Pentas Asia Pengalaman Berharga Skuad Lawn Bowls SUKMA Terengganu

Barisan atlet boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Barisan atlet boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Skuad boling padang negeri Terengganu yang bakal berentap dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti meraih pengalaman berharga setelah turut sama berentap di pentas Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Asia 2018 yang menutup tirai pada 28 Ogos 2018 lalu. Pada awalnya tanpa sebarang sasaran diletakkan di mana penyertaan pasukan ini hanya untuk mengutip pengalaman menjadi sebahagian dari program latihan mereka. Namun kemampuan skuad ini setelah meraih kejayaan selaku naib johan kutipan margin tertinggi meletakkan satu penanda aras terbaik buat pasukan ini.

Walaupun tewas di pusingan separuh akhir bagi acara mixed triples dan mixed fours, namun kehadiran pasukan yang dianggap kerdil di pentas asia ini mampu sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pasukan kebangsaan malah pasukan dari negara-negara asia lain. Jurang perbezaan umur tidak menjadi masalah dalam sukan ini namun pengalaman serta kemahiran dan taktikal menjadi ukuran untuk merangkul juara. Faktor kurang keyakinan dalam gelanggang masih lagi menjadi penghalang buat pasukan ini namun berbekalkan pengalaman yang telah ditimba ini dilihat mampu untuk diatasi sebelum bermulanya temasya SUKMA Perak 2018 nanti.





Faten yang mempunyai kelayakan selaku jurulatih boling padang setelah berjaya menamatkan beberapa kursus sukan berkaitan malah turut memiliki sijil undang-undang boling padang. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Faten yang mempunyai kelayakan selaku jurulatih boling padang setelah berjaya menamatkan beberapa kursus sukan berkaitan malah turut memiliki sijil undang-undang boling padang. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Saya kagum dengan kemampuan pasukan saya. Tiada sebarang sasaran diletakkan di mana hadirnya kami untuk mengutip pengalaman berharga di pentas antarabangsa ini. Layak ke pusingan separuh akhir sememangnya bonus buat kami. Sasaran utama kami adalah di SUKMA Perak nanti.”; ujar Fateha Asmidar binti A.Manan berusia 29 tahun anak jati Kuala Terengganu selaku jurulatih skuad SUKMA Perak 2018 ini yang juga atlet lawn bowls negeri Terengganu penuh berpengalaman ini.

Untuk rekod, jurulatih yang lebih mesra dikenali sebagai Faten ini juga masih giat bermain sukan boling padang ini di mana kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Lawn Bowls International Terengganu Open Fours 2018 meraih tempat ketiga. Malah beliau juga turut pernah beraksi cemerlang di pentas SUKMA di mana penampilan pertamanya di SUKMA Kedah 2006 dan yang terakhir adalah SUKMA Melaka 2010. Faten yang masih aktif beraksi dalam beberapa siri kejohanan antarabangsa sememangnya dilihat menjadi satu contoh terbaik kepada atlet-atlet bimbingan beliau. Kini beliau merupakan pembantu jurulatih sukan boling padang sepenuh masa memberi khidmat kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak 2012. Bagi saingan di pentas SUKMA ini adalah kali ketiga beliau membimbing pasukan negeri Terengganu ini.

Perkembangan pasukan ini juga turut mendapat reaksi positif dari jurulatih pasukan negara; Dr. Simon Botha di mana beliau menzahirkan rasa teruja melihat atlet-atlet muda dari negeri ini mampu untuk memberi saingan di peringkat antarabangsa ini. Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Afrika Selatan juga turut memberi pandangan bahawa para atlet muda negeri ini mempunyai masa depan yang cerah untuk mewakili pasukan kebangsaan.

11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018 nanti. Kredit Foto - PenyuSukan.com
11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 5 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu berentap dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Negeri Terengganu sememangnya merupakan selaku kuasa besar dalam sukan boling padang ini hasil kejayaan program pembangunan yang telah dijalankan di antara Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu. Program pembangunan secara berterusan dari masa ke semasa telah dirangka sejak sekian lama dan tidak hanya memfokuskan persiapan pasukan bagi menghadapi temasya dwi-tahunan SUKMA. Beberapa buah sekolah di negeri ini juga turut telah terpilih sebagai persediaan atlet pelapis dalam program pembangunan sukan ini

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X