Pusat Latihan SUKMA E-Center Terengganu dilengkapi dengan peralatan latihan elektronik terkini bagi mempersiapkan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor nanti.
Setelah sekian lama terpaksa menyewa beberapa premis latihan di sekitar Kuala Terengganu, akhirnya skuad sukan elektronik negeri ini menerima pusat latihan rasmi sendiri dalam usaha memperkukuhkan persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2022) nanti.
Pusat latihan yang dijenamakan sebagai Pusat Latihan SUKMA E-Center Terengganu telah dirasmikan oleh Exco Sukan Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya, Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail dan beberapa pemegang-pemegang taruh pembangunan sukan yang lain.
Terletak di dalam Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak merupakan lokasi strategik bagi menjalani program latihan sepenuh masa di bawah kendalian Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh utama program pembangunan sukan di negeri Terengganu.
Presiden eSports Malaysia Terengganu Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani
“Alhamdullilah akhirnya kami memperolehi pusat latihan sendiri tanpa perlu berpindah randah lagi. Pertamanya bangunan ini milik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, MSNT membantu dalam perbelanjaan keperluan peralatan latihan dan MSN juga turut memberi peruntukkan tambahan termasuk kos pengubahsuaian pusat latihan ini.”, ujar Presiden eSports Malaysia Terengganu Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani. eSports Malaysia Terengganu juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Elektronik Terengganu merupakan badan induk yang mengawal selia sukan elektronik dalam negeri ini.
Pusat Latihan SUKMA E-Center Terengganu telah dirasmikan pada 19 April 2021 mampu untuk memuatkan seramai 30 atlet sukan elektronik.
Sehingga kini sebanyak hampir RM 100 ribu ringgit telah dibelanjakan untuk pusat latihan yang dilengkapi dengan peralatan latihan terkini yang mampu memuatkan sehingga 30 atlet. Selain MSNT, pusat latihan ini juga turut mendapat sokongan peruntukkan dari Majlis Sukan Negara(MSN) bagi kerja-kerja penambahbaikan yang diperlukan dalam usaha untuk memperkukuhkan industri sukan elektronik di negeri ini.
Skuad sukan elektronik ini yang turut bernaung di bawah MSNT telah ditubuhkan sejak 2018 di mana ketika itu sukan ini menjadi sukan demonstrasi yang tidak menawarkan sebarang pungutan pingat di SUKMA Perak 2018. Walaupun belum sempat untuk beraksi di temasya SUKMA Johor 2020 yang tertunda, beberapa kejayaan di pentas antara bangsa dan kebangsaan telah dilakar sekaligus mendominasi penguasaan sukan elektronik di rantau ini.
Untuk rekod, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ merupakan atlet persiapan SUKMA negeri ini yang telah berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat negara sewaktu temasya Sukan SEA Filipina 2019 yang lalu.
Pasukan sukan elektronik(eSports) Terengganu bagi acara Mobile Legend Bang-Bang di bawah kendalian jurulatih Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar(tiga dari kiri) yang akan pertama kali membawa cabaran ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020.
Skuad sukan elektronik(esports) Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020 telah mendominasi sepenuhnya untuk muncul juara dalam acara Mobile Legend Bang-Bang(MLBB) bagi kejohanan kebangsaan yang dijenamakan sebagai Malaysia Esports Masters 2020. Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan(KBS) ini telah mempertandingkan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB), PUBG Mobile dan FIFA20 Pro Club dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000.
Pasukan sukan elektronik(eSports) Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020 berlatih sepenuh masa di fasiliti latihan Majlis Sukan Negeri Terengganu yang terletak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Johor merupakan tuan rumah sulung yang mencipta sejarah mempertandingkan sukan elektronik di temasya SUKMA Johor 2020.
Menambah manis buat pasukan di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) sepenuhnya ini, mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah bermula seawal pusingan pertama sehingga perlawanan akhir setelah berentap sepenuhnya dari fasiliti latihan sukan elektronik yang terletak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Berentap dengan format permainan ‘Best of Three’, memperlihatkan aksi cemerlang buat Terengganu untuk beraksi kurang dari 30 minit menewaskan wakil dari Negeri Sembilan(Saiyan Nogori) pada perlawanan akhir.
Skuad Elektronik Majlis Sukan Negeri Terengganu(Mobile Legend Bang-Bang) Dominasi Malaysia Esports Masters 2020.
Pentas kejohanan ini yang telah menghimpunkan 15 pasukan terbaik dari seluruh negara setelah masing-masing berentap menewaskan lawan di peringkat negeri masing-masing. Platform kejohanan ini juga menjadi tumpuan sebagai serampang dua mata program latihan buat pasukan-pasukan persediaan ke SUKMA Johor 2020 memandangkan ketandusan penganjuran berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.
Tempat ketiga berjaya disandang oleh wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah menewaskan wakil dari Pulau Pinang untuk berada di tempat ke empat. Kesemua pemenang telah diumumkan oleh penganjur secara dalam talian sejurus tamat kejohanan.
Mobile Legend Bang-Bang merupakan salah satu acara sukan elektronik(esports) yang pertama kali dipertandingkan di pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor yang mempertaruhkan 5 pingat keseluruhan untuk ke semua kontijen yang bertanding.
Pada temasya SUKMA Johor 2020 nanti, Mobile Legend Bang-Bang merupakan salah satu acara sukan elektronik yang bakal dipertandingkan di mana sukan ini menawarkan 5 pungutan pingat keseluruhan kepada setiap kontijen yang bertanding.
Pasukan sukan elektronik(eSports) Terengganu bagi acara Mobile Legend Bang-Bang di bawah kendalian jurulatih Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar yang akan pertama kali membawa cabaran ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 SUKMA Johor 2020.
“Kemenangan ini tidak memberikan keselesaan kepada pasukan SUKMA Terengganu, sebab kita masih ada lagi 6 bulan sebelum menjelang SUKMA 2020 di Johor. Dan dalam masa 6 bulan itu kita sangat berhati-hati dengan pasukan lain. Jadi kemenangan kejohanan Esports Master di peringkat negeri Terengganu dan kebangsaan ini memang tidak memberi keselesaan kepada pasukan SUKMA Terengganu tetapi ini mungkin permulaan untuk SUKMA 2020.”, ujar Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar selaku jurulatih pasukan.
Barisan atlet sukan elektronik Terengganu bersama kepimpinan Esports Malaysia Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu sewaktu hadir ke program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Skuad sukan elektronik(e-sports) Terengganu yang kini julung-julung kali dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) berkelana jauh meninggalkan dunia digital mereka seketika dalam usaha mencari realiti jati diri sebagai atlet elektronik.
Program yang dijenamakan sebagai ‘Team Realignment Program(TRiM) telah berlangsung selama dua hari pada 17 & 18 September lalu di pendalaman Tasik Kenyir, Hulu Terengganu disertai seramai 25 peserta di mana 15 daripadanya adalah barisan atlet sepenuhnya manakala selebihnya adalah pasukan pengurusan yang terdiri dari Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik di peringkat negeri dan penceramah jemputan.
Barisan atlet sukan elektronik Terengganu sewaktu pengisian slot aktiviti bagi program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Kehadiran pemenang 3 pingat emas di pentas antarabangsa yang pernah menduduki tangga kedudukan ke-4 dunia bagi atlet elektronik profesional FIFA, Rinie Ramli yang turut sama ‘terapung’ selaku penceramah jemputan menjadi tambah nilai yang tiada nilainya bagi memantapkan lagi pengisian program. Color Blind, Team Dynamic Eye Maze, Sniper Story Telling antara slot slot modul pengisian dalam program ini yang telah berlangsung selama dua hari satu malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh Rinie Ramli atau turut dikenali sebagai si_jali di kalangan penggiat sukan elektronik seluruh dunia.
Barisan atlet sukan elektronik Terengganu sewaktu pengisian slot aktiviti bagi program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
“Kesimpulannya, setiap anak-anak muda ada bakat dan memang berusaha keras untuk mencapai impian mereka tetapi tanpa bimbingan yang betul, mereka mungkin sukar untuk mencari jalan yang lain merentasi halangan yang berada di hadapan mereka. Kerana itulah MSN dan ESMT mengambil jurulatih bagi membantu mereka kerana jurulatih ni ada pengalaman yang banyak untuk membimbing mereka. Yang penting, mereka kerana terus bergerak ke hadapan dan tidak selesa dengan di mana mereka berada sekarang.”, ujar Rinie Ramli yang pernah menjawat jawatan selaku setiausaha agung Esports Malaysia selaku badan induk kebangsaan bagi sukan elektronik.
Kiri – Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merangkap pengurus pasukan sukan elektronik Terengganu bersama barisan atlet esports Terengganu sewaktu program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
“Sememangnya tasik Kenyir ini menjadi pemilihan lokasi yang tepat bagi program ini. Kami ingin lari jauh dari dunia digital yang sememangnya tidak boleh dinafikan bagi kami selaku pasukan esports. Namun ini yang perlu kami lakukan untuk mencari dan membina realiti jati diri setiap atlet sukan elektronik ini. Kami perlu pupuk kesefahaman dan kerjasama dalam berpasukan yang secara tidak langsung menjadi elemen pembangunan sahsiah atlet itu sendiri. Sukan elektronik ini bukanlah suatu sukan yang terletak di bahu individu atlet semata-mata. Bukan itu yang kami mahupun dan kerana itu kami di berada di tasik Kenyir ini.”, ujar Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merangkap pengurus pasukan sukan elektronik Terengganu yang akan membawa cabaran di temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) nanti.
Beliau juga turut mengulas kepada PenyuSukan.com bahawa selepas ini lebih banyak program – program sedemikian mahupun kursus-kursus berkaitan dengan sukan esports untuk diberi pendedahan kepada atlet-atlet sukan elektronik Terengganu ini memandangkan corak persediaan pasukan telah berubah seiring dengan perkembangan semasa di peringkat dunia.
Untuk rekod, pada temasya SUKMA Johor 2020 nanti merupakan penganjuran sulung yang mempertaruhkan sukan elektronik. Sebanyak 5 pingat keseluruhan dipertandingkan yang dijadualkan akan berlangsung bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 30 Mac 2021 sehingga 1 April 2021 nanti.
ZS NanNine muncul juara PUBG Mobile bagi acara perseorangan dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 manakala tempat kedua diduduki oleh GXS SYED dan tempat ke-3 oleh YoodoRude yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Adnan Syauqi Hafizi atau lebih mesra dikenali sebagai ZS NanNine yang kini berusia 18 tahun telah mencipta sensasi kejohanan MyEsports Terengganu 2020 setelah muncul johan dalam acara PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile(PUBG Mobile) bagi kategori perseorangan.
Atlet yang berasal dari Lumut, Perak dan kini menetap di Negeri Sembilan ini berjaya menafikan 60 atlet lain termasuk mengejutkan beberapa atlet pilihan yang layak ke pusingan akhir. Menambah manis buat atlet yang bernaung di bawah pasukan Zeus Strike Clan, kemenangan ini merupakan kejayaan terbesar yang pernah dikecapi sejak berkecimpung dalam dunia sukan elektronik ini.
Aksi ZS NanNine sewaktu berentap di pusingan akhir PUBG Mobile bagi acara perseorangan dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Setiap perlawanan disiarkan secara langsung di laman Facebook Jabatan Belia Sukan dan Negeri Terengganu dan juga Esports Malaysia Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
“Ini adalah kejayaan terbesar bagi saya buat masa ini. Terdahulu pernah juga menjuarai di kejohanan ‘Mini Tournament Online by Chel Nbwn (SQUAD)’ pada 10 Jun lepas dan sebelum itu di kejohanan yang dianjurkan oleh The Lions Esport Short Tournament (SQUAD) pada 1 Jun lepas. Saya juga pernah mendapat gunslinger dalam salah satu kejohanan yang dianjurkan oleh RiotXGank (SQUAD).”; ujar ZS NanNine kepada PenyuSukan.com
Namun sebelum itu untuk muncul juara ternyata bukan laluan mudah buat ZS NanNine yang bergelut dengan masalah emosi berikutan terhimpit dengan beberapa masalah peribadi sehingga hampir-hampir untuk menarik diri. Namun sokongan moral dari rakan-rakan ternyata mampu untuk memberi fokus sepenuhnya untuk berentap dengan beberapa nama besar dalam arena sukan elektronik yang turut berentap dalam MyEsports Terengganu 2020 ini.
ZS NanNine(dua dari kanan) bersama ahli pasukan Zeus Strike Clan sewaktu berkampung di Terengganu untuk berentap dalam kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 11 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/ZeusStrikeLivestream
ZS NanNine juga turut menzahirkan berterima kasih dan tahniah kepada penganjur di atas ruang dan peluang yang telah diberikan. Satu kejohanan yang berprestij dan amat dinantikan berikutan ketandusan penganjuran berikutan pandekmik COVID-19 yang belum bernoktah. Beliau juga turut berpendapat di mana kejohanan yang diadakah secara ‘offline’ mampu memberikan pengalaman yang berbeza buat setiap atlet yang bertanding.
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 kembali mewarnai komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge 2.0 peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.
Kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) bersama Esports Malaysia Terengganu(EMT) selaku badan induk sukan elektronik Terengganu sekaligus meletakkan penanda aras prestij penganjuran yang menawarkan ganjaran wang tunai kemenangan.
Malah penganjuran di fasa pasca COVID-19 ini juga dilihat tepat pada waktunya memandangkan ketandusan penganjuran sedemikian yang sering dinanti-nanti oleh atlet elektronik seluruh negara. Penyertaan adalah seramai 644 atlet melibatkan kategori perseorangan dan berpasukan bagi acara Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) yang telah berentap sejak 11 September lalu. Kemuncak penganjuran ini bagi acara berkumpulan bakal melabuhkan tirai elektronik pada 19 September di mana ianya turut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook JBSNT dan EMT selaku penganjur bersama.
KEPUTUSAN PENUH MYESPORTS TERENGGANU 2020 PUBG MOBILE(SOLO)
JUARA – ZS NanNine NAIB JUARA – GXS SYED TEMPAT KE-3 – YoodoRude
Ulasan perkembangan terkini sukan elektronik di negeri Terengganu oleh Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah selaku penganjur Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.
Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.
Ulasan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail selaku penganjur Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 yang dianjurkan bersama Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik negeri Terengganu yang mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas.
Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.
Kejohanan sukan elektronik yang dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Esports Malaysia Terengganu dan WEPES Malaysian E-League mempertaruhkan dua acara sukan elektronik iaitu Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG).
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 menjadi penanda aras baharu perkembangan komuniti sukan elektronik di negeri ini rentetan maklumbalas positif penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada April lepas. Kerjasama strategik di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) bersama Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik Terengganu sekaligus meletakkan penanda aras prestij penganjuran yang menawarkan ganjaran wang tunai kemenangan.
