perlawanan penuh dramatik yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 3 April 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Menjelang minit-minit akhir permainan, tekanan kian bertambah buat kedua-dua pasukan untuk mempertaruhkan kudrat bagi penguasaan padang. Situasi tersebut berjaya dimanfaatkan oleh Mohamad Ashran Hamsani membuat terjahan gol padang sekaligus mengikat perlawanan 4-4 sehingga tamat permainan. Berkeputusan seri ini memaksa penentuan penalti ‘shoot out’

Aksi separuh masa kedua permainan, UniKL melalui Muhammad Razie Abd Rahim berjaya merapatkan jurang berkeputusan 4-4 melalui pukulan sudut penalti di minit ke-35 namun selang 3 minit kemudian Faizal Saari pantas menambah defisit hasil terjahan gol padang. Namun situasi geting minit-minit akhir permainan UniKL sekali lagi berjaya mengikat keputusan 4-4 sekaligus menambah tekanan bagi penentuan juara untuk ditentukan melalui penentuan pukulan penalti ‘shoot out’.

Terengganu Hockey Team(THT) membuat kejutan untuk merangkul Piala TNB setelah terlepas memburu Piala Liga Hoki Malaysia 2021 setelah menafikan penyandang juara UniKL berkesudahan 2-0 melalui penentuan pukulan ‘shoot-out’ setelah terikat 4-4 dalam perlawanan penuh dramatik yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 3 April 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Dua jaringan ‘shoot out’ yang disempurnakan oleh Syarman Mat Tee dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi menjadi noktah buat THT untuk merangkul kejuaraan Piala TNB musim ini. Begitu juga kredit sudah tentu seharusnya diberikan kepada penjaga gawang THT Muhammad Hafizuddin Othman yang berjaya mengekang ke semua cubaan dari UniKL sekaligus memadamkan hasrat mereka untuk merangkul ke semua piala pada musim ini.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA TNB(AKHIR)
3 April 2021 0830 Malam
UniKL vs THT 4(0)-(2)4

JARINGAN
UniKL – Tengku Ahmad Tajuddin Tg Abdul Jalil 09″ (Gol Padang)
UniKL – Tengku Ahmad Tajuddin Tg Abdul Jalil 13″ (Gol Penalti)
THT – Faizal bin Saari 15″ (Gol Padang)
THT – Muhammad Arif Syafie bin Ishak 17″ (Gol Sudut Penalti)
THT – Mohamad Akhimullah bin Anuar Esook 21″ (Gol Padang)
UniKL – Muhammad Razie Abd Rahim 35″ (Gol Sudut Penalti)
THT – Faizal bin Saari 38″ (Gol Padang)
UniKL – Mohamad Ashran bin Hamsani 51″ (Gol Padang)

PENENTUAN SHOOT OUTS
THT – Syarman bin Mat Tee
THT – Muhammad Noor Firdaus bin Rosdi

Program Pencarian Bakat Baru Sukan Ragbi

Program yang memberi peluang untuk mewakili negeri Terengganu di pentas tertinggi sukan ragbi.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) dalam usaha untuk memperkukuh pembangunan sukan ragbi di negeri ini akan mengadakan satu program pencarian bakat baru bagi pasukan lelaki dan wanita yang menyasarkan umur 20 tahun ke bawah.

Penyertaan menyasarkan peserta berumur 20 tahun ke bawah ini juga adalah merupakan sebahagian dari program persediaan pasukan Sukan Malaysia(SUKMA) bagi pencarian pelapis-pelapis atlet baharu. Program persediaan pasukan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) ini bakal menawarkan beberapa insentif buat atlet-atlet seperti elaun bulanan latihan skuad SUKMA, biasiswa akademik, kemudahan asrama termasuk makan minum dan beberapa insetif kejayaan lain bernilai sehingga RM 40 ribu ringgit.

Sebanyak 8 insentif kelebihan menjadi atlet Terengganu yang ditawarkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu meliputi elaun bulanan latihan, program akademik sehingga skim hadiah kecemerlangan di peringkat tertinggi.

Program yang terbuka kepada semua yang berminat akan diadakan pada 3 April 2021 seawal jam 0800 pagi bertempat di padang ragbi, Kompleks Sukan Negeri Terenganu. Peserta yang hadir perlu melalui 4 sesi penilaian yang akan dikendalikan oleh barisan jurulatih-jurulatih ragbi yang berpengalaman. Selain itu juga melalui program ini juga bakal memberi peluang kepada mereka yang ingin mempelajari sukan ragbi tanpa sebarang bayaran pembelajaran dikenakan.

Kepada mereka yang berminat perlu mengisi borang maklumat diri di:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8o4CXA20ZQn2DuHIMDf6y2l31bSJSKb1dtpc56W-UPlih5w/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&gxids=7628

PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU RAGBI TERENGGANU
TARIKH: 3 April 2021(Sabtu)
VENUE: Padang Ragbi, Kompleks Sukan Negeri Terengganu

TENTATIF:
8.00-8.30pg : Pendaftaran

*Sesi A* :8.30-11.30 pagi
➡️ Ujian Kemahiran Individu
➡️ Ujian Kecergasan Umum (Bleep Test)

12.00 t/hari-3.00ptg- REHAT/SOLAT/MAKAN TENGAHARI

*Sesi B* 3.00-6.00 petang-
➡️ Ujian Kemahiran Individu
➡️ Ujian Kemahiran’Game Understanding’

*Peserta diwajibkan untuk hadir pada kedua-dua sesi penilaian di sebelah pagi dan petang.

THT Catat 3 Kemenangan Berturut Perkukuh Liga Hoki Malaysia

Dua gol hasil dari pukulan sudut penalti dan satu terjahan gol padang berjaya menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 dalam aksi perlawanan ke-5 Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Terengganu Hockey Team(THT) terus memperkukuh kedudukan liga untuk berada di tangga ke-2 setelah berjaya menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 bagi aksi perlawanan ke-5 buat kedua-dua pasukan dalam kempen Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) ini. Walaupun berjaya mengutip 3 mata penuh untuk naik satu anak tangga liga namun ianya bukan satu keputusan perlawanan yang terbaik buat THT setakat ini memandangkan berhadapan dengan pasukan lawan yang dibarisi oleh pelajar sekolah sepenuhnya.

Kemenangan ketiga berturut-turut setelah sebelum ini tewas pada UniKL dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan sekurang-kurangnya memberi momentum buat pasukan untuk memberi fokus memburu kejuaraan musim ini. Walaupun hanya tewas pertama kali setakat ini namun setiap perlawanan mendatang adalah penting buat THT yang kini dalam misi memburu piala LHM 2021.

Aksi pemain Terengganu Hockey Team Muhammad Abidsufian Mat Ruslee di hadapan gawang lawan sewaktu menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 dalam aksi perlawanan ke-5 Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Sewaktu menentang TNB Thunderbolts, THT dikejutkan dengan robekan terjahan gol padang seawal minit ke-20 permainan sekaligus menjadi amaran awal buat gergasi hoki pantai timur untuk lebih serius beraksi. Tersentak dengan situasi tersebut, seminit kemudian Muhammad Noor Firdaus Rosdi lantas mengikat kedudukan 1-1 melalui jaringan gol padang sekaligus memberi motivasi yang baik buat THT untuk kekal fokus dalam perlawanan.

Aksi pemain senior Terengganu Hockey Team Mohd Shahrun Nabil Abdullah(kanan) sewaktu membantu pasukan menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 dalam aksi perlawanan ke-5 Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

THT kian mendapat rentak untuk mendahului perlawanan di minit ke-23 melalui pemain kebangsaan Muhammad Arif Syafie Ishak hasil dari jaringan pukulan sudut penalti. Namun momentum tersebut sekali lagi terbantut apabila pelajar sekolah Muhammad Syahir Hasif Harun membuat kejutan melalui jaringan gol padang sekaligus kembali mengikat keputusan semasa 2-2 di minit ke-30.

Tekanan buat THT akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menghukum TNB Thunderbolts melakukan kesilapan di minit ke-34 untuk menghadiahkan jaringan pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Faizal Saari. Namun situasi yang memihak kepada THT untuk mendahului permainan 3-2 seolah-olah terhenti di situ sahaja tanpa sebarang tambahan jaringan gol yang berjaya diterjemahkan oleh anak didik K Rajan sehingga tamat permainan.


Kredit – Youtube Malaysian Hockey Confederation

Terengganu Hockey Team perbaiki kedudukan Liga Hoki Malaysia 2021 di tangga kedua setelah menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 dalam aksi perlawanan ke-5 Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

THT yang kini menghuni tangga kedudukan kedua dengan perbezaan 1 mata di belakang UniKL perlu menambah jumlah jaringan gol terkumpul semaksimun mungkin dalam usaha untuk menjadi penentu kejuaraan liga nanti. Situasi terkini THT mempunyai 24 jaringan gol terkumpul manakala pendahulu liga UniKL mempunyai bekalan sebanyak 22 gol begitu TNB yang kini di tangga ke-3 liga dengan 16 gol.

Aksi pemain Terengganu Hockey Team Syarman Mat Tee sewaktu membantu pasukan menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 dalam aksi perlawanan ke-5 Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Jurang perbezaan yang kecil di antara setiap pasukan tiga teratas liga ini mampu memberi halangan buat THT dalam percaturan merebut kejuaraan nanti. Menambah menarik bagi aksi perlawanan seterusnya, ketiga-tiga pasukan teratas liga ini akan berentap dengan lawan bukan pilihan kejuaraan oleh itu sudah pasti nanti setiap pasukan memanfaat untuk berkenduri gol untuk menambah koleksi jumlah jaringan yang bakal menjadi percaturan kejuaraan nanti.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

“Berbanding 4 perlawanan terdahulu, persembahan hari ini yang paling tidak bagus. Kita nyaris-nyaris untuk dikenakan oleh budak sekolah. Pertahanan kita begitu lemah. Bukan sepatutnya untuk hari ini. Walaupun kami perolehi 3 mata untuk kedudukan liga.. namun 3 mata ini yang paling susah setakat ini.” ujar ketua jurulatih THT K Rajan sejurus tamat perlawanan.

