
Penganjuran sulung ‘Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu’ capai matlamat setelah menerima 100 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, penggiat dan peminat sukan elektronik di negeri ini. Bengkel berlansung seharian bermula seawal 0830 pagi dan telah berakhir pada jam 0530 petang bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu merupakan anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu(JBSNT) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu). Persatuan Sukan Elektronik Malaysia(ESM) selaku badan induk yang mengawal selia sukan elektronik di peringkat kebangsaan juga turut serta di dalam program ini.

Sebanyak 4 slot telah diketengahkan sepanjang bengkel penuh berinformasi yang disampaikan oleh pihak penganjur meliputi topik perbincangan budaya sihat sukan elektronik, kerjaya & masa depan atlet, pembangunan & pengurusan badan sukan elektronik serta demonstrasi sukan ini kepada agensi berkaitan. Perbincangan secara dua hala turut memberi ruang kepada peserta khususnya dari pihak agensi kerajaan bertukar pendapat untuk mendapat gambaran penuh tentang sukan ini yang sering disalah tafsir. Kesempatan ini juga turut memberi peluang dan ruang kepada para penggiat sukan ini tentang peraturan-peraturan yang perlu dituruti agar tidak timbul kesulitan dengan agensi kerajaan terbabit.

Program sulung ini telah disempurnakan dengan kehadiran oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dan Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu Pn Noorul Husna Bt A Rashid secara tidak lansung mengambarkan sukan elektronik ini mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri Terengganu dan pihak jabatan untuk pembangunan belia negeri ini. Kehadiran En Rini Bin Ramli selaku Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia ke negeri Terengganu juga secara tidak lansung memperlihatkan hubungan yang baik di antara persatuan negeri ini dengan badan induk kebangsaan demi kemajuan sukan elektronik ini.

“Pertama sekali kita(kerajaan negeri) memfokuskan kepada proses pengenalan sukan ini di kalangan belia-belia di negeri Terengganu. Walaupun perkembangan sukan elektronik di negeri ini masih baru namun di peringkat persatuan merupakan di antara persatuan sukan yang aktif di negeri ini. Selain dari aktiviti bersukan, pengisian program dan peluang kerjaya mahupun bentuk perniagaan kepada para belia seharusnya diberi perhatian. Sebarang usaha dari pelbagai pihak yang memberi manfaat kepada belia amat dialu-alukan dan di pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu.”; ujar YB Ustaz Hishamuddin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

“Bengkel ini satu platform yang teramat bagus bagi kami selaku pengiat sukan elektronik khususnya di negeri pantai timur ini. Ianya satu peluang bagi kami mengenali individu-individu penting dalam pembangunan sukan ini agar pasukan kami bergerak maju. Bengkel ini juga turut memberi gambaran jelas untuk kami beroperasi agar tidak timbul sebarang masalah dengan agensi-agensi penguatkuasa berkaitan.”; ujar peserta bengkel Kevin Ng yang merupakan pemilik Ikan Masin Studio yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ikan Masin Studio merupakan satu ‘studio’ yang menyediakan platform untuk penggiat sukan elektronik di mana turut mempunyai pasukan sendiri untuk menyertai sebarang kejohanan yang dianjurkan.
Bengkel ini juga turut mendapat sokongan padu dari penggiat-penggiat sukan elektronik seluruh negeri Terengganu iaitu KuppyStation, Playhard, Gamecca dan Gamerster yang telah sekian lama mencorak perkembangan sukan ini. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang sukan ini boleh menghubungi pihak ESM Terengganu selaku badan pengawal selia sukan elektronik negeri Terengganu di laman Facebook – https://www.facebook.com/esmterengganu.






Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) kini dalam usaha pembentukan pasukan untuk mengharungi kempen kejohanan ragbi paling berprestij peringkat kebangsaan iaitu Kejohanan Piala Agong Edisi Ke-36 yang akan bermula tidak lama lagi. Oleh yang sedemikian pihak PRNT sedang giat mencari pemain-pemain ragbi yang berpotensi di kalangan anak jati negeri Terengganu untuk menyarung jersi kebanggaan untuk skuad Piala Agong 2018.



‘Win Back Mission’ – itulah misi utama menjadi azimat bagi setiap kontijen Terengganu Hanelang untuk berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini. 56 pingat emas, 51 pingat perak, 53 pingat gangsa menjadikan keseluruhan 160 pingat telah berjaya dituai sepanjang 15 hari kejohanan yang telah berlansung sekali gus berjaya menafikan kontijen Sarawak yang menjadi penyandang juara keseluruhan pada edisi lalu.
















Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baharu siap sepenuhnya dinaik taraf bakal menerima kunjungan pemain-pemain profesional dan amatur boling padang dari beberapa negara Asia untuk merebut kejuaraan sulung Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia (Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan 2 pasukan tuan rumah termasuk pasukan dari negeri Terengganu bakal berentap pada 25 hingga 28 Ogos nanti.




















































Kalendar 2018 sudah pasti satu permulaan yang baik buat anak jati Kemaman; Irwandie bin Lakasek setelah ditawarkan kontrak selama setahun bersama pasukan idamannya iaitu Terengganu Cycling Team (TSG). Pelumba berusia 23 tahun ini(lahir pada 30 Januari 1995) mula mencuri tumpuan setelah kejayaan merangkul pingat emas pertama negara dalam acara scratch di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru ini.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Adiq Husainie Othman dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuka kalendar karier 2018 ini bersama pasukan baru iaitu Team Sapura Cycling (TSC) yang baru ditubukan pada awal tahun 2017.


Pemain import dari Argentina yang juga pakar pukulan sudut penalti hoki terbaik dunia, Gonzalo Peillat dilaporkan menerima bayaran gaji melebihi USD20,000 untuk bersama Terengganu Hockey Team (THT) sepanjang tempoh lima minggu. Kini Gonzalo Peillat adalah pemain import yang menerima gaji tertinggi di kalangan semua pemain import untuk saingan kempen Liga Hoki Malaysia musim 2018 ini.






