Skuad Ragbi Terengganu Raih Suntikan Semangat

Pasukan ragbi wanita Terengganu skuad SUKMA Sarawak 2024 kini dalam persiapan akhir sebelum bertolak ke Ipoh untuk berentap mempertahankan di pentas kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s) 2023.

Misi besar buat pasukan ragbi Terengganu pada hujung minggu ini untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National Sevens)  yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat ini di Ipoh, Perak.

Terengganu yang menghantar dua pasukan lelaki dan dua pasukan wanita untuk berentap di dalam semua kategori yang dipertandingkan iaitu  Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 20 tahun dan Wanita Bawah 20 tahun ini juga turut meraih suntikan semangat daripada sektor korporat untuk turut sama membantu pasukan untuk sekali lagi melakar kejayaan di pentas kejuaraan 7 sepasukan paling berprestij ini.





Pasukan ragbi lelaki dan wanita Terengganu skuad Sukan Malaysia(SUKMA) yang kini dalam persiapan untuk mempertahankan kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan(National 7s) di Ipoh nanti menerima sumbangan kelengkapan pasukan daripada pengurus besar Sasoakai Resources Sdn. Bhd. Mohd Faiz Hafidz(empat dari kiri).

Pada satu majlis ringkas bersama pasukan di padang latihan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, skuad ragbi lelaki dan wanita telah menerima sumbangan kelengkapan pasukan yang disampaikan sendiri oleh pengurus besar Sasoakai Resources Sendirian Berhad Mohd Faiz Hafidz kepada timbalan presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab.

“Ini merupakan kali pertama kami menjalinkan kerjasama bersama badan induk sukan ragbi di negeri Terengganu ini khususnya untuk membantu keperluan setiap pasukan yang kini dalam persiapan ke beberapa kejuaraan peringkat kebangsaan termasuk program pembangunan yang kini dalam persediaan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun hadapan di Sarawak nanti.

“Sebagai sebuah entiti perniagaan yang lahir dari negeri Terengganu ini sudah tentu saya yang juga merupakan bekas pemain ragbi ingin menyumbang sesuatu kembali kepada komuniti sukan ini walaupun saya sudah tidak beraksi secara kompetitif.

“Ianya merupakan satu tanggungjawab sosial berasaskan komuniti bagi sektor sukan yang perlu diberi perhatian sewajarnya khususnya bagi memperkukuhkan lagi program pembangunan sukan dari peringkat akar umbi di negeri Terengganu ini.”, ujar pengurus besar Sasoakai Resources Sdn. Bhd. Mohd Faiz Hafidz.

Manakala timbalan presiden PRNT Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab menzahirkan tanda setinggi-tinggi terima kasih kepada entiti perniagaan ini walaupun berlangsung dalam majlis yang serba ringkas namun ianya mampu memberi impak besar khususnya kepada pemain-pemain ragbi negeri ini.

Selain dari itu turut disahkan oleh pengurus pasukan Terengganu Nizam Kamal adalah penampilan bekas kapten ragbi 7 sepasukan kebangsaan yang juga merupakan anak jati negeri Terengganu, Nasharuddin Ismail untuk beraksi dalam kategori tumpuan iaitu Lelaki Terbuka. Manakala bagi skuad wanita terbuka akan dibarisi oleh bekas-bekas pemain dari skuad Sukan Malaysia sebelum ini. Penampilan beberapa bekas pemain kebangsaan di dalam pasukan lelaki dan wanita ini dilihat menjadi kelebihan buat Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan.

Bagi kategori Lelaki Bawah 20 tahun dan Wanita Bawah 20 tahun, Terengganu mempertaruhkan sepenuhnya barisan pemain dari skuad persediaan ke pentas SUKMA sebagai program pendedahan berprestasi tinggi untuk menyertai kejohanan 7 sepasukan paling berprestij dalan negara ini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X