Barisan atas dari kiri – Afiq Danish Zapri, Marjan Abdullah(Pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih) dan Haykal Ridzuan Edi Sutejo. Barisan bawah dari kiri – Nur Ain Hafiezza Amran, Alya Yasmeen Rosali dan Fakhrul Adam Fauzi Cruz. Kredit Foto – Marjan Abdullah
Judoka-judoka Terengganu sekali lagi mencipta penanda aras tersendiri melalui kecemerlangan program pembangunan sukan tempur dari Jepun di bumi Terengganu ini setelah mendominasi tiket untuk mewakili negara ke pentas temasya Sukan Asia Tenggara 2023(Sukan SEA Kemboja 2023) yang akan membuka tirai pada 5 Mei nanti.
5 atlet judo dari Terengganu yang dibarisi oleh Haykal Ridzuan Edi Sutejo, Afiq Danish Zapri, Fakhrul Adam Fauzi Cruz, Alya Yasmeen Rosali dan Nur Ain Hafiezza Amran bersama 3 lagi judoka dari Pulau Pinang dan seorang dari Johor bakal menyertai 9 acara sahaja berikutan peraturan yang diperkenalkan oleh tuan rumah bagi edisi penganjuran kali ke-32 ini. Melihat pada perkembangan ini, kem judo negara menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas untuk di bawa pulang di mana melihat kelebihan edisi kali ini memihak kepada Vietnam dan Thailand untuk mendominasi podium.
Untuk rekod, pada penganjuran kali ini hanya 13 acara yang dipertandingkan melibatkan 6 acara lelaki dan 6 acara wanita iaitu Lelaki Bawah 55kg, Lelaki Bawah 60kg, Lelaki Bawah 66kg, Lelaki Bawah 73kg, Lelaki Bawah 90kg, Lelaki Kime No Kata, Wanita Bawah 44kg, Wanita Bawah 48kg, Wanita Bawah 52kg, Wanita Bawah 57kg, Wanita Bawah 70kg, Wanita Ju No Kata dan Berpasukan Campuran.
Skuad judo negara ke pentas temasya Sukan Asia Tenggara 2023(Sukan SEA Kemboja 2023) yang membuka tirai pada pada 5 Mei 2023 dibarisi oleh 5 judoka dari Terengganu bersama 3 lagi judoka dari Pulau Pinang dan seorang dari Johor bakal menyertai 9 acara sahaja berikutan peraturan yang diperkenalkan oleh tuan rumah bagi edisi penganjuran kali ke-32 ini. Marjan Abdullah (BARISAN ATAS – tiga dari kiri) merupakan pengurus pasukan yang juga merangkap ketua jurulatih bagi skuad judo Sukan SEA Kemboja 2023. Kredit Foto – Marjan Abdullah
“Temasya Sukan SEA Kemboja 2023 ini memberi peluang yang besar buat atlet-atlet dari Terengganu untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi sekaligus untuk melakar nama masing-masing sebagai atlet kebangsaan di mana rata-rata mereka semua ini adalah atlet yang lahir dari pentas Sukan Malaysia(SUKMA) bagi kontijen negeri Terengganu.
“Ini memberi gambaran jelas kecemerlangan program pembangunan sukan judo di peringkat negeri Terengganu sejak 2007 yang dilaksanakan bersama Persatuan Judo Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu mampu untuk melahirkan atlet-atlet yang berkualiti mampu untuk bersaing di pentas antarabangsa.
“Cabaran besar buat kami di mana tuan rumah hanya menyenaraikan 12 acara untuk dipertandingkan berbanding 20 acara sepatutnya di mana setiap negara hanya boleh menyertai 9 acara sahaja. Situasi ini meletakkan hanya sasaran satu pingat emas buat negara dan sudah pasti untuk seberapa banyak bagi lain-lain warna pingat yang perlu kita rampas dari Vietnam dan Thailand yang dilihat menjadi cabaran utama buat kami di sana nanti.” ujar Marjan Abdullah yang pertama kali dipertanggungjawabkan selaku pengurus pasukan judo kebangsaan untuk ke Sukan SEA Kemboja 2023 ini. Beliau yang kini berusia 36 tahun juga merupakan ketua jurulatih pasukan judo Terengganu dan terdahulu turut pernah menjawat jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan pada 2013 sehingga 2021.
