MSSD KT Ungguli Kejohanan Tenpin Boling MSST 2018

Sebahagian daripada pasukan tenpin boling MSSD KT yang berentap di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sekolah Sukan Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Sebahagian daripada pasukan tenpin boling MSSD KT muncul juara setelah berentap di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT

Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018 menyaksikan penguasaan sepenuhnya pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu(MSSD KT) untuk dinobatkan selaku juara peringkat negeri Terengganu. 4 pingat emas, 2 pingat perak, 5 pingat gangsa dan 1 pingat tempat ke-4 menjadikan kesemuanya 12 pingat berjaya dituai dari enam kategori peringkat umur yang dipertandingkan. Walaupun peluang pingat emas dinafikan bagi kategori lelaki bawah 15 tahun dan perempuan bawah 18 tahun namun MSSD KT tetap menyapu bersih ke semua kedudukan di podium.

MSSD KT juga turut diceriakan dengan penyertaan beberapa adik beradik yang berjaya menuai pingat untuk kejohanan tertinggi di peringkat negeri ini. Gandingan adik beradik pelajar SMK Padang Midin yang turut berentap dalam kategori lelaki bawah 18 tahun; Wan Muhammad Hasif Hilmi bin Wan Mazlan berjaya mengutip pingat emas manakala pingat gangsa berjaya disempurnakan oleh Wan Muhammad Zaim Hazmi bin Wan Mazlan. Malah mereka juga turut mempunyai seorang lagi adik lelaki; Wan Muhammad Zarif Ikram bin Wan Mazlan yang berjaya mencuri pingat emas bagi kategori bawah 12 tahun. Untuk rekod, Wan Muhammad Hasif Hilmi dan Wan Muhammad Zaim Hazmi merupakan antara pelatih bagi program persediaan atlet ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.





Coral Crown Bowl (CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral telah dipilih untuk menjadi venue rasmi kejohanan yang telah berlansung pada 5 Julai yang lalu. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Coral Crown Bowl (CCB) yang terletak di Paya Bunga Sentral telah dipilih untuk menjadi venue rasmi kejohanan yang telah berlansung pada 5 Julai yang lalu. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT

Manakala gandingan adik beradik kategori perempuan pula menyaksikan adik Nur Arina Diyanah binti Achmad Termizi berjaya mencuri pingat emas setelah berentap di kategori bawah 12 tahun manakala kakaknya pula; Nur Iliya Natasha binti Achmad Termizi berjaya mengutip pingat gangsa bagi kategori perempuan bawah 18 tahun.

Penguasaan sepenuhnya di atas podium dalam semua kategori oleh pasukan MSSD KT di samping kejayaan dua atlet mereka terpilih di dalam program persediaan atlet ke temasya SUKMA 2018 secara tidak lansung memberikan satu isyarat jelas tentang perkembangan program pembangunan sukan ini.

Pegawai-pegawai teknikal tenpin boling di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sekolah Sukan Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto - Cikgu Aida/MSSD KT
Pegawai-pegawai teknikal tenpin boling di Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018. Kredit Foto – Cikgu Aida/MSSD KT

PenyuSukan turut difahamkan bahawa penyertaan para atlet yang masih bersekolah ini juga mendapat sokongan penuh dari kalangan ibu bapa sejak sekian lama. Malah para ibu bapa juga sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menghantar anak-anak mereka menyertai latihan bersama Akademi Penyu Emas. Akademi ini merupakan satu-satunya akademi sukan tenpin boling yang bertapak di negeri Terengganu ini.

Senarai Pememang Pingat Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018

*Atlet Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu sahaja

 BIL. 
NAMA
SEKOLAH
KATEGORI / PINGAT
 1. Wan Muhammad Hasif Hilmi bin Wan Mazlan SMK Padang Midin Lelaki bawah 18 tahun / Emas
 2. Wan Muhammad Zaim Hazmi bin Wan Mazlan SMK Padang Midin Lelaki bawah 18 tahun / Gangsa
 3. Nur Saadah binti M. Zamri SMK Padang Midin Perempuan bawah 18 tahun / Perak
 4. Nur Ilya Natasha binti Achmad Termizi SMK Sri Nilam Perempuan bawah 18 tahun / Gangsa
 5. Muhammad Azib Hammani bin Azhan SMK Sultan Sulaiman Lelaki bawah 15 tahun / Perak
 6. Muhammad Raul Haikal Mandra bin Raman SMK Padang Midin Lelaki bawah 15 tahun / Gangsa
 7. Ahmad Hazim Syahmi bin Nik Mat SMK Sultan Sulaiman Lelaki bawah 15 tahun / Tempat ke-4
 8. Nur Aleeya Diyana binti Nazeli SMK Dato Razali Ismail Perempuan bawah 15 tahun / Emas
 9. Farah Syamimi binti Abd Ghani SMK Sultan Sulaiman Perempuan bawah 15 tahun / Gangsa
 10. Wan Muhammad Zarif Ikram bin Wan Mazlan SK Kg. Baharu Serada Lelaki bawah 12 tahun / Emas
 11. Nur Arina Diyanah binti Achmad Termizi SK Pusat Chabang Tiga Perempuan bawah 12 tahun / Emas
 12. Arni Adilla binti Arfizzan SK Sultan Sulaiman 1 Perempuan bawah 12 tahun / Emas

 

Kutipan Pingat Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu(MSST) 2018

*Mengikut Majlis Sukan Sekolah Daerah

 BIL. 
KATEGORI
EMAS
PERAK
GANGSA
KE-4
 1. Lelaki bawah 18 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman MSSD Kuala Terengganu MSSD Hulu Terengganu
 2. Perempuan bawah 18 tahun MSSD Kemaman MSSD Kuala Terengganu MSSD Kuala Terengganu MSSD Marang
 3. Lelaki bawah 15 tahun MSSD Marang MSSD Kuala Terengganu MSSD Kuala Terengganu MSSD Kuala Terengganu
 4. Perempuan bawah 15 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman
 5. Lelaki bawah 12 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Hulu Terengganu MSSD Kuala Nerus MSSD Hulu Terengganu
 6. Perempuan bawah 12 tahun MSSD Kuala Terengganu MSSD Marang MSSD Kuala Terengganu MSSD Kemaman
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X