Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(duduk – empat dari kiri) bersama-sama dengan barisan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama pegawai skuad ragbi negeri untuk cabaran temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Berbaki beberapa hari lagi sebelum temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak bakal berlansung, pasukan ragbi negeri Terengganu telah berkesempatan diraikan bersama Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik yang juga merupakan wakil dari jabatan angkat bagi sukan ini dalam satu majlis makan malam yang telah berlansung. Kata-kata semangat diberikan oleh Tn. Hj. Azmi Bin Razik turut mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh pasukan di mana beliau turut berkongsi pengalaman beliau bermain ragbi suatu ketika dahulu.
Pegawai Daerah Kuala Terengganu; Tn. Hj. Azmi Bin Razik(tengah) bersalaman bersama pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pertemuan mesra pertama kali melibatkan keseluruh pemain dan pegawai pasukan bersama jabatan angkat sukan ragbi telah berlansung meriah memandangkan komitmen latihan kedua-dua pasukan sebelum ini sukar untuk dihimpunkan dalam satu majlis. Kedua-dua pasukan yang kini berkampung di negeri ini sejak 1 September yang lalu meneruskan siri latihan pusat terakhir sebelum bertolak ke negeri Perak pada 13 September ini. Sebelum ini hanya pasukan lelaki menjalankan program latihan sepenuh masa di sini manakala pasukan wanita mejalankan program latihan berpusat di Lembah Klang. Hal ini adalah disebabkan oleh rata-rata pemain ragbi wanita yang mewakili negeri Terengganu berada di sekitar Lembah Klang.
Barisan pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Padang ragbi yang kini telah dinaik taraf sebagai Stadium Ragbi Perak, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh merupakan venue rasmi untuk temasya SUKMA Perak 2018 di mana perlawanan hari pertama dijadualkan pada 15 September 2018 seawal jam 0800 pagi bagi perlawanan pembukaan. Pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu bakal menentang Kelantan manakala pasukan ragbi wanita negeri ini bakal menentang Johor dalam perlawanan pertama mereka di hari pertama kejohanan.
Barisan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu yang bakal membawa cabaran ke temasya SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Untuk rekod, pasukan lelaki telah diundi di dalam kumpulan A bersama negeri Kelantan, Melaka dan Johor manakala pasukan wanita berada di dalam kumpulan C bersama negeri Johor dan Sarawak. Manakala program bapa angkat dan jabatan angkat ini telah diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi membantu persiapan yang diperlukan setiap pasukan mengikut sukan yang dipertandingkan di peringkat SUKMA ini. Jabatan angkat yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan ragbi negeri Terengganu ini diterajui oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu manakala bapa angkat disandang oleh YB. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura.
Barisan atlet boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Skuad boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti meraih pengalaman berharga setelah turut sama berentap di pentas Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Asia 2018 yang menutup tirai pada 28 Ogos 2018 lalu. Pada awalnya tanpa sebarang sasaran diletakkan di mana penyertaan pasukan ini hanya untuk mengutip pengalaman menjadi sebahagian dari program latihan mereka. Namun kemampuan skuad ini setelah meraih kejayaan selaku naib johan kutipan margin tertinggi meletakkan satu penanda aras terbaik buat pasukan ini.
Walaupun tewas di pusingan separuh akhir bagi acara mixed triples dan mixed fours, namun kehadiran pasukan yang dianggap kerdil di pentas asia ini mampu sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pasukan kebangsaan malah pasukan dari negara-negara asia lain. Jurang perbezaan umur tidak menjadi masalah dalam sukan ini namun pengalaman serta kemahiran dan taktikal menjadi ukuran untuk merangkul juara. Faktor kurang keyakinan dalam gelanggang masih lagi menjadi penghalang buat pasukan ini namun berbekalkan pengalaman yang telah ditimba ini dilihat mampu untuk diatasi sebelum bermulanya temasya SUKMA Perak 2018 nanti.
Faten yang mempunyai kelayakan selaku jurulatih boling padang setelah berjaya menamatkan beberapa kursus sukan berkaitan malah turut memiliki sijil undang-undang boling padang. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Saya kagum dengan kemampuan pasukan saya. Tiada sebarang sasaran diletakkan di mana hadirnya kami untuk mengutip pengalaman berharga di pentas antarabangsa ini. Layak ke pusingan separuh akhir sememangnya bonus buat kami. Sasaran utama kami adalah di SUKMA Perak nanti.”; ujar Fateha Asmidar binti A.Manan berusia 29 tahun anak jati Kuala Terengganu selaku jurulatih skuad SUKMA Perak 2018 ini yang juga atlet lawn bowls negeri Terengganu penuh berpengalaman ini.
Untuk rekod, jurulatih yang lebih mesra dikenali sebagai Faten ini juga masih giat bermain sukan boling padang ini di mana kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Lawn Bowls International Terengganu Open Fours 2018 meraih tempat ketiga. Malah beliau juga turut pernah beraksi cemerlang di pentas SUKMA di mana penampilan pertamanya di SUKMA Kedah 2006 dan yang terakhir adalah SUKMA Melaka 2010. Faten yang masih aktif beraksi dalam beberapa siri kejohanan antarabangsa sememangnya dilihat menjadi satu contoh terbaik kepada atlet-atlet bimbingan beliau. Kini beliau merupakan pembantu jurulatih sukan boling padang sepenuh masa memberi khidmat kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak 2012. Bagi saingan di pentas SUKMA ini adalah kali ketiga beliau membimbing pasukan negeri Terengganu ini.
Perkembangan pasukan ini juga turut mendapat reaksi positif dari jurulatih pasukan negara; Dr. Simon Botha di mana beliau menzahirkan rasa teruja melihat atlet-atlet muda dari negeri ini mampu untuk memberi saingan di peringkat antarabangsa ini. Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Afrika Selatan juga turut memberi pandangan bahawa para atlet muda negeri ini mempunyai masa depan yang cerah untuk mewakili pasukan kebangsaan.
11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Negeri Terengganu sememangnya merupakan selaku kuasa besar dalam sukan boling padang ini hasil kejayaan program pembangunan yang telah dijalankan di antara Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu. Program pembangunan secara berterusan dari masa ke semasa telah dirangka sejak sekian lama dan tidak hanya memfokuskan persiapan pasukan bagi menghadapi temasya dwi-tahunan SUKMA. Beberapa buah sekolah di negeri ini juga turut telah terpilih sebagai persediaan atlet pelapis dalam program pembangunan sukan ini
Pasukan kebangsaan Malaysia B turut disertai oleh anak jati Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal(berdiri dua dari kiri) selaku juara Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) dan juga turut meraih juara bagi kategori mixed triples. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan kebangsaan Malaysia B yang mengutip kutipan margin tertinggi dinobatkan selaku juara Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Menambah manis pasukan tuan rumah yang dibarisi oleh anak muda Terengganu yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti turut meraih tempat ke-2. Kejayaan pasukan SUKMA Lawn Bowls negeri ini turut juga turut berjaya menafikan Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang berada di tempat ke-3.
Malaysia B juga meraih juara bagi kategori mixed triples di mana pasukan ini turut disertai oleh anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal. Kategori ini memperlihatkan penguasaan penuh kontijen tuan rumah di mana pasukan Malaysia A(pasukan kebangsaan) meraih di tempat ke-2 dan diikuti oleh Malaysia C(pasukan kebangsaan) dan Malaysia E(pasukan SUKMA Terengganu) berkongsi kedudukan di tempat ke-3. Untuk kategori mixed pairs memperlihatkan negara-negara kuasa besar sukan ini mendominasi kejohanan, pasukan penuh berpengalaman iaitu Thailand A menjadi juara diikuti oleh Philippines B di tempat ke dua.
Pasukan Thailand dinobatkan selaku juara pasukan terbaik dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Kredit Foto – PenyuSukan.com
Manakala Malaysia B(pasukan kebangsaan) dan China A berkongsi kedududukan di tempat ke-3. Kategori Mixed fours diberikan penguasaan kontijen tuan rumah di mana pasukan Malaysia C(pasukan kebangsaan) menjadi juara diikuti oleh pasukan Malaysia A(pasukan kebangsaan) manakala Malaysia D(SSTMI) berkongsi kedudukan tempat ke-3 bersama Thailand A. Thailand A turut dinobatkan selaku pasukan terbaik diikuti oleh pasukan Malaysia B(pasukan kebangsaan) di tempat ke-2 dan Malaysia D(SSTMI) di tempat ke-3.
Pasukan lawn bowls Pakistan bersama Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail(empat dari kiri) yang juga Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu dan Naib Presiden Lawn Bowls Asia turut bersama Ketua Unit Pembangunan Organisasi Majlis Sukan Negeri Terengganu; Pn. Noor Kumalasari Binti Jamel(pertama dari kiri). Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kejohanan Boling Padang Asia ini telah berlansung selama 4 hari bermula pada 25 Ogos lalu di mana menutup tirai pada 28 Ogos 2018. Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan pasukan tuan rumah menjadi pasukan terawal “merasmikan” Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baru siap dinaiktaraf. Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan serta sistem audio mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding.
Kejohanan Boling Padang Asia ini telah berlansung selama 4 hari bermula pada 25 Ogos lalu di mana menutup tirai pada 28 Ogos 2018. Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan pasukan tuan rumah. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pada majlis penutup dan penyampaian hadiah yang telah berlansung, turut diumumkan senarai nama pemain kebangsaan yang akan mewakili negara ke Kejohanan Boling Padang Asia di China pada 10 hingga 17 Oktober nanti. Pemain kebangsaan kelahiran negeri Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal telah terpilih untuk membawa cabaran ini begitu juga pemain muda Muhammad Idham Amin Ramlan bakal bakal berentap untuk acara bawah 25 tahun. Pengumuman ini telah diumumkan oleh Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia dan Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu.
EMMA FIRYANA SAROJI
ZULHILMIE REDZUAN
SITI ZALINA AHMAD
FAIRUL IZWAN ABD MUIN
KE-3
MALAYSIA D
FATIN NURRAWIAH SHAMSUDIN
MOHD ISKANDAR ZULKARNAIN SUKARDI
MUHAMMAD FIKRI MOHAMED HASHIM
MOHAMAD SHAH RIDZUAN MANIS
KE-3
THAILAND A
MRS SONGSIN TSAO
MR ASS. PROF. DR SURASAEK PHONGCHANYUDH
MR THANAKRIT THAMMASAM
MR CHAITHAI KANCHANAKAPHAN
5.