Dua gol hasil dari pukulan sudut penalti dan satu terjahan gol padang berjaya menafikan TNB Thunderbolts berkeputusan 3-2 dalam aksi perlawanan ke-5 Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 21 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

KEPUTUSAN PERLAWANAN (PERINGKAT KUMPULAN)
21 Mac 2021 0800 Malam
THT vs TNB THUNDERBOLTS 03-02

KEPUTUSAN TERDAHULU (PERINGKAT KUMPULAN)
18 Mac 2021 0800 Malam
MAYBANK vs THT 02-04

16 Mac 2021 0800 Malam
THT vs UITM 04-00

11 Mac 2021 0600 Petang
THT vs UNIKL 02-04

11 Mac 2021 0600 Petang
SABAH vs THT 00-11

Liga Hoki Malaysia: THT Calar Rekod Pendahulu Liga

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Ismail Abu(jersi merah) yang telah menyumbang gol terakhir untuk menamatkan perlawanan ke-4 buat pasukan sekaligus mencalar rekod tanpa kalah dan juga pendahulu Liga Hoki Malaysia 2021 untuk menafikan Maybank berkesudahan 4-2 dalam perlawanan ke-4 buat kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Aksi perlawanan ke-4 buat kedua-dua pasukan dalam kempen Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) menyaksikan Terengganu Hockey Team(THT) membuat kejutan sekaligus mencalar rekod tanpa kalah Maybank selaku pendahulu liga. Aksi sengit yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil berkesudahan 4-2 sekaligus memperbaiki rekod kedudukan THT untuk naik satu tangga di kedudukkan ke-3 liga. Kedudukan ini hanya berbeza 1 mata di belakang UniKL selaku pendahulu terkini dan TNB di tangga kedua liga.

Aksi pemain penyerang Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Saari(kiri) pada perlawanan ke-4 buat pasukan sekaligus mencalar rekod tanpa kalah dan juga pendahulu Liga Hoki Malaysia 2021 untuk menafikan Maybank berkesudahan 4-2 dalam perlawanan ke-4 buat kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Terdahulu pemain kebangsaan Muhammad Najmi Farizal Jazlan berjaya merobek gawang THT untuk jaringan gol sulung milik Maybank melalui pukulan sudut penalti seawal minit ke-8 permainan. Namun selang dua minit kemudian, penyerang profilik THT Faizal Saari mengejutkan lawan melalui jaringan gol padang dan seterusnya 17 minit kemudian tambahan gol padang turut disumbang oleh Syarman Mat Tee untuk meletakkan THT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama permainan.

“Kita semua tahu Maybank ini pasukan lawan yang selalu bagi masalah kepada semua pasukan dan mampu untuk menang dalam semua perlawanan. Jadi kita tidak mengambil mudah untuk perlawanan ini di mana kita bermain dengan sepenuh hati setelah ketinggalan untuk tewas dengan UniKL. Untuk perlawanan ini kita perlu semaksimum mengutip mata liga.”, ujar bekas kapten kebangsaan Mohd Shahrun Nabil Abdullah yang turut diberi kepercayaan selaku kapten THT pada perlawanan ini.

Aksi penjaga gol Terengganu Hockey Team(THT) Muhammad Hafizuddin bin Othman sewaktu menafikan pendahulu Liga Hoki Malaysia 2021; Maybank yang berkesudahan 4-2 dalam perlawanan ke-4 buat kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Kebangkitan Maybank untuk merapatkan jurang hasil melalui gol pukulan penalti shot pada aksi separuh masa kedua hanya seketika setelah Mohamad Akhimullah Anuar Esook berjaya membuat terjahan gol padang mengikat 3-1. Maybank yang kian hilang rentak pantas dimanfaatkan oleh anak buah K Rajan untuk menambah tekanan sekaligus berjaya menambah jaringan gol melalui pukulan sudut penalti oleh bekas pemain kebangsaan Ismail Abu di minit ke-52.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Terengganu Hockey Team

“Perlawanan hari ini sememangnya kita menghormati Maybank selaku pendahulu liga. Perlawanan yang amat sengit namun pemain kita mampu untuk beraksi 100% sepenuhnya seperti mana dirancang maka itulah keputusannya. Perlawanan ini amat penting buat THT di mana kita tidak boleh seri mahupun kalah untuk perbaiki kedudukan tangga liga. Sasaran membawa pulang piala liga tetap diterusan di mana kita perlu setiap kemenangan untuk perlawanan seterusnya.”, ulas ketua jurulatih K Rajan sejurus tamat perlawanan.

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Mohamad Akhimullah Anuar Esook(kanan) yang telah menyumbang 2 gol pada perlawanan ke-4 sekaligus mencalar rekod tanpa kalah dan juga pendahulu Liga Hoki Malaysia 2021 untuk menafikan Maybank berkesudahan 4-2 dalam perlawanan ke-4 buat kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Kedudukan 4-2 terus kekal hingga tamat permainan sekaligus menjadi mengembalikan semangat pasukan untuk menang dua perlawanan berturut-turut setelah terkesan berikutan tewas pada UniKL bagi aksi kedua perlawanan permulaan liga. Keputusan ini juga secara tidak langsung mengembalikan motivasi buat THT untuk memburu kejuaraan liga musim ini di mana berbekalkan selaku pasukan yang memperolehi jumlah gol terbanyak setakat ini dan akan berentap dengan dua perlawanan akan datang melibatkan pasukan bukan pilihan seharusnya diambil peluang untuk berada di tangga teratas Liga Hoki Malaysia ini.

Terengganu Hockey Team(THT) naik satu anak tangga untuk benam Maybank di tangga ke-4 liga di mana terdahulu selaku pendahulu Liga Hoki Malaysia 2021 sekaligus mencalar rekod tanpa kalah pasukan berkeputusan 4-2 bagi aksi pertemuan ke-4 buat kedua-dua pasukan pada 18 Mac 2021.

Seterusnya gergasi hoki pantai timur ini dijadualkan untuk bertemu TNB Thunderbolts bagi aksi perlawanan ke-5 buat kedua-dua pasukan LHM 2021 yang akan berlansung pada 21 Mac nanti.

KEPUTUSAN PERLAWANAN (PERINGKAT KUMPULAN)
18 Mac 2021 0800 Malam
MAYBANK vs THT 02-04

KEPUTUSAN TERDAHULU (PERINGKAT KUMPULAN)
16 Mac 2021 0800 Malam
THT vs UITM 04-00

11 Mac 2021 0600 Petang
THT vs UNIKL 02-04

11 Mac 2021 0600 Petang
SABAH vs THT 00-11

LHM 2021: THT Terima Tajaan Bernilai RM200K

Perbelanjaan pasukan tidak hanya melibatkan bayaran gaji mahupun elaun kepada setiap pemain malah turut melibatkan perbelanjaan logistik, perubatan, kebajikan dan lain-lain kos di luar jangka buat sesuatu pasukan sukan.

Musim yang tidak seperti musim-musim lalu buat gergasi hoki pantai timur, Terengganu Hockey Team(THT) apabila hanya sekadar memperolehi tajaan bernilai RM 200 ribu keseluruhan dalam misi mempersiapkan pasukan ke pentas Liga Hoki Malaysia 2021(LHM 2021) yang akan bermula pada Mac nanti.

Antara penaja-penaja musim ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad(EPIC) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri, Espira Sri Petaling(dahulu dikenali sebagai Hotel Sri Petaling), Arca Imej Optometris Sdn. Bhd., GLE Centre Enterprise(produk kopi pracampuran Super Jantan), TATI University College (TATIUC), FR, Adik Print dan Norlan United. EPIC dan Norlan United merupakan penaja yang memberikan penajaan wang tunai kepada buat skuad hoki Terengganu pada musim ini.

 

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun.

“Tajaan melibatkan dari segi kewangan dan barangan di mana dari pihak Espira Sri Petaling melibatkan tajaan jumlah potongan bayaran penginapan hotel dan pihak TATIUC pula menaja kos yang diperlukan bagi bayaran penginapan tersebut. GLE Centre Enterprise memberi tajaan dengan membekalkan keperluan minuman termasuk kopi pracampuran super jantanSuperJantan sebanyak 800 kotak bagi sepanjang musim ini. Begitu juga dari Arca Imej Optometris Sdn. Bhd membekalkan cermin mata hitam buat ke semua pemain dan pegawai pasukan. Norlan United dan EPIC menyumbang tajaan wang tunai manakala penaja-penaja lain melibatkan beberapa produk buat pasukan.” ujar Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun. Jumlah tajaan wang tunai bagi musim ini tidak didedahkan kepada media sewaktu ditanya.

Penyusutan nilai tajaan sebanyak 93% berbanding jumlah tajaan musim lalu bernilai RM 3 juta sememangnya bakal memberi impak drastik bagi percaturan pasukan. Walaupun pada musim ini perbelanjaan pasukan hoki negeri ini tidak menggunakan kudrat import, namun dengan kekangan penajaan wang tunai yang terhad mampu untuk merencatkan persiapan pasukan. Menurut sumber tidak rasmi kepada PenyuSukan, difahamkan bahawa jumlah tajaan pada musim ini adalah yang terendah sejak penampilan THT di pentas Liga Hoki Malaysia. Sebelum ini terdapat beberapa pemain-pemain senior tempatan di dalam pasukan ini menerima bayaran sehingga mencecah RM 10 ribu sebulan. THT juga turut pernah mengajikan kudrat import dari Argentina yang merupakan pakar pukulan sudut penalti hoki terbaik dunia, Gonzalo Peillat dengan bayaran melebihi USD 20 ribu dalam kempen Liga Hoki Malaysia sebelum ini.

Perbelanjaan pasukan tidak hanya melibatkan bayaran gaji mahupun elaun kepada setiap pemain malah turut melibatkan perbelanjaan logistik, perubatan, kebajikan dan lain-lain kos di luar jangka buat sesuatu pasukan sukan. Menambah duka sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, THT turut memperuntukkan perbelanjaan bernilai RM 20 ribu ringgit untuk menanggung segala kos ujian saringan COVID-19 sepanjang kempen LHM 2021 berlangsung.

Pasukan hoki wanita Terengganu turut menerima tempias kekangan penajaan musim ini di mana buat pertama kali menarik diri di pentas LHM 2021 sejak penubuhan pada 2017. Keputusan terpaksa menggugurkan penyertaan pasukan wanita ini telah diumumkan oleh YB Wan Sukairi Wan Abdullah selaku Exco Sukan Negeri Terengganu dalam satu majlis ringkas mengumumkan penaja kepada pihak media hari ini.

