UC TATI RHINO GABUNG SUKAN DAN KOMUNITI BINA SEMANGAT PASUKAN

Program khidmat masyarakat memberi tambah nilai untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri pemain-pemain ragbi UC TATI Rhino.

KEMAMAN – UC TATI Rhino Rugby Club membuka kalendar pasukan musim ini dengan cara yang tersendiri melalui penglibatan aktiviti khidmat masyarakat bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri setiap pemain yang juga merupakan pelajar institusi pendidikan tinggi(IPT) yang berpangkalan dari Kemaman, Terengganu ini.

Usaha ini juga dilihat menjadi tambah nilai untuk merapatkan hubungan dan komunikasi bagi setiap pemegang taruh pasukan termasuk pengurusan hal ehwal pelajar IPT ini memandangkan semester pengajian yang baru bermula sejak April lalu.

Barisan pemain kelab ragbi UC TATI Rhino bersama pengurusan pasukan yang turut sama terlibat dalam program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan Bukit Teruna, Kemaman, Terengganu.

“Satu permulaan yang baik untuk kelab ragbi ini dan juga satu permulaan yang baik bagi semester baru untuk setiap pelajar daripada kalangan kami ini. Kami tidak membezakan setiap pemain itu mengikut senioriti mahupun lain-lain status atau taraf malah ada di antara kami tidak pernah bermain ragbi juga kami amat mengalu-alukan sebagai ahli kelab untuk bermula mengenali sukan ini. Jadi aktiviti mencuci kubur dan lain-lain khidmat sosial ini menjadi contoh kebersamaan kami,” berkata Ammar Ashraf selaku pengarah program khidmat masyarakat yang juga merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian di Kolej Universiti TATI ini.

Jelasnya lagi bagi program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan ini juga merupakan jalinan kerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman selaku pemegang taruh komuniti setempat bagi sebarang program melibatkan belia dan sukarelawan.

UC TATI Rhino Rugby Club yang mempunyai 45 keahlian terdiri daripada barisan pemain termasuk pengurusan kini dalam persediaan ke pentas Sukan Institusi Pengajian TInggi 2026(SUKIPT 2026) bertempat di Universiti Malaya yang dijadualkan bermula pada Ogos nanti.

DUNGUN SARONG FUN RUN EDISI KE-4 2026 RAPATKAN JURANG KESIHATAN LUAR BANDAR

Dungun Sarong Fun Run edisi ke-4 2026 yang telah berlangsung pada 6 Jun 2026 berjaya menarik penyertaan seramai 1200 peserta untuk jarak larian sejauh 5km bertempat di Taman Tasik Sura, Dungun.

DUNGUN – Di sebalik kemeriahan larian santai, masih ada dalam kalangan masyarakat luar bandar di daerah ini yang tidak pernah mengetahui status kesihatan sendiri.

Menyedari hakikat itu, Dungun Sarong Fun Run yang kini memasuki edisi keempat tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh apabila bukan sahaja menghimpunkan peserta, malah turut menyediakan akses pemeriksaan kesihatan percuma serta pelbagai perkhidmatan lain kepada komuniti setempat.

Inisiatif berteraskan tanggungjawab sosial itu dilihat mampu membantu merapatkan jurang kesedaran kesihatan, khususnya bagi mereka yang berdepan kekangan akses maklumat dan peluang mendapatkan pemeriksaan awal.

Pengarah pertandingan Amran Abdullah(kiri) bersama ketua teknikal Hamzah Adam yang menjadi tulang belakang penganjuran Dungun Sarong Fun Run.

Menurut pengarah pertandingan Amran Abdullah menjelaskan idea ini tercetus setelah melihat terdapat penyertaan dari golongan warga emas pada edisi-edisi terdahulu di mana rata-rata maklum balas yang diterima ada di antara mereka tidak pernah mengambil tahu status kesihatan mereka sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan.

“Jika dahulu acara larian ini hanya sekadar untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk turut sama merasai pengalaman ini tanpa perlu ke bandar-bandar besar lain, seterusnya bagi edisi kali ini kami dengan kerjasama sebuah klinik melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan lain-lain perkhidmatan khususnya penyampaian maklumat secara terus bagi setiap mereka yang hadir, “ ujar Amran Abdullah selaku pengarah pertandingan Dungun Sarong Fun Run sejak edisi pertama pada 2024.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Klinik Nova memberi tambah nilai bagi penganjuran Dungun Sarong Fun Run 2026.

Tambahnya lagi, melihat beberapa insiden kesihatan yang tidak diingini berlaku dalam beberapa penganjuran sukan sejak kebelakangan ini, melalui pemeriksaan kesihatan ini juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko mahupun status awal kesihatan setiap peserta.

Selain dari pemeriksaan kesihatan, penglibatan beberapa agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS Dungun), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) dan beberapa entiti perkhidmatan lain turut hadir menawarkan perkhidmatan yang selama ini mungkin menjadi halangan berikutan faktor jarak untuk masyarakat luar bandar.

Hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal tajaan oleh Klinik Nova menjadi tumpuan penganjuran Dungun Sarong Fun Run edisi kali ke-4 ini.

Turut berlangsung beberapa acara sampingan yang menyasarkan aktivit bersama keluarga seperti pertandingan mewarna, pertandingan pakaian cilik berhias dan cabutan bertuah yang turut menjadi tumpuan.

Rata-rata peserta mahupun pengunjung memberi reaksi positif di atas usaha ini yang dilihat penganjuran ini bukan hanya acara larian semata-mata.

Kain sarong mahupun kain pelikat yang gayakan oleh setiap peserta menjadi keunikkan Dungun Sarong Fun Run yang kini memasuki edisi ke-4 penganjuran.

“Faktor jarak dan masa sering kali menjadi halangan untuk kami membuat pemeriksaan kesihatan yang tinggal jauh dari bandar Dungun ini. Saya berharap penganjuran ini diteruskan pada tahun tahun seterusnya, bukan hanya untuk saya malah buat mereka semua yang turut hadir dengan keluarga masing-masing,” berkata Zamri Ghani yang hadir sejauh hampir 80km dari Bukit Besi, Dungun.

Dungun Sarong Fun Run edisi kali ke-4 yang telah melabuhkan tirai pada Sabtu lalu juga turut menerima penyertaan seramai 1200 peserta untuk jarak larian sejauh 5km yang bermula di Taman Tasik Sura, Dungun.

KOMPLEKS SUKAN AIR TERENGGANU PACU PEMBANGUNAN SUKAN AIR

Sukan air antara sebahagian dari 29 acara penganjuran Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang baru siap dibina pada awal tahun ini kini menjadi tumpuan baharu sukan air di negeri pantai timur ini sekaligus menjadi pemangkin bagi penggiat-penggiat sukan air mahupun untuk manfaat bersama di kalangan komuniti setempat untuk turut sama memanfaatkan kemudahan awam ini.

Terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menjadi lokasi strategik yang tidak jauh dari bandaraya Kuala Terengganu turut dilihat memberi nilai tambah pada kompleks yang bernilai lebih RM 10 juta ini untuk menjadi venue pilihan yang memerlukan sokongan kemudahan logistik mahupun bersedia untuk menerima jumlah kehadiran yang besar bagi sesuatu penganjuran.

Fasiliti Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang baru siap dibina pada tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat kegiatan sukan air di negeri pantai timur ini.

Karnival Fiesta Rakan Muda 2026 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 16 April 2026 lalu menjadi penganjuran sulung yang berlangsung di kompleks ini yang turut dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari.

“Kemudahan di kompleks sukan air ini tidak hanya terhad atau ekslusif pada pihak-pihak tertentu sahaja di mana seharusnya dimanfaatkan bersama termasuk komuniti setempat untuk turut sama bersukan mahupun berekreasi.

“Sudah tentu dengan kemudahan tersedia ada ini memberi akses yang lebih mudah buat pemegang-pemegang taruh sukan air untuk memperkasakan program pembangunan akar umbi sukan ini sekaligus merapatkan jurang buat mereka yang pertama kali ingin menceburi sukan ini dengan lebih yakin,” ujar Dr. Mohammed Taufiq Johari sewaktu merasmikan kompleks sukan ini.

Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang siap dibina pada Januari 2026 terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu merupakan fasiliti yang diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu ini mampu untuk menjadi venue bagi pelbagai acara sukan mahupun komuniti.
Pengunjung turut meyahut cabaran kecergasan yang menjadi salah satu dari 29 pengisian program Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026 yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Pelbagai acara sampingan yang turut berlangsung semperna Fiesta Rakan Muda 2026 peringkat negeri Terengganu di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Perkembangan ini turut disambut positif oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT Terengganu) Asmadi Mohamad yang melihat fasiliti infrastruktur ini juga dapat memperkasakan sebarang program Rakan Muda yang menjadi kerangka pembangunan belia sejajar dengan hasrat di peringkat kementerian.

“Semperna dengan penganjuran Fiesta Rakan Muda yang menghimpunkan 29 acara sekaligus merangkumi 10 gaya hidup program Rakan Muda ini, kita boleh lihat kompleks sukan ini tidak hanya menjadi venue penganjuran sukan malah boleh dimanfaatkan untuk pelbagai program yang menjadi nilai tambah pada kompleks sukan ini. Oleh itu kami mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjadi venue ini sebagai lokasi penganjuran program mereka,” berkata Asmadi Mohamad.

Selain kemudahan jeti, kompleks ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan hangar penyimpanan peralatan sukan, bilik mesyuarat dan lain-lain kemudahan berkaitan yang bersedia untuk menjadikan kompleks ini sebagai venue pertandingan mahupun lain-lain program bagi sesuatu penganjuran.

SUKAN LASAK 4×4 WARNAI KALENDAR PELANCONGAN TERENGGANU 2026

Sukan lasak pacuan empat roda(4×4) di Terengganu diiktiraf oleh sebagai produk pelancongan baharu yang mampu untuk merancakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menjadi agenda nasional pada tahun hadapan.

Momentum sukan permotoran lasak pacuan empat roda di negeri Terengganu kini mencipta penanda aras baharu setelah diumumkan sebagai salah satu dari 13 acara utama di dalam kalendar acara pelancongan Terengganu bagi tahun 2026 sekaligus berada di landasan yang terbaik sebagai usaha untuk menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang kini telah bermula.

Rentetan kejayaan penganjuran edisi ke-5 Terengganu 4×4 Merdeka Challenge yang berjaya menghimpunkan sebanyak 152 jentera lumba pacuan empat roda(4×4) melibatkan 304 peserta hampir dari seluruh negara yang telah berlangsung di Bandar Kuala Nerus pada Ogos lalu dilihat sebagai faktor utama untuk diiktiraf oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sekaligus membuka dimensi baru sebagai salah satu produk pelancongan melalui penganjuran sukan.

Menambah momentum, terkini pasukan GG 4×4 yang berpangkalan dari negeri ini juga turut telah melakar sejarah di pentas kejuaraan dunia setelah meraih podium tempat ke-3 Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang telah melabuhkan tirai di Gua Musang, Kelantan pada 10 Disember lalu.

Pemegang taruh penganjuran Terengganu 4×4 Merdeka Challenge, Muhammad Muzzammil Mokhetar(kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris(tengah) bersama Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri dan Kebudayaan Negeri Terengganu Hilman Hajijan(kiri).

“Sukan lasak pacuan empat roda di negeri Terengganu ini mempunyai sejarah yang panjang sejak beberapa generasi terdahulu dan kini telah diangkat sebagai salah satu produk pelancongan negeri ini mencipta satu lembaran baru buat semua komuniti mahupun penggiat sukan lasak 4×4 ini khususnya di Terengganu.

“Secara peribadi, saya tidak melihat pengiktirafan ini ianya bersifat ekslusif sepenuhnya kepada kami selaku penganjur di mana sebenarnya ekosistem sukan ini di negeri Terengganu saling bekerjasama dengan lain-lain kelab mahupun komuniti sukan 4×4 untuk turut sama mengangkat sukan ini sebagai produk pelancongan negeri Terengganu.,” ujar Muhammad Muzzammil Mokhetar selaku pemegang taruh utama penganjuran Terengganu 4×4 Merdeka Challenge yang telah bermula sejak pada tahun 2023.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan presiden Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah(UT4x4) menjelaskan kunci kejayaan penganjuran selama ini adalah merupakan hasil kerjasama penganjuran dengan beberapa kelab tempatan seperti Kelab Terjoh! 4×4 Kuala Terengganu dan GG 4×4 yang hadir dengan pengalaman serta kepakaran masing-masing khususnya melibatkan teknikal penganjuran.

13 acara utama menjadi tumpuan disenaraikan di dalam Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) Negeri Terengganu 2026 sebagai usaha untuk menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Seterusnya sebagai sebagai usaha untuk menarik lebih ramai jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini mahupun untuk mempromosikan sukan lasak pacuan empat roda ini di kalangan komuniti rekreasi, Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah(UT4x4) bersama beberapa kelab-kelab pacuan empat roda tempatan kini turut sedang merangka satu program ekspedisi sejauh 60KM menempuhi hutan belantara di Hulu Terengganu.

Pada majlis yang sama turut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris melihat kerjasama strategik di antara Jabatan Pelancongan Negeri dan Kebudayaan Negeri Terengganu bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia memberi tambah nilai yang besar untuk turut sama menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026(TMM 2026) dengan pelbagai produk pelancongan dari negeri pantai timur ini.

Untuk rekod, Terengganu 4×4 Merdeka Challenge 2026 merupakan sebahagian dari 13 acara utama dan lebih dari 100 acara sampingan yang telah diumumkan dalam satu majlis yang telah berlangsung dengan penuh meriah di sebuah hotel di sini.

GG 4X4 HADIAHKAN PODIUM UNTUK TERENGGANU

Pasukan dari Terengganu; GG 4×4 raih tempat ke-3 Rainforest Challenge Grand Final 2025 dalam satu majlis yang telah berlangsung di Dewan KESEDAR, Gua Musang pada 10 Disember 2025.

GUA MUSANG, KELANTAN – Pasukan yang berpangkalan dari kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong; GG 4×4 mencipta sensasi tersendiri setelah menempuhi 11 hari perlumbaan ‘off road’ Rainforest Challenge (RFC Grand Final 2025) untuk meraih podium di pentas antarabangsa ini dengan hanya mempertaruhkan jentera berusia hampir separuh abad.