KUMPULAN TERBAIK
JOHAN
THAILAND A
MRS SONGSIN TSAO
MR ASS. PROF. DR SURASAEK PHONGCHANYUDH
MR THANAKRIT THAMMASAM
MR CHAITHAI KANCHANAKAPHAN
MRS JINTANA VISANUVIMOL
NAIB JOHAN
MALAYSIA B
MOHAMAD FAIRUS ABD JABAL
AZLINA ARSHAD
AUNI FATHIAH KAMIS
NUR FIDRAH NOH
MOHAMMAD SOUFI ROSLI
TEMPAT KE-3
MALAYSIA D
MOHAMAD SHAH RIDZUAN MANIS
MOHD ISKANDAR ZULKARNAIN SUKARDI
MUHAMMAD FIKRI MOHAMED HASHIM
ELVY ALFERA JUSTINE
FATIN NURRAWIAH SHAMSUDIN
MALAYSIA A – Pasukan Kebangsaan Malaysia
MALAYSIA B – Pasukan Kebangsaan Malaysia
MALAYSIA C – Pasukan Kebangsaan Malaysia
MALAYSIA D – Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor
MALAYSIA E – Pasukan Negeri Terengganu ke Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; Dato’ A.Rahman bin Yahya(tengah – berdiri tiga dari kiri) dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail(berdiri dua dari kanan) bersama pasukan kebangsaan dan pasukan negeri Terengganu dalam cabaran Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Kredit Foto – PenyuSukan.com
Tirai Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) akhirnya dibuka dengan perasmian majlis kejohanan yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; Dato’ A.Rahman bin Yahya, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Mohd Sabri bin Abas bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak.
Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dalam ucapannya menzahirkan tanda terima kasih kepada kehadiran pasukan yang bertanding dan juga kepada kerajaan negeri Terengganu baharu yang meneruskan program kejohanan yang telah dirancang sekian lama ini. Penganjuran dan fasiliti kemudahan sukan yang bertaraf antarabangsa di negeri ini di lihat mampu untuk memberi pelbagai pulangan kepada kerajaan negeri ini. Malah secara tidak lansung memperkukuhkan dominasi negeri Terengganu selaku kuasa besar di dalam sukan boling padang ini sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kejohanan boling padang antarabangsa ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sepenuhnya dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Lawn Bowls Terengganu dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia. Berlansungnya kejohanan bertaraf antarabangsa ini juga turut merasmikan gelanggang yang baharu siap dinaik taraf bernilai RM 6 juta di mana sebelum ini menjadi venue SUKMA Terengganu 2008. Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan dan audio yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding.
Atlet kebangsaan penuh berpengalaman yang juga anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal turut beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Malaysia atau lebih tepat negeri Terengganu yang menjadi tuan rumah penganjuran turut disertai oleh lima pasukan tuan rumah iaitu pasukan kebangsaan(Malaysia A, Malaysia B dan Malaysia C), pasukan negeri Terengganu(Malaysia E) dan pasukan dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor membawa cabaran selaku pasukan Malaysia D. Menambah manis bagi penganjuran antarabangsa ini, atlet kebangsaan penuh berpengalaman yang juga anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal turut beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan. Untuk hari pertama kejohanan ini sebanyak 64 pertandingan berlansung di mana melibatkan tiga kategori acara iaitu Mixed Pairs, Mixed Triples dan Mixed Fours. Mixed Triples menjadi acara terakhir dipertandingkan bagi hari pertama ini dijadualkan bermula seawal jam 0800 malam.
Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan dan audio yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pasukan negeri Terengganu merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili negeri akan dibarisi oleh para pemain yang bakal bertanding dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Seramai 118 peserta termasuk atlet termasuk pegawai pasukan akan berentap selama 4 hari dalam kejohanan peringkat Asia ini untuk membawa pulang trofi, medal dan hadiah wang tunai di mana sebanyak RM 14,000.00 hadiah keseluruhan ditawarkan. Orang ramai dan para peminat sukan boling padang ini dijemput hadir tanpa sebarang bayaran tiket untuk menyaksikan kejohanan bertaraf antarabangsa ini yang akan berakhir pada 28 Ogos 2018 ini.
Kategori Wanita Terbuka Kejohanan BMX Majlis Daerah Dungun 2018 – Johan – Siti Shahirah Hashim, Naib Johan – Siti Natasha dan tempat ke-3 – Eddyna Nasuhar. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pelumba wanita Terengganu Hanelang penuh berpengalaman; Siti Shahirah dan Eddyna Nasuhar berjaya menguasai kedudukan podium dalam acara terbuka wanita Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 yang telah berlansung di litar Arena Berbasikal Dungun pada 18 Ogos lepas. Siti Shahirah berjaya meraih podium kedudukan pertama namun buat pelumba muda Eddyna Nasuhar sekadar meraih tempat ketiga setelah dinafikan oleh pelumba dari Selangor iaitu Siti Natasha.
Walaupun meraih tempat ke-3, pujian harus diberikan kepada pelumba berusia 16 tahun ini apabila menyahut cabaran untuk berentap dalam acara terbuka wanita. Ketiga-tiga pelumba wanita yang meraih kedudukan podium ini merupakan pelumba penuh berpengalaman di mana mereka sering berentap dalam beberapa acara perlumbaan yang telah dianjurkan di dalam negara mahupun di luar negara.
Aksi kejar mengejar acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 diketuai oleh pelumba tuan rumah; #27 Siti Shahirah Hashim. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pelumba Persatuan Berbasikal Pasir Gudang(PBPG); Mirsha Leia Ixora yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4 dalam acara akhir terbuka wanita juga merupakan antara pelumba yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti bersama – sama ke semua pelumba yang berada di podium dalam perlumbaan ini.
Pelumba kelahiran Dungun; Siti Shahirah binti Hashim adalah pelumba penuh berpengalaman di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. Pelumba ini juga adalah penyandang juara Kejuaraan BMX Kebangsaan dari tahun 2015 hingga 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Penuh tekanan dalam setiap siri perlumbaan dari awal sehingga perlumbaan akhir. Malah Dyna (Eddyna Nasuhar, rakan sepasukan) juga lansung tidak memberi peluang kepada saya! Setiap perlumbaan di mana-mana sahaja bukan hanya di sini sememangnya sudah pasti saya juga tidak akan memberi ruang kepada mereka. Setiap pelumba di sini akan berentap di SUKMA Perak nanti di mana matlamat utama bagi kami semua.”; ujar pelumba sepenuh masa anak jati Dungun; Siti Shahirah binti Hashim kepada PenyuSukan.com
Pelumba yang berusia 18 tahun juga turut mengulas bahawa litar yang dibina untuk perlumbaan ini sememangnya amat mencabar bukan seperti mana latihan harian yang dilakukan di sini. Sedikit sebanyak litar ini memberi peluang sama rata kepada pelumba di mana hanya pengalaman dan fokus dalam perlumbaan mampu untuk menjinakan litar yang mempunyai cabaran teknikal ini. Eddyna Nasuhar juga turut menyatakan pendapat yang sama di mana berpendapat litar ini setanding dengan kejuaraan di luar negara yang pernah disertainya.
Pelumba Eddyna Nasuhar berusia 16 tahun(lahir pada 22 Oktober 2002) turut memberi saingan dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 untuk bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Litar ini amat mencabar bagi saya tambahan beraksi dalam acara terbuka wanita. Satu acara yang jarang saya sertai. Lompatan pertama dan selekoh pertama di awal perlumbaan sememangnya amat mencabar dan penuh teknikal. Sekiranya terjatuh atau mengalami kemalangan di awal perlumbaan sudah pasti teramat jauh untuk mengejar menamatkan perlumbaan.”; ujar Eddyna Nasuhar.
Kategori Lelaki Terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 – Johan – Saniy Shahmi, Naib Johan – Ahmad Syazrin dan tempat ke-3 – Ammar Azhar. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 yang telah melabuhkan tirai pada 18 Ogos lalu memperlihatkan penguasaan penuh pelumba tuan rumah untuk menyapu bersih kedudukan podium dalam acara akhir terbuka lelaki. Aksi kejar-mengejar bersilih ganti sesama pelumba-pelumba Terengganu Hanelang dalam kelompok hadapan sememangnya ingin merebut peluang podium yang dinantikan.
Aksi pelumba #6 Saniy Shami berentap bersama rakan sepasukan pelumba #49 Ammar Azhar dalam acara akhir lelaki terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Namun pada perlumbaan akhir, anak jati Dungun Saniy Shahmi berjaya muncul juara setelah memberi tekanan kepada Ahmad Syarin untuk berada di kedudukan kedua. Ammar Azhar pula berjaya menafikan dua rakan sepasukan dan dua pelumba dari Selangor dan Johor untuk berada di kedudukan ketiga. Seramai lima pelumba dari pasukan Terengganu Hanelang telah berentap dalam kategori terbuka lelaki ini di mana ke semua pelumba ini layak untuk ke pusingan akhir.
Kategori Wanita Terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 – Johan – Siti Shahirah, Naib Johan – Siti Natasha dan tempat ke-3 – Eddyna Nasuhar. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Manakala bagi pelumba wanita Terengganu Hanelang juga turut menguasai kedudukan podium dalam acara terbuka wanita. Pelumba berusia 18 tahun anak jati Dungun, Siti Shahirah berjaya berada di kedudukan pertama menafikan rakan sepasukan iaitu Eddyna Nasuhar yang berada di kedudukan ketiga. Siti Natasha dari Selangor berjaya memperolehi kedudukan kedua juga merupakan antara pelumba yang sering memberi cabaran dalam sebarang perlumbaan yang disertai oleh mereka bertiga. Kesemua pelumba yang berentap dalam acara wanita terbuka ini merupakan para pelumba yang akan bersaing di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.
Aksi pelumba #28 Roslan Sandi mengungguli untuk merangkul juara bagi acara Master B (40 tahun ke atas) Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Hampir ke semua acara pasukan tuan rumah berjaya menempatkan kedudukan podium kecuali bagi acara Master A(30-39 tahun) dan Master B(40 tahun ke atas). Penganjuran julung kali ini berjaya menghimpukan seramai 74 pelumba yang turut disertai oleh pelumba-pelumba dari negeri Selangor, Johor dan Perak. Perlumbaan telah berlansung di litar Arena Berbasikal Dungun yang terletak berhampiran Kelab Golf Desa Dungun dan UiTM Dungun merupakan litar lumba yang tidak asing lagi bagi penggiat sukan lasak BMX di negeri ini. Rata-rata pelumba dan pengurus pasukan yang ditemui memuji cabaran di litar ini malah ada yang berpendapat bahawa litar ini antara yang terbaik dalam negara untuk cabaran yang lebih.
Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 – Lelaki Terbuka – #6 Saniy Shahmi. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Saingan dari rakan-rakan sepasukan dan pelumba dari negeri lain sememangnya tekanan yang besar sepanjang perlumbaan. Rakan sepasukan adalah cabaran terbesar. Tiada jalan mudah untuk saya muncul juara. Sekiranya saya tidak bekerja keras, sudah pasti mereka semua akan mengatasi saya. Walaupun litar ini adalah tempat latihan sepenuh masa saya, saya perlu akui litar ini merupakan litar yang memerlukan kemahiran teknikal sepenuhnya untuk berlumba. Perlumbaan teknikal dengan mereka semua dalam kategori ini sememangnya bukan laluan mudah untuk saya.”; ujar Saniy Syahmi Bin Mohd Safiee; pelumba berusia 17 tahun ini kepada PenyuSukan.com
Untuk rekod, Saniy Syahmi juga turut merangkul juara dalam Kejuaraan BMX Kebangsaan 2018 bagi acara Men Junior yang telah berlansung di Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada 7 hingga 8 Julai lepas. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Saniy juga merupakan pelumba harapan untuk meraih pingat emas di temasya SUKMA Perak 2018.
