Boling: Ladies Tournament Terima Sambutan Luar Biasa

Pendaftaran penyertaan 'Ladies Tournament' telah ditutup awal ekoran sambutan luar biasa menyebakan slot penyertaan telah habis dalam waktu singkat.
Pendaftaran penyertaan 'Ladies Tournament' telah ditutup awal ekoran sambutan luar biasa menyebakan slot penyertaan telah habis dalam waktu singkat.
Pendaftaran penyertaan ‘Ladies Tournament’ telah ditutup awal ekoran sambutan luar biasa menyebakan slot penyertaan telah habis dalam waktu singkat.

Kejohanan boling ‘Ladies Tournament’ bakal berentap pada 2 November 2018 nanti terpaksa menutup pendaftaran peserta lebih awal setelah menerima sambutan luar biasa walaupun baharu beberapa hari diumumkan penganjuran kejohanan ini. Kejohanan sulung anjuran pihak Akademi Penyu Emas(Golden Turtle Academy) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada para pemenang di tempat pertama hingga tempat ke-15. Selain itu hadiah jackpot, cabutan bertuah dan banyak lagi hadiah misteri bakal menanti untuk dibawa pulang oleh para peserta.

Seramai 72 pemain boling bakal berentap di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu di mana penganjur mempertandingan dua format permainan iaitu 3 permainan 10 pin dan 2 permainan 9 pin menjadikan keseluruhan 5 permainan yang perlu disertai oleh peserta. Lebih menarik kejohanan ini turut tidak membenarkan penyertaan dari kalangan atlet yang pernah mewakili Sukan Malaysia(SUKMA) pada edisi 2016 dan terkini 2018. Hal ini secara bertujuan memberikan peluang sama rata kepada setiap peserta untuk bertanding yang rata-rata sudah pasti dari kalangan amatur.

Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang selaku persatuan sukan tenpin boling yang aktif di negeri Terengganu turut bekerjasama dengan pihak penganjur untuk memastikan kejohanan ini berlansung mengikut piawai yang telah ditetapkan.

Setiap hadiah ganjaran yang disediakan oleh penganjur sepenuhnya tidak bergantung kepada wang penyertaan sememangnya wajar dipuji. Kejohanan yang mendapat tajaan dari pelbagai pihak korporat secara tidak lansung mengambarkan keyakinan pihak penaja kepada penganjuran. Ismizul proshop(Pembekal peralatan sukan boling beroperasi di Kuala Terengganu), Doktong Sports(Pembekal pakaian sukan yang beroperasi di Kuala Terengganu), Penyu Printing(Pembekal perkhidmatan percetakan di Kuala Terengganu) dan Doktong PopcornEnterprise(Pembekal popcorn caremel dalam negeri Terengganu) merupakan pihak penaja yang telah menjalankan tanggungjawab sosial untuk anak jati negeri Terengganu yang rata-rata peserta kejohanan ini.

Kejohanan ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang bagi memastikan setiap aspek penganjuran menepati piawai dan peraturan sukan boling yang telah ditetapkan. Untuk rekod, persatuan ini juga merupakan antara persatuan tenpin boling paling aktif dalam penganjuran kejohanan mahupun program pembangunan sukan boling di negeri Terengganu ini. Manakala Akademi Penyu Emas adalah pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini yang ditubuhkan pada 2017.

“Ini adalah kejohanan pertama kali dianjurkan oleh pihak akademi kami. Untuk permulaan, kami bermula dengan kejohanan wanita sahaja dan seterusnnya nanti untuk lelaki dan kemudian kejohanan melibatkan campuran(lelaki & wanita). Tujuan sedemikian adalah untuk memberi peluang sama rata kepada semua para pemain mahupun peminat yang baharu untuk menceburi sukan ini. Selain itu dengan beberapa siri penganjuran dilihat mampu untuk menghidupkan sukan boling di negeri ini.”; ujar Encik Halim bin Puteh selaku pengurus serta jurulatih teknikal Akademi Penyu Emas.

Kursus Asas Tenpin Bowling 2018

Kursus melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sukan boling secara terus kepada peserta yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC).
Kursus melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sukan boling secara terus kepada peserta yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC).
Kursus melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sukan boling secara terus kepada peserta yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC).

Pelopor akademi sukan boling di negeri Terengganu; Akademi Penyu Emas(Golden Turtle Academy) bakal mengadakan satu ‘Kursus Asas Tenpin Bowling 2018’ kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari sukan boling ini.

Kursus yang dianjurkan bersama pihak Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sepenuhnya bakal berlansung di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu pada 2 November 2018 nanti.

Pembelajaran teori akan diadakan di sebelah pagi manakala praktikal di sebelah petang merupakan tentatif program yang telah dirangka untuk peserta kursus.

Sebanyak RM50.00 yuran penyertaan dikenakan adalah amat berpatutan di mana sepanjang sesi kursus ini dikendalikan jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC) yang menjadi badan induk mengawal selia sukan boling di peringkat kebangsaan.

Pembelajaran teori merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui seperti pengenalan jenis-jenis bola dan kasut khusus untuk sukan tenpin boling, pemahaman teknikal tempat pertandingan(venue) seperti pin, lane, arrow, dot & foul line, keselamatan, permarkahan dan lain-lain yang akan diajar nanti.

Manakala pembelajaran praktikal melibatkan teknik-teknik gerakan badan yang betul, teknik balingan dan kawalan bola, keselamatan dan lain-lain seperti mana dilakukan oleh pemain profesional.

Sememangnya pengisian program kursus ini merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan memandang ramai di antara peminat sukan ini tidak mendapat pencerahan yang sewajarnya untuk bermain selama ini. Melalui kursus ini setiap peserta dapat memperkemaskan teknik permainan di samping menambah ilmu pengetahuan tentang sukan ini yang dipandang remeh khususnya melibatkan faktor keselamatan.

Untuk rekod, Akademi Penyu Emas(Golden Turtle Academy) merupakan pelopor penubuhan akademi sukan boling di negeri Terengganu yang menyasarkan program pembangunan bagi atlet yang masih di bangku sekolah. Akademi ini juga turut menjalin kerjasama bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu (USPTNT) untuk memastikan setiap program pembangunan yang dijalankan ini adalah berkualiti.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang telah ditubuhkan di setiap negeri adalah di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri untuk mengenal pasti bakat-bakat pelapis sukan dan memberi peluang ke peringkat lebih tinggi. Sehingga kini terdapat 70 atlet yang mengikuti program pembangunan yang disediakan oleh pihak akademi ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

018 386 6090 Puan Aishah
013 923 6000 Encik Jang

atau lawati laman Facebook – https://www.facebook.com/GoldenTurtleAcademyTerengganu

Penyu Emas Pelopor Akademi Bowling Di Terengganu

PenyuSukandotcom - Akademi Boling Penyu Emas
Barisan pelatih dan jurulatih Akademi Boling Penyu Emas turut berpeluang bersama skuad elit kebangsaan yang hadir ke Terengganu untuk program latihan sebelum bertolak ke Sukan Asia 2018. Kredit Foto - Facebook.com/TERENGGANUBOWLING
Barisan pelatih dan jurulatih Akademi Boling Penyu Emas turut berpeluang bersama skuad elit kebangsaan yang hadir ke Terengganu untuk program latihan sebelum bertolak ke Sukan Asia 2018. Kredit Foto – Facebook.com/TERENGGANUBOWLING

Akademi Penyu Emas yang telah ditubuhkan sejak 2017 merupakan pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini. Mensasarkan pelatih seawal usia 9 tahun sejajar dengan objektif penubuhan untuk mewujudkan program pembangunan sukan bowling di negeri ini dan pada yang sama untuk melahirkan pelapis atlet yang berkualiti. Seramai 70 pelatih tanpa secebis pengalaman dari sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu telah terpilih dalam ambilan sulung akademi ini.

Program pemilihan ini juga turut mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sejajar dengan halatuju pihak jabatan pendidikan untuk membudayakan sukan di kalangan murid sekolah. Setiap murid-murid yang terpilih akan diserapkan dalam beberapa kategori persediaan program pembangunan sukan ini.

PenyuSukandotcom - Akademi Boling Penyu Emas
Setelah hampir 2 tahun program pembangunan yang telah dijalankan oleh Akademi Penyu Emas, kini setiap pelatih mula mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Bagi murid-murid terpilih di usia 9 hingga 10 tahun akan diletakkan dalam program persediaan bagi pertandingan acara bawah 12 tahun, manakala peringkat umur 13 dan 14 tahun untuk pertandingan acara graded. Bagi pelatih yang berusia 16 tahun akan menyertai kumpulan yang akan bertanding dalam acara terbuka.

PenyuSukandotcom - Akademi Boling Penyu Emas
Setiap program kendalian Akademi Penyu Emas turut menjalin kerjasama bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu (USPTNT) untuk memastikan kualiti terbaik bagi setiap pelapis sukan ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Akademi ini juga turut menjalin kerjasama bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu (USPTNT) untuk memastikan setiap program pembangunan yang dijalankan ini adalah berkualiti. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang telah ditubuhkan di setiap negeri adalah di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri untuk mengenal pasti bakat-bakat pelapis sukan dan memberi peluang ke peringkat lebih tinggi.

PenyuSukandotcom - Akademi Boling Penyu Emas
Akademi Penyu Emas yang telah ditubuhkan sejak 2017 merupakan pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

USPTNT juga turut menawarkan bantuan yang diperlukan kepada pihak akademi untuk memastikan para atlet mengikuti program latihan yang lebih teratur. Setiap pelatih yang rata-rata lansung tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam sukan ini akan diberikan tunjuk ajar bermula dari asas permainan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

PenyuSukandotcom - Akademi Boling Penyu Emas
Latihan yang diterapkan tidak hanya di dalam gelanggang semata-mata malah para pelatih turut juga dilibatkan program kecergasan dan kerohanian agar setiap pelatih mempunyai jati diri yang berkualiti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sehingga kini seramai 5 jurulatih berpengalaman besar di peringkat tinggi dan turut mempunyai sijil tauliah memberi khidmat di dalam akademi ini. Program pembangunan dan latihan yang dirangka oleh akademi ini juga turut mengikuti modul-modul mengikuti piawai antarabangsa dari badan induk dunia sukan ini. Para pelatih menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin hingga Rabu. Latihan yang diterapkan tidak hanya di dalam gelanggang semata-mata malah para pelatih turut juga dilibatkan program kecergasan dan kerohanian agar setiap pelatih mempunyai jati diri yang berkualiti.

Jurulatih -jurulatih Akademi Penyu Emas yang berpengalaman besar serta turut mempunyai sijil tauliah dalam sukan ini memastikan kualiti terbaik diterima oleh setiap pelatih. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Jurulatih -jurulatih Akademi Penyu Emas yang berpengalaman besar serta turut mempunyai sijil tauliah dalam sukan ini memastikan kualiti terbaik diterima oleh setiap pelatih. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Coral Crown Bowl(CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral dan TER Bowling Center di Terengganu Equestrian Resort menjadi gelanggang pusat latihan yang dikendalikan oleh Akademi Penyu Emas ini. Selain itu kemudahan gimnasium dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan USPNT juga turut menjadi sebahagian dari program latihan di akademi ini.

Setelah hampir 2 tahun program pembangunan yang telah dijalankan, kini setiap pelatih mula mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan. Kejohanan tahunan Sportexcel MILO-NSC-MTBC merupakan kejohanan yang menjadi penanda aras buat akademi ini di mana turut disertai oleh pasukan-pasukan pelapis elit dari seluruh negara. Malah pencapaian tidak hanya di situ apabila terdapat pelatih dari akademi ini juga turut terpilih untuk mewakili negeri Terengganu dalam temasya Sukan Malaysia 2018 yang akan berlansung di Perak nanti.

Encik Halim bin Puteh(tiga dari kiri) bersama pelatih Akademi Penyu Emas dan ibu bapa mereka sewaktu Kejohanan Pemilihan Atlet Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2018. Kredit Foto - Akademi Penyu Emas
Encik Halim bin Puteh(tiga dari kiri) bersama pelatih Akademi Penyu Emas dan ibu bapa mereka sewaktu Kejohanan Pemilihan Atlet Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2018. Kredit Foto – Akademi Penyu Emas

“Prestasi setiap pelatih yang mengikuti program pembangunan sukan bowling di akademi ini semakin meningkat. Setelah pendedahan demi pendedahan khususnya menyertai beberapa kejohanan di peringkat tinggi, mereka kian teruja untuk memberi komitmen dan disiplin yang tinggi untuk terus berada di dalam akademi ini. Walaupun rata-rata mereka masih di usia muda ianya satu perkembangan bagus. Saya amat yakin masa depan mereka begitu cerah untuk menjadi atlet profesional pada suatu hari nanti… dan apa yang penting negeri ini mempunyai atlet pelapis yang berkualiti mampu untuk memberi saingan ke peringkat lebih tinggi di luar sana.”, ujar Encik Halim bin Puteh selaku pengurus dan jurulatih teknikal Akademi Penyu Emas kepada PenyuSukan.com

Program pencarian bakat baru sukan tenpin boling untuk program pembangunan sukan ini di bawah kendalian Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dan Akademi Penyu Emas.
Program pencarian bakat baru sukan tenpin boling untuk program pembangunan sukan ini di bawah kendalian Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dan Akademi Penyu Emas.

Untuk rekod, program pengambilan pelatih untuk menyertai Akademi Penyu Emas ini dilakukan hanya sekali dalam setahun untuk memastikan setiap pelatih dapat mengikuti program pembangunan yang telah diaturkan untuk sepanjang tahun. Umumnya program pengambilan pelatih akan dilakukan pada bulan Februari setiap tahun. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang pengambilan boleh menghubungi terus di talian 6019 938 4614 dan 6011 3702 7760

Terengganu Optimis Rampas Kejuaraan MSKPP

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu; Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, P.J.C., P.J.K(duduk tiga dari kiri) turut hadir menyempurnakan kejohanan ini. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu; Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, P.J.C., P.J.K(duduk tiga dari kiri) turut hadir menyempurnakan kejohanan ini. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu; Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, P.J.C., P.J.K(duduk tiga dari kiri) turut hadir menyempurnakan kejohanan ini. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu

Pasukan tenpin boling Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu(MSKPP Terengganu) optimis untuk merampas kejuaraan sekali gus menjadi juara keseluruhan seperti mana pernah dikecapi pada 2016 lalu. Setelah akur menerima kekalahan pada edisi lalu, MSKPP Terengganu giat memperkasakan pasukan untuk memastikan setiap atlet mampu untuk beraksi sepenuhnya nanti.

Pada 22 Julai lepas, satu kejohanan tenpin boling peringkat negeri telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus untuk saringan pemilihan atlet-atlet yang bakal berentap di peringkat kebangsaan. Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu perseorangan, dua sepasukan dan tiga sepasukan yang disertai seramai 184 atlet.

Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu perseorangan, dua sepasukan dan tiga sepasukan mengikut jantina yang disertai hampir 100 atlet. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu
Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu perseorangan, dua sepasukan dan tiga sepasukan mengikut jantina yang disertai hampir 100 atlet. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu

Pada kejohanan ini pasukan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Kuala Terengganu telah mendominasi selaku juara keseluruhan. Seramai 10 atlet lelaki dan 10 atlet perempuan telah disenarai pendek melepasi saringan pemilihan yang disertai oleh guru-guru dan kakitangan warga pendidikan dari seluruh daerah negeri Terengganu. Pada pusingan seterusnya nanti, 20 para atlet ini akan berentap sesama mereka untuk pencarian 5 atlet terbaik bagi setiap kategori untuk disenarai akhir dalam pasukan nanti.

Pemilihan atlet untuk mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu
Pemilihan atlet untuk mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSKPP Terengganu

Kejohanan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan merupakan acara tahunan sejak 1972 yang dikelolakan oleh Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MESCA) yang sertai oleh guru-guru dan kakitangan pendidikan dari seluruh negara. Selain tenpin boling, turut dipertandingkan adalah seperti bola sepak, bola jaring, bla tampar, sepak takraw, ping pong, golf, petanque, dart dan hoki. Negeri Sarawak telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran kali ke-46 pada akhir tahun nanti.

[metaslider id=”635″]

MSSD KT Ungguli Kejohanan Tenpin Boling MSST 2018

Sebahagian daripada pasukan tenpin boling MSSD KT yang berentap di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sekolah Sukan Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Sebahagian daripada pasukan tenpin boling MSSD KT yang berentap di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sekolah Sukan Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Sebahagian daripada pasukan tenpin boling MSSD KT muncul juara setelah berentap di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT

Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018 menyaksikan penguasaan sepenuhnya pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu(MSSD KT) untuk dinobatkan selaku juara peringkat negeri Terengganu. 4 pingat emas, 2 pingat perak, 5 pingat gangsa dan 1 pingat tempat ke-4 menjadikan kesemuanya 12 pingat berjaya dituai dari enam kategori peringkat umur yang dipertandingkan. Walaupun peluang pingat emas dinafikan bagi kategori lelaki bawah 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun namun MSSD KT tetap menyapu bersih ke semua kedudukan di podium.

MSSD KT juga turut diceriakan dengan penyertaan beberapa adik beradik yang berjaya menuai pingat untuk kejohanan tertinggi di peringkat negeri ini. Gandingan adik beradik pelajar SMK Padang Midin yang turut berentap dalam kategori lelaki bawah 18 tahun; Wan Muhammad Hasif Hilmi bin Wan Mazlan berjaya mengutip pingat emas manakala pingat gangsa berjaya disempurnakan oleh Wan Muhammad Zaim Hazmi bin Wan Mazlan. Malah mereka juga turut mempunyai seorang lagi adik lelaki; Wan Muhammad Zarif Ikram bin Wan Mazlan yang berjaya mencuri pingat emas bagi kategori bawah 12 tahun. Untuk rekod, Wan Muhammad Hasif Hilmi dan Wan Muhammad Zaim Hazmi merupakan antara pelatih bagi program persediaan atlet ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.

Coral Crown Bowl (CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral telah dipilih untuk menjadi venue rasmi kejohanan yang telah berlansung pada 5 Julai yang lalu. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Coral Crown Bowl (CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral telah dipilih untuk menjadi venue rasmi kejohanan yang telah berlansung pada 5 Julai yang lalu. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT

Manakala gandingan adik beradik kategori perempuan pula menyaksikan adik Nur Arina Diyanah binti Achmad Termizi berjaya mencuri pingat emas setelah berentap di kategori bawah 12 tahun manakala kakaknya pula; Nur Iliya Natasha binti Achmad Termizi berjaya mengutip pingat gangsa bagi kategori perempuan bawah 18 tahun.

Penguasaan sepenuhnya di atas podium dalam semua kategori oleh pasukan MSSD KT di samping kejayaan dua atlet mereka terpilih di dalam program persediaan atlet ke temasya SUKMA 2018 secara tidak lansung memberikan satu isyarat jelas tentang perkembangan program pembangunan sukan ini.

Pegawai-pegawai teknikal tenpin boling di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sekolah Sukan Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Pegawai-pegawai teknikal tenpin boling di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT

PenyuSukan turut difahamkan bahawa penyertaan para atlet yang masih bersekolah ini juga mendapat sokongan penuh dari kalangan ibu bapa sejak sekian lama. Malah para ibu bapa juga sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menghantar anak-anak mereka menyertai latihan bersama Akademi Penyu Emas. Akademi ini merupakan satu-satunya akademi sukan tenpin boling yang bertapak di negeri Terengganu ini.

Senarai Pememang Pingat Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018

*Atlet Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu sahaja

 BIL. 
NAMA
SEKOLAH
KATEGORI / PINGAT
 1. Wan Muhammad Hasif Hilmi bin Wan Mazlan SMK Padang Midin Lelaki bawah 18 tahun / Emas
 2. Wan Muhammad Zaim Hazmi bin Wan Mazlan SMK Padang Midin Lelaki bawah 18 tahun / Gangsa
 3. Nur Saadah binti M. Zamri SMK Padang Midin Perempuan bawah 18 tahun / Perak
 4. Nur Ilya Natasha binti Achmad Termizi SMK Sri Nilam Perempuan bawah 18 tahun / Gangsa
 5. Muhammad Azib Hammani bin Azhan SMK Sultan Sulaiman Lelaki bawah 15 tahun / Perak
 6. Muhammad Raul Haikal Mandra bin Raman SMK Padang Midin Lelaki bawah 15 tahun / Gangsa
 7. Ahmad Hazim Syahmi bin Nik Mat SMK Sultan Sulaiman Lelaki bawah 15 tahun / Tempat ke-4
 8. Nur Aleeya Diyana binti Nazeli SMK Dato Razali Ismail Perempuan bawah 15 tahun / Emas
 9. Farah Syamimi binti Abd Ghani SMK Sultan Sulaiman Perempuan bawah 15 tahun / Gangsa
 10. Wan Muhammad Zarif Ikram bin Wan Mazlan SK Kg. Baharu Serada Lelaki bawah 12 tahun / Emas
 11. Nur Arina Diyanah binti Achmad Termizi SK Pusat Chabang Tiga Perempuan bawah 12 tahun / Emas
 12. Arni Adilla binti Arfizzan SK Sultan Sulaiman 1 Perempuan bawah 12 tahun / Emas

 

Kutipan Pingat Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018

*Mengikut Majlis Sukan Sekolah Daerah

 BIL. 
KATEGORI
EMAS
PERAK
GANGSA
KE-4
 1. Lelaki bawah 18 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman MSSD Kuala Terengganu MSSD Hulu Terengganu
 2. Perempuan bawah 18 tahun MSSD Kemaman MSSD Kuala Terengganu MSSD Kuala Terengganu MSSD Marang
 3. Lelaki bawah 15 tahun MSSD Marang MSSD Kuala Terengganu MSSD Kuala Terengganu MSSD Kuala Terengganu
 4. Perempuan bawah 15 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman
 5. Lelaki bawah 12 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Hulu Terengganu MSSD Kuala Nerus MSSD Hulu Terengganu
 6. Perempuan bawah 12 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Marang MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman
X