Walaupun hanya sekadar meraih di tempat ke-3 bagi kategori R3, pengurus pasukan GG 4×4 Azili Safeei tetap berpuas hati di atas kemampuan jentera Land Rover Defender Series 3 88 untuk turut sama berentap dengan jentera-jentera lain yang lebih berkuasa dan berteknologi terkini termasuk jentera dari pasukan luar negara.

Pengurus pasukan GG 4×4 Azili Safeei(dua dari kanan) bersama pasukan setelah berjaya menamatkan perlumbaan terakhir di SS 40 Rainforest Challenge Grand Final 2025 edisi ke-28 di Gua Musang, Kelantan.

“Bukan mudah buat kami untuk menamatkan perlumbaan ini di mana kami juga turut berdepan dengan masalah mekanikal seawal hari pertama perlumbaan di Gua Musang yang menyebabkan kami ketinggalan untuk memungut mata perlumbaan sepenuhnya.

“Podium untuk tahun ini sudah cukup bagus dari langsung tiada walaupun di tempat ke-3 setelah berentap dengan pasukan dari Poland dan pencabar tempatan yang turut mempunyai reputasi tinggi.

“Sekurang-kurangnya kami menamatkan kalendar perlumbaan musim ini dengan sesuatu yang boleh dibanggakan,” ujar Azili Safeei yang juga merupakan bekas pelumba RFC dalam beberapa edisi terdahulu.

Gandingan Tengku Khairul A Rahman(kiri) bersama Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili selaku juruarah pasukan GG 4×4 berjaya menamatkan 11 hari perlumbaan lasak edisi ke-28 Rainforest Challenge Grand Final 2025 di tempat ke-3 bagi kategori R3

Manakala bagi pemandu pasukan, Tengku Khairul A Rahman kekal optimis jentera berusia ini masih mampu untuk kembali beraksi pada edisi seterusnya di pentas kejuaraan antarabangsa ini.

“Realiti, kelajuaan bukan faktor utama menentukan siapa juara di pentas RFC ini. Pengalaman dan taktikal perlumbaan menjadi taruhan utama untuk terus mengejar podium seperti mana kami buktikan pada hari ini.

Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad dengan sebahagian besar masih dikekalkan komponen asal termasuk enjin berkapasiti 2.5 turbo diesel berjaya mengharungi perlumbaan lasak Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang berakhir di Gua Musang, Kelantan pada 10 Disember 2025.

“Begitu juga sokongan pasukan teknikal sama ada barisan mekanik yang berhempas pulas siang dan malam untuk membaiki jentera dan juga pengurusan pasukan yang menjadi penghubung kepada penaja-penaja musim ini yang konsisten membantu pasukan lumba ini,” katanya yang bergandingan bersama Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili selaku juruarah pasukan yang berpangkalan dari Terengganu ini.

Perlumbaan yang bermula sejak 29 November lalu dari Sungai Buluh, Selangor dan berakhir di Gua Musang, Kelantan untuk 11 hari perlumbaan mempertaruhkan tiga kategori dipertandingkan iaitu R1(Prototype), R2(Modified Production) dan R3(Production) yang disertai oleh tiga negara iaitu Russia, Poland dan Latvia menghimpunkan keseluruhan sebanyak 22 jentera lumba termasuk dari pasukan tempatan.

Untuk rekod, kategori R3 dijuarai oleh pasukan dari Poland yang dipacu oleh Rafal Stanislaw Osmolski bersama pemandu arah Kamil Mariusz Majerczyk. Manakala tempat kedua milik pasukan tempatan ‘Otai Racing Team’ yang dipandu oleh Kamarozaman Jusoh bersama juruarah Muhd Khairy Kamid yang mempunyai reputasi besar dalam arena sukan permotoran lasak ini.

Manakala bagi kategori R1 menyaksikan pasukan dari Russia mendominasi podium setelah meraih di tempat pertama dan kedua manakala tempat ke-3 berjaya dicuri oleh pasukan tempatan dari Sabah setelah menafikan dua lagi pasukan dari Russia yang berada di tempat ke-4 dan ke-5.

Bagi kategori R2, hanya dua buah pasukan bertanding bagi edisi kali ini di mana tempat pertama milik pasukan ‘107’ dari Johor dan Cameron 4×4 di tempat kedua.

 

TOUR GATEH 2025: FAKTA MENARIK EDISI KE-4 PERLUMBAAN

a) Edisi ke-4 perlumbaan berbasikal lebuh raya Tour Gateh D’Tranung 2025 dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) serta disokong oleh badan induk sukan berbasikal kebangsaan – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) yang dijadualkan bermula pada 26 Oktober 2025 sehingga 3 November 2025.

b) Majlis memperkenalkan pasukan dan penaja telah berlangsung pada 26 Oktober 2025 di Dewan Besar Wisma Darul Iman yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Dato’ Nara Setia(Dato’ Zulkifli Ali) yang mewakili Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Mengikut perancangan asal seperti mana dipaparkan di dalam manual perlumbaan(race manual), majlis ini sepatutnya berlangsung di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

c) Tour Gateh D’Tranung 2025 bagi edisi ke-4 ini mempertaruhkan 8 peringkat cabaran untuk 8 hari perlumbaan meliputi setiap daerah dalam negeri Terengganu dengan keseluruhan jumlah kayuhan sejauh 887.70 KM. Perlumbaan bagi edisi kali ini mempunyai tambahan jarak kayuhan sejauh 216.4 KM berbanding edisi lalu hanya sejauh 671.3 KM.

d) Peringkat pertama perlumbaan yang dijadualkan bermula 1000 pagi di hadapan Pejabat Daerah Kuala Nerus mempertaruhkan format perlumbaan ujian masa berpasukan (TTT – team time trial) bagi kayuhan sejauh 24 KM.

e) Edisi ke-4 perlumbaan berbasikal lebuhraya paling berprestij dianjurkan di dalam negeri Terengganu ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM 220,000.00 di mana sebanyak 3 kategori dipertaruhkan iaitu ‘Men Elite’, ‘Local Club’ dan ‘Men Under 23’.

f) 5 kategori jersi kekal menjadi taruhan iaitu jersi berwarna kuning bagi catatan masa terpantas individu, jersi berwarna jinga bagi pelumba kelab terbaik, jersi bercorak polka dot bagi raja bukit, jersi berwarna hijau bagi raja pecut dan jersi berwarna putih bagi pelumba bawah 23 tahun terbaik.

g) Sebanyak 24 pasukan bertanding meliputi 16 pasukan tempatan dan 8 pasukan antarabangsa.

h) Pasukan tuan rumah disertai oleh Terengganu Cycling Team(TSG), Terengganu Team, Terengganu Cycling Academy Team, Yayasan Raudah Cahaya(RCF Cycling Team) dan TSS X Kerepok Bayu Cycling Team.

i) Pasukan antarabangsa adalah daripada negara Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Australia, Netherlands dan Great Britain.

j) Sebanyak 13 cabaran zon pendakian ditawarkan bagi edisi kali ini meliputi 8 zon pendakian berstatus ‘CAT 4’, 3 zon pendakian berstatus ‘CAT 2’, 1 zon pendakian berstatus ‘CAT 3’ dan juga 1 zon pendakian berstatus ‘HC’ di Bukit Presiden, Marang yang bakal menjadi tumpuan pada hari kedua terakhir perlumbaan untuk edisi kali ke-4 ini.

k) Hari ke-6 perlumbaan menawarkan jarak perlumbaan terjauh bagi edisi kali ini di mana pelumba perlu menamatkan kayuhan sejauh 144.20 KM yang bermula dan berakhir di Majlis Daerah Setiu.

l) Jambatan angkat Kuala Terengganu(Terengganu Drawbridge) kekal menjadi destinasi terakhir peringkat perlumbaan untuk kayuhan sejauh 66.00 KM mempertaruhkan format perlumbaan kriterium yang dijadulkan bermula pada jam 0930 malam. Peringkat akhir perlumbaan ini juga merupakan satu-satunya perlumbaan yang diadakan pada waktu malam bagi sepanjang 8 hari perlumbaan.

 

TOUR GATEH D’TRANUNG 2025
27 OKTOBER – 3 NOVEMBER 2025
8 PERINGKAT PERLUMBAAN | 887.70 KM

PERINGKAT PERTAMA
27 OKTOBER 2025 ISNIN
KUALA NERUS | 24.00 KM (TTT)

PERINGKAT KEDUA
28 OKTOBER 2025 SELASA
HULU TERENGGANU | 161.10 KM

PERINGKAT KE-3
29 OKTOBER 2025 RABU
DUNGUN | 150.30 KM

PERINGKAT KE-4
30 OKTOBER 2025 KHAMIS
KEMAMAN | 134.50 KM

PERINGKAT KE-5
31 OKTOBER 2025 JUMAAT
BESUT | 79.80 KM

PERINGKAT KE-6
1 NOVEMBER 2025 SABTU
SETIU | 144.20 KM

PERINGKAT KE-7
2 NOVEMBER 2025 AHAD
MARANG | 127.80 KM

PERINGKAT KE-8
3 NOVEMBER 2025 ISNIN
JAMBATAN ANGKAT KUALA TERENGGANU | 66.00 KM (CRITERIUM)

ZON PENDAKIAN TOUR GATEH 2025
PERINGKAT KEDUA 28 OKTOBER 2025 SELASA
HULU TERENGGANU
KOM 1 – 84 m(CAT 3) – BUKIT BOH ZY ZY
KOM 2 – 127 m(CAT 2) – BUKIT BEEWOK
KOM 3 – 127 m(CAT 2) – BUKIT BEEWOK

PERINGKAT KE-3 29 OKTOBER 2025 RABU
DUNGUN
KOM 1 – 106 m(CAT 2) – BUKIT BAMBIR
KOM 2 – 50 m(CAT 4) – BUKIT BOH JA

PERINGKAT KE-4 30 OKTOBER 2025 KHAMIS
KEMAMAN
KOM 1 – 54 m(CAT 4) – BUKIT PASIR HALUS
KOM 2 – 47 m(CAT 4) – BUKIT PAMAN
KOM 3 – 45 m(CAT 4) – BUKIT KIJAL
PERINGKAT KE-6 1 NOVEMBER 2025 SABTU
SETIU
KOM 1 – 73 m(CAT 4) – BUKIT PADANG SETEBU
KOM 2 – 76 m(CAT 4) – BUKIT KOMISAR
PERINGKAT KE-7 2 NOVEMBER 2025 AHAD
MARANG
KOM 1 – 43 m(CAT 4) – BUKIT JETIT
KOM 2 – 70 m(CAT 4) – BUKIT CAKUL ABAS
KOM 3 – 339 m(CAT HC) – BUKIT PRESIDEN
SENARAI PASUKAN TOUR GATEH D'TRANUNG 2025
MALAYSIA
#PASUKAN
1TERENGGANU CYCLING TEAM(TSG)
2KASAWASRI IKAF JOHOR
3AQUATWO CYCLOMOTION TEAM
4TERENGGANU TEAM
5TERENGGANU CYCLING ACADEMY TEAM
6MIFH CYCLING GROUP
7IRONWAN CYCLING TEAM
8PDRM CYCLING TEAM
9MBPJ CYCLING TEAM
10SELANGOR
11HELAZ CYCLING TEAM
12ARMED FORCES CYCLING TEAM
13TSS X KEREPOK BAYU CYCLING TEAM
14PERLIS CYCLING TEAM
15RAUDAH CAHAYA FOUNDATION (RCF CYCLING TEAM)
16MALAYSIA PRO CYCLING TEAM
JEPUN
17THE WING'S ASIA CYCLING ACADEMY
SINGAPURA
18 TMC RACING
INDONESIA
19 PONTIANAK WIJAYA RACING TEAM
THAILAND
20GRANT THORNTON CYCLING TEAM
TAIWAN
21BRYTON CYCLING TEAM
AUSTRALIA
22VELOFIT AUSTRALIA TEAM
NETHERLANDS
23 GLOBAL CYCLING TEAM
GREAT BRITAIN
24RIDE REVOLUTION COACHING TEAM

KREDIBILITI PENGANJURAN MFOS DIPERSOAL

Dalam dunia sukan, kalah dan menang adalah lumrah. Namun, apabila kemenangan yang sah seolah-olah ‘dirampas di siang hari’, ia bukan sekadar mencetus kekecewaan, malah mengundang persoalan serius terhadap integriti penganjuran.

Itulah nasib malang yang menimpa pasukan rali tempatan, R&R Sport Speed Garage, apabila dinafikan tempat ketiga kategori M3 dalam perlumbaan Malaysia Festival of Speed 2025 (MFOS 2025) yang melabuhkan tirai pada 17 Ogos lalu. Kecelaruan keputusan perlumbaan menyaksikan pasukan dari kategori lain diumumkan sebagai pemenang podium, sekali gus menafikan hak pelumba Dinie Nazmi Abd Rahman dan Mohd Nazam Shah Sulaiman di tempat ke-3 podium perlumbaan.

Insiden ini mencetuskan keresahan dalam kalangan pasukan bertanding dan pemerhati industri, yang mula mempersoalkan tahap profesionalisme serta kredibiliti penganjur—lebih-lebih lagi apabila acara sebesar MFOS membawa reputasi tinggi di peringkat kebangsaan malah menjadi tiket untuk beraksi ke peringkat yang lebih tinggi.

Perkara ini tidak akan berlaku menjadi lebih buruk sekiranya pihak penganjur sanggup membuang ego untuk menerima teguran mahupun maklumbalas awal oleh pasukan bertanding yang lebih awal mempersoalkan keputusan itu sebelum setiap pemenang diumumkan untuk menaiki podium dalam satu majlis yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Dinie Nazmie Abd Rahman(kanan) bersama rakan pasukan Mohd Nazam Shah Sulaiman membuat penampilan pertama dalam kalendar perlumbaan rali musim ini setelah terpaksa menarik diri di saat akhir sewaktu perlumbaan pembukaan di Jempol, Negeri Sembilan berikutan masalah kesihatan.

“Secara peribadi, ini bukanlah kali pertama berlaku kepada pasukan kami dalam lain-lain perlumbaan oleh penganjur yang berlainan. Namun sampai bila untuk kami terus berdiam diri begitu juga buat lain-lain pasukan yang bertanding sekiranya isu sedemikian menimpa mereka? Apatah lagi untuk penganjuran MFOS ini yang boleh kita sifatkan satu penganjuran kejuaraan sukan permotoran terbesar dalam negara.