[metaslider id=”902″]
Keputusan Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018
Barisan pelatih dan jurulatih Akademi Boling Penyu Emas turut berpeluang bersama skuad elit kebangsaan yang hadir ke Terengganu untuk program latihan sebelum bertolak ke Sukan Asia 2018. Kredit Foto – Facebook.com/TERENGGANUBOWLING
Akademi Penyu Emas yang telah ditubuhkan sejak 2017 merupakan pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini. Mensasarkan pelatih seawal usia 9 tahun sejajar dengan objektif penubuhan untuk mewujudkan program pembangunan sukan bowling di negeri ini dan pada yang sama untuk melahirkan pelapis atlet yang berkualiti. Seramai 70 pelatih tanpa secebis pengalaman dari sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu telah terpilih dalam ambilan sulung akademi ini.
Program pemilihan ini juga turut mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sejajar dengan halatuju pihak jabatan pendidikan untuk membudayakan sukan di kalangan murid sekolah. Setiap murid-murid yang terpilih akan diserapkan dalam beberapa kategori persediaan program pembangunan sukan ini.
Setelah hampir 2 tahun program pembangunan yang telah dijalankan oleh Akademi Penyu Emas, kini setiap pelatih mula mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Bagi murid-murid terpilih di usia 9 hingga 10 tahun akan diletakkan dalam program persediaan bagi pertandingan acara bawah 12 tahun, manakala peringkat umur 13 dan 14 tahun untuk pertandingan acara graded. Bagi pelatih yang berusia 16 tahun akan menyertai kumpulan yang akan bertanding dalam acara terbuka.
Setiap program kendalian Akademi Penyu Emas turut menjalin kerjasama bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu (USPTNT) untuk memastikan kualiti terbaik bagi setiap pelapis sukan ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Akademi ini juga turut menjalin kerjasama bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu (USPTNT) untuk memastikan setiap program pembangunan yang dijalankan ini adalah berkualiti. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang telah ditubuhkan di setiap negeri adalah di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri untuk mengenal pasti bakat-bakat pelapis sukan dan memberi peluang ke peringkat lebih tinggi.
Akademi Penyu Emas yang telah ditubuhkan sejak 2017 merupakan pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
USPTNT juga turut menawarkan bantuan yang diperlukan kepada pihak akademi untuk memastikan para atlet mengikuti program latihan yang lebih teratur. Setiap pelatih yang rata-rata lansung tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam sukan ini akan diberikan tunjuk ajar bermula dari asas permainan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Latihan yang diterapkan tidak hanya di dalam gelanggang semata-mata malah para pelatih turut juga dilibatkan program kecergasan dan kerohanian agar setiap pelatih mempunyai jati diri yang berkualiti. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sehingga kini seramai 5 jurulatih berpengalaman besar di peringkat tinggi dan turut mempunyai sijil tauliah memberi khidmat di dalam akademi ini. Program pembangunan dan latihan yang dirangka oleh akademi ini juga turut mengikuti modul-modul mengikuti piawai antarabangsa dari badan induk dunia sukan ini. Para pelatih menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin hingga Rabu. Latihan yang diterapkan tidak hanya di dalam gelanggang semata-mata malah para pelatih turut juga dilibatkan program kecergasan dan kerohanian agar setiap pelatih mempunyai jati diri yang berkualiti.
Jurulatih -jurulatih Akademi Penyu Emas yang berpengalaman besar serta turut mempunyai sijil tauliah dalam sukan ini memastikan kualiti terbaik diterima oleh setiap pelatih. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Coral Crown Bowl(CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral dan TER Bowling Center di Terengganu Equestrian Resort menjadi gelanggang pusat latihan yang dikendalikan oleh Akademi Penyu Emas ini. Selain itu kemudahan gimnasium dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan USPNT juga turut menjadi sebahagian dari program latihan di akademi ini.
Setelah hampir 2 tahun program pembangunan yang telah dijalankan, kini setiap pelatih mula mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan. Kejohanan tahunan Sportexcel MILO-NSC-MTBC merupakan kejohanan yang menjadi penanda aras buat akademi ini di mana turut disertai oleh pasukan-pasukan pelapis elit dari seluruh negara. Malah pencapaian tidak hanya di situ apabila terdapat pelatih dari akademi ini juga turut terpilih untuk mewakili negeri Terengganu dalam temasya Sukan Malaysia 2018 yang akan berlansung di Perak nanti.
Encik Halim bin Puteh(tiga dari kiri) bersama pelatih Akademi Penyu Emas dan ibu bapa mereka sewaktu Kejohanan Pemilihan Atlet Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) 2018. Kredit Foto – Akademi Penyu Emas
“Prestasi setiap pelatih yang mengikuti program pembangunan sukan bowling di akademi ini semakin meningkat. Setelah pendedahan demi pendedahan khususnya menyertai beberapa kejohanan di peringkat tinggi, mereka kian teruja untuk memberi komitmen dan disiplin yang tinggi untuk terus berada di dalam akademi ini. Walaupun rata-rata mereka masih di usia muda ianya satu perkembangan bagus. Saya amat yakin masa depan mereka begitu cerah untuk menjadi atlet profesional pada suatu hari nanti… dan apa yang penting negeri ini mempunyai atlet pelapis yang berkualiti mampu untuk memberi saingan ke peringkat lebih tinggi di luar sana.”, ujar Encik Halim bin Puteh selaku pengurus dan jurulatih teknikal Akademi Penyu Emas kepada PenyuSukan.com
Program pencarian bakat baru sukan tenpin boling untuk program pembangunan sukan ini di bawah kendalian Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu dan Akademi Penyu Emas.
Untuk rekod, program pengambilan pelatih untuk menyertai Akademi Penyu Emas ini dilakukan hanya sekali dalam setahun untuk memastikan setiap pelatih dapat mengikuti program pembangunan yang telah diaturkan untuk sepanjang tahun. Umumnya program pengambilan pelatih akan dilakukan pada bulan Februari setiap tahun. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang pengambilan boleh menghubungi terus di talian 6019 938 4614 dan 6011 3702 7760
Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) berlansung pada 25 hingga 28 Ogos 2018 bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baharu siap sepenuhnya dinaik taraf bakal menerima kunjungan pemain-pemain profesional dan amatur boling padang dari beberapa negara Asia untuk merebut kejuaraan sulung Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 2 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu bakal berentap pada 25 hingga 28 Ogos nanti.
Pasukan negeri Terengganu merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili negeri akan dibarisi oleh para pemain yang bakal bertanding dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Seramai 118 peserta termasuk atlet termasuk pegawai pasukan akan berentap selama 4 hari dalam kejohanan peringkat Asia ini untuk membawa pulang trofi, medal dan hadiah wang tunai di mana sebanyak RM 14,000.00 hadiah keseluruhan ditawarkan.
Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Kejohanan ini merupakan salah satu siri penganjuran dalam Asia yang sering menjadi tumpuan bagi pasukan bertanding untuk memperbaiki kedudukan dunia semasa. Gelanggang sedia ada telah dinaik taraf untuk penganjuran ini malah kami juga dalam usaha mendapatkan pengiktirafan dari badan induk antarabangsa untuk diberi status antara gelanggan terbaik di dunia. Oleh yang sedemikian melalui sukan ini juga secara tidak lansung mampu untuk menjana industri perlancongan di negeri ini.”; ujar Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia.
Beliau juga turut menzahirkan tanda terima kasih dalam majlis sidang media ini kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu kerana meneruskan program kejohanan ini seperti mana yang telah dirancang oleh kerajaan negeri terdahulu. Turut hadir di majlis sidang media ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan timbalannya Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Busu.
Dari kiri – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Penganjuran ini juga turut dilihat mampu untuk memberi pengalaman besar kepada Persatuan Lawn Bowls Terengganu khususnya dalam aspek pengurusan dan penganjuran kejohanan antarabangsa. Terengganu juga turut merupakan antara kuasa besar sukan ini di mana sering mencipta nama sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Malah dengan penyertaan pasukan SUKMA dari negeri ini juga secara tidak lansung menjadi pentas pemanas badan yang terbaik untuk berentap dengan pasukan dari pelbagai negara.
Kejohanan boling padang antarabangsa ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sepenuhnya dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Lawn Bowls Terengganu dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia. Kejohanan ini juga bakal merasmikan gelanggang yang baharu siap dinaik taraf bernilai RM 6 juta di mana sebelum ini menjadi venue SUKMA Terengganu 2008.
Dyna Pertahankan Kejuaraan Buat Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan!
Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai Dyna kini mula mendapat perhatian dalam arena basikal lasak BMX setelah mempertahankan Kejuaraan BMX Kebangsaan buat kali ke-3 berturut-turut. Anak jati Dungun ini berjaya menafikan pelumba dari negeri Selangor yang berada di tempat kedua dan pelumba dari Johor di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir acara peringkat umur 13 hingga 16 tahun wanita. Kejuaraan BMX Kebangsaan 2018 yang telah berlansung di Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan juga merupakan aksi pemanas badan buat beberapa pelumba sebelum berentap di pentas Sukan Malaysia 2018 di Perak nanti.
Segala-galanya bermula apabila jurulatih Rozimi Omar(arwah) menjadi individu awal mengesan bakat terpendam pelumba ini di usia 12 tahun. Jurulatih ini juga adalah individu awal yang turut membentuk pelumba profesional kelahiran Kuala Dungun; Azizul Hasni Awang. Selama setahun jurulatih ini memberi tunjuk ajar kepada Dyna dan pada tahun seterusnya buat pertama kali untuk pelumba ini berentap di pentas kebangsaan dalam Siri Terbuka Selangor 2015 sekaligus berjaya merangkul pingat perak. Namun kejayaan itu juga merupakan kejayaan kali terakhir dikecapi bersama setelah jurulatih Rozimi Omar meninggal dunia akibat serangan jantung pada November 2015. Pelumba muda ini sungguh terkesan dengan apa yang berlaku sehingga ke hari ini.
Dyna bersama ahli pasukan basikal lasak BMX yang mewakili negeri Terengganu dalam Kejuaraan BMX Kebangsaan 2018 yang telah berlansung di Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan. Kredit Foto – Instagram.com/_.dynaevasive
Berbekalkan semangat dan azimat yang diberikan oleh arwah Rozimi Omar dan dorongan sokongan padu dan restu dari kedua-dua ibu bapa kini Dyna tanpa menoleh ke belakang lagi untuk terus berusaha memburu kejayaan. Kini pelumba ini mendapat bimbingan sepenuh masa daripada jurulatih berpengalaman besar; Arif Syukri bin Ahmad Sabti yang sentiasa memastikan kejayaan terus dicipta.
Pelumba profesional tempatan yang juga anak jati Terengganu; Noor Quraataina Mamat(kiri) dan pelumba BMX profesional dari Australia; Saya Sakakibara adalah idola kepada Dyna untuk terus maju di dalam sukan lasak BMX ini. Kredit Foto – Instagram.com/_.dynaevasive
Jepun, Australia, Philippines, Thailand dan Indonesia di antara negara-negara yang pernah dijejaki sepanjang mencipta nama dalam sukan lasak BMX ini. Sebalik kejayaan demi kejayaan dicipta, pelajar SMK Balai Besar, Dungun ini juga turut tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar sekolah.
