
Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 yang telah melabuhkan tirai pada 18 Ogos lalu memperlihatkan penguasaan penuh pelumba tuan rumah untuk menyapu bersih kedudukan podium dalam acara akhir terbuka lelaki. Aksi kejar-mengejar bersilih ganti sesama pelumba-pelumba Terengganu Hanelang dalam kelompok hadapan sememangnya ingin merebut peluang podium yang dinantikan.

Namun pada perlumbaan akhir, anak jati Dungun Saniy Shahmi berjaya muncul juara setelah memberi tekanan kepada Ahmad Syarin untuk berada di kedudukan kedua. Ammar Azhar pula berjaya menafikan dua rakan sepasukan dan dua pelumba dari Selangor dan Johor untuk berada di kedudukan ketiga. Seramai lima pelumba dari pasukan Terengganu Hanelang telah berentap dalam kategori terbuka lelaki ini di mana ke semua pelumba ini layak untuk ke pusingan akhir.

Manakala bagi pelumba wanita Terengganu Hanelang juga turut menguasai kedudukan podium dalam acara terbuka wanita. Pelumba berusia 18 tahun anak jati Dungun, Siti Shahirah berjaya berada di kedudukan pertama menafikan rakan sepasukan iaitu Eddyna Nasuhar yang berada di kedudukan ketiga. Siti Natasha dari Selangor berjaya memperolehi kedudukan kedua juga merupakan antara pelumba yang sering memberi cabaran dalam sebarang perlumbaan yang disertai oleh mereka bertiga. Kesemua pelumba yang berentap dalam acara wanita terbuka ini merupakan para pelumba yang akan bersaing di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti.

Hampir ke semua acara pasukan tuan rumah berjaya menempatkan kedudukan podium kecuali bagi acara Master A(30-39 tahun) dan Master B(40 tahun ke atas). Penganjuran julung kali ini berjaya menghimpukan seramai 74 pelumba yang turut disertai oleh pelumba-pelumba dari negeri Selangor, Johor dan Perak. Perlumbaan telah berlansung di litar Arena Berbasikal Dungun yang terletak berhampiran Kelab Golf Desa Dungun dan UiTM Dungun merupakan litar lumba yang tidak asing lagi bagi penggiat sukan lasak BMX di negeri ini. Rata-rata pelumba dan pengurus pasukan yang ditemui memuji cabaran di litar ini malah ada yang berpendapat bahawa litar ini antara yang terbaik dalam negara untuk cabaran yang lebih.

“Saingan dari rakan-rakan sepasukan dan pelumba dari negeri lain sememangnya tekanan yang besar sepanjang perlumbaan. Rakan sepasukan adalah cabaran terbesar. Tiada jalan mudah untuk saya muncul juara. Sekiranya saya tidak bekerja keras, sudah pasti mereka semua akan mengatasi saya. Walaupun litar ini adalah tempat latihan sepenuh masa saya, saya perlu akui litar ini merupakan litar yang memerlukan kemahiran teknikal sepenuhnya untuk berlumba. Perlumbaan teknikal dengan mereka semua dalam kategori ini sememangnya bukan laluan mudah untuk saya.”; ujar Saniy Syahmi Bin Mohd Safiee; pelumba berusia 17 tahun ini kepada PenyuSukan.com
Untuk rekod, Saniy Syahmi juga turut merangkul juara dalam Kejuaraan BMX Kebangsaan 2018 bagi acara Men Junior yang telah berlansung di Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada 7 hingga 8 Julai lepas. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Saniy juga merupakan pelumba harapan untuk meraih pingat emas di temasya SUKMA Perak 2018.
- Aksi kejar mengejar diketuai oleh pelumba tuan rumah; #27 Siti Shahirah diikuti rapat oleh pelumba Selangor; #68 Siti Natasha dan pelumba muda tuan rumah #22 Eddyna Nasuhar dalam acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Aksi kejar mengejar acara wanita terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 diketuai oleh pelumba tuan rumah; #27 Siti Shahirah Hashim. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Aksi pelumba #6 Saniy Shami berentap bersama rakan sepasukan pelumba #49 Ammar Azhar dalam acara akhir lelaki terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Podium acara lelaki Master B(40 tahun ke atas) Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 - Juara - Roslan Sandi dari pasukan Selangor; Naib Johan - Ahmad Asri Mohd Noor dari KKDD Ipoh dan tempat ke-3 oleh Mohd Shahrulnizam Angah dari Cyclomaniacs TSSI Geja Matoba. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Podium acara lelaki 11-12 tahun Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 - Juara - Wan Mohd Izzat dari pasukan Terengganu Hanelang; Naib Johan - Muhamad Dhani Syahmi dari pasukan Kids Development of Johor / Persatuan Berbasikal Negeri Johor(KDOJ/PBNJ) dan tempat ke-3 oleh Adam Adha dari MBRC Melaka. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Podium acara lelaki 11-12 tahun Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 - Juara - Wan Mohd Izzat dari pasukan Terengganu Hanelang; Naib Johan - Mohd Israf Daniel dari pasukan Selangor dan tempat ke-3 oleh Muhamad Hamas dari Dwish BMR Academy. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Podium acara lelaki 13-14 tahun Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 - Juara - Muhamad Syazwan Naim dari pasukan Terengganu; Naib Johan - Harith Hazim dari pasukan Selangor dan tempat ke-3 oleh Akmal Danish dari Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Podium acara lelaki 15-16 tahun Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 - Juara - Amer Akhbar Anuar dari pasukan Terengganu Hanelang; Naib Johan - Ahmad Zuhri dari pasukan Terengganu Hanelang dan tempat ke-3 oleh Muhamad Aiman Syafiq dari pasukan Kids Development of Johor / Persatuan Berbasikal Negeri Johor(KDOJ/PBNJ). Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Podium acara lelaki terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 disapu bersih oleh pasukan Terengganu Hanelang; Juara - Saniy Shahmi, Naib Johan - Ahmad Syazrin dan tempat ke-3 - Ammar Azhar. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Pemenang acara perempuan bawah 15 tahun perlumbaan Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018; Juara - Ain Dayana dari pasukan Terengganu Hanelang; Naib Juara - Marsha Reia Andini dari pasukan Persatuan Berbasikal Pasir Gudang dan tempat ke-3 milik pelumba tuan rumah Aliya Maisarah dari pasukan Terengganu Hanelang. Tempat ke-4 diraih pelumba dari Selangor; Jaziera Junaidi. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Pelumba Selangor; Jaziera Nunaidi mendapat tempat ke-4 bagi acara akhir perempuan bawah 15 tahun perlumbaan Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Nurkhairin Najiha dari pasukan Cyclomaniac TSSI Seven7; pelumba tunggal bagi acara perempuan bawah 12 tahun sekali gus dinobatkan selaku juara. Sepanjang perlumbaan turut mengutip pengalaman untuk berlumba bersama peserta acara perempuan bawah 15 tahun Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
- Kategori Wanita Terbuka Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018 - Johan - Siti Shahirah, Naib Johan - Siti Natasha dan tempat ke-3 - Eddyna Nasuhar. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Keputusan Kejohanan BMX Majlis Perbandaran Dungun 2018
BIL.
|
KATEGORI
|
PASUKAN
|
1. | MASTER B (40 TAHUN KE ATAS) |
|
JOHAN ROSLAN SANDI |
SELANGOR | |
NAIB JOHAN AHMAD ASRI MOHD NOOR |
KKDD IPOH | |
TEMPAT KE-3 MOHD SHAHRULNIZAM ANGAH |
CYCLOMANIACS TSSI GEJA MATOBA |
|
2. | MASTER A (30-39 TAHUN KE ATAS) |
|
JOHAN MOHD HAFIZ TARMIZI |
SELANGOR | |
NAIB JOHAN MOHD NOR HAIRI |
JT GRAVITY RACING TEAM |
|
KE-3 KHAIRIL AZRIN BUHARI |
GEJA MATOBA | |
3. | TERBUKA LELAKI | |
JOHAN SANIY SHAHMI |
TERENGGANU HANELANG |
|
NAIB JOHAN AHMAD SYAZRIN |
TERENGGANU HANELANG |
|
TEMPAT KE-3 AMMAR AZHAR |
TERENGGANU HANELANG |
|
4. | TERBUKA WANITA | |
JOHAN SITI SHAHIRAH |
TERENGGANU HANELANG |
|
NAIB JOHAN SITI NATASHA |
SELANGOR | |
KE-3 EDDYNA NASUHAR |
TERENGGANU HANELANG |
|
5. | LELAKI 7-8 TAHUN | |
JOHAN ARIF PUTRA SANUSI |
DWISH BMR ACADEMY | |
NAIB JOHAN AMZAR AFKAR |
TERENGGANU HANELANG |
|
TEMPAT KE-3 WAN MUHAMMAD UKASHAH |
TERENGGANU HANELANG |
|
6. | LELAKI 9-10 TAHUN | |
JOHAN WAN MUHAMAD IZZAT |
TERENGGANU HANELANG |
|
NAIB JOHAN MUHAMAD DHANI SYAHMI |
PBNJ KDOJ | |
KE-3 ADAM ADHA |
MBRC MELAKA | |
7. | LELAKI 11-12 TAHUN | |
JOHAN WAN MOHD IZZAT |
TERENGGANU HANELANG |
|
NAIB JOHAN MOHD ISYRAF DANIEL |
SELANGOR | |
TEMPAT KE-3 MUHAMAD HAMAS |
DWISH BMR ACADEMY | |
8. | LELAKI 13-14 TAHUN | |
JOHAN MUHAMAD SYAZWAN NAIM |
TERENGGANU | |
NAIB JOHAN HARITH HAZIM |
SELANGOR | |
KE-3 AKMAL DANISH |
TERENGGANU | |
9. | LELAKI 15-16 TAHUN | |
JOHAN AMER AKHBAR ANUAR |
TERENGGANU HANELANG |
|
NAIB JOHAN AHMAD ZUHRI |
TERENGGANU HANELANG |
|
TEMPAT KE-3 MUHAMAD AIMAN SYAFIQ |
PBNJ KDOJ | |
10. | PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN | |
JOHAN – BAWAH 12 TAHUN NURKHAIRIN NAJIHA |
CYCLOMANIAC TSSI SEVEN7 |
|
JOHAN AIN DAYANA |
TERENGGANU HANELANG |
|
NAIB JOHAN MARSHA REIA ANDINI |
PERSATUAN BERBASIKAL PASIR GUDANG(PBPG) |
|
KE-3 ALIYA MAISARAH |
TERENGGANU HANELANG |