Dari kiri – Penaung Persatuan Hoki Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemasik – YB IR Saiful Azmi Suhaili, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri – YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah dan pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun sewaktu hadir ke Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi musim 2021 yang telah berlangsung di pejabat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Kuala Terengganu pada 9 Mac 2021.

“Antara kesan pengurangan komitmen daripada kerajaan kepada THT pada tahun ini, kita tidak dapat menghantar TLHT(pasukan hoki wanita) di mana kita hanya memberi fokus pada pasukan lelaki sahaja. Situasi ini berkaitan dengan keadaan kewangan semasa. Itu antara apa yang kita lakukan penyesuaian dengan jumlah tajaan yang ada.

Kerajaan negeri masih lagi meneruskan pelaburan kita walaupun ada sedikit pengurangan berbanding pada tahun-tahun lepas. Sesuai dengan pandemik yang kita hadapi dan sesuai dengan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia Sebenarnya. Walaupun sedemikian kita masih memberi keutamaan untuk pelaburan sukan hoki khususnya Persatuan Hoki Terengganu.

Walaupun jumlah sudut tajaan daripada kerajaan berkurangan berbanding dari tahun lepas dan dalam masa yang sama tugasan oleh persatuan adalah lebih. Komitmen dari kerajaan kekal cuma tajaan berkurangan tetapi apa yang kita hendak itu berlebih. Apa yang lebih adalah kita mahu pihak persatuan perlu segera menubuhkan akademi pembangunan sukan hoki di negeri Terengganu ini.” ujar YB Wan Sukairi Wan Abdullah kepada media.

Untuk rekod sebagaimana menurut laporan media, jumlah nilai tajaan pada musim lalu adalah bernilai RM 3 juta yang disumbangkan melalui tiga anak syarikat kerajaan negeri dan empat penaja swasta. Manakala sewaktu penampilan pertama THT di pentas Liga Hoki Malaysia pada 2013 memperolehi tajaan sebanyak RM 1.8 juta di mana pihak kerajaan negeri menaja sebanyak RM 1.2 juta manakala baki sebanyak RM 600 ribu ringgit oleh Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.

Sukan SEA Hanoi 2021 Ke-31

Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air sudah pasti setiap atlet mahupun jurulatih akan mencurahkan kudrat dalam misi memburu pingat di Sukan SEA Hanoi 2021 ini.

Penganjuran temasya dwi-tahunan Sukan Asia Tenggara edisi ke-31 dijadualkan membuka tirai pada 21 November 2021 dan menutup tirai temasya secara rasmi pada 2 Disember 2021. Vietnam menjadi tuan rumah pada penganjuran edisi ke-31 ini yang juga dijenamakan sebagai 31st SEA Games Hanoi 2021(Sukan SEA Hanoi 2021 Ke-31) melibatkan dua bandar utama iaitu Hanoi dan Ho Chi Minh.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah dilantik sebagai Ketua Kontijen Malaysia bagi menerajui deligasi sukan pada temasya ini. Pemilihan itu telah diumumkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berdasarkan prestasi terbaik badan induk sukan bola sepak tanah air yang diterajui oleh Datuk Hamidin Mohd Amin. Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM Ke-25 di Wisma MOM pada 9 Mac 2021.

Tuan rumah mempertaruhkan 43 jenis sukan keseluruhan dari tiga kategori jenis sukan iaitu sukan wajib dipertandingkan, sukan yang dipertandingkan di peringkat Olimpik dan Asia serta sukan-sukan baru dan sukan tradisi tuan rumah. Pada penganjuran terdahulu Sukan SEA Manila 2019 sebanyak 56 jenis sukan telah dipertandingkan.

Pada temasya lalu di Manila, Malaysia berada di tangga kedudukan ke-5 dari 11 negara dengan 184 kutipan pingat keseluruhan berbeza sewaktu menjadi tuan rumah pada 2017 untuk berada di tangga teratas dengan 323 kutipan pingat.

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team 2021

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi musim 2021 ini berlangsung secara dalam talian yang dihoskan di laman Facebook dan Youtube TV Darul Iman.

Majlis secara digital ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri YB Ustaz Wan Sukairi bin Abdullah yang turut menyampaikan sepatah dua kata buat pasukan.

Juga wakil-wakil dari pihak penaja THT musim ini juga turut hadir untuk merakamkan majlis bersejarah ini.

 

Berikut adalah ucapan penuh yang telah disampaikan YB Ustaz Wan Sukairi bin Abdullah.

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PELANCARAN JERSI DAN MEMPERKENALKAN PENAJA DAN PEMAIN PASUKAN TERENGGANU HOCKEY TEAM (THT) SEMPENA TNB LIGA HOKI MALAYSIA (TNB MHL) 2021

Assalamualaikum w.b.t

SALUTASI

MUKADIMAH
1. Bersyukur kepada Allah swt di atas kesempatan berada bersama dalam Majlis Pelancaran Jersi, Memperkenalkan Penaja Dan Pemain Terengganu Hockey Team (THT) sempena TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2021.

2. Terima kasih kepada Persatuan Hoki Terengganu dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembentukan pasukan yang telah berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.

3. Saya bersyukur dan merasa bangga dapat bersam-sama malam di majlis yang buat pertama kalinya diadakan secara “live” ini.

4. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, MKN dan KBS atas kelulusan yang diberikan untuk memulakan latihan bagi pasukan yang akan bersaing dalam TNB MHL 2021 termasuk kebenaran penganjuran kejohanan ini.

KESINAMBUNGAN KEJAYAAN
5. Sebagaimana kita sedia maklum, pasukan THT yang ditubuhkan pada tahun 2013 telah beraksi cemerlang dan meraih kejuaraan berganda dalam Liga Hoki Malaysia sebanyak 4 kali berturut-turut (2014, 2015, 2016 & 2017) dengan membawa pulang Piala TNB dan Piala Liga serta Piala P. Alagendra (2016 & 2017). Walaupun pada tahun 2018 hanya berjaya menjadi juara liga sahaja tetapi pada tahun 2019 THT telah berjaya memenangi Piala Sumbangsih dan Piala TNB. Syabas diucapkan.

6. Walaupun pada tahun 2020, pasukan kita berada di tempat ketiga, namun saya percaya semua pemain pada tahun ini pasti lebih bersemangat untuk merampas kembali kejuaraan yang pernah dikecapi dahulu.

PERSIAPAN PASUKAN
7. Pada tahun ini, pasukan kita dijangka menghadapi saingan yang tidak kurang hebatnya. Ditambah dengan cabaran dan usaha mencegah penularan Covid19 dan pelaksanaan SOP yang telah ditetapkan. Saya juga dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh kejohanan pihak KHM akan melakukan ujian calitan Covid-19 (RTK Antigen) untuk memantau keadaan kesihatan pemain dan bagi memastikan semuanya dalam keadaan terkawal.

8. Jadi kita perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal dalam setiap perlawanan. Tingkatkan semangat sepasukan dan terus berjuang sehingga ke minit terakhir perlawanan.

9. Pengalaman lalu boleh dijadikan bekalan dalam menghadapi lawan dan sedaya upaya elakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecederaan, kemalangan dan pergaduhan. Bermainlah secara professional dan bijaksana. Serlahkan kemahiran dan kehebatan anda dalam bentuk permainan yang berkualiti dan menggentarkan pasukan lawan.

PEMBANGUNAN SUKAN
10. Saya berharap melalui penyertaan kejohanan yang berprestij ini kita akan lebih fokus dan bersungguh-sungguh dalam usaha melahirkan pemain yang berkaliber dan mampu membawa nama negeri Terengganu ke persada kebangsaan dan antarabangsa.

11. Pembangunan sukan di peringkat akar umbi perlu diperkasakan lagi bukan sahaja oleh Majlis Sukan Negeri tetapi persatuan sukan itu sendiri agar kita boleh berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang bakal dicapai nanti.

12. Program penyediaan atlet yang berstruktur dan menyeluruh yang telah dirangka dalam Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun perlu dilaksanakan segera agar kita mencapai sasaran dan pencapaian yang diimpikan bagi tempoh yang telah ditetapkan.

13. Kejayaan yang telah dicapai sebelum ini boleh dijadikan panduan dan ukuran kepada pencapaian akan datang.

14. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, MKN, KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) atas kelulusan yang diberikan untuk memulakan latihan bagi pasukan yang akan bersaing dalam TNB MHL 2021 termasuk kebenaran penganjuran kejohanan ini.

HARAPAN
15. Harapan saya pasukan dan pemain yang ada hari ini mampu mencipta sejarah dan menjadi role model serta memberi inspirasi kepada pasukan pembangunan untuk turut sama meraih kejayaan.

16. Saya juga berharap pasukan THT dapat beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan sekaligus membawa pasukan hingga ke perlawanan akhir TNB Liga Hoki Malaysia edisi kali ini.

17. Semoga setiap perancangan dan strategi yang telah diatur oleh pihak pengurusan dan pasukan akan berjalan lancar serta membuahkan kejayaan yang melebihi sasaran.

PENUTUP
18. Kepada para Penaja saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih di atas kolaborasi dengan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan pasukan dan memastikan persiapan pasukan di tahap yang terbaik.

19. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa komited dan memberi sokongan padu kepada pasukan negeri dalam apa jua kejohanan dan aktiviti sukan yang menjadi medium penyatuan masyarakat negeri ini.

20. Akhir sekali dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya merasmikan Majlis Pelancaran Jersi, Memperkenalkan Penaja Dan Pemain Terengganu Hockey Team (THT) sempena TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2021.

Sekian. Terima kasih

Hoki Wanita Terengganu Pertama Kali Tarik Diri

Masalah kewangan pasukan menjadi faktor utama pasukan hoki wanita Terengganu untuk tidak menyertai Liga Hoki Wanita Malaysia 2021.

Penganjuran kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia(LHWM) bagi musim 2021 ini dikejutkan dengan pengunduran penyertaan pasukan Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang pertama kali mengambil keputusan sedemikian sejak penubuhan pada 2017.

Kekangan perbelanjaan pasukan pada musim ini menjadi faktor utama buat Terengganu membuat keputusan hanya menghantar pasukan lelaki bagi beraksi di pentas tertinggi sukan hoki tanah air ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu(PHNT), Mohd Fikri Harun turut menjelaskan bahawa ketandusan pemain hoki wanita berpengalaman untuk beraksi di pentas tertinggi di samping faktor kesuntukkan masa bagi persiapan pasukan menjadi halangan pada musim ini.

Dari kiri – Penaung Persatuan Hoki Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemasik – YB IR Saiful Azmi Suhaili, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri – YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah dan pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu Mohd Fikri Harun sewaktu hadir ke Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi musim 2021 yang telah berlangsung di pejabat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Kuala Terengganu pada 9 Mac 2021.

“Jumlah tajaan dari kerajaan negeri Terengganu berkurangan berbanding pada tahun lepas walaubagaimana pun di pihak kerajaan tetap hadir memberi komitmen. Pihak persatuan harus melakukan sesuatu yang mengikut apa yang kerajaan impikan dan insyAllah saya cukup yakin pihak persatuan mampu untuk berbuat sedemikian. Antara kesan pengurangan komitmen tajaan daripada kerajaan negeri kepada pasukan hoki Terengganu pada tahun ini adalah kita tidak dapat menghantar pasukan wanita untuk beraksi. Keputusan ini berkaitan dengan situasi kewangan semasa buat pasukan. Itu antara apa yang kita lakukan penyesuaian dengan belanjawan yang ada.” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah yang ditemui PenyuSukan.com sewaktu hadir di program Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Penaja dan Pemain Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi musim 2021.

Seperti mana musim lalu, sebanyak 6 pasukan hoki wanita berentap memburu kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia 2021 dengan ketiadaan pasukan TLHT dan Hockademy KL selaku penyandang juara.

Selain TLHT, penyandang juara Hockademy KL yang membuat penampilan pertama kali pada edisi lalu juga turut berbuat sedemikian untuk menarik diri bagi kejuaraan 2021 ini. Dua slot kekosongan ini telah diisi oleh pasukan hoki wanita baharu iaitu UniKL Ladies dan Young Tigress yang membuat penampilan pertama.

Berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penyertaan di pentas LHWM, pelaburan bagi pasukan hoki wanita negeri ini tidak pernah mengecewakan. Pada musim lalu walaupun berakhir di tangga kedudukan kedua tangga liga, TLHT berjaya mencipta sensasi kejuaraan dengan menewaskan pendahulu liga sekaligus mencalar rekod tanpa kalah UniKL dalam perlawanan ke-7 mereka di Stadium Hoki Batu Buruk.

Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Kredit Foto - Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menambah koleksi kejuaraan kedua berturut-turut bagi musim 2019 ini setelah dinobatkan selaku juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Setelah masuk tahun ke-3 penubuhan, musim 2019 merupakan musim kemuncak buat pasukan hoki wanita Terengganu ini apabila merangkul juara berganda setelah dinobatkan selaku juara LHWM 2019 dan juga juara bersama Piala Vivian May Soars 2019. Pada musim ini juga TLHT turut berentap bersama pasukan Liaoning Infinite Space HC (LISHC) merupakan kelab dari China selaku juara Liga China 2018 yang pertama kali menyertai LHWM.

Manakala pada tahun pertama penubuhan pasukan hoki wanita ini berjaya membuktikan untuk muncul juara liga LHWM 2017 dengan rekod tanpa kalah setelah mengharungi 10 perlawanan melibatkan 6 pasukan termasuk TLHT yang berentap ketika itu.

TLHT juga telah diberi penjenamaan semula pada tahun 2020 dengan memperkenalkan logo tersendiri di mana sebelum ini menggunakan logo Persatuan Hoki Negeri Terengganu sebagai imej di mana-mana penyertaan kejohanan.

Tiada Pemotongan Bayaran Atlet & Jurulatih

Majlis Sukan Negeri Terengganu memperuntukkan perbelanjaan setengah juta ringgit sebulan bagi pembayaran khidmat jurulatih-jurulatih & barisan atlet negeri Terengganu.

Sekalipun program latihan sukan terganggu sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sejak hampir setahun berlalu, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab kebajikan para atlet dan jurulatih untuk membuat sebarang pemotongan bayaran berkaitan.

Badan induk yang juga pemegang taruh utama program pembangunan sukan dalam negeri Terengganu ini juga tidak menamatkan sebarang khidmat jurulatih mahupun atlet dalam takbir urus perancangan perbelanjaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu – Ahmad Shahrizal Yahaya

“Sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bermula PKP 1.0 pada Mac tahun lepas sehingga ke hari ini sememangnya Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) tidak melakukan pemotongan sebarang bayaran kepada 860 atlet dan 85 jurulatih walaupun program latihan dilakukan secara maya melalui video di dalam talian. MSNT juga tidak mengurangkan atau membuang kapasiti jurulatih-jurulatih yang telah kami lantik bermula pada Januari lalu.”, ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa setiap bayaran kepada atlet dan jurulatih tidak akan terjejas sehingga hujung tahun ini kerana peruntukan tersebut telah diluluskan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu.

Memperuntukkan perbelanjaan sebanyak setengah juta sebulan melibatkan RM300 ribu bagi pembayaran gaji melibatkan 85 jurulatih dan selebihnya RM200 ribu dijelaskan kepada 859 atlet yang melibatkan 28 jenis sukan. Bayaran itu juga turut melibatkan pemotongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) yang menjadi tambah nilai buat mereka.

Atlet sukan negeri Terengganu yang sentiasa berisiko tinggi sewaktu program latihan dijalankan kini menerima pelindungan insurans secara tidak langsung menjadi penanda aras kebajikan atlet negeri ini dititik berat oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Selain pemotongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO), barisan atlet yang merupakan aset penting berprestasi tinggi ini juga turut dicarum insurans yang menjadi tambah nilai untuk memberi perlindungan sepanjang program latihan dijalankan.

MSNT kini sedang giat tanpa henti mempersiapkan pasukan dalam misi mempertahankan kejuaraan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA Johor 2022) nanti. Pada penganjuran lalu di SUKMA Perak 2018, Terengganu dinobatkan selaku juara keseluruhan setelah memungut 56 pingat emas, 51 pingat perak, 53 pingat gangsa menjadikan keseluruhan 160 pingat.

Jelajah Eropah: TSG Kian Mendapat Rentak

Terengganu Cycling Team (TSG) raih podium kali kedua bagi siri Jelajah Eropah 2021 di mana pelumba Carlos Julian muncul juara bersama rakan sepasukan Metkel Eyob di tempat ke-3 bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau Instagram.com/terengganucyclingteam

Pasukan berbasikal tanah air bertaraf antara benua, Terengganu Cycling Team (TSG) kian mendapat rentak dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah ke-4 yang kini berlangsung di Turki setelah pelumba Harris Salleh muncul juara pada siri ketiga jelajah kelmarin. Terkini pelumba Carlos Julian muncul juara bersama rakan sepasukan Metkel Eyob di tempat ke-3 sekaligus mendominasi podium Grand Prix Velo Alanya yang berstatus 1.2 UCI.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif(kir) merupakan pelumba tunggal negara berentap bersama rakan sepasukan Terengganu Cycling Team (TSG) untuk memberi cabaran bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – Instagram.com/terengganucyclingteam

Kayuhan sejauh 104.5km dengan catatan masa 2 jam 40 minit 33 saat menjadi milik Carlos Julian untuk dinobatkan juara sekaligus menafikan pelumba Alex Hoehn dari pasukan Wildlife Generation Pro Cycling. Jurang satu saat masa perlumbaan di belakang pendahulu meletakkan Metkel Eyob di tempat ketiga juga turut membantu TSG mengutip mata perlumbaan untuk memperkukuh tangga kedudukan pasukan yang kini masih berada di tangga ke-37 dunia.

Pelumba muda yang kian meningkat naik, Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif turut berentap pada perlumbaan ini yang menawarkan peringkat pendakian beraltitud tinggi sebagai cabaran. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-65 sekaligus memperbaiki rekod peribadi pada perlumbaan sehari sebelum ini dalam GP Velo Manavgar yang berakhir di tempat ke-96.

Seterusnya dua lagi perlumbaan berstatus 1.2 UCI menantikan kem TSG di Turki yang akan berlangsung pada Mac nanti sebelum pulang ke tanah air.

Dari kiri – Pelumba Metkel Eyob raih tempat ketiga dan Carlos Julian Quintero Norena ditempat pertama sekaligus menghadiahkan podium berganda buat Terengganu Cycling Team (TSG) bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau Instagram.com/terengganucyclingteam

KEPUTUSAN GP VELO ALANYA (EUROPE TOUR 2021)
*Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sahaja

#1 – CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA 02:40:33
#3 – METKEL EYOB
#12 – ARTEM OVECHKIN
#50 – YOUCEF REGUIGUI
#65 – MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
#73 – GOH CHOON HUAT

Jelajah Eropah: Harrif Saleh Lakar Sejarah


Kayuhan sejauh 145.8km dengan catatan masa 3 jam 13 minit 35 saat menjadi penentu buat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh untuk pertama kali melakar sejarah untuk pertama kali selaku pelumba tanah air muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah. Menambah manis kejayaan ini merupakan perlumbaan sulung membuka kalendar perlumbaan yang disertai oleh pelumba berusia 33 tahun ini.

Berentap dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat berstatus 1.2 UCI yang berlangsung di Alanya, Turki menjadi sebahagian dari siri Jelajah Eropah musim ini berjaya menafikan pelumba Alan Banaszek dari pasukan Mazowsze Serve Polski untuk berada di tempat kedua manakala pasukan kebangsaan Ukraine berada di tempat ke-3.

Kredit – https://gpside.veloalanya.com/results

Pemegang rekod kemenangan terbanyak dalam sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi(LTdL) Andrea Guardini juga turut berentap memberi saingan untuk berada di tempat ke-4.

Bendera Terengganu berkibar di bumi Turki di mana pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam

“Alhamdullilah..saya pun tidak sangka setelah setahun tidak berlumba. Tapi saya bangkit balik untuk perlumbaan hari ini dan saya buktikan rakyat Malaysia rakyat Terengganu boleh menang di Europe. Terima kasih pada team mate..crew-crew yang memang 100%..repair basikal siang malam.. Saya pun semangat baru. Alhamdullilah..rezeki kita hari ini. Bereh!”, ujar Harrif Saleh yang juga turut galas tanggungjawab sementara sebagai kapten pasukan sepanjang siri perlumbaan di Turki ini berikutan ketiadaan Zamri Saleh yang kini dalam program latihan persediaan ke perlumbaan Tour of Thailand.

Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff selaku pelumba muda yang kembali bersama TSG bagi musim ini juga turut tidak mengecewakan apabila berada dalam kelompok 100 pelumba daripada 170 pelumba secara tidak langsung meletakkan sebagai pelumba ke-3 di antara 6 ahli pasukan untuk menamatkan perlumbaan GP Manavgat ini.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam

TSG yang kini dalam program latihan altitud tinggi di Turki sejak awal Februari lalu akan menghabiskan dua lagi siri perlumbaan berstatus 1.2 UCI dalam misi untuk mengutip mata memperkukuh kedudukan tangga dunia sebelum pulang ke tanah air pada awal Mac nanti. Terdahulu TSG membuka tirai kalendar perlumbaan musim ini dengan menyertai perlumbaan padat dalam GP Alanya pada 6 Februari lepas dan GP Gazipasa pada 7 Februari lalu.

Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) bagi perlumbaan siri Jelajah Eropah 2021 Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – Instagram.com/terengganucyclingteam

KEPUTUSAN GP VELO MANAVGAR (EUROPE TOUR 2021)
*Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sahaja

#1 – MOHD HARRIF SALEH 03:13:35
#7 – YOUCEF REGUIGUI
#96 – MUHAMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
#101 – CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA
#134 – METKEL EYOB
#137 – ARTEM OVECHKIN

Muat turun keputusan penuh – http://penyusukan.com/download/Basikal/PenyuSukan-KeputusanJelajahEropah2021-GPVeloManavgat.pdf

Liga Premier 2021: 10 Aksi Perlawanan Menanti TFC II

Terengganu FC II(TFC II) dijadualkan untuk beraksi sebanyak 10 perlawanan bagi musim Liga Premier 2021 ini meliputi 6 perlawanan di laman sendiri. Sepak mula perlawanan pertama buat TFC II di laman sendiri dijadualkan pada 6 Mac 2021 bertemu Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Manakala perlawanan terakhir bagi menghabiskan kalendar liga musim ini pada 2 May bertemu Kelantan United FC di laman sendiri.

Badrul Afzan Razali galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Terengganu FC 2(TFC2) bagi musim 2021.

Untuk rekod, penganjuran Liga Malaysia musim 2021 ini sepatutnya telah bermula pada 26 Februari 2021 lepas namun berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) seluruh negara menyebabkan penganjuran ini terpaksa dipinda.

Muat turun jadual penuh Liga Premier 2021(Kemaskini 26 Februari 2021) – http://penyusukan.com/download/BolaSepak/PenyuSukan-Jadual_LigaPremierMalaysia2020_Kemaskini_26Feb2021.pdf

Barisan pemain Terengganu FC 2 (TFC 2) sewaktu kembali menyambung program latihan di padang setelah terhenti susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa seluruh negara sejak 5 Februari lalu.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Premier 2021 melibatkan TFC II:


Sabtu, 6 Mac 2021 0900pm STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU

TERENGGANU FC II vs SKUAD PROJEK FAM-MSN

Rabu, 10 Mac 2021 0900pm STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
TERENGGANU FC II vs KUCHING CITY FC

Sabtu, 13 Mac 2021 0900pm STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI
NEGERI SEMBILAN FC vs TERENGGANU FC II

Selasa, 16 Mac 2021 0900pm STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
TERENGGANU FC II vs KELANTAN FC

Ahad, 21 Mac 2021 0900pm STADIUM HANG JEBAT, MELAKA
SARAWAK UNITED FC vs TERENGGANU FC II

Sabtu, 3 April 2021 0900pm STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
TERENGGANU FC II vs PDRM FC

Selasa, 6 April 2021 0900pm STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PERAK FC II vs TERENGGANU FC II

Sabtu, 17 April 2021 1000pm STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
TERENGGANU FC II vs JOHOR DARUL TA’ZIM II

Sabtu, 24 April 2021 1000pm STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
SELANGOR FC 2 vs TERENGGANU FC II

Ahad, 2 May 2021 1000pm STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU
TERENGGANU FC II vs KELANTAN UNITED FC

Sanitasi Fasiliti Sukan Besar-Besaran


Susulan pengumuman kebenaran pembukaan sektor sukan dan rekreasi, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh terbesar sektor sukan negeri ini kini dalam rangka kerja untuk kembali beroperasi semaksimum mungkin dalam masa terdekat.

Terkini proses sanitasi besar-besaran melibatkan keseluruhan fasiliti pusat latihan di bawah kendalian Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) telah bermula sebelum penggunaan dibuka kepada atlet-atlet yang terlibat dengan program latihan bagi persiapan Sukan Malaysia(SUKMA Johor 2022) nanti.

Fasiliti pusat latihan termasuk padang latihan yang digunakan oleh pasukan bola sepak Terengganu FC yang juga merupakan hak milik Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) turut disanitasi menjelang sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac nanti.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Stadium Tertutup, Arena Lawn Bowls, mini stadium, litar permotoran dan padang-padang latihan yang tersedia ada di dalam Kompleks Sukan Negeri Terengganu merupakan lokasi-lokasi yang disanitasi sebelum ke lain-lain fasiliti di daerah yang lain. Fasiliti pusat latihan termasuk padang latihan yang digunakan oleh pasukan bola sepak Terengganu FC yang juga merupakan hak milik KSNT turut disanitasi menjelang sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac depan.

Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu A. Zulkifli Mohamad.

“Kita lakukan pada hari ini adalah saya kira kali keempat yang telah kita dilakukan selepas pandemik COVID-19 ini. Jadi sebenarnya kita masih berhati-hati dalam menguruskan pusat sukan kemudahan pusat sukan di kompleks sukan negeri Terengganu terutamanya di Kuala Nerus ini.

“Ini adalah kali keempat proses sanitasi besar-besaran fasiliti sukan di seluruh negeri Terengganu dilakukan sepanjang pandemik COVID-19 ini. Untuk permulaan ini kita mulakan di pusat latihan utama sekitar kawasan Kompleks Sukan Negeri Terengganu dalam daerah Kuala Nerus ini di mana mempunyai 8 kemudahan fasiliti sukan utama. Walaupun sedemikian kita masih berhati-hati untuk mengurus pusat sukan sewaktu pembukaan kembali operasi sektor sukan kerana situasi semasa COVID-19 yang belum berakhir.

Fasiliti pusat latihan termasuk padang latihan yang digunakan oleh pasukan bola sepak Terengganu FC yang juga merupakan hak milik Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) turut disanitasi menjelang sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac nanti.

“Proses sanitasi dilakukan dalam tempoh berkala bergantung pada sesuatu tempat tersebut namun bagi fasiliti seperti gym dan sebagainya kita lakukan proses sanitasi setiap hari iaitu sewaktu sebelum digunakan dan setelah itu.”, ujar A. Zulkifli Mohamad yang bertanggungjawab selaku Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Fasiliti pusat latihan termasuk padang latihan yang digunakan oleh pasukan bola sepak Terengganu FC yang juga merupakan hak milik Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu(KSNT) turut disanitasi menjelang sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac nanti.

Sebagaimana garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan, modul program latihan berpusat secara tertutup dan terkawal (quarantine based approach) bakal dikuatkuasakan oleh MSNT melibatkan beberapa jenis sukan bagi fasa pertama perlaksanaan. Kelompok pertama atlet negeri ini dijangka akan melapor diri di asrama yang disediakan bermula pada minggu hadapan.

Terdahulu Majlis Keselamatan Negara(MKN) melalui Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran beberapa sektor sukan dan rekreasi untuk kembali beroperasi bermula pada 12 Februari. Sebelum ini sektor sukan seluruh negara lumpuh sepenuhnya susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa sejak 5 Februari lalu.

Terengganu FC 2 Kembali Berlatih

Terengganu FC 2(TFC 2) kembali menyambung program latihan di padang setelah terhenti susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa seluruh negara sejak 5 Februari lalu.

Terengganu FC 2(TFC 2) yang kini dalam persiapan mengharungi kempen Liga Perdana musim ini kembali menyambung program latihan setelah terhenti susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa seluruh negara sejak 5 Februari lalu.

Seperti mana sebelum ini, setiap pasukan perlu melalui pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN) melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Namun norma baharu tersebut tidak menjadi beban buat TFC 2 yang kini di bawah kendalian Badrul Afzan Razali selaku ketua jurulatih.

Pemain Terengganu FC 2(TFC 2) Muhammad Izzan Syahmi Bin Mustapa sewaktu melakukan pemeriksaan suhu badan bagi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) setelah kembali dibenarkan untuk berlatih di padang pada 15 Februari 2021.

 

Senarai nama pemain-pemain Terengganu FC 2 yang diperiksa bagi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa seluruh negara sejak 5 Februari lalu.

Tinjauan PenyuSukan.com sewaktu hari pertama latihan bersambung ini mendapati setiap pemain TFC 2 mematuhi setiap SOP yang perlu dilalui oleh setiap pemain. Setiap bacaan suhu badan pemain akan dicatatkan untuk simpanan rekod pasukan.

Padang latihan Terengganu FC berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) seperti mana Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan pasukan yang dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuatkuasa seluruh negara sejak 5 Februari lalu.

Bilik persalinan pemain juga dikawal rapi di mana hanya ahli pasukan sahaja yang dibenarkan untuk berada di situ di samping beberapa notis peringatan turut ditampal. Sebelum itu fasiliti pusat latihan juga wajib mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) sebelum dibenarkan untuk diguna pakai oleh pasukan bola sepak.

Malah rata-rata barisan pemain begitu teruja untuk kembali ke padang bagi menjalani sesi latihan sebenar berbanding sebelum ini terpaksa melakukan kecergasan berseorangan di kediaman sedikit sebanyak menjadi halangan untuk membentuk formasi jentera pasukan.

Badrul Afzan Razali galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Terengganu FC 2(TFC2) bagi musim 2021.

“Hari ini adalah hari pertama untuk kita dibenarkan melakukan program latihan, saya cukup gembira dengan perkembangan terkini yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Satu tanda positif untuk semua pasukan, bukan untuk TFC sahaja yang dalam persiapan Liga Malaysia ini.”, ujar Badrul Afzan Razali yang ditemui.

Ketua jurulatih yang kini berusia 45 tahun pada musim lalu telah membimbing pasukan Piala Presiden Terengganu. Kini anak jati kelahiran Kemaman yang turut dibantu oleh Subri Sulong selaku penolong ketua jurulatih diberi kepercayaan untuk membimbing TFC 2 bagi saingan kempen Liga Malaysia musim ini.

Profil Latar Belakang Dr Wirdati Mohd Radzi

PROFIL DR. WIRDATI MOHD RADZI

Pensyarah Kanan,
Pusat Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya,
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
603 7967 3367

PENDIDIKAN
2013
University of Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIA
PhD in Sport Management
Thesis Topic: “Muslim Women Sport Managers in Malaysia”

2002
Loughborough University, UK
Researcher – Project commissioned by the IOC
Research Topic: “IOC-Loughborough Women Leadership in the Olympic Movement Project”

1998
Ohio University, Athens, Ohio USA
Master of Sport Administration

1995
International Islamic University, Petaling Jaya MALAYSIA
Bachelor of Laws (Honours)/LL. B (Hons.)
Minor in Islamic Laws

PENGIKTIRAFAN & LANTIKAN

2020-2022 – AHLI
Global Commission for Tolerance in Esports and Gaming
An initiative between Ministry of Tolerance and Co-Existence
and the International E-Sport Federation
Abu Dhabi
UNITED ARAB EMIRATES

2020-2022 – PENGERUSI
Sport Governance and Policy Task Force
Global Commission for Tolerance in Esports and Gaming
Abu Dhabi, UAE

2020-2022 – JAWATANKUASA
Malaysian E-Sport Federation

2020-2022 – PENGERUSI
The Malaysian Football League
Club Professionalization Task Force

2019-2020
Sports Commissioner of Malaysia
Office of the Sports Commissioner
Ministry of Youth and Sport

2019 – Called to the Malaysian Bar
High Court of Malaya
The Malaysian Judiciary

2017 – 2021 – PENGERUSI
Football Association of Malaysia
Club Licensing Appeal Board

2014 -2017 – AHLI
Football Association of Malaysia
JAWATANKUASA STATUS

SEJAK 2017 – AHLI
Women in Sports Law Association, Lausanne SWITZERLAND

2018-2020 – NAIB PRESIDEN(PENDIDIKAN)
Asian Association for Sport Management
Juntendo Uni., Tokyo JAPAN

SEJAK 2012 – JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Asian Association for Sport Management
Juntendo Uni., Tokyo JAPAN

PENGURUSAN UNIVERSITI

2016-2017
DEPUTY DEAN, HUMANITIES RESEARCH CUSTER
Institute of Research Management and Services,
Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation),

1/1/2017 – 30/6/2017
University of Malaya
ACTING DEAN, HUMANITIES RESEARCH CUSTER
Institute of Research Management and Services,
Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation),

2014 – 2018
University of Malaya
SPORT MANAGEMENT INTERNSHIP COORDINATOR
Sports Centre, Sports Centre

2006-2009
University of Malaya
SPORT MANAGEMENT PROGRAM COORDINATOR
Sports Centre, Sports Centre
University of Malaya

PENERBITAN JURNAL
2020
Faiq Fajar Nashrullah, Wirdati Mohd. Radzi, Siswantoyo, Jumadil Saputra (2020). A Study of Sport-Related Legal Provisions and Regulations among Elite Student-Athletes and Staffs in Yogyakarta Public Universities, Indonesia. Journal of Advance Research in Dynamical & Control Systems.12 (6) 751-756.

2018
M. Adli Mohd Sidi, C. Gilbert, Mohd. Salleh Aman & W.M. Radzi (2018). Application of Carrying Capacity for management Practice for Outdoor Recreation Managers3 in managing visitor’s risks at Coastal Mangroves area at Tanjong Piai Johor National Park. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management. 3 (7), 101-109.

2017
Qader, M.A., Zaider, B.B., Zaidan, A. A., Ali, S.K. Kamaluddin, M.A. & Radzi, W.M. (2017) A Methodology for football players Measurement selection problem based on multi-,Measurements criteria analysis., 111, 38-50.

2017
M. Adli Mohd Sidi, W.M. Radzi, Mohd. Salleh Aman & M.M. Yassim. (2017). A Study of Participation Motive in Outdoor Recreational Activities. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7, 740-753

2017
P. Chelladurai, W. Radzi and M.A.K. Megat Daud, Organizational Structure and Theory of non-profit sport organizations in T. Bradbury & I. Boyle. (2012). Understanding Sport Management: International Perspectives, London: Routledge

2012
M.A.K. Megat Daud and W. Radzi, South Asia, South East Asia & Oceania in Ming Li, Eric McIntosh & Gonzalo Bravo (Eds). (2012). International Sport Management, Champaign Illinois: Human Kinetics.

2011
Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud & Wirdati Mohd Radzi. (2011). Issues of Risks and Negligence in Sports Management at Educational Institutions. Masalah Pendidikan. 34: 233-24

2010
Wirdati Mohd. Radzi and Raihanah Abdullah,(2010), Through Rose-Tinted Glasses: Muslim Women Sport Managers in Malaysia, Asian Women, Vol 26 (3),pp.1-28

2007
Wirdati Mohammad Radzi, (2007) Muslim Women and Sports in the Malay World: Crossroads between Modernity and Faith. Silkworm Books, Chiang Mai Thailand

2004
Henry, I., Radzi, W., Rich, E., Theodoraki, E., & White, A. (2004). Women, Leadership, and the Olympic Movement. Institute of Sport and Leisure Policy. Loughborough University.

 

 

 

Cub Prix: Dua Perlumbaan Di Litar Terengganu


Litar Permotoran Terengganu dijadualkan untuk menjadi tuan rumah sebanyak dua kali berturut-turut bagi kalendar perlumbaan motosikal Cub Prix musim ini seperti mana telah diumumkan oleh penganjur.

Namun jadual perlumbaan ini disifatkan sementara berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu yang boleh menyebabkan penganjur terpaksa membatalkan atau menangguhkan sebarang penganjuran yang telah diatur.

Malah kedua-dua perlumbaan yang dijadualkan itu juga masih menetapkan tiada sebarang penonton dibenarkan untuk hadir ke litar memberi sokongan seperti mana musim lalu.

Kredit – Malaysiancubprix.com

“Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 pada bulan Mac nanti. Namun demikian, harus diingatkan bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa,

“Tidak dinafikan, musim 2020 adalah musim yang begitu mencabar. Namun, dengan bantuan pelbagai pihak, kami berterima kasih kerana masih sempat menamatkan musim 2020 dengan berjaya. Dalam itu, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PETRONAS, penaja utama Cub Prix, yang telah banyak membantu meningkatkan taraf sukan permotoran tanahair. Tidak lupa juga rakan-rakan korporat Cub Prix yang turut menyumbangkan sokongan terhadap sukan ini.

“Bagi pihak semua warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia di atas bantuan yang telah dihulurkan selama ini. Kami juga menyeru agar orang ramai terus mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan. Bersama, kami pasti akan berjaya menangani gejala ini,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku penganjur.

 

KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS – KALENDAR MUSIM 2021

Pusingan 1 Sepang Selatan 20 – 21 Mac, 2021

Pusingan 2 Tangkak, Johor 10 – 11 April, 2021

Pusingan 3 Tangkak, Johor 22 – 23 Mei, 2021

Pusingan 4 Litar Permotoran Terengganu 26 – 27 Jun, 2021

Pusingan 5 Akan dimaklumkan 9 – 10 Julai, 2021

Pusingan 6 Sepang Utara 7 – 8 Ogos, 2021

Pusingan 7 Sepang Selatan 4 – 5 September, 2021

Pusingan 8 Litar Permotoran Terengganu 9 – 10 Oktober, 2021

Pusingan 9 Akan dimaklumkan 13 – 14 November, 2021

Pusingan 10 Sepang Utara 18 – 19 Disember, 2021

Mengapa Sumareh Layak Ketepikan FAM?


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/8YgNPJ5cca0

Penjelasan oleh Dr Wirdati Mohd Radzi yang telah dilantik sebagai pengerusi Club Professionalization Task Force (CPTF) oleh Malaysian Football League (MFL) pada 25 Januari lalu. CPTF merupakan satu entiti baharu di dalam MFL yang diperkenalkan pada tahun ini.

Sebelum ini pelbagai pihak mempertikaikan mengapa pemain naturalisasi pertama Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh yang mengetepikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk sukan bola sepak tanah air untuk terus membuat aduan pada FIFA berikutan tidak dibayar gaji oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). Terkini FIFA telah mengarahkan PBNP untuk membayar AS1.2 juta(RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka.

Dr Wirdati Mohd Radzi yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya Sukan(2019-2020) yang mempunyai latar belakang dalam bidang perundangan sukan. Beliau ditemui sewaktu hadir bagi tugasan tidak rasmi ke Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 8 Februari 2021.

“Sebab Sumareh adalah pemain bola sepak antarabangsa, dia mempunyai hak mengikut undang-undang antarabangsa di mana undang-undang ini hanya boleh dibincangkan di luar Malaysia.”, ujar Dr Wirdati Mohd Radzi yang telah dilantik sebagai pengerusi Club Professionalization Task Force (CPTF) oleh Malaysian Football League (MFL) kepada PenyuSukan.com sewaktu ditemui dalam kunjungan tidak rasmi ke Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 8 Februari 2021.

Mohamadou Sumareh untuk kali pertama bersama pasukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim(JDT) bagi saingan kempen musim 2021 ini. Kredit Foto – Facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Terdahulu pemain kelahiran Gambia ini telah meninggalkan Pahang pada Ogos tahun lalu berikutan isu tersebut dan menyarung jersi Police Tero FC yang berpangkalan di Thailand. Kini pemain berusia 27 tahun ini kembali ke tanah air bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memulakan kempen musim ini.

SOP Sukan: Terengganu Sambut Baik Usaha KBS

Klik untuk lihat video penuh ulasan Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah – https://youtu.be/yUU6Ou-v-Pc
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu menyambut baik segala usaha Kementerian Belia dan Sukan(KBS) yang sentiasa berusaha untuk mengerakkan sektor sukan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal lagi. Negeri ini yang merupakan antara kuasa besar sukan tanah air dan juga antara pemegang taruh terbesar membekalkan atlet-atlet berprestasi tinggi bagi mewakili negara di pentas antarabangsa sudah tentu memerlukan satu keputusan yang tepat untuk menentukan masa depan dan hala tuju bagi setiap atlet mereka.

Terengganu juga yang telah mempraktikan program latihan secara kuarantin termasuk menempatkan atlet-atlet di kemudahan asrama serta mengikut keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sejak dari awal perlaksanaan PKP dilihat tidak mempunyai masalah untuk perlaksanaan yang akan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN). Secara tidak langsung negeri ini telah mempraktikan modul gelembung sukan yang akan diperkenalkan kelak.

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu merupakan antara pemegang taruh terbesar program pembangunan dan kecemerlangan sukan di dalam negeri ini.

“Sudah tentu persiapan perlu dilakukan oleh para atlet di semua daerah. Kita juga di Majlis Sukan Negeri Terengganu sangat perlu kepada SOP kelonggaran yang lebih terbuka kepada sukan ini kerana persiapan SUKMA 2022 yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Dan sudah tentu kita perlu kelonggaran ini untuk memastikan atlet-atlet kita meneruskan dapat latihan dengan lebih maksimum. Itu pun termasuk antara perkara sebab mengapa kita memberi sokongan kepada YB Menteri Belia dan Sukan ini kerana isu termasuk dengan persiapan dan perlawanan lain-lain sukan di peringkat nasional.” ujar Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kepada Penyusukan yang ditemui.

Keputusan itu perlu memandangkan terdapat atlet-atlet negeri ini yang sedang berusaha membuat persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA Vietnam 2021 dan juga yang sedang memburu slot bagi ke Olimpik Tokyo nanti. Begitu juga persiapan kontijen negeri untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun hadapan setelah ditunda berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah ini. Sesungguhnya Terengganu sememangnya telah memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan menjangkau jutaan ringgit dengan menjadikan pembangunan sukan sebagai salah satu agenda kemajuan negeri ini.

Majlis Sukan Negeri Terengganu yang terletak di daerah Kuala Nerus. Kuala Nerus merupakan daerah baharu yang ke-8 dalam negeri Terengganu yang telah diumumkan pada 18 September 2014. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Setelah perlaksanaan PKP hampir setahun sejak tahun lalu, tidak dinafikan di pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang merupakan pelabur terbesar turut terkesan setelah beberapa perancangan dan program latihan tidak dapat diteruskan. Selain memberi risiko pada momentun prestasi persiapan pasukan dan atlet itu sendiri, perkembangan semasa di mana terdapat beberapa atlet mengambil keputusan untuk bersara berikuta pandemik ini juga turut memberi tekanan.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah membentangkan kepada Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi permohonan kelonggaran pembukaan sektor sukan dan rekreasi sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TSG Perolehi Kebenaran Rentas Daerah


Klik untuk lihat video ulasan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team – https://youtu.be/zXCfMDWJvnk

Komitmen program latihan sukan sepenuh masa oleh pasukan berstatus Pro Benua, Terengganu Cycling Team(TSG)  sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memperolehi kebenaran rentas daerah daripada Majlis Keselamatan Negara.

Program latihan pasukan berbasikal elit yang berpangkalan di negeri Terengganu untuk mewakili negara ke pentas dunia sudah pasti perlu diteruskan seperti mana entiti-entiti sukan kebangsaan yang kebanyakkan berpusat di Lembah Klang.  Komitmen setiap hari untuk kayuhan sejauh ratusan kilometer membelah laluan berbukit dalam pelbagai keadaan cuaca berhujan panas malah menempuh banjir merupakan rutin harian yang perlu diselesaikan oleh setiap pelumba.

Walaupun perlu dilakukan di dalam norma baharu namun ianya merupakan cabaran terkini untuk mengekalkan momentum pasukan. Selain perlu menempuhi siri kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), pelumba-pelumba TSG juga turut terlibat dengan persediaan pasukan ke pentas Sukan SEA Vietnam 2021 dan juga Olimpik Tokyo nanti.

Terkini, TSG juga merupakan pasukan kebangsaan kedua yang telah memperolehi kebenaran dari pihak berwajib untuk berentap di luar negara setelah pasukan badminton beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Bangkok pada Januari lalu. TSG yang dibarisi oleh 9 pelumba berkampung selama 40 hari di Turki bagi menjalani program latihan beraltitud tinggi dan juga menyertai 6 perlumbaan berstatus 1.2 UCI dalam misi untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di tangga dunia.

Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.

“Kita masih lagi mengikut SOP-SOP yang telah digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN) terutamanya di mana diikutkan situasi semasa ini. Kelulusan dari pihak Polis diRaja Malaysia(PDRM) perlu kita dapat untuk menjalani latihan. Dalam tempoh PKP ini cuma 10km dibenarkan untuk berbasikal dan seorang. Tetapi kita membuat permohonan daripada pihak PDRM untuk merentas daerah dengan kapasiti 10 orang dalam satu masa latihan. Alhamdullilah telah lulus oleh pihak PDRM.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) kepada PenyuSukan.com

Jelajah Eropah Menanti TSG Di Turki


Pasukan berbasikal profesional berstatus Pro Benua tanah air yang kini menyambut 10 tahun penubuhan, Terengganu Cycling Team(TSG) telah berlepas menuju ke Turki untuk membuka tirai kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa(UCI).

Berkampung selama 40 hari di sana nanti tempuhi jadual padat dengan mengharungi 6 perlumbaan bagi misi mengutip sebanyak mungkin kutipan mata bagi memperkukuhkan tangga kedudukan dunia. Terkini pasukan ini masih berada di tangga teratas kedudukan pasukan Jelajah Asia seperti mana yang baharu dikemaskini oleh UCI pada 2 Februari lalu

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(kemeja maroon) sewaktu membacakan doa selamat kepada deligasi Terengganu Cycling Team(TSG) yang akan berlepas dari Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada 2 Februari 2021 untuk menyertai perlumbaan di Turki.

Empat perlumbaan yang bakal disertai merupakan sebahagian dari siri Jelajah Eropah 2021 dan dua lagi perlumbaan berstatus 1.2 UCI di mana kesemuanya dijadualkan untuk berlansung di Turki sepenuhnya. Mengikut perancangan awal, selepas Turki menjadi destinasi pertama seterusnya adalah untuk singgah berkayuh di bumi Afrika walaubagaimanapun terpaksa dibatalkan setelah penganjuran Tour of Rwanda telah ditunda berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.

Situasi tersebut memaksa TSG untuk merombak percaturan barisan pelumba di saat-saat akhir dengan mempertaruhkan 4 pelumba tempatan tanpa kelibat kapten pasukan Zamri Salleh dan beberapa pelumba lain lagi. Hanya Mohd Harris Salleh, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 5 lagi pelumba import akan berentap di Turki nanti.

Mohd Saiful Anuar Aziz galas tanggungjawab selaku pengurus pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) dalam misi memburu kutipan mata bagi setiap 6 perlumbaan yang akan disertai di Turki.

“Memang kita bertuah dapat menyertai kejohanan dalam situasi pandemik COVID-19 ini kerana kebanyakkan penganjuran di Asia telah dibatalkan. Alhamdulillah kerana kita dapat berlumba di Turki. Tidak dinafikan keadaan semasa COVID-19 ini memberi tekanan kepada kami.

Berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sewaktu pandemik COVID-19 ini, Terengganu Cycling Team(TSG) berlepas dari Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) melalui jalan darat dengan menaiki bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Februari 2021 untuk menyertai perlumbaan di Turki.

Kita sedia maklum untuk di Turki nanti kita akan membuat ujian sarinan COVID-19 setiap minggu. Untuk kemasukkan ke Turki tiada sebarang proses kuaratin diperlukan dan penganjur akan membuat saringan kesihatan maka kita dapat fokus sepenuhnya pada perlumbaan.”, ujar Mohd Saiful Anuar Aziz yang dilantik sebagai pengurus pasukan bagi perlumbaan di Turki ini.

Harris Salleh galas tanggungjawab memangku tugasan selaku kapten pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) dalam misi memburu kutipan mata bagi setiap 6 perlumbaan yang akan disertai di Turki.

“Saya sudah lama tidak berlumba, kali terakhir berlumba di Le Tour de Langkawi 2019. Saya harap untuk perlumbaan pertama musim ini saya boleh bersaing untuk mendapat rentak perlumbaan. Ketiadaan kapten pasukan ke Turki nanti maka saya perlu galas tanggungjawab itu untuk menjaga adik-adik(pelumba).”, ujar Harris Salleh kepada PenyuSukan.com

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Mohd Harris Salleh melambai kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(kemeja maroon) dan Yang Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Dato’ Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil(kemeja putih) sewaktu berlepas dari Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada 2 Februari 2021 untuk menyertai perlumbaan di Turki.

Deligasi pasukan berbasikal dari pantai timur ini dijadualkan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada jam 1140 malam ini(2 Februari 2021) dan akan singgah untuk transit di Istanbul sebelum menukar penerbangan untuk tiba di Alanya, Turki.

Grand Prix Alanya yang dijadualkan pada 6 Februari ini menjadi sebahagian dari kalendar siri Jelajah Eropah 2021 merupakan perlumbaan pertama buat TSG untuk membuka tirai musim ini. TSG dijadual pulang ke tanah air pada 8 April nanti sejurus tamat Grand Prix Gundogmus sehari sebelum berlepas pulang.

Senarai Nama Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG)
Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021

  BIL.  
  NAMA  
UMUR
  1.  MOHD HARRIF SALEH   33 (15 September 1988)
  2.  WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN   22 (19 Jun 1999)
  3.  IRWANDIE LAKASEK   26 (30 Januari 1995)
  4.  MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF   24 (1 Oktober 1997)
  5.  METKEL EYOB (ERITREA)   28 (4 September 1993)
  6.  GOH CHOON HUAT (SINGAPURA)   31 (14 Disember 1990)
  7.  ARTEM OVECHKIN (RUSSIA)   35 (11 Julai 1986)
  8.  CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA (COLOMBIA)   35 (5 Mac 1986)
  9.  YOUCEF REGUIGUI (ALGERIA)   31 (9 Januari 1990)


SENARAI PERLUMBAAN YANG DISERTAI

Sepanjang Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021

  BIL.  
  PERLUMBAAN  
TARIKH
  1.  GRAND PRIX ALANYA (EUROPE TOUR 2021)   6 Februari 2021
  2.  GRAND PRIX GAZIPASA (EUROPE TOUR 2021)   7 Februari 2021
  3.  GRAND PRIX VELO MANAVGAT (EUROPE TOUR 2021)   20 Februari 2021
  4.  GRAND PRIX VELO ALANYA (EUROPE TOUR 2021)   21 Februari 2021
  5.  GRAND PRIX MEDITERRANEAN UCI 1.2   6 Mac 2021
  6.  GRAND PRIX GUNDOGMUS UCI 1.2   7 Mac 2021

4 Pelumba Tempatan TSG Ke Turki

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/XBsNH9Efv0o

Penundaan perlumbaan Tour of Rwanda yang dijadualkan pada 21 sehingga 28 Februari nanti memaksa Terengganu Cycling Team(TSG) untuk membuat percaturan di saat-saat akhir dengan merombak strategi jelajah perlumbaan sebelum berlepas ke Turki nanti.

Rentetan itu memaksa TSG mempertaruhkan 4 pelumba tempatan tanpa kelibat kapten pasukan Zamri Salleh dan beberapa pelumba lain lagi. Hanya Mohd Harris Salleh, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 5 lagi pelumba import akan berentap di Turki nanti.

Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.

“Keputusan pemilihan empat pelumba tempatan adalah keputusan dari pihak kejurulatihan TSG dan kami mengambil maklum tentang keputusan ini. Penundaan perlumbaan Tour of Rwanda yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Februari di mana kini dijadualkan semula oleh UCI pada Mei nanti antara faktor yang perlu diambil kira. Disebabkan itu kita hanya fokus pada 6 perlumbaan di Turki nanti.

Pelumba-pelumba yang tidak disenaraikan ke Turki nanti tetap meneruskan program latihan seperti biasa sebagai persediaan Tour of Thailand pada April nanti.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) kepada PenyuSukan.com di pejabatnya hari ini.

Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) sewaktu program latihan sekitar negeri Terengganu dalam persediaan ke Turki untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.. Kredit Foto – Facebook.com/TSGterengganucyclingteam

Percaturan yang telah diputuskan oleh bahagian kejurulatihan dalam usaha untuk menyusun barisan pelumba-pelumba TSG untuk memungut sebanyak mungkin mata perlumbaan bagi memperkukuhkan tangga kedudukan dunia sehingga menutup kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini. Situasi semasa pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah juga turut akan menjadi penghalang untuk penyertaan siri jelajah perlumbaan yang sudah pasti akan membantutkan kutipan mata pasukan.

Pasukan berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Terengganu kini dalam rangka siri jelajah dengan menjadikan Turki sebagai destinasi pertama untuk membuka tirai kalendar perlumbaan UCI musim ini.

TSG yang akan berkampung selama sebulan di sana dijadualkan untuk menyertai 6 perlumbaan padat berstatus 1.2 UCI yang semuanya berlangsung sepanjang Februari & Mac ini di Turki. GP Alanya yang akan berlangsung pada 6 Februari nanti merupakan siri perlumbaan pertama akan disertai oleh TSG untuk membuka musim baru ini.

Senarai Nama Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG)
Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021

  BIL.  
  NAMA  
UMUR
  1.  MOHD HARRIF SALEH   33 (15 September 1988)
  2.  WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN   22 (19 Jun 1999)
  3.  IRWANDIE LAKASEK   26 (30 Januari 1995)
  4.  MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF   24 (1 Oktober 1997)
  5.  METKEL EYOB (ERITREA)   28 (4 September 1993)
  6.  GOH CHOON HUAT (SINGAPURA)   31 (14 Disember 1990)
  7.  ARTEM OVECHKIN (RUSSIA)   35 (11 Julai 1986)
  8.  CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA (COLOMBIA)   35 (5 Mac 1986)
  9.  YOUCEF REGUIGUI (ALGERIA)   31 (9 Januari 1990)

SENARAI PERLUMBAAN YANG DISERTAI
Sepanjang Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021

  BIL.  
  PERLUMBAAN  
TARIKH
  1.  GRAND PRIX ALANYA (EUROPE TOUR 2021)   6 Februari 2021
  2.  GRAND PRIX GAZIPASA (EUROPE TOUR 2021)   7 Februari 2021
  3.  GRAND PRIX VELO MANAVGAT (EUROPE TOUR 2021)   20 Februari 2021
  4.  GRAND PRIX VELO ALANYA (EUROPE TOUR 2021)   21 Februari 2021
  5.  GRAND PRIX MEDITERRANEAN UCI 1.2   6 Mac 2021
  6.  GRAND PRIX GUNDOGMUS UCI 1.2   7 Mac 2021

Senarai Penuh Pasukan Terengganu FC 2021

Berikut adalah senarai penuh barisan pemain-pemain Terengganu FC bagi musim 2021 ini setelah pengumuman penyertaan pemain import Makan Konate  pada 27 Januari lalu sekaligus menutup kuota peman import bagi pasukan ini.


SENARAI PENUH PEMAIN-PEMAIN TERENGGANU FOOTBALL CLUB(TFC)

*MUSIM 2021

  SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN
  NO. JERSI  
  NAMA  
  NO. KAD PENGENALAN  
TARIKH LAHIR
  1.  SYED MUHAMMAD NASRULHAQ BIN SYED BIDIN – PENJAGA GOL  990316-11-5XXX   16/03/1999
  2.  MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR – PERTAHANAN  960420-11-5XXX   20/04/1996
  3.  MUHAMMAD MOHD FAUDZI – PERTAHANAN  960227-08-5XXX   27/02/1996
  4.  MOHAMAD NASIR BIN BASHARUDIN – PEMAIN TENGAH  900329-08-5XXX   29/03/1990
  5.  MUHAMAD SHAHRUL BIN ROS HASNI – PERTAHANAN  980525-03-5XXX   25/05/1998
  6.  CARLOS ALBERTO MARTINEZ DE MURGA – PERTAHANAN  EC6380XXX   30/10/1988
  7.  MUHAMAD FAISAL BIN ABDUL HALIM – PENYERANG  980107-07-5XXX   07/01/1998
  8.  ASNAN BIN AHMAD – PEMAIN TENGAH  930503-02-5XXX   03/05/1993
  10.  MAKAN KONATE – PEMAIN TENGAH  AA0121XXX   10/11/1991
  11.  MOHAMAD ARIF BIN MOHAMED ANWAR – PEMAIN TENGAH  950314-14-5XXX   14/03/1995
  13.  MUHAMAD HAFIZAL MOHAMAD @ ALIAS – PERTAHANAN  930121-11-5XXX   21/01/1993
  14.  DAVID APARECIDO DA SYLVA – PENYERANG  YC883XXX   12/11/1989
  15.  MOHD FAIZ BIN MOHD NASIR – PEMAIN TENGAH  000105-11-0XXX   05/01/2000
  16.  MOHAMAD HAKIMI BIN ABDULLAH – PEMAIN TENGAH  981109-03-5XXX   09/11/1998
  17.  MUHAMMAD ISA BIN RAMAN – PENYERANG  000105-11-0XXX   05/01/2000
  18.  MUHAMMAD AZALINULLAH MOHAMMED ALIAS – PEMAIN TENGAH  960319-14-5XXXX   19/03/1996
  19.  PETRUS SHITEMBI – PEMAIN TENGAH  P0935XXX   11/05/1992
  20.  MUHAMAD SHARIN SAPIEN – PEMAIN TENGAH  940412-11-5XXX   12/04/1994
  22.  NIK AKIF SYAHIRAN BIN NIK MAT – PEMAIN TENGAH  990511-03-6XXX   11/05/1999
  23.  MUHAMMAD AZAM BIN AZMI MURAD – PERTAHANAN  010212-07-0XXX   12/02/2001
  25.  MUHAMAD ALIF BIN ZAKARIA – PERTAHANAN  980725-06-5XXX   25/07/1998
  26.  MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM – PENJAGA GOL  010529-11-0XXX   29/05/2001
  27.  MUHAMMAD AZARUL NAZARITH BIN AZHAR – PERTAHANAN  980702-14-6XXX   02/07/1998
  28.  MOHAMMAD RAHMAT MAKASUF – PERTAHANAN  970928-11-5XXX   28/09/1997
  29.  ENGKU MUHAMMAD NUR SHAKIR BIN ENGKU YACOB – PEMAIN TENGAH  981016-11-5XXX   16/10/1998
  32.  HERD CHRISTOPHER – PERTAHANAN  PA1056XXX   04/04/1989
  33.  MOHD SHAMIRZA YUSOFF – PENJAGA GOL  890607-11-5XXX   07/06/1989

 

  SENARAI PENUH PENGURUSAN PASUKAN TERENGGANU FOOTBALL CLUB (TFC)
  PENGURUS PASUKAN   ZUL FADLI BIN ROZI
  KETUA JURULATIH   MOHD NAFUZI BIN MAHAMMAD ZAIN
  PENOLONG KETUA JURULATIH   TENGKU HAZMAN RAJA HASSAN
  PENOLONG JURULATIH   ROSDI BIN TALIB
  JURULATIH PENJAGA GOL   MOHD YAZID BIN MOHD YASSIN
  JURULATIH KECERGASAN   SLOBODAN KLACAR
  PENOLONG JURULATIH   MOHAMAD EFINDY MOHMAD SALLEH
  JURUANALIS PRESTASI   MUHAMMAD AZIM BIN ABDUL RAHIM
  PENOLONG JURULATIH   MOHAMAD EFINDY MOHMAD SALLEH
  PENTADBIR   SYED AHMAD RAHIMI BIN S MOHD
  PEGAWAI PERUBATAN   LEE LEONG TIONG
  PEGAWAI FISIOTRAPI   ZULKIFLI BIN MOHD ZIN
  PEGAWAI MASSEUR   MOHD SHUKRI BIN CHE ZAKARIA
  PEGAWAI MASSEUR   MUHAMAD FAIZ BIN MANJA
  KITMAN   MD MUZI BIN ISMAIL
  KITMAN   RAMLI BIN UMAT
  KITMAN   AHMAD FAKHRUDDIN BIN ABDUL AZIZ

 

Senarai penuh pemain Terengganu FC II sila rujuk – http://penyusukan.com/v1/senarai-penuh-pasukan-terengganu-fc-ii-2021/

X