Rutin seharian yang padat memerlukan Dyna membahagikan masa dengan bijak di mana latihan kayuhan harian akan diadakan selepas waktu persekolahan manakala pada hari minggu akan berbuat sedemikian di waktu pagi. Untuk rekod, pelumba ini turut memperolehi 4 A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sejarah dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3). Menjadikan pelumba BMX profesional dari Australia; Saya Sakakibara dan pelumba profesional tempatan yang juga anak jati Terengganu; Noor Quraataina Mamat sebagai idola, Dyna turut juga menanam cita-cita untuk layak mewakili Malaysia ke temasya Olimpik pada tahun 2024 nanti.
Pelumba profesional sukan lasak BMX; Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin(kiri) bersama pemilik TUAH BMX Products(tengah) selaku pihak penaja. Kredit Foto – Instagram.com/_.dynaevasive/
“Terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak jemu memberi sokongan padu sejak dari awal lagi. Seterusnya sudah pasti kepada arwah jurulatih Rozimi Omar yang memberi peluang kepada saya untuk saya berada pada hari ini. Terima kasih juga kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu yang teramat banyak membantu untuk untuk kejayaan saya dan pasukan saya dan juga sukan BMX di negeri ini. Begitu juga sudah pasti kepada penaja saya iaitu TUAH BMX Products yang sememangnya sentiasa bersama saya dalam setiap kejayaan.”; ujar Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin kepada PenyuSukan.com
TUAH BMX Products adalah sebuah syarikat pengeluar dan pembekal barangan basikal lasak BMX yang berpusat di Singapura di mana telah menaja pelumba Dyna sejak 2017.
PROFIL ATLET Nama: Eddyna Nasuhar binti Zainal Abidin Tarikh Lahir: 22 Oktober 2002 Tempat Kelahiran: Dungun, Terengganu Media Sosial: _.dynaevasive (Instagram) & Dyna Evasive (Facebook)
REKOD PENCAPAIAN SEPANJANG 2018
Kejohanan BMX Remaja Sportexcel/MSN/MILO/PKBM – Johan
Banyuwangi International BMX, Indonesia 2018 – Johan
Kejohanan BMX Kebangsaan 2018 – Johan
Terbuka BMX Penrith, Australia 2018 – Tempat Ke-4
Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) Thailand 2018 – Kemalangan di pusingan akhir
“Kami tidak mahu bakat mereka menjadi sia-sia kerana tidak mendapat ruang dan peluang yang sewajarnya. Suatu ketika dulu kami(adik beradik lagenda badminton negara) seperti adik-adik di sini semua, kini dengan kejayaan dan pengalaman ingin kami pulangkan kepada mereka.” ujar Ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri & pemain lagenda badminton negara; Haji Rahman Dato’ Haji Sidek. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Haji Rahman Dato’ Haji Sidek selaku ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri memuji perkembangan bakat-bakat pemain muda di negeri Terengganu ini. Beliau yang sekali lagi hadir untuk mengetuai program jelajah pencarian bakat memberi gambaran sedemikian setelah melihat potensi yang ada di kalangan peserta program ini. Program Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan pencungkilan bakat-bakat pemain muda seawal usia 7 tahun yang tidak pernah berentap di peringkat tinggi malah tidak pernah menerima sebarang program latihan profesional.
Buku hasil tulisan pemain badminton lagenda negara; Datuk Misbun Sidek berjudul ‘Teknik Asas Badminton’ menjadi sebahagian daripada modul pembelajaran Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Terengganu 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Saban tahun program ini berlansung di negeri Terengganu namun pada tahun ini boleh dilihat perbezaan ketara di kalangan peserta program. Pada program tahun-tahun yang lepas diusia mereka yang masih kecil rata-rata baru hendak mengenali sukan ini tetapi kini seawal umur 7 tahun kami dapati mereka mampu untuk membuat pukulan dan teknik bermain yang betul. Satu perkembangan yang bagus untuk tahun ini. Secara tidak lansung memberi penanda aras baharu perkembangan dan pembangunan sukan badminton di negeri ini. Sekiranya bakat mereka terus digilap dan diberi peluang sudah pasti kejayaan menanti mereka.”; ujar Haji Rahman Dato’ Haji Sidek kepada PenyuSukan.com sejurus setelah tamat program Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan 2018 Negeri Terengganu.
Ketua jurulatih ini juga turut menjelaskan bahawa program pencarian bakat ini juga tidak hanya memfokuskan kepada kemahiran bermain sahaja. Setiap anak-anak muda ini harus di beri pendedahan dan maklumat yang tepat tentang hala tuju sukan badminton demi masa depan mereka.
Peserta Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Negeri Terengganu 2018 tidak hanya memfokuskan latihan badminton malah membina semangat setiap pemain agar mengetahui hala tuju mereka. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Sudah tentu menjadi pemain badminton profesional adalah cita-cita mereka namun mereka juga perlu ketahui melalui sukan ini juga boleh dikembangkan untuk menjadi satu kerjaya yang menarik. Bidang kejurulatihan, pegawai psikologi sukan, dan lain-lain bidang dalam sains sukan antara kerjaya yang mampu dibina atas semangat sukan badminton ini. Pendedahan ini penting di usia mereka agar dapat membuat keputusan yang tepat apabila mereka dewasa nanti.
“Kami tidak mahu bakat mereka menjadi sia-sia kerana tidak mendapat ruang dan peluang yang sewajarnya. Suatu ketika dulu kami(adik beradik lagenda badminton negara) seperti adik-adik di sini semua, kini dengan kejayaan dan pengalaman ingin kami pulangkan kepada mereka.”; tambah beliau.
Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Terengganu 2018 yang telah berlansung selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 Ogos 2018 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Program tahunan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan di bawah kendalian Kelab Badminton Nusa Mahsuri sekali lagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi ke-7 pada tahun ini sebelum meneruskan pencarian bakat ke negeri seterusnya. Program yang kini berusia 22 tahun sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1996 kian matang setelah melihat perkembangan pembangunan sukan ini di negeri-negeri yang menyertai. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) juga turut merupakan pemain peranan penting dalam persediaan pencarian bakat di negeri ini untuk memberi peluang pendedahan ke peringkat yang lebih tinggi.
Peserta Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Negeri Terengganu 2018 telah berkampung selama 3 hari bermula dari 9 hingga 11 Ogos 2018 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Seramai 63 bakat-bakat muda pemain badminton seawal berusia 7 tahun hingga 12 tahun telah dipilih oleh JBSNT bagi memastikan mereka yang benar-benar bersedia untuk memberi komitmen sepanjang program ini. Pemilihan bakat-bakat ini telah dilakukan di seluruh daerah dalam negeri Terengganu dengan kerjasama di antara setiap Pejabat Belia Dan Sukan Daerah dan akademi badminton tempatan di mana setiap pemain mempunyai ujian tertentu untuk terpilih. Kriteria pemilihan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pemain badminton yang berbakat tetapi tidak terpilih untuk mewakili di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Hal ini adalah untuk memastikan bakat-bakat tersebut perlu digilap sepenuhnya agar tidak pudar sekaligus memadamkan peluang yang bakal mereka perolehi.
Buku hasil tulisan pemain badminton lagenda negara; Datuk Misbun Sidek berjudul ‘Teknik Asas Badminton’ menjadi sebahagian daripada modul pembelajaran Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Terengganu 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Program yang telah berlansung selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 Ogos 2018 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu sememangnya merupakan program seharian berskala penuh kepada peserta. Seawal pagi mereka telah diberikan latihan kecergasan fizikal dan seterusnya latihan praktikal di dalam gelanggang. Manakala pada malam pula dipenuhi dengan slot motivasi dan hala tuju masa depan sukan ini yang perlu diketahui oleh bakat-bakat cilik ini agar mereka dapat memahami dengan lebih tepat. Pemilihan JBSNT sebagai tuan rumah sememangnya bertepatan dengan kehendak program ini di mana para peserta program disediakan tempat penginapan dan penyediaan makanan malah mempunyai fasiliti yang lengkap untuk program ini.
Dari kiri – Yang Di Pertua Persatuan Badminton Terengganu; Dato’ Sayed Abu Bakar bin Abdullah, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu; Encik Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim dan ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri; Haji Rahman Dato’ Haji Sidek. Kredit Foto – PenyuSukan.com
“Program ini adalah satu program yang bagus sewajarnya diteruskan. Kita boleh lihat pada hari ini hasil keberkesanan program pembangunan sukan badminton di negeri ini. Kami berharap dengan perkembangan ini lebih ramai anak muda negeri Terengganu mampu untuk berentap ke peringkat yang lebih tinggi. Kami di pihak jabatan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bersama pihak Kelab Badminton Nusa Mahsuri sentiasa mencuba yang terbaik untuk memastikan program pencarian bakat ini berterusan. Seterusnya di harap ada pihak di luar sana khususnya persatuan negeri mahupun kebangsaan turut sama memberi ruang dan peluang kepada atlet-atlet muda ini.”; ujar Encik Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim selaku Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com sewaktu ditemui.
Program kali ini juga turut mendapat pujian dari Haji Rahman Dato’ Haji Sidek selaku ketua jurulatih program dari Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Beliau menzahirkan rasa teruja melihat potensi dan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta program yang amat berbeza dari edisi terdahulu. Rata-rata peserta pada tahun ini dilihat lebih bersedia dengan teknik asas bermain badminton. Para peserta juga turut mempunyai semangat dan disiplin yang lebih tinggi sejajar dengan perkembangan semasa pencapaian pemain badminton negara yang dijadikan idola oleh mereka.
Duduk dari kiri; Suhaila binti Noordin dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan; Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu; Dato’ Sayed Abu Bakar bin Abdullah, Yang Di Pertua Persatuan Badminton Terengganu; Haji Rahman Dato’ Haji Sidek, ketua jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bersama-sama dengan barisan jurulatih dan pegawai-pegawai Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Terengganu 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Program Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan ini adalah anjuran tahunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri program ini pada edisi seterusnya mereka boleh berhubung terus dengan akademi-akademi badminton dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah berhampiran. JBSNT sentiasa berhubung dengan kedua-dua badan ini untuk memberi peluang kepada semua bakat-bakat muda di seluruh daerah dalam negeri Terengganu.
Skuad Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu turut menjadi tuan rumah kepada penganjuran Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kredit Foto – Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu
Walaupun skuad catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSSN Terengganu) bukan pasukan pilihan untuk mendominasi Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 namun berjaya meletakkan skuad ini dalam kedudukan 10 terbaik merupakan satu pencapaian terbaik setakat ini. Berbanding pada edisi lalu skuad ini hanya sekadar mampu berada di kedudukan ke-13 namun dengan persediaan yang telah dilakukan ianya membuahkan hasil. Kejohanan yang telah berlansung selama seminggu bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu telah berakhir pada 9 Ogos lalu.
Pelajar SMK Mak Lagam, Kemaman; Zarith Sofea binti Zaidi mewakili negeri Terengganu dalam Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kredit Foto – Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu
Menambah manis buat skuad ini apabila Zarith Sofea binti Zaidi berjaya mendapat tempat ke-7 bagi acara wanita P18 setelah berjaya menewaskan beberapa pemain dari pasukan pilihan. Pelajar SMK Mak Lagam, Kemaman ini adalah merupakan atlet pencatur terbaik dimiliki oleh negeri Terengganu di mana telah membuat penampilan kali ke-4 di pentas MSSM ini. Pada edisi terdahulu beliau memperolehi tempat ke-9 bagi acara wanita P15.