“Situasi kecelaruan keputusan rasmi tidak sepatutnya berlaku oleh pihak penganjur yang mempunyai reputasi besar selaku badan induk sukan permotoran negara. Begitu juga sekiranya individu-individu dari kalangan pemegang taruh tersebut tidak mempunyai ego yang tinggi sudah tentu situasi ini kita boleh perbetulkan lebih awal tanpa mencalar imej mana-mana pihak begitu juga buat pasukan bertanding yang membawa reputasi dari penaja masing-masing.

“Penganjur perlu mengambil serius bahawa setiap pasukan berentap di dalam perlumbaan adalah rakan kongsi kepada pihak penganjur. Sekiranya situasi lebih buruk berlaku sudah tentu jumlah penyertaan bakal meletakkan penanda aras prestij sesuatu penganjuran. Kos yang besar telah dikeluarkan oleh setiap pasukan malah setiap perlumbaan juga dibayar untuk yuran penyertaan. Janganlah membunuh semangat sukan rali yang ada ini khususnya bagi generasi pelumba baru yang ingin mendekati sukan ini. Juga situasi yang timbul ini bukan hendak memburukkan mana-mana pihak termasuk pasukan tertentu yang tersilap menaiki podium.

“Terkini telah diumumkan keputusan yang diperbetulkan di mana saya kembali berjaya mendapat mata perlumbaan untuk musim ini, namun kita tidak mampu untuk mengundur masa untuk kembali melihat pihak yang sepatutnya menaiki podium ketika itu.

“Kalah atau menang adat bertanding tetapi biarlah bermaruah. Maruah untuk dinobatkan menaiki podium dan juga maruah buat penganjur untuk lain-lain penganjuran akan datang. Sudah tentu saya malah seluruh keluarga pasukan R&R Sport Speed Garage termasuk rakan-rakan penaja kami amat kecewa dan sedih,” ujar Dinie Nazmi Abd Rahman yang dihubungi setelah melepasi tempoh 48 jam insiden ini berlaku.

Senarai keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur Malaysia Festival of Speed 2025 (MFOS 2025).
Senarai keputusan terkini setelah dikemaskini oleh penganjur Malaysia Festival of Speed 2025 (MFOS 2025) yang telah melabuhkan tirai penganjuran pada 17 Ogos 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Difahamkan situasi ini timbul berikutan pihak penganjur mengambil keputusan tidak rasmi(provisional result) untuk diumumkan sebagai pemenang berikutan tempoh masa yang pendek disediakan oleh pihak penganjur untuk meneruskan majlis podium pemenang sejurus tamat perlumbaan.

Kekangan tempoh masa yang pendek juga menyebabkan menimbulkan situasi kekalutan di antara pasukan bertanding untuk mengemas ‘service park’ masing-masing sekaligus menjadi halangan untuk membuat bantahan rasmi melalui saluran yang sepatutnya. Namun atas semangat kesukanan, wakil pasukan mengambil pendekatan awal secara budi bahasa untuk menegur kesilapan besar oleh pihak penganjur yang boleh menjahanamkan reputasi setiap pemegang taruh namun situasi sebaliknya telah berlaku.

Dinie Nazmie Abd Rahman(dua dari kanan) bersama rakan pasukan Mohd Nazam Shah Sulaiman(kanan) merupakan pelumba bagi pasukan R&R Sport Speed Garage yang hadir berentap bagi kategori M3 dalam perlumbaan Malaysia Festival of Speed 2025 (MFOS 2025) yang telah melabuhkan tirai penganjuran pada 17 Ogos 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.
R&R Sport Speed Garage mempertaruhkan jentera lumba Proton Satria Neo 1.6 untuk memburu kejuaraan rali musim ini.

Walaupun insiden ini telah sedikit sebanyak menjejaskan reputasi pasukan R&R Sport Speed Garage, fokus pasukan seterusnya adalah untuk menghabiskan dua lagi baki perlumbaan sebelum kalendar Kejuaraan Rali Malaysia 2025 melabuhkan tirai sekaligus menyasarkan podium bagi juara keseluruhan musim ini.

Untuk rekod, Dinie Nazmi Abd Rahman merupakan di antara pelumba profesional tempatan yang sering mewarnai arena perlumbaan rali sejak 2008 manakala Mohd Nazam Shah Sulaiman telah melakar sejarah sukan permotoran sejak 2004. Manakala pasukan R&R Sport Speed Garage yang mempunyai reputasi besar di dalam arena sukan permotoran tanah air di mana tidak hanya hadir sebagai pasukan lumba malah turut menarik sama generasi baru untuk mencuba sukan ini dengan menawarkan perkhidmatan sewa kereta lumba mahupun pengurusan pasukan lumba yang bertanding.

TAYAR PECAH BUKAN HALANGAN EASTCOAST RALLYING X PISTON PROJECT RAIH PODIUM M3

Pasukan Eastcoast Rallying x Piston Project mempertaruhkan jentera Honda Jazz GE berjaya menamatkan perlumbaan walaupun mengalami kerosakkan tayar sewaktu perlumbaan siri kedua Kejuaraan Rali Malaysia 2025 yang telah berlangsung di Sepang pada 17 Ogos 2025.

Berbaki hanya 5km sebelum ke garisan penamat dengan keadaan tayar pecah menjadi taruhan berbaloi buat pasukan Eastcoast Rallying x Piston Project untuk bermatian menaiki podium bagi kategori M3 siri kedua kejuaraan rali musim ini.

Terdahulu sewaktu di perlumbaan ke-3 peringkat cabaran(SS3), jentera lumba Honda Jazz GE milik pasukan ini juga diduga malang yang memaksa kru pasukan berhempas pulas dengan kekangan peralatan untuk membaiki kerosakan teruk di bawah sinar matahari terik.

Pasukan Eastcoast Rallying x Piston Project berjaya menamatkan perlumbaan walaupun mengalami kerosakkan tayar sewaktu perlumbaan siri kedua Kejuaraan Rali Malaysia 2025 yang telah berlangsung di Sepang pada 17 Ogos 2025.

Menyedari ketinggalan, Eastcoast Rallying x Piston Project yang dipacu oleh Muhamad Roni Risman bersama Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki selaku pemandu arah pasukan terus memecut laju untuk merapatkan jurang catatan masa bagi menghabiskan setiap baki peringkat cabaran perlumbaan di dalam ladang sawit berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang menjadi venue perlumbaan untuk siri kedua musim ini.

Untuk rekod, pada musim ini pasukan rali yang berpangkalan dari Kuala Terengganu, Eastcoast Rallying menjalin kerjasama sulung bersama Piston Project iaitu sebuah pasukan lumba yang mempunyai reputasi besar di litar asfat tempatan mahupun antarabangsa.

Pelumba Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki bersama Honda Jazz GE menjadi taruhan pasukan Eastcoast Rallying x Piston Project mengalami kerosakkan tayar kritikal sehingga hampir terlepas podium bagi kategori M3 perlumbaan siri kedua Kejuaraan Rali Malaysia 2025 yang telah berlangsung di Sepang pada 17 Ogos 2025.

“Kami tiada pilihan, sama ada kami menyerah kalah lebih awal untuk sesuatu yang tidak pasti atau kami tamatkan perlumbaan ini dengan penuh bangga untuk perlumbaan awal musim ini.

“Catatan masa semasa yang baik juga sedikit sebanyak memberi kelebihan buat kami untuk menaiki podium namun keputusan untuk meneruskan perlumbaan dengan tayar yang pecah ini juga menjadi taruhan besar untuk tidak dikenalan penalti sekiranya kami mencatat masa tambahan di garisan penamat.,” jelas Muhamad Roni Risman yang juga merupakan pemilik pasukan Piston Project untuk pertama kali meraih pengalaman di litar batu krikil(gravel) bagi perlumbaan rali.

Manakala buat pemandu arah yang juga merupakan pemegang taruh pasukan Eastcoast Rallying, Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki menyifatkan keputusan yang telah diambil adalah satu ‘kerja gila’.

“Tiada pelumba yang ingin berakhir dengan DNF(Did Not Finish) dan kami perlu bermati-matian berusaha agar tidak melakar rekod awal musim ini sedemikian rupa.

“Sebagai pelumba rali di mana-mana pun sama ada di kalangan kami mahupun di luar negara, podium adalah bonus.

“Prestij kami adalah untuk menamatkan sesuatu perlumbaan walaupun seteruk mana kerosakan kereta lumba yang menjadi taruhan. Itulah hakikat dan cabaran sebenar buat pelumba rali,” berkata Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki yang telah mewarnai arena perlumbaan rali tempatan sejak 2012.

Malaysia Festival of Speed 2025 (MFOS 2025) meliputi beberapa kejuaraan perlumbaan sukan bermotor di mana rali menjadi salah satu dari acara yang dipertandingkan bagi edisi kedua penganjuran di Litar Antarabangsa Sepang pada 15-17 Ogos 2025.

Pada siri kedua perlumbaan Kejuaraan Rali Malaysia 2025 yang berlangsung di Sepang ini, juara kategori M3 milik Hasrin Tahir bersama rakan pasukan Hendra Eryawan yang memandu jentera lumba Proton Satria Neo 1.6 untuk pasukan Bawang R Tune Mannol Rally Team.

Tempat kedua dilakar penuh dramatik oleh pasukan Eastcoast Rallying x Piston Project yang pertama kali berkolaborasi untuk sebuah pasukan rali yang dipacu oleh Muhamad Roni Risman bersama Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki

Manakala di tempat ketiga adalah milik pasukan R&R Sport Speed Garage yang dipandu oleh pelumba penuh berpengalaman Dinie Nazmi Abd Rahman bersama rakan sepasukan Mohd Nazam Shah Sulaiman.

Seterusnya bagi aksi pusingan ketiga dan keempat siri perlumbaan Kejuaraan Rali Malaysia 2025 dijadualkan untuk berlangsung pada akhir tahun ini di mana daerah Asahan, Melaka menjadi venue pilihan untuk menutup kejuaraan musim ini.

KELANTAN SAH TUAN RUMAH SUKMA 2028

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil 12/2025 telah berlangsung di Menara KBS pada 26 Februari 2025. Kredit Foto – facebook.com/hannahyeoh.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini mengesahkan bahawa Kelantan akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma 2028. Ini merupakan pencapaian bersejarah bagi Kelantan yang akan pertama kali menganjurkan temasya sukan terbesar di Malaysia.

Keputusan ini telah dipersetujui selepas Hannah Yeoh mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma Selangor 2026 dan meninjau laporan penganjuran Sukma di Sarawak pada 26 Februari yang lalu.

Penganjuran edisi ke-23 ini nanti akan memberi peluang besar kepada Kelantan untuk mempamerkan keupayaannya dalam menguruskan acara sukan bertaraf tinggi, di samping memperkenalkan potensi negeri tersebut dalam sektor sukan, pelancongan, dan ekonomi.

Dari kiri – Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan Mohd Sabilly Mohd Ramli @ Annuar(tengah) bersama Exco Belia & Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan Zamankhshari Muhammad(kanan) sewaktu hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Selangor 2026 yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada 26 Februari 2025. Kredit Foto – facebook.com/hannahyeoh.

Pada satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Zamakhshari Muhammad menjelaskan pihak Kementerian Belia dan Sukan(KBS) telah berpuas hati dengan perkembangan terkini berkaitan kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau dan lain-lain berkaitan persiapan negeri itu untuk menjadi tuan rumah.

Beliau juga turut mengatakan bahawa surat lantikan rasmi kepada Kelantan selaku tuan rumah SUKMA 2028 akan dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara(MSN) dalam masa terdekat.

Hantaran di Facebook oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada 6 Mac 2026. Kredit Foto – facebook.com/majlissukannegaramalaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil 12/2025 telah berlangsung di Menara KBS pada 26 Februari 2025. Kredit Foto – facebook.com/ZamakhshariMuhamadOfficial

Dalam perkembangan lain, Hannah Yeoh turut mengumumkan bahawa sembilan sukan tambahan akan dipertandingkan di Sukma Selangor 2026 nanti.

Walaupun ini akan memberi cabaran dari segi logistik kepada penganjur, kelulusan keputusan setahun lebih awal akan memberikan masa yang cukup kepada Selangor untuk membuat persiapan yang teliti.

Dengan persiapan yang rapi, diharapkan penganjuran Sukma Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026 akan berjalan dengan lancar.

Kelantan kini bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah yang cemerlang bagi Sukma dan Para Sukma 2028, menunjukkan semangat dan dedikasi dalam meningkatkan standard sukan dan mempromosikan negeri sebagai destinasi sukan utama di Malaysia.

Exco Sukan Terengganu Hishamuddin Abdul Karim(kiri) bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya turut hadir mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil 12/2025 telah berlangsung di Menara KBS pada 26 Februari 2025. Kredit Foto – facebook.com/majlissukannegaramalaysia

Terdahulu pada 4 tahun lalu, mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang telah berlangsung pada 16 Mac 2023, Hannah Yeoh mengumumkan Kelantan telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran temasya sukan terbesar dalam negara.

“Rasional sistem penggiliran tuan rumah itu bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan Persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan juga pembiayaan program persediaan atlet di peringkat negeri,” ujar Hannah Yeoh ketika itu.

Perkembangan ini memberi tempoh masa persiapan yang lebih panjang buat Kelantan untuk membuat persediaan memikul tanggungjawab selaku tuan rumah SUKMA 2028.

KALENDAR PERLUMBAAN SUKAN BERBASIKAL BERSTATUS KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA 2025

Sebanyak 49 acara perlumbaan dijadualkan untuk berlangsung sebagaimana kemaskini kalendar perlumbaan bertarikh 9 Januari 2025 yang disediakan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) selaku badan induk sukan berbasikal negara.

Acara lebuh raya mendominasi jumlah perlumbaan terbanyak bagi tahun 2025 iaitu sebanyak 20 penganjuran diikuti oleh acara perlumbaan berbasikal trek sebanyak 16 perlumbaan termasuk 5 acara perlumbaan antarabangsa bertaraf UCI dan selebihnya bagi lain-lain disiplin acara.

Acara perlumbaan BMX turut menjadi tumpuan penganjuran pada tahun ini untuk 8 penganjuran perlumbaan termasuk satu perlumbaan bertaraf UCI-CN. Namun bagi disiplin acara MTB hanya dua perlumbaan berstatus antarabangsa bertaraf UCI-CN dan UCI yang dijadualkan pada tahun ini.

Sebanyak 3 penganjuran perlumbaan bagi kategori Para juga turut dijadualkan berlangsung di mana dua perlumbaan bertaraf UCI-C2 manakala selebihnya bertaraf UCI-C1 dan UCI.

Manakala buat Terengganu dijadualkan untuk meneruskan edisi ke-4 perlumbaan Tour Gateh D’Tranung 2025.

Kalendar perlumbaan dan penganjuran sukan berbasikal bertaraf kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2025.

KALENDAR BASIKAL PKBM 2025 - JUMLAH ACARA


#KATEGORI ACARAJUMLAH ACARA
1LEBUH RAYA20
2TREK11
3BMX4
4TREK (UCI)3
5BMX GAYA BEBAS(FREESTYLE)3
6PARA (UCI-C2)2
7BMX (UCI-CN) 1
8TRACK (UCI-CC) 1
9TRACK (UCI)1
10ROAD (UCI) 1
11PARA (UCI-C1)1
12PARA (UCI)1
13MTB (UCI-CN)1
14MTB (UCI)1

KALENDAR BASIKAL PKBM 2025 - LEBUH RAYA


#ACARA - LEBUH RAYATARIKH
1JCM ROAD RACE SERIES 1/2025 CYBERJAYA,SELANGOR7-9 Februari 2025
2MUKAH CRITERIUM CHALLENGE 2025 MUKAH, SARAWAK4 Mei 2025
3JCM ROAD RACE SERIES 2/2025 KELANTAN9-11 Mei 2025
4MALAYSIAN NATIONAL ROAD CHAMPIONSHIPS JOHOR29 Mei - 1 Jun 2025
5MALAYSIAN PARA ROAD RACE 2025 (UCI) JOHOR2-3 Jun 2025
6SELANGOR JAMBORE 1 KUALA SELANGOR, SELANGOR21-22 Jun 2025
7JCM ROAD RACE SERIES 3/2025 (STAGE RACE) LANGKAWI, KEDAH2-5 Julai 2025
8KUALA BARAM CYCLING RACE 2025 MIRI, SARAWAK.5-6 Julai 2025
9JELAJAH NEGERI SEMBILAN 2025 & CRITERIUM D'TEMPAT 2025 NEGERI SEMBILAN16-20 Julai 2025
10LAYAR CYCLING CARNIVAL 2025 BETONG, SARAWAK29-31 Ogos 2025
11PUTRAJAYA CRITERIUM 2 W.P PUTRAJAYA30 Ogos 2025
12JCM ROAD RACE SERIES 4/2025 KUALA LIPIS, PAHANG5-7 September 2025
13DBKU KRITERIUM & ROAD RACE 2025 KUCHING, SARAWAK6-7 September 2025
14WESTSTAR CYCLING CHALLENGE 2025 KEDAH12-14 September 2025
15LE TOUR DE LANGKAWI (UCI) MALAYSIA27 Sept - 5 Okt 2025
16SELANGOR JAMBORE 2 SELANGOR18 Oktober 2025
17TOUR GATEH D'TRANUNG 2025 TERENGGANU25 Okt - 3 Nov 2025
18JCM ROAD RACE SERIES 5/2025 NEGERI SEMBILAN14-16 November 2025
19JELAJAH SELANGOR SELANGOR18-21 November 2025
20KEJOHANAN LUMBA BASIKAL PESTA PULAU PINANG PULAU PINANG13-14 Disember 2025

KALENDAR BASIKAL PKBM 2025 - TREK


#ACARA - TREKTARIKH
1ASEAN TRACK SERIES (PRESIDENT CUP) 1 (UCI) VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN13-15 Januari 2025
2ASEAN TRACK SERIES (PRESIDENT CUP) 2 (UCI) VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN17-19 Januari 2025
3ASEAN TRACK SERIES (PRESIDENT CUP) 3 (UCI) VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN21-23 Januari 2025
4ASIAN TRACK CHAMPIONSHIPS (UCI-CC) VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN21-27 Februari 2025
5JCM TRACK SERIES 1/2025 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN19-22 April 2025
6YSD TRACK SERIES ROUND 1 & 2 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN26-27 April 2025
7YSD AUSTRALASEAN U19 & U17 (ROUND 3 - 5) VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN2-4 Mei 2025
8MALAYSIAN NATIONAL TRACK CHAMPIONSHIPS (UCI) TBC20-25 Mei 2025
9MALAYSIAN PARA TRACK RACE 1 (UCI-C1) TBC26 Mei 2025
10MALAYSIAN PARA TRACK RACE 2 (UCI-C2) TBC27 Mei 2025
11JCM TRACK SERIES 2/2025 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN14-15 Jun 2025
12YSD TRACK SERIES ROUND 6 & 7 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN28-29 Jun 2025
13SELANGOR TRACK CUP VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN10-13 Julai 2025
14YSD TRACK SERIES ROUND 8 & 9 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN26-27 Julai 2025
15JCM TRACK SERIES 3/2025 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN16-19 Julai 2025
16YSD TRACK SERIES ROUND 10 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN19-21 Julai 2025
17JCM TRACK SERIES 4/2025 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN11-14 Oktober 2025
18YSD TRACK SERIES ROUND 13 & 14 VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN1-2 November 2025

KALENDAR BASIKAL PKBM 2025 - BMX


#ACARA - BMXTARIKH
1KING OF BMX 2025 (FREESTYLE) IPOH, PERAK15-16 Februari 2025
2SELANGOR BMX FLATLAND & PARK(FREESTYLE) PETALING JAYA, SELANGOR17-18 Mei 2025
3MALAYSIAN NATIONAL CHAMPIONSHIPS (FREESTYLE) BUKIT KIARA, W.P KUALA LUMPUR28-29 Jun 2025
4MALAYSIAN NATIONAL BMX CHAMPIONSHIPS(UCI-CN) TBC5-6 Julai 2025
5YSD BMX SERIES 1 & 2 ARENA BMX, NILAI, NEGERI SEMBILAN26-27 Julai 2025
6YSD BMX SERIES 3 & 4 ARENA BMX, NILAI, NEGERI SEMBILAN20-21 Julai 2025
7SELANGOR BMX RACING ARENA BMX, NILAI, NEGERI SEMBILAN3-5 Oktober 2025
8YSD BMX SERIES 5 & 6 ARENA BMX, NILAI, NEGERI SEMBILAN6-7 Disember 2025

KALENDAR BASIKAL PKBM 2025 - MTB


#ACARA - MTBTARIKH
1MALAYSIAN NATIONAL MTB CHAMPIONSHIPS (UCI-CN) TBC25-27 Julai 2025
2SIOL INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE (UCI) BUKIT SIOL, KUCHING, SARAWAK21-24 Ogos 2025
3KELANTAN MTB CHALLENGE 4.0 202519-20 September 2025

VARSITY TRACK & FIELD: PENTAS ATLET UNIVERSITI MENUJU KEJOHANAN DUNIA

Penganjuran VTF dianjurkan dalam 4 siri penganjuran dalam setahun di mana 3 penganjuran pertama mengikut zon-zon tertentu sebelum melabuhkan tirai pada siri akhir penganjuran yang dijenamakan sebagai Grand Final Varisty Track and Field(Grand FinalVTF).

Kejohanan Varisty Track and Field(VTF) merupakan kejohanan tahunan yang mempertaruhkan pelbagai disiplin acara olahraga secara kompetitif berstatus kebangsaan yang dianjurkan oleh Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT).

Penyertaan terbuka untuk disertai oleh pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi awam(IPTA) mahupun institusi pendidikan swasta(IPTSA) menjadi pentas terbaik buat mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi sama ada di dalam negara mahupun sebarang kejohanan di luar negara. Kejohanan ini juga menjadi tiket buat atlet-atlet untuk meraih slot di kejuaraan Sukan Universiti Dunia yang dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa(FISU).

Sukan Universiti Dunia yang sebelum ini dijenamakan sebagai ‘Universiade’ merupakan pentas tertinggi buat atlet-atlet yang merupakan pelajar-pelajar universiti dari seluruh dunia di mana pertama kali dianjurkan pada 1959 dan bagi edisi ke-32 penganjuran bagi tahun 2025 ini dijadualkan berlangsung di Rhine-Ruhr, Jerman pada Julai nanti.

Menurut temu bual bersama sebuah agensi berita sukan pada tahun 2024, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Hanafiah Ayub menjelaskan pada awalnya penganjuran ini bertujuan untuk menambah kejohanan dalam negara yang boleh sertai oleh atlet-atlet olahraga di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi ini.

Perkembangan ini secara tidak langsung mewarnai penganjuran kejohanan olahraga secara kompetitif di mana setiap keputusan yang dilakar itu diiktiraf oleh pemegang taruh utama sukan ini atau Kesatuan Olahraga Malaysia selaku badan induk utama sukan ini.

Umumnya penganjuran VTF dianjurkan dalam 4 siri penganjuran dalam setahun di mana 3 penganjuran pertama mengikut zon-zon tertentu sebelum melabuhkan tirai pada siri akhir penganjuran yang dijenamakan sebagai Grand Final Varisty Track and Field(Grand FinalVTF).

Untuk rekod, penganjuran edisi pertama VTF ini bermula pada tahun 2022 di mana ketika itu berakhir di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil manakala edisi kedua menutup tirai kejohanan ini berlangsung di Stadium Universiti Malaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terengganu menjadi destinasi edisi penganjuran ke-3 untuk menutup tirai di Stadium UniSZA, Kuala Terengganu yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 8 November sehingga 10 November 2024.

MENUTUP 2024 MEMBADAI 2025

𝙋𝙚𝙣𝙮𝙪 𝙎𝙪𝙠𝙖𝙣 – 𝘼𝙜𝙚𝙣𝙨𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪 dengan rasminya melabuhkan tirai kalendar tahun ke-6 beroperasi di bumi Terengganu Darul Iman ini.

Oleh itu kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pemegang-pemegang taruh sukan yang masih sudi memberi ruang, peluang dan kepercayaan kepada Penyu Sukan sebagai agensi perkhidmatan media sukan.

2024 merupakan tahun yang sukar untuk kami tempuhi walaupun pada awalnya optimis setelah pasca COVID-19.

Terengganu Darul Iman merupakan negeri industri sukan.

Semoga 2025 ini merupakan tahun yang lebih baik buat kami semua dari bilik berita Penyu Sukan.

10 PASUKAN AKAR UMBI MANFAAT STADIUM RAGBI TENGKU MUHAMMAD ISMAIL

Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail yang terletak di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi peluang buat bakat-bakat muda seawal usia di bangku sekolah untuk merasai pengalaman sebenar berada di stadium ragbi ini.

10 pasukan ragbi dari pelbagai sekolah dan institut pengajian tinggi dari sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang menghimpunkan hampir 400 pemain termasuk barisan pengurusan diraikan dalam satu perlawanan persahabatan di fasiliti Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk memperkasakan program pembangunan ragbi setempat.

Hasil jalinan kerjasama dan sokongan jitu dari pelbagai pihak khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT), Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku badan induk sukan ragbi negeri Terengganu mencipta penanda aras yang baik bagi memberi peluang kepada pelatih-pelatih program pembangunan sukan ragbi dari peringkat akar umbi untuk pertama kali merasai sendiri beraksi di dalam stadium yang berprestij ini.

Antara pasukan-pasukan ragbi yang hadir pada penganjuran kali ini adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA), Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit(Brains), Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu(MRSM KT), Kolej Vokasional Wakaf Tembesu(KVWT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail(IPGKDRI).

Jurulatih ragbi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA) Mohd Nazri Mohd Ramli(berkaca mata hitam).

“Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail menjadi destinasi pilihan bersama di antara kami sebagai usaha untuk menyemarakkan keterujaan pelatih-pelatih pemain ragbi kami yang terdiri dari kalangan murid-murid dan pelajar-pelajar di sekitar daerah ini.

“Rata – rata ada di antara mereka sejak berusia seawal 13 tahun sehingga kini telah mengikuti program pembangunan sukan ragbi di sekolah masing-masing dan meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya juga ingin menzahirkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu serta beberapa pihak lagi yang merealisasikan usaha ini demi pembangunan sukan di kalangan murid-murid sekolah umumnya.” ujar pengarah program Mohd Nazren Dasir yang juga merupakan guru di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud(SESMA).

Pengurus pasukan ragbi 7 sepasukan skuad SUKMA Sarawak 2024 Nizam Kamal turut hadir memberi sokongan bagi program pembangunan sukan ragbi peringkat sekolah-sekolah di Kuala Nerus ini.

Manakala Nizam Kamal selaku wakil dari pihak Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) yang turut hadir ke program ini turut menzahirkan tanda terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan beberapa pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam program pembangunan sukan ragbi ini dari peringkat bangku sekolah.

“Sudah tentu tiada halangan dari PRNT selaku badan induk sukan ragbi negeri Terengganu buat mana-mana pihak yang ingin memperkasakan sebarang program pembangunan sukan ragbi di negeri ini. Malah adalah menjadi tanggunjawab kami untuk menyokong dan membantu serta memanfaatkan segala kemudahan yang ada untuk mana-mana pihak.

Program pendedahan sukan ragbi buat pelajar-pelajar sekolah di sekitar daerah Kuala Nerus di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail memberi tambah nilai bagi persiapan pasukan untuk ke peringkat daerah mahupun negeri di pentas Majlis Sukan Sekolah Terengganu(MSST).

“Kami tidak boleh menafikan malah perlu sentiasa menyokong sepenuhnya segala usaha program pembangunan sukan ragbi yang dijalankan oleh mana-mana pihak khususnya dari pihak sekolah yang merupakan pemegang taruh pembangunan sukan di peringkat akar umbi terbesar dalam negara.

“Seterusnya sudah tentu bakat-bakat muda ini perlu dikenal pasti oleh kami sebagai usaha untuk memberi peluang dan ruang buat mereka beraksi di pentas yang lebih tinggi lagi.” ujar Nizam Kamal yang juga menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan bagi skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA).

Untuk rekod, program pembangunan akar umbi dari peringkat sekolah di seluruh negeri Terengganu telah bermula sejak kian lama namun bermula pada 2016 menyaksikan penyertaan beberapa buah sekolah untuk mewujudkan pasukan ragbi kian bertambah.

PIALA AGONG 2024: TERENGGANU KEKAL BERENTAP SETELAH DUA PASUKAN TARIK DIRI

Terkini setelah 2 pasukan menarik diri dari saingan kejuaraan ragbi Piala Agong 2024 edisi ke-40 menyaksikan hanya 9 pasukan akan meneruskan pemburuan kejuaraan setelah pengundian semula telah diadakan secara dalam talian pada 18 Ogos 2024 lalu. Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby

Susulan penarikan diri oleh beberapa pasukan bertanding bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke 40 ini, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) telah melakukan semula pengundian kumpulan menyaksikan Terengganu untuk berada di dalam Kumpulan B bersama-sama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Johor.

Manakala bagi Kumpulan A menyaksikan juara bertahan Polis Diraja Malaysia(PDRM) bersama Selangor, Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Perak dan Pahang untuk berentap.

Pada 4 Julai 2024, Kesatuan Ragbi Malaysia telah mengumumkan senarai kumpulan pasukan yang melibatkan dua kumpulan untuk 11 pasukan bagi memburu kejuaraan Piala Agong 2024 edis ke-40 namun 14 Ogos 2024, Negeri Sembilan secara rasmi telah mengumumkan penarikan diri dan beberapa pasukan lagi untuk tidak bertanding pada edisi kali ini. Kredit Foto – Facebook Malaysia Rugby

Undian khas ini telah diadakan secara dalam talian pada 18 Ogos 2024 melibatkan pasukan-pasukan yang bertanding seperti mana telah diumumkan oleh KRM selaku pemegang taruh utama penganjuran edisi kali ini dan jadual pertandingan terkini akan diumumkan kemudian.

Pada 16 Ogos 2024 lalu KRM secara rasminya mengumumkan penarikan diri oleh pasukan Negeri Sembilan menjadikan pasukan kedua selepas Wilayah Persekutuan Putrajaya berbuat sedemikian.

Ahli gabungan badan induk sukan ragbi kebangsaan, Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan telah mengumumkan penarikan diri bagi saingan kempen kejuaraan Piala Agong 2024 Edisi Ke 40 dalam satu hebahan di laman sosial rasmi mereka pada 14 Ogos 2024. Kredit – Facebook Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan

Melalui sumber tidak rasmi yang dikongsikan kepada Penyu Sukan, Negeri Sembilan terpaksa mengambil keputusan berat itu berikutan masalah komitmen penaja di saat akhir yang merencatkan segala persiapan pasukan yang telah dilakukan.

SENARAI PASUKAN KEJUARAAN RAGBI PIALA AGONG 2024 EDISI KE-4

KUMPULAN A
Polis Diraja Malaysia(PDRM)
Selangor
Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
Perak
Pahang

KUMPULAN B
Terengganu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perlis
Johor

PASUKAN YANG MENARIK DIRI
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Penampilan terakhir 2023)
Negeri Sembilan (Penampilan terakhir 2023)
Kedah (Penampilan terakhir 2019)
Pulau Pinang (Penampilan terakhir 2022)
Melaka (Penampilan terakhir 2023)
Kelantan (Penampilan terakhir 2022)
Sabah (Penampilan terakhir 2023)
Sarawak (Penampilan terakhir 2023)

SUKMA SARAWAK 2024: SKUAD MENEMBAK ‘HANELANG BANGKIT’ HADIAHKAN BONUS BUAT KONTIJEN TERENGGANU

Hadir selaku pasukan bukan pilihan dengan mempertaruhkan sebahagian besar muka-muka baru untuk pertama kali beraksi di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) kali ini ternyata mencipta kejutan tersendiri buat skuad menembak ‘Hanelang Bangkit’ yang meraih 3 pingat perak pada hari pertama pertandingan di Lapang Sasar Menembak Petra Jaya, Kuching.

Menambah kejutan, tiada sebarang sasaran pingat diletakkan bagi acara 50M Rifle 3 Posisi Berpasukan Wanita namun trio penembak wanita Terengganu yang dibarisi Nur Hanisah Adibah Zakaria, Nuradanee Qaisara dan Wan Nur Alyasha Humaira Muhammad Zahurin tekad untuk menghadiahkan pingat perak buat kontijen Terengganu yang kini dalam misi untuk kembali dinobatkan selaku juara keseluruhan. Keputusan ini sekaligus menafikan Selangor di tempat ketiga yang hadir selaku pasukan pilihan manakala Negeri Sembilan meraih pingat emas bagi acara berpasukan wanita ini.

“Saya amat terkejut dengan ketiga-tiga penembak wanita Terengganu yang menghadiahkan pingat perak pada hari pertama pertandingan. Sesungguhnya satu keputusan di luar jangka di mana sebenarnya tiada sebarang sasaran pingat diletakkan kepada mereka bagi acara 50 meter rifle 3 posisi berpasukan ini.

“Untuk SUKMA kali ini, kami tidak meletakkan sasaran awal yang tinggi memandangkan rata-rata penembak wanita Terengganu ini adalah muka-muka baru di pentas SUKMA kecuali Nur Hanisah Adibah Zakaria yang membuat penampilan terakhir bersama Terengganu.

“Walaubagaimanapun kami masih berbaki 4 hari pertandingan lagi oleh itu saya berharap dengan keputusan hari ini mereka dapat terus mengekalkan momentum menaiki podium sehingga hari terakhir pertandingan nanti.” ujar Najihah Alias yang menggalas tanggungjawab selaku jurulatih wanita penembak Terengganu sejak 2011.

Begitu juga buat pasukan lelaki yang dibarisi oleh penembak Azrin Sallehin, Banin Al Ghazali Ahmad Badrul dan Muhammad Shah Badli Mohd Shahrizal diletakkan sasaran awal bagi pingat gangsa namun beraksi cemerlang setelah meraih pingat perak bagi acara 25M Standard Pistol Berpasukan Lelaki yang berlangsung pada sebelah petang. Trio penembak lelaki ‘Hanelang Bangkit’ ini juga turut berjaya menafikan Selangor di tempat ketiga manakala pingat emas milik trio penembak dari Pahang.

Banin Al Ghazali Ahmad Badrul juga turut cemerlang menambah punggutan pingat dengan meraih pingat perak bagi acara individu lelaki 25M Standard Pistol sekaligus memecah dominasi podium yang menyaksikan pingat emas dan gangsa dirangkul oleh penembak Pahang.

Manakala buat ketua jurulatih skuad menembak Terengganu, Ahadi Othman menjelaskan bahawa pada edisi kali ini sememangnya tidak meletakkan sasaran pungutan pingat yang tinggi memandangkan pasukannya masih dalam fasa awal program pelapis atlet menembak.

“Sebenarnya kami menyasarkan momentum punggutan pingat pada edisi penganjuran SUKMA akan datang, namun dengan perkembangan semasa ini ianya memberi satu penanda aras terbaik bagi program pembangunan sukan menembak di Terengganu yang masih di peringkat fasa awal.

“Dapat menafikan beberapa negeri kuasa besar sukan menembak yang mempunyai program pembangunan dan pendedahan kejohanan yang lebih baik dari kami ianya satu bonus buat kami malah buat kontijen Terengganu juga.” berkata ketua jurulatih Ahadi Othman.

SUKMA SARAWAK 2024: ‘SELAMAT SULTAN’ BERKUMANDANG DI BUMI KENYALANG

Lihat sepenuhnya di Youtube – https://youtu.be/8YQPoUHYJ_0

Lagu negeri Terengganu ‘Selamat Sultan’ berkumandang di bumi Kenyalang sewaktu majlis perasmian perkampungan sukan SUKMA Sarawak 2024 yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2024 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Kota Samarahan.

Untuk rekod, UNIMAS yang turut dilengkapi dengan fasiliti klinik, kafe,dobi, wifi dan lain-lain kemudahan merupakan perkampungan sukan terbesar di antara 33 penempatan kontijen bertanding yang disediakan oleh tuan rumah mampu untuk menempatkan 4,800 atlet dan pegawai pasukan. Seramai 300 petugas telah ditempatkan di perkampungan sukan UNIMAS sebagai usaha untuk membantu kelancaran penganjuran temasya sukan terbesar dalam negara ini yang secara rasmi membuka tirai pada 17 Ogos sehingga 24 Ogos 2024 ini melibatkan 9 daerah di dalam negeri Sarawak sebagai venue pertandingan.

Manakala buat kontijen Terengganu telah tiba lebih awal untuk berkampung di Sarawak hadir dengan misi penting ‘Hanelang Bangkit 2024’ untuk kembali memburu juara keseluruhan dengan mempertaruhkan 568 atlet untuk berentap di dalam 36 jenis sukan yang melibatkan 340 acara yang dipertandingkan.

JUMLAH INSENTIF SUKMA KEPADA ATLET KONTIJEN TERENGGANU

Berikut adalah jumlah insentif kemenangan Sukan Malaysia(SUKMA) bagi pemenang-pemenang pingat oleh atlet kontijen Terengganu sejak edisi SUKMA Terengganu 2008 sehingga SUKMA MSN 2022.

TAHUNINSENTIF PINGAT
2008PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Sebuah motosikal kepada atlet kanu daripada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
b) RM 100,000.00 kepada Persatuan Kanu Terengganu bagi punggutan 14 pingat emas.
c) Menyertai Sukan Arafura di Australia kepada semua pemenang pingat emas.
2010PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Seutas jam dihadiahkan kepada atlet kanu Terengganu daripada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
b) Pemenang-pemenang pingat emas ditaja menyaksikan Sukan Asia di China.
2012PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Pemenang pingat emas, perak dan gangsa ditaja untuk menunaikan umrah.
2013PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00
2014PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00
2016PINGAT EMAS: RM 5000.00
PINGAT PERAK: RM 3000.00
PINGAT GANGSA: RM 2000.00

TAMBAHAN:
a) Sebuah van untuk pasukan berbasikal Terengganu.
2018PINGAT EMAS: RM 3000.00
PINGAT PERAK: RM 2000.00
PINGAT GANGSA: RM 1000.00

TAMBAHAN:
a) 2 atlet cemerlang ditaja untuk menunaikan umrah.
2022PINGAT EMAS: RM 3,500.00
PINGAT PERAK: RM 2,500.00
PINGAT GANGSA: RM 1,500.00
Perbandingan jumlah insentif Sukan Malaysia(SUKMA) yang diberikan kepada pemenang-pemenang pingat kontijen Terengganu bagi edisi penganjuran SUKMA 2008 sehingga SUKMA 2022. Kredit – Unit Korporat & Komunikasi Majlis Sukan Negeri Terengganu

INSENTIF SUKMA SARAWAK 2024: “GANJARAN LEBIH BAIK” – MB TERENGGANU

Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 membawa misi ‘Hanelang Bangkit 2024′ untuk kembali memburu selaku juara keseluruhan dengan sasaran 76 pingat emas, 36 pingat perak dan 106 pingat gangsa menghimpunkan 218 pingat keseluruhan. DARI KIRI – Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merangkap Bapa Angkap Sukan Pencak Silat Kontijen Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, Ketua Kontijen Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan) yang juga merupakan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu(UPEN) Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya.Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Kalau bersungguh bertanding dan kita menjadi juara, insyAllah ganjarannya lebih baik dari tahun yang sebelum ini.” , demikian janji yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu hadir menyampaikan amatnya kepada kontijen Terengganu sewaktu ke Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang berlangsung penuh gemilang di Wisma Darul Iman pada hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bagi edisi temasya Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024) kali ini mengambil pendekatan berbeza berbanding edisi-edisi terdahulu untuk tidak menyatakan jumlah nilai insentif yang ditawarkan namun tetap berjanji insentif itu tetap akan diberikan dan lebih baik berbanding edisi SUKMA terdahulu kepada setiap atlet yang layak.

Pasukan ragbi lelaki kontijen Terengganu SUKMA Sarawak 2024 mengambil peluang untuk bergambar bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sewaktu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Media MB Terengganu

Untuk rekod sejak 2008 sehingga edisi lalu bagi penganjuran temasya SUKMA MSN 2022, insentif terbesar pernah diberikan kepada pemenang pingat adalah sewaktu SUKMA Terengganu 2008 sehingga SUKMA Sarawak 2016 di mana ketika itu sebanyak RM 5000.00 kepada pemenang pingat emas, RM3000.00 bagi pemenang pingat perak dan RM2000.00 bagi pemenang pingat gangsa.

Bermula pada SUKMA Perak 2018 hanya sebanyak RM 3000.00 diberikan kepada pemenang pingat emas, RM 2000.00 bagi pemenang pingat perak dan RM 1000.00 bagi pemenang pingat gangsa.

Sebagai usaha untuk menyemarakkan lagi semangat juang buat setiap atlet yang bertanding di Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) nanti, Menteri Besar Terengganu ini juga memaklumkan untuk turut hadir melihat sendiri atlet mahupun pasukan negeri ini berentap di venue-venue pertandingan.

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Media MB Terengganu

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga turut berkongsi pandangan di hadapan semua atlet yang hadir ke majlis itu bahawa saingan hebat untuk kembali muncul selaku juara keseluruhan bakal dicabar hebat oleh kontijen tuan rumah itu sendiri dan juga kontijen Johor yang dilihat membuat persiapan lebih hebat berbanding edisi-edisi terdahulu.

Begitu juga kontijen seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan dilihat mampu menjadi batu penghalang buat Terengganu yang hadir dengan misi ‘Hanelang Bangkit 2024’ untuk memperbaiki pencapaian lalu setelah gagal untuk mempertahankan selaku penyandang juara keseluruhan yang dirampas oleh Johor.

Barisan atlet-atlet wanita kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 sewaktu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 31 Julai 2024. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu<

Pada SUKMA MSN 2022, kontijen Terengganu menutup tirai temasya sukan terbesar dalam negara dengan punggutan pingat 64 emas, 49 perak dan 56 gansa di belakang Johor dengan punggutan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Temasya SUKMA Sarawak 2024 edisi ke-21 ini akan membuka tirai kejuaraan bermula pada 17 Ogos nanti sehingga 24 Ogos 2024 di mana venue-venue kejohanan melibatkan keseluruhan 9 daerah dalam negeri itu yang kali terakhir menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2016.

Untuk rekod penganjuran, bagi edisi kali ini Sarawak mempertaruhkan jumlah pertandingan tertinggi dalam sejarah sejak tahun 1986 di mana menyaksikan 488 acara dari 37 jenis sukan yang dipertandingkan sekaligus mengatasi rekod penganjuran edisi lalu SUKMA MSN 2022 yang mempertaruhkan 426 acara.

NATIONAL 7S 2024: LAWATAN VENUE RASMI KEJOHANAN STADIUM RAGBI TENGKU MUHAMMAD ISMAIL


Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/YsdnMYLBcGM

Dalam usaha untuk memastikan prestij penganjuran kejuaraan Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan (National 7s 2024) mencapai penanda aras tinggi yang telah diletakkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia selaku penganjur utama, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama-sama dengan pelbagai agensi di dalam negeri ini berganding bahu untuk turut hadir melawat Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu bagi merangka perancangan yang akan dilaksanakan sebelum tirai kejohanan dibuka pada 12 Julai 2024 ini.

Wakil dari Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili oleh presidennya sendiri iaitu Amir Amri Mohamad bersama-sama sebahagian jawatan kuasa penganjuran yang dibarisi oleh pengurusan PRNT optimis dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada mahupun yang akan ditambah baik mampu untuk memberi keselesaan buat setiap pasukan bertanding.

Kejuaraan yang berlangsung selama dua hari ini bakal menghimpunkan 36 pasukan tempatan untuk berentap dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Kategori tumpuan yakni Terbuka Lelaki menyaksikan pasukan tuan rumah yang akan mempertahankan kejuaraan telah diundi bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Perak bagi Kumpulan D sebelum mara ke pusingan akhir. Terengganu juga turut berentap dalam kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun.

Sarawak merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia Timur hadir memberi saingan di mana Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak menghantar pasukan untuk memburu kejuaraan berprestij bagi edisi kali ini.

KERJASAMA ERAT PELBAGAI AGENSI BAGI PENGANJURAN NATIONAL 7S 2024

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024 melibatkan pelbagai agensi di dalam negeri ini untuk turut sama sebagai pemegang taruh penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.

Sebagai usaha untuk martabatkan negeri Terengganu Darul Iman selaku tuan rumah kejuaraan ragbi paling berprestij tanah air, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) selaku badan induk sukan ragbi kebangsaan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik bersama pemegang-pemegang taruh bagi penyelarasan serta kordinasi penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) 2024 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024 nanti.

Kertas Cadangan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2024 yang telah dibentangkan sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Tingkat 15 Wisma Darul Iman telah berlangsung mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian(Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu Puan Hajah Najihah Embong bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan Belia, Sukan & NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman sebagai usaha tuan rumah untuk menyambut kehadiran 37 pasukan bertanding yang mewakili negeri masing-masing termasuk badan beruniform.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad(kanan) yang juga turut menyandang selaku Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Izwan Ismail (tengah) sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.

Kesatuan Ragbi Malaysia yang diwakili sendiri oleh Amir Amri Mohamad selaku presiden badan induk kebangsaan yang juga Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama-sama dengan barisan pengurusan persatuan yang diwakili oleh Mohd Izwan Ismail dan Enche Mohd Amirulmukminin Sulaiman untuk membentangkan gerak kerja penganjuran kejohanan sewaktu 2 hari kejohanan itu.

Penyu Sukan – Agensi Berita Sukan Terengganu merupakan salah satu entiti media yang akan menjayakan penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.

Turur hadir bermesyuarat adalah wakil-wakil daripada pihak agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Polis Diraja Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu serta beberapa agensi lain yang turut menerima jemputan.

Dari kiri – Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga turut menyandang selaku Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pembangunan Belia, Sukan & NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman dan Setiausaha Bahagian(Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri Terengganu Puan Hajah Najihah Embong sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024.

“Satu penghormatan besar buat KRM selaku badan induk sukan ragbi kebangsaan dan PRNT sebagai ahli gabungan peringkat negeri di atas komitmen dan sokongan pemegang-pemegang taruh yang melibatkan pelbagai agensi dari dalam negeri Terengganu ini untuk turut sama menjayakan penganjuran berprestij ini sekaligus memberi penanda aras baharu untuk turut sama memartabatkan negeri Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air.

“Melalui kerjasama ini juga secara tidak langsung membuka dimensi baharu buat badan induk sukan ragbi negeri untuk mengutip pengalaman selaku penganjur kejohanan berstatus kebangsaan atau ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan badan-badan induk sukan kebangsaan di luar sana.
“Hubungan baik ini sewajarnya dikekalkan berterusan dan tidak hanya berakhir setelah tamat kejohanan nanti dan pada kesempatan ini kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih di atas komitmen yang diberikan.” ujar Presiden Kesatuan Ragi Malaysia Amir Amri Mohamad yang juga merupakan Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di tingkat 15 Wisma Darul Iman, Kuala Terenganu pada 3 Julai 2024 melibatkan pelbagai agensi di dalam negeri ini untuk turut sama sebagai pemegang taruh penganjuran ragbi paling berprestij dalam negara bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 12 sehingga 14 Julai 2024.

Pada mesyuarat ini, pemegang-pemegang taruh telah sepakat untuk memberi sokongan penuh bagi menjayakan penganjuran kejohanan ragbi berstatus kebangsaan ini.

Untuk rekod, kali terakhir Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan(National 7s) adalah pada tahun 2016 menyaksikan Terengganu muncul juara setelah menafikan Kelantan yang hadir selaku pasukan pilihan untuk berkesudahan 12-7.

LITAR BASIKAL LASAK BUKIT CHATAK DAPAT PENGIKTIRAFAN BADAN DUNIA UCI

Litar Bukit Chatak yang mendapat pengiktirafan badan basikal dunia UCI berstatus Class 2 terletak di bahu jalan raya Dungun – Kuala Terengganu berhampiran dengan Hospital Dungun yang baru dibina.

Perkembangan sukan berbasikal negeri Terengganu kini mencipta penanda aras baru setelah litar basikal lasak(MTB) Bukit Chatak yang terletak di daerah Dungun menjadi satu-satunya litar perlumbaan basikal dalam negeri ini yang mendapat pengiktirafan oleh badan induk sukan basikal dunia(UCI) untuk penganjuran perlumbaan bertaraf antarabangsa.

Litar yang berstatus Class 2 UCI ini telah dibina sejak tiga tahun lalu oleh anak jati Terengganu sepenuhnya yang juga merupakan pemegang – pemegang taruh Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun yang merupakan ahli gabungan Persatuan Lumba Basikal Terengganu(PLBT) selaku badan induk negeri.

Litar Bukit Chatak yang mendapat pengiktirafan badan basikal dunia UCI berstatus Class 2 menjadi venue perlumbaan Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024.
Litar Bukit Chatak yang mendapat pengiktirafan badan basikal dunia UCI berstatus Class 2 turut menawarkan cabaran zon pendakian yang perlu ditempuhi oleh setiap pelumba basikal lasak(MTB) sekaligus memberikan tambah nilai bagi pelumba yang dahagakan cabaran dalam perlumbaan.

Presiden Persatuan Lumba basikal Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli berkata, litar yang telah dibina sejak 3 tahun lalu di atas tanah persendirian sehingga kini menelan kos dua puluh ribu ringgit hasil sumbangan individu dan beberapa pihak badan bukan kerajaan(NGO).

Litar sepanjang 3.2km yang setanding dengan litar-litar di luar negara mempertaruhkan halangan berbukit dan berbatu di atas muka bumi semula jadi memberi tambah nilai terbaik buat setiap pelumba yang dahagakan cabaran perlumbaan berkompetitif tinggi.

Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli.

“Seperti yang kita lihat hari ini, saya amat berbangga dengan perkembangan terkini di mana sukan berbasikal Terengganu kini mencipta penanda aras baru di mana litar Bukit Chatak ini mendapat pengiktirafan oleh badan induk sukan berbasikal dunia UCI.

“Apa yang lebih membanggakan adalah litar ini adalah hasil air tangan anak Terengganu sepenuhnya di mana kami mendapat maklum balas reka bentuk litar perlumbaan basikal lasak atau MTB ini setanding dengan litar-litar ternama di luar negara. Ianya satu penghormatan yang tertinggi buat penggiat-penggiat sukan berbasikal mahupun peminat tanah air.

“Litar berstatus Class 2 UCI ini juga sudah pasti tidak akan disia-siakan sebegitu sahaja di mana akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan MTB Terengganu yang kini dalam persiapan ke temasya Sukan Malaysia SUKMA di Sarawak pada Ogos nanti.” ujar Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli yang ditemui Penyu Sukan.

Pelbagai halangan menjadi tambah nilai cabaran bagi setiap pelumba basikal lasak(MTB) di litar Bukit Chatak yang mendapat pengiktirafan badan basikal dunia UCI berstatus Class 2.


Terkini, litar Bukit Chatak ini menjadi venue rasmi bagi kejuaraan Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 telah menghimpunkan seramai 111 pelumba dari seluruh negara termasuk pelumba antarabangsa dari Filipina dan Singapura

Selain menjadi tuan rumah bagi beberapa penganjuran kebangsaan dan antarabangsa, terbinanya litar ini juga turut memberi manfaat kepada skuad MTB kontijen Terengganu yang kini dalam persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA Sarawak 2024) yang dijadualkan membuka tirai pada Ogos nanti.

Pelumba Basikal Lasak MTB Wanita Kedah Dominasi Podium Helaz Mountain Bike XCO Series Dungun 2024

Pasukan lumba basikal lasak MTB Kedah yang diketuai oleh ketua jurulatih Noor Alfizar Othman(barisan hadapan – empat dari kiri berkaca mata) dan mekanik pasukan Nursyuhaini Othman(barisan hadapan – tiga dari kanan) bersama 14 pelumba merangkumi 7 pelumba bagi kategori wanita dan 7 pelumba bagi kategori lelaki untuk beraksi di Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 di Litar Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.

Pelumba-pelumba basikal lasak MTB wanita Kedah mendominasi podium tempat pertama sehingga tempat ke-3 bagi kategori Women U23 Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 untuk menafikan 7 pelumba lain yang turut beraksi.

Ketiga-tiga pelumba wanita Kedah menyaksikan tempat pertama milik Nur Fitrah Shaari dengan catatan masa 00:42:35 manakala berjurang 00:00:01 saat milik Phi Kun A/P Pan dengan catatan 00:42:36 manakalah tempat ke-3 milik Nurul Nabilah Mohd Asri yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 00:42:36. Menambah sensasi perlumbaan, tempat ke-4 turut disandang oleh Anis Natahsa Ahmad sekaligus menjadikan kuartet pelumba Kedah ini berkedudukan 4 teratas dari keseluruhan 10 pelumba bagi kategori Women U23 ini.


Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/nSAJ_wsamYQ

Pelumba basikal lasak(MTB) wanita Kedah Nur Fitrah Shaari(basikal nombor 28) yang kini berusia 20 tahun (lahir pada 9 May 2004) mencipta sensasi perlumbaan untuk meraih dua podium di tempat pertama bagi kategori Women Elit dan Women U23 Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 di Litar Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.
Pelumba wanita Kedah Zahra Afifah Zamri raih tempat pertama dengan catatan masa 00:23:39 bagi kategori Women Youth Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 di Litar Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.

 

Pelumba wanita Kedah Alzarif Aufa Abd Rahman raih tempat ketiga dengan catatan masa 00:26:21 bagi kategori Women Youth Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 di Litar Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.

Nur Fitrah Shaari juga turut membuat kejutan untuk muncul juara bagi kategori Women Elite dengan catatan masa 01:21:23 untuk menafikan pelumba dari Filipina Shagne Paula Yaoyao yang juga merupakan juara kebangsaan Filipina sebanyak dua kali bagi disiplin perlumbaan ITT bagi tahun 2024 dan 2023.

Bagi aksi kategori Women Youth, pelumba-pelumba wanita Kedah ini sekali lagi kembali mendominasi podium di Dungun ini untuk menyaksikan Zahra Afifah Zamri meraih juara di tempat pertama dengan catatan masa 00:23:39 mencipta jurang 15 saat untuk mendahului rakan sepasukan Nur Nabila Johari dengan catatan masa 00:23:54 dan tempat ke-3 milik Alzarif Aufa Abd Rahma dengan catatan masa 00:26:21.

Rata-rata pelumba wanita Kedah ini merupakan di antara pencabar di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Sarawak 2024) pada Ogos nanti.

Ketua jurulatih basikal lasak MTB Kedah Noor Alfizar Othman(barisan hadapan – tiga dari kiri berkaca mata) dan mekanik pasukan Nursyuhaini Othman(barisan hadapan – dua dari kanan).

“Keputusan pelumba-pelumba Kedah khususnya pelumba-pelumba wanita di Dungun ini menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan sukan basikal lasak yang telah bermula sejak sekian lama.

“Bukan laluan mudah untuk setiap pelumba kami namun mereka berjaya membuktikan kemampuan masing-masing dan pada perlumbaan berstatus antarabangsa ini kita boleh lihat saingan sengit dari pelumba-pelumba tempatan mahupun dari luar negara.

“Penyertaan pelumba-pelumba wanita Kedah dalam kategori Women Elite sememangnya satu pengalaman yang amat bermakna malah kejutan Nur Fitrah Shaari meraih juara di tempat pertama bagi kategori Women Elite untuk menafikan beberapa pelumba antarabangsa merupakan satu penanda aras terbaik buat kami.

“Namun begitu kejayaan dan pejuangan ini tidak terhenti di sini sahaja di mana kami akan berusaha keras untuk memastikan pelumba-pelumba kami ini layak ke Olimpik.

“Selepas berjaya mengilap Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini layak ke Olimpik Paris 2024 pada Julai nanti bagi acara keirin dan pecut kini seterusnya sasaran saya untuk melahirkan pelumba remaja untuk ke Olimpik 2032 nanti.

“Sebenarnya sememangnya impian peribadi saya untuk melahirkan pelumba basikal lasak wanita tanah air ke pentas tertinggi paling berprestij di Olimpik.” ujar ketua jurulatih basikal lasak MTB Kedah Noor Alfizar Othman yang ditemui Penyu Sukan.

