SUKMA 2018: Fasa Akhir Skuad Ragbi Wanita

Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan yang membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan yang bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com

Berbaki kurang dari 50 hari menjelang temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 kini skuad ragbi wanita negeri Terengganu telah memasuki fasa akhir persiapan pasukan. Skuad penyu yang mula dibentuk pada hujung tahun 2017 kini telah bersiap sedia untuk memastikan mereka pulang dengan pingat kemenangan. Rata-rata pemain dalam pasukan ini adalah bakat baharu digilap malah ada diantara pemain lansung tidak mempunyai pengalaman bermain sukan ini. Namun berinspirasikan pembentukkan skuad wanita kebangsaan di Sukan SEA 2017 lalu cabaran ini digalas padu oleh jurulatih berpengalaman Muhammad Firdaus Zakarya.

Muhammad Firdaus Zakarya bersama pihak pengurusan pasukan telah merangka satu program latihan yang jitu sebelum pembentukkan pasukan bermula untuk memastikan pasukan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Muhammad Firdaus Zakarya atau lebih mesra dengan panggilan Pidot turut dibantu oleh dua pembantu jurulatih berpengalaman iaitu Abbygale Rayone Michael Lojinggu dan Chalara Patrick.





Aksi pemain ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan; Muna Adida binti Asril(kanan) bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Aksi pemain ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan; Muna Adida binti Asril(kanan) bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com

Latihan padang setiap hari bersama aktiviti di dalam gimnasium adalah rutin yang ditempuh oleh pasukan wanita ini. Padang Timur yang terletak di Petaling Jaya, Lembah Klang menjadi venue latihan rasmi bagi skuad dari negeri pantai timur ini. Hal ini adalah disebabkan oleh rata-rata pemain yang mewakili negeri Terengganu berada di sekitar Lembah Klang. Walaupun segalanya nampak sempurna, komitmen kerjaya dan sebagai pelajar sepenuh masa di kalangan para pemain merupakan di antara halangan yang mematangkan pasukan ini.

Selain program latihan yang padat, pasukan ini juga turut diberikan beberapa pendedahan kejohanan untuk memastikan mereka mengutip pengalaman yang berkualiti. Terkini pasukan ini baru selesai berentap dengan beberapa pasukan persediaan SUKMA yang lain dalam kejohanan sulung KRS Ladies 7s 2018.

Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan(jersi putih hitam) yang membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto - Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com
Pasukan ragbi wanita Terengganu 7 sepasukan(jersi putih hitam) sewaktu Kejohanan KRS Ladies 7s 2018 bakal membawa cabaran ke pentas Sukan Malaysia Perak 2018. Kredit Foto – Faiz Azizan/MalaysiaRugby.com

Kejohanan ini menjadi satu pentas terbaik buat setiap pasukan persediaan SUKMA untuk melihat sejauh mana prestasi mereka dan penanda aras untuk mereka memperbaiki pasukan. Rentetan kejohanan ini, pengurusan pasukan melihat saingan dari negeri Selangor dan Sabah harus diberi perhatian untuk SUKMA Perak 2018 nanti.

Untuk rekod, walaupun pasukan ragbi wanita negeri Terengganu muncul juara di Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2018 namun tiada seorang pun pemain terlibat dalam skuad persiapan SUKMA ini. Hal ini adalah kerana rata-rata pemain yang beraksi di peringkat kebangsaan itu melebihi had umur yang ditetapkan bagi temasya dwi tahunan ini. Oleh yang sedemikian, temasya SUKMA ini merupakan pentas terbaik untuk memastikan para atlet yang terhasil dari program pembangunan mempunyai peluang untuk berentap.

Pidot selaku jurulatih berpengalaman dalam mengendalikan beberapa pasukan ragbi wanita ternyata mempertaruhkan semua pengalamannya di dalam pasukan negeri Terengganu ini. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Pidot selaku jurulatih berpengalaman dalam mengendalikan beberapa pasukan ragbi wanita ternyata mempertaruhkan semua pengalamannya di dalam pasukan negeri Terengganu ini. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

“Tidak kira emas, perak atau gangsa. Kami akan pastikan pasukan ini berada di podium. Setiap pasukan yang bakal bertanding dilihat seimbang untuk memberi saingan. Pasukan Selangor dan Sabah dijangka bakal memberi tentangan sengit kepada kami. Namun kami tetap mempunyai perancangan tersendiri untuk mereka.”; ujar Muhammad Firdaus Zakarya selaku jurulatih berpengalaman yang turut mempunyai sijil kejurulatihan ragbi 7 sepasukan dari World Rugby tahap 2.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X