Badminton yang dipertandingkan di temasya edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan 5 acara meliputi 2 acara lelaki, 2 acara wanita dan 1 acara campuran iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran yang dijadualkan berlangsung sepenuhnya di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Acara perseorangan lelaki menjadi acara pembuka tirai kejuaraan SUKMA XX MSN 2022 yang dijadualkan pada 20 September 2022. Pemburuan pingat bagi kem badminton ini berlangsung selama 5 hari di mana akan berakhir pada 24 September 2022 bagi upacara penyampaian pingat.
Persatuan Badminton Malaysia(BAM) mempertaruhkan pemain-pemain muda untuk mengutip pengalaman di pentas kejuaraan berprestij tinggi bagi persediaan jangka panjang menjelang Olimpik Paris 2024 nanti.
Piala Sudirman yang dijadualkan berlansung bermula 26 September sehingga 3 Oktober 2021 di Finland nanti mempertaruhkan pemain-pemain badminton kebangsaan lelaki dan wanita. Manakala bagi Piala Thomas 2020 hanya menurunkan pemain lelaki sahaja dan pemain wanita sepenuhnya bagi saingan Piala Uber 2020 nanti. Untuk rekod, penganjuran Piala Thomas dan Piala Uber bagi edisi tahun 2020 telah tertangguh beberapa kali pada tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 sehingga diputuskan untuk dianjurkan pada tahun ini.
Kejuaraan Piala Thomas dan Piala Uber yang berlangsung serentak di Denmark selama 9 hari bermula 9 Oktober 2021 dan dijadualkan perlawanan akhir bagi kedua-dua kejuaraan ini pada 17 Oktober 2021.
Piala Thomas yang diwakili oleh pasukan lelaki kebangsaan akan bersaing dalam kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England.
Manakala Piala Uber yang mempertaruhkan pasukan wanita sepenuhnya telah diundi untuk bersama China, Denmark dan Canada bagi saingan kumpulan D.
SENARAI PEMAIN-PEMAIN BADMINTON KEBANGSAAN *Senarai nama-nama pemain kebangsaan yang akan menyertai Piala Sudirman 2021, Piala Thomas 2020 dan Piala Uber 2020.
PIALA SUDIRMAN 26 SEPTEMBER – 3 OKTOBER 2021(FINLAND)
• PERSEORANGAN LELAKI
#
NAMA
USIA
1.
LEE ZII JIA(KAPTEN)
23 TAHUN(29 MAC 1998)
2.
NG TZE YONG
21 TAHUN(16 MAY 2000)
3.
AIDIL SHOLEH ALI SADIKIN
21 TAHUN(1 SEPT 2000)
• PERSEORANGAN WANITA
#
NAMA
USIA
1.
S KISONA
22 TAHUN(1 OKT 1998)
2.
EOON QI XUAN
20 TAHUN(2 NOV 2000)
3.
K LETSHANAA
18 TAHUN(19 OGOS 2003)
• BEREGU LELAKI
#
NAMA
USIA
1.
AARON CHIA-SOH WOOI YIK
24 TAHUN-23 TAHUN
2.
MAN WEI CHONG-TEE KAI WUN
22 TAHUN-21 TAHUN
• BEREGU WANITA
#
NAMA
USIA
1.
PEARLY TAN-M THINAAH
21 TAHUN-23 TAHUN
2.
YAP LING-TEOH MEI XING
21 TAHUN-24 TAHUN
• BEREGU CAMPURAN
#
NAMA
USIA
1.
HOO PANG RON-CHEAH YEE SEE
23 TAHUN-25 TAHUN
2.
CHEN TANG JIE-PECK YEN WEI
23 TAHUN-25 TAHUN
PIALA THOMAS 9-17 OKTOBER 2021(DENMARK)
• PERSEORANGAN LELAKI
#
NAMA
USIA
1.
LEE ZII JIA
23 TAHUN
2.
