ESM Terengganu Raih Pengalaman Berharga

Atlet ESM Terengganu; Mohamad Rusydi Idrus(dua dari kiri) dan Muhammad Azwan Shame(tiga dari kiri) berjaya meraih tempat ke-3 setelah berentap dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto - JomGaming.My
Atlet ESM Terengganu; Mohamad Rusydi Idrus(dua dari kiri) dan Muhammad Azwan Shame(tiga dari kiri) berjaya meraih tempat ke-3 setelah berentap dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto – JomGaming.My

Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) meraih pengalaman besar apabila berjaya merangkul tempat ke-3 di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018 yang telah berlansung di NaGaming Esports Studio, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(eSports Malaysia) turut mendapat sokongan Majlis Sukan Negara merupakan platform pencarian atlet bagi mewakili negara ke Sukan Asia 2018 di Indonesia nanti. Walaupun ESM Terengganu terdiri dari atlet bertaraf amatur namun ianya menjadi satu penanda aras untuk terus maju ke hadapan berdasarkan pencapaian ini.

“Saingan amat sengit diterima dari pasukan profesional negeri Johor, Selangor dan Kedah. Walaupun kami dibarisi para atlet amatur namun berada di kedudukan tempat ke-3 di peringkat kebangsaan ianya satu pencapaian yang membanggakan. Jurang pengalaman dan pendedahan atlet di kejohanan besar menjadi ukuran buat kami. Saya percaya kemampuan atlet kami untuk memberi keputusan yang lebih baik.”, ujar Syed Afif Hakimi bin Tengku Abdillah selaku Naib President ESM Terengganu yang dihubungi.





Atlet ESM Terengganu; Mohamad Khairil Afiq Rahim(kiri) dan Muhammad Iqbal Mahadi meraih kelompok 8 terbaik dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto - Facebook.com/esmterengganu
Atlet ESM Terengganu; Mohamad Khairil Afiq Rahim(kiri) dan Muhammad Iqbal Mahadi meraih kelompok 8 terbaik dalam perlawanan Pro Evolution Soccer di Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Beliau juga turut mengakui faktor kekurangan dalam persediaan pasukan untuk bertanding juga turut menjadi faktor. Pasukan yang hadir bertanding ini sememangnya kurang diberikan pendedahan corak program latihan secara sistematik dan konsisten. Sukan elektronik juga turut mempunyai ciri-ciri kerja berpasukan berlandaskan kesefahaman yang seharusnya berada di dalam diri atlet itu sendiri. Kini pihak persatuan perlu memberi perhatian untuk mewujudkan satu pusat latihan setempat bagi melatih para atlet yang hadir dari pelbagai daerah di dalam negeri Terengganu ini.

Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu turut telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto - Facebook.com/esmterengganu
Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Syed Afif Hakimi juga turut menzahirkan tanda terima kasih kepada pihak-pihak penaja khususnya pihak kerajaan negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu yang turut memberi sokongan penuh pembangunan sukan elektronik ini sejak sekian lama. Begitu juga kepada pihak Kobert selaku wakil dari pihak swasta yang memberi tajaan kepada para atlet untuk bertanding.

Seterusnya ESM Terengganu akan memfokuskan untuk persediaan pasukan ke temasya Sukan Malaysia 2018 di Perak nanti. Sebelum ini pihak Majlis Sukan Negara melalui satu kenyataan telah menyatakan hasrat agar sukan ini dipertandingkan di temasya SUKMA Perak 2018. Walaubagaimanapun sehingga kini difahamkan sukan ini adalah berstatus sukan demonstrasi di temasya SUKMA 2018 nanti dan tiada sebarang kiraan pungutan pingat kepada setiap kontijen SUKMA 2018 yang bertanding.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X