Sebanyak 4 kategori wanita menjadi taruhan Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 di Litar Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.

Litar Bukit Chatak yang mendapat pengiktirafan badan basikal dunia UCI berstatus Class 2 terletak di bahu jalan raya Dungun – Kuala Terengganu berhampiran dengan Hospital Dungun yang baru dibina.

SENARAI PELUMBA-PELUMBA BASIKAL LASAK MTB CXO KEDAH
HELAZ MOUNTAIN BIKE XCO SERIES 1 2024
LITAR BUKIT CHATAK, DUNGUN.

Pelumba basikal lasak(MTB) wanita Kedah Phi Kun Pan(basikal nombor 29) yang kini berusia 21 tahun (lahir pada 1 Jun 2003) raih tempat kedua dengan catatan masa 00:42:36 bagi kategori Women U23 Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 19 & 20 April 2024 di Litar Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.


PELUMBA WANITA

Nur Fitrah Shaari
Phi Kun Pan
Nurul Nabilah Mohd Asri
Anis Natasha Ahmad
Zahra Afifah Zamri
Nur Nabila Johari
Alzarif Aufa Abd Rahman

PELUMBA LELAKI
Muhammad Aiman Supri
Ammar Yasir
Muhammad Amer Khuzainifahmi Mohd Farid
Muhammad Azim Azahari
Muhammad Danial Zharfan Mahathir
Mohd Danial Mohd Rizuan
Razin Danish Mohamad Rizuaden

KEPUTUSAN PENUH HELAZ MOUNTAIN BIKE XCO SERIES 1 2024

Keputusan Women U23 Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Women Youth Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Women Elite Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Women Junior Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Men Youth Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Men U23 Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Men Master A Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Men Master B Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Men Elite Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024
Keputusan Men Junior Helaz Mountain Bike XCO Series 1 2024

X

Bekas Atlet Olimpik Wendy Ng Yan Yee Umum Bersara

Bekas Atlet Olimpik Wendy Ng Yan Yee Umum Bersara. Kredit – https://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia

Setelah 20 tahun bergelar atlet terjun sehingga membuat penampilah di pentas tertinggi sukan dunia iaitu Olimpik, Wendy Ng Yan Yee telah mengumumkan secara rasmi untuk bersara secara kompetitif di dalam sukan terjun ini.

Pengumuman yang disiarkan dalam bentuk video di platform media sosial Instagram miliknya “ngyanyee93” pada 16 April 2024 itu menzahirkan tanda terima kasih kepada pemegang-pemegang taruh sukan tanah air termasuk kepada kedua-dua ibu bapanya sendiri.

Kredit – https://www.instagram.com/ngyanyee93

Lihat video sepenuhnya di – https://www.instagram.com/p/C5xee12ya46

Wendy Ng Yan Yee yang kini berusia 30 tahun membuat penampilan sulung di pentas Olimpik pada edisi 2012 di London dan seterusnya pada tahun 2016 di Rio de Janeiro dan di Tokyo pada tahun 2020.

Wendy juga terdahulu cukup cemerlang di pentas Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA sepanjang 20 tahun memerah keringat sebagai atlet negara.

Terengganu Kekal Destinasi Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan

Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) bermula 25 Ogos hingga 28 Ogos 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kemudahan fasiliti Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan yang mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Fasiliti kemudahan sukan lawn bowls bertaraf antarabangsa di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus kekal menjadi destinasi pilihan buat badan induk kebangsaan sukan ini untuk menganjurkan kejohanan bertaraf tinggi. Sebanyak lima kejohanan bertaraf kebangsaan bakal berlangsung di mana satu kejohanan liga peringkat zon, dua kejohanan peringkat umur dan dua kejohanan terbuka akan menjadi taruhan.

Program latihan pasukan lawn bowls Terengganu berpusat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus yang diketuai oleh ketua jurulatih Zulkepli Abd Wahab dan dibantu tiga lagi pembantu jurulatih.
Program latihan pasukan lawn bowls Terengganu berpusat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus yang diketuai oleh ketua jurulatih Zulkepli Abd Wahab dan dibantu tiga lagi pembantu jurulatih.

Menurut takwim kalendar kejohanan bagi tahun 2024 yang telah dikeluarkan oleh Federasi Lawn Bowls Malaysia(MLBF) selaku badan induk sukan lawn bowls negara, Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi lima kejohanan iaitu Liga MLBF Bowls(Zon Pantai Timur) pada 21 Februari sehingga 24 Februari 2024, Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan pada 25 Februari sehingga 28 Februari 2024, kejohanan Terbuka Fours yang dijadualkan berlangsung pada 22 May sehingga 26 May 2024, kejohanan Terbuka Triples pada 24 Oktober sehingga 27 Oktober 2024, kejohanan Bawah 25 Tahun Kebangsaan pada 6 September sehingga 10 September 2024 dan penganjuran terakhir buat Terengganu adalah kejohanan Terbuka Triples yang bakal berlangsung pada 24 Oktober sehingga 27 Oktober 2024 ini.

Bagi tahun 2024 ini seperti mana takwin kalendar kejohanan yang dikeluarkan oleh MLBF pada 4 Januari 2024, sebanyak 43 kejohanan akan berlangsung dalam negara dan dua kejohanan dunia bakal menjadi tumpuan iaitu Kejohanan Dunia ‘Bowls Indoor’ yang dijadualkan pada 21 April sehingga 27 April 2024 bertempat di Guernsey, Kepulauan British(Channel Islands, British Isles) dan Kejohanan Dunia Juara-Juara Bowls pada 25 November sehingga 30 November 2024 di New Zealand.

SENARAI KEJOHANAN LAWN BOWLS 2024
(Penganjuran di dalam Terengganu sahaja)

21-24 FEB 2024
Liga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF Bowls) Zon Pantai Timur

25-28 FEB 2024
Kejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

22-26 MEI 2024
Kejohanan Lawn Bowls Terbuka Fours

6-10 SEPT 2024
Kejohanan Lawn Bowls Bawah 25 Tahun Kebangsaan

24-17 OKT 2024
Kejohanan Lawn Bowls Terbuka Triples

Lain – lain kejohanan sila rujuk:

Kredit – https://www.facebook.com/bowlsmalaysia
Kredit – https://www.facebook.com/bowlsmalaysia

Penyertaan Antarabangsa Beri Tambah Nilai Skuad Pelayaran Tempatan

Penyertaan antarabangsa memberi tambah nilai buat skuad pelayaran tempatan khususnya skuad pelayaran Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia.

Cabaran perlumbaan sukan pelayaran sewaktu situasi cuaca tidak menentu monsoon timur laut atau musim tengkujuh di perairan negeri Terengganu ketika ini memberi tambah nilai terbaik buat penganjur Terengganu Monsoon Challenge 2023(TMC 2023) untuk menerima penyertaan antarabangsa dari negara Thailand, Singapura dan India sekaligus menjadi penanda aras baharu buat penganjur sejak pertama kali diadakan pada tahun 2017.

Singapura mendominasi penyertaan dari luar negara terbesar dengan mempertaruhkan 7 pelayar diikuti 3 pelayara dari Thailand dan seorang pelayar muda dari India sekaligus menghimpunkan keseluruhan penyertaan seramai 192 pelumba untuk berentap selama empat hari yang berakhir pada 31 Disember 2023 di perairan Duyong Marina Resort, Kuala Nerus, Terengganu.

Cabaran perlumbaan sukan pelayaran sewaktu situasi cuaca tidak menentu monsoon timur laut atau musim tengkujuh di perairan negeri Terengganu ketika ini memberi tambah nilai terbaik buat penganjur Terengganu Monsoon Challenge 2023(TMC 2023)
Terengganu Monsoon Cup 2023 berlangsung selama 4 hari bermula 28 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Nerus, Terengganu mempertaruhkan 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Optimist Senior Fleet, Optimist Junior Fleet, Int 420 Fleet, ILCA Fleet, RS One Fleet, Techno 293 Fleet, Junior Rig Fleet, RC IOM Fleet, Byte CII Fleet dan termasuk kategori bot Hansa yang dipertaruhkan bagi atlet orang kelainan upaya(Para) yang mula mendapat perhatian untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebanyak 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Optimist Senior Fleet, Optimist Junior Fleet, Int 420 Fleet, ILCA Fleet, RS One Fleet, Techno 293 Fleet, Junior Rig Fleet, RC IOM Fleet, Byte C2 Fleet dan termasuk kategori bot Hansa yang dipertaruhkan bagi atlet orang kelainan upaya(Para) sebagai pendedahan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Mengulas lanjut oleh Presiden Persatuan Pelayaran Terengganu selaku penganjur, Ibni Amin Busu menyifatkan sambutan penyertaan dari luar negara ini bagi penganjuran bertaraf domestik seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap pelumba perahu layar tanah air sekaligus memberi indikasi yang baik buat setiap pemegang taruh – pemegang taruh sukan perahu layar ini termasuk Persatuan Pelayaran Malaysia(MSA) selaku badan induk kebangsaan.

Presiden Persatuan Pelayaran Terengganu Ibni Amin Busu

“Kehadiran pelumba-pelumba pelayaran antarabangsa untuk turut sama beraksi di perairan Terengganu memberi kelebihan yang amat besar khususnya menambah cabaran secara kompetitif buat pelumba-pelumba tempatan dari pelbagai negeri dalam negara yang turut menyertai kejohanan ini dan tidak hanya memberi pengalaman berharga buat pelumba-pelumba dari Terengganu sekali pasukan tuan rumah.

“Pendedahan sedemikian sudah tentu memberi pengalaman yang berkualiti khususnya buat pasukan yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA 2024 di Sarawak nanti di mana skuad pelayaran Terengganu dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan setelah mendominasi podium pada SUKMA 2022 yang lalu di Langkawi.

“Umumnya pelayar-pelayar antarabangsa ini sinonim untuk menyertai kejohanan-kejohanan lebih besar yang sering kali di adakan di pulau Langkawi, Kedah. Hasil maklum balas yang diterima daripada pasukan-pasukan bertanding memberi gambaran kehadiran mereka di sini untuk meraih pengalaman yang lebih mencabar sewaktu musim tengkujuh ini.

Pelayar pasukan tuan rumah MSNT-TSA Asmadi Azman(kanan) muncul juara perlumbaan perahu layar Terengganu Monsoon Cup 2023 bagi kategori ILCA 6 yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 28 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023 di perairan Duyong Marina Resort, Kuala Nerus, Terengganu.

“Walaupun pasukan tuan rumah mendominasi podium mengikut kategori yang dipertandingkan, namun saingan sengit dicabar hebat oleh pelayar-pelayar antarabangsa yang turut menaiki podium memberi gambaran lebih banyak lagi pendedahan kejohanan berkualiti perlu disertai oleh pelayar-pelayar tanah air untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi khususnya bagi persediaan di Sukan SEA yang akan membuka tirai pada tahun 2025 nanti di Thailand.” ujar beliau juga juga merupakan mantan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu yang telah bersara pada empat tahun lalu.

Aksika Chantarawinij selaku pengurus pasukan Royal Thai Fleet Yatch Club yang menghantar tiga pelayar untuk berentap di Terengganu Monsoon Cup 2023 yang berlangsung selama 4 hari bermula 28 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Nerus, Terengganu.

Manakala buat Aksika Chantarawinij selaku pengurus pasukan Royal Thai Fleet Yatch Club yang berpangkalan di Pattaya, Thailand  sanggup menempuh perjalanan sejauh 1,510 km melalui penerbangan antarabangsa untuk mempertaruhkan tiga pelayar muda mereka yang kini dalam persiapan untuk menyertai kem kebangsaan negara Gajah Putih itu.

“Ianya satu pengalaman dan cabaran yang amat berbeza buat pasukan kami dan sememangnya kali telah merancang sejak sekian lama untuk beraksi di sini. Situasi cuaca tidak menentu dan juga untuk menongkah arus deras yang sentiasa berubah memberi cabaran secara teknikal memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikan bot lumba kami di mana cabaran ini sukar untuk kami hadapi di negara kami.

“Perkembangan sukan pelayaran di Thailand khususnya untuk mendapat slot bagi mewakili negara kami amat kompetitif khususnya buat pelayar-pelayar muda yang terpaksa bersaing sesama mereka dalam kelompok yang besar. Oleh itu untuk menempuh perjalanan sejauh ini ke sini ianya satu pelaburan besar dan amat bermakna buat kami selaku kelab yang berpangkalan di Pattaya untuk menempatkan pelayar-pelayar muda kami di dalam kem kebangsaan Thailand.” jelas nya lagi.

Terengganu Monsoon Cup 2023 berlangsung selama 4 hari bermula 28 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023 bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Nerus, Terengganu mempertaruhkan 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Optimist Senior Fleet, Optimist Junior Fleet, Int 420 Fleet, ILCA Fleet, RS One Fleet, Techno 293 Fleet, Junior Rig Fleet, RC IOM Fleet, Byte CII Fleet dan termasuk kategori bot Hansa yang dipertaruhkan bagi atlet orang kelainan upaya(Para) yang mula mendapat perhatian untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Berbeza buat pelayar dari India dan Singapura yang hadir di atas sokongan perbelanjaan ibu bapa mereka sepenuhnya demi memenuhi impian mereka untuk mewakili negara masing-masing ke pentas antarabangsa bagi bergelar atlet sukan profesional di dalam sukan pelayaran ini.

Program Infak Mohon Sumbangan Kepada Pelumba Cilik Qabil Irfan Azlan Ke Pentas Dunia

Penyu Sukan bersama-sama beberapa entiti rakan media di dalam Terengganu menganjurkan program infak cuci kubur sebagai usaha untuk mencari sumbangan dana bagi pelumba cilik Qabil Irfan Azlan yang akan berentap di pentas dunia kejuaraan FIM MiniGP World Series di Valencia, Sepanyol pada 19 November sehingga 23 November 2023 nanti.

Penyu Sukan bersama beberapa entiti lain akan turut serta untuk menyertai program membersih kubur Jalan Pusara(Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu) yang akan bermula seawal jam 0900 pagi(11 November 2023) sebagai salah satu usaha untuk mencari sumbangan bagi pelumba cilik anak Terengganu – Qabil Irfan Azlan untuk berentap di pentas dunia FIM MINIGP WORLD SERIES 2023 di Valencia, Sepanyal yang akan berlangsung pada 19 sehingga 23 November 2023 ini.

Semua dijemput untuk turut sama bergotong royong membersih kubur Jalan Pusara, Kuala Terengganu di mana Penyu Sukan menyediakan 10 liter petrol dan tali mesin rumput kepada sesiapa yang hadir dengan mesin rumput.

 

Sebarang sumbangan wang tunai mohon disampaikan kepada bapa Qabil Irfan (017-952 1002 / https://www.facebook.com/lan.jawa.54) ke akaun:

𝗕𝗮𝗻𝗸: 𝗖𝗜𝗠𝗕
𝗡𝗼. 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: 𝟳𝟲𝟭𝟲 𝟮𝟴𝟴𝟲 𝟮𝟬
𝗣𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮: 𝗔𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻

Apa termampu dari kami untuk memberi sokongan kepada pelumba cilik Qabil Irfan Azlan yang membawa nama Terengganu ke pentas dunia!

SUKMA Sarawak 2024: Kem Silat Terengganu Siap Awal

Gelanggang silat di Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kompleks Sukan Negeri Terengganu menjadi gelanggan latihan rasmi buat pesilat-pesilat yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2024) di Sarawak yang dijadualkan pada Ogos tahun hadapan.

Penyandang juara keseluruhan silat di pentas temasya edisi lalu Sukan Malaysia(SUKMA 2023 Kuala Lumpur) setelah skuad silat Terengganu meraih 5 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa untuk membuat kejutan buat kem Terengganu Hanelang yang meletakkan sasaran awal hanya sebanyak 3 pingat emas pada temasya sukan terbesar dalam negara.

Perkembangan ini ternyata meletakkan kembali Terengganu ke penanda aras sebenar selaku kuasa besar di arena persilatan tanah air setelah suram pada edisi-edisi penganjuran temasya SUKMA terdahulu.

Namun skuad silat Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Shahrul Fahmi Abu Bakar enggan mendabik dada malah memberi dorongan pesilat-pesilatnya agar bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan sekaligus menghantar isyarat awal kepada negeri-negeri pesaing lain seperti Pahang dan Pulau Pinang yang sering mendominasi podium  di pentas SUKMA mahupun kejohanan-kejohanan silat peringkat kebangsaan.

Skuad silat Terengganu yang dibawah kendalian ketua jurulatih Shahrul Fahmi Abu Bakar(tengah) telah dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi acara silat pada penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022 Kuala Lumpur) lalu.

“Pada tahun ini kita membuat persiapan lebih awal di mana pemilihan atlet untuk kem persiapan ke SUKMA 2024 telah dilakukan sejak Disember lepas. Kini kita telah memasuki fasa dua program latihan berintensiti tinggi di mana kita akan melalukan beberapa penilaian akhir untuk pemilihan atlet yang berkualiti untuk digilap sepenuhnya pada fasa akhir program latihan yang dijadualkan pada tahun hadapan.

“Kita juga turut melatih pesilat-pesilat ini untuk beraksi lebih dari satu kategori yang dipertandingkan sebagai usaha untuk memberi peluang yang lebih besar untuk kami menaiki podium nanti. Begitu juga pada tahun depan, insyAllah jika tiada sebarang halangan kami akan menghantar pesilat-pesilat kami untuk menjalani latihan sama ada di Indonesia atau Thailand di samping menyertai beberapa pertandingan di sana nanti.

“Tidak dinafikan Pahang dan Pulau Pinang merupakan di antara kuasa-kuasa besar bagi acara silat yang sering mendominasi podium di pentas SUKMA, begitu juga dengan pasukan tuan rumah yang turut telah membuat persiapan awal untuk memburu juara keseluruhan nanti dan beberapa lain-lain negeri yang kita boleh lihat mula memberi saingan di beberapa kejohanan dalam negara ketika ini.”, ujar Shahrul Fahmi Abu Bakar.

Shahrul Fahmi Abu Bakar yang juga turut dibantu oleh beberapa bekas-bekas pesilat kebangsaan yang juga anak jati Terengganu seperti Ahmad Khusairy Azhar, Wan Izzaidi Wan Ismail dan Mohd Hafiz Mahari kini kembali untuk menabur bakti di bumi kelahiran sendiri untuk kembali mengangkat martabat Terengganu selaku kuasa besar sukan silat ini.

Selain memfokuskan program-program latihan berintensiti tinggi, skuad silat Terengganu ini juga menyasarkan podium sebanyak mungkin pada tahun ini untuk menyertai setiap kejohanan-kejohanan berstatus kebangsaan mahupun sebarang penyertaan di peringkat lebih tinggi lagi sebagai pendedahan yang berkualiti buat setiap pesilat.

Hala tuju terkini ini secara tidak langsung memberi harapan cerah untuk kembali meletakkan kem silat Terengganu setanding bersama Pahang dan Pulau Pinang yang sering mendominasi podium di pentas SUKMA. Pesilat-pesilat Terengganu juga dijangka bakal menerima tentangan sengit dari tuan rumah Sarawak yang turut telah membuat persiapan awal untuk memburu juara keseluruhan nanti.

Sasar 2500 Peserta TSG Shimano Fellowship Ride 2023

TSG Shimano Fellowship Ride 2023 menawarkan kayuhan sejauh 85km sehingga 110km bermula di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 2 September 2023.

Program berbasikal dengan kayuhan santai berkonsepkan ‘fun ride’ terbesar di dalam negeri Terengganu, TSG Shimano Fellowship Ride 2023 yang kini memasuki edisi penganjuran kali ke-4 dijadualkan berlangsung pada 2 September 2023 bertempat di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Tumpuan utama penganjuran yang menyasarkan 2,500 peserta sudah pasti untuk turut sama berkayuh bersama pasukan terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) untuk kayuhan sejauh 85km sehingga 110km mengikut kategori yang disertai.

Turut berlangsung nanti adalah acara cabutan bertuah yang bakal menjadi tumpuan adalah sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal, wang tunai, telefon pintar, basikal, barangan kemas dan banyak lagi.

Sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi:

019 – 291 2528 (TSG Station)

tpct.tsg.corp@gmail.com

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH 15 JULAI 2023

Kejuaraan Dunia Menanti Skuad Pelayaran Para Terengganu

Barisan atlet para pelayaran bot Hansaa Access 2.3 yang kini menanti peluang untuk beraksi di pentas kejuaraan dunia Sailing World Championship The Hauge 2023.

Skuad pelayaran Para Terengganu yang telah memulakan program latihan sejak setahun lalu kini mula mendapat perhatian badan induk dunia (World Sailing) untuk mewakili negara bagi berentap ke pentas yang lebih tinggi.

Terkini, skuad sukan pelayaran bagi orang kelainan upaya ini mendapat slot untuk beraksi di  Kejuaran Dunia Pelayaran (Sailing World Championship The Hauge 2023) yang dijadualkan untuk berlangsung di Netherlands pada Ogos ini.

Atlet pelayaran kurang upaya Wan Muhammad ‘Adli Wan Mohd Razin(kiri) yang berkerusi roda sewaktu membuat penyelenggaraan bot Hansaa Access 2.3 di Pusat Latihan Sukan Pelayaran Terengganu, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Namun kekangan penajaan bagi menampung perbelanjaan pasukan dilihat menjadi cabaran pertama yang perlu diselesaikan oleh kem pelayaran Para ini.

Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu yang merupakan mantan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibnu Busu menjelaskan fokus sepenuhnya perlu diberikan pada pembangunan sukan Para tanah air  yang dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah dan terbukti buat Malaysia untuk muncul kuasa besar sukan para di pentas dunia mahupun Olimpik.

Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu Ibni Amin Busu yang ditemu ramah oleh PenyuSukan.com yang turut hadir ke sambutan Aidilfitri semperna majlis penutup siri ke-3 perlumbaan Terengganu Sailing Team Weeks yang telah berlangsung di Tangjung Gelam, Mengabang Telipot di dalam daerah Kuala Nerus pada 20 Mei 2023.


“Pertamanya saya bagi pihak Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu dan juga kerajaan negeri Terengganu kita berasa bangga kerana atlet kita .. atlet OKU kita telah layak untuk bertanding ke peringkat antarabangsa.

“Di sini saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Perahu Layar Kebangsaan kerana telah memberi satu slot kepada atlet Terengganu untuk peluang bertanding di Netherlands nanti. Terengganu kini memberi fokus pada program pembangunan sukan perahu layar melibatkan atlet-atlet kurang upaya di mana kami melihat kategori ini mempunyai prospek untuk menyumbang pingat buat Terengganu mahupun negara di kejohanan antarabangsa.

Terengganu Sailing Team Race Week siri tiga yang telah berlangsung di Tangjung Gelam, Mengabang Telipot di dalam daerah Kuala Nerus.

“Cumanya persatuan kita ini merupakan persatuan baru yang baru ditubuhkan kembali oleh kerana pendaftaran persatuan terdahulu telah terbatal. Jadi kita sekarang ini dalam usaha untuk mencari dana untuk menghantar seorang atlet dan seorang jurulatih untuk bersama-sama di kejuaraan dunia di sana nanti.

“Kita harus berdoa agar kita dapat mencari dana tersebut supaya atlet kita dapat bertanding, satu kejuaraan yang tertinggi bagi atlet OKU kerana kita dalam usaha pembangunan sukan para pelayaran ini.”, ujar Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu Ibni Amin Busu kepada PenyuSukan.com

Beliau yang ditemui sewaktu majlis sambutan hari raya Aidilfitri sekaligus menutup tirai Kejohanan Liga Layar Terengganu Siri 3 yang telah berlangsung di Tanjung Gelam, Kuala Nerus.

Pada kejohanan itu juga turut dipertandingkan adalah perlumbaan melibatkan bot bagi kategori Hansa Access 2.3 di mana merupakan acara pelibatan atlet-atlet orang kurang upaya(OKU) di negeri ini.

Akademi Ragbi Terengganu Kini Bertapak Di SMK Belara

Seramai 13 pelatih telah berjaya untuk diterima bagi kelompok pengambilan pertama ART bagi tahun ini setelah melepasi program pemilihan yang telah diadakan pada awal tahun ini sekaligus melengkapkan keseluruhan seramai 45 pelatih yang kini mengikuti program sepenuh masa di akademi ini.

Akademi Ragbi Terengganu(ART) yang kini berusia 9 tahun penubuhan setelah diwujudkan sejak 2014 sebagai platform melahirkan atlet-atlet sukan ragbi berkualiti seawal usia di bangku sekolah kini mengorak langkah dengan menambah pusat latihan baru bertempat di SMK Belara, Kuala Terengganu sebagai usaha untuk menampung permintaan yang kian meningkat.

SMK Belara yang terletak di dalam mukim Manir kira-kira 8km dari pusat bandar raya Kuala Terengganu merupakan sebuah sekolah menengah harian yang turut mempunyai prasarana asrama berkapasiti 300 pelajar beserta padang yang luas menjadi pilihan terbaik bagi penempatan atlet-atlet sukan ragbi yang juga merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah itu.

Pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu yang berusia 13 tahun melaporkan diri bersama keluarga di asrama SMK Belara, Kuala Terengganu bagi program pembangunan ragbi negeri Terengganu untuk ambilan pertama bagi tahun ini.

Seramai 13 pelatih telah berjaya untuk diterima bagi kelompok pengambilan pertama ART bagi tahun ini setelah melepasi program pemilihan yang telah diadakan pada awal tahun ini sekaligus melengkapkan keseluruhan seramai 45 pelatih yang kini mengikuti program sepenuh masa di akademi ini. Untuk rekod, terdahulu pusat latihan pertama ART adalah berpusat di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu di mana sehingga kini masih menempatkan pelatih-pelatih senior seramai 32 yang juga merupakan pelajar sekolah itu.

Mohd Nazri Mohd Ramli(kiri) bersama anaknya sewaktu mendaftar masuk ke Akademi Ragbi Terengganu bertempat di SMK Belara, Kuala Terengganu pada 6 Jun 2023.

“Alhamdullilah, pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Akademi Ragbi Terengganu kerana menerima anak saya sebagai pelatih bagi tahun 2023 ini. Selain anak saya yang sememangnya meminati sukan ragbi sejak bangku sekolah rendah, saya sebagai bapa berasa amat berbangga kerana akademi ini juga turut menekankan pembelajaran di dalam kelas sekaligus memberi pendedahan yang seimbang buat pelajar sukan di sekolah ini. Kombinasi pencapaian sukan dan pelajaran yang seiring adalah penting bagi membina keperibadian dan disiplin bagi mereka yang masih diusia muda ini sekaligus membina perwatakan mereka di masa hadapan.

Senarai nama pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan pertama 2023 yang berpusat di SMK Belara, Kuala Terengganu.

“Walaupun SMK Belara ini hanya sebuah sekolah menengah kebangsaan harian biasa bukan berstatus sekolah berasrama penuh mahupun sekolah sukan negeri namun dengan fasiliti asrama yang disediakan yang dilihat lebih baik berbanding waktu persekolahan saya dahulu juga saya yakin generasi pelajar masa kini adalah lebih beruntung jika dibandingkan pada generasi terdahulu.”, ujar Mohd Nazri Mohd Ramli selaku bapa kepada pelatih akademi ini.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad sewaktu turut hadir ke majlis kemasukkan pelatih Akademi Ragbi Terengganu ke asrama SMK Belara, Kuala Terengganu pada 6 Jun 2023.

“Penubuhan pusat latihan Akademi Ragbi Terengganu yang kedua ini memberi penanda aras baharu bagi program pembangunan sukan ragbi dari peringkat akar umbi di negeri ini khususnya melibatkan pelajar-pelajar sekolah sekaligus melengkapkan ekosistem program pembangunan yang telah dirangka oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) selaku pemegang taruh utama sukan ragbi di peringkat negeri.

“Selain PRNT, turut sama menjadi pemegang taruh penubuhan akademi ini sejak 2014 adalah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang turut sama menggembleng melalui sokongan dan kemudahan memasing bagi memain peranan dalam usaha untuk memartabatkan sukan ragbi ini di peringkat negeri ini.

“Selain membekalkan tenaga jurulatih-jurulatih berkualiti dan berpengalaman besar di pentas antarabangsa untuk program di akademi ini, PRNT juga turut akan menyumbang beberapa keperluan yang diperlukan oleh pasukan ragbi ini termasuk membantu menyediