Terengganu Intai Peluang Slot eSports Sukan Asia 2018

Dari kiri; Timbalan presiden 1 Esports Malaysia Terengganu; Ahmad Shahrul Nizam Bin Ab Ghani, Atlet Esports Malaysia Terengganu; Muhammad Rafiq bin Junus@Ramli, Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert. Kredit Foto - Facebook.com/esmterengganu
Dari kiri; Timbalan presiden 1 Esports Malaysia Terengganu; Ahmad Shahrul Nizam Bin Ab Ghani, Atlet Esports Malaysia Terengganu; Muhammad Rafiq bin Junus@Ramli, Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Exco Sukan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

8 anak muda dari daerah Dungun, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu melengkapkan 4 pasukan yang bakal berentap di Kuala Lumpur pada 26 Mei untuk pemilihan atlet sukan elektronik kebangsaan di pentas Sukan Asia 2018 nanti. Setiap pasukan ini bakal berentap untuk permainan Pro Evolution Soccer yang menjadi salah satu sukan permainan elektronik yang dipertaruhkan. Pasukan ini juga dijangka mampu memberikan saingan sengit kepada semua negeri yang mencuba nasib memandangkan negeri ini aktif mempunyai liga sukan elektronik tersendiri.

Perkembangan ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan negeri Terengganu dan penaja apabila meraikan dalam satu majlis ringkas penyerahan jersi kepada pihak Persatuan Sukan Elektronik Terengganu atau turut dikenali sebagai Esports Malaysia Terengganu(ESM Terengganu) selaku persatuan sukan induk di negeri ini. Majlis telah berlansung di Wisma Darul Iman turut dihadiri oleh Faeez Yusof selaku wakil pihak Kobert yang sudi untuk menaja jersi pasukan. ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015.





ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015. Kredit Foto - JomGaming.my
ESM Terengganu juga merupakan satu badan sukan berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia setelah didaftarkan pada 22 September 2015. Kredit Foto – JomGaming.my

Sokongan dari pihak kerajaan negeri sememangnya tidak dinafikan merupakan faktor penting kelansungan pembangunan sukan ini secara tidak lansung mencorak perkembangan positif di kalangan para belia. Hasil kerjasama di antara pihak persatuan sukan dan kerajaan negeri yang telah terjalin sejak sekian lama juga turut menjadi perhatian dan contoh oleh beberapa persatuan sukan elektronik di negeri lain.

Program pencarian atlet kebangsaan pada hujung minggu ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Malaysia atau turut dikenali sebagai eSports Malaysia(eSM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN). eSports Malaysia(eSM) merupakan badan induk kebangsaan bagi sukan ini yang bertanggungjawab untuk mencungkil bakat-bakat atlet sukan ini untuk bertanding di peringkat lebih tinggi.

Kredit Foto – JomGaming.my

Pada 12 Disember lalu, MSN telah mengorak langkah untuk mengiktirafkan sukan elektronik dan juga menubuhkan satu unit khas bagi memberi tumpuan kepada sukan ini. Langkah ini satu titik tolak persediaan membentuk pasukan kebangsaan menghadapi Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024 nanti.

Pro Evolution Soccer, League of Legends, Hearthstone, Starcraft II, Clash Royale dan Arena of Valor merupakan permainanan sukan elektronik yang akan pertama kali dipertandingkan nanti di Sukan Asia 2018 Indonesia walaupun bertaraf sukan demonstrasi.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X