Judoka-judoka Terengganu bersama barisan jurulatih dalam persiapan pasukan ke pentas SUKMA Johor 2020. Kredit Foto – Facebook.com/tgdanish
Menjelang penganjuran sukan dwi tahunan edisi ke-20 temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 yang akan berlangsung pada bulan Julai nanti, atlet judoka-judoka negeri Terengganu membuka lembaran tahun baru untuk terbang ke Manila bagi menjalani sesi latihan antarabangsa pertama bersama pasukan judo kebangsaan Filipina. Judoka-judoka yang dibarisi sepenuhnya anak jati kelahiran negeri Terengganu ini termasuk jurulatih-jurulatih akan berguru selama seminggu di sana bagi menimba pengalaman berprestasi tinggi.
Pasukan kebangsaan Filipina menjadi pilihan bagi program latihan bersama ini memandangkan terdapat judoka-judoka berprofil tinggi termasuk judoka yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun turut di negara itu. Percaturan ini dilihat tepat bagi persiapan pasukan judo Terengganu ke pentas SUKMA yang memerlukan program latihan dan pertandingan berimpak tinggi untuk menjadi penanda aras terbaik buat persediaan pasukan.
Majlis Sukan Negeri Terengganu merupakan venue latihan rasmi bagi pasukan sukan judo negeri Terengganu Darul Iman. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Filipina menjadi destinasi siri jelajah program latihan antarabangsa pertama di mana seterusnya bakal singgah ke beberapa negara lain yang juga merupakan kuasa besar sukan judo sebelum beraksi di Johor nanti. Persatuan Judo Negeri Terengganu mendapat kepercayaan besar daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pemegang taruh untuk merangka pelbagai program latihan berimpak tinggi demi memastikan sasaran pingat emas menjadi keutamaan sekaligus mempertahankan gelaran selaku juara keseluruhan. Hasil program pembangunan sukan judo di negeri Terengganu yang mensasarkan bakat-bakat anak jati tempatan, kini seramai 56 atlet judo menjalani latihan sepenuh masa di bawah kendalian 4 tenaga jurulatih.
Untuk rekod, kem judo negeri Terengganu ini di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan berpengalaman besar; Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih yang juga baru selesai menggalas tanggung jawab di Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini. Anak jati negeri Terengganu ini telah membimbing pasukan judo Terengganu sejak 2007.
Ketua jurulatih skuad judo Terengganu Hanelang; Marjan Abdullah merupakan anak jati Paka yang turut dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan SEA Filipina 2019 yang lalu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Bagi kita adalah medan terbaik tahun ini untuk membuat pemilihan. Sebab hampir 50% atlet kita yang dah habis sekolah. Jadi saya boleh bagi 100% program latihan tanpa gangguan untuk tiga sesi latihan satu hari untuk atlet-atlet yang dah habis sekolah.”, ujar Ketua Jurulatih Judo Negeri Terengganu; Marjan Abdullah.
Marjan juga turut mengulas kepada PenyuSukan.com bahawa atlet-atlet sukan judo negeri ini yang tidak layak untuk bertanding di pentas SUKMA Johor 2020 nanti kini dalam rangka persediaan pasukan untuk beraksi di pentas kejohanan antarabangsa dan SUKAN SEA Hanoi 2021.
Sorotan aksi judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen binti Rosali di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Pada kejohanan ini beliau berjaya menyumbang dua pingat kepada pasukan dengan meraih pingat emas bagi kategori bawah 48kg dan pingat perak bagi acara Nage-No-Kata. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu.
Sorotan Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Kali Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019.
Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari itu turut berlangsung Kejohanan Jemputan Terengganu 2019. Sebanyak 11 pasukan menghimpunkan 319 atlet judo berentap dalam 4 kategori peringkat umur yang dipertandingkan iaitu bawah 21 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 12 tahun.
Pasukan tuan rumah berjaya mengutip 22 pingat emas, 12 pingat perak dan 18 pingat gangsa sekaligus dinobatkan juara keseluruhan untuk menafikan Pulau Pinang selaku naib johan dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di tempat ke-3. Bagi kategori bawah 21 tahun, pingat emas untuk pasukan tuan rumah telah disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.
