PIALA AGONG 2024: TERENGGANU KEKAL BERENTAP SETELAH DUA PASUKAN TARIK DIRI

Terkini setelah 2 pasukan menarik diri dari saingan kejuaraan ragbi Piala Agong 2024 edisi ke-40 menyaksikan hanya 9 pasukan akan meneruskan pemburuan kejuaraan setelah pengundian semula telah diadakan secara dalam talian pada 18 Ogos 2024 lalu. Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby

Susulan penarikan diri oleh beberapa pasukan bertanding bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke 40 ini, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) telah melakukan semula pengundian kumpulan menyaksikan Terengganu untuk berada di dalam Kumpulan B bersama-sama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Johor.

Manakala bagi Kumpulan A menyaksikan juara bertahan Polis Diraja Malaysia(PDRM) bersama Selangor, Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Perak dan Pahang untuk berentap.

Pada 4 Julai 2024, Kesatuan Ragbi Malaysia telah mengumumkan senarai kumpulan pasukan yang melibatkan dua kumpulan untuk 11 pasukan bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edis ke-40 namun 14 Ogos 2024, Negeri Sembilan secara rasmi telah mengumumkan penarikan diri dan beberapa pasukan lagi untuk tidak bertanding pada edisi kali ini. Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby

Undian khas ini telah diadakan secara dalam talian pada 18 Ogos 2024 melibatkan pasukan-pasukan yang bertanding seperti mana telah diumumkan oleh KRM selaku pemegang taruh utama penganjuran edisi kali ini dan jadual pertandingan terkini akan diumumkan kemudian.

Pada 16 Ogos 2024 lalu KRM secara rasminya mengumumkan penarikan diri oleh pasukan Negeri Sembilan menjadikan pasukan kedua selepas Wilayah Persekutuan Putrajaya berbuat sedemikian.

Ahli gabungan badan induk sukan ragbi kebangsaan, Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan telah mengumumkan penarikan diri bagi saingan kempen kejuaraan Piala Agong 2024 Edisi Ke 40 dalam satu hebahan di laman sosial rasmi mereka pada 14 Ogos 2024. Kredit – Facebook Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan

Melalui sumber tidak rasmi yang dikongsikan kepada Penyu Sukan, Negeri Sembilan terpaksa mengambil keputusan berat itu berikutan masalah komitmen penaja di saat akhir yang merencatkan segala persiapan pasukan yang telah dilakukan.

SENARAI PASUKAN KEJUARAAN RAGBI PIALA AGONG 2024 EDISI KE-4

KUMPULAN A
Polis Diraja Malaysia(PDRM)
Selangor
Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
Perak
Pahang

KUMPULAN B
Terengganu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perlis
Johor

PASUKAN YANG MENARIK DIRI
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Penampilan terakhir 2023)
Negeri Sembilan (Penampilan terakhir 2023)
Kedah (Penampilan terakhir 2019)
Pulau Pinang (Penampilan terakhir 2022)
Melaka (Penampilan terakhir 2023)
Kelantan (Penampilan terakhir 2022)
Sabah (Penampilan terakhir 2023)
Sarawak (Penampilan terakhir 2023)

NATIONAL 7S 2024: PENCAPAIAN PASUKAN TERENGGANU

Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2024) menyaksikan Terengganu Darul Iman sebagai tuan rumah buat pertama kali mempertaruhkan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail sebagai venue rasmi kejohanan paling berprestij dalam negara sejak dipertandingkan bermula pada 1988. Stadium ragbi yang pertama kali dibina di negeri Terengganu ini telah dimasyhurkan dengan penuh gilang gemilang oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 November 2021 setelah selesai dinaik taraf.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan, iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 21 Tahun, dan Wanita Bawah 21 Tahun di mana Terengganu hanya menghantar penyertaan bagi tiga pasukan sahaja untuk berentap bagi kategori Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun, dan Wanita Bawah 21 Tahun.

Sebanyak 36 pasukan untuk berentap di dalam 4 kategori yang dipertandingkan bagi edisi Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Senarai nama pasukan Terengganu bagi tiga kategori Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Selaku tuan rumah Terengganu hadir dengan misi besar buat setiap pasukan bertanding di mana pasukan lelaki senior hadir selaku penyandang juara kali ketiga berturut-turut bagi tiga edisi terdahulu pada 2019,2022 dan 2023 yang ke semuanya telah berlangsung di Stadium Ragbi Perak, Ipoh. Untuk rekod, tiada penganjuran diadakan pada tahun 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.

Begitu juga buat pasukan ragbi wanita Terengganu bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun yang juga merupakan pasukan persiapan ke pentas Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024), adalah penyandang juara berganda setelah meraih kejuaraan pada edisi 2022 dan 2023.

Manakala pasukan ragbi lelaki Terengganu yang juga pasukan persiapan SUKMA Sarawak 2024 hadir dengan reputasi finalis Lelaki Bawah 21 Tahun edisi lalu yang dinafikan oleh Johor ketika itu. Momentum pasukan lelaki ini bermula setelah muncul juara Plate pada edisi 2022 di Ipoh.

Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Lelaki Terbuka Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan lelaki Terengganu catat rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Namun bagi edisi 2024 kali ini, pasukan Lelaki Terbuka Terengganu terpaksa menerima kejutan di laman sendiri setelah gagal mempertahankan kejuaraan ‘triple champion’ setelah terkandas  di penentuan suku akhir yang berkeputusan 14-10 sekaligus memberi peluang buat Selangor untuk terus mara ke pusingan seterusnya.  Berbaki dua perlawanan sebelum menoktahkan perjuangan skuad senior Terengganu musim ini, Terengganu membelasah Sarawak berkeputusan 33-7 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 – ke-8 namun tewas pada perlawanan terakhir buat pasukan setelah dinafikan oleh Perak dalam perlawanan penentuan tempat ke-5 & ke-6 yang berakhir dengan keputusan 21-10.

Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Wanita Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan wanita Terengganu catat rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Walaubagaimanapun, pasukan tuan rumah tetap boleh berbangga dengan pencapaian pasukan ragbi wanita bawah 21 tahun yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2022. Terdahulu pasukan ragbi wanita Terengganu di bawah kendalian Nasaruddin Ismail yang juga merupakan bekas kapten pasukan 15 sebelah Malaysia di mana penampilan terakhir beliau adalah di pentas Kejuaraan Ragbi Asia 2024 berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan untuk berentap bersama Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.

Pada peringkat suku akhir, pasukan wanita ini beraksi garang untuk menewaskan Perak yang berkesudahan 22 tanpa balasan dan terpaksa berusaha keras untuk menewaskan Johor yang berkesudahan 14-12 bagi aksi separuh akhir. Akhirnya, kejuaraan ternoktah milik pasukan ragbi wanita Terengganu setelah menewaskan Selangor 17-0 di pusingan akhir. Untuk rekod, pasukan wanita Terengganu mencatatkan kemenangan terbesar sepanjang kejohanan sewaktu bertemu Negeri Sembilan di peringkat kumpulan dengan keputusan 53-0.

Keputusan setiap perlawanan melibatkan pasukan Terengganu bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team
Pasukan lelaki Terengganu catat 2 kemenangan dan 1 kalah dalam 3 perlawanan di peringkat kumpulan bagi kategori Bawah 21 Tahun Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s 2024) telah diundi bersama pasukan Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan. Kredit – https://www.tournifyapp.com/live/national7s2024/team

Selain itu, pasukan ragbi Lelaki Bawah 21 Tahun tuan rumah turut kembali mencipta sensasi penganjuran untuk sekali lagi mengulangi perlawanan finalis edisi lalu untuk bertemu Johor di pusingan akhir kejuaraan kali ini. Pertemuan kedua-dua pasukan ini lebih menarik kerana mereka diundi dalam kumpulan yang sama. Terengganu mencatatkan satu kekalahan di peringkat kumpulan, dinafikan oleh Johor. Di pusingan akhir, Terengganu terpaksa akur kepada Johor yang dinobatkan juara berganda dengan keputusan 26-12.

NATIONAL 7S 2024: LAWATAN VENUE RASMI KEJOHANAN STADIUM RAGBI TENGKU MUHAMMAD ISMAIL


Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/YsdnMYLBcGM

Dalam usaha untuk memastikan prestij penganjuran kejuaraan Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan (National 7s 2024) mencapai penanda aras tinggi yang telah diletakkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia selaku penganjur utama, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama-sama dengan pelbagai agensi di dalam negeri ini berganding bahu untuk turut hadir melawat Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu bagi merangka perancangan yang akan dilaksanakan sebelum tirai kejohanan dibuka pada 12 Julai 2024 ini.

Wakil dari Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili oleh presidennya sendiri iaitu Amir Amri Mohamad bersama-sama sebahagian jawatan kuasa penganjuran yang dibarisi oleh pengurusan PRNT optimis dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada mahupun yang akan ditambah baik mampu untuk memberi keselesaan buat setiap pasukan bertanding.

Kejuaraan yang berlangsung selama dua hari ini bakal menghimpunkan 36 pasukan tempatan untuk berentap dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Kategori tumpuan yakni Terbuka Lelaki menyaksikan pasukan tuan rumah yang akan mempertahankan kejuaraan telah diundi bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Perak bagi Kumpulan D sebelum mara ke pusingan akhir. Terengganu juga turut berentap dalam kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun.

Sarawak merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia Timur hadir memberi saingan di mana Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak menghantar pasukan untuk memburu kejuaraan berprestij bagi edisi kali ini.

PIALA AGONG 2024: TERENGGANU KEMBALI MEMBURU KEJUARAAN

Pada 4 Julai 2024, Kesatuan Ragbi Malaysia telah mengumumkan senarai kumpulan pasukan yang melibatkan dua kumpulan untuk 11 pasukan bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edis ke-40 kali ini Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby

Musim kejuaraan ragbi 15 sepasukan paling berprestij dalam negara yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pasukan ragbi tanah air untuk memburu kejuaraan kini kembali untuk membuka tirai perlawanan pertama yang dijadualkan bermula pada 7 September 2024 ini.

Terengganu menjadi satu-satunya pasukan dari pantai timur untuk meneruskan kempen kejuaraan bagi edisi ke-40 kali ini untuk diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang naib juara edisi lalu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perlis.

Terengganu mara ke perlawanan akhir kempen Piala Agong edisi ke-38 dengan rekod tanpa kalah untuk bertemu Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 3 Disember 2022 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Kredit Foto – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali

Menambah menarik, DTYM Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berkenan untuk kembali membantu pasukan Ragbi Terengganu setelah membuat penampilan pada musim lalu untuk membelasah Selangor pada perlawanan pembukaan yang berakhir dengan keputusan bergaya 72-06.

Pada edisi lalu, kemaraan Terengganu untuk mara ke pusingan separuh akhir terbantut setelah tewas tipis ‘1 try’ yang dinafikan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) ketika itu. Kemaraan PDRM tidak terhenti di situ sahaja di mana turut melakar sejarah untuk pertama kali dinobatkan selaku juara dalam sepanjang sejarah penganjuran kejuaraan ragbi paling berprestij ini setelah menafikan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada perlawanan akhir yang berkeputusan 29-22.

NOTA – Kemas kini undian kumpulan pasukan bertanding setelah beberap pasukan menarik diri bagi saingan kejuaraan Piala Agong 2024 edisi kali ini. Baca sepenuhnya di – https://penyusukan.com/v1/piala-agong-2024-terengganu-kekal-berentap-setelah-dua-pasukan-tarik-diri

KERJASAMA ERAT PELBAGAI AGENSI BAGI PENGANJURAN NATIONAL 7S 2024

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024 melibatkan pelbagai agensi di dalam negeri ini untuk turut sama sebagai pemegang taruh penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.

Sebagai usaha untuk martabatkan negeri Terengganu Darul Iman selaku tuan rumah kejuaraan ragbi paling berprestij tanah air, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) selaku badan induk sukan ragbi kebangsaan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik bersama pemegang-pemegang taruh bagi penyelarasan serta kordinasi penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024 nanti.

Kertas Cadangan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2024 yang telah dibentangkan sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Tingkat 15 Wisma Darul Iman telah berlangsung mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian(Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu Puan Hajah Najihah Embong bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan Belia, Sukan & NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman sebagai usaha tuan rumah untuk menyambut kehadiran 37 pasukan bertanding yang mewakili negeri masing-masing termasuk badan beruniform.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad(kanan) yang juga turut menyandang selaku Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail (tengah) sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.

Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili sendiri oleh Amir Amri Mohamad selaku presiden badan induk kebangsaan yang juga Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan barisan pengurusan persatuan yang diwakili oleh Mohd Izwan Ismail dan Enche Mohd Amirulmukminin Sulaiman untuk membentangkan gerak kerja penganjuran kejohanan sewaktu 2 hari kejohanan itu.

Penyu Sukan – Agensi Berita Sukan Terengganu merupakan salah satu entiti media yang akan menjayakan penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.

Turur hadir bermesyuarat adalah wakil-wakil daripada pihak agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Polis Diraja Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu serta beberapa agensi lain yang turut menerima jemputan.

Dari kiri – Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga turut menyandang selaku Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan Belia, Sukan & NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman dan Setiausaha Bahagian(Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu Puan Hajah Najihah Embong sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.

“Satu penghormatan besar buat KRM selaku badan induk sukan ragbi kebangsaan dan PRNT sebagai ahli gabungan peringkat negeri di atas komitmen dan sokongan pemegang-pemegang taruh yang melibatkan pelbagai agensi dari dalam negeri Terengganu ini untuk turut sama menjayakan penganjuran berprestij ini sekaligus memberi penanda aras baharu untuk turut sama memartabatkan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air.

“Melalui kerjasama ini juga secara tidak langsung membuka dimensi baharu buat badan induk sukan ragbi negeri untuk mengutip pengalaman selaku penganjur kejohanan berstatus kebangsaan atau ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan badan-badan induk sukan kebangsaan di luar sana.
“Hubungan baik ini sewajarnya dikekalkan berterusan dan tidak hanya berakhir setelah tamat kejohanan nanti dan pada kesempatan ini kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih di atas komitmen yang diberikan.” ujar Presiden Kesatuan Ragi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024 melibatkan pelbagai agensi di dalam negeri ini untuk turut sama sebagai pemegang taruh penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.

Pada mesyuarat ini, pemegang-pemegang taruh telah sepakat untuk memberi sokongan penuh bagi menjayakan penganjuran kejohanan ragbi berstatus kebangsaan ini.

Untuk rekod, kali terakhir Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) adalah pada tahun 2016 menyaksikan Terengganu muncul juara setelah menafikan Kelantan yang hadir selaku pasukan pilihan untuk berkesudahan 12-7.

MSST 2023: Kualiti Penganjuran & Penyertaan Kian Meningkat

Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz yang ditemui PenyuSukan sejurus MSSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

Kejuaraan ragbi 15 sepasukan Majlis Sukan Sekolah Terengganu – MSST yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 Julai sehingga 29 Julai 2023 lalu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Mewakili pemegang taruh utama penganjuran berprestij ini iaitu Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST), Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, (Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz menzahirkan bahawa kualiti penganjuran dan kualiti setiap pasukan yang bertanding pada edisi kali ini adalah lebih baik berbanding edisi-edisi lalu.


Lihat sepenuhnya ulasan di – https://youtu.be/OgOci_elFJs

Perkembangan ini memberi satu penanda aras baharu buat program pembangunan sukan ragbi di kalangan murid-murid sekolah khususnya di peringkat akar umbi mampu untuk menjadikan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan ragbi pada masa hadapan.

Situasi ini secara tidak langsung mampu diterjemahkan dengan sasaran untuk mara ke pusingan akhir pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia – MSSM 2023  yang akan berlangsung pada Ogos nanti di Kota Bharu, Kelantan.

MSST 2023: MSS Kuala Nerus Juara Ragbi 15s

Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSD Kuala Nerus) muncul juara Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi penentuan bertemu MSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun 2023 mencipta sensasi penganjuran tersendiri untuk menyaksikan perlawanan penentuan akhir penuh dramatik yang berkeputusan tipis 20-19 untuk menobatkan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSSD Kuala Nerus) selaku juara setelah menafikan MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Terdahulu, walaupun MSSD Kuala Nerus membuat jatuhan try pertama untuk 5 mata awal ternyata bukan laluan mudah buat MSSD Kuala Nerus untuk bergelar juara setelah dikekang hebat oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut(MSSD Besut) yang hadir selaku pasukan pilihan pada kejuaraan kali ini.

MSSD Besut yang mendahului separuh masa pertama dengan dua jatuhan try dan satu tendangan conversion yang berkeputusan 15-12 memberi tekanan buat MSSD Kuala Nerus untuk terus mencari peluang dan ruang pada separuh masa kedua.

Situasi penguasaan padang sepenuhnya yang memihak sepenuhnya kepada MSSD Besut sekali lagi memberi kelebihan tambahan lima mata melalui satu lagi jatuhan try di minit ke-63 meletakkan keputusan semasa 19-12.

Berbaki pada minit-minit akhir permainan, hasil percaturan bijak jentera scrum MSSD Kuala Nerus yang membuat hantaran bola jauh dari sudut padang berjaya diterjemah untuk tambahan 5 mata melalui jatuhan try dan dua mata dari tendangan conversion sekaligus menjadi mata akhir berkeputusan 20-19 untuk dinobatkan selaku juara edisi penganjuran kali ini.

Kemenangan ini sekali gus memberi tiket buat pemain-pemain MSSD Kuala Nerus untuk mewakili Terengganu ke pentas kebangsaan Majlis Sukan Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) yang dijadualkan untuk berlangsung pada 24 Ogos nanti di Kota Bharu, Kelantan.

Pengurus pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSD Kuala Nerus) Mohd Nazrin Dasir yang ditemui PenyuSukan sejurus MSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

“Perjalanan pasukan MSSD Kuala Nerus pada tahun ini agak mencabar di mana kami hanya mempunyai tempoh masa yang singkat selama seminggu untuk membentuk pasukan. Namun dengan kejayaan hari ini, syukur Alhamdullilah kami mampu untuk muncul juara bagi edisi kali ini. Kali terakhir kami muncul juara pada edisi 2017 dan pada tahun lalu kami terkandas di peringkat kumpulan.

“Jika dilihat pada perlawanan penentuan ini, awalnya kami mendapat jatuhan try pertama juga kami bolos untuk kali yang pertama sekaligus meruntuhkan semangat dan moral barisan pemain kami. Kami hampir-hampir dinafikan kejuaraan apabila MSSD Besut mendahului tipis sehingga ke babak penghujung perlawanan. Namun, kami bangkit pada minit-minit akhir untuk mendahului pasukan MSSD Besut. Alhamdullilah.

“Seterusnya pada kejohanan MSSM 2023 di Kota Bharu ini nanti kami meletakkan sasaran untuk layak ke pusingan akhir. Oleh kerana kita tidak boleh menafikan keupayaan pasukan dari lain-lain negeri yang membuat persiapan lebih baik dari kami ketika ini.”, berkata pengurus pasukan MSSD Kuala Nerus Mohd Nazrin Dasir.

.

Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz yang ditemui PenyuSukan sejurus MSSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

“Alhamdullilah, hari ini kita bersyukur di atas peningkatan kualiti penganjuran dan penyertaan bagi setiap pasukan Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun tahun ini. Penanda aras ini menjadi satu petunjuk terbaik buat kami yang kini dalam persediaan ke pentas kejuaraan Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM 2023) di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Ogos nanti.

“Kredit harus diberikan kepada barisan pengurusan pasukan dan jurulatih-jurulatih daerah masing-masing di mana saya difahamkan ada di antara mereka membuat persiapan lebih awal untuk melatih setiap pemain yang dihimpunkan dari sekolah-sekolah di dalam daerah mereka. Malah ada di antara pasukan ini turut mengadakan perlawanan persahabatan di luar negeri Terengganu untuk mendapat pendedahan perlawanan yang berkualiti sebelum berentap di kejohanan ini.

Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun 2023 berlangsung selama tiga bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab(berbaju hitam) bersama Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz(kiri) pada 29 Julai 2023.

“Hari ini kita boleh melihat, sukan ragbi yang sinonim dimainkan oleh sekolah-sekolah berasrama namun kian mendapat tempat di kalangan sekolah-sekolah harian biasa khususnynya yang terletak di luar bandar. Penyertaan pemain-pemain dari sekolah-sekolah mahupun pasukan itu sendiri yang terletak di luar bandar itu juga mampu untuk memberi cabaran sengit kepada beberapa pemain-pemain atau pasukan daerah yang umumnya diketahui sebagai kuasa besar sukan ragbi ini.

“Perkembangan ini dilihat secara positif sejajar dengan dasar Sukan Nadi ABC (Anak Yang Baik Lagi Cerdik) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada Mac lalu..”, ujar Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz yang ditemui PenyuSukan sejurus tamat kejohanan.

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun 2023 berlangsung selama tiga bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu telah disertai sebanyak 7 pasukan dari setiap majlis sukan daerah di dalam negeri Terengganu kecuali Majlis Sukan Hulu Terengganu(MSSD Hulu Terengganu) yang tidak menghantar pasukan pada edisi penganjuran 2023 ini.

Untuk rekod, sebanyak 15 perlawanan telah berlangsung selama tiga hari penganjuran melibatkan 7 pasukan dari setiap daerah dalam negeri Terengganu kecuali MSSD Hulu Terengganu yang tidak dapat menyertai kejuaraan tahunan pada edisi kali ini. Pada kejuaraan ini juga turut diumumkan Pemain Terbaik Forward milik pemain MSSD Kuala Nerus Putra Mohd Yusra manakala Pemain Terbaik Backline adalah Mohd Syakir dari MSSD Besut.

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun 2023 berlangsung selama tiga bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu telah disertai sebanyak 7 pasukan dari setiap majlis sukan daerah di dalam negeri Terengganu kecuali Majlis Sukan Hulu Terengganu(MSSD Hulu Terengganu) yang tidak menghantar pasukan pada edisi penganjuran 2023 ini.


KEPUTUSAN MSST RAGBI 15s 2023

JOHAN: MSD KUALA NERUS
NAIB JOHAN: MSSD BESUT
KETIGA: MSSD SETIU
KETIGA: MSSD KUALA TERENGGANU

 

Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut(MSSD Besut) muncul naib johan Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSD Kuala Nerus yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.
Majlis Sukan Sekolah Daerah Setiu(MSSD Setiu) raih tempat ke-3 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu(MSSD Kuala Terengganu) raih tempat ke-3 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

 

Keputusan penuh sila lawati : https://lookerstudio.google.com/u/0/reporting/5ef4f6ac-90dc-4eca-a7b8-6be881e1cf37/page/p_90s3k9ya8c

Lihat sepenuhnya – https://youtu.be/-244nnber90

15 Perlawanan 7 Pasukan 3 Hari Kejohanan Ragbi MSST 2023

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/-244nnber90

Kejuaraan ragbi 15 sepasukan Majlis Sukan Sekolah Terengganu – MSST yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 Julai sehingga 29 Julai 2023 lalu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Menyaksikan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus dinobatkan selaku juara setelah menafikan Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut berkeputusan 2019 pada satu perlawanan penuh dramatik untuk menutup tirai edisi penganjuran kali ini.

Pengurus pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSD Kuala Nerus) Mohd Nazrin Dasir yang ditemui PenyuSukan sejurus MSSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

Menurut pengurus pasukan MSSD Kuala Nerus,  Mohd Nazrin Dasir berkata persiapan pasukannya hanya sempat dilakukan dalam tempoh kurang dua minggu sebelum kejohanan.

Kemenangan ini sesungguhnya amat bermakna buat dirinya dan seluruh barisan pengurusan pasukan dan pemain-pemain mereka untuk kembali muncul juara setelah kali terakhir bergelar juara pada tahun 2017.

Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz yang ditemui PenyuSukan sejurus MSSD Kuala Nerus menjuarai Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi bertemu MSSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

Mewakili pemegang taruh utama penganjuran berprestij ini iaitu Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST), Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, (Unit Pembangunan Bakat Murid MSST) Amrul Adam Abd Aziz menzahirkan bahawa kualiti penganjuran dan kualiti setiap pasukan yang bertanding pada edisi kali ini adalah lebih baik berbanding edisi-edisi lalu.

Perkembangan ini memberi satu penanda aras baharu buat program pembangunan sukan ragbi di kalangan murid-murid sekolah khususnya di peringkat akar umbi mampu untuk menjadikan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan ragbi pada masa hadapan.

Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Nerus(MSSD Kuala Nerus) muncul juara Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu(MSST) Bawah 18 tahun pada aksi penentuan bertemu MSD Besut yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 29 Julai 2023.

Situasi ini secara tidak langsung mampu diterjemahkan dengan sasaran untuk mara ke pusingan akhir pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia – MSSM 2023  yang akan berlangsung pada Ogos nanti di Kota Bharu, Kelantan.

Skuad Ragbi Terengganu Raih Suntikan Semangat

Pasukan ragbi wanita Terengganu skuad SUKMA Sarawak 2024 kini dalam persiapan akhir sebelum bertolak ke Ipoh untuk berentap mempertahankan di pentas kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s) 2023.

Misi besar buat pasukan ragbi Terengganu pada hujung minggu ini untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National Sevens)  yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat ini di Ipoh, Perak.

Terengganu yang menghantar dua pasukan lelaki dan dua pasukan wanita untuk berentap di dalam semua kategori yang dipertandingkan iaitu  Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 20 tahun dan Wanita Bawah 20 tahun ini juga turut meraih suntikan semangat daripada sektor korporat untuk turut sama membantu pasukan untuk sekali lagi melakar kejayaan di pentas kejuaraan 7 sepasukan paling berprestij ini.

Pasukan ragbi lelaki dan wanita Terengganu skuad Sukan Malaysia(SUKMA) yang kini dalam persiapan untuk mempertahankan kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s) di Ipoh nanti menerima sumbangan kelengkapan pasukan daripada pengurus besar Sasoakai Resources Sdn. Bhd. Mohd Faiz Hafidz(empat dari kiri).

Pada satu majlis ringkas bersama pasukan di padang latihan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, skuad ragbi lelaki dan wanita telah menerima sumbangan kelengkapan pasukan yang disampaikan sendiri oleh pengurus besar Sasoakai Resources Sendirian Berhad Mohd Faiz Hafidz kepada timbalan presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab.

“Ini merupakan kali pertama kami menjalinkan kerjasama bersama badan induk sukan ragbi di negeri Terengganu ini khususnya untuk membantu keperluan setiap pasukan yang kini dalam persiapan ke beberapa kejuaraan peringkat kebangsaan termasuk program pembangunan yang kini dalam persediaan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun hadapan di Sarawak nanti.

“Sebagai sebuah entiti perniagaan yang lahir dari negeri Terengganu ini sudah tentu saya yang juga merupakan bekas pemain ragbi ingin menyumbang sesuatu kembali kepada komuniti sukan ini walaupun saya sudah tidak beraksi secara kompetitif.

“Ianya merupakan satu tanggungjawab sosial berasaskan komuniti bagi sektor sukan yang perlu diberi perhatian sewajarnya khususnya bagi memperkukuhkan lagi program pembangunan sukan dari peringkat akar umbi di negeri Terengganu ini.”, ujar pengurus besar Sasoakai Resources Sdn. Bhd. Mohd Faiz Hafidz.

Manakala timbalan presiden PRNT Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab menzahirkan tanda setinggi-tinggi terima kasih kepada entiti perniagaan ini walaupun berlangsung dalam majlis yang serba ringkas namun ianya mampu memberi impak besar khususnya kepada pemain-pemain ragbi negeri ini.

Selain dari itu turut disahkan oleh pengurus pasukan Terengganu Nizam Kamal adalah penampilan bekas kapten ragbi 7 sepasukan kebangsaan yang juga merupakan anak jati negeri Terengganu, Nasharuddin Ismail untuk beraksi dalam kategori tumpuan iaitu Lelaki Terbuka. Manakala bagi skuad wanita terbuka akan dibarisi oleh bekas-bekas pemain dari skuad Sukan Malaysia sebelum ini. Penampilan beberapa bekas pemain kebangsaan di dalam pasukan lelaki dan wanita ini dilihat menjadi kelebihan buat Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan.

Bagi kategori Lelaki Bawah 20 tahun dan Wanita Bawah 20 tahun, Terengganu mempertaruhkan sepenuhnya barisan pemain dari skuad persediaan ke pentas SUKMA sebagai program pendedahan berprestasi tinggi untuk menyertai kejohanan 7 sepasukan paling berprestij dalan negara ini.

Senarai Nama Pelatih-Pelatih Akademi Ragbi Terengganu Ambilan 2023

Senarai nama pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan pertama 2023 yang berpusat di SMK Belara, Kuala Terengganu.

Berikut adalah senarai penuh pelatih-pelatih program Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan pertama 2023 yang juga merupakan pelajar bagi SMK Belara, Kuala Terengganu yang dijadikan penempatan bagi pelatih-pelatih akademi ragbi ini.

MK Belara yang terletak di dalam mukim Manir kira-kira 8km dari pusat bandar raya Kuala Terengganu merupakan sebuah sekolah menengah harian yang turut mempunyai prasarana asrama berkapasiti 300 pelajar beserta padang yang luas menjadi pilihan terbaik bagi penempatan atlet-atlet sukan ragbi yang juga merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah itu.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT), Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) merupakan pemegang-pemegang taruh bagi program pembangunan sukan ragbi yang dijalankan secara sepenuh masa ini sekaligus menjadi tambah nilai terbaik bagi objektif program ‘1 Murid 1 Sukan’ yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kemenjadian murid yang seimbang di dalam pencapaian akademik dan sukan memberi penanda aras terbaik dari segi pembangunan sahsiah buat sekolah itu sendiri.

BIL.
NAMA
SEKOLAH TERDAHULU
1.
AHMAD ZAIM KASHFI AHMAD
SK DARAT, BATU RAKIT
2.
MUHAMMAD SYAMIL IZWAN MOHD ZAMRI
SK BATU 29, PERMAISURI
3.
MUHAMMAD ZAFIR MUHAMMAD MOHD FAIZAL
SK LKTP CHALOK DARAT, SETIU
4.
DANNY HAKIMI ABDULLAH
SK PAKA III, PAKA
5.
MUHAMMAD ADAM HAEKAL HARIMI
SK CHALOK, PERMAISURI
6.
MUHAMMAD SHARIMAN FARISI MAT HASSAN
SK BATU 29, PERMAISURI
7.
MUHAMMAD ZUL FAQIS ZUBIR
SK LKTP CHALOK DARAT, SETIU
8.
UMAR HAIKAL MOHD NAZRI
SK KEDAI BULUH, KUALA TERENGGANU
9.
MUHAMMAD DANISH IKRAM MUHAMAD FAHMI
SK BATU 29, PERMAISURI
10.
MUHAMMAD AIDIL SYAHMIE SUKRI
SK MARANG, MARANG
11.
AHMAD AZRIL ZIKRY ROSLE
SK GONDANG, MARANG
12.
MUHAMMAD ADIB HAIKAL AHMAD ARIF
SK PAKA III, PAKA
13.
MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL MUHAMAD
SK LKTP CHALOK DARAT, SETIU
14.
MUHAMMAD IKTISAM MUKHRIZ ROSMAN
SK BATU 29, PERMAISURI
15.
MUHAMMAD SHAIFULLAH ZIQRI MOHD SHAIFUL OTHMAN
SK PADANG SETEBU, KUALA BERANG

Akademi Ragbi Terengganu Kini Bertapak Di SMK Belara

Seramai 13 pelatih telah berjaya untuk diterima bagi kelompok pengambilan pertama ART bagi tahun ini setelah melepasi program pemilihan yang telah diadakan pada awal tahun ini sekaligus melengkapkan keseluruhan seramai 45 pelatih yang kini mengikuti program sepenuh masa di akademi ini.

Akademi Ragbi Terengganu(ART) yang kini berusia 9 tahun penubuhan setelah diwujudkan sejak 2014 sebagai platform melahirkan atlet-atlet sukan ragbi berkualiti seawal usia di bangku sekolah kini mengorak langkah dengan menambah pusat latihan baru bertempat di SMK Belara, Kuala Terengganu sebagai usaha untuk menampung permintaan yang kian meningkat.

SMK Belara yang terletak di dalam mukim Manir kira-kira 8km dari pusat bandar raya Kuala Terengganu merupakan sebuah sekolah menengah harian yang turut mempunyai prasarana asrama berkapasiti 300 pelajar beserta padang yang luas menjadi pilihan terbaik bagi penempatan atlet-atlet sukan ragbi yang juga merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah itu.

Pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu yang berusia 13 tahun melaporkan diri bersama keluarga di asrama SMK Belara, Kuala Terengganu bagi program pembangunan ragbi negeri Terengganu untuk ambilan pertama bagi tahun ini.

Seramai 13 pelatih telah berjaya untuk diterima bagi kelompok pengambilan pertama ART bagi tahun ini setelah melepasi program pemilihan yang telah diadakan pada awal tahun ini sekaligus melengkapkan keseluruhan seramai 45 pelatih yang kini mengikuti program sepenuh masa di akademi ini. Untuk rekod, terdahulu pusat latihan pertama ART adalah berpusat di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu di mana sehingga kini masih menempatkan pelatih-pelatih senior seramai 32 yang juga merupakan pelajar sekolah itu.

Mohd Nazri Mohd Ramli(kiri) bersama anaknya sewaktu mendaftar masuk ke Akademi Ragbi Terengganu bertempat di SMK Belara, Kuala Terengganu pada 6 Jun 2023.

“Alhamdullilah, pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Akademi Ragbi Terengganu kerana menerima anak saya sebagai pelatih bagi tahun 2023 ini. Selain anak saya yang sememangnya meminati sukan ragbi sejak bangku sekolah rendah, saya sebagai bapa berasa amat berbangga kerana akademi ini juga turut menekankan pembelajaran di dalam kelas sekaligus memberi pendedahan yang seimbang buat pelajar sukan di sekolah ini. Kombinasi pencapaian sukan dan pelajaran yang seiring adalah penting bagi membina keperibadian dan disiplin bagi mereka yang masih diusia muda ini sekaligus membina perwatakan mereka di masa hadapan.

Senarai nama pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan pertama 2023 yang berpusat di SMK Belara, Kuala Terengganu.

“Walaupun SMK Belara ini hanya sebuah sekolah menengah kebangsaan harian biasa bukan berstatus sekolah berasrama penuh mahupun sekolah sukan negeri namun dengan fasiliti asrama yang disediakan yang dilihat lebih baik berbanding waktu persekolahan saya dahulu juga saya yakin generasi pelajar masa kini adalah lebih beruntung jika dibandingkan pada generasi terdahulu.”, ujar Mohd Nazri Mohd Ramli selaku bapa kepada pelatih akademi ini.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad sewaktu turut hadir ke majlis kemasukkan pelatih Akademi Ragbi Terengganu ke asrama SMK Belara, Kuala Terengganu pada 6 Jun 2023.

“Penubuhan pusat latihan Akademi Ragbi Terengganu yang kedua ini memberi penanda aras baharu bagi program pembangunan sukan ragbi dari peringkat akar umbi di negeri ini khususnya melibatkan pelajar-pelajar sekolah sekaligus melengkapkan ekosistem program pembangunan yang telah dirangka oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) selaku pemegang taruh utama sukan ragbi di peringkat negeri.

“Selain PRNT, turut sama menjadi pemegang taruh penubuhan akademi ini sejak 2014 adalah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang turut sama menggembleng melalui sokongan dan kemudahan memasing bagi memain peranan dalam usaha untuk memartabatkan sukan ragbi ini di peringkat negeri ini.

“Selain membekalkan tenaga jurulatih-jurulatih berkualiti dan berpengalaman besar di pentas antarabangsa untuk program di akademi ini, PRNT juga turut akan menyumbang beberapa keperluan yang diperlukan oleh pasukan ragbi ini termasuk membantu menyediakan guru tuisyen bagi kelas pembelajaran tambahan untuk memastikan kebajikan akademik pelatih-pelatih di sini terjaga sekaligus untuk membantu dalam pencapaian akademik masing-masing.”, ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad.

Pengerusi Teknik Ragbi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu – Mohd Fadzli Yusof sewaktu menerima kehadiran pelatih Akademi Ragbi Terengganu ke asrama SMK Belara, Kuala Terengganu pada 6 Jun 2023.

“Setelah 9 tahun penubuhan Akademi Ragbi Terengganu, penubuhan pusat latihan kedua di SMK Belara ini menjadi penanda aras baharu pencapaian bagi melahirkan pemain-pemain ragbi berkualiti yang terdiri dari anak jati Terengganu itu sendiri di mana kita boleh melihat ada di kalangan mereka mendapat tempat di dalam pasukan remaja kebangsaan sama ada di peringkat Sekolah Sukan Malaysia mahupun di institut-institut pengajian tinggi.

“Jesteru dengan penubuhan pusat latihan kedua ini yang terletak di kawasan luar bandar ini dilihat mampu memberi impak positif kepada sekolah itu sendiri khususnya bagi pembangunan sahsiah di kalangan pelajar-pelajar sekolah ini sekaligus membudayakan aktiviti bersukan yang selama ini hanya tertumpu di sekolah-sekolah berhampiran bandar sahaja. Hasrat ini sekaligus menjadi pemangkin bagi program ‘1 Murid 1 Sukan’ yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.”, berkata Pengerusi Teknik Ragbi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Mohd Fadzli Yusof yang ditemui PenyuSukan.com

Sehingga kini pencapaian yang paling membanggakan bagi produk kelahiran akademi ragbi ini adalah dua bekas pelatih iaitu Muhammad Isma Iskandar Mohd Zali dan Muhammad Hafizul Faiz Mohd Lutfi telah terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan di pentas Kejohanan Ragbi Asia U18 di Katmandu, Nepal pada akhir tahun lalu.

Kedua-dua pemain ragbi anak jati negeri Terengganu ini juga turut aktif mewakili beberapa pasukan profesional di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa antaranya yang baru melabuhkan tirai penganjuran adalah Kejohanan Antarabangsa Borneo 7s di Sandakan, Sabah pada Mac tahun ini. Manakala bagi lain-lain pelatih turut berjaya menempatkan diri di Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan beberapa institusi pengajian tinggi dalam negara.

Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang mampu menempatkan 300 pelajar kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.
Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.
Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.
Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT), Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) merupakan pemegang-pemegang taruh bagi program pembangunan sukan ragbi yang dijalankan secara sepenuh masa ini sekaligus menjadi tambah nilai terbaik bagi objektif program ‘1 Murid 1 Sukan’ yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kemenjadian murid yang seimbang di dalam pencapaian akademik dan sukan memberi penanda aras terbaik dari segi pembangunan sahsiah buat sekolah itu sendiri.

TERIMA KASIH PERSATUAN RAGBI NEGERI TERENGGANU

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Tahun 2023 yang telah berlangsung pada 11 Mac 2023 lalu bertempat di Terengganu Ekuestrian Resort(TER) Kuala Terengganu.

Setinggi-tinggi TERIMA KASIH diucapkan kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang selama ini memberi ruang dan peluang malah sokongan kepada Penyu Sukan untuk kami beroperasi sebagai agensi berita sukan di negeri Terengganu Darul Iman.

Penyu Sukan juga amat berbesar hati dapat membantu pihak persatuan sukan negeri untuk menyediakan bahan-bahan & maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan buku laporan program & aktiviti PRNT yang telah berlangsung selama ini.

Jalinan kerjasama strategik ini secara tidak langsung mengangkat martabat persatuan sukan negeri ini ke satu tahap penanda aras baharu di mana tidak hanya memfokuskan publisiti dan hebahan berita semata-mata.

Dokumentasi sesuatu program mahupun perkembangan sesuatu entiti sukan amat penting untuk didokumentasikan agar tidak terus hilang dalam lipatan sejarah akhirnya tidak dapat dijadikan rujukan untuk generasi seterusnya khususnya peminat-peminat sukan tempatan.

Pada kesempatan ini juga, Penyu Sukan sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH di atas kepercayaan dan ruang yang diberikan kepada kami untuk turut sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Tahun 2023 yang telah berlangsung pada 11 Mac 2023 lalu bertempat di Terengganu Ekuestrian Resort(TER) Kuala Terengganu.

Pencarian Pelapis Baru Pasukan Ragbi Terengganu

Lembaran tahun baharu 2023 ini menjadi titik permulaan buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk mula mengatur langkah bagi persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) nanti untuk pencarian pelapis-pelapis baharu untuk meneruskan legasi kegemilangan sukan ragbi negeri Terengganu.

Program bagi membentuk skuad ragbi lelaki dan wanita ini memfokuskan kepada sesiapa sahaja yang berusia di bawah 21 tahun selaras dengan syarat pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur SUKMA bagi setiap atlet yang bertanding.

Selain memberi fokus pada temasya SUKMA, pasukan ragbi negeri Terengganu juga turut aktif untuk menyertai beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun lain-lain kejohanan yang dianjurkan.

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita skuad SUKMA 2022 telah muncul juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(7s) Kebangsaan yang telah berlangsung di Ipoh pada tahun lalu.

Bagi mereka yang berminat untuk terpilih menyertai kem latihan ini sila rujuk maklumat berikut:

PENCARIAN BAKAT BAHARU(TID)
SKUAD RAGBI LELAKI DAN WANITA BAWAH 21 TAHUN
(*Dibuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2004-2008)

13 JAN 2023(JUMAAT)
SESI 1 – Wanita (0800 pagi sehingga 1200 tengah hari)
SESI 2 – Lelaki (0230 petang sehingga 0600 petang)

VENUE: Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Tengganu.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan – https://www.facebook.com/terengganurugby

Jurang 3 Mata Untuk Terengganu Selaku Naib Juara Piala Agong 2022

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli untuk menyaksikan Terengganu mara ke perlawanan akhir kempen Piala Agong edisi ke-38 dengan rekod tanpa kalah untuk bertemu Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 3 Disember 2022 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Kredit Foto – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali

Pasukan ragbi Terengganu skuad Piala Agong edisi ke-38 musim ini hanya dijarakkan dengan jurang 3 mata tendangan penalti milik W.P Putrajaya(Wilayah Persekutuan Putrajaya) untuk menamatkan perlawanan akhir berkeputusan 18-15 untuk dinobatkan Terengganu selaku naib juara kejuaraan musim ini.

Beraksi dalam keadaan berselut sewaktu hujan membasahi padang sememangnya menambah tekanan buat kedua-dua pasukan seawal minit pertama permainan untuk mencari jatuhan try pertama milik pasukan. Aksi padu Terengganu untuk penguasaan padang memaksa W.P Putrajaya di bawah bimbingan bekas pemain pasukan All Blacks yang juga bekas ketua jurulatih kebangsaan Brad Mika untuk menyerap asakan sehingga ke garisan pertahanan mereka.

Terengganu mara ke perlawanan akhir kempen Piala Agong edisi ke-38 dengan rekod tanpa kalah untuk bertemu Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 3 Disember 2022 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Kredit Foto – Ahmad Shahzali / https://www.facebook.com/ahmad.shahzali

Terengganu terhukum seawal minit ke-14 dan minit ke-25 permainan untuk terpaksa akur kepada W.P Putrajaya mendahului permainan melalui tendangan penalti oleh pemain import Simione Tuivanuavou Bulai yang membuat penampilan pertama bersama pasukan.

Menambah tekanan pada minit-minit akhir separuh masa pertama permainan, bekas pemain Terengganu musim lalu memecah kebuntuan untuk jatuhan try pertama perlawanan untuk menghadiahkan 5 mata kepada W.P Putrajaya. Flyhalf W.P Putrajaya Mohd Fairuz Ab Rahman melengkapkan 2 mata lagi melalui tendangan conversion meletakkan keputusan semasa 13-00.

Walaupun sedemikian, Terengganu masih berpeluang untuk mencuri 5 mata pertama melalui jatuhan try yang diasak padu oleh pemain import Lepani Likusuasua Peremo Tuinanuavou untuk menamatkan perlawanan separuh masa pertama yang memihak kepada pasukan lawan berkeputusan semasa 13-5.

Pada aksi separuh masa kedua, Terengganu di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan Nik Safuan Ismade Nik Man kembali merampas penguasaan padang sekaligus berjaya merapatkan jurang dengan tambahan 5 mata melalui jatuhan try oleh pemain prop Noor Alif Ikhmal Noor Hisham di mini ke-48 permainan dan tambahan 2 mata melalui tendangan conversion oleh pemain flyhalf Muhammad Faris Pead meletakkan keputusan semasa 13-12.

Kelebihan buat W.P Putraya mendahului permainan, namun tekanan jelas milik mereka setelah beberapa insiden tegang mula tercetus menganggu tempo permainan sekaligus layangan kad kuning pertama menjadi milik W.P Putrajaya untuk menghantar Simione Tuivanuavou Bulai ke luar padang. Kelebihan ini memberi 2 mata tambahan milik Terengganu untuk medahului permainan 15-13 melalui tendangan penalti yang sekali lagi disempurnakan oleh pemain flyhalf Muhammad Faris Pead.

Tekanan yang bersilih ganti buat kedua-dua pasukan memaksa pemain sayap Terengganu Muhammad Halim Abu Kassim terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memberikan kad kuning kepadanya di minit ke-64 permainan sekaligus memberi kelebihan buat W.P Putrajaya mendapatkan jatuhan try oleh Badrul Muktee namun gagal menambah mata melalui tendangan conversion.

Pada baki-baki minit terakhir permainan memperlihatkan beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun setelah wisel tamat permainan ditiupkan meletakkan keputusan 18-15 memihak kepada W.P Putrajaya yang berjurang perbezaan 3 mata untuk menobatkan Terengganu selaku naib juara pada musim ini.

Tshirt Edisi Khas Skuad Ragbi Terengganu SUKMA 2022

Tshirt edisi khas kali ini tampil dengan 6 pilihan rekaan di mana setiap sehelai dijual pada harga RM 50.

Bagi menyemarakkan lagi semangat pasukan ragbi yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang akan membuka tirai pada 16 September ini, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengambil inisiatif untuk membuka jualan replika jersi rasmi yang akan digunakan oleh pasukan ragbi negeri ini yang kini dalam misi membantu kontijen negeri Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan temasya sukan terbesar dalam negara ini.

Buatan tempatan sepenuhnya dengan menggunakan fabrik berkualiti ‘Soft Microfiber 145gsm’ dengan pilihan saiz sekecil ‘XS’ sehingga ’10XL’.

 

Replika jersi rasmi yang akan digunakan oleh pasukan ragbi negeri Terengganu ke pentas temasya SUKMA XX MSN 2022.

Tshirt edisi khas kali ini tampil dengan 6 pilihan rekaan di mana setiap sehelai dijual pada harga RM 50.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 019 970 8444 atau https://wa.me/message/GTDOAKZ4JSFJH1

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Ragbi

Sukan ragbi merupakan jenis sukan berpasukan yang masih berada di dalam kategori sukan pilihan bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) walaupun perkembangan semasa di pentas antarabangsa mula mencipta pelbagai penanda aras baharu. Begitu juga dengan program pembangunan yang kian bersepadu di seluruh negara.

Untuk rekod, format 7 sepasukan dipertandingkan di pentas SUKMA bermula pada tahun 2004 yang hanya melibatkan perebutan pingat emas oleh pasukan lelaki sahaja. Manakala perebutan pingat emas buat pasukan wanita mula dipertandingkan buat kali pertama pada SUKMA Perak 2018.

Pada penganjuran edisi ke-20 yang dijenamakan sebagai SUKMA XX MSN 2022, dua pingat emas ditawarkan bagi perebutan acara berpasukan lelaki dan wanita yang akan berlangsung selama 4 hari pertandingan di padang ragbi UiTM Shah Alam.

 

 

JADUAL MENGIKUT WAKTU PERGERAKAN PASUKAN KE PADANG

Aksi Dramatik Pemain Ragbi Wanita Meraikan Kejayaan

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/owViU_H7Jcc

Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah sukan negeri Terengganu untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai.

Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti.

@penyusukan Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah sukan negeri Terengganu untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai. . Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh. . Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti. #RagbiTerengganu #TerengganuRugby #National7s2022 #National7s #TerengganuHanelang #HanelangLadies #SUKMA2022 #MajlisSukanNegeriTerengganu #MSNT #Rugby #WomensRugby #MalaysiaRugby #RagbiPadu #Ragbi ♬ Epic Orchestra – Red Cat Blue

Aksi Pemain Ragbi Wanita Terengganu ‘Menyidai’ Lawan

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/EiaYg0Wj6fU

Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai.

Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti.

Suku Akhir Wanita B21 Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan 2022: Hanelang Ladies vs Pahang

Aksi barisan pemain ragbi wanita Terengganu; Hanelang Ladies sewaktu menewaskan Pahang berkesudahan 27-00 dalam aksi suku akhir Wanita Bawah 21 Tahun Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 3 Julai 2022.

Untuk rekod, skuad Wanita B21 Terengganu merupakan pasukan persiapan bagi memburu kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di Kuala Lumpur nanti.

Masak Sendiri Eratkan Persaudaraan Ragbi

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/NSEVHM90shk

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk memasak makanan buat 4 pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung di Bandaraya Ipoh,Perak pada 1 sehingga 3 Julai 2022 yang lepas.

Selain sebagai langkah penjimatan oleh PRNT selaku pemegang taruh utama setiap pasukan yang bertanding, usaha ini juga dilihat menjadi tambah nilai di dalam ekosistem pasukan ragbi itu sendiri untuk merapatkan nilai silaturahim sekaligus memupuk nilai persaudaraan yang tinggi di kalangan setiap pemain.

Menambah menarik, setiap barangan kelengkapan memasak termasuk bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging di bawa khas dari Kuala Terengganu untuk menampung keperluan 4 hari berkampung di bandaraya Ipoh ini.

Pada saingan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan musim ini, Terengganu menghantar 4 pasukan untuk penyertaan penuh bagi kategori Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun. Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun disertai oleh skuad ragbi Terengganu yang kini persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022).

Ragbi Terengganu Terap Nilai Hidup Bermasyarakat

Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

Bulan Ramadan sama sekali tidak menjadi penghalang buat atlet-atlet sukan ragbi negeri Terengganu untuk turut sama merebut peluang mencari keberkatan dalam melakukan ibadah sekaligus merapatkan jurang dengan komuniti setempat.

Bergotong royong menyediakan bubur lambuk sejak awal pagi menjadi simbolik perpaduan bagi memupuk generasi anak muda di kalangan pemain ragbi ini untuk memahami erti hidup bermasyarakat.

Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

Program yang telah dijalankan bersama selama dua hari ini di antara Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) menjadi satu penanda aras terbaik buat komuniti penggiat sukan di negeri ini.

Menambah menarik buat pemain ragbi wanita yang berasal dari Sarawak, Alitia Grace Sigan yang cukup teruja untuk pertama kali menimba pengalaman bersama pasukan untuk turut sama menyiapkan masakan bubur lambuk sehingga lewat petang.

Pemain ragbi wanita yang berasal dari Sarawak, Alitia Grace Sigan yang kini bersama pasukan ragbi wanita Terengganu bagi persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) pertama kali merasai sendiri suasana bergotong royong memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

“Ianya satu pengalaman baru dan pertama kali buat saya yang berasal dari Sarawak untuk turut sama bergotong royong menyediakan bubur lambuk ini. Juga ini kali kali saya berpeluang untuk menyelami sendiri pengalaman suasana bulan Ramadan bersama-sama rakan sepasukan ragbi wanita Terengganu ini. Perasaan teruja itu memang tidak dapat dinafikan kerana tidak pernah terpikir menyertai pasukan ragbi ini turut berpeluang menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. Program ini secara tidak langsung merapatkan hubungan di dalam pasukan dan saling mengenali barisan pengurusan persatuan itu sendiri.” ujar Alitia Grace anak Sigan.

Beliau yang berusia 18 tahun baru sahaja bersama pasukan ragbi wanita negeri ini menyifatkan program sedemikian secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan di dalam pasukan dan juga jurang di antara pemain dan pengurusan badan induk negeri sukan ragbi ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab selaku pengarah program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf yang sudi menjalin kerjasama bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.

“Alhamdullilah telah selesai program tahunan buat kali-7 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf di sekitar kawasan kejiranan kami ini. Terima kasih kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan beberapa pihak lagi yang turut sudi bersama-sama bergotong royong sejak dari awal pagi sedikit sebanyak meringankan tenaga kudrat kami di bulan Ramadan ini.

“Kehadiran pemain-pemain ragbi yang rata-rata masih diperingkat usia belia remaja secara tidak langsung mampu untuk menarik lebih ramai remaja setempat di kawasan ini untuk turut sama menyertai dalam sebarang program kemasyarakatan yang dianjurkan di sini.”, ujar Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab

Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

Buat Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH), Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab menzahirkan tanda terima kasih di atas jalinan kerjasama ini yang sedikit sebanyak meringankan tenaga kudrat mereka sewaktu berpuasa. Kehadiran pemain-pemain ragbi yang rata-rata masih diperingkat usia belia remaja untuk program kejiranan ini dilihat secara tidak langsung mampu untuk menarik lebih ramai remaja setempat untuk turut sama menyertai dalam sebarang program yang dianjurkan.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Amir Amri Mohammad(kiri) turut hadir menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).

“Alhamdullilah pada hari ini kami dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.. turut bersama pemain-pemain ragbi lelaki dan wanita untuk turut sama dalam program berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf ini. Ianya satu program tahunan pada bulan Ramadan di mana kami sentiasa mencari sebarang ruang dan peluang program kemasyarakatan yang melibatkan ahli-ahli persatuan khususnya para pemain ragbi negeri ini untuk turut sama merebut peluang mencari keberkatan dalam melakukan ibadah sekaligus merapatkan jurang dengan komuniti setempat.

“Aktiviti bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sejak dari awal pagi menjadi satu simbolik untuk memupuk generasi muda di kalangan pemain ragbi untuk memahami erti hidup bermasyarakat.”, berkata YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohammad kepada PenyuSukan.com

Amir Amri Muhammad juga menjelaskan bahawa badan induk sukan ragbi negeri ini sememangnya menekankan program tanggungjawab sosial menjadi sebahagian dari program pembangunan sahsiah buat ke semua penggiat sukan ragbi negeri ini. Pelbagai program kemasyarakatan termasuk misi kemanusian telah dihulurkan bantuan di mana antara yang terkini adalah membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Terengganu pada Februari lepas.

Atlet Ragbi Bantu Cuci Rumah Mangsa Banjir

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/3kSz7MLrtiY

Rentetan musibah situasi bencana banjir yang telah menimpa masyarakat luar bandar di Hulu Terengganu, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk mengerakkan sepenuhnya pasukan ragbi ke lokasi bencana untuk menyampaikan bantuan.

Selain khidmat tenaga kudrat yang dicurahkan, PRNT juga turut menyampaikan sumbangan bantuan yang diterima daripada orang ramai terus ke pintu rumah mangsa bencana.

Usaha persatuan sukan ini juga mendapat perhatian perunding kewangan AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyumbang 5 tan keperluan asas dan makanan yang dihantar terus dari Kuala Lumpur untuk diagihkan ke kawasan bencana. Sumbangan tersebut amat bermakna buat masyarakat luar bandar ini yang rata-rata di kalangan mereka terputus punca rezeki malah tidak mempunyai pendapatan tetap.

Atlet Ragbi Terengganu Bantu Mangsa Banjir


Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/rc81tCq40mo

Rentetan musibah situasi bencana banjir yang telah menimpa masyarakat luar bandar di Hulu Terengganu, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk mengerakkan sepenuhnya pasukan ragbi ke lokasi bencana untuk menyampaikan bantuan.

Misi tanggungjawab sosial dengan kekuatan 30 pemain ragbi lelaki dan wanita bersama pengurusan pasukan itu telah bermula sejak seminggu lalu sewaktu peringkat awal bencana banjir bermula. Setelah banjir kembali surut, kini fokus PRNT beralih untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kediaman mangsa di Kampung Gunung, Menerong sebelum ke lokasi seterusnya.

Kediaman Norasyikin Mohammad bersama suami di antara mangsa-mangsa banjir Kampung Gunung, Menerong yang menerima khidmat sukarelawan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk mencuci kediamannya yang dipenuhi lumpur banjir pada 6 Mac 2022.

Rata-rata mangsa yang baru pulang dari Pusat Penempatan Banjir(PPS) setempat hanya mampu termenung panjang melihatkan keadaan rumah kediaman mereka yang rosak teruk setelah ditenggelami air pada minggu lalu. Malah ada di antara mangsa bencana ini tidak terdaya memikirkan nasib untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bersendirian berikutan kesan banjir yang meninggalkan lumpur tebal serta sampah sarap di kediaman masing-masing.

Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab sewaktu turut hadir membantu mangsa banjir Kampung Gunung, Menerong. Misi bantuan bencana banjir yang dilaksanakan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu turut menerima sumbangan sebanyak 5 tan keperluan asas dan makanan yang dihantar terus dari Kuala Lumpur oleh perunding kewangan AUF MBZ Consortium pada 6 Mac 2022.

“Kami amat bersyukur masih diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka, malah kami juga memikul amanah setiap sumbangan yang telah diberikan untuk kami sampaikan kepada mereka yang terkesan. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua yang menyumbang di mana berjaya mengumpulkan 100 kotak sumbangan bantuan untuk disampaikan kepada penduduk di kampung ini.”, ujar Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab.

Selain khidmat tenaga kudrat yang dicurahkan, PRNT juga turut menyampaikan sumbangan bantuan yang diterima daripada orang ramai terus ke pintu rumah mangsa bencana. Usaha persatuan sukan ini juga mendapat perhatian perunding kewangan AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyumbang 5 tan keperluan asas dan makanan yang dihantar terus dari Kuala Lumpur untuk diagihkan ke kawasan bencana. Sumbangan tersebut amat bermakna buat masyarakat luar bandar ini yang rata-rata di kalangan mereka terputus punca rezeki malah tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pemain ragbi wanita Terengganu Jasmin Ahmad Samsuri sewaktu hadir menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Gunung, Menerong di Hulu Terengganu pada 6 Mac 2022. Misi bantuan bencana banjir yang dilaksanakan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu telah mengerakkan seluruh pasukan ragbi negeri ini.

Untuk rekod, badan induk sukan ragbi negeri Terengganu merupakan antara entiti sukan yang aktif turun membantu ke lokasi-lokasi bencana bagi menyampaikan bantuan. Terdahulu selain beberapa bencana di negeri Terengganu, PRNT juga turut hadir menyalurkan bantuan pada mangsa bencana kepala air di Kedah pada tahun lalu dan banjir besar Kelantan pada 2014.

Misi Bantuan Ragbi Terengganu Dapat Perhatian Korporat

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/rc81tCq40mo

Misi bantuan bencana banjir di Hulu Terengganu yang dihulurkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) turut mendapat perhatian perhatian perunding kewangan, AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyumbang sebanyak 5 tan keperluan asas termasuk makanan untuk diagihkan.

Jarak bukan penghalang buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang berada di ibu kota dalam usaha murni dengan jalinan kerjasama strategik melalui badan bukan kerajaan(NGO) AUF MBZ bersama PRNT yang dilihat tepat. Turut bersama adalah Ducati Official Club Malaysia(DOCM) untuk sama sama bergandingan dengan PRNT untuk mengagihkan sumbangan bantuan.

YM Che Ku Amzar Che Ku Azmi daripada badan bukan kerajaan(NGO) AUF MBZ sewaktu menyampaikan bantuan keperluan asas dan makanan sebanyak 5 tan untuk diagihkan kepada mangsa bangjir di Hulu Terengganu.

“Hari ini kami daripda AUF MBZ Consortium bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan Ducati Official Club Malaysia(DOCM) akan menyampaikan sumbangan keperluan asas dan makanan sebanyak 5 tan kepada semua mangsa bencana banjir ini. InsyAllah, semoga dipermudahkan segala urusan ini. Alhamdullilah, saya cukup gembira dan terkejut juga dengan persatuan ragbi datang membantu kita ini”, ujar YM Che Ku Amzar Che Ku Azmi daripada badan bukan kerajaan(NGO) AUF MBZ wakil kepada perunding kewangan AUF MBZ Consortium PLT AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyampaikan sumbangan terus dari Kuala Lumpur untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Hulu Terengganu ini.

 

Manakala Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab yang ditemui di lokasi bencana menzahirkan ribuan terima kasih kepada AUF MBZ Consortium di atas kepercayaan untuk menjalin kerjasama strategik bagi menyampaikan bantuan terus pintu rumah mangsa bencana.  Che Mohd Zulkarnain juga melihat perkembangan ini secara positif di mana entiti sukan negeri ini mendapat kepercayaan daripada pihak korporat bagi kerja-kerja amal yang sememangnya telah dilakukan sejak sekian lama.

Untuk rekod, PRNT yang merupakan badan induk sukan ragbi negeri Terengganu merupakan antara entiti sukan yang sentiasa turun ke lokasi-lokasi bencana bagi menyampaikan bantuan. Terdahulu selain beberapa bencana di negeri Terengganu, PRNT juga turut hadir menyalurkan bantuan pada mangsa bencana kepala air di Kedah pada tahun lalu dan banjir besar Kelantan pada 2014.

Al Fatihah Buat Ketua Jurulatih Ragbi Terengganu

Kredit – Facebook.com/MSNTerengganu

Tanggal 25 Disember 2021 menjadi tarikh sejarah yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa khususnya pengiat-pengiat mahupun barisan atlet ragbi negeri Terengganu setelah menerima kejutan berita pemergian ketua jurulatih, Izaimi Zainuddin yang telah pergi mengadap Ilahi pada jam 0445 petang Sabtu.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Cikgu Mie’ dikalangan barisan atlet ragbi negeri ini yang sebahagian besarnya merupakan anak didiknya dan juga dikenali sebagai ‘Bai’ dikalangan arena ragbi tanah air memberi impak yang besar buat setiap insan yang mengenali beliau.

Barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama barisan atlet ragbi Terengganu menempuh perjalanan jauh untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketua jurulatih ragbi Terengganu Izaimi Zainuddin yang telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islan Seksyen 9, Kota Damansara pada 26 Disember 2021. Kredit – Facebook.com/MSNTerengganu

 

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab(kanan) bersama bapa kepada Allahyarham ketua jurulatih ragbi Terengganu Izaimi Zainuddin yang telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islan Seksyen 9, Kota Damansara pada 26 Disember 2021. Kredit – Facebook.com/MSNTerengganu

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT), Amir Amri Muhammad berkata Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) pada Selasa lepas untuk menjalani pembedahan di bahagian keronkong. Setelah selesai pembedahan, tahap kesihatan arwah semakin merosot berikutan jangkitan kuman sehingga terpaksa menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi(ICU) HKL selama dua hari sebelum meninggalkan kita semua.

Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara hari ini di mana sebahagian besar penggiat-penggiat ragbi bersama barisan pemain sanggup menempuh perjalanan jauh untuk hadir memberi penghormatan terakhir.

“Sudah tentu kehilangan beliau sebagai ketua jurulatih bagi program sukan ragbi SUKMA ianya sesuatu yang sangat dirasai kehilangnya kerana kita menyasarkan pungutan pingat dan ketika ini sukan ragbi berada di landasan yang begitu baik. Baru-baru ini baru selesai penganjuran kejohanan ragbi yang telah diadakan di Gong Badak dan sudah tentu kita agak terasa kehilangan dan sesuatu yang agak terkesan pada sukan ragbi.

InsyAllah kita yakin dengan asas yang telah dibina oleh Allahyarham itu ia dapat kita kurangkan rasa kehilangan. InsyAllah kita yakin. Jadi saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham kepada balu dan semua anak-anak Allahyargam dan mudah-mudahan Allah Ta’ala menempatkan beliau di kalangan para aulia dan solihin. InsyAllah.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah yang ditemui PenyuSukan.com

Allahyarham yang telah dilahirkan pada 1 Julai 1973 di Tampin, Negeri Sembilan juga merupakan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu (MRSM KT) amat dikenali dan dihormati sepenuhnya sebagai insan yang berkomited tinggi sanggup berhujan berpanas dalam sebarang program pembangunan sukan ragbi di negeri Terengganu.

Untuk rekod, sesungguhnya jasa-jasa besar Allahyarham tidak hanya dalam lipatan sejarah pembangunan sukan ragbi negeri Terengganu malah di peringkat kebangsaan sewaktu membimbing pasukan remaja 15 sepasukan dan 7 sepasukan negara bermula pada tahun 2011 sehingga 2017. Setelah itu Allahyarham memberi fokus sepenuhnya untuk membimbing skuad SUKMA bagi negeri Terengganu di mana berjaya mara ke pusingan akhir pada SUKMA Perak 2018 untuk merangkul pingat perak setelah dinafikan oleh Kelantan.

Allahyarham Izaimi Zainuddin juga merupakan watak penting selaku ketua jurulatih di sebalik kejayaan Terengganu pada tahun 2019 yang melakar sejarah untuk pertama kali membawa Piala Agong yang merupakan piala kejuaraan ragbi paling prestij dalam negara setelah menewaskan Sabah selaku juara bertahan.

Kehilangan ini juga turut dirasai oleh rakan-rakan media oleh kerana keakraban yang telah terjalin sejak sekian lama untuk membantu pengamal media dalam membuat liputan sukan ragbi tanah air. Terima kasih di atas segalanya dan semoga rohnya dicucuri rahmat juga ditempatkan dikalangan orang beriman. Al Fatihah dari PenyuSukan.

Ragbi Terengganu Lancar Tabung Sumbangan Mangsa Banjir

Program tanggungjawab sosial korporat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bagi membantu mangsa banjir di daerah Yan, Kedah.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) terpanggil untuk menjalankan program tanggungjawab sosial(CSR) kepada penduduk-penduduk di daerah Yan, Kedah yang telah terkesan berikutan bencana banjir baru-baru ini.

Pada kesempatan ini juga pihak PRNT turut membuka tabung sumbangan untuk disampaikan secara terus kepada mangsa bencana tersebut. Sumbangan tidak hanya terhad kepada wang ringgit malah dalam sebarang bentuk yang boleh disampaikan.

Kepada yang ingin menyumbang boleh terus menghubungi:

013 986 8494 Che Lat
012 921 6047 Izwan

WhatsApp:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60139868494

https://api.whatsapp.com/send?phone=60129216047

atau sumbangan terus melalui akaun bank:

13062 01002 5439 (BANK ISLAM)
PERSATUAN RAGBI NEGERI TERENGGANU

Ragbi Terengganu Hantar Bantuan Bekalan Air

Sebanyak dua ribu liter air tapisan minuman turut diagihkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dengan menggunakan lori bersaiz 7 tan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat penduduk.

Krisis gangguan bekalan air yang kian meruncing di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dipandang serius oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) sekaligus mengambil inisiatif pantas untuk menyampaikan bekalan air bersih terus kepada penduduk yang terkesan teruk.

Kerahan tenaga pengurusan badan induk ragbi negeri ini bersama barisan pemain ragbi berjaya untuk membekalkan hampir enam ribu liter bekalan air bersih dalam tempoh sehari ke beberapa lokasi yang disasarkan khususnya penduduk di luar bandar. Dalam pada itu sebanyak dua ribu liter air tapisan minuman turut diagihkan dengan menggunakan lori bersaiz 7 tan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat penduduk.

Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail(tengah) yang turut hadir sebagai kordinator bagi misi bantuan bekalan air kepada penduduk di Taman Perumahan Banggol Tuan Muda, sekitar Tok Jiring dan Taman Perumahan Wakaf Bharu.

“Hari ini dan semalam kita berjaya menghantar beberapa sukarelawan untuk membantu meringankan beban pengguna-pengguna air di sekitar Kuala Nerus. Seperti sedia maklum terputus bekalan air kerana masalah yang akan berlarutan beberapa hari lagi. InsyAllah semoga masalah ini dapat diselesaikan secara baik dan secepatnya.” ujar Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail sewaktu ditemui PenyuSukan.com

Menurut Setiausaha PRNT, Izwan Ismail pada perancangan awalnya untuk membantu menyampaikan bekalan air bersih kepada ahli-ahli persatuan dan para atlet yang terjejas. Namun setelah mendapat maklumbalas keperluan dari kawasan kejiranan ahli persatuan dan pemain, PRNT segera membuat keputusan untuk seharian membantu semua penduduk termasuk mereka yang berada di dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Manir.

Situasi krisis bekalan air di sekitar Kuala Nerus yang kian meruncing menjadi faktor buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu membuat keputusan segera dengan menyampaikan bantuan terus ke pintu rumah berupa bekalan air minuman dan bekalan air bersih terawat buat penduduk yang terkesan.

Krisis bekalan air terburuk yang pernah berlaku di negeri ini berikutan kerosakkan paip saliran utama yang terletak di dalam dasar Sungai Terengganu. Situasi ini telah menjejaskan 28,700 pengguna melibatkan kedua-dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Isnin lepas.

Sehingga kini kerja-kerja membaik pulih kerosakkan di dasar sungai sedang giat dijalankan di mana pihak terbabit menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada penghujung minggu hadapan.

Ragbi Asia: Status Penganjuran Jadi Penentu Lantikan Brad Mika

Stadium Nasional Bukit Jalil pertama kali menjadi pentas penganjuran kejohanan ragbi dalam perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan menentang Hong Kong bagi saingan Kejuaraan Ragbi Asia Divisyen Premier pada 22 Jun 2019. Berkeputusan 71-00 dibelasah Hong Kong di laman sendiri bagi aksi timbal balik di mana sebelum ini skuad Bunga Raya ini berjaya memberi tekanan kepada Hong Kong berkeputusan 30-24. Kredit Foto – Asiarugby.com

Sebarang keputusan untuk melantik ketua jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah kebangsaan bakal ditentukan bergantung pada status penganjuran Kejohanan Ragbi Asia(ARC) sama ada bakal diteruskan atau sekali lagi ditunda.

Hal ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM), Amir Amri Mohamad di mana KRM tidak terburu-buru untuk membuat keputusan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah menjadi kekangan buat penganjur. Situasi ini juga turut telah berlaku pada tahun lalu di mana penganjuran ARC turut telah ditunda di mana sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Menurut Amir Amri Mohamad, sememangnya Brad Mika masih dalam perhatian MRU untuk membimbing pasukan kebangsaan ke pentas tertinggi kejohanan Asia ini. Namun begitu percaturan tepat perlu diputuskan oleh badan induk kebangsaan untuk menawarkan mana-mana kontrak serta persediaan pasukan memandangkan kekangan penajaan sejak tahun pertama pandemik COVID-19 melanda.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

“Ini penting bagi kita di Malaysia Rugby berbincang dengan jelas dari Coach Brad apabila dah ada keputusan dari Asia Rugby. Tarikh dan format pertandingan inilah yang akan dibincang secara terperinci adakah kejohanan ini bermain dalam satu venue atau ada perlawanan timbal balik atau sebaliknya.

Kerana hari ini kita tahu bahawa negara-negara tersebut Korea dan juga Hong Kong terlibat sama dalam isu melanda pandemik COVID-19. Lembaga Kejurulatihan yang dipengerusikan oleh saudara coach Lee Nyuh Fah telah mencalonkan Brad Mika sebagai ketua jurulatih dalam kejohanan ARC 2021. Buat masa ini keputusan masih lagi menunggu mesyuarat Asia Rugby tersebut.”, ujar Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com

Bekas pemain All Black dari New Zealand itu yang merupakan jurulatih asing pertama pernah dilantik untuk membimbing skuad ragbi kebangsaan pada 2018 di mana Malaysia pertama kali layak beraksi di pentas tertinggi Kejuaraan Ragbi Asia (Divisyen Premier). Pada 2021 Divisyen Premier dijenamakan sebagai Asian Tri-Nations.

Lantikan mengantikan ketua jurulatih Lee Nyuk Fah yang telah membawa pasukan menjuarai Division 2 pada 2015 sekaligus melangkah ke Divisyen 1 dan muncul juara pada 2016 dan mempertahankan kejuaraan pada 2017.

Brad Mika berusia 40 tahun (2 Jun 1981) lahir di Auckland, New Zealand merupakan bekas pemain pasukan All Black pada 2002. 2002 juga merupakan tahun pertama beraksi di pentas Super Rugby bersama pasukan Crusaders dan penampilan terakhir di pentas Super Rugby adalah bersama Blues pada 2012.

Malaysia yang kini beraksi di dalam Divisyen Premier (kini dikenali sebagai Asian Tri-Nations) merupakan Divisyen tertinggi dalam 6 Divisyen yang dipertaruhkan oleh Asia Rugby. Malaysia satu-satunya negara di kedudukan Asia terendah berada di dalam Divisyen Premier walaupun tangga kedudukan Asia bagi pasukan di dalam Divisyen 1(kecuali Chinese Taipei) lagi tinggi dari Malaysia. Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Chinese Taipei beraksi dalam Division 1.

Pada musim lalu, Asia Rugby telah menanggugkan sebarang penganjuran mahupun sebarang perlawanan bermula pada 1 Mac sehingga 30 Jun 2020 berikutan pandemik COVID-19. Pada suku ke-3 2020, Asia Rugby batal semua baki perlawanan dan penganjuran yang dijadualkan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. Oleh itu tiada sebarang penganjuran kejohanan Asia Rugby 15 sepasukan begitu juga beberapa kejohanan lain yang terkesan.

KEDUDUDKAN ASIA RUGBY 2019
#1 Hong Kong
#2 Korea Selatan
#3 Malaysia

TARIKH-TARIKH PENTING
24 Jun 2021 – Tarikh dan format Kejohanan Ragbi Asia rasmi akan diputuskan oleh penganjur.
19-27 Nov 2021 – Tarikh cadangan awal namun belum disahkan oleh penganjur seperti mana dikeluarkan dalam kalendar kejohanan Asia Rugby bagi tahun 2021.

KEDUDUKAN TANGGA DUNIA (Melibatkan negara Asia sahaja)
Kemaskini 14 Jun 2021
#22 Hong Kong
#31 Korea Selatan
#41 Filipina
#46 Malaysia

KEDUDUKAN TANGGA ASIA
Kemaskini 9 Mac 2020
#1 Jepun
#2 Hong Kong
#3 Korea Selatan
#4 Philipina
#5 Sri Lanka
#6 Malaysia
#7 Singapura
#8 UAE
#9 Kazakhstan
#10 Chinese Taipei

*Mendahului Singapura(#7) dan Thailand(#12) di mana dua negara ini merupaka seteru utama dalam sejarah perebutan kejuaraan ragbi 15s mahupun 7s.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Anjur Bacaan Yasin Perdana COVID-19

Program Bacaan Yasin Perdana anjuran Persatuan Ragbi Negeri Terengganu mendapat reaksi positif untuk teruskan oleh ahli-ahli gabungan negeri lain.

Situasi pandemik COVID-19 yang masih belum berkesudahan untuk tahun kedua memberi ujian besar buat penggiat-penggiat sukan tanah air. Pelbagai perancangan dan persiapan terbantut khususnya melibatkan peringkat kebangsaan mahupun negeri sehingga menimbulkan kerugian kos pelaburan yang telah dilakukan.

Jesteru itu Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengambil inisiatif untuk mengadakan program Bacaan Yassin Perdana secara atas talian bagi mendoakan kesejahteraan sewaktu tempoh bencana ini.

Timbalan Yang Dipertua PRNT Encik Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab(kiri) mengetuai bacaan yasin sewaktu berlangsung program Bacaan Yasin Perdana anjuran Persatuan Ragbi Negeri Terengganu pada 3 Jun 2021 secara atas talian.

Program dimulakan sejurus selepas solat Isyak diketuai bacaan oleh Timbalan Yang Dipertua PRNT Encik Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab turut disertai oleh Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama barisan kepimpinan tertinggi badan induk dan ahli-ahli gabungan setiap negeri dari kediaman masing-masing.

Turut berlangsung bacaan tahlil buat bekas pemain ragbi kebangsaan sekeluarga di Kuala Kangsar, Mohd Aliff Al-Hafiz Abdul Karim di atas pemergian bonda pada hari yang sama. Program julung kali yang diadakan ini mendapat sokongan lebih dari 60 peserta dari seluruh negara termasuk dari kalangan pemain ragbi wanita.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(kiri) juga merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia setelah menerima perlantikan bagi penggal 2019 sehingga 2022.

Mendapat reaksi positif, Timbalan Presiden KRM Amir Amri Muhammad menzahirkan agar program ini diteruskan oleh ahli-ahli gabungan negeri lain khususnya sewaktu ketiadaan sebarang penganjuran sewaktu pandemik COVID-19 ini. Melalui program ini juga secara tidak langsung dapat memberi motivasi terbaik buat setiap penggiat sukan ragbi ketika ini.

Mengulas lanjut tentang penganjuran dua kejohanan besar dalam kalendar sukan ragbi tanah air yang sepatutnya berlangsung pada Ogos nanti dan September nanti, KRM telah membuat keputusan untuk menangguhkan seketika sebarang kejohanan peringkat kebangsaan mahupun negeri sehingga situasi COVID-19 kembali reda.

Ramadhan Bukan Halangan Skuad Ragbi Terengganu

Klik untuk lihat video penuh – https://youtu.be/qJTsp3Tv8Lw

Berpuasa seharian sepanjang bulan Ramadhan ini tidak bermakna buat mana-mana atlet kebangsaan mahupun negeri untuk tidak menjalani program latihan sukan yang telah dirangka. Begitu juga buat skuad ragbi lelaki Terengganu yang tetap meneruskan rutin beban latihan bagi mempersiapkan pasukan menghadapi beberapa kejohanan kebangsaan yang telah dijadualkan selepas Aidilfitri nanti.

Pasukan ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan ke temasya SUKMA Johor 2022 menjalani rutin latihan seperti biasa walaupun menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Fokus latihan tidak hanya mengekalkan kecergasan di dalam gimnasium sahaja malah turut dilakukan di dalam padang bagi program latihan taktikal agar sentiasa berada di tahap yang dikehendaki. Percaturan ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini bertujuan agar momentum pasukan tidak terencat selepas tamatnya ibadah berpuasa ini.

Skuad yang dikenali sebagai ‘Hanelang 7s’ ini yang juga merupakan pasukan persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA Johor 2022) yang masih dibimbing oleh ketua jurulatih Izaimi Zainuddin buat tahun ke-5.

Izaimi Zainuddin galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih ragbi Terengganu buat tahun ke-5 bagi mempersiapkan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2022) nanti.

“Alhamdulillah hari ini kita selesai satu sesi latihan kecergasan pada bulan Ramadhan ini di mana kita berlatih sepenuhnya pada waktu malam bermula dari jam 10 malam sehingga lewat tengah malam. Selain latihan di gimnasium, kita juga melakukan program latihan taktikal di padang. Komitmen penuh telah diberikan oleh setiap ahli pasukan kecuali bagi atlet yang telah pulang ke institut penganjian tinggi masing-masing.” ujar ketua jurulatih ragbi skuad SUKMA 2022 kepada PenyuSukan.com

Untuk rekod, skuad ragbi lelaki Terengganu telah meraih pingat perak pada temasya SUKMA Perak pada 2018 di mana sebelum itu turut pernah meraih pingat emas pada SUKMA 2008 dan 2010. Pada penganjuran SUKMA Johor 2022 nanti, acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan di mana skuad ragbi negeri ini meletakkan sasaran podium untuk merangkul pingat.

Program Kemasyarakatan: Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Bukan Hanya Sekadar Entiti Sukan


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/JFGW4T-oQhA

Ulasan oleh Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad sewaktu program menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/sumbangan-ramadhan-kolaborasi-ragbi-terengganu-uitm-dungun/

X