Seramai 644 atlet elektronik dari seluruh negeri Terengganu melibatkan kategori perseorangan dan berpasukan bagi acara Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) telah berentap 11 September lalu. Kemuncak penganjuran bakal melabuhkan tirai elektronik pada 19 September ini di mana ianya turut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook JBSNT dan EMT selaku penganjur bersama.
Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 tarik 644 atlet eletronik yang terdiri daripada anak jati Terengganu sepenuhnya untuk berentap merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM 5,350.00. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Penganjuran ini yang juga merupakan sebahagian dari program pembangunan sukan elektronik yang dikelolakan oleh JBSNT dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat terpendam khususnya bagi atlet yang berada dari kawasan luar bandar. Melalui program kerjasama ini juga sudah pasti dapat membantu pihak persatuan sukan berkaitan bagi merangka pelbagai program berkaitan masa depan sukan ini.
Menambah menarik, pentas penganjuran ini turut disertai oleh atlet eletronik Terengganu yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) pada tahun hadapan. Kesempatan ini diambil memandangkan ketandusan penganjuran kejohanan sedemikian berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah sedikit sebanyak telah merencatkan persiapan pasukan.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Kejohanan ini adalah kesinambungan penganjuran MyStay@HomeChallenge peringkat negeri oleh Kementerian Belia dan Sukan pada April lalu.. jadi pada penganjuran kali ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta-peserta yang tidak berkesempatan untuk sekali lagi berentap di peringkat negeri. Melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu selaku penganjur bersama Esports Malaysia Terengganu sudah pasti kejohanan ini sewajarnya menjadi salah satu platform pembangunan sukan elektronik di negeri ini. Malah pada kejohanan ini turut disertai beberapa atlet Terengganu itu sendiri yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.”; ujar Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail kepada PenyuSukan.com
Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Muhammad Shafiq Ahmad Said. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Pendaftaran Kejohanan MyEsports Terengganu 2020 terpaksa ditutup awal memandangkan sambutan yang amat memberansangkan sehingga memenuhi kuota pertandingan. Satu penanda aras yang terbaik bagi penganjuran ini. Sesungguhnya kami tidak menjangkakan. Sudah pasti sambutan ini memberi maklum balas jelas agar pertandingan sebegini akan diteruskan di masa hadapan”, berkata Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Muhammad Shafiq Ahmad Said selaku pegawai penyelaras Kejohanan MyEsports Terengganu 2020.
Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah(tengah) bersama atlet-atlet elektronik yang akan berentap dalam MyEsports Terengganu 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Sebarang usaha kerjasama penganjuran berkaitan belia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu tidak semestinya memfokuskan kejohanan pertandingan sukan elektronik sahaja. Pelbagai program berkaitan sukan ini telah dianjurkan dan banyak lagi program akan datang yang telah dirangka. Sukan ini bukan hanya memfokuskan kepada permainan mahupun pertandingan itu sendiri.. malah melalui sukan elektronik ini juga banyak peluang kerjaya mampu diterokai yang boleh kita hebahkan kepada masyarakat.”, berkata Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah
Atlet Sukan Elektronik Terengganu Faizal Razali. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Kejohanan ini sangat penting buat kami atlet SUKMA Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti. Hanya melalui kejohanan yang kompetitif mampu untuk kami mengetahui sebarang kelemahan mahupun kesilapan yang perlu kami perbaiki. Sejak PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) berikutan pandemik COVID-19 ini, prestasi kami agak terumbang ambing kerana kurang pendedahan dalam sebarang pertandingan sama ada di dalam negeri mahupun luar negara berikutan tiada penganjuran. Kami akan manfaatkan segala peluang dan ruang untuk mengekalkan momentum menjelang SUKMA nanti.”; ulas Faizal Razali selaku atlet sukan elektronik yang kini terlibat dalam persiapan pasukan ke SUKMA Johor 2020 nanti.
Facebook rasmi Persatuan Sukan elektronik Terengganu(Esports Malaysia Terengganu). Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Persatuan Sukan elektronik Terengganu(Esports Malaysia Terengganu) dalam satu hebahan di laman Facebook Esports Malaysia Terengganu melancarkan kempen ‘ESMT PERIHATIN’ untuk memohon sumbangan dari orang ramai bagi membantu Zulfikri bin Mohd Kharudin berikutan masalah kesihatan Cerebral Atrophy (berkaitan otak menyusut) yang kronik dan kini telah ditempatkan di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Zulfikri yang kini berusia 38 tahun berasal dari Seberang Takit, Kuala Terenggau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa(AJK) persatuan sukan elektronik negeri Terengganu ini telah berkeluarga di mana mempunyai dua cahaya mata yang berusia 3 tahun dan bayi berusia 7 bulan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus 014 – 356 6776 (Bendahari ESMT – Afiqi Afandi). Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Oleh yang sedemikian, kepada orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui maklumat akaun bank berikut:
BANK: RHB Bank Berhad NAMA AKAUN: Persatuan Sukan Elektronik Terengganu NO. AKAUN: 2130 1000 1287 68
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus 014 – 356 6776 (Bendahari ESMT – Afiqi Afandi)
Ulasan Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah selaku pengurus pasukan sukan elektronik negeri Terengganu yang membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti. Antara kupasan berkaitan sejarah ringkas penubuhan pasukan sukan elektronik negeri Terengganu, persiapan dan cabaran pembentukan pasukan khususnya pencarian atlet dan lain-lain lagi.
Skuad sukan elektronik(e-sukan) negeri Terengganu kini berada di landasan terbaik dalam persiapan pasukan untuk pertama kali berentap di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor nanti. Sejurus tamat penganjuran SUKMA Perak 2018, Majlis Sukan Negeri Terengganu tidak mengambil masa yang lama untuk membina pasukan ini memandangkan sememangnya sukan elektronik ini telah bertapak sekian lama di negeri ini. Malah bertambah menarik, barisan atlet-atlet sukan elektronik yang juga merupakan anak jati negeri Terengganu telah lama mencipta sensasi kejayaan sama ada di pentas tempatan mahupun antarabangsa.
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti sukan elektronik adalah anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun merupakan anak kelahiran negeri Terengganu Darul Iman pertama merangkul pingat di pentas Sukan SEA. Kredit – Facebook.com/esmterengganu
Terkini Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti sukan elektronik adalah anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun merupakan anak kelahiran negeri Terengganu Darul Iman pertama merangkul pingat di pentas Sukan SEA. Sebelum itu Muhammad Rafiq Firdaus juga telah mencuri tumpuan setelah muncul juara Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia pada 24 Februari lalu sekaligus pertama kali meraih slot mewakili Malaysia ke pentas akhir PES SEA Finals 2019 di Bangkok pada 3 Mac 2019 .
Muhammad Rafiq Firdaus(kiri) muncul juara Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia pada 24 Februari lalu sekaligus pertama kali meraih slot mewakili Malaysia ke pentas akhir PES SEA Finals 2019 di Bangkok pada 3 Mac 2019. Kredit Foto – Facebook.com/officialPESMY
Kejayaan ini juga sekaligus mencipta sejarah selaku anak jati Terengganu yang pertama mewakili Malaysia ke kejohanan PES SEA Finals. Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals sememangnya menjadi satu pentas sukan elektronik paling berpretij di negara rantau Asia Tenggara yang menjadi idaman bagi setiap atlet untuk layak bertanding. Penganjuran sulung pada tahun 2016 hanya melibatkan 4 negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Kini masuk edisi penganjuran ke-4 memperlihatkan pertambahan beberapa negarai seperti Singapura, Myanmar, Kemboja dan Laos menjadikan keseluruhan 8 negara yang bertanding. Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu Rafiq juga telah mencipta kejutan untuk muncul juara acara tahunan sukan elektronik terbesar iaitu Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 setelah menewaskan pasukan pilihan kejohanan.
ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015. Kredit Foto – JomGaming.my
Seterusnya dalam misi memburu kejayaan di pentas SUKMA Johor 2020 nanti, skuad sukan elektronik negeri ini optimis untuk meraih podium bagi setiap acara yang dipertandingkan. Oleh itu Majlis Sukan Negeri Terengganu telah mewujudkan tiga pasukan sukan elektronik untuk menyentap pingat sulung yang pertama kali dianjurkan bagi acara Pro Evolution Soccer, Mobile Legends dan DOTA 2 di Johor nanti. Sehingga artikel ini ditulis, skuad sukan elektronik(e-sukan) negeri Terengganu di barisi oleh 6 atlet Mobile Legends, 6 atlet DOTA 2 serta 4 atlet Pro Evolution Soccer di bawah kendalian 3 jurulatih sepenuh masa yang juga merupakan anak jati negeri ini.
Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah menggalas selaku pengurus pasukan sukan elektronik yang akan pertama kali berentap di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti. Penganjuran SUKMA Johor 2020 merupakan penganjuran kali ke-20 mencipta sejarah apabila mempertandingkan sukan elektronik yang menawarkan kutipan pingat. Kredit – PenyuSukan.com
“Uniknya sukan e-sport ini, kebanyakkan bagi DOTA dan Mobile Legends ini mereka melakukan latihan di dalam talian(online). Kita masih lagi dalam fasa penyediaan tempat latihan sepenuhnya. Masih perlukan pendedahan lagi sebab awal tahun hadapan pihak Majlis Sukan Negeri minta kita hantar bootcamp atau pun mencari pengalaman di luar negeri lagi. Kena pergi ke Thailand, Indonesia untuk mencari pengalaman pertandingan lagi.”; ujar Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah yang menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan sukan elektronik negeri Terengganu.
https://youtu.be/OvE0Oj4zmeY
Ulasan penuh Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah yang menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan sukan elektronik negeri Terengganu
Bagi penggiat-penggiat sukan elektronik di luar sana yang berminat untuk menyertai sebarang program pembangunan sukan elektronik di negeri Terengganu sila lawati – https://www.facebook.com/esmterengganu/
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti sukan elektronik adalah anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun merupakan anak kelahiran negeri Terengganu Darul Iman pertama merangkul pingat di pentas Sukan SEA. Kredit – Facebook.com/esmterengganu
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi merupakan atlet sukan elektronik (e-Sukan) kelahiran negeri Terengganu yang pertama cipta kejutan meraih pingat di pentas temasya dwi-tahunan sukan SEA iaitu di Sukan SEA Filipina 2019.
Anak muda berusia 18 tahun (Lahir pada 16 Julai 2001) yang juga merupakan anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun bersama 5 ahli pasukan lain telah terpilih pertama kali untuk mewakili negara di pentas Sukan SEA bagi berentap dalam acara Mobile Legends: Bang Bang.
Mampu untuk menyumbang pingat gangsa sekaligus menambah kutipan pingat kontijen Malaysia untuk acara sukan yang pertama kali dipertandingkan di pentas Sukan SEA ini sewajarnya harus diberi pujian.
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi(tiga dari kanan) bersama ahli pasukan Mobile Legends: Bang Bang yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ merupakan anak kelahiran negeri Terengganu Darul Iman telah merangkul pingat gangsa dalam acara sukan elektronik yang pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA Filipina 2019. Kredit – Facebook.com/esmterengganu
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid, Muhammad Hazeem Onn, Jamil Nurolla dan Mohd Faris Zakaria yang meraih pingat gangsa pertama kali dalam sejarah penganjuran ini terpaksa memberi laluan kepada pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan akhir bertemu Indonesia.
Skuad negara memberi laluan kepada pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan akhir Mobile Legends: Bang Bang. Kredit – https://www2.2019seagames.com/results
Sebelum itu pasukan negara telah bertemu Indonesia dalam pusingan separuh akhir namun tewas untuk menempah tiket ke penentuan pingat emas. Skuad Mobile Legends: Bang Bang Malaysia telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan A bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Cambodia di mana pasukan ini mencatatkan kutipan mata tertinggi dalam kumpulan untuk layak ke pusingan kedua peringkat penentuan.
San Juan Arena yang menjadi venue kejohanan e-Sukan ini di mana pasukan tuan rumah; Filipina muncul juara merangkul pingat emas bagi acara Mobile Legends: Bang Bang ini setelah berjaya menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir berkeputusan 03-02.
Untuk rekod, sebanyak enam pingat emas ditawarkan bagi sukan elektronik meliputi acara Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Hearthstone, Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor yang kali pertama dipertandingkan di pentas Sukan SEA.
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti sukan elektronik adalah anak jati Kampung Padang Jambu, Dungun. Kredit – https://www2.2019seagames.com/athletes
Ahmad Ali Huzaifi yang lebih dikenali sebagai ‘Lexia’ di kalangan komuniti e-sukan mula menempa nama setelah muncul juara dalam satu kejohanan e-sukan di Kampung Cina, Kuala Terengganu suatu ketika dahulu. Bermula dari situ Lexia kerap menyertai pelbagai kejohanan acara Mobile Legends sehingga ditawarkan kerjaya sebagai pemain profesional sepenuh masa mewakili pasukan Boss Pusher sebelum terpilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA Filipina 2019 ini.
Lexia yang beraksi selaku pemain ‘midlanner’ di dalam pasukan merupakan antara pemain midlanner terbaik dalam arena e-Sukan tanah air. Rentetan kejayaan ini, Lexia yang juga merupakan atlet e-sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) sudah pasti memberi kelebihan buat kontijen negeri ini untuk memburu kejayaan sulung di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) di Johor pada tahun hadapan.
Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merupakan pengurus pasukan bagi sukan elektronik kontijen Terengganu yang akan membawa cabaran di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 nanti. Kredit – Facebook.com/syedafif.hakimi
“Selaku pengurus pasukan SUKMA, sudah tentu ini satu kejutan besar bagi kami dan juga komuniti Esports Malaysia kerana bagi acara Mobile Legends di pentas Sukan SEA Filipina ini tiada sebarang pungutan pingat disasarkan. Satu kebanggaan buat Malaysia dan juga sudah pasti untuk Terengganu di mana secara tidak langsung menaikkan moral atlet-atlet Mobile Legends dalam kem SUKMA ini. Kami amat optimis untuk menyasarkan salah satu kutipan pingat pada SUKMA Johor 2020 nanti. Acara Mobile Legends ini bukanlah acara individu di mana memerlukan kerjasama yang tinggi daripada 5 ahli dalam satu pasukan”; ujar Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah selaku pengurus pasukan sukan elektronik bagi temasya SUKMA Johor 2020.
Pada SUKMA Johor 2020 nanti, e-sukan juga turut mencipta sejarah di mana pertama kali dipertandingkan mempertaruhkan kutipan pingat dalam temasya dwi tahunan ini.
