Catur MSSN Terengganu Berjaya Kelompok 10 Terbaik

Skuad Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu turut menjadi tuan rumah kepada penganjuran Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kredit Foto - Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu
Skuad Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu turut menjadi tuan rumah kepada penganjuran Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kredit Foto – Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu

Walaupun skuad catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSSN Terengganu) bukan pasukan pilihan untuk mendominasi Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 namun berjaya meletakkan skuad ini dalam kedudukan 10 terbaik merupakan satu pencapaian terbaik setakat ini. Berbanding pada edisi lalu skuad ini hanya sekadar mampu berada di kedudukan ke-13 namun dengan persediaan yang telah dilakukan ianya membuahkan hasil. Kejohanan yang telah berlansung selama seminggu bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu telah berakhir pada 9 Ogos lalu.

Pelajar SMK Mak Lagam, Kemaman; Zarith Sofea binti Zaidi mewakili negeri Terengganu dalam Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kredit Foto - Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu
Pelajar SMK Mak Lagam, Kemaman; Zarith Sofea binti Zaidi mewakili negeri Terengganu dalam Kejohananan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Kredit Foto – Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu

Menambah manis buat skuad ini apabila Zarith Sofea binti Zaidi berjaya mendapat tempat ke-7 bagi acara wanita P18 setelah berjaya menewaskan beberapa pemain dari pasukan pilihan. Pelajar SMK Mak Lagam, Kemaman ini adalah merupakan atlet pencatur terbaik dimiliki oleh negeri Terengganu di mana telah membuat penampilan kali ke-4 di pentas MSSM ini. Pada edisi terdahulu beliau memperolehi tempat ke-9 bagi acara wanita P15.





“Alhamdulillah. Untuk kejohanan kali ini banyak peningkatan dalam pasukan berjaya diterjemahkan. Walaupun persediaan pasukan dan para atlet mengikut kemampuan kami namun dengan hasil sedemikian kami amat berpuas hati. Saingan dari beberapa pasukan yang mendominasi kejohanan ini masih sama namun kami melihat Kelantan agak menonjol kali ini.”; ujar Rohaiza Abdullah selaku pengurus pasukan catur MSSN Terengganu yang juga merupakan guru di SK Tok Jembal.

Pengurus pasukan catur MSSN Terengganu; Cikgu Rohaiza Abdullah(dua dari kiri) bersama keluarga pencatur yang turut hadir memberi sokongan. Kredit Foto - Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu
Pengurus pasukan catur MSSN Terengganu; Cikgu Rohaiza Abdullah(dua dari kiri) bersama keluarga pencatur yang turut hadir memberi sokongan. Kredit Foto – Cikgu Rohaiza Abdullah/MSSM Terengganu

Beliau juga turut memberi gambaran bagi saingan edisi akan datang untuk mempunyai khidmat jurulatih sepenuh masa bagi melatih atlet catur negeri Terengganu ini. Namun perancangan ini bergantung kepada sokongan dana yang diterima memandangkan pasukan ini belum mempunyai sebarang bentuk bantuan dalam persediaan pasukan. Untuk rekod, beberapa pasukan dari negeri-negeri yang mendominasi sukan catur di pentas MSSM ini sememangnya mempunyai jurulatih sepenuh masa malah ada di antara para atlet tersebut mempunyai jurulatih peribadi yang dibiayai oleh ibu bapa mereka sendiri.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X