“Alhamdulillah. Untuk kejohanan kali ini banyak peningkatan dalam pasukan berjaya diterjemahkan. Walaupun persediaan pasukan dan para atlet mengikut kemampuan kami namun dengan hasil sedemikian kami amat berpuas hati. Saingan dari beberapa pasukan yang mendominasi kejohanan ini masih sama namun kami melihat Kelantan agak menonjol kali ini.”; ujar Rohaiza Abdullah selaku pengurus pasukan catur MSSN Terengganu yang juga merupakan guru di SK Tok Jembal.
Pengurus pasukan catur MSSN Terengganu; Cikgu Rohaiza Abdullah(dua dari kiri) bersama keluarga pencatur yang turut hadir memberi sokongan. Kredit Foto – Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu
Beliau juga turut memberi gambaran bagi saingan edisi akan datang untuk mempunyai khidmat jurulatih sepenuh masa bagi melatih atlet catur negeri Terengganu ini. Namun perancangan ini bergantung kepada sokongan dana yang diterima memandangkan pasukan ini belum mempunyai sebarang bentuk bantuan dalam persediaan pasukan. Untuk rekod, beberapa pasukan dari negeri-negeri yang mendominasi sukan catur di pentas MSSM ini sememangnya mempunyai jurulatih sepenuh masa malah ada di antara para atlet tersebut mempunyai jurulatih peribadi yang dibiayai oleh ibu bapa mereka sendiri.
Litar sepanjang 350 meter yang mempunyai 4 selekoh sudah pasti bakal memberi kepuasan terbaik bagi setiap pelumba.
Majlis Perbandaran Dungun dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan kelab-kelab basikal lasak di negeri ini bakal menganjurkan Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 pada 18 Ogos 2018 ini. Dua kategori mengikut jantina membabitkan sebanyak 12 acara pelbagai peringkat umur bakal dipertandingkan. Kejohanan ini juga turut menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang bagi setiap acara.
Arena Berbasikal Dungun yang terletak berhampiran Kelab Golf Desa Dungun dan UiTM Dungun merupakan litar lumba yang tidak asing lagi bagi penggiat sukan lasak BMX di negeri ini. Walaubagaimanapun untuk kejohanan ini pihak penganjur turut menambah baik litar tersedia ada bagi memberi cabaran yang sesuai dengan pelbagai kategori peringkat usia. Litar sepanjang 350 meter yang mempunyai 4 selekoh sudah pasti bakal memberi kepuasan terbaik bagi setiap pelumba.
Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018
Selain kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka, sudah pasti aksi lasak dari adik-adik seawal usia 12 tahun ke bawah bakal memberi perhatian sepanjang kejohanan ini berlansung. Sehingga kini, penyertaan paling jauh adalah dari negara Singapura yang turut berminat untuk memberi cabaran kepada pelumba tempatan.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung terus kepada pihak penganjur:
Tuan Rumah – Politeknik Kuala Terengganu juara sulung Karnival Sukan Pantai dan Indoor Games Politeknik Malaysia 2018. Kredit Foto – https://www.flickr.com/photos/polikualaterengganu
Pasukan tuan rumah iaitu Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menguasai kejuaraan Karnival Sukan Pantai dan Indoor Games Politeknik Malaysia 2018. PKT yang telah merangkul 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa sekali gus membawa pulang Piala Sumbangan Hajah Radiah Che Su untuk dinobatkan juara keseluruhan. Manakala PSMZA muncul naib johan keseluruhan setelah meraih 1 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Tempat ke-3 juara keseluruhan milik Politeknik Nilai Seremban dengan membawa pulang 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.
Karnival sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia ini merupakan pentas terbaik untuk para pelajar mempamerkan bakat masing-masing di dalam bidang sukan. Penganjuran ini juga secara tidak lansung dapat mencungkil bakat-bakat terpendam untuk berentap di peringkat yang lebih tinggi. Malah MSP juga merupakan antara kontijen terbesar dalam penyertaan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT). Untuk rekod, SUKIPT pada tahun ini sebanyak 27 politeknik telah menghantar kontijen membabitkan 309 atlet bagi 25 acara sukan yang disertai.
Sebanyak 26 kontijen mewakili politeknik-politeknik seluruh Malaysia melibatkan 750 orang atlet telah berentap sepanjang kejohanan Karnival Sukan Pantai dan Indoor Games Politeknik Malaysia 2018. Kredit Foto – https://www.flickr.com/photos/polikualaterengganu
Untuk penganjuran kali pertama ini sebanyak lima jenis sukan telah dipertandingkan iaitu bola sepak pantai, bola tampar dewan, bola tampar pantai, dart dan karom telah berlansung sepanjang 3 hari. Sebanyak 26 kontijen mewakili politeknik-politeknik seluruh Malaysia melibatkan 750 orang atlet telah berentap sepanjang kejohanan berlansung. Politeknik Mukah dari Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu dari Sabah merupakan antara kontijen terawal mengesahkan penyertaan untuk hadir ke negeri pantai timur ini. Scout Inn Resort yang terletak berhampiran dengan pantai Teluk Ketapang menjadi venue pertama bagi penganjuran sulung ini.
[metaslider id=”822″] Kredit Foto – https://www.flickr.com/photos/polikualaterengganu
Skuad Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu turut menjadi tuan rumah kepada penganjuran Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018.
Skuad Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSSNT) meletakkan sasaran podium bagi Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 yang kini berlansung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Walaupun sekian lama masih berhempas pulas berentap bersama pasukan – pasukan yang mempunyai nama besar dalam kejohanan ini namun ianya tidak bermaksud pasukan tuan rumah terus mengalah. Malah tahun demi tahun MSSNT sentiasa memperkasakan pencungkilan bakat di kalangan murid-murid sekolah.
Seramai 42 atlet catur dari serata pelusuk negeri Terengganu ini telah terpilih untuk mewakili kejohanan kali ini di mana murid berusia 8 tahun merupakan atlet termuda di dalam skuad ini. Persiapan skuad ini juga turut mendapat bimbingan dari jurulatih catur tempatan selain sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada di dalam setiap atlet itu sendiri.
Pada edisi kali ini skuad tuan rumah tidak dapat disertai oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud; Athiera Fatneen binti Rosman yang merupakan atlet catur berpengalaman besar di pentas MSSM ini. Athiera Fatneen terpaksa menarik diri untuk sebarang kejohanan pada tahun ini bagi memberi fokus kepada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3). Untuk rekod, Athiera Fatneen layak untuk mewakili negeri ini ke pentas MSSM pada usia seawal 8 tahun iaitu di darjah dua persekolahan. Saban tahun terus memberi tekanan kepada pasukan lawan walaupun tewas pada pusingan akhir dalam edisi MSSM tahun lalu.
“Beberapa tahun kebelakangan ini pasukan MSSN Terengganu menunjukkan prestasi yang baik di mana para atlet kami mampu untuk merebut podium. Sedikit sebanyak mampu untuk memberi tekanan kepada beberapa pasukan yang sentiasa mendominasi kejohanan ini. Walaupun sukan ini tidak begitu popular seperti mana di negeri-negeri lain namun di negeri ini masih mempunyai bakat-bakat berkualiti di kalangan murid-murid sekolah yang perlu kami ketengahkan. Kami selaku tuan rumah bagi penganjuran edisi kali ini optimis untuk meraih podium.”; ujar Rohaiza Abdullah selaku pengurus pasukan catur MSSN Terengganu yang juga merupakan guru di SK Tok Jembal.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(kanan) ketika membuat cabutan undi dalam majlis pengundian sukan berpasukan SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 20 Julai 2018. Kredit Foto – www.nsc.gov.my
Kontijen sukan berpasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam misi “Win Back Mission” ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA Perak 2018) di Perak nanti dilihat bakal menerima cabaran yang seimbang. Berbekalkan persiapan rapi sejak sekian lama dengan beberapa kejohanan kebangsaan dan antarabangsa yang telah disertai selama ini sedikit sebanyak menjadi ukuran buat setiap pasukan.
Bola sepak, badminton, bola keranjang, bola jaring, bola baling, futsal, hoki, kriket, ragbi dan sepak takraw merupakan acara berpasukan yang akan dipertandingkan di Perak nanti.
Senarai juara-juara Sukan Malaysia dari tahun 1986 hingga 2016. Kredit Foto – www.nsc.gov.my
Demi memastikan misi keramat ini menjadi kenyataan, dengan penyertaan seramai 555 atlet dari negeri ini perlu memastikan 69 pingat emas perlu direntap untuk memburu kejayaan. Menurut laporan sebanyak RM 8 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan persediaan atlet yang telah bermula sebaik sahaja tamat penganjuran SUKMA pada edisi lalu di Sarawak. Untuk rekod, Terengganu pernah merangkul kejuaraan keseluruhan pada edisi 2008, 2010, 2011 dan 2012.
Beberapa kontijen sukan dijangka akan tiba awal di Perak nanti untuk latihan penyesuaian dan persediaan awal yang penting untuk memastikan setiap pasukan bersedia sepenuhnya.
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan yang bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Berbaki kurang dari 50 hari menjelang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 kini skuad ragbi wanita negeri Terengganu telah memasuki fasa akhir persiapan pasukan. Skuad penyu yang mula dibentuk pada hujung tahun 2017 kini telah bersiap sedia untuk memastikan mereka pulang dengan pingat kemenangan. Rata-rata pemain dalam pasukan ini adalah bakat baharu digilap malah ada diantara pemain lansung tidak mempunyai pengalaman bermain sukan ini. Namun berinspirasikan pembentukkan skuad wanita kebangsaan di Sukan SEA 2017 lalu cabaran ini digalas padu oleh jurulatih berpengalaman Muhammad Firdaus Zakarya.
Muhammad Firdaus Zakarya bersama pihak pengurusan pasukan telah merangka satu program latihan yang jitu sebelum pembentukkan pasukan bermula untuk memastikan pasukan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Muhammad Firdaus Zakarya atau lebih mesra dengan panggilan Pidot turut dibantu oleh dua pembantu jurulatih berpengalaman iaitu Abbygale Rayone Michael Lojinggu dan Chalara Patrick.
Aksi pemain ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan; Muna Adida binti Asril(kanan) bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Latihan padang setiap hari bersama aktiviti di dalam gimnasium adalah rutin yang ditempuh oleh pasukan wanita ini. Padang Timur yang terletak di Petaling Jaya, Lembah Klang menjadi venue latihan rasmi bagi skuad dari negeri pantai timur ini. Hal ini adalah disebabkan oleh rata-rata pemain yang mewakili negeri Terengganu berada di sekitar Lembah Klang. Walaupun segalanya nampak sempurna, komitmen kerjaya dan sebagai pelajar sepenuh masa di kalangan para pemain merupakan di antara halangan yang mematangkan pasukan ini.
Selain program latihan yang padat, pasukan ini juga turut diberikan beberapa pendedahan kejohanan untuk memastikan mereka mengutip pengalaman yang berkualiti. Terkini pasukan ini baru selesai berentap dengan beberapa pasukan persediaan SUKMA yang lain dalam kejohanan sulung KRS Ladies 7s 2018.
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan(jersi putih hitam) sewaktu Kejohanan KRS Ladies 7s 2018 bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Kejohanan ini menjadi satu pentas terbaik buat setiap pasukan persediaan SUKMA untuk melihat sejauh mana prestasi mereka dan penanda aras untuk mereka memperbaiki pasukan. Rentetan kejohanan ini, pengurusan pasukan melihat saingan dari negeri Selangor dan Sabah harus diberi perhatian untuk SUKMA Perak 2018 nanti.
Untuk rekod, walaupun pasukan ragbi wanita negeri Terengganu muncul juara di Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018 namun tiada seorang pun pemain terlibat dalam skuad persiapan SUKMA ini. Hal ini adalah kerana rata-rata pemain yang beraksi di peringkat kebangsaan itu melebihi had umur yang ditetapkan bagi temasya dwi tahunan ini. Oleh yang sedemikian, temasya SUKMA ini merupakan pentas terbaik untuk memastikan para atlet yang terhasil dari program pembangunan mempunyai peluang untuk berentap.
Pidot selaku jurulatih berpengalaman dalam mengendalikan beberapa pasukan ragbi wanita ternyata mempertaruhkan semua pengalamannya di dalam pasukan negeri Terengganu ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my
“Tidak kira emas, perak atau gangsa. Kami akan pastikan pasukan ini berada di podium. Setiap pasukan yang bakal bertanding dilihat seimbang untuk memberi saingan. Pasukan Selangor dan Sabah dijangka bakal memberi tentangan sengit kepada kami. Namun kami tetap mempunyai perancangan tersendiri untuk mereka.”; ujar Muhammad Firdaus Zakarya selaku jurulatih berpengalaman yang turut mempunyai sijil kejurulatihan ragbi 7 sepasukan dari World Rugby tahap 2.
Dari kiri – Timbalan Pengarah MSNT; Encik Mohd Sabri bin Abas, Pengarah MSNT; Encik Ibni Amin Busu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Pengerusi YB Ustaz Hishamuddin dan Pegawai Eksekutif Kompleks Sukan Negeri Terengganu; Encik A.Zulkifli bin Mohamad sewaktu menyampaikan sumbangan derma kepada warga Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah (PERKASA) dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Lebih 1,500 tetamu telah hadir untuk memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu 2018M/1439H yang telah berlansung di Gelanggang Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) pada 12 Julai yang lalu. Tuan rumah yang diketuai oleh Encik Ibni Amin Busu selaku Pengarah bersama ahli keluarga MSNT yang lain tanpa letih menyambut tetamu yang hadir seawal jam 1100 pagi sehingga lewat petang. Rata-rata tetamu yang hadir adalah dari terdiri para penggiat sukan tanpa mengira latar belakang dan pencapaian di seluruh negeri ini di samping beberapa kenamaan yang menerima jemputan.
Majlis yang disambut meriah oleh warga sukan negeri ini turut menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersama timbalan pengerusi YB Ustaz Hishamuddin. Kunjungan ini juga turut melengkapkan program majlis iaitu menyampaikan bantuan derma kepada warga Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah (PERKASA) dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.
Para tetamu memenuhi Gelanggang Serbaguna MSNT seawal jam 1100 pagi sehingga lewat petang. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Rata-rata para tetamu yang ditemui menyampaikan hasrat berterima kasih kepada MSNT di atas penganjuran ini dan berharap program ini dapat diteruskan. Program ini juga dilihat merupakan satu pentas terbaik buat semua warga penggiat sukan dari pelbagai daerah di dalam negeri ini untuk bertemu memandang sebelum ini faktor jarak dan masa dalam komitmen program latihan menjadi halangan. Kehadiran bekas-bekas atlit mahupun orang lama warga penggiat sukan atau ahli persatuan sukan juga turut memeriahkan suasana sambutan majlis ini. Kesempatan ini juga turut diambil untuk menghargai pihak-pihak penaja yang sebelum ini banyak membantu dalam perkembangan warga penggiat sukan.
“Program ini merupakan acara tahunan yang tidak pernah terlepas dianjurkan oleh MSNT untuk semua warga penggiat sukan di negeri ini. Hasrat MSNT agar setiap para penggiat sukan di negeri ini tidak rasa dilupakan oleh kami. MSNT adalah satu keluarga sukan yang besar menaungi banyak persatuan mahupun kelab sukan yang mempunyai ramai para atlet dan ahli mereka. Oleh yang sedemikian inilah pentas terbaik dari kami kepada mereka semua tanpa mengira latar belakang mahupun pencapaian mereka.”, ujar Encik Ibni Amin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Sebahagian daripada pasukan tenpin boling MSSD KT muncul juara setelah berentap di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT
Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018 menyaksikan penguasaan sepenuhnya pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu(MSSD KT) untuk dinobatkan selaku juara peringkat negeri Terengganu. 4 pingat emas, 2 pingat perak, 5 pingat gangsa dan 1 pingat tempat ke-4 menjadikan kesemuanya 12 pingat berjaya dituai dari enam kategori peringkat umur yang dipertandingkan. Walaupun peluang pingat emas dinafikan bagi kategori lelaki bawah 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun namun MSSD KT tetap menyapu bersih ke semua kedudukan di podium.
MSSD KT juga turut diceriakan dengan penyertaan beberapa adik beradik yang berjaya menuai pingat untuk kejohanan tertinggi di peringkat negeri ini. Gandingan adik beradik pelajar SMK Padang Midin yang turut berentap dalam kategori lelaki bawah 18 tahun; Wan Muhammad Hasif Hilmi bin Wan Mazlan berjaya mengutip pingat emas manakala pingat gangsa berjaya disempurnakan oleh Wan Muhammad Zaim Hazmi bin Wan Mazlan. Malah mereka juga turut mempunyai seorang lagi adik lelaki; Wan Muhammad Zarif Ikram bin Wan Mazlan yang berjaya mencuri pingat emas bagi kategori bawah 12 tahun. Untuk rekod, Wan Muhammad Hasif Hilmi dan Wan Muhammad Zaim Hazmi merupakan antara pelatih bagi program persediaan atlet ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.
Coral Crown Bowl (CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral telah dipilih untuk menjadi venue rasmi kejohanan yang telah berlansung pada 5 Julai yang lalu. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT
Manakala gandingan adik beradik kategori perempuan pula menyaksikan adik Nur Arina Diyanah binti Achmad Termizi berjaya mencuri pingat emas setelah berentap di kategori bawah 12 tahun manakala kakaknya pula; Nur Iliya Natasha binti Achmad Termizi berjaya mengutip pingat gangsa bagi kategori perempuan bawah 18 tahun.
Penguasaan sepenuhnya di atas podium dalam semua kategori oleh pasukan MSSD KT di samping kejayaan dua atlet mereka terpilih di dalam program persediaan atlet ke temasya SUKMA 2018 secara tidak lansung memberikan satu isyarat jelas tentang perkembangan program pembangunan sukan ini.
Pegawai-pegawai teknikal tenpin boling di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT
PenyuSukan turut difahamkan bahawa penyertaan para atlet yang masih bersekolah ini juga mendapat sokongan penuh dari kalangan ibu bapa sejak sekian lama. Malah para ibu bapa juga sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menghantar anak-anak mereka menyertai latihan bersama Akademi Penyu Emas. Akademi ini merupakan satu-satunya akademi sukan tenpin boling yang bertapak di negeri Terengganu ini.
Senarai Pememang Pingat Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018
*Atlet Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu sahaja
BIL.
NAMA
SEKOLAH
KATEGORI / PINGAT
1.
Wan Muhammad Hasif Hilmi bin Wan Mazlan
SMK Padang Midin
Lelaki bawah 18 tahun / Emas
2.
Wan Muhammad Zaim Hazmi bin Wan Mazlan
SMK Padang Midin
Lelaki bawah 18 tahun / Gangsa
3.
Nur Saadah binti M. Zamri
SMK Padang Midin
Perempuan bawah 18 tahun / Perak
4.
Nur Ilya Natasha binti Achmad Termizi
SMK Sri Nilam
Perempuan bawah 18 tahun / Gangsa
5.
Muhammad Azib Hammani bin Azhan
SMK Sultan Sulaiman
Lelaki bawah 15 tahun / Perak
6.
Muhammad Raul Haikal Mandra bin Raman
SMK Padang Midin
Lelaki bawah 15 tahun / Gangsa
7.
Ahmad Hazim Syahmi bin Nik Mat
SMK Sultan Sulaiman
Lelaki bawah 15 tahun / Tempat ke-4
8.
Nur Aleeya Diyana binti Nazeli
SMK Dato Razali Ismail
Perempuan bawah 15 tahun / Emas
9.
Farah Syamimi binti Abd Ghani
SMK Sultan Sulaiman
Perempuan bawah 15 tahun / Gangsa
10.
Wan Muhammad Zarif Ikram bin Wan Mazlan
SK Kg. Baharu Serada
Lelaki bawah 12 tahun / Emas
11.
Nur Arina Diyanah binti Achmad Termizi
SK Pusat Chabang Tiga
Perempuan bawah 12 tahun / Emas
12.
Arni Adilla binti Arfizzan
SK Sultan Sulaiman 1
Perempuan bawah 12 tahun / Emas
Kutipan Pingat Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018
Barisan pelumba & pengurusan basikal lasak Terengganu yang akan berentap di SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/KEMAMANMTBPARK
Skuad basikal lasak ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 mempunyai misi berganda yang perlu diselesaikan bermatian-matian. Mempertahankan pingat emas yang berjaya dirangkul pada SUKMA edisi lalu di Sarawak dan juga memastikan kontijen Terengganu menyelesaikan misi ‘Win Back Mission’ yang menjadi agenda utama di Perak nanti. Untuk rekod, pada SUKMA edisi lalu skuad negeri ini melalui Abdul Arif Abdul Rahman berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat perak yang disumbang oleh Muhd Suhami Ghani.
Sebaik sahaja menuai pingat di Sarawak, kayuhan tidak terhenti begitu sahaja malah program latihan terus berjalan seperti biasa dengan meletakkan sasaran untuk edisi SUKMA seterusnya. Persediaan pasukan mengambil masa hampir dua tahun sudah pasti memberi ruang yang cukup sama ada di pihak pengurusan mahupun para pelumba itu sendiri untuk berentap. Berbaki kurang dari tiga bulan sebelum temasya SUKMA 2018 bakal bermula, kini pasukan ini sudah bersedia sepenuhnya di mana para pelumba telah menghampiri fasa terakhir program latihan.
Program latihan kayuhan hampir sejauh 4000km ke seluruh semenanjung Malaysia ditempuh oleh skuad basikal lasak Terengganu bermula dari Kemaman pada 21 Jun lepas dan dijangka akan meneruskan kayuhan pulang ke Kemaman pada 8 Julai nanti. Kredit Foto – Facebook.com/KEMAMANMTBPARK
Pelumba seawal usia 16 tahun dan lain-lain pelumba adalah di bawah 20 tahun bakal menjadi taruhan untuk memberi saingan kepada negeri-negeri lain nanti. Malah pelumba Abdul Syazwan Abdul Rahman berusia 19 tahun iaitu adik kepada pemenang pingat emas SUKMA Sarawak 2016 turut memperlengkapkan skuad ini. Seramai 32 pelumba dibarisi 25 pelumba lelaki dan selebihnya wanita telah melepasi saringan akhir di bawah kendalian jurulatih Muhammad Labib bin Mohamed Aripin yang menjadi tulang belakang pasukan ini. Jurulatih berpengalaman berusia 29 tahun ini telah menggalas tugasan ini sejak SUKMA Sarawak 2016 dilihat mampu diterjemahkan oleh para pelumba untuk memburu pingat.
Terkini sebaik sahaja menyambut hari raya Aidilfitri, barisan pelumba telah meneruskan latihan kayuhan di jalan raya dari Kemaman ke seluruh semenanjung Malaysia. Kayuhan yang telah bermula pada 21 Jun lepas dijangka pulang tiba di Kemaman pada 8 Julai nanti. Latihan kayuhan ini juga turut dijalankan bersama para pelumba basikal lebuhraya yang akan berentap di Perak nanti.
Muhammad Labib bin Mohamed Aripin; Jurulatih skuad basikal lasak Terengganu yang akan mempertahankan pingat emas di SUKMA Perak 2018 nanti. Kredit Foto – Facebook.com/labib.aby.5
“Terlalu banyak latihan telah dijalankan dan ini bukanlah latihan terakhir untuk memastikan para pelumba benar-benar bersedia. Bertahun-tahun persediaan pasukan dilakukan sudah pasti kami menggalas tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kejuaraan dan menamatkan misi ‘Win Back Mission’. Latihan kayuhan jarak jauh ini penting untuk kami mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki segera sebelum SUKMA Perak 2018 bermula nanti.”, ujar Muhammad Labib; jurulatih skuad basikal lasak ke temasya SUKMA Perak 2018 nanti.
Peluang pekerjaan tidak hanya terhad kepada para pelumba TSG malah turut terbuka kepada semua khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Terengganu Cycling Team (TSG) mengorak langkah apabila tidak hanya memfokuskan kepada kejayaan perlumbaan semata-mata. Terkini TSG telah merencanakan jaminan masa depan buat pelumba mereka yang rata-rata kini masih di usia muda. TSG melalui satu jalinan kerjasama bersama Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) telah berjaya menempatkan kerjaya buat pelumba – pelumba mereka.
Segala-galanya bermula pada 2016 setelah CEO TSG; Ahmad Farhan Abdul Wahab dan COO TSG; Nasiruddin Wan Idrus menyampaikan cadangan kepada Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut di pejabat Kementerian Pertahanan(MINDEF). Cadangan ini juga merupakan salah satu program di bawah struktur organisasi dalam program transformasi TSG yang diperkenalkan.
Pelumba – pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG) menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto – Instagram.com/lakassek_wendish
Hasil dari perbincangan tersebut, pelumba Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh, Afiq Huznie Othman dan Irwandie Lakasek yang juga merupakan anak jati Terengganu telah terpilih sebagai anggota tetap pasukan tentera laut ini. Bakat pelumba-pelumba ini juga tidak disia-siakan begitu sahaja apabila TLDM turut membentuk pasukan lumba basikal untuk berentap dalam beberapa kejohanan yang disertai.
Malah di dalam cabang perkhidmatan angkatan tentera itu sendiri turut menganjurkan beberapa kejohanan sukan lain menjadi faktor mengapa atlet berkelayakkan diserap menjadi anggota tetap. Terkini, dikhabarkan Tentera Darat Diraja Malaysia juga turut telah mengambil seorang lagi pelumba TSG untuk diserap sebagai anggota penuh.
Muhammad Ashiq; Lagenda Pelumba Basikal Pakistan yang pernah beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964 terpaksa menyara kehidupan sebagai pemandu beca. Beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018. Kredit Foto – Pakistantoday.com.pk
Perkembangan positif ini sudah pasti dapat memberi jaminan masa depan atlet yang seringkali terfikirkan kehidupan mereka selepas ini. Sebagai contoh bekas pelumba Pakistan yang beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964; Muhammad Ashiq terpaksa menyara diri sebagai pemandu beca roda tiga di Lahore setelah menamatkan kareer sebagai pelumba profesional. Beliau yang baru meninggal dunia di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018 yang lalu terpaksa menempuh kehidupan yang sukar setelah tidak beraksi sebagai pelumba mahupun atlet sukan.
Pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG); Mohd Harrif Saleh juga turut menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto – Instagram.com/harrif_saleh
“Sememangnya minat saya dari kecil untuk menjadi anggota tentera. Alhamdullilah, apa yang diinginkan menjadi kenyataan malah saya masih lagi sebagai atlet pelumba basikal. Terima kasih kepada pihak TSG yang memberi peluang. Saya amat berharap agar peluang ini turut diberikan kepada pelumba-pelumba lain di negeri ini.” ujar Harrif Saleh sewaktu dihubungi.
Harrif Saleh juga turut menzahirkan tanda penghargaan kepada pihak TLDM di atas ruang dan peluang yang diberikan untuk beliau meneruskan kayuhan dalam perlumbaan. Komitmen sebagai anggota tentera tidak memadamkan profesion buat beliau sebagai pelumba basikal malah terus menerima sokongan jitu dari pihak majikan.
Terengganu Cycling Team tidak hanya memfokuskan sebagai pasukan basikal profesional semata-mata malah turut mengembangkan lain-lain cabang perkhidmatan.
Manakala COO TSG; Nasiruddin Wan Idrus turut berkata “Hasrat TSG tidak hanya membuka peluang kepada pelumba-pelumba TSG semata-mata. Malah pelumba-pelumba yang beraksi di peringkat negeri mahupun di temasya SUKMA juga akan diberikan peluang. TSG juga tidak hanya memfokuskan peluang kerjaya para pelumba di dalam ATM mahupun sebarang agensi kerajaan yang lain malah turut menawarkan peluang kerjaya di dalam lain-lain cabang perkhidmatan di bawah TSG. Sebagai contoh, TSG juga turut mempunyai koperasi – TSG Corp yang kini sudah memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri Terengganu ini.”
PenyuSukan turut difahamkan peluang pekerjaan ini tidak hanya terhad kepada para pelumba mahupun ahli keluarga di dalam TSG malah turut terbuka kepada semua orang ramai khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(tiga dari kiri) bersama jawatankuasa Persatuan Ragbi Negeri Terengganu. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT
Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) di antara persatuan sukan negeri ini yang memerlukan kesinambungan sokongan dari pihak kerajaan negeri Terengganu baharu setelah Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini. PRNT yang diketuai oleh Presiden Persatuan Ragbi Terengganu; Amir Amri Mohamad bersama ahli jawatankuasa persatuan yang lain melakukan kunjungan hormat menemui Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di Wisma Darul Iman pada 7 Jun lepas.
Kunjungan tersebut demi menyampaikan hasrat persatuan untuk memohon peruntukan bagi membiayai persiapan pasukan di peringkat kebangsaan khususnya Kejohanan Ragbi Piala Agong bagi musim 2018 yang bakal menjelang tiba. Pada edisi lalu dikhabarkan sebanyak RM 220,000.00 telah dibelanjakan untuk persiapan pasukan di mana sebahagian dari jumlah itu sebanyak RM 60,000.00 adalah sumbangan dari Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Bagi saingan musim ini dijangka YM Tuanku Raja Muda Terengganu; Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bakal kembali menyarung jersi pasukan setelah membuat penampilan pertama kali pada tahun lalu. Pada edisi lalu, pasukan negeri ini telah mara ke pusingan akhir bertemu pasukan Johor namun tewas dengan kutipan mata 32 berbalas 29. Selain itu, PRNT juga turut menyampaikan hasrat agar Stadium Mini Gong Badak dipertingkatkan fasiliti stadium untuk kemudahan bagi pasukan yang bertanding seperti bilik persalinan dan perubatan, tempat duduk VVIP dan juga lain-lain keperluan untuk penganjuran kejohanan.
Pada masa yang sama juga pihak persatuan turut memaklumkan perkembangan terkini persiapan pasukan lelaki dan wanita dalam misi untuk memburu pingat emas di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Untuk rekod, sepanjang bulan Ramadhan ini juga pasukan ragbi 7 sepasukan untuk ke SUKMA nanti giat meneruskan latihan pada sebelah malam di Stadium Mini Gong Badak manakala bagi pasukan wanita menjalankan sesi latihan di Lembah Klang.
Presiden Persatuan Ragbi Terengganu; Amir Amri Mohamad(kanan) bersama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam pertemuan mereka di Wisma Darul Iman. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT
“Satu kunjungan positif buat persatuan ragbi negeri ini. Sememangnya kami amat memerlukan sokongan dari pihak kerajaan negeri khususnya dalam persiapan pasukan di peringkat kebangsaan nanti. Sasaran kami untuk menghadiahkan kejuaraan pertama kali dalam saingan Piala Agong edisi ke-36 dan pingat emas di SUKMA nanti kepada kerajaan negeri Terengganu baharu ini”, ujar Presiden Persatuan Ragbi Terengganu yang turut menyandang Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia; Amir Amri Mohamad
Atlet ESM Terengganu; Mohamad Rusydi Idrus(dua dari kiri) dan Muhammad Azwan Shame(tiga dari kiri) berjaya meraih tempat ke-3 setelah berentap dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto – JomGaming.My
Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) meraih pengalaman besar apabila berjaya merangkul tempat ke-3 di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018 yang telah berlansung di NaGaming Esports Studio, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(eSports Malaysia) turut mendapat sokongan Majlis Sukan Negara merupakan platform pencarian atlet bagi mewakili negara ke Sukan Asia 2018 di Indonesia nanti. Walaupun ESM Terengganu terdiri dari atlet bertaraf amatur namun ianya menjadi satu penanda aras untuk terus maju ke hadapan berdasarkan pencapaian ini.
“Saingan amat sengit diterima dari pasukan profesional negeri Johor, Selangor dan Kedah. Walaupun kami dibarisi para atlet amatur namun berada di kedudukan tempat ke-3 di peringkat kebangsaan ianya satu pencapaian yang membanggakan. Jurang pengalaman dan pendedahan atlet di kejohanan besar menjadi ukuran buat kami. Saya percaya kemampuan atlet kami untuk memberi keputusan yang lebih baik.”, ujar Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah selaku Naib President ESM Terengganu yang dihubungi.
Atlet ESM Terengganu; Mohamad Khairil Afiq Rahim(kiri) dan Muhammad Iqbal Mahadi meraih kelompok 8 terbaik dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Beliau juga turut mengakui faktor kekurangan dalam persediaan pasukan untuk bertanding juga turut menjadi faktor. Pasukan yang hadir bertanding ini sememangnya kurang diberikan pendedahan corak program latihan secara sistematik dan konsisten. Sukan elektronik juga turut mempunyai ciri-ciri kerja berpasukan berlandaskan kesefahaman yang seharusnya berada di dalam diri atlet itu sendiri. Kini pihak persatuan perlu memberi perhatian untuk mewujudkan satu pusat latihan setempat bagi melatih para atlet yang hadir dari pelbagai daerah di dalam negeri Terengganu ini.
Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
Syed Afif Hakimi juga turut menzahirkan tanda terima kasih kepada pihak-pihak penaja khususnya pihak kerajaan negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu yang turut memberi sokongan penuh pembangunan sukan elektronik ini sejak sekian lama. Begitu juga kepada pihak Kobert selaku wakil dari pihak swasta yang memberi tajaan kepada para atlet untuk bertanding.
Seterusnya ESM Terengganu akan memfokuskan untuk persediaan pasukan ke temasya Sukan Malaysia 2018 di Perak nanti. Sebelum ini pihak Majlis Sukan Negara melalui satu kenyataan telah menyatakan hasrat agar sukan ini dipertandingkan di temasya SUKMA Perak 2018. Walaubagaimanapun sehingga kini difahamkan sukan ini adalah berstatus sukan demonstrasi di temasya SUKMA 2018 nanti dan tiada sebarang kiraan pungutan pingat kepada setiap kontijen SUKMA 2018 yang bertanding.
Dari kiri; Timbalan presiden 1 Esports Malaysia Terengganu; Ahmad Shahrul Nizam Bin Ab Ghani, Atlet Esports Malaysia Terengganu; Muhammad Rafiq bin Junus@Ramli, Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu
8 anak muda dari daerah Dungun, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu melengkapkan 4 pasukan yang bakal berentap di Kuala Lumpur pada 26 Mei untuk pemilihan atlet sukan elektronik kebangsaan di pentas Sukan Asia 2018 nanti. Setiap pasukan ini bakal berentap untuk permainan Pro Evolution Soccer yang menjadi salah satu sukan permainan elektronik yang dipertaruhkan. Pasukan ini juga dijangka mampu memberikan saingan sengit kepada semua negeri yang mencuba nasib memandangkan negeri ini aktif mempunyai liga sukan elektronik tersendiri.
Perkembangan ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan negeri Terengganu dan penaja apabila meraikan dalam satu majlis ringkas penyerahan jersi kepada pihak Persatuan Sukan Elektronik Terengganu atau turut dikenali sebagai Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) selaku persatuan sukan induk di negeri ini. Majlis telah berlansung di Wisma Darul Iman turut dihadiri oleh Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert yang sudi untuk menaja jersi pasukan. ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015.
ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015. Kredit Foto – JomGaming.my
Sokongan dari pihak kerajaan negeri sememangnya tidak dinafikan merupakan faktor penting kelansungan pembangunan sukan ini secara tidak lansung mencorak perkembangan positif di kalangan para belia. Hasil kerjasama di antara pihak persatuan sukan dan kerajaan negeri yang telah terjalin sejak sekian lama juga turut menjadi perhatian dan contoh oleh beberapa persatuan sukan elektronik di negeri lain.
Program pencarian atlet kebangsaan pada hujung minggu ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia atau turut dikenali sebagai eSports Malaysia(eSM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN). eSports Malaysia(eSM) merupakan badan induk kebangsaan bagi sukan ini yang bertanggungjawab untuk mencungkil bakat-bakat atlet sukan ini untuk bertanding di peringkat lebih tinggi.
Kredit Foto – JomGaming.my
Pada 12 Disember lalu, MSN telah mengorak langkah untuk mengiktirafkan sukan elektronik dan juga menubuhkan satu unit khas bagi memberi tumpuan kepada sukan ini. Langkah ini satu titik tolak persediaan membentuk pasukan kebangsaan menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024 nanti.
Pro Evolution Soccer, League of Legends, Hearthstone, Starcraft II, Clash Royale dan Arena of Valor merupakan permainanan sukan elektronik yang akan pertama kali dipertandingkan nanti di Sukan Asia 2018 Indonesia walaupun bertaraf sukan demonstrasi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(empat dari kiri) meluangkan masa untuk bergambar bersama warga Majlis Sukan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Encik Ibni Amin Busu(tiga dari kiri) selaku Pengarah. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu telah melakukan kunjungan rasmi bertemu warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT). Kunjungan beliau bersama timbalan pengerusi YB Ustaz Hishamuddin telah disambut mesra oleh Encik Ibni Amin Busu selaku Pengarah MSNT dan warga kerja di bulan Ramadhan ini.
Kunjungan ini sudah pasti menjadi satu titik tolak penting buat pihak MSNT untuk merencanakan segala bentuk program yang telah dirancang kepada barisan kepimpinan negeri baharu agar kesinambungan program pembangunan sukan terus berjalan lancar. Untuk tahun ini juga, negeri ini melalui MSNT mempunyai misi besar yang perlu dilaksanakan iaitu ‘Win Back Mission’ di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak nanti.
Encik Ibni Amin Busu(dua dari kiri) menerangkan perkembangan semasa Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(kanan). Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
‘Win Back Mission’ adalah satu misi keramat buat setiap persatuan sukan di negeri Terengganu untuk merangkul kembali kegemilangan mengungguli temasya SUKMA seperti mana pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Selain itu juga pihak MSNT turut menerangkan Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu untuk memastikan segala perancangan yang telah diaturkan akan terus mendapat sokongan dari pihak berwajib.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu – YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam
Rentetan perubahan kuasa kerajaan negeri Terengganu setelah tamatnya Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini, berkuat kuasa pada 16 Mei 2018 YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kini menggantikan YB Dato’ Rozi Mamat untuk menggalas tugas selaku exco sukan di negeri ini.
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kini secara rasmi dilantik untuk memegang porfolio pentadbiran selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.
Takase Tanaka(dua dari kiri) pertama kali berlumba di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak muncul juara setelah menyapu bersih ke semua perlumbaan kategori MX2. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Pelumba Takase Tanaka & Shuma Kobayashi dari negara matahari terbit mengambil alih sepenuhnya Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak untuk muncul juara dalam Kejuaraan Motocross Asia 2018 bagi kategori MX2 yang telah berlansung pada 26 hingga 28 April lalu. Walaupun berhadapan dengan cuaca tidak menentu dan panas terik di hari terakhir perlumbaan namun kedua-dua pelumba ini tetap konsisten untuk berentap merebut kejuaraan sepanjang hari perlumbaan.
FIM Asian Motocross Championship 2018 MX 2 – Takase Tanaka #6. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Ternyata usia bukanlah halangan bagi Takase Tanaka yang berusia 40 tahun untuk beraksi bersama jentera Honda menyapu bersih kedudukan pertama dalam setiap perlumbaan. Manakala bagi pelumba muda jentera Kawasaki; Shuma Kobayashi terpaksa berhempas pulas merebut kedudukan kedua dan ketiga sepanjang perlumbaan ini.
Pelumba muda ini menerima saingan hebat di hari pertama dari Kenneth San Andres selaku pelumba hebat dari Filipina dan Mikhael Kuzovov dari Rusia yang membuat penampilan pertama di negara ini. Pada hari terakhir, Phanuphong Somsawat dari Thailand memberi saingan sengit namun Shuma Kobayashi berjaya memdapat tempat kedua dalam perlumbaan terakhir.
FIM Asian Motocross Championship 2018 MX 2 – Shuma Kobayashi #61 .Kredit Foto – PenyuSukan.com
Tamat perlumbaan yang telah berlansung selama 2 hari melibatkan 4 siri perlumbaan, Takase Tanaka turut menyapu bersih kutipan mata menjadikan 100 mata terkumpul mana di kedudukan kedua mata tertinggi adalah Shuma Kobayashi sebanyak 86 mata. Manakala pelumba Thailand yang beraksi bersama jentera Yamaha, Phanuphong Somsawat di kedudukan ketiga tertinggi sebanyak 72 mata. Mohamad Fadzil bin Embok Chening merupakan pelumba negara yang berjaya meletakkan diri di kedudukan ke-6 dalam kutipan mata keseluruhan perlumbaan ini.
“Ini adalah kali pertama saya berlumba dan berada di negeri ini, litar yang bagus walaupun di hari pertama agak licin kerana hujan namun segalanya berubah di hari terakhir. Hari yang terbaik untuk saya tanpa sebarang masalah teknikal kepada jentera cuma cuaca agak panas di hari terakhir ini. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas layanan yang terbaik. Sudah pasti saya akan kembali.”; ujar pelumba profesional Takase Tanaka; berlumba sejak 1984 berasal dari Sanda, Jepun.
Perlumbaan kategori MX2 menjadi acara tumpuan dalam Kejuaraan Motocross Asia 2018 yang telah berlansung di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak sejauh 1315.57 meter yang mendapat pengiktirafan dari pihak FIM(Fédération Internationale de Motocyclisme) untuk perlumbaan ini juga turut mendapat pujian dari Shuma Kobayashi.
Senarai keputusan kedudukan mata keseluruhan FIM Asian Motocross Championship 2018 Asian MX2
YM Datuk Tengku Farok Hussin(dua dari kiri), Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus diringi Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu menyampaikan insentif kepada para atlet. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekali lagi meneruskan kecemerlangan pencapaian apabila warga persatuan termasuk para jurulatih dan atlet telah dianugerahkan insentif kemenangan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu majlis baru-baru ini. Insentif kemenangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan dorongan buat persatuan di atas kejayaan di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung pada 7 & 8 April lepas.
Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) ini telah berlansung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus turut disempurnakan oleh Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama YM Datuk Tengku Farok Hussin, Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus merupakan agensi kerajaan negeri dipertanggungjawabkan menjadi bapa angkat untuk membantu persatuan ini terus berdaya saing.
Sebahagian barisan judoka pasukan Persatuan Judo Negeri Terengganu bawah 21 tahun di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23. Kredit Foto – Persatuan Judo Negeri Terengganu
Sebanyak 15 pingat emas , 6 pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya diraih oleh 32 atlet TEJA sekaligus melayakkan untuk menerima insentif kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM26,200.00 keseluruhan. Farah Aqilah Binti Azlan merupakan atlet yang menerima ganjaran tertinggi sebanyak RM1500.00 setelah berjaya merangkul 1 pingat emas bagi acara 52kg ke atas dan 1 pingat gangsa bagi acara Juno Kata(Uke).
Marjan Abdullah turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dari pihak TEJA kepada YM Datuk Tengku Farok Hussin. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Encik Ali Tengah selaku pengurus pasukan dan juga barisan jurulatih yang diketuai oleh Marjan Abdullah bersama jurulatih Nor Izzatul Fazlia Mat Tahir dan Mohd Firdaus Jusoh turut menerima insentif sebanyak RM1000.00 setiap seorang .
Pada kejohanan kebangsaan remaja yang melibatkan 2 kategori peringkat umur ini, TEJA telah berjaya merangkul 8 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa bagi kategori peringkat umur bawah 21 tahun. Manakala bagi peringkat umur bawah 15 tahun sebanyak 7 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa berjaya dibawa pulang. Sebanyak 15 pasukan dari pelbagai negeri termasuk sekolah bertaraf Sekolah Sukan Malaysia telah bertanding di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung di Dewan Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia ini.
Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) telah berlansung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Hasil kejayaan ini sekali gus mampu memberi pentunjuk bahawa program pembangunan yang telah dijalankan dengan sempurna dan program persediaan atlet ke Sukan Malaysia Perak 2018 nanti kini berada di landasan yang betul.
Senarai Penerima Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE)