Pelumba Jepun Kuasai Litar Gong Badak

Takase Tanaka(dua dari kiri) pertama kali berlumba di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak muncul juara setelah menyapu bersih ke semua perlumbaan kategori MX2. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Takase Tanaka(dua dari kiri) pertama kali berlumba di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak muncul juara setelah menyapu bersih ke semua perlumbaan kategori MX2. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pelumba Takase Tanaka & Shuma Kobayashi dari negara matahari terbit mengambil alih sepenuhnya Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak untuk muncul juara dalam Kejuaraan Motocross Asia 2018 bagi kategori MX2 yang telah berlansung pada 26 hingga 28 April lalu. Walaupun berhadapan dengan cuaca tidak menentu dan panas terik di hari terakhir perlumbaan namun kedua-dua pelumba ini tetap konsisten untuk berentap merebut kejuaraan sepanjang hari perlumbaan.

PenyuSukandotcom - FIM Asian Motocross Championship 2018 MX 2 - Takase Tanaka #6
FIM Asian Motocross Championship 2018 MX 2 – Takase Tanaka #6. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Ternyata usia bukanlah halangan bagi Takase Tanaka yang berusia 40 tahun untuk beraksi bersama jentera Honda menyapu bersih kedudukan pertama dalam setiap perlumbaan. Manakala bagi pelumba muda jentera Kawasaki; Shuma Kobayashi terpaksa berhempas pulas merebut kedudukan kedua dan ketiga sepanjang perlumbaan ini.





Pelumba muda ini menerima saingan hebat di hari pertama dari Kenneth San Andres selaku pelumba hebat dari Filipina dan Mikhael Kuzovov dari Rusia yang membuat penampilan pertama di negara ini. Pada hari terakhir, Phanuphong Somsawat dari Thailand memberi saingan sengit namun Shuma Kobayashi berjaya memdapat tempat kedua dalam perlumbaan terakhir.

PenyuSukandotcom - FIM Asian Motocross Championship 2018 MX 2 - Shuma Kobayashi #61 .Kredit Foto - PenyuSukan.com
FIM Asian Motocross Championship 2018 MX 2 – Shuma Kobayashi #61 .Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tamat perlumbaan yang telah berlansung selama 2 hari melibatkan 4 siri perlumbaan, Takase Tanaka turut menyapu bersih kutipan mata menjadikan 100 mata terkumpul mana di kedudukan kedua mata tertinggi adalah Shuma Kobayashi sebanyak 86 mata. Manakala pelumba Thailand yang beraksi bersama jentera Yamaha, Phanuphong Somsawat di kedudukan ketiga tertinggi sebanyak 72 mata. Mohamad Fadzil bin Embok Chening merupakan pelumba negara yang berjaya meletakkan diri di kedudukan ke-6 dalam kutipan mata keseluruhan perlumbaan ini.

“Ini adalah kali pertama saya berlumba dan berada di negeri ini, litar yang bagus walaupun di hari pertama agak licin kerana hujan namun segalanya berubah di hari terakhir. Hari yang terbaik untuk saya tanpa sebarang masalah teknikal kepada jentera cuma cuaca agak panas di hari terakhir ini. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas layanan yang terbaik. Sudah pasti saya akan kembali.”; ujar pelumba profesional Takase Tanaka; berlumba sejak 1984 berasal dari Sanda, Jepun.

Perlumbaan kategori MX2 menjadi acara tumpuan dalam Kejuaraan Motocross Asia 2018 yang telah berlansung di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Perlumbaan kategori MX2 menjadi acara tumpuan dalam Kejuaraan Motocross Asia 2018 yang telah berlansung di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak sejauh 1315.57 meter yang mendapat pengiktirafan dari pihak FIM(Fédération Internationale de Motocyclisme) untuk perlumbaan ini juga turut mendapat pujian dari Shuma Kobayashi.

Senarai keputusan kedudukan mata keseluruhan FIM Asian Motocross Championship 2018 Asian MX2

Senarai keputusan kedudukan mata keseluruhan FIM Asian Motocross Championship 2018 Asian MX2

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X