Judoka-judoka Terengganu terus memperkukuhkan reputasi sebagai kuasa besar sukan judo di pentas kebangsaan setelah mengungguli juara keseluruhan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu/
Judoka-judoka remaja negeri Terengganu terus mencipta dominasi selaku kuasa besar dalam arena sukan judo apabila sekali lagi berjaya mengekalkan pencapaian di pentas kebangsaan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Kali Ke-24 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
Aksi judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen Rosali(biru) sewaktu Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari itu turut berlangsung Kejohanan Jemputan Terengganu 2019. Sebanyak 11 pasukan menghimpunkan 319 atlet judo berentap dalam 4 kategori peringkat umur yang dipertandingkan iaitu bawah 21 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 12 tahun. Pasukan tuan rumah telah mempertaruhkan 94 judoka sekaligus memanfaatkan berentap di laman sendiri untuk muncul juara.
Pasukan tuan rumah berjaya mengutip 22 pingat emas, 12 pingat perak dan 18 pingat gangsa sekaligus dinobatkan juara keseluruhan untuk menafikan Pulau Pinang selaku naib johan dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di tempat ke-3. Bagi kategori bawah 21 tahun, pingat emas untuk pasukan tuan rumah telah disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.
Judoka-judoka Terengganu terus memperkukuhkan reputasi sebagai kuasa besar sukan judo di pentas kebangsaan setelah mengungguli juara keseluruhan dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Pasukan tuan rumah juga turut melakar rekod kejohanan mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan buat kali tiga berturut-turut. Kejayaan ini menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan di bawah kendalian ketua jurulatih Marjan Abdullah dan Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak sekian lama. Situasi ini meletakkan pasukan judo negeri Terengganu ini berada di landasan yang tepat dalam persiapan pasukan menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti.
Sensasi kejohanan turut dicipta oleh judoko wanita tuan rumah; Alyaa Yasmeen Rosali yang merangkul 3 pingat disumbang melalui 2 pingat emas bagi acara berkumpulan dan bawah 48 kilogram serta 1 pingat perak bagi acara Nageno Kata. Kejohanan pentas remaja kebangsaan ini merupakan penyertaan kali ke 7 buat anak jati Kuala Terengganu ini yang mula bergiat aktif dalam sukan judo sejak berusia 14 tahun.
Judoka wanita Terengganu; Alyaa Yasmeen binti Rosali(tiga dari kanan) meraih pingat emas bagi kategori bawah 48kg di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 44kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
“Untuk edisi kali ini, semua pasukan dari negeri-negeri lain sangat mencabar kerana kerana diaorang semakin kuat tapi Alhamdullilah saya juga telah dapat pingat emas di tempat sendiri. Saya bangga dengan diri saya dan coach dan ibubapa saya serta kawan-kawan saya yang sokong saya.”; ujar Judoka Terengganu Alyaa Yasmeen Rosali
Fakhrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(dua dari kanan) selaku ketua pasukan Judo negeri Terengganu meraih pingat emas bagi kategori bawah 100kg di pentas Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-24 2019 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada 17 Ogos 2019. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori bawah 90kg di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 lalu. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
“Alhamdullilah kitaorang dapat jadi juara keseluruhan untuk national junior tahun ini. Walaupun banyak cabaran daripada negeri-negeri lain tapi Alhamdulilah kita berjaya mencapai juara keseluruhan.”; berkata Fakhrul Adam Jose M Cruz @ Fauzi Cruz selaku ketua pasukan Judo negeri Terengganu.
“Cabaran memang sentiasa datang dengan tuan rumah kuasa besar judo juga. Pulau Pinang yang sentiasa menghantar atlet ke luar negara. Kita cuba sedaya upaya atlet negeri Terengganu untuk mencapai kejayaan itu. Kita mengharap muka-muka baru kita yang hari ini agak menyerlah perlawanannya agak bagus prestasinya yang cemerlang.” ujar Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih yang telah membimbing atlet negeri Terengganu sejak 2007.
Skuad judo Terengganu Hanelang kekalkan status sebagai kuasa besar sukan judo di negara ini setelah mendominasi podium dengan menuai 13 pingat di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Urusetia Penerangan Darul Iman
Judoka-judoka Terengganu Hanelang semestinya tidak pernah mengecewakan setiap kali bertanding di peringkat kebangsaan mahupun di antarabangsa. Pada Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini sebanyak 13 pingat terkumpul berjaya dihadiahkan kepada kontijen negeri ini sekaligus menjadikan kontijen negeri pemungut pingat terbanyak dalam sukan ini. Persiapan pasukan yang dibuat sejak sekian lama memastikan pentas SUKMA Perak 2018 ini direntap sehabis-habisan memandangkan kali terakhir dipertandingkan adalah pada SUKMA Kuala Lumpur 2013 edisi ke-16.
Nur Ain Hafiezza binti Amran(dua dari kiri) menyumbang pingat emas kepada kontijen Terengganu Hanelang setelah berentap dalam kategori wanita melebihi 70kg akhir. Judoka Sabah; Mel Motusin(kiri) turut berkongsi pingat emas manakala judoka tuan rumah; Aida Adriana meraih gangsa di hari pertama kejohanan judo Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Disiplin yang tinggi di bawah kendalian ketua jurulatih Marjan Abdullah penuh berpengalaman dan amat disegani yakni anak jati Paka menjadi kunci penguasaan podium bagi setiap pingat yang diraih. Pada hari pertama kejohanan, tiga pingat emas telah diraih oleh Muhammad Izham bin Harun(Lelaki bawah 60kg), Mohamad Aizul Hilmu bin Zainudin(Lelaki bawah 73kg) dan Nur Ain Hafiezza binti Amran(Wanita 70kg ke atas). Pingat perak pula telah dipungut oleh Muhammad Alif Asnawi bin Azmwan dalam acara lelaki bawah 55kg manakala pingat gangsa disapu oleh Muhammad Nur Muizuddin bin Mahsan(Lelaki bawah 66kg) dan Zuraida binti Ahmad(Wanita bawah 63kg). Kutipan 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 gangsa ini sekaligus mendahului tangga kedudukan pungutan pingat harian kontijen.
Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(dua dari kiri) menyumbang pingat emas kepada kontijen Terengganu Hanelang setelah berentap dalam kategori lelaki bawah 90kg akhir. Judoka Pulau Pinang; Tan Tze Ning(kiri) meraih pingat perak manakala judoka Selangor; Ezzam bin Mohd Azmurin(tiga dari kiri) dan judoka Johor Ahmad Zikri bin Abd Rashid berkongsi gangsa di hari kedua kejohanan judo Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Hari kedua kejohanan judo di pentas SUKMA edisi ke-19 ini memperlihatkan keyakinan untuk terus mengutip lebih banyak pungutan pingat dan penguasaan podium. Dua pingat emas telah dilunaskan oleh Alyaa Yasmeen binti Rosali(Wanita bawah 44kg) dan Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(Lelaki bawah 90kg) untuk menepati ramalan muncul juara. Tiga pingat perak telah berjaya disumbang oleh Nik Mohamad Alfian bin Nik Azman(Lelaki bawah 81kg), Intan Nur Hayati binti Mahathir(Wanita bawah 48kg) dan Nurul Safiqah binti Mohd Raslin(Wanita bawah 52kg).
Aksi judoka Terengganu Hanelang Fakhrul Adam bin Jose M Cruz @ Fauzi Cruz(putih) sewaktu berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 yang telah berlansung pada 12 sehingga 14 September bertempat di Dewan SMJK Krian, Kerian. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Manakala 2 lagi pingat gangsa telah disumbangkan oleh Muhammad Fizwan bin Abdur Rahman(Lelaki 90kg ke atas) dan Nasuha binti Mohd Khairi(Wanita bawah 57kg). Keseluruhan dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa menghimpunkan tujuh pingat berjaya dituai menjadikan kontijen ini sekali lagi untuk mendominasikan podium di hari kedua kejohanan ini.
Walaupun skuad Terengganu Hanelang tidak menyertai sebarang acara kata di hari akhir kejohanan yang telah berlansung di Dewan SMJK Krian, Keria. Berbekalkan penyertaan acara mengikut kategori berat badan sudah cukup untuk skuad ini mencipta nama sebagai kontijen negeri yang berjaya mengutip pingat terbanyak dalam acara yang dipertandingkan. Sebanyak 61 pingat meliputi 16 pingat emas, 16 pingat perak dan 29 pingat gangsa telah dipertandingkan dalam sukan judo ini. Judoka-judoka Terengganu Hanelang telah berjaya untuk meraih 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa menjadikan keseluruhan 13 kutipan pingat berjaya dihadiahkan kepada kontijen negeri Terengganu dalam misi untuk bergelar juara keseluruhan.
[metaslider id=”1221″]
KUTIPAN PINGAT JUDO SUKMA PERAK 2018 *Atlet negeri Terengganu sahaja
HARI PERTAMA – 3 EMAS 1 PERAK 2 GANGSA
PINGAT EMAS
Lelaki bawah 60kg – MUHAMMAD IZHAM BIN HARUN
Lelaki bawah 73kg – MOHAMAD AIZUL HILMI BIN ZAINUDIN
Wanita melebihi 70kg – NUR AIN HAFIEZZA BINTI AMRAN
PINGAT PERAK
Lelaki bawah 55kg – MUHAMMAD ALIF ASNAWI BIN AZMAN
PINGAT GANGSA
Lelaki bawah 66kg – MUHAMMAD NUR MUIZZUDDIN BIN MAHSAN
Wanita bawah 63kg – ZURAIDA BINTI AHMAD
HARI KEDUA – 2 EMAS 3 PERAK 2 GANGSA
PINGAT EMAS
Lelaki bawah 90kg – FAKHRUL ADAM BIN JOSE M CRUZ @ FAUZI CRUZ
Wanita bawah 44kg – ALYAA YASMEEN BINTI ROSALI
PINGAT PERAK
Lelaki bawah 81kg – NIK MOHAMAD ALFIAN BIN NIK AZMAN
Wanita bawah 48kg – INTAN NUR HAYATI BINTI MAHATHIR
Wanita bawah 52kg – NURUL SAFIQAH BINTI MOHD RASLIN
PINGAT GANGSA
Lelaki melebihi 90kg – MUHAMMAD FIZWAN BIN ABDUR RAHMAN
Wanita bawah 57kg – NASUHA BINTI MOHD KHAIRI
YM Datuk Tengku Farok Hussin(dua dari kiri), Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus diringi Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu menyampaikan insentif kepada para atlet. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekali lagi meneruskan kecemerlangan pencapaian apabila warga persatuan termasuk para jurulatih dan atlet telah dianugerahkan insentif kemenangan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu majlis baru-baru ini. Insentif kemenangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan dorongan buat persatuan di atas kejayaan di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung pada 7 & 8 April lepas.
Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) ini telah berlansung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus turut disempurnakan oleh Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama YM Datuk Tengku Farok Hussin, Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus merupakan agensi kerajaan negeri dipertanggungjawabkan menjadi bapa angkat untuk membantu persatuan ini terus berdaya saing.
Sebahagian barisan judoka pasukan Persatuan Judo Negeri Terengganu bawah 21 tahun di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23. Kredit Foto – Persatuan Judo Negeri Terengganu
Sebanyak 15 pingat emas , 6 pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya diraih oleh 32 atlet TEJA sekaligus melayakkan untuk menerima insentif kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM26,200.00 keseluruhan. Farah Aqilah Binti Azlan merupakan atlet yang menerima ganjaran tertinggi sebanyak RM1500.00 setelah berjaya merangkul 1 pingat emas bagi acara 52kg ke atas dan 1 pingat gangsa bagi acara Juno Kata(Uke).
Marjan Abdullah turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dari pihak TEJA kepada YM Datuk Tengku Farok Hussin. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Encik Ali Tengah selaku pengurus pasukan dan juga barisan jurulatih yang diketuai oleh Marjan Abdullah bersama jurulatih Nor Izzatul Fazlia Mat Tahir dan Mohd Firdaus Jusoh turut menerima insentif sebanyak RM1000.00 setiap seorang .
Pada kejohanan kebangsaan remaja yang melibatkan 2 kategori peringkat umur ini, TEJA telah berjaya merangkul 8 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa bagi kategori peringkat umur bawah 21 tahun. Manakala bagi peringkat umur bawah 15 tahun sebanyak 7 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa berjaya dibawa pulang. Sebanyak 15 pasukan dari pelbagai negeri termasuk sekolah bertaraf Sekolah Sukan Malaysia telah bertanding di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung di Dewan Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia ini.
Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) telah berlansung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Hasil kejayaan ini sekali gus mampu memberi pentunjuk bahawa program pembangunan yang telah dijalankan dengan sempurna dan program persediaan atlet ke Sukan Malaysia Perak 2018 nanti kini berada di landasan yang betul.
Senarai Penerima Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE)
Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) dinobatkan selaku Persatuan Sukan Terbaik 2017 dalam penganugerahan Anugerah Sukan Terengganu 2017
Pencapaian demi pencapaian terus dirangkul oleh Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekaligus meletakkan satu tanda aras yang amat membanggakan buat persatuan ini. Terkini persatuan ini telah dinobatkan selaku Persatuan Sukan Terbaik dalam majlis Anugerah Sukan Terengganu 2017 (AST) yang telah berlansung penuh gemilang. Kejayaan ini sekaligus berjaya mengetepikan beberapa persatuan sukan lain yang turut hebat di negeri ini.
Kejayaan mempertahankan gelaran penyandang juara sebanyak 8 kali di peringkat kebangsaan sekali gus memperlihatkan kemampuan persatuan ini untuk terus maju berdaya saing. Malah persatuan ini juga terbukti mampu untuk bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan sepenuhnya dari badan induk untuk menentukan hala tuju masa depan mereka. Kemampuan persatuan ini juga tidak hanya terbukti di peringkat pengurusan malah turut di peringkat pembangunan sukan dan pembentukan sahsiah di kalangan setiap atlet mereka.
Penerapan nilai-nilai kerohanian kepada atlet juga turut sama disertai oleh barisan jurulatih dan kepimpinan dalam persatuan Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA). Kredit Foto – PenyuSukan.com
Saban tahun persatuan ini sentiasa melakukan program pencarian bakat baru di serata negeri untuk diserapkan ke dalam program pembangunan harus dipuji. Berbanding persatuan sukan lain yang mungkin mengharapkan para atlet mereka hadir dari pihak lain khususnya di peringkat sekolah. TEJA juga tidak hanya membentuk para atlet mereka semata-mata untuk memburu kejayaan malah turut membentuk sahsiah diri melalui penerapan nilai-nilai kerohanian sejajar dengan disiplin tinggi sukan ini.
Pada edisi AST yang lalu, ketua jurulatih Persatuan Judo Terengganu iaitu Marjan Abdullah turut merangkul anugerah Jurulatih Terbaik. Kejayaan itu tidak hanya terhenti di situ apabila seterusnya turut dilantik sebagai pengurus pasukan dan ketua jurulatih skuad negara di Sukan SEA Ke-29 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama.”, ujar anak jati Paka yang kini ketua jurulatih Persatuan Judo Negeri Terengganu.
Kemampuan barisan jurulatih dan persatuan ini juga turut diberi kepercayaan di peringkat negara apabila Terengganu dipilih sebagai pusat latihan utama skuad negara dalam persediaan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 ini.
Malah beberapa hari sebelum menerima anugerah Persatuan Sukan Terbaik ini, TEJA juga telah meraih kejayaan terkini di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-23 2018 yang baru berakhir di Universiti Putra Malaysia.
Setiausaha Persatuan Judo Terengganu (TEJA); Encik Mukhtar Bin Wahid. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Kejayaan demi kejayaan membanggakan khususnya 3 tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak keringat peluh semua warga persatuan malah para atlet terbalas. Kejayaan ini tidak hanya terhenti di sini malah ianya membakar semangat kami untuk terus bekerja keras. Terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Majlis Sukan Negeri Terengganu. Akan kami terus berjuang untuk memastikan misi ‘Win Back Mission’ di SUKMA Perak nanti tercapai sebagai tanda terima kasih dari kami.” ujar Mukhtar Bin Wahid yang telah berkhidmat selama tiga tahun sebagai setiausaha Persatuan Judo Terengganu.
‘Win Back Mission’ menjadi misi buat Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk merampas kembali kejuaraan dalam Sukan Malaysia 2018 di Perak nanti. 10 tahun yang lepas, negeri ini menjadi tuan rumah penganjuran sekaligus merangkul juara keseluruhan. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Penganugerahan penuh berprestij yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk menghargai warga sukan negeri ini pertama kali telah diadakan sejak tahun 1973. Namun pada tahun 1974-1978, 1981, 1984-1987 dan 1997 sehingga 2003 tiada sebarang majlis penganugerahan diadakan.
AST edisi ke-19 kali ini turut dihadiri oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 900 tetamu jemputan lain yang telah berlansung di Wisma Darul Iman. Selain piala iringan anugerah Persatuan Sukan Terbaik, TEJA juga turut membawa pulang ganjaran wang tunai RM1000.00 bersama sijil kepujian.
Sebahagian barisan judoka pasukan Persatuan Judo Negeri Terengganu bawah 21 tahun di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23. Kredit Foto – Persatuan Judo Negeri Terengganu
Judoka-judoka muda dari negeri pantai timur mula mendapat perhatian setelah beraksi cemerlang merangkul pungutan pingat tertinggi di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah telah berlansung di Dewan Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia. Sebanyak 15 pingat emas, 6 pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya dibawa pulang mempertaruhkan penyertaan peringkat umur bawah 21 tahun dan bawah 15 tahun untuk kejohanan yang berlansung selama 2 hari ini.
Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) tidak hanya membariskan atlet-atlet muda berpengalaman malah terdapat juga atlet baharu yang pertama kali beraksi di sebarang peringkat kejohanan. Percaturan ini tidak hanya memberikan peluang terbaik buat atlet baharu menimba pengalaman malah buat persatuan ini sendiri untuk menilai sejauh mana atlet ini mampu beraksi.
Kejayaan meraih 8 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa bagi kategori peringkat umur bawah 21 tahun manakala bagi peringkat umur bawah 15 tahun sebanyak 7 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa sudah pasti secara tidak lansung mengambarkan kualiti proram pembangunan yang telah dilakukan.
Sebahagian barisan judoka pasukan Persatuan Judo Negeri Terengganu bawah 15 tahun di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23. Kredit Foto – Persatuan Judo Negeri Terengganu
Judoka-judoka dari Terengganu ini tidak hanya memberi saingan kepada lain-lain negeri yang bertanding malah turut berjaya mengalahkan peserta dari Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Sekolah Sukan Malaysia dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Malah tambah menarik apabila terdapat beberapa judoka TEJA ini juga turut bertemu sesama mereka di perlawanan akhir!
Kecemerlangan para judoka muda di pentas kebangsaan ini secara tidak lansung mampu memberi gambaran bahawa negeri Terengganu Darul Iman ini bakal memberi kejutan di temasya SUKMA Perak 2018 nanti. Malah mungkin tidak akan terhenti hanya di SUKMA Perak 2018 di mana sudah pasti buat masa ini TEJA mampu memburu kejayaan di tahun-tahun seterusnya. TAHNIAH! Kami ucapkan.
Senarai Pemenang Pingat Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 *Atlet Persatuan Judo Terengganu sahaja
SMK Jenagor julung kali menerima kunjungan dari pihak Persatuan Judo Terengganu(TEJA). Kredit Foto – PenyuSukan.com
Hampir sejauh 70km jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ditempuh oleh Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA) dalam pencarian bakat-bakat baharu judoka untuk menjadi generasi seterusnya di dalam persatuan ini. Sekolah harian berasrama, SMK Jenagor yang terletak di Kuala Berang dalam daerah Hulu Terengganu menjadi lokasi pilihan buat persatuan ini untuk membuka kalendar program pencarian bakat baru. Hampir 200 pelajar sekolah ini turut menyertai program ini secara tidak lansung berpeluang mengenali lebih dekat tentang sukan yang berasal dari Jepun ini.
Program ini bermula dengan penerangan mengenai sukan ini serta memberi gambaran tepat tentang halatuju para atlet untuk sertai Projek Judo Terengganu di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri Terengganu ini. Barisan atlet-atlet persatuan ini juga turut melakukan demonstrasi sukan ini di hadapan para pelajar di samping memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat.
Barisan penuh atlet-atlet senior dan pelapis turut hadir untuk memberikan demonstrasi sukan judo ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Walaupun sukan ini amat asing buat para pelajar sekolah ini namun mereka amat teruja untuk turut ikut serta. Sambutan yang amat memberangsangkan sedikit sebanyak memberi kelebihan buat persatuan ini dalam program pencarian ini.
“Matlamat program pencarian bakat ini berjaya dicapai sepenuhnya di mana kami berjaya memperolehi bakat-bakat baharu yang lebih berkualiti. Apa yang mengejutkan, sebahagian besar adalah terdiri dari pelajar wanita. Satu perkembangan yang bagus kerana sebelum ini sememangnya kami mengalami kesukaran mencari bakat-bakat baharu dari kalangan wanita. Kini kami yakin dapat membentuk pasukan baru yang lebih seimbang di samping dapat menyertai sepenuhnya kategori yang dipertandingkan.” ujar Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih TEJA.
Dari kiri; Mohamad Firdaus Bin Mohd Jusoh @ Ahmad selaku jurulatih, Marjan Abdullah selaku ketua jurulatih, Mukhtar Bin Wahid merangkap setiausaha Persatuan Judo Terengganu dan Mohd Hamdan bin Mustapha selaku Ketua Bidang Kesetiausahaan Sukan dari Sekolah Sukan Malaysia Terengganu . Kredit Foto – PenyuSukan.com
Ketua jurulatih ini juga turut menjelaskan bahawa sekolah yang berada jauh di pedalaman sering kali menjadi pilihan untuk program pencarian bakat ini kerana umumnya mempunyai para pelajar yang lasak dan di samping kriteria bentuk saiz badan yang lebih berkualiti berbanding sekolah-sekolah di bandar.
Beliau juga turut menjelaskan bahawa program pencarian ini tidak menekankan tahap pengetahuan sukan ini di kalangan pelajar yang sememangnya amat asing. Saiz bentuk badan dan minat dari dalam pelajar itu di samping penilaian potensi dari kalangan jurulatih menjadi ukuran untuk menjadi atlet generasi seterusnya sukan ini.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu yang sentiasa memberikan bantuan & kemudahan kepada persatuan sukan di negeri ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Program pencarian bakat ini juga turut dihadiri oleh setiausaha TEJA; Encik Mukhtar Bin Wahid dan Encik Mohd Hamdan bin Mustapha selaku ketua bidang kesetiausahaan sukan dari Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.
Pelajar yang terpilih bakal meneruskan pengajian di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dijangkakan seawal bulan Julai nanti manakala kemasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas (Sekolah Sukan Terengganu) akan dilakukan secepat mungkin.
“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama.”, ujar anak jati Paka yang kini ketua jurulatih Persatuan Judo Negeri Terengganu.
Sebaik tamat tugasan selaku ketua jurulatih pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Marjan Abdullah kini kembali memberi fokus kepada pasukan negeri tanah tumpah darahnya untuk persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti. Anak jati Paka yang berusia 32 tahun ini mula membimbing pasukan judo negeri Terengganu sejak tahun 2006 dalam usaha persiapan sebagai pasukan tuan rumah bagi SUKMA 2008 ketika itu.
Walaupun sukan judo ini kali terakhir dipertandingkan di peringkat SUKMA pada 2013, namun skuad Penyu ini tetap gigih meneruskan rutin latihan sepanjang tahun hingga kini. Sokongan penuh dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak sekian lama memastikan para atlet dan Persatuan Judo Terengganu ini terus lestari walaupun tidak dipertandingkan di peringkat SUKMA sejak sekian lama mahupun tanpa sebarang penyertaan kejohanan besar.
Kini terdapat atlet senior negeri ini yang telah berlatih selama 5 tahun di bawah kendalian Marjan Abdullah bersedia untuk memberi saingan padu di SUKMA Perak nanti. Hasil program pembangunan sukan ini di negeri Terengganu seawal di peringkat usia 13 bakal memberi kelebihan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi. Namun kekurangan penganjuran kejohanan yang kompetitif khususnya di peringkat tinggi ketika ini mungkin bakal merencatkan perjalanan masa depan karier atlet – atlet profesional ini.
Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu menjadi pusat latihan atlet Persatuan Judo Negeri Terengganu.
“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama. Persiapan kami untuk SUKMA 2018 kini hampir ke fasa akhir latihan di mana kami mulakan sesi latihan seawal 0645 pagi berakhir 0600 petang.” ujar Marjan Abdullah yang ditemui ketika sesi latihan di Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Untuk rekod, sejak Marjan Abdullah ditugaskan untuk membimbing pasukan negeri ini telah banyak kejayaan dirangkul meletakkan negeri ini menjadi salah satu kuasa besar sukan judo di dalam negara. Baltulga Dashgobol yang kini merupakan jurulatih pasukan Olimpik Mongolia merupakan individu yang membimbing beliau di dalam arena sukan ini. Terkini di peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Judo Kebangsaan ke-55 pada Mac 2017 lalu sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-7. 8 Pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa berjaya diperolehi setelah menewaskan 11 pasukan lain dalam kejohanan itu yang telah berlansung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Pasukan judo negeri Terengganu kini diperkasa oleh seramai 20 atlet utama dan selebihnya adalah atlet muda dari program pembangunan di bawah kendalian tiga jurulatih termasuk Marjan Abdullah sendiri. Ketua jurulatih ini juga optimis meletakkan sasaran awal dengan kutipan 5 pingat emas di temasya SUKMA Perak 2018 nanti.