APA KAMI DAH BUAT

Berikut adalah di antara beberapa penganjuran mahupun entiti sukan di mana Penyu Sukan telah menawarkan perkhidmatan kandungan media serta bahan berita, perhubungan media, publisiti penganjuran, liputan berita di lokasi malah penajaan!

Jan 28
2023
LINGAI CHALLENGE JAMBOREE 2023

Lingai Challenge Jamboree 2023 yang membuka kalendar penganjuran perlumbaan berbasikal lasak(MTB) di Terengganu pada tahun ini mencipta penanda aras tersendiri setelah berjaya menarik penyertaan terbesar seramai 1350 pelumba dari seluruh negara termasuk penyertaan dari negara Thailand dan Singapura.

Penyu Sukan hadir untuk membantu Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus selaku penganjur bagi menyediakan bahan-bahan berita yang diperlukan oleh rakan-rakan media bagi membuat liputan.

Jan 1
2023
PENAJAAN

Penyu Sukan hadir selaku rakan penaja untuk tahun ke-2 bersama Persatuan Ragbi Kemaman.

May 6
2023
AKADEMI RAGBI TERENGGANU

Akademi Ragbi Terengganu(ART) yang kini berusia 9 tahun penubuhan setelah diwujudkan sejak 2014 sebagai platform melahirkan atlet-atlet sukan ragbi berkualiti seawal usia di bangku sekolah kini mengorak langkah dengan menambah pusat latihan baru bertempat di SMK Belara, Kuala Terengganu.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku pemegang taruh bagi Akademi Ragbi Negeri Terengganu menjalinkan kerjasama strategik bersama Penyu Sukan bagi memenuhi sebarang keperluan pengurusan dan perkhidmatan media sejak 2018.

May 1
2023
PASUKAN PELAYARAN TERENGGANU

‘My Try Layar’ merupakan program pengenalan sukan pelayaran yang menyasarkan murid-murid sekolah seawal usia 12 tahun ke bawah bagi persiapan persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA).

Sebagai usaha untuk mempromosi sukan pelayaran di negeri Terengganu, Penyu Sukan dengan berbesar hati untuk menaja 10 peserta terawal tanpa mengira peringkat usia bagi merasai sendiri pengalaman yang mempunyai cabaran dan keseronokan yang tersendiri.

Pasukan pelayaran negeri Terengganu telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Penyu Sukan bagi memenuhi sebarang keperluan pengurusan dan perkhidmatan media sejak 2018.

March 20
2022
TOUR GATEH D'TRANUNG JELAJAH TERENGGANU2022

Penganjuran perlumbaan sukan berbasikal terbesar di negeri Terengganu kembali setelah kali terakhir dianjurkan pada 10 tahun dahulu yang dikenali sebagai Jelajah Terengganu. Perlumbaan yang dijenamakan Tour Gateh D’Tranung mencipta sensasi penganjuran tersendiri setelah berjaya menarik 27 pasukan termasuk dua pasukan dari luar negara sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Penyu Sukan merupakan agensi yang dilantik bagi menyediakan bahan-bahan berita yang diperlukan sama ada bagi media cetak mahupun media elektronik.

Perlumbaan yang telah berlangsung selama 5 hari perlumbaan mendapat liputan berita TV di saluran RTM & rangkaian TV Media Prima(TV3, TV9, 8TV dan NTV7) selama 6 hari termasuk majlis memperkenalkan pasukan yang telah berlangsung pada sehari sebelum perlumbaan umumnya telah memberi nilai pulangan pelaburan melalui 'media value' yang teramat besar buat penganjur BERBANDING YANG DIBELANJAKAN.

JAN 11
2022
TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM 2022

Semperna majlis memperkenalkan pasukan Terengganu Polygon Cycling Team bagi musim 2022, Penyu Sukan telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan kenyataan media(press release) bagi pasukan berbasikal bertaraf benua Asia ini.

Jan 1
2022
PENAJAAN

Penyu Sukan hadir selaku rakan penaja sewaktu penubuhan Persatuan Ragbi Kemaman yang merupakan ahli gabungan kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.

NOV 11
2021
TERENGGANU ROYAL 7s

Kejohanan Terengganu Royal 7s yang mempertaruhkan Piala Tengku Muhammad Ismail merupakan acara kemuncak bersemperna Majlis Pemasyhuran Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail yang terletak di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 10 November 2021.

Penyu Sukan selaku operator pengurusan media pada majlis dan kejohanan penuh bersejarah ini turut diamanahkan untuk menguruskan hal-hal berkaitan penajaan dan publisiti.

Disember 30
2021
TERENGGANU MONSOON CHALLENGE 2021

Penyu Sukan hadir selaku operator perkhidmatan & pengurusan media bagi pihak penganjur di mana menguruskan sebarang keperluan rakan-rakan media yang hadir membuat liputan sepanjang 4 hari perlumbaan di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.

Penyu Sukan ditugaskan untuk membekalkan sebarang maklumat yang diperlukan oleh setiap agensi berita seperti siaran akhbar, foto, video, transkrip temu ramah dan lain-lain berkaitan.

Jan 1 ~
2018
PERSATUAN RAGBI NEGERI TERENGGANU

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu menjalin kerjasama strategik bersama Penyu Sukan selaku agensi berita dan perkhidmatan keperluan media.

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

© PenyuSukan.com | GOMBUGDOTNET (TR0109982-D) .

TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303), JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN, 20000 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

SETIAP FOTO, GRAFIK, MEDIA & TEKS ADALAH HAK MILIK PEMILIK ASAL. HAK CIPTA TERPELIHARA. 2018-2023

X