Misi Berganda Skuad Basikal Lasak

Barisan pelumba & pengurusan basikal lasak Terengganu yang akan berentap di SUKMA Perak 2018. Kredit Foto – Facebook.com/KEMAMANMTBPARK

Skuad basikal lasak ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 mempunyai misi berganda yang perlu diselesaikan bermatian-matian. Mempertahankan pingat emas yang berjaya dirangkul pada SUKMA edisi lalu di Sarawak dan juga memastikan kontijen Terengganu menyelesaikan misi ‘Win Back Mission’ yang menjadi agenda utama di Perak nanti. Untuk rekod, pada SUKMA edisi lalu skuad negeri ini melalui Abdul Arif Abdul Rahman berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat perak yang disumbang oleh Muhd Suhami Ghani.

Sebaik sahaja menuai pingat di Sarawak, kayuhan tidak terhenti begitu sahaja malah program latihan terus berjalan seperti biasa dengan meletakkan sasaran untuk edisi SUKMA seterusnya. Persediaan pasukan mengambil masa hampir dua tahun sudah pasti memberi ruang yang cukup sama ada di pihak pengurusan mahupun para pelumba itu sendiri untuk berentap. Berbaki kurang dari tiga bulan sebelum temasya SUKMA 2018 bakal bermula, kini pasukan ini sudah bersedia sepenuhnya di mana para pelumba telah menghampiri fasa terakhir program latihan.





Program latihan kayuhan hampir sejauh 4000km ke seluruh semenanjung Malaysia ditempuh oleh skuad basikal lasak Terengganu bermula dari Kemaman pada 21 Jun lepas dan dijangka akan meneruskan kayuhan pulang ke Kemaman pada 8 Julai nanti. Kredit Foto - Facebook.com/KEMAMANMTBPARK/
Program latihan kayuhan hampir sejauh 4000km ke seluruh semenanjung Malaysia ditempuh oleh skuad basikal lasak Terengganu bermula dari Kemaman pada 21 Jun lepas dan dijangka akan meneruskan kayuhan pulang ke Kemaman pada 8 Julai nanti. Kredit Foto – Facebook.com/KEMAMANMTBPARK

Pelumba seawal usia 16 tahun dan lain-lain pelumba adalah di bawah 20 tahun bakal menjadi taruhan untuk memberi saingan kepada negeri-negeri lain nanti. Malah pelumba Abdul Syazwan Abdul Rahman berusia 19 tahun iaitu adik kepada pemenang pingat emas SUKMA Sarawak 2016 turut memperlengkapkan skuad ini. Seramai 32 pelumba dibarisi 25 pelumba lelaki dan selebihnya wanita telah melepasi saringan akhir di bawah kendalian jurulatih Muhammad Labib bin Mohamed Aripin yang menjadi tulang belakang pasukan ini. Jurulatih berpengalaman berusia 29 tahun ini telah menggalas tugasan ini sejak SUKMA Sarawak 2016 dilihat mampu diterjemahkan oleh para pelumba untuk memburu pingat.

Terkini sebaik sahaja menyambut hari raya Aidilfitri, barisan pelumba telah meneruskan latihan kayuhan di jalan raya dari Kemaman ke seluruh semenanjung Malaysia. Kayuhan yang telah bermula pada 21 Jun lepas dijangka pulang tiba di Kemaman pada 8 Julai nanti. Latihan kayuhan ini juga turut dijalankan bersama para pelumba basikal lebuhraya yang akan berentap di Perak nanti.

Muhammad Labib bin Mohamed Aripin; Jurulatih skuad basikal lasak Terengganu yang akan mempertahankan pingat emas di SUKMA Perak 2018 nanti. Kredit Foto - Facebook.com/labib.aby.5
Muhammad Labib bin Mohamed Aripin; Jurulatih skuad basikal lasak Terengganu yang akan mempertahankan pingat emas di SUKMA Perak 2018 nanti. Kredit Foto – Facebook.com/labib.aby.5

“Terlalu banyak latihan telah dijalankan dan ini bukanlah latihan terakhir untuk memastikan para pelumba benar-benar bersedia. Bertahun-tahun persediaan pasukan dilakukan sudah pasti kami menggalas tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kejuaraan dan menamatkan misi ‘Win Back Mission’. Latihan kayuhan jarak jauh ini penting untuk kami mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki segera sebelum SUKMA Perak 2018 bermula nanti.”, ujar Muhammad Labib; jurulatih skuad basikal lasak ke temasya SUKMA Perak 2018 nanti.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X