Skuad Mobile Legends: Bang Bang Malaysia telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan A bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Cambodia. Kredit – Agensi
SUKAN SEA FILIPINA 2019 KEPUTUSAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG *Melibatkan pasukan Malaysia sahaja
SEPARUH AKHIR 6 Disember 2019 – No. Perlawanan: 217 MALAYSIA vs Indonesia 00-02
PERINGKAT KUMPULAN A 5 Disember 2019 – No. Perlawanan: 153 MALAYSIA vs Singapura 01-01
5 Disember 2019 – No. Perlawanan: 152 MALAYSIA vs Cambodia 02-00
5 Disember 2019 – No. Perlawanan: 101 MALAYSIA vs Vietnam 01-01
Ulasan penganjuran Terengganu Esports Challenge 2019 oleh Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Noorul Husna A. Rashid
TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua acara sukan elektronik ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan telah berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang.
Seramai 128 atlet sukan elektronik seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan ini untuk merebut slot mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara 2018 nanti.
Ulasan penganjuran Terengganu Esports Challenge 2019 daripada Setiausaha Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu), Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah.
TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua acara sukan elektronik ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan telah berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang.
Seramai 128 atlet sukan elektronik seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan ini untuk merebut slot mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara 2018 nanti.
Puan Zahrah Ismail dari Marang merupakan ibu kepada salah seorang peserta Terengganu Esports Challenge 2019 yang hadir untuk memberi sokongan. Tanda sokongan dari ibubapa ini secara tidak langsung memberi impak positif pada perkembangan sukan elektronik tanah air.
TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019 Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua acara sukan elektronik ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan telah berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang.
Seramai 128 atlet sukan elektronik seluruh negeri Terengganu telah menyertai kejohanan ini untuk merebut slot mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara 2018 nanti.
Terengganu ESports Challenge 2019 merupakan pentas pemilihan atlet sukan elektronik untuk mewakili negeri Terengganu di kejohanan Hari Sukan Negara 2019 nanti. Kredit – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)
Perkembangan sukan elektronik negeri Terengganu terus diwarnai dengan penganjuran Terengganu ESports Challenge 2019 yang bakal berlansung pada 22 sehingga 23 Mac 2019 nanti. Kejohanan elektronik dengan sasaran pengertaan seramai 128 atlet nanti akan berlansung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang merupakan pentas untuk pencarian atlet mewakili negeri ini ke kejohanan di Hari Sukan Negara pada Oktober 2019 nanti.
Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dan FIFA 2019 menjadi taruhan di mana kedua-dua sukan ini adalah yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia). Kejohanan yang bakal berlansung ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenang. Malah turut ditawarkan hamper kepada pemenang tempat ke-4 sehingga tempat ke-8.
Kredit – Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu)
Menambah menarik pihak penganjur turut meletakkan beberapa syarat kepada peserta di mana hanya atlet tempatan negeri Terengganu sahaja dibenarkan. Selain itu atlet yang pernah beraksi mewakili negara mahupun atlet bertaraf profesional tidak dibenarkan bertanding.
Hal ini secara tidak lansung memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk beraksi sekaligus menyokong program pembangunan sukan elektronik yang telah dianjurkan di negeri Terengganu ini. Penyertaan hanya terbuka kepada 128 atlet sahaja di mana untuk setiap sukan hanya sebanyak 64 atlet sahaja. Oleh sedemikian kepada mereka yang berminat perlu merebut peluang ini sebelum terlambat.
SYARAT PENYERTAAN TERENGGANU ESPORTS CHALLENGE 2019
a) Pemain pernah mewakili MALAYSIA & pemain bertaraf profesional tidak dibenarkan sertai
b) Pemain bawah 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa
c) Rakyat negeri Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA & TERHAD!
Sebarang urusan pendaftaran sila klik pada pautan berikut:
Untuk rekod, penganjuran program berkaitan sukan elektronik ini merupakan kerjasama kali kedua di antara pihak Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Pada tahun lalu kedua-dua pihak telah menganjurkan ‘Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu’ pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu.
Montaj semperna Terengganu ESports Challenge 2019 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang & Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (Esports Malaysia Terengganu) diadakan untuk Pemilihan Atlet Anak Jati TERENGGANU untuk PES & FIFA berlangsung pada 22-23 Mac 2019 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang
Muhammad Rafiq Firdaus(kiri) muncul juara Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia pada 24 Februari lalu sekaligus pertama kali meraih slot mewakili Malaysia ke pentas akhir PES SEA Finals 2019 di Bangkok pada 3 Mac 2019 ini. Kredit Foto – Facebook.com/officialPESMY
Atlet sukan elektronik negeri Terengganu; Muhammad Rafiq Firdaus membuka tirai kalendar arena sukan elektronik dengan langkah kanan setelah layak untuk mewakili Malaysia ke ke pentas akhir Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals (Road to Asia) di Bangkok, Thailand pada 3 Mac 2019 ini. Menambah manis anak jati dari Kampung Tasik, Setiu ini merupakan anak jati pertama dari negeri Terengganu yang layak mewakili negara untuk berentap di pentas antarabangsa sukan elektronik ini.
Berusia 19 tahun kini dikenali sebagai ‘FL|Rafiq’ (FL adalah merupakan nama ‘clan’ bagi FourLife) meraih slot mewakili negara setelah muncul juara dalam kejohanan PES 2019 yang baru tamat pada 24 Februari 2019 lalu di Epicenter, Sungai Buloh, Selangor. Selain layak mendapat slot untuk mewakili negara, Rafiq juga selaku juara turut meraih tiket penerbangan dan juga penginapan untuk meneruskan pejuangan di Bangkok nanti.
Kredit – Facebook.com/officialPESMY
Kejohanan PES 2019 anjuran PES Malaysia ini merupakan acara tumpuan terbesar menghimpunkan atlet-atlet seluruh negara untuk merebut slot mewakili negara ke Bangkok nanti. Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu Rafiq telah mencipta kejutan untuk muncul juara acara tahunan sukan elektronik terbesar iaitu Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 setelah menewaskan pasukan pilihan kejohanan.
Kredit – Facebook.com/sea.pes
Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals sememangnya menjadi satu pentas sukan elektronik paling berpretij di negara rantau Asia Tenggara yang menjadi idaman bagi setiap atlet untuk layak bertanding. Penganjuran sulung pada tahun 2016 hanya melibatkan 4 negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Kini masuk edisi penganjuran ke-4 memperlihatkan pertambahan beberapa negarai seperti Singapura, Myanmar, Kemboja dan Laos menjadikan keseluruhan 8 negara yang bertanding.
Pada tahun ini diperkenalkan sistem kedudukan kutipan mata bagi setiap atlet yang ingin berentap di pentas terakhir kejohanan ini. 2 atlet yang memperolehi kutipan mata tertinggi secara automatik berjaya meraih slot untuk mewakili negara manakala 2 atlet lagi bakal ditentukan melalui slot ‘wildcard’. Kedudukan kutipan mata terkini boleh dilihat di – https://www.pesmalaysia.com/rank.php?platform=1
Sebarang perkembangan terkini Kejohanan PES South East Asia(SEA) Finals (Road to Asia) boleh dilihat di – https://www.facebook.com/sea.pes
Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah(empat dari kiri) selaku Naib President E-Sports Malaysia Terengganu(ESMT) turut hadir ke Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 bersama anak jati negeri Terengganu; Muhammad Rafiq Firdaus(tiga dari kiri) dan Mohd Azan Bin Jusoh(tiga dari kanan) yang telah menguasai podium di kejohanan tahunan paling prestij ini. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Anak jati Terengganu dari Kampung Tasik, Setiu; Muhammad Rafiq Firdaus(atg|rafiq) mencipta kejutan setelah muncul juara acara tahunan Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 yang telah berlansung pada 27 dan 28 Oktober 2018 bertempat di Empire City, Petaling Jaya. Kejutan ini juga turut mencetus sensasi apabila berjaya menewaskan atlet pilihan dari pasukan Dreamteam yang merupakan antara pasukan ternama dalam arena sukan elektronik tempatan. Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) menjadi pentas kejuaraan buat pemuda berusia 18 tahun untuk membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM4,500.00.
Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah(tiga dari kiri) selaku Naib President E-Sports Malaysia Terengganu(ESMT) bersama anak jati negeri Terengganu; Muhammad Rafiq Firdaus(dua dari kiri) dan Mohd Azan Bin Jusoh(dua dari kanan) dan pememang tempat ke-3 dan ke-4 dalam Kejohanan Selangor Cyber Games 2018. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Menambah manis, anak jati Dungun Mohd Azan Bin Jusoh(GW|azan way) juga turut berkongsi podium setelah berjaya meraih tempat ketiga untuk membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM1,500.00. Azan merupakan antara atlet sukan elektronik yang mula mencipta nama setelah sering berada di tangga kedudukan ketiga teratas dalam negeri Terengganu sejak 2017. Sebelum ini beliau kurang menyerlah dalam sebarang kejohanan di luar negeri Terengganu namun hari ini beliau turut mencipta sensasi setelah menewaskan bekas atlet negara.
Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 merupakan kejohanan tahunan paling berprestij di kalangan atlet & penggiat sukan elektronik di seluruh negara. Kredit – https://selangorcybergames.net
PES2019 merupakan sukan elektronik yang pertama kali dipertandingkan di pentas Kejohanan Selangor Cyber Games yang kini masuk tahun ke-5 penganjuran setelah bermula pada 2014. Kejohanan tahunan anjuran kerajaan negeri Selangor ini merupakan kejohanan paling berprestij peringkat kebangsaan yang menjadi tumpuan di kalangan atlet dan penggiat sukan elektronik. Oleh yang sedemikian sewajarnya pujian harus diberikan kepada atlet-atlet dari negeri Terengganu yang sanggup menempuh perjalanan jauh untuk berentap di pentas tertinggi sukan elektronik ini.
Muhammad Rafiq Firdaus(atg|rafiq)(dua dari kiri) bersama ahli pasukan ATG Gamerz setelah muncul juara di pentas Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 untuk berentap dalam sukan Pro Evolution Soccer 2019(PES2019). Singkatan ‘ATG’ membawa maksud Anak Tasik Group di mana pasukan sukan elektronik ini merupakan anak jati Kampung Tasik, Setiu, Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Untuk rekod, Muhammad Rafiq Firdaus merupakan atlet dari pasukan ATG Gamerz dan Mohd Azan Bin Jusoh dari pasukan Gamerz World Dungun di antara pasukan yang sering mewarnai sebarang kejohanan-kejohanan sukan elektronik khususnya dalam negeri Terengganu. Kedua-dua pasukan ini telah dibentuk dari ‘gaming studio’ (pusat sukan elektronik) di negeri ini pada sekitar tahun 2016 dan 2017 untuk turut aktif menyertai kejohanan Liga PES(Pro Evolution Soccer) Terengganu yang dianjurkan oleh E-Sports Malaysia Terengganu(ESMT) bersama komuniti sukan elektronik tempatan.
Anak jati Terengganu; Muhammad Rafiq Firdaus dari pasukan ATG Gamerz bersama Shukri dari pasukan Dreamteam sewaktu mara ke pusingan separuh akhir di pentas Pro Evolution Soccer 2019(PES2019) dalam Kejohanan Selangor Cyber Games 2018 yang telah berlansung pada 27 dan 28 Oktober 2018 bertempat di Empire City, Petaling Jaya. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Ternyata penganjuran kejohanan tempatan ini dilihat mampu untuk menjadi pentas terbaik melahirkan atlet-atlet kelahiran negeri Terengganu untuk mencipta nama di pentas yang lebih tinggi lagi.
“Sememangnya kami mensasarkan podium untuk Rafiq, namun kejayaan Azan menambah kejutan buat kami semua setelah menewaskan 2 bekas pemain negara di dalam perlawanan peringkat 16 terbaik dan 8 terbaik. Azan adalah ‘The Giant Kiler’ dalam kejohanan paling berprestij ini!”, ujar Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah selaku Naib President E-Sports Malaysia Terengganu(ESMT) yang dihubungi.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin(duduk berkemeja biru) turut meluangkan masa untuk mencuba sukan elektronik di program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu tidak mempunyai halangan untuk menyekat perkembangan sukan elektronik yang kini menjadi satu fenomena baru di kalangan belia. Malah pihak kerajaan negeri juga turut telah memberi sokongan penuh kepada Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) bagi memastikan persatuan sukan ini mampu berdaya saing dengan persatuan sukan elektronik dari negeri – negeri lain.
ESM Terengganu merupakan badan sukan elektronik negeri Terengganu yang telah berdaftar dengan Pesuruh Jaya Sukan Malaysia pada 22 September 2015.
“Sebarang usaha dari pelbagai pihak yang memberi manfaat kepada belia amat dialu-alukan dan di pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu.”; ujar YB Ustaz Hishamuddin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu yang ditemui sewaktu progam Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018.
Wakil dari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) sewaktu program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Beliau juga turut mengulas bahawa potensi sukan ini tidak hanya memfokuskan kepada aktiviti acara sukan berkenaan malah mampu untuk memberi peluang keusahawanan kepada para belia di negeri ini. Wujudnya persatuan sukan elektronik di negeri ini dilihat mampu untuk memberi ruang kepada belia-belia terlibat dalam suatu perkara yang membawa kemanfaatan dari terlibat aktiviti yang tidak sihat.
Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu turut telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Untuk rekod, kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telah memberi tajaan logistik dan lain-lain sokongan kepada ESM Terengganu bagi menghadapi Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018 yang lalu.
Progam Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung melibatkan beberapa agensi kerajaan juga memberi gambaran tepat tentang perkembangan sukan ini secara tidak lansung mampu merapatkan jurang di antara komuniti sukan elektronik.
Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; En Rini Bin Ramli turut hadir untuk menyampaikan penerangan kepada peserta program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Beliau juga turut merupakan atlet sukan elektronik yang pernah menjuarai Kejuaraan Asia sebanyak 3 kali dan pernah berada di tangga ke-4 kedudukan dunia sukan elektronik. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“ESM Malaysia(Persatuan Sukan Elektronik Malaysia) selaku badan induk peringkat kebangsaan yang mengawal selia sukan ini telah menyediakan satu garis panduan pusat sukan elektronik agar agensi-agensi berkaitan mendapat gambaran sepenuhnya bagaimana pusat sukan ini beroperasi. Gambaran tepat mampu untuk mengelakan pandangan negatif terhadap sukan ini yang sering timbul di kalangan pihak berkuasa khususnya masyarakat.”; ujar En Rini Bin Ramli selaku Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia sewaktu ditemui di program bengkel sukan elektronik ini.
Beliau turut mengulas bahawa ESM Malaysia juga turut menjadi rujukan beberapa pihak berkuasa tempatan di beberapa negeri dalam memastikan setiap pusat sukan elektronik yang diperiksa berdaftar dengan persatuan induk ini atau tidak. Sekiranya berdaftar dengan persatuan induk ini sudah pasti pusat berkenaan tidak melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan. Umumnya terdapat segelintir ‘pusat sukan elektronik’ yang tidak berdaftar menyalahgunakan nama persatuan ini untuk kegiatan yang menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan.
Berikut adalah garis panduan untuk pusat-pusat sukan elektronik yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Sukan Elektronik Malaysia.
a) Pusat/syarikat haruslah berdaftar sebagai ahli bersekutu Persatuan Sukan Elektronik Malaysia.
b) Pusat/syarikat haruslah berdaftar dengan SSM.
c) Pusat/syarikat haruslah mendapat lesen/surat kebenaran untuk beroperasi dari pihak berkuasa tempatan dan jabatan bomba.
d) Pusat/syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangya 8 set konsol/50 set komputer yang mempunyai “minimum specs” untuk permainan sukan elektronik.
e) Pusat Sukan Elektronik haruslah mempunyai permainan-permainan sukan elektronik yang di iktiraf. Berikut adalah permainan-permainan sukan elektronik yang di iktiraf:
i) DOTA 2 by Valve
ii) FIFA series by EA Sports
iii) Pro Evolution Soccer series by Konami
iv) Counterstrike: Global Offensive by Valve
v) League Of Legend by Riot Games
vi) Street Fighter series by Capcom
vii) Tekken series by Konami
viii) Playerunknown’s Battleground(PUBG) by Bluehole
ix) Fortnite by Epic Games
x) Starcraft 2 by Blizzard
xi) Hearthstone by Blizzard
xii) Overwatch by Blizzard
xiii) Call of Duty series by Activision
xiv) Rocket League by Psyonix
xv) Mobile Legends by Moonton
xvi) Arena of Valor by Garena
xvii) Pokemon by Nintendo
f) Pusat/syarikat haruslah mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, terang, sihat dan selamat sepanjang masa.
Untuk sebarang matlumat lanjut, boleh hubungi setiausaha persatuan Rinie di 017-3020087 atau emel rinie@esportsmalaysia.org
Program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu turut menghimpunkan agensi-agensi berkaitan dan penggiat sukan elektronik untuk mendapat gambaran tepat tentang sukan ini yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Penganjuran sulung ‘Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu’ capai matlamat setelah menerima 100 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, penggiat dan peminat sukan elektronik di negeri ini. Bengkel berlansung seharian bermula seawal 0830 pagi dan telah berakhir pada jam 0530 petang bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu merupakan anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu). Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(ESM) selaku badan induk yang mengawal selia sukan elektronik di peringkat kebangsaan juga turut serta di dalam program ini.
Program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu turut menghimpunkan agensi-agensi berkaitan dan penggiat sukan elektronik untuk mendapat gambaran tepat tentang sukan ini yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Sebanyak 4 slot telah diketengahkan sepanjang bengkel penuh berinformasi yang disampaikan oleh pihak penganjur meliputi topik perbincangan budaya sihat sukan elektronik, kerjaya & masa depan atlet, pembangunan & pengurusan badan sukan elektronik serta demonstrasi sukan ini kepada agensi berkaitan. Perbincangan secara dua hala turut memberi ruang kepada peserta khususnya dari pihak agensi kerajaan bertukar pendapat untuk mendapat gambaran penuh tentang sukan ini yang sering disalah tafsir. Kesempatan ini juga turut memberi peluang dan ruang kepada para penggiat sukan ini tentang peraturan-peraturan yang perlu dituruti agar tidak timbul kesulitan dengan agensi kerajaan terbabit.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin(duduk berkemeja biru) turut meluangkan masa untuk mencuba sukan elektronik di program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Program sulung ini telah disempurnakan dengan kehadiran oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu Pn Noorul Husna Bt A Rashid secara tidak lansung mengambarkan sukan elektronik ini mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri Terengganu dan pihak jabatan untuk pembangunan belia negeri ini. Kehadiran En Rini Bin Ramli selaku Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia ke negeri Terengganu juga secara tidak lansung memperlihatkan hubungan yang baik di antara persatuan negeri ini dengan badan induk kebangsaan demi kemajuan sukan elektronik ini.
Duduk dari kiri – Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu); Encik Latif Ibrahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; En Rini Bin Ramli. Berdiri dari kiri – Pegawai Pembangunan Sukan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Fais Bin Haji Mohd Sendek, Bendahari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu; Encik Afiqi; Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Pn Noorul Husna Bt A Rashid, Naib Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu; Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah dan pemilik studio sukan elektronik – Gamecca; Nazmi. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Pertama sekali kita(kerajaan negeri) memfokuskan kepada proses pengenalan sukan ini di kalangan belia-belia di negeri Terengganu. Walaupun perkembangan sukan elektronik di negeri ini masih baru namun di peringkat persatuan merupakan di antara persatuan sukan yang aktif di negeri ini. Selain dari aktiviti bersukan, pengisian program dan peluang kerjaya mahupun bentuk perniagaan kepada para belia seharusnya diberi perhatian. Sebarang usaha dari pelbagai pihak yang memberi manfaat kepada belia amat dialu-alukan dan di pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu.”; ujar YB Ustaz Hishamuddin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.
Pemilik Ikan Masin Studio yang beroperasi di Kuala Terengganu; Kevin Ng di antara peserta program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Bengkel ini satu platform yang teramat bagus bagi kami selaku pengiat sukan elektronik khususnya di negeri pantai timur ini. Ianya satu peluang bagi kami mengenali individu-individu penting dalam pembangunan sukan ini agar pasukan kami bergerak maju. Bengkel ini juga turut memberi gambaran jelas untuk kami beroperasi agar tidak timbul sebarang masalah dengan agensi-agensi penguatkuasa berkaitan.”; ujar peserta bengkel Kevin Ng yang merupakan pemilik Ikan Masin Studio yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ikan Masin Studio merupakan satu ‘studio’ yang menyediakan platform untuk penggiat sukan elektronik di mana turut mempunyai pasukan sendiri untuk menyertai sebarang kejohanan yang dianjurkan.
Bengkel ini juga turut mendapat sokongan padu dari penggiat-penggiat sukan elektronik seluruh negeri Terengganu iaitu KuppyStation, Playhard, Gamecca dan Gamerster yang telah sekian lama mencorak perkembangan sukan ini. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sukan ini boleh menghubungi pihak ESM Terengganu selaku badan pengawal selia sukan elektronik negeri Terengganu di laman Facebook –Â https://www.facebook.com/esmterengganu.
Atlet ESM Terengganu; Mohamad Rusydi Idrus(dua dari kiri) dan Muhammad Azwan Shame(tiga dari kiri) berjaya meraih tempat ke-3 setelah berentap dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto – JomGaming.My
Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) meraih pengalaman besar apabila berjaya merangkul tempat ke-3 di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018 yang telah berlansung di NaGaming Esports Studio, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(eSports Malaysia) turut mendapat sokongan Majlis Sukan Negara merupakan platform pencarian atlet bagi mewakili negara ke Sukan Asia 2018 di Indonesia nanti. Walaupun ESM Terengganu terdiri dari atlet bertaraf amatur namun ianya menjadi satu penanda aras untuk terus maju ke hadapan berdasarkan pencapaian ini.
“Saingan amat sengit diterima dari pasukan profesional negeri Johor, Selangor dan Kedah. Walaupun kami dibarisi para atlet amatur namun berada di kedudukan tempat ke-3 di peringkat kebangsaan ianya satu pencapaian yang membanggakan. Jurang pengalaman dan pendedahan atlet di kejohanan besar menjadi ukuran buat kami. Saya percaya kemampuan atlet kami untuk memberi keputusan yang lebih baik.”, ujar Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah selaku Naib President ESM Terengganu yang dihubungi.
Atlet ESM Terengganu; Mohamad Khairil Afiq Rahim(kiri) dan Muhammad Iqbal Mahadi meraih kelompok 8 terbaik dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Beliau juga turut mengakui faktor kekurangan dalam persediaan pasukan untuk bertanding juga turut menjadi faktor. Pasukan yang hadir bertanding ini sememangnya kurang diberikan pendedahan corak program latihan secara sistematik dan konsisten. Sukan elektronik juga turut mempunyai ciri-ciri kerja berpasukan berlandaskan kesefahaman yang seharusnya berada di dalam diri atlet itu sendiri. Kini pihak persatuan perlu memberi perhatian untuk mewujudkan satu pusat latihan setempat bagi melatih para atlet yang hadir dari pelbagai daerah di dalam negeri Terengganu ini.
Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Syed Afif Hakimi juga turut menzahirkan tanda terima kasih kepada pihak-pihak penaja khususnya pihak kerajaan negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu yang turut memberi sokongan penuh pembangunan sukan elektronik ini sejak sekian lama. Begitu juga kepada pihak Kobert selaku wakil dari pihak swasta yang memberi tajaan kepada para atlet untuk bertanding.
Seterusnya ESM Terengganu akan memfokuskan untuk persediaan pasukan ke temasya Sukan Malaysia 2018 di Perak nanti. Sebelum ini pihak Majlis Sukan Negara melalui satu kenyataan telah menyatakan hasrat agar sukan ini dipertandingkan di temasya SUKMA Perak 2018. Walaubagaimanapun sehingga kini difahamkan sukan ini adalah berstatus sukan demonstrasi di temasya SUKMA 2018 nanti dan tiada sebarang kiraan pungutan pingat kepada setiap kontijen SUKMA 2018 yang bertanding.
Dari kiri; Timbalan presiden 1 Esports Malaysia Terengganu; Ahmad Shahrul Nizam Bin Ab Ghani, Atlet Esports Malaysia Terengganu; Muhammad Rafiq bin Junus@Ramli, Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
8 anak muda dari daerah Dungun, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu melengkapkan 4 pasukan yang bakal berentap di Kuala Lumpur pada 26 Mei untuk pemilihan atlet sukan elektronik kebangsaan di pentas Sukan Asia 2018 nanti. Setiap pasukan ini bakal berentap untuk permainan Pro Evolution Soccer yang menjadi salah satu sukan permainan elektronik yang dipertaruhkan. Pasukan ini juga dijangka mampu memberikan saingan sengit kepada semua negeri yang mencuba nasib memandangkan negeri ini aktif mempunyai liga sukan elektronik tersendiri.
Perkembangan ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan negeri Terengganu dan penaja apabila meraikan dalam satu majlis ringkas penyerahan jersi kepada pihak Persatuan Sukan Elektronik Terengganu atau turut dikenali sebagai Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) selaku persatuan sukan induk di negeri ini. Majlis telah berlansung di Wisma Darul Iman turut dihadiri oleh Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert yang sudi untuk menaja jersi pasukan. ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015.
ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015. Kredit Foto – JomGaming.my
Sokongan dari pihak kerajaan negeri sememangnya tidak dinafikan merupakan faktor penting kelansungan pembangunan sukan ini secara tidak lansung mencorak perkembangan positif di kalangan para belia. Hasil kerjasama di antara pihak persatuan sukan dan kerajaan negeri yang telah terjalin sejak sekian lama juga turut menjadi perhatian dan contoh oleh beberapa persatuan sukan elektronik di negeri lain.
Program pencarian atlet kebangsaan pada hujung minggu ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia atau turut dikenali sebagai eSports Malaysia(eSM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN). eSports Malaysia(eSM) merupakan badan induk kebangsaan bagi sukan ini yang bertanggungjawab untuk mencungkil bakat-bakat atlet sukan ini untuk bertanding di peringkat lebih tinggi.
Kredit Foto – JomGaming.my
Pada 12 Disember lalu, MSN telah mengorak langkah untuk mengiktirafkan sukan elektronik dan juga menubuhkan satu unit khas bagi memberi tumpuan kepada sukan ini. Langkah ini satu titik tolak persediaan membentuk pasukan kebangsaan menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024 nanti.
Pro Evolution Soccer, League of Legends, Hearthstone, Starcraft II, Clash Royale dan Arena of Valor merupakan permainanan sukan elektronik yang akan pertama kali dipertandingkan nanti di Sukan Asia 2018 Indonesia walaupun bertaraf sukan demonstrasi.
Pada 12 Disember 2017, Majlis Sukan Negara (MSN) mengiktirafkan sukan elektronik dan satu unit khas akan ditubuhkan diletakkan di bawah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara. Foto Kredit – Facebook.com/apuesportsclub
Rentetan pengumuman oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin tentang pengiktirafan sukan elektronik oleh Majlis Sukan Negara (MSN), satu kejohanan peringkat kebangsaan bakal dianjurkan nanti. Kejohanan tersebut dijangkakan bakal berlansung semperna penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.
Status penganjuran ini telah diumumkan melalui satu kenyataan media yang diterbitkan oleh pihak MSN bertarikh 12 Disember 2017. Selain dari penganjuran sukan elektronik ini, sukan mendaki dan papan selaju turut akan diadakan. Penganjuran sukan ini adalah langkah awal untuk pihak MSN mengenal pasti potensi prospek dalam persedian membentuk pasukan kebangsaan ke peringkat lebih tinggi lagi. Malah Malaysia kini mula mengintai peluang untuk menghantar kontijen sukan elektronik ini ke Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024 nanti.
Walaubagaimanapun sehingga kini difahamkan sukan ini adalah berstatus sukan demonstrasi di temasya SUKMA 2018 nanti dan tiada sebarang kiraan pungutan pingat kepada setiap kontijen SUKMA 2018 yang bertanding.
Sebagai persediaan membentuk pasukan kebangsaan menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024. Kredit Foto – Nerdgoblin.com
Majlis Sukan Negara (MSN) kini mengorak langkah dengan mengiktirafkan sukan elektronik sebagai salah satu sukan yang harus diberikan perhatian. Pada 12 Disember lalu, Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin mengumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menubuhkan satu unit khas bagi memberi tumpuan kepada sukan elektronik di negara ini. Unit Khas ini akan diletakkan di bawah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara.
Menurut Khairy, pihak MSN yang diketuai oleh Dato’ Ahmad Shapawi Ismail selaku ketua pengarah akan ditugaskan untuk mencari pegawai-pegawai yang pakar untuk berinteraksi komuniti sukan ini sekali gus memperkasakan unit khas ini. Sukan ini merupakan satu bentuk sukan baru yang harus diberi perhatian setelah mendapat pengiktirafan Majlis Olimpik Asia (OCA). Keputusan ini secara tidak lansung memberi gambaran persediaan membentuk pasukan kebangsaan untuk berlatih menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024.
“Ini adalah realiti. Sukan elektronik ini sudah diiktiraf sebagai satu sukan dan kita tak boleh ketinggalan. Saya difahamkan kita ada atlet E-Sukan yang bertaraf dunia jadi mungkin kita boleh libatkan mereka di dalam unit itu”, ujar Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin.
Pengiktirafan sukan baru ini sudah pasti MSN akan memberikan peruntukan serta bantuan secukupnya untuk pembangunan sukan ini di negeri-negeri di dalam Malaysia ini untuk persediaan Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024. Sukan ini juga dikhabarkan turut bakal menjadi sukan demonstrasi Sukan Asia Ke-18 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada tahun ini.