NG TZE YONG
21 TAHUN
3.
CHEAM JUNE WEI
24 TAHUN
4.
LEONG JUN HAO
22 TAHUN
5.
AIDIL SHOLEH ALI SADIKIN
21 TAHUN
• BEREGU LELAKI
#
NAMA
USIA
1.
AARON CHIA-SOH WOOI YIK
24 TAHUN-23 TAHUN
2.
MAN WEI CHONG-TEE KAI WUN, LOW HANG YEE, NUR IZZUDDIN RUMSANI
Stadium Negeri, Kuala Terengganu menjadi venue rasmi kejohanan badminton semperna temasya Sukan Terengganu(SUTERA) 2019 yang berlangsung selama 3 hari iaitu 5 September sehingga 7 September 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terus mendominasi kejohanan badminton Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 di peringkat kumpulan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah kejohanan untuk hari ke-2 bagi kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Pasukan lelaki Kuala Terengganu telah diundi dalam Kumpulan A manakala pasukan wanita Kuala Terengganu berentap dalam Kumpulan B. Manakala pasukan lelaki Kuala Nerus beraksi dalam kumpulan B dan pasukan wanita Kuala Nerus dalam kumpulan A.
Kedua-dua pasukan ini mencatatkan 5 kemenangan tanpa kalah peringkat kumpulan sehingga di hari kedua kejohanan. Situasi semasa kejohanan ini meramalkan kedua-dua pasukan ini menjadi pasukan pilihan untuk beraksi di peringkat akhir.
Mengikut rapat adalah pasukan Dungun dan Marang di mana kedua-dua pasukan ini mencatatkan 3 kemenangan dan 1 kekalahan peringkat kumpulan sehingga hari kedua ini. Kedua-dua pasukan ini dilihat mampu memberi cabaran saat akhir untuk mengecewakan pasukan pilihan mara ke pusingan akhir.
Baki perlawanan peringkat kumpulan seterusnya akan berlangsung pada keesokan harinya yang juga merupakan hari terakhir kejohanan. Perlawanan akhir bagi setiap acara dijadualkan berlangsung pada jam 0800 malam bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan di mana tiada sebarang tiket dikenakan.
Badminton merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan dua acara iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita di mana melibatkan 3 atlet perseorangan dan 2 beregu bagi setiap pasukan.
Kredit Foto – PenyuSukan.com
KEPUTUSAN PERLAWANAN *Mengikut pasukan
HARI PERTAMA KUALA TERENGGANU – Menang 2x Kalah 0x KUALA TERENGGANU vs KEMAMAN (5-0) KUALA TERENGGANU vs BESUT ( 5-0)
KUALA NERUS – Menang 2x Kalah 0x KUALA NERUS vs SETIU (4-1) KUALA NERUS vs HULU TERENGGANU ( 5-0)
DUNGUN – Menang 2x Kalah 0x DUNGUN vs BESUT (3-2) DUNGUN vs MARANG (1-4)
SETIU – Menang 1x Kalah 1x SETIU vs KUALA NERUS (1-4) SETIU vs KEMAMAN (3-2)
MARANG – Menang 1x Kalah 1x MARANG vs HULU TERENGGANU (5-0) MARANG vs DUNGUN (4-1)
HULU TERENGGANU – Menang 0x Kalah 2x HULU TERENGGANU vs MARANG (0-5) HULU TERENGGANU vs KUALA NERUS (0-5)
BESUT – Menang 0x Kalah 2x BESUT vs DUNGUN (2-3) BESUT vs KUALA TERENGGANU (0-5)
KEMAMAN – Menang 0x Kalah 2x KEMAMAN vs KUALA TERENGGANU (0-5) KEMAMAN vs SETIU (2-3)
HARI KEDUA KUALA TERENGGANU – Menang 3x Kalah 0x KUALA TERENGGANU vs MARANG (4-1) KUALA TERENGGANU vs DUNGUN ( 5-0) KUALA TERENGGANU vs HULU TERENGGANU (5-0)
KUALA NERUS – Menang 3x Kalah 0x KUALA NERUS vs BESUT (5-0) KUALA NERUS vs SETIU ( 5-0) KUALA NERUS vs DUNGUN (3-2)
MARANG – Menang 2x Kalah 1x MARANG vs KUALA TERENGGANU (1-4) MARANG vs BESUT (5-0) MARANG vs KEMAMAN (4-1)
DUNGUN – Menang 1x Kalah 2x DUNGUN vs SETIU (5-0) DUNGUN vs KUALA TERENGGANU (0-5) DUNGUN vs KUALA NERUS (2-3)
HULU TERENGGANU – Menang 1x Kalah 2x HULU TERENGGANU vs KEMAMAN (1-4) HULU TERENGGANU vs KEMAMAN (3-2) HULU TERENGGANU vs KUALA TERENGGANU (0-5)
BESUT – Menang 1x Kalah 2x BESUT vs KUALA NERUS (0-5) BESUT vs MARANG (0-5) BESUT vs SETIU (3-2)
KEMAMAN – Menang 1x Kalah 2x KEMAMAN vs HULU TERENGGANU (4-1) KEMAMAN vs HULU TERENGGANU (2-3) KEMAMAN vs MARANG (1-4)
SETIU – Menang 0x Kalah 3x SETIU vs DUNGUN (0-5) SETIU vs KUALA NERUS (0-5) SETIU vs BESUT (2-3)
Pasukan badminton lelaki berkumpulan menjadi pasukan pertama dari kontijen negeri Terengganu untuk membuka gelanggang cabaran di hari kedua penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Arena Badminton Perak bertempat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh menjadi venue kejohanan ketiga dirasmikan oleh para kontijen pada hari kedua penganjuran setelah acara bola sepak lelaki membuka kalendar kejohanan kelmarin di dua venue berlainan. Bola sepak meneruskan tradisi penganjuran temasya sukan ini untuk menjadi pembuka gelanggang acara dipertandingkan sebelum majlis perasmian temasya berlansung.
Skuad badminton Terengganu Hanelang tewas kepada pasukan Sabah dalam perlawanan sulung bagi acara lelaki berkumpulan yang telah berlansung di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my
Walaubagaimanapun pasukan badminton lelaki negeri ini tewas tipis dalam aksi perlawanan sulung peringkat kumpulan kepada pasukan kontijen negeri Sabah yang berakhir 3-2. Sumbangan mata kejohanan berjaya terjemah melalui acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki menjadikan 2 acara berjaya meraih kemenangan dari 5 acara dipertandingkan.
Sumbangan mata kejohanan untuk kem Terengganu Hanelang telah dikutip oleh Shahzan Shah bin Misfahul Muneer berjaya menewaskan Neville Baptist Nosuis Luaran dalam acara perseorangan lelaki dengan keputusan 16-21, 21-18 dan 21-19. Manakala bagi acara beregu lelaki telah disempurnakan oleh pasangan adik beradik Muhamad Amar bin Mohd Sani dan Muhamad Amir bin Mohd Sani menewaskan pasangan dari Sabah dengan berkeputusan 13-21, 21-16 dan 21-12.
Sebanyak 7 disiplin acara badminton untuk kutipan pingat dipertaruhkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – http://result.perak.gov.my
Pasukan badminton negeri Terengganu bagi acara badminton lelaki berkumpulan ini akan meneruskan cabaran pada hari seterusnya(10 September 2018) untuk bertemu pasukan Wilayah Persekutuan yang dijadualkan pada 0600 petang. Acara badminton berkumpulan turut menawarkan kutipan pingat di mana menjadikan kesemua sebanyak 7 acara disiplin sukan badminton yang dipertandingkan.
SENARAI NAMA PEMAIN BADMINTON – ACARA BERKUMPULAN LELAKI *Pemain negeri Terengganu Darul Iman sahaja
FAIZ BIN ROZAIN
MUHAMAD AMAR BIN MOHD SANI
MUHAMAD AMIR BIN MOHD SANI
SHAHZAN SHAH BIN MISFAHUL MUNEER
MUHAMMAD SHAHMI BIN AB`DILLAH
WAN MUHAMMAD ARIF SHAHARUDDIN BIN WAN MOHD JUNAIDI
MUHAMMAD SHAHFUAN BIN MAT DESA
“Kami tidak mahu bakat mereka menjadi sia-sia kerana tidak mendapat ruang dan peluang yang sewajarnya. Suatu ketika dulu kami(adik beradik lagenda badminton negara) seperti adik-adik di sini semua, kini dengan kejayaan dan pengalaman ingin kami pulangkan kepada mereka.” ujar Ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri & pemain lagenda badminton negara; Haji Rahman Dato’ Haji Sidek. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Haji Rahman Dato’ Haji Sidek selaku ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri memuji perkembangan bakat-bakat pemain muda di negeri Terengganu ini. Beliau yang sekali lagi hadir untuk mengetuai program jelajah pencarian bakat memberi gambaran sedemikian setelah melihat potensi yang ada di kalangan peserta program ini. Program Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan pencungkilan bakat-bakat pemain muda seawal usia 7 tahun yang tidak pernah berentap di peringkat tinggi malah tidak pernah menerima sebarang program latihan profesional.
Buku hasil tulisan pemain badminton lagenda negara; Datuk Misbun Sidek berjudul ‘Teknik Asas Badminton’ menjadi sebahagian daripada modul pembelajaran Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Terengganu 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Saban tahun program ini berlansung di negeri Terengganu namun pada tahun ini boleh dilihat perbezaan ketara di kalangan peserta program. Pada program tahun-tahun yang lepas diusia mereka yang masih kecil rata-rata baru hendak mengenali sukan ini tetapi kini seawal umur 7 tahun kami dapati mereka mampu untuk membuat pukulan dan teknik bermain yang betul. Satu perkembangan yang bagus untuk tahun ini. Secara tidak lansung memberi penanda aras baharu perkembangan dan pembangunan sukan badminton di negeri ini. Sekiranya bakat mereka terus digilap dan diberi peluang sudah pasti kejayaan menanti mereka.”; ujar Haji Rahman Dato’ Haji Sidek kepada PenyuSukan.com sejurus setelah tamat program Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan 2018 Negeri Terengganu.
Ketua jurulatih ini juga turut menjelaskan bahawa program pencarian bakat ini juga tidak hanya memfokuskan kepada kemahiran bermain sahaja. Setiap anak-anak muda ini harus di beri pendedahan dan maklumat yang tepat tentang hala tuju sukan badminton demi masa depan mereka.
Peserta Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Negeri Terengganu 2018 tidak hanya memfokuskan latihan badminton malah membina semangat setiap pemain agar mengetahui hala tuju mereka. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sudah tentu menjadi pemain badminton profesional adalah cita-cita mereka namun mereka juga perlu ketahui melalui sukan ini juga boleh dikembangkan untuk menjadi satu kerjaya yang menarik. Bidang kejurulatihan, pegawai psikologi sukan, dan lain-lain bidang dalam sains sukan antara kerjaya yang mampu dibina atas semangat sukan badminton ini. Pendedahan ini penting di usia mereka agar dapat membuat keputusan yang tepat apabila mereka dewasa nanti.
“Kami tidak mahu bakat mereka menjadi sia-sia kerana tidak mendapat ruang dan peluang yang sewajarnya. Suatu ketika dulu kami(adik beradik lagenda badminton negara) seperti adik-adik di sini semua, kini dengan kejayaan dan pengalaman ingin kami pulangkan kepada mereka.”; tambah beliau.