Senarai Atlet & Pegawai Sukan Terengganu Ke Sukan SEA Kemboja 2023

Setiap mereka ini layak untuk menerima insentif Skim Wakil Negara(SWARA) sebanyak RM 1000.00 setiap seorang yang disampaikan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Seramai 34 atlet lelaki dan 10 atlet wanita menjadikan keseluruhan seramai 44 atlet Terengganu mendapat tempat untuk beraksi bagi 16 acara sukan yang disertai di pentas temasya Sukan SEA Kemboja 2023 (SEA Games Cambodia 2023).

Manakala seramai 7 jurulatih dan seorang pegawai teknikal dari Terengganu turut bersama kontijen kebangsaan yang kini dalam misi untuk menyasarkan kutipan 40 pingat emas bagi edisi Sukan SEA kali ini.

Setiap mereka ini layak untuk menerima insentif Skim Wakil Negara(SWARA) sebanyak RM 1000.00 setiap seorang yang disampaikan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu menjadikan nilai keseluruhan adalah sebanyak RM 52,000.00.

Berikut adalah senarai penuh atlet dan pegawai sukan dari Terengganu ke Sukan SEA Kemboja 2023 (SEA Games Cambodia 2023).


BILSUKANACARABIL. ATLETNAMA ATLETJUMLAH (RM)
1AKUATIK 50M BACKSTROKE1ARVIN SHAUN SINGH CHAHAL1,000.00
2BERBASIKAL - MTBMEN'S MOUNTAIN BIKE ELIMINATE2AHMAD SYAZRIN BIN AWANG ILAH1,000.00
MOUNTAIN BIKE CROSS-COUNTRY OLYMPIC/MIXED
MOUNTAIN BIKE CROSS-COUNTRY RELAY
MEN'S MOUNTAIN BIKE ELIMINATE3ZULFIKRI BIN ZULKIFLI1,000.00
MOUNTAIN BIKE CROSS-COUNTRY OLYMPIC/MIXED
MOUNTAIN BIKE CROSS-COUNTRY RELAY
BERBASIKAL - ROADPEGAWAI4AMIR MUSTAFA BIN RUSLI1,000.00
PEGAWAI5MOHD SAIFUL ANUAR BIN AZIZ1,000.00
PEGAWAI6MOHD ZAKI BIN ABD AZIZ1,000.00
INDIVIDUAL MASS START/CRITERIUM7MOHAMAD NUR AIMAN BIN MOHD ZARIFF1,000.00
INDIVIDUAL MASS START8MOHD SHAHRUL BIN MAT AMIN1,000.00
INDIVIDUAL MASS START/CRITERIUM9NUR AMIRULL FAKHRUDDIN BIN MAZUKI1,000.00
INDIVIDUAL MASS START/CRITERIUM10NUR AISYAH BINTI MOHAMAD ZUBIR1,000.00
3BOLA SEPAKBERPASUKAN LELAKI11MUHAMMAD UBAIDULLAH BIN SHAMSUL FAZLI1,000.00
12MUHAMMAD AZAM BIN AZMI MURAD1,000.00
13MUHAMMAD SAFWAN BIN MAZLAN1,000.00
14MUHAMMAD MUSLIHUDDIN 'ATIQ BIN MAT ZAID1,000.00
4E - SPORTSMOBILE LEGEND : BANG BANG (MOBILE) - MEN'S EVENT15MUHAMMAD NAZHAN BIN MOHD NOR1,000.00
MOBILE LEGEND : BANG BANG (MOBILE) - MEN'S EVENT16MUHAMMAD SYAFIZAN BIN NAJMI1,000.00
PUBG17MUHAMMAD SYAZWAN ADRIAN BIN MOHD SANI1,000.00
5GIMNASTIKTEAM/INDIVIDUAL ALL AROUND/FLOOR/POMMEL HORSE/RINGS/VAULT/PARALLEL BARS/HORIZONTAL BARS18MUHAMMAD SHARUL AIMY BIN MOHD KAMARU HISAM1,000.00
6JUDOPEGAWAI19MARJAN BIN ABDULLAH @ MOHD1,000.00
MEN -60KG20HAYKHAL RIDZUAN BIN EDI SUTEJO1,000.00
MEN -73KG21AFIQ DANISH BIN ZAPRI1,000.00
TEAM
MEN +90KG22FAKHRUL ADAM BIN JOSE M CRUZ @ FAUZI CRUZ1,000.00
TEAM
WOMEN -44KG23ALYAA YASMEEN BINTI ROSALI1,000.00
WOMEN +70KG24NUR AIN HAFIEZZA BINTI AMRAN1,000.00
TEAM
7KARATETEAM KUMITE25SITI NUR AZWANI BINTI NOR AZLI1,000.00
8OLAHRAGA400M26ABDUL WAFIY BIN ROSLAN1,000.00
4 x 400M
4 x 100M27AZREEN NABILA BINTI ALIAS1,000.00
4 x 400M28MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD ZEMI1,000.00
LONG JUMP29MUHAMMAD SHAHRIZAL NASHARUDDIN BIN ISHAM1,000.00
4 x 100M30MUHAMMAD ZULFIQAR BIN ISMAIL1,000.00
400M31RUSLEM ZIKRY PUTRA BIN ROSELI1,000.00
4 x 400M
9PENCAK SILATPEGAWAI32SITI RAHMAH BINTI MOHAMED NASIR1,000.00
MEN TANDING D 60-65KG33MUHAMMAD IZZUL IRFAN BIN MARZUKI1,000.00
WOMEN TANDING E 65-70KG34NOR AINUN BINTI MOKHTAR1,000.00
10PETANQUEPEGAWAI35MOHD ZAHARIM BIN TAWANG1,000.00
MEN DOUBLES36NUR IMAN AINA BINTI AHMAD SABTI1,000.00
MIXED TRIPLE37SHARIFAH AFIQAH FARZANA BINTI SYED ALI1,000.00
MIXED DOUBLES38SHARIFAH AQILAH FARHANA BINTI SYED ALI1,000.00
11HOKI - PADANGMEN TEAM39MUHAMMAD HARRIS ISKANDAR BIN OSMAN1,000.00
WOMEN TEAM40NUR SYUHADA BINTI SUHAIMI1,000.00
HOKI - DEWANMEN TEAM41MOHAMAD HAZRUL FAIZ BIN AHMAD SOBRI1,000.00
12TINJUMEN 63.5KG42MOHAMAD AKRAM BIN RASIT1,000.00
MEN KICK LIGHT BELOW -69KG43AHMAD NOR IMAN HAKIM BIN RAKIB1,000.00
13KUN KHMERPEGAWAI44HAFIZ ROSAIDI BIN RAMLI1,000.00
45MUHAMMAD AKASHAH BIN RAMLI1,000.00
46TENGKU MUHAMAD ADAM FAKHRUZIE BIN TENGKU MOHAMAD ISMAIL1,000.00
47MUHAMMAD HARIS HAIQAL BIN HELMI1,000.00
14PELAYARANMIXED 29ER OPEN48ABDUL LATIF BIN MANSOR1,000.00
49ASRI BIN AZMAN1,000.00
15SEPAK TAKRAWPEGAWAI50AHMAD BIN MOHD ZAIN1,000.00
MIXED TEAM REGU51MUHAMMAD ZULKIFLI BIN ABD RAZAK 1,000.00
MEN REGU
16WUSHUSANDA 65KG52USAMAH BIN MOHD AZHAR1,000.00
JUMLAH KESELURUHANRM52,000.00

Pengalaman Pelayaran Percuma

‘My Try Layar’ merupakan program pengenalan sukan pelayaran yang menyasarkan murid-murid sekolah seawal usia 12 tahun ke bawah bagi persiapan persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) dan beberapa kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa. Menambah menarik program ini juga turut terbuka kepada orang ramai yang ingin beriadah mahupun merasai pengalaman mengendalikan bot-bot sukan pelayaran ini. Program ini berlangsung di tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak memberi nilai tambah yang baik bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba.

Ingin merasai sendiri pengalaman mengendalikan bot sukan pelayaran di bawah kendalian jurulatih-jurulatih berpengalaman besar di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa?

Inilah masanya untuk mencungkil potensi diri sendiri atau beriadah bersama keluarga untuk merasai sendiri pengalaman mengendalikan bot sukan pelayaran di tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Bot Optimist yang diiktiraf oleh badan induk dunia sukan pelayaran(World Sailing) merupakan kategori kelas permulaan asas sukan pelayaran yang dipertandingkan khususnya bagi atlet berusia bawah 15 tahun di seluruh dunia. Bot jenis ini juga turut diberikan sebagai pilihan di dalam program ‘My Try Layar’ merupakan program pengenalan sukan pelayaran yang menyasarkan murid-murid sekolah seawal usia 12 tahun ke bawah bagi persiapan persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) dan beberapa kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa.

Program yang dijenamakan sebagai ‘My Try Layar – Program Pengenalan Sukan Pelayaran’ merupakan program pencarian bakat-bakat baharu untuk digilap bagi mewakili negeri Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) yang menjadi keutamaan dan beberapa kejohanan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun  antarabangsa.

Walaupun sedemikian, sebagai usaha untuk mempromosi sukan pelayaran di negeri Terengganu, Penyu Sukan dengan berbesar hati untuk menaja 10 peserta terawal tanpa mengira peringkat usia bagi merasai sendiri pengalaman yang mempunyai cabaran dan keseronokan yang tersendiri.

Bot International 470 yang merupakan di antara kategori jenis-jenis bot yang sering dipertandingkan di pentas Sukan Asia dan Olimpik juga turut diberikan sebagai pilihan di dalam program ‘My Try Layar’ merupakan program pengenalan sukan pelayaran yang menyasarkan murid-murid sekolah seawal usia 12 tahun ke bawah bagi persiapan persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) dan beberapa kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa.

Berikut adalah maklumat bagi program yang dijalankan:

Nama Program:

My Try Layar – Program Pengenalan Sukan Pelayaran

Jadual Program (Sehingga 31 Mei 2023):

ISNIN & KHAMIS

0330 petang sehingga 0630 petang

JUMAAT & SABTU

Sesi 1 – 0830 pagi sehingga 1230 tengah hari

Sesi 2 – 0230 petang sehingga 0630 petang

SYARAT-SYARAT

a) Perlu follow/like bagi salah satu akaun media sosial Penyu Sukan

https://www.instagram.com/penyusukan

https://www.facebook.com/penyusukan

https://www.tiktok.com/@penyusukan

https://www.youtube.com/channel/UCnTlV2-7DOjnFfmN3b-LbZA

b) Isi borang penyertaan di – https://bit.ly/MyTryLayar-PenyuSukan

Himpunan Atlet Terengganu Forum Ramadan Bersama Atlet

Dua dari kiri – Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Mohd Harrif Saleh, pemain bola sepak Terengganu FC Muhammad Azam Azmi Murad dan juga penjaga gol Terengganu FC Muhammad Rahadiazli Rahalim merupakan ikon-ikon sukan Terengganu hadir selaku panel jemputan bagi slot ‘Forum Ramadan Bersama Atlet’ sewaktu program Himpunan Atlet Terengganu berlangsung pada 11 April 2023 pada jam 0500 petang bertempat di dataran jambatan angkat Kuala Terengganu ‘drawbridge’ dengan jemputan ikon-ikon sukan Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Program himpunan atlet Terengganu semperna Madinah Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1444H/2023M menghimpunkan jemputan ikon-ikon sukan Terengganu seperti pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Mohd Harrif Saleh, pemain bola sepak Terengganu FC Muhammad Azam Azmi Murad dan juga penjaga gol Terengganu FC Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Barisan hadapan tiga dari kiri – Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Mohd Harrif Saleh, pemain bola sepak Terengganu FC Muhammad Azam Azmi Murad dan juga penjaga gol Terengganu FC Muhammad Rahadiazli Rahalim merupakan ikon-ikon sukan Terengganu hadir selaku panel jemputan bagi slot ‘Forum Ramadan Bersama Atlet’ sewaktu program Himpunan Atlet Terengganu berlangsung pada 11 April 2023 pada jam 0500 petang bertempat di dataran jambatan angkat Kuala Terengganu ‘drawbridge’ dengan jemputan ikon-ikon sukan Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Himpunan Atlet Terengganu berlangsung pada 11 April 2023 pada jam 0500 petang bertempat di dataran jambatan angkat Kuala Terengganu ‘drawbridge’ dengan jemputan ikon-ikon sukan Terengganu.
Tentatif Himpunan Atlet Terengganu 2023 Forum Ramadan Bersama Atlet

Program yang turut sama dengan majlis berbuka puasa ini dijadualkan berlangsung pada 11 April 2023 pada jam 0500 petang bertempat di dataran jambatan angkat Kuala Terengganu ‘drawbridge’.

TERIMA KASIH PERSATUAN RAGBI NEGERI TERENGGANU

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Tahun 2023 yang telah berlangsung pada 11 Mac 2023 lalu bertempat di Terengganu Ekuestrian Resort(TER) Kuala Terengganu.

Setinggi-tinggi TERIMA KASIH diucapkan kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang selama ini memberi ruang dan peluang malah sokongan kepada Penyu Sukan untuk kami beroperasi sebagai agensi berita sukan di negeri Terengganu Darul Iman.

Penyu Sukan juga amat berbesar hati dapat membantu pihak persatuan sukan negeri untuk menyediakan bahan-bahan & maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan buku laporan program & aktiviti PRNT yang telah berlangsung selama ini.

Jalinan kerjasama strategik ini secara tidak langsung mengangkat martabat persatuan sukan negeri ini ke satu tahap penanda aras baharu di mana tidak hanya memfokuskan publisiti dan hebahan berita semata-mata.

Dokumentasi sesuatu program mahupun perkembangan sesuatu entiti sukan amat penting untuk didokumentasikan agar tidak terus hilang dalam lipatan sejarah akhirnya tidak dapat dijadikan rujukan untuk generasi seterusnya khususnya peminat-peminat sukan tempatan.

Pada kesempatan ini juga, Penyu Sukan sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH di atas kepercayaan dan ruang yang diberikan kepada kami untuk turut sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Tahun 2023 yang telah berlangsung pada 11 Mac 2023 lalu bertempat di Terengganu Ekuestrian Resort(TER) Kuala Terengganu.

Anugerah Sukan Terengganu

TERIMA KASIH diucapkan kepada persatuan-persatuan sukan yang memberi kepercayaan kepada Penyu Sukan sebagai rakan strategik untuk membantu menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi pencalonan Anugerah Sukan Negeri Terengganu.

Hasil jalinan kerjasama dan kepercayaan dua hala di antara pemegang taruh sukan bersama Penyu Sukan untuk mendokumentasi dan merekodkan sebarang perkembangan sesuatu entiti sukan yang secara tidak langsung menyumbang bahan berita buat kami menjadi satu arkib bersejarah khususnya buat peminat-peminat sukan mahupun menjadi rujukan bagi generasi-generasi seterusnya.

Selamat maju jaya buat setiap persatuan-persatuan sukan, entiti sukan mahupun pegawai-pegawai sukan dan jurulatih-jurulatih serta atlet yang akan bertanding untuk meraih pengiktirafan berprestij di pentas Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2021/2022 (AST 2021/2022) yang dijadualkan untuk berlangsung pada 20 Mac nanti.

TERIMA KASIH PASUKAN PELAYARAN NEGERI TERENGGANU


TERIMA KASIH
. Setinggi-tinggi terima kasih ingin dizahirkan kepada pasukan pelayaran negeri Terengganu di atas ruang dan peluang yang telah diberikan sejak tahun pertama PenyuSukan.com beroperasi.

Penghargaan ini amat bernilai buat PenyuSukan.com yang selama ini berhujan berpanas di mana-mana venue penganjuran sukan mahupun pusat latihan hadir tanpa dijemput demi ‘sekeping liputan’.

2022 merupakan tahun yang paling mencabar buat PenyuSukan.com setelah bertahun lamanya memperkukuhkan reputasi sebagai agensi berita sukan di negeri ini. Realiti, kami hampir berputus asa.

Hari ini genap 5 tahun buat PenyuSukan.com mencari sekelumit ruang dan peluang di dalam ekosistem industri sukan Terengganu. Semoga kami terus dimurahkan rezeki di mana secara tidak langsung memberi peluang kerjaya dan rezeki buat mereka yang bersama kami. Amin.

Sekali lagi, TERIMA KASIH PASUKAN PELAYARAN NEGERI TERENGGANU untuk kami menutup kalendar 2022 dengan penuh semangat dihargai dan seterusnya memberi dorongan motivasi untuk menempuh tahun-tahun berikutnya.

Penyu Sukan: Elevating Terengganu’s Sports Narrative Through Authentic Reporting

Celebrating its inception in 2018, Penyu Sukan – Terengganu’s Sports News Agency has been operating comprehensively, covering every sporting venue across the state of Terengganu.”

Since its establishment in 2018, Penyu Sukan – Terengganu Sports News Agency has been a cornerstone of sports journalism in Terengganu. Now, we’re taking a bold step forward by offering in-depth coverage of local sports news in English.

Penyu Sukan is a dedicated sports news agency that operates out of Terengganu, officially beginning its operations on January 1, 2018, under the business entity GOMBUGDOTNET (registered with the Companies Commission of Malaysia under SSM Number: TR0109982-D).

Founded by a former sports news agency editor with experience in both national and international sports event management, Penyu Sukan focuses on providing comprehensive sports media services and content.

The agency boasts a team of seasoned media professionals from various local media agencies, offering expertise in technical aspects, media management, and branding. Their commitment lies in delivering impactful coverage and services tailored to the sports landscape in Terengganu.

Our mission is simple: to keep sports enthusiasts and international visitors abreast of the latest developments in Terengganu’s dynamic sports scene.

Unlike some media outlets that merely regurgitate news from other sources, we believe in the power of authentic reporting. Our dedicated team doesn’t just sit behind desks—we’re out in the field, meeting athletes, coaches, and fans face-to-face.

Credit Photo – Terengganu Polygon Cycling Team

We’re committed to delivering firsthand accounts that capture the excitement and passion of Terengganu’s sporting events.

But our commitment goes beyond reporting. We offer a range of services to meet the diverse needs of our clients and to sustain our operations. Whether it’s providing paid assignments for freelance journalists, crafting compelling press releases, managing media and public relations campaigns, or offering high-quality photo and video services, Penyu Sukan is dedicated to ensuring everyone involved has a good living while supporting our mission of delivering top-notch sports journalism.

Through our website, www.penyusukan.com, and various social media platforms, we’re bridging the gap between Terengganu and the world. Your support is essential to our mission of upholding the highest standards of sports journalism in Terengganu.

Join us as we shine a spotlight on the incredible athletes, thrilling competitions, and vibrant sports culture that define our beloved state. Together, let’s celebrate the stories that make Terengganu’s sports scene truly special.

Please support us on social media platforms—even a single click of the like button can make a big difference in ensuring our sustainability in this industry.

Thank you for being a part of our journey!

Ucapan Perwakilan Kongres Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu 2022

Pada Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu(PBSNT) 2022, perwakilan daripada salah satu ahli gabungan PBSNT kembali membangkitkan cadangan yang telah dikemukakan pada kongres terdahulu di mana meohon untuk turut diberi keistimewaan untuk turut sama menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu FC(TFC) khususnya di laman sendiri.

Selain itu juga perwakilan turut menyentuh tentang sumbangan kewangan dari badan induk negeri kepada ahli-ahli gabungan yang terdiri daripada persatuan-persatuan bolasepak di peringkat daerah di mana hanya menerima sebanyak RM 10,000.00 bagi tahun 2021 dan 2022. Turut difahamkan bahawa pasukan Tajin City FC dari Hulu Terengganu telah membelanjakan hampir RM 60,000.00 untuk menyertai liga Terengganu Football League(TFL) yang pertama kali dianjurkan oleh PBSNT pada tahun lalu.

Perwakilan juga memberi bayangan bahawa kemungkinan banyak pasukan-pasukan tidak dapat meneruskan aksi untuk musim seterusnya berikutan kekangan kewangan.

Kongress Tahunan PBSNT 2022 telah berlangsung pada 26 Disember 2022 lepas bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu telah dihadiri oleh Presiden PBSNT Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu.

Untuk rekod, PBSNT mempunyai 10 ahli gabungan yang terdiri daripada Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Nerus, Persatuan Bolasepak Daerah Setiu, Persatuan Bolasepak Daerah Besut, Persatuan Bolasepak Daerah Hulu Terengganu, Persatuan Bolasepak Daerah Marang, Persatuan Bolasepak Daerah Dungun, Persatuan Bolasepak Daerah Kemaman, Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu dan Persatuan Pengadil Bolasepak Negeri Terengganu.

Tiada Yuran Penyertaan Ombak Challenge 2022

Perlumbaan kayak ‘membelah ombak’ untuk catatan masa terpantas yang dijenamakan sebagai Ombak Challenge 2022 untuk edisi penganjura kali ke-5 ini masih mengekalkan tradisi untuk tidak mengenakan sebarang bayaran penyertaan kepada setiap peserta yang bertanding. Pendekatan ini sekaligus menjadi penanda aras terbaik buat penganjur untuk mempromosikan sukan air dan untuk menarik penyertaan yang lebih ramai.

Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas juga merupakan pengarah teknikal Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan dijadualkan untuk berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.

“Kekuatan penganjuran sudah pasti tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan buat masa ini di mana kami sebagai penganjur menyediakan kelengkapan perlumbaan secara percuma sepenuhnya buat setiap peserta. Oleh itu peserta tidak perlu untuk membawa sendiri peralatan yang mungkin membebankan mereka khususnya melibatkan urusan logistik mahupun kos tambahan kepada peserta itu sendiri. Pendekatan ini juga menjadi penanda aras terbaik buat penganjur yang saban tahun kita boleh melihat jumlah penyertaan kian meningkat sejak 2015.” ujar Dzulkafli Abas yang pernah memikul tanggungjawab selaku Presiden Kanu Malaysia bagi penggal 2015-2017.

Menurut Pengarah Teknikal Ombak Challenge 2022 Dzulkafli Abas sehingga kini pihak penganjur masih mampu untuk meneruskan penganjuran walaupun turut berdepan dengan kekangan kewangan untuk dianjurkan dalam suasana yang lebih baik. Penganjuran ini juga turut mendapat tajaan kewangan dari pelbagai pihak yang sentiasa menyokong sebarang usaha untuk mewarnai kalendar penganjuran sukan air di negeri Terengganu ini.

Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu juga menyifatkan kelebihan ini menjadi prestij penganjuran dalam usaha menarik lebih ramai penyertaan tanpa membebankan peserta khususnya mereka yang datang dari jauh.

Melihat pada sambutan penganjuran kali ini, Dzulkafli Abas menjangkakan penyertaan lebih ramai berbanding edisi-edisi terdahulu malah sehingga kini terdapat sebuah pasukan amatur dari luar Terengganu turut berminat untuk hadir berentap.

Pada edisi ke-5 penganjuran yang dijadualkan berlangsung di Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang pada 23 & 24 Disember ini menawarkan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM 5000.00 keseluruhan. 3 kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Berpasukan(Relay) menjadi taruhan di mana kategori Berpasukan yang menawarkan hadiah kemenangan terbesar menjadi acara tumpuan pada penganjuran kali ini.

Tawaran Lanjutan Semusim Buat Nafuzi Zain

Lihat video di Youtube – https://youtu.be/qtLMx_ewlag

Setelah kian lama menjadi perbualan netizen khususnya peminat-peminat pasukan Terengganu FC(TFC), akhirnya terjawab tentang masa depan ketua jurulatih pasukan Nafuzi Zain yang masih ditawarkan untuk semusim lagi.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn. Bhd. pada mesyuarat kali ke-2 sesi 2022 yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Perkarangan Seri Iman, Batu Buruk sebulat suara memutuskan untuk menawarkan lanjutan kontrak semusim lagi buat pengendali yang berusia 44 tahun berasal dari Kelantan ini.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukair Wan Abdullah sambil menjelaskan tempoh 14 hari diberikan kepada Nafuzi Zain untuk memberi jawapan.

Jelasnya lagi antara kriteria keputusan itu adalah Petunjuk Prestasi Utama(KPI) musim ini setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala FA dan layak untuk beraksi di pentas Asia dalam saingan kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia(AFC) pada musim depan. TFC juga pada musim ini berjaya menamatkan kempen Liga Super untuk berada di tempat kedua sekaligus memperbaiki rekod musim lalu di tangga ke-4 liga.

Wan Sukairi Wan Abdullah juga turut berkata bagi kontrak baru ini terdapat beberapa perubahan KPI yang perlu dilaksanakan oleh Nafuzi Zain pada musim ini namun enggan mengulas lebih lanjut berkaitan itu.

Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn. Bhd.(TFC), Wan Sukairi Wan Abdullah(kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC Ab Rasid Jusoh sejurus tamat Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC kali ke-2 sesi 2022 yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Perkarangan Seri Iman, Batu Buruk pada 25 Oktober 2022.

“Kita menawarkan kepada dia(Nafuzi Zain), jadi kita  tunggu jawapan dari dia. Kita ada beberapa pilihan yang telah diberikan kepada kita di dalam mesyuarat dan kita memilih Nafuzi lah.. dan pilihan yang lain itu kita tolaklah. Sekiranya Nafuzi tidak menerima(tawaran) maka kita terpaksa melihat pilihan yang lain lah.,” ujar Wan Sukairi Wan Abdullah.

Selain Nafuzi Zain, turut ditawarkan lanjutan kontrak adalah ketua jurulatih TFC II Badrul Afzan Razali dan juga ketua jurulatih pasukan Piala Presiden, Roshadi Wahab. Manakala buat Pengarah Taktikal TFC Tomislav Steinbruckner masih dikekalkan pada musim ini namun belum ada sebarang kenyataan rasmi sekiranya dilanjutkan pada musim hadapan.

Manakala bagi pembantu jurulatih setiap pasukan, jawatan kuasa teknikal akan membuat keputusan bersama melalui perbincangan setiap ketua jurulatih yang dilantik.

 

TSG Terima Penajaan Bas Untuk Tempoh 2 Tahun

Dari kiri – Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team merangkap Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil(terselindung), Pengurus Operasi KM Niaga Enterprise Azlinuddin Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Hishamuddin Abdul Karim sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bas yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 4 Oktober 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

Gergasi pasukan berbasikal Asia yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) mencipta penanda aras baru dalam usaha untuk memperkukuhkan jenama pasukan berbasikal bertaraf antarabangsa setelah menerima penajaan bas sebagai kenderaan rasmi pasukan ini.

Pada satu majlis ringkas bertempat di Wisma Darul Iman, gimik penyerahan bas dua tingkat itu telah disampaikan oleh pihak penaja yang disempurnakan oleh Pengurus Operasi KM Niaga Enterprise Azlinuddin Salleh kepada Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team yang merupakan pemegang taruh utama pasukan lumba basikal TSG.

Tajaan bernilai RM 20,000.00 dalam bentuk perkhidmatan untuk selama dua tahun itu akan melengkapkan lagi keperluan logistik pasukan TSG sekaligus menjadikan kenderaan rasmi buat pasukan untuk menyertai sebarang perlumbaan mahupun sebarang acara promosi yang dikelolakan oleh TSG.

Dari kiri – Penolong Setiausaha Kerajaan(Pembangunan Belia, Sukan dan NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team merangkap Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bas yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 4 Oktober 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

“Alhamdullilah Terengganu Pro-Asia Cyling Team mendapat penajaan berbentuk sebuah bas bagi kegunaan rasmi buat pasukan. Melalui penajaan dalam bentuk perkhidmatan untuk selama dua tahun ini menjadi satu kelebihan yang terbaik bagi mengharungi musim hadapan ini. Terima kasih diucapkan kepada KM Niaga Enterprise selaku pihak penaja di atas kepercayaan bersama pasukan. TSG kini bukan hanya merupakan satu nama buat pasukan lumba basikal bertaraf profesional malah satu jenama bertaraf antarabangsa di mana mampu menjadi mekanisme peluang pelaburan buat mana-mana rakan penaja bersama kami.” ujar Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood kepada PenyuSukan

Manakala Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus turut mengulas bahawa bas ini akan membuat penampilan pertama bersama pasukan pada Le Tour de Langkawi(LTdL) yang akan membuka tirai pada 11 sehingga 18 Oktober ini nanti.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Pro-Asia Cyling Team Nasiruddin Wan Idrus

“Saingan Le Tour de Langkawi pada tahun ini amat sengit seperti mana yang diketahui bakal disertai oleh pasukan-pasukan ternama dari seluruh dunia. Hanya tiga pasukan dari tuan rumah iaitu TSG, Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan.

TSG akan mempertaruhkan Harrif Saleh bersama 4 pelumba import iaitu Anatolii Budiak, Metkel Eyob Teweldeberhan dan Jambaljamtsz Sainbayar. Dua lagi pelumba tempatan akan ditentukan kemudian setelah membuat penilaian akhir nanti.” jelas Nasiruddin Wan Idrus.

Untuk rekod pada penganjuran edisi lalu sebelum ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, pelumba Mohd Harrif Saleh mencipta kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba Asia pertama yang memenangi 3 peringkat cabaran di pentas LTdL. Pada penganjuran LTdL kali ini menawarkan cabaran kayuhan sejauh 1,100 km yang melibatkan 8 peringkat cabaran bermula dari bandaraya Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi.

Real Chukai FC Lengkapkan Prospektus Penajaan Pasukan 2023

Kelab Bola Sepak Real Chukai (“Real Chukai”) baru-baru ini telah menyelesaikan pembangunan prospektus penajaan mereka untuk musim 2023.

Ahli lembaga pengarah kelab telah sebulat suara meluluskan prospektus penajaan ini yang turut dibangunkan bersama dengan bantuan dari Linda Workroom.

CEO Real Chukai, Ammirul Hakim Osman ketika ditemui berkata,

“ Ini adalah langkah pertama dalam proses ini. Sekarang kita hanya menunggu laporan audit kewangan kelab bagi tahun 2022 dimana kita akan sertakan didalam prospektus ini. Walaubagaimanapun ini adalah langkah penting bagi persediaan awal Real Chukai untuk memancing penajaan untuk musim hadapan 2023.

Saya turut berterima kasih kepada Muhammad Yunus (Linda Workroom) selaku orang penting dalam membantu kami menyiapkan prospektus penajaan ini tepat pada waktunya untuk EISKL 2022.”

Real Chukai dijangka akan mengambil bahagian di Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022. University College TATI (“UCTATI”) dan Voltra telah menyatakan minat mereka untuk melanjutkan penajaan mereka sehingga 2023. Wakil Voltra dan UCTATI dikatakan telah
bertemu dengan pegawai eksekutif Real Chukai dengan perjanjian penajaan yang akan dimuktamadkan pada bulan ini.

Real Chukai mengalu-alukan bakal rakan kongsi dan penaja untuk melawat mereka di ekspo itu yang dijadualkan pada Khamis ini (06 Oktober 2022) hingga Ahad (09 Oktober 2022).

TSG Terima Tajaan RM 2 Juta

Dari kiri Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

KUALA TERENGGANU — Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) telah memeterai perjanjian bersama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi merealisasikan tajaan bernilai RM2 juta untuk meningkatkan lagi momentum menghadapi saingan musim 2023 akan datang.

Tajaan bersama secara Kumpulan itu melibatkan usaha sama TDM Berhad, salah satu syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc, dan juga bahagian penjagaan kesihatannya/ bahagian penjagaan syarikat terbabit iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare).

Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun dan Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sejak tujuh tahun lepas sehingga kini,Terengganu Inc serta anak-anak syarikat Kumpulannya sudah tidak asing lagi dalam menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dan keunggulan pasukan berbasikal taraf benua ternama itu.

Pada tahun 2022, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan yang telah membantu memperkasakan jenama secara komprehensif serta mengutuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Tajaan berbentuk sokongan kewangan tersebut dinaikkan pada tahun 2023 melihat kepada prestasi tinggi yang konsisten dengan kedudukan pertama Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Sehingga kini, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) berada di tangga ke- 31 terbaik dalam ranking dunia UCI.

Sebagai penaja, Terengganu Inc serta dua anak syarikatnya dapat menaikkan jenamanya menerusi promosi serta penampilan logo syarikat pada tubuh jersi, platform media sosial, bahan bercetak, cenderahati pakaian, barangan dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Burhanuddin Hilmi optimis akan dengan penajaan sedia ada bakal memacu TSG untuk menunjukkan persaingan sengit pada edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadual berlangsung dari 1 1 hingga 18 Oktober ini.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan(tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood(kiri) dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu turut hadir ke majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

“Saya yakin juga penajaan musim hadapan ini menjadi mendorong kearah pasukan ini untuk mengharumkan nama Malaysia dengan mempertahankan emas acara lepas ramai-ramai elit lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis perjanjian yang diadakan di Studio TSG telah ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun manakala itu, TSG diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.

Tshirt Edisi Khas Skuad Ragbi Terengganu SUKMA 2022

Tshirt edisi khas kali ini tampil dengan 6 pilihan rekaan di mana setiap sehelai dijual pada harga RM 50.

Bagi menyemarakkan lagi semangat pasukan ragbi yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang akan membuka tirai pada 16 September ini, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengambil inisiatif untuk membuka jualan replika jersi rasmi yang akan digunakan oleh pasukan ragbi negeri ini yang kini dalam misi membantu kontijen negeri Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan temasya sukan terbesar dalam negara ini.

Buatan tempatan sepenuhnya dengan menggunakan fabrik berkualiti ‘Soft Microfiber 145gsm’ dengan pilihan saiz sekecil ‘XS’ sehingga ’10XL’.

 

Replika jersi rasmi yang akan digunakan oleh pasukan ragbi negeri Terengganu ke pentas temasya SUKMA XX MSN 2022.

Tshirt edisi khas kali ini tampil dengan 6 pilihan rekaan di mana setiap sehelai dijual pada harga RM 50.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 019 970 8444 atau https://wa.me/message/GTDOAKZ4JSFJH1

185 Peserta 11 Negara Sertai Kejurulatihan Taekwon-DO IIC Ke-159

Kursus kejurulatihan taekwon-do(ITF) bertaraf antarabangsa telah selama 3 hari bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu bermula pada 2 sehingga 4 September 2022.

Persekutuan Taekwon-Do Malaysia(MTF) kembali mewarnai perkembangan sukan taekwon-do tanah air dengan mencipta penanda aras baharu sebagai tuan rumah penganjuran kursus kejurulatihan bertaraf antarabangsa(IIC) yang telah menerima penyertaan seramai 185 peserta dari 11 negara.

Kuala Terengganu yang menjadi destinasi bagi penganjuran antarabangsa edisi ke-159 menerima sambutan di luar jangkaan di mana tidak hanya penyertaan dari negara-negara jiran Asia Tenggara malah dari negara benua Eropah seperti Finland dan German begitu juga dari Australia, New Zealand, Nepal dan India sekaligus meletakkan kepercayaan buat MTF sebagai tuan rumah.

Kursus kejurulatihan yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu meliputi 9 slot latihan yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih sebelum layak untuk ditauliahkan kenaikkan tali pinggang ‘Dan’ ke peringkat yang lebih tinggi. Pentauliahan yang diiktiraf oleh badan induk dunia ini penting buat setiap pelatih di mana merupakan ‘azimat’ untuk beraksi ke pentas yang lebih tinggi khususnya melibatkan sebarang kejohanan di seluruh dunia.

Menambah menarik setiap pentauliahan itu disempurnakan sendiri dengan kehadiran presiden badan induk dunia ITF Grand Master Paul Weiler bersama timbalan presiden Grand Master Michael Daher yang turut hadir berkampung di Kuala Terengganu ini. Kehadiran dua pucuk pimpinan badan induk dunia ini juga memberi khabar gembira buat MTF setelah mengumumkan yang Malaysia kini di dalam penilaian sebagai tuan rumah untuk penganjuran kejohanan bertaraf Asia yang dijadualkan pada 2024 nanti.

“Malangnya pandemik COVID-19 merencatkan segala perancangan yang telah diaturkan khususnya bagi memberi fokus pada sebarang program penganjuran mahupun kejohanan melibatkan negara-negara di benua Asia ini sebagai tuan rumah.

“Kini fokus kami adalah untuk menganjurkan Piala Dunia ITF di China pada 2026 nanti dan sebelum itu adalah penganjuran Kejuaraan Asia di mana ITF masih membuat penilaian pada beberapa negara untuk menjadi tuan rumah sama ada Malaysia atau China dan mungkin Indonesia yang menjadi perhatian kami.

“Penilaian kami tidak semestinya kemampuan tenaga kerja pasukan tuan rumah itu sendiri di mana beberapa aspek seperti fasiliti, logistik dan lain-lain faktor yang menjadi tambah nilai buat tuan rumah nanti.”, ujar presiden ITF Grand Master Paul Weiler.

Manakala presiden MTF Senior Master Najmi Abdullah menyambut baik hasrat badan dunia itu di mana beliau menyifatkan ianya satu penghormatan buat negara yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan sukan taekwon-do tanah air yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Kejayaan penganjuran Kejuaraan Taekwon-Do Sedunia edisi ke-9 di Kuala Terengganu pada tahun 1994 telah meletakkan negara ini setaraf dengan beberapa negara kuasa besar sukan ini sekaligus mencetus fenomena di peringkat pembangunan dalam negara.

“Sekarang kita perlu berusaha lebih keras sekiranya kembali menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa. Banyak perkara yang perlu dipenambahbaikan khususnya melibatkan fasiliti infrastruktur, logistik, penginapan dan kemudahan akses pengangkutan bagi setiap pasukan yang hadir. Kini di Kuala Terengganu sendiri kita boleh melihat dengan beberapa infrastruktur sukan dengan kemudahan asrama baru milik Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan jaringan pengangkutan awam khususnya lapangan terbang yang berhampiran bakal menjadi tambah nilai untuk Terengganu kembali menjadi tuan rumah.

“Berbeza sewaktu kita menjadi tuan rumah kejohanan dunia pada tahun 1994 yang lalu di mana ketika itu hanya ada beberapa hotel sahaja di sekitar Kuala Terengganu. Ketika itu kami hanya mampu menerima penyertaan sebanyak 88 negara walaupun penyertaan lebih dari 100 negara berminat untuk hadir ketika itu.

Walaupun ketika ini perbincangan masih di peringkat awal, namun kami di MTF telah membuat beberapa perbincangan awal dengan beberapa pemegang taruh yang lain mahupun bakal-bakal penaja untuk turut sama untuk merealisasikan penganjuran antarabangsa ini.

Faktor kadar tukaran wang yang rendah ketika ini menjadi kelebihan buat Malaysia untuk menjadi tuan rumah di mana penganjuran ini sudah pasti akan menjana sosio ekonomi setempat dengan membawa jumlah pelancong yang lebih besar ke dalam negara.”, ujar presiden MTF Senior Master Najmi Abdullah.

Beliau juga menjelaskan perkembangan sukan taekwon-do tanah air kini berada di landasan yang terbaik khususnya melibat program pembangunan di seluruh negara yang dikembangkan oleh setiap jurulatih-jurulatih bertauliah berbanding lain-lain negara di rantau ASEAN. Perkembangan ini menjadi tambah nilai terbaik untuk menjadi pilihan sebagai tuan rumah untuk penganjuran bertaraf antarabangsa sejajar dengan hasrat badan induk dunia yang kini memberi fokus pada rantau Asia.

6 Negara Sertai Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022

 

4 venue perlumbaan sukan kanu bertaraf antarabangsa melibatkan 4 hari penganjuran bagi Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC 2022) yang akan membuka tirai perlumbaan pada 7 hingga 11 September 2022.

Acara sukan kanu antarabangsa yang buat kali pertama diadakan di negeri Pahang, Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022) yang akan diadakan pada 7 hingga 11 September 2022 bakal menjanjikan aksi perlumbaan kanu laut yang cukup hebat apabila mengesahkan penyertaan dua pendayung bertaraf dunia dari New Zealand dan Australia.

Pendayung wanita dari New Zealand, Danielle McKenzie yang menjuarai Kejohanan Dunia Kanu Laut pada tahun 2019 di Perancis, merupakan pendayung wanita yang telah menggegarkan arena perlumbaan kanu laut dunia, apabila berjaya meraih takhta kejuaraan dunia itu dalam perlumbaan pertama beliau.

Bagi kategori lelaki antarabagsa, pendayung dari Australia McKenzie Hynard sudah membayangkan kejuaraan di POPIC 2022 bakal dimiliki beliau.

Bekas juara dunia antara pencabar yang akan menyertai Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022)

McKenzie Hynard yang merupakan bekas Naib Juara Dunia Bawah 23 pada tahun 2017, dan tempat ke-8 kategori elit pada tahun 2019 telah mengesahkan penyertaan beliau dan menjanjikan aksi terbaik di Pahang, September ini.

Selain beberapa pendayung lain dari Australia dan New Zealand, pihak penganjur juga mengesahkan penyertaan pendayung dari Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Thailand dan negara tuan rumah Malaysia bagi kategori antarabangsa.

Pengesahan penyertaan ini dibuat oleh Emir Abdul Jalal, Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn Bhd, penganjur acara Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022.

“Kehadiran bekas Juara Dunia 2019, Daniele McKenzie dan Naib Juara Dunia (B23) 2017 jelas bakal memberikan impak cukup besar kepada penganjuran POPIC 2022. Semoga dengan pengesahan penyertaan mereka bakal menarik minat lebih ramai lagi pendayung hebat dari luar negara selepas ini. Bagi acara yang baru diperkenalkan, ini merupakan permulaan yang cukup baik” jelas Emir.

Bagi memastikan perlumbaan ini berjalan lancar, penganjur telah melantik bekas juara dunia 12 kali kanu laut antarabangsa Oscar Chalupsky dari Afrika Selatan sebagai Pengarah Perlumbaan (Race Director). Oscar yang kini berpengkalan di Portugal, merupakan ikon perlumbaan kanu dunia, yang turut menjadi jurulatih kepada ramai pendayung-pendayung hebat di Eropah. Oscar akan dibantu oleh jawatankuasa teknikal yang diurus sepenuhnya oleh Persatuan Sukan Kanu Pahang, diketuai sendiri oleh Presiden Persatuan, Mohd Nazir Mohd Sakari.

Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC 2022) akan berlangsung di Pahang di Pantai Hiburan, Rompin (7 September 2022), Pantai Lagenda, Pekan (8 September 2022), Pantai Balok, Kuantan (9 September 2022), Pantai Cherating, Kuantan (10 September) dan berkahir di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan (11 September 2022).

Jadual Penuh Acara Sukan SUKMA XX MSN 2022

Jadual penuh mengikut tarikh bagi ke semua 31 acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang telah dikemaskini bertarikh 23 Julai 2022.

BIL
SUKAN
TARIKH PERTANDINGAN
JUMLAH HARI
1BOLA SEPAK12 hingga 23 September 2022
Stadium Bola Sepak KL,UKM, UiTM, UM, UNITEN
12
2WUSHU14 hingga 16 September 2022
Gimnasium 2, MSN
3
3BERBASIKAL
LEBUHRAYA14 hingga 17 September 2022
Bandar Baru Sendayan Seremban, N. Sembilan
4
BMX17 hingga 18 September 2022
Arena BMX Nasional, Nilai, N. Sembilan
2
TREK19 hingga 22 September 2022
Velodrom Nasional, Nilai, N.Sembilan
4
MTB22 hingga 24 September 2022
Taman Cabaran, Putrajaya
3
4SEPAK TAKRAW14 hingga 22 September 2022
Dewan Sri Sarjana, UNITEN
9
5OLAHRAGA15 hingga 18 September 2022
Stadium Nasional, Bukit Jalil
4
6HOKI15 hingga 23 September 2022
Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil
9
7BOLA KERANJANG
5 X 515 hingga 21 September 2022
Stadium MABA
7
3 X 322 hingga 23 September 2022
Stadium MABA
2
8KARATE15 hingga 17 September 2022
Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam
3
9KRIKET15 hingga 24 September 2022
UKM Oval (Padang 1) & Selangor Turf Club (Padang 2)
10
10PETANQUE17 hingga 23 September 2022
Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu
7
11LAWN BOWLS16 hingga 24 September 2022
Kompleks Sukan Bukit Kiara
9
12GIMNASTIK17 hingga 19 September 2022
Gimnasium 3, MSN
3
GIMRAMA21 hingga 23 September 2022
Gimnasium 1, MSN
2
13ESPORTS17 hingga 19 September 2022
E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur
3
14MUAY THAI17 hingga 21 September 2022
South City Plaza, Seri Kembangan
5
15MEMANAH17 hingga 22 September 2022
Stadium USIM, Nilai, N. Sembilan
6
16SKUASY17 hingga 23 September 2022
Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil & Pusat Skuasy Jln. Duta KL
7
17TENIS17 hingga 23 September 2022
Kompleks Sukan Jalan Duta, K.Lumpur
7
18BOLA TAMPAR
DEWAN17 hingga 23 September 2022
Dewan MBSA Seksyen 4 & 19 Shah Alam
7
PANTAI18 hingga 22 September 2022
Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam
5
19TINJU17 hingga 24 September 2022
Kompleks Futsal Presint 18, Putajaya
8
20PELAYARAN18 hingga 23 September 2022
Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi
6
21TENPIN BOWLING18 hingga 22 September 2022
Sunway Megalane, Sunway Pyramid
5
22KANU18 hingga 23 September 2022
Kompleks Sukan Air (KOSA) Presint 6, Putrajaya
6
23MENEMBAK18 hingga 23 September 2022
Lapang Sasar Menembak, Subang
6
24RAGBI19 hingga 22 September 2022
Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
4
25ANGKAT BERAT19 hingga 22 September 2022
Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya
4
26AKUATIK
RENANG19 hingga 23 September 2022
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
5
TERJUN20 hingga 22 September 2022
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
3
27BOLA JARING19 hingga 24 September 2022
Stadium Juara, Bukit Kiara
6
28GOLF20 hingga 22 September 2022
Kelab Golf Negara Subang
3
29JUDO20 hingga 22 September 2022
Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
3
30BADMINTON20 hingga 24 September 2022
Axiata Arena, Bukit Jalil
5
31PENCAK SILAT20 hingga 24 September 2022
Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai, N.Sembilan
5

SUKMA XX MSN 2022 Jadual Penuh Acara Akuatik

Sukan akuatik yang dipertandingkan di temasya edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan 42 atlet meliputi 23 acara lelaki dan 19 acara perempuan yang dijadualkan berlangsung sepenuhnya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Pada penganjuran temasya edisi ke-20 ini juga, disiplin acara terjun wanita merupakan acara yang paling banyak digugurkan dari dipertandingkan iaitu sebanyak 6 acara melibatkan terjun wanita 1m papan anjal, terjun wanita 3m papan anjal, terjun wanita platform, terjun wanita 3m papan anjal seirama, terjun wanita platform seirama. Manakala bagi acara lelaki adalah terjun lelaki platform seirama.

Jumlah semua disiplin acara yang digugurkan adalah 7 acara seperti mana telah diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XX MSN 2022 Bil.2/2022 yang telah berlangsung pada 2 Julai 2022 di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara.

Berikut adalah jadual sepenuhnya melibatkan acara bagi sukan akuatik:

 

 

AUG 2022: Kontijen Malaysia Capai Sasaran Menerusi Emas Taekwondo

Pingat emas ke-35 dari kem taekwondo yang disumbangkan oleh Nurul Hidayah Abdul Karim sekaligus mencapai sasaran kutipan pingat bagi kontijen Malaysia di pentas Sukan Universiti ASEAN (AUG 2022) di Ubon Ratchathani, Thailand pada 2 Ogos 2022. Kredit Foto – Agensi

Selepas berjuang selama lapan hari pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022, kontinjen Malaysia akhirnya berjaya menemui pingat emas yang ke-35, sekali gus mencapai sasaran yang telah mereka tetapkan. Emas ke-35 itu dihasilkan oleh atlet taekwondo, Nurul Hidayah Abdul Karim.
Acara taekwondo yang membuka gelanggang hari ini, memperlihatkan permulaan yang baik buat skuad negara apabila mereka menamatkan saingan pada hari pertama dengan pencapaian satu pingat emas dan dua perak.

Lebih menarik, pingat emas yang diraih oleh Nurul Hidayah Abdul Karim itu merupakan emas yang ke-35, sekali gus memenuhi sasaran kontinjen negara pada temasya kali ini. Kemenangan Nurul Hidayah itu diperoleh menerusi acara poomsae individu wanita selepas mencatat 8,383 mata yang sudah cukup untuknya menewaskan atlet Thailand yang memungut 8,350 mata.

Nurul turut meraih pingat perak dalam acara beregu campuran bersama pasangannya Jason Loo Jun Wei. Kredit Foto – Agensi

“Saya berasa puas kerana berjaya menyumbangkan pingat yang ditunggu-tunggu oleh kontinjen negara. Alhamdulillah kemenangan ini membolehkan kita mencapai sasaran 35 emas pada temasya AUG kali ini,” jelas Nurul Hidayah.

Mereka berjaya memungut 8,533 mata, namun tidak cukup untuk mengatasi pungutuan mata yang diperoleh atlet Thailand iaitu 8,616. Jason yang beraksi dalam acara individu lelaki turut meraih pingat perak selepas tewas kepada lawannya dari Thailand, Sianglio Worapol. Worapol mengutip 8,233 mata manakala Jason sekadar meraih 8,116 mata.

Regu putri yang dibarisi Atiqah Fakhira Shaiful Azli, Nur Husnina Abdul Hamid dan Nurmunirah Zaharuddin. Kredit Foto – Agensi

Acara pencak silat juga membuat permulaan yang baik hari ini dengan pencapaian satu pingat emas menerusi regu putri yang dibarisi Atiqah Fakhira Shaiful Azli, Nur Husnina Abdul Hamid dan Nurmunirah Zaharuddin. Trio negara itu tampil dengan aksi yang sangat memukau, sekali gus memperoleh 460 mata untuk menewaskan Thailand yang sekadar meraih 449 mata. Selain satu emas, skuad silat turut menyumbangkan tiga pingat perak dan satu gangsa.

Pingat perak dihasilkan menerusi acara regu putra yang dibarisi Muhammad Amirul Haiqal Muhamad Yusof, Muhammad Faiz Danial Mohd Dahalam dan Muhammad Nur Hafiz Yusof Khalid manakala gandingan Luqman Nul Hakim Che Abdullah dan Muhammad Ammar Sufi Muhammad Rosli melakukannya dalam acara ganda putra.

Satu lagi pingat perak skuad silat dijelmakan oleh Mohamad Nur Syahmi Rohamidi menerusi acara putra tunggal. Gangsa disumbangkan Mirsha Nurathiqa Mirnawan dalam acara tunggal putri.

Acara-acara lain yang berlangsung hari adalah sepak takraw yang menyaksikan Malaysia menang mudah 3-0 ke atas Laos dalam kategori berpasukan.
Skuad petanque pula gagal meneruskan kemaraan untuk penentuan pingat emas dan perak, dan mereka akan kembali beraksi esok untuk memburu gangsa. Acara tersebut dihentikan petang ini akibat hujan lebat.

Skuad futsal pula tewas kepada Thailand 1-4 dalam perlawanan penentuan untuk ke final. Skuad bola keranjang wanita juga tewas kepada Thailand 58-88 dalam perlawanan peringkat kumpulan. Acara bola sepak yang dihentikan hampir 40 minit akibat hujan lebat, menyaksikan skuad negara tewas 1-2 kepada Laos, namun mereka berjaya melangkah ke final Jumaat ini untuk berdepan Thailand. Kali terakhir skuad bola sepak menempah tiket ke final adalah pada AUG 2008.

Selepas selesai perjuangan hari ini, kontinjen negara kini sudah memungut 36 pingat emas, 58 perak dan 28 gangsa.

Fakta Penganjuran Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022

Berikut adalah fakta-fakta menarik perlumbaan Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 28-30 Julai 2022 di Pulau Poh, Tasik Kenyir.

TASIK KENYIR JET SKI CHAMPIONSHIP 2022

· Kali terakhir kejohanan Jet Ski di Terengganu ialah pada tahun 2009 di mana Tourism Terengganu adalah penganjur utama bagi kejohanan ini.

· Kali ini, Kumpulan Terengganu Inc akan mengembalikan semula acara sukan air berprestij tersebut dan ianya akan berlangsung pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2022 ini bertempat di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai tuan rumah.

· Penganjuran sukan air lasak ini dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed

· Kementerian Belia dan Sukan, turut menjadi rakan strategik kita dalam program ini hasil pertemuan bersama Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu at Menara KBS, Putrajaya, awal Julai lalu.

· Di bawah pengurusan dan pengiktirafan, Persatuan Sukan Jet Ski Malaysia (PSJSM), jangkaan penyertaan bagi Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 adalah sehingga 80 penyertaan tidak termasuk penyertaan daripada luar negara (terkini sudah merekodkan 70 penyertaan bagi keseluruhan tujuh kategori).

· Peserta tempatan adalah daripada Terengganu, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Johor, Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan manakala, peserta jemputan daripada luar negara adalah dari negara sekitar benua Asia seperti Thailand, Singapura, Indonesia & Jepun

· Penganjuran sulung Kumpulan Terengganu Inc tersebut telah diiktiraf oleh badan induk sukan jet ski dunia Olympic Council of Asia dan International Jet Sports Boating Association (IJSBA)

· Menerusi sokongan ‘International Jet Sports Boating Association’ melalui ‘Thailand Jet Sports Boating Association’, buku 2021 rules & regulations, regulated jet sports races and safety) akan digunakan dalam kejohanan ini.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

· Terdapat tujuh kategori nasional yang dipertandingkan seperti ProAm R/A 1100 Limited, Pro-Am R/A 1100 Open (2-Stroke), Pro-Am Endurance R/A Open, Pro-Am R/A Limited, Expert Veterans R/A Limited (40+), Expert Sport (2-Stroke) dan Junior 13-15 Runabout 1100 Limited.

· Semua kategori, piala acara dan pingat akan diberikan kepada lima pemenang teratas dalam setiap kategori dengan jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM50,950.

· Pertandingan akan berlangsung pada dua hari bermula 29 Julai sehingga 30 Julai 2022 jam 10.00 pagi, dengan acara penutup dan penyampaian hadiah pada 5.30 pada hari terakhir kejohanan.

Kejohanan Paintball Kebangsaan ECPL 2.0 Piala Menteri Besar Terengganu

Kredit – https://www.facebook.com/ecplmalaysia

Kejohanan Paintball Kebangsaan ECPL 2.0 yang mempertaruhkan perebutan Piala Menteri Besar Terengganu bakal menjadi tumpuan pada hujung minggu ini yang akan berlangsung bermula di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM 27,600.00 bagi 3 kategori yang dipertandingkan sekaligus menjadi penanda aras terbaik buat penganjuran sukan lasak ini. Juara E Division (Race To 2) bakal membawa pulang RM 7000.00 beserta medal dan trofi sekaligus menjadi juara yang membawa wang tunai terbesar bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Manakala pasukan yang berada di tempat ke-4 tidak akan pulang begitu sahaja di mana pada kejohanan ini turut akan membawa pulang hadiah wang tunai termasuk medal dan trofi mengikut kategori masing-masing.

Kredit – https://www.facebook.com/ecplmalaysia

Terengganu menjadi destinasi kedua oleh East Coast Paintball League Malaysia(ECPL) bagi musim ini setelah penganjuran sulung membuka tirai pada 26 & 27 Mac lepas di Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya Kuantan, Pahang menjadi destinasi terakhir sebelum melabuhkan tirai pada 24 & 25 September nanti.

Sebarang maklumat lanjut lawati – https://www.facebook.com/ecplmalaysia

SUKMA 2022: Senarai Penuh Acara Sukan Yang Digugurkan

Bilangan acara yang tidak cukup penyertaan 6 kontijen berdasarkan senarai panjang pada 30 Jun 2022 adalah sebanyak 26 acara(8 acara lelaki dan 18 acara wanita).

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XX, MSN 2022 yang telah berlangsung pada 2 Julai di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara memutuskan 14 acara sukan digugurkan sepenuhnya untuk tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia(SUKMA 2022) yang dijadualkan untuk berlangsung pada 16 sehingga 24 September 2022 ini.

Sukan terjun mendominasi jumlah acara terbanyak yang digugurkan iaitu 6 acara tanpa dipertandingkan sepenuhnya atau digabungkan dalam mana-mana acara.

Selain dari itu, beberapa acara sukan telah diputuskan untuk digabungkan atau perubahan kategori yang dipertandingkan.

 

SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGUGURKAN
1TERJUNWANITA1M PAPAN ANJAL
2TERJUNWANITA3M PAPAN ANJAL
3TERJUNWANITAPLATFORM
4TERJUNWANITA3M PAPAN ANJAL SEIRAMA
5TERJUNWANITAPLATFORM SEIRAMA
6TERJUNLELAKIPLATFORM SEIRAMA
7KARATEWANITAKATA BERPASUKAN
8OLAHRAGAWANITA10,000M JALAN KAKI
9KANULELAKIPOLO 5 ON 5
10KANUWANITAPOLO 5 ON 5
11TINJULELAKISUPER HEAVYWEIGHT: 92KG DAN KEATAS
12ANGKAT BERATWANITATIDAK MELEBIHI 71 KG
13ANGKAT BERATWANITATIDAK MELEBIHI 76 KG
14JUDOWANITANAGE-NO-KATA
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGABUNGKAN
1ANGKAT BERATLELAKITIDAK MELEBIHI 102 KG, TIDAK MELEBIHI 109 KG DAN MELEBIHI 109 KG MENJADI MELEBIHI 96 KG
2ANGKAT BERATWANITATIDAK MELEBIHI 87 KG DAN MELEBIHI 87 KG MENJADI MELEBIHI 81 KG
3JUDOWANITATIDAK MELEBIHI 78 KG DAN MELEBIHI 78 KG MENJADI MELEBIHI 70 KG
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGUGURKAN DAN PERUBAHAN KATEGORI
1JUDOWANITATIDAK MELEBIHI 44 KG DIGUGURKAN DAN BERTANDING DALAM KATEGORI TIDAK MELEBIHI 48 KG
2JUDOWANITATIDAK MELEBIHI 63 KG DIGUGURKAN DAN BERTANDING DALAM KATEGORI TIDAK MELEBIHI 70 KG

CupPrix: Harith Farhan Janji Podium Di Laman Sendiri

Pelumba CubPrix pasukan Tobaki Pink Racing Team Mohd Harith Farhan Baharin merupakan anak jati Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Pelumba muda anak jati Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu yang kian meningkat naik, Mohd Harith Farhan Baharin menjanjikan aksi terbaik buat peminat di laman sendiri untuk kejuaraan Pusingan Ke-4 perlumbaan PETRONAS CubPrix yang akan bermula pada Sabtu ini.

Walaupun merupakan penampilan pertama kali bersama pasukan Tobaki Pink Racing Team untuk cabaran kategori CP125 pada musim ini, komunikasi yang baik bersama rakan sepasukan Saiful Azhary Mohamad menjadi percaturan terbaik untuk terus mengutip mata buat pasukan.

Faktor cuaca yang tidak menentuk ketika ini dengan berbekalkan pengalaman bersama beberapa pasukan terdahulu Mohd Harith Farhan Baharin optimis untuk menghadiahkan podium di Litar Gong Badak, Kuala Nerus di hadapan peminatnya tersendiri.

“Sememangnya dari awal musim saya membuat persiapan sepenuhnya dari segi fizikal dan mental untuk kembali beraksi di laman sendiri. Sememangnya saya menyasarkan podium di tempat saya sendiri. Walaupun kategori CP125 ini bukan kategori Perdana tetapi tetap kategori tumpuan di mana kita boleh lihat pelumba-pelumba ternama lain tetap berentap dalam kategori ini.

“Saya sebenarnya memang suka berlumba dalam keadaan litar basah..kelebihan buat saya untuk beraksi dalam hujan sebenarnya jadi sekiranya esok hujan ianya bukan satu halangan buat saya..begitu juga jika cuaca panas.’, ujar pelumba Tobaki Pink Racing Team Mohd Harith Farhan Baharin yang ditemui PenyuSukan.com

Tobaki Pink Racing Team yang hadir ke Litar Permotoran Terengganu bagi kejuaraan perlumbaan PETRONAS CubPrix pusingan ke-4 merupakan satu-satunya pasukan kejuaraan CubPrix yang mengadakan majlis beramah mesra bersama pengamal media sukan yang beroperasi di Terengganu.

Beliau yang ditemui pemberita sewaktu majlis ramah mesra bersama media di Kuala Terengganu turut mengumumkan fokus seterusnya adalah perlumbaan di Jepun bagi kejuaraan Asia Road Race Championship(ARRC) pada Ogos nanti.

Kejohanan Kuda Lasak Tarik Penyertaan Antarabangsa

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

Setelah dua tahun tertangguh, perebutan kejuaraan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu kembali mewarnai kalendar penganjuran perlumbaan kuda lasak di negeri Terengganu ini. Penganjuran bertaraf antarabangsa yang berlangsung selama empat hari di Terengganu International Endurance Park itu berjaya menarik 50 penyertaan termasuk dua pasukan dari luar negara iaitu Singapura dan Thailand yang mempertaruhkan 3 kategori utama CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

Menambah prestij penganjuran, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin juga berkenan untuk mencemar duli turut sama beraksi bersama ‘Virago De Mangorvenec’ bagi mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable bagi acara CE 1 100km.

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

 

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

 

Selebriti Faizal Tahir yang beraksi dalam kategori CEN 100km bagi pasukan Ar-Raudhah Equine Center turut mencuri perhatian bagi perebutan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu.

Turut beraksi Anfal Insyirah Abu Talib, Muhammad Yusuf Luqman Zakaria dan Nur Qasrina Amani Zakaria yang merupakan trio pemenang pingat perak di Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship) yang telah berlangsung di Netherlands pada tahun lalu dan juga penyertaan penyanyi Faizal Tahir bagi acara CEN 100km yang turut menjadi tumpuan.

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/dEW6wbLHUro

Pasukan Royal Terengganu Endurance Stable yang dipacu padu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Pelumba Asri Abd Aziz, Muhammad Aizad Mohd Riduan dan Jasryn Jafly berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 40 minit 28 saat sekaligus dinobatkan selaku juara manakala pasukan Benua Endurance Team di tempat kedua dengan catatan masa 25 jam 18 minit dan 13 saat.

Keputusan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022

 

Keputusan Penuh Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022

‘The Rhinos’ UniSZA Tempah Tiket Separuh Akhir Liga IPT

Aksi pemain jersi bernombor 18 Muhammad Al-Aqib Zulkifli setelah menjaringkan gol di minit ke-77 separuh masa kedua permainan sekaligus mengikat keputusan seri 1-1 untuk mengheret UPM ke penentuan sepakan penalti Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

Pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang dijenamakan sebagai ‘The Rhinos’ kini berada di landasan terbaik untuk menterjemah sasaran mereka musim ini bagi membawa pulang Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam kempen Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) yang telah tertunda sejak 2 tahun lalu berikutan situasi pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.

Sasaran tekad itu telah dimuktamadkan lebih awal demi menamatkan kemarau selama 6 tahun untuk perebutan trofi paling berprestij di pentas IPT setelah kali terakhir ‘The Rhinos’ dinobatkan juara pada tahun 2016.

Dalam usaha untuk memperkuatkan pasukan, ‘The Rhinos’ juga telah membuat pelaburan untuk melantik bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pemilik lesen kejurulatihan Diploma A, Mohd Norhisham Hassan selaku ketua jurulatih.

Persiapan rapi di awal musim memperlihatkan aksi ‘The Rhinos’ berjaya mengekalkan prestasi konsisten dengan catatan rekod tanpa kalah bagi ke semua aksi perlawanan di peringkat kumpulan sebelum layak untuk melangkah ke pusingan suku akhir ini.

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak UniSZA; Mohd Norhisham Hassan merupakan bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pernah mewakili pasukan Terengganu ke pentas Liga Super dan Liga Perdana pada 2002 sehingga 2007 kini merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma A.

“Syukur Alhamdullilah kami mampu menang dengan UPM ini momentum terbaik buat UniSZA untuk mara ke perlawanan akhir setelah 6 tahun kami kemarau kejuaraan begitu juga 2 tahun tiada sebarang perlawanan kompetitif buat kami. Rata-rata pemain ‘The Rhinos’ adalah pemain yang pertama kali beraksi untuk saingan kejohanan piala menteri ini ianya satu platform terbaik buat kami di peringkat IPT ini.” ujar Ketua jurulatih Mohd Norhisham Hassan yang ditemui PenyuSukan sejurus tamat perlawanan.

Terkini pada perlawanan suku akhir yang telah berlangsung di padang UniSZA, pasukan tuan rumah berjaya menafikan Universiti Putra Malaysia(UPM) yang hadir selaku pasukan pilihan dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 walaupun setelah tambahan masa diberikan.

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak UniSZA; Mohd Norhisham Hassan(dua dari kiri) merupakan bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pernah mewakili pasukan Terengganu ke pentas Liga Super dan Liga Perdana pada 2002 sehingga 2007 kini merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma A.

Seterusnya bagi aksi penentuan separuh akhir, pasukan IPT tunggal dari pantai timur ini dijadualkan bertandang ke tempat lawan untuk bertemu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPMN) pada Selasa nanti.

Pasukan yang layak untuk mara ke perlawanan akhir nanti dijadualkan pada 5 Julai nanti sekaligus melabuhkan tirai penganjuran Kejuaraan Liga IPT musim ini.

Keputusan rasmi aksi suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) di antara pasukan ‘The Rhinos’ UniSZA setelah menafikan UPM yang kini dalam misi perebutan trofi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

 

Senarai penuh nama-nama pemain bagi setiap pasukan yang berentap dalam aksi suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) bagi perebutan trofi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

‘The Rhinos’ Sasar Julang Piala Menteri Pengajian Tinggi

‘The Rhino’ merupakan pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin telah ditubuhkan pada 22 Januari 2011 untuk saingan pertama mereka dalam kempen kelayakkan Divisyen 2 Liga Bola Sepak IPT ketika itu. Kredit Foto – https://www.facebook.com/PusatSukanUniSZA

Skuad bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mempertaruhkan hampir 90 peratus muka baharu bagi menghadapi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang bermula 6 Jun ini.

Pengurus pasukan, Muzafar Mohd. Din, berkata, situasi itu bagaimanapun enggan dijadikan alasan oleh skuad The Rhinos untuk merebut trofi berkenaan yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2016.

Menurut Muzafar, persediaan rapi diketuai jurulatih, Mohd. Norhisham Hassan sejak awal tahun ini turut membuktikan hasrat skuad bola sepak Unisza menamatkan kemarau kejuaraan selama enam tahun.

“Daripada 25 pemain yang dibawa, hanya tiga yang pernah bersama pasukan pada edisi terakhir 2019 namun kekurangan pengalaman tidak akan mematahan moral barisan pemain.

“Pihak pengurusan meletakkan sasaran juara dan Unisza sendiri satu nama yang besar pernah menjuarai Divisyen Satu Liga IPT dan Piala MASUM pada 2015, Piala Menteri Pengajian Tinggi pada 2016 serta naib juara Piala Sumbangsih 2017.

“Kami akan bertarung habis-habisan walaupun bukan berstatus bintang seperti beberapa pasukan yang dibarisi pemain negara,” jelasnya selepas Majlis Memperkenalkan Penaja di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, skuad bola sepak Unisza yang diwakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff menerima suntikan tajaan RM20,000 bagi persediaan sepak mula kejohanan.

Sebanyak 12 pasukan bertanding dan dibahagikan empat kumpulan dengan Unisza diundi bersama UiTM Perlis serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam Kumpulan C.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan dua pasukan teratas kumpulan layak ke suku akhir.

347 Pemanah Berkampung Di UniSZA

Kejohanan Memanah Terbuka IPT yang pertama kali dianjurkan oleh Kementerian Penganjian Tinggi selamat 5 hari bermula 25 Mei 2022 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA), Kuala Nerus.

Kementerian Penganjian Tinggi(KPT) selaku pemegang taruh utama institusi-institusi penganjian tinggi(IPT) dalam negara mengambil langkah tepat dalam memperkasakan semangat kesukanan di kalangan pelajar-pelajar IPT awam mahupun swasta untuk julung kali menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka IPT 2022 yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 25 Mei sehingga 29 Mei 2022 ini.

Kampus Gong Badak Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) di Terengganu terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi edisi pertama penganjuran yang berjaya menghimpunkan 39 pasukan dengan jumlah keseluruhan 347 pemanah dari pelbagai IPT seluruh negara.

Sebanyak 39 pasukan dari institut penganjian tinggi seluruh negara menghimpunkan 347 pemanah yang akan berentap dalam penganjuran sulung Kejohanan Memanah Terbuka IPT.
Jadual Kejohanan Memanah Terbuka IPT yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 -29 Mei 2022 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu.

Pasukan pemanah-pemanah yang kini dalam persediaan ke pentas Sukan Universiti ASEAN(AUG) di Ubon Ratchathani, Thailand pada Julai nanti turut hadir memberi cabaran sekaligus memberi penanda aras terbaik prestij penganjuran kejohanan ini. Penganjuran ini juga turut menjadi platform terbaik buat pasukan-pasukan pemanah yang mewakili negeri masing-masing khususnya pasukan yang kini dalam persediaan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA 2022) pada September ini.

Penganjuran yang turut menawarkan ganjaran wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 7,800.00 menjadi taruhan dengan 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Compound, Wanita Compound, Lelaki Recurve dan Wanita Recurve.

Sasar 70 Pingat Emas Pertahankan Kejuaraan SUKMA 2022

Sokongan padu penyokong Terengganu Hanelang menambah semarak buat pelumba-pelumba basikal negeri ini untuk memburu kejayaan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Sokongan padu penyokong Terengganu Hanelang menambah semarak buat pelumba-pelumba basikal negeri ini untuk memburu kejayaan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Menjelang temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) yang dijadualkan bakal berlangsung pada September nanti, penyandang juara keseluruhan SUKMA edisi lalu membuat kejutan untuk menambah sasaran pungutan pingat emas dengan sasaran terkini sebanyak 70 pingat emas untuk mempertahankan kejuaraan.

Terdahulu pada April lalu sewaktu Program Iftar dan Agihan Duit Raya Atlet Sukma di Stadium Tertutup Gong Badak, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah telah mengumumkan untuk menyasarkan sekurang-kurangnya 56 pingat emas untuk mempertahankan kejuaraan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah(tengah) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya sewaktu Majlis Sambutan Aidilfitri & Temu Mesra Majlis Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus pada 17 Mei 2022.

“Untuk SUKMA ini kita masih mengekalkan sebahagian besar muka-muka lama atau atlet-atlet senior yang sepatutnya beraksi pada SUKMA Johor 2020 namun telah dibatalkan berikutan COVID-19. Senarai panjang nama atlet kontijen Terengganu telah didaftarkan kepada penganjur SUKMA namun senarai pendek iaitu senarai akhir atlet terpilih yang akan dipertaruhkan akan ditentukan sebelum Ogos nanti.

Begitu juga buat masa ini jenis jenis acara sukan dan jumlah acara sukan masih dalam perbincangan oleh Majlis Sukan Negara yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat nanti.” ujar Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah yang ditemui di Terengganu sewaktu Majlis Sambutan Aidilfitri & Temu Mesra Majlis Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus.

Kredit foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Dominasi pungutan pingat di pentas SUKMA buat Terengganu melalui acara berbasikal, judo, perahu layar dan kanu masih kekal menjadi ‘lubuk emas’ untuk membantu kontijen ini terus kekal muncul selaku juara keseluruhan SUKMA 2022 nanti sekaligus terus meletakkan legasi kontijen negeri ini sebagai kuasa besar sukan tanah air.

Momentum prestasi buat atlet-atlet kontijen negeri ini dilihat berada di penanda aras yang terbaik walaupun sebelum ini program latihan telah terganggu berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global. Namun dengan perlaksanaan beberapa plan di luar jangka oleh pemegang taruh utama iaitu Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) kini memperlihatkan hasil apabila sebahagian besar atlet negeri ini meraih podium di beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kontijen Terengganu Hanelang berjaya kembali merampas semula kejuaraan selaku juara keseluruhan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19. Kali terakhir negeri Terengganu meraih kejayaan adalah sejak penganjuran 2008 sehingga 2012. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Kontijen Terengganu Hanelang berjaya kembali merampas semula kejuaraan selaku juara keseluruhan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19. Kali terakhir negeri Terengganu meraih kejayaan adalah sejak penganjuran 2008 sehingga 2012. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Pada penganjuran temasya edisi lalu iaitu SUKMA Perak 2018, Terengganu membuat kejutan untuk muncul selaku juara keseluruhan dengan pungutan 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 gangsa menjadikan keseluruhan 160 pingat. Kejutan ini sekaligus memperbaharui rekod kontijen setelah kali terakhir dinobatkan sedemikian pada 2012 di Pahang Darul Makmur.

13 Sukan 84 Acara 1040 Pingat Warnai Sukan Terengganu SUTERA 2021

13 jenis sukan menjadi taruhan temasya Sukan Terengganu (SUTERA 2021) melibatkan 84 acara keseluruhan yang dipertandingkan bagi perebutan 1040 jumlah keseluruhan pingat menanti juara di podium.>

Setelah tertangguh edisi ke-2 temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA 2021) yang sepatutnya dianjurkan pada tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu kesihatan global, kini prestij penganjuran kembali membuka tirai bermula pada 24 Mei sehingga 28 Mei 2022 ini.

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh utama temasya ini mempertaruhkan penyertaan dua kategori atlet iaitu atlet berusia bawah umur 20 tahun yang terlibat dalam program pembangunan pelapis sukan negeri manakala kategori terbuka bakal disertai oleh atlet-atlet bertaraf elit mahupun atlet-atlet amatur lain.

1040 jumlah keseluruhan pingat menjadi taruhan bagi 13 jenis sukan yang melibatkan 84 acara keseluruhan menjadi taruhan temasya Sukan Terengganu(SUTERA 2021) yang berlangsung selamat 5 hari penganjuran bermula pada 24 Mei sehingga 28 Mei 2022.

Masih mengekalkan format bilangan jenis sukan yang dipertandingkan meliputi 7 sukan wajib dipertandingkan iaitu badminton, berbasikal, bola jaring, bola sepak, olahraya, pencak silat dan sepak takraw. Manakala 6 sukan pilihan bagi edisi ke-2 penganjuran ini adalah bola tampar, esports, lawn bowls, ping pong, tenis dan tenpin bowling. Sukan elektronik(Esport) merupakan jenis sukan yang membuat penampilan pertama mengantikan petanque yang menjadi taruhan pada edisi lalu.

Sebanyak 1040 jumlah keseluruhan pingat bakal menjadi rebutan bagi setiap pemenang yang menaiki podium di melibatkan taruhan 303 pingat emas, 303 pingat perak dan 434 pingat gangsa. Olahraga kekal menjadi jenis sukan yang mempertaruhkan kutipan pingat tertinggi iaitu 168 pingat menjadi taruhan dengan pecahan 56 pingat emas, 56 pingat perak dan 56 pingat gangsa untuk setiap pemenang bagi acara masing-masing.

Jadual pertandingan Sukan Terengganu (SUTERA 2021) yang bermula pada 24 Mei 2022 sehingga 28 Mei 2022.

Sukan elektronik, esports yang julung kali dipertandingkan menawarkan 27 kutipan pingat keseluruhan dengan 9 pingat emas, 9 pingat perak dan 9 pingat gangsa untuk perebutan podium bagi 3 acara esports yang menjadi taruhan.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini pada jam 0830 malam bertempat di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus begitu juga bagi majlis penutup di tempat yang sama pada 28 Mei 2022 jam 0830 malam.

Ragbi Terengganu Terap Nilai Hidup Bermasyarakat

Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

Bulan Ramadan sama sekali tidak menjadi penghalang buat atlet-atlet sukan ragbi negeri Terengganu untuk turut sama merebut peluang mencari keberkatan dalam melakukan ibadah sekaligus merapatkan jurang dengan komuniti setempat.

Bergotong royong menyediakan bubur lambuk sejak awal pagi menjadi simbolik perpaduan bagi memupuk generasi anak muda di kalangan pemain ragbi ini untuk memahami erti hidup bermasyarakat.

Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

Program yang telah dijalankan bersama selama dua hari ini di antara Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) menjadi satu penanda aras terbaik buat komuniti penggiat sukan di negeri ini.

Menambah menarik buat pemain ragbi wanita yang berasal dari Sarawak, Alitia Grace Sigan yang cukup teruja untuk pertama kali menimba pengalaman bersama pasukan untuk turut sama menyiapkan masakan bubur lambuk sehingga lewat petang.

Pemain ragbi wanita yang berasal dari Sarawak, Alitia Grace Sigan yang kini bersama pasukan ragbi wanita Terengganu bagi persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) pertama kali merasai sendiri suasana bergotong royong memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

“Ianya satu pengalaman baru dan pertama kali buat saya yang berasal dari Sarawak untuk turut sama bergotong royong menyediakan bubur lambuk ini. Juga ini kali kali saya berpeluang untuk menyelami sendiri pengalaman suasana bulan Ramadan bersama-sama rakan sepasukan ragbi wanita Terengganu ini. Perasaan teruja itu memang tidak dapat dinafikan kerana tidak pernah terpikir menyertai pasukan ragbi ini turut berpeluang menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. Program ini secara tidak langsung merapatkan hubungan di dalam pasukan dan saling mengenali barisan pengurusan persatuan itu sendiri.” ujar Alitia Grace anak Sigan.

Beliau yang berusia 18 tahun baru sahaja bersama pasukan ragbi wanita negeri ini menyifatkan program sedemikian secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan di dalam pasukan dan juga jurang di antara pemain dan pengurusan badan induk negeri sukan ragbi ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab selaku pengarah program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf yang sudi menjalin kerjasama bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.

“Alhamdullilah telah selesai program tahunan buat kali-7 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf di sekitar kawasan kejiranan kami ini. Terima kasih kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan beberapa pihak lagi yang turut sudi bersama-sama bergotong royong sejak dari awal pagi sedikit sebanyak meringankan tenaga kudrat kami di bulan Ramadan ini.

“Kehadiran pemain-pemain ragbi yang rata-rata masih diperingkat usia belia remaja secara tidak langsung mampu untuk menarik lebih ramai remaja setempat di kawasan ini untuk turut sama menyertai dalam sebarang program kemasyarakatan yang dianjurkan di sini.”, ujar Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab

Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

Buat Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH), Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab menzahirkan tanda terima kasih di atas jalinan kerjasama ini yang sedikit sebanyak meringankan tenaga kudrat mereka sewaktu berpuasa. Kehadiran pemain-pemain ragbi yang rata-rata masih diperingkat usia belia remaja untuk program kejiranan ini dilihat secara tidak langsung mampu untuk menarik lebih ramai remaja setempat untuk turut sama menyertai dalam sebarang program yang dianjurkan.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Amir Amri Mohammad(kiri) turut hadir menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

“Alhamdullilah pada hari ini kami dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.. turut bersama pemain-pemain ragbi lelaki dan wanita untuk turut sama dalam program berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf ini. Ianya satu program tahunan pada bulan Ramadan di mana kami sentiasa mencari sebarang ruang dan peluang program kemasyarakatan yang melibatkan ahli-ahli persatuan khususnya para pemain ragbi negeri ini untuk turut sama merebut peluang mencari keberkatan dalam melakukan ibadah sekaligus merapatkan jurang dengan komuniti setempat.

“Aktiviti bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sejak dari awal pagi menjadi satu simbolik untuk memupuk generasi muda di kalangan pemain ragbi untuk memahami erti hidup bermasyarakat.”, berkata YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohammad kepada PenyuSukan.com

Amir Amri Muhammad juga menjelaskan bahawa badan induk sukan ragbi negeri ini sememangnya menekankan program tanggungjawab sosial menjadi sebahagian dari program pembangunan sahsiah buat ke semua penggiat sukan ragbi negeri ini. Pelbagai program kemasyarakatan termasuk misi kemanusian telah dihulurkan bantuan di mana antara yang terkini adalah membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Terengganu pada Februari lepas.

Info Menarik Perlumbaan Tour Gateh D’Tranung

Poster rasmi terkini penganjuran perlumbaan Tour Gateh D Tranung 2022 di mana lokasi terkini bagi majlis memperkenalkan pasukan bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 20 Mac 2022.

a)Tour Gateh D’Tranung merupakan penganjuran yang dijenamakan kembali dari Jelajah Terengganu yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2011. Jelajah Terengganu merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang telah diadakan pada 1984.

b) Penyertaan sebanyak 26 pasukan meliputi 16 pasukan berstatus kelab profesional dan 11 pasukan lumba yang mewakili negeri. Tumpuan perlumbaan sudah pasti terarah pada pasukan tuan rumah bertaraf benua yang juga penyandang Kejuaraan Jelajah Asia(UCI Asia Tour) buat kali kedua setelah bergelar juara musim lalu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) untuk turut sama berentap dengan Team Sapura Cycling yang turut mengesahkan penyertaan.

c) Menambah sensasi penganjuran, pasukan kebangsaan Singapura dan Maverick Singapore merupakan penyertaan berstatus antarabangsa yang turut hadir untuk memberi cabaran.

d) Sebanyak 5 pasukan tuan rumah akan berentap di mana 3 pasukan berstatus kelab profesional iaitu Terengganu Polygon Cycling Team(TSG), Terengganu Riders Club(TRC) dan TSS Racing manakala 2 pasukan pembangunan negeri Terengganu iaitu Terengganu Cycling Test Team dan Terengganu Development Test Team. Rata-rata penyertaan pasukan mewakili negeri masing-masing merupakan pasukan persediaan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) yang mempertaruhkan pelumba berusia bawah 23 tahun.

f) Perlumbaan mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km melibatkan 4 peringkat cabaran berbasikal lebuhraya termasuk 8 zon pendakian dan satu cabaran perlumbaan kriterium pada hari terakhir perlumbaan. Setiap daerah dalam negeri Terengganu iaitu 8 daerah keseluruhan menjadi singgahan setiap peringkat cabaran perlumbaan.

Jersi-jersi peringkat perlumbaan yang menjadi taruhan Tour Gateh D Tranung 2022.

g) 4 jersi kejuaraan menjadi taruhan iaitu jersi kuning bagi juara individu keseluruhan, jersi hijau bagi Raja Pecut, jersi merah bagi Raja Bukit dan jersi putih bagi juara bawah 23 tahun. Wang tunai RM60,000.00 menanti pasukan yang akan dinobatkan selaku juara penganjuran.

h) Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam satu sidang media pada 15 Mac 2022 bertempat di Wisma Darul Iman menjelaskan kos penganjuran sekitar RM650,000.00.

i) Turut berlangsung adalah perarakan kenderaan berhias di setiap daerah sebelum perlumbaan dimulakan.

 

Perlumbaan jelajah Tour Gateh D’Tranung mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km melibatkan 4 peringkat cabaran berbasikal lebuhraya termasuk 8 zon pendakian dan satu cabaran perlumbaan kriterium pada hari terakhir perlumbaan.

PERINGKAT-PERINGKAT CABARAN TOUR GATEH D’TRANUNG

PERINGKAT 1 (KUALA TERENGGANU-BESUT) ISNIN 21 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Hadapan Dataran Batu Buruk
Lokasi Penamat : Hadapan Stesen Bas Jerteh
Jarak Kayuhan: 130.9km
Natural Zone: 16km
Jarak Perlumbaan: 114.90km (3 zon pecutan)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 1240 tengah hari

PERINGKAT 2 (SETIU – HULU TERENGGANU) SELASA 22 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Hadapan Stesen Bas Permaisuri
Lokasi Penamat : Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir
Jarak Kayuhan: 163.75km
Natural Zone: 3km
Jarak Perlumbaan: 160.75km (3 zon pecutan 3 zon pendakian)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 0235 petang

PERINGKAT 3 (MARANG – DUNGUN) RABU 23 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Hadapan Pejabat Daerah Marang
Lokasi Penamat : Hadapan Pejabat Daerah Dungun
Jarak Kayuhan: 145.20km
Natural Zone: 2.70km
Jarak Perlumbaan: 142.50km (3 zon pecutan 3 zon pendakian)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 0145 petang

PERINGKAT 4 (DUNGUN – KEMAMAN) KHAMIS 24 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Padang Arena, Dungun
Lokasi Penamat : Padang Astaka, Kemaman
Jarak Kayuhan: 111.4km
Natural Zone: 8.9km
Jarak Perlumbaan: 102.5km (2 zon pecutan 2 zon pendakian)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 0100 petang

PERINGKAT 5 (DRAWBRIDGE LOOP) JUMAAT 25 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge)
Lokasi Penamat : Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge)
Jarak Perlumbaan: 45km(16 pusingan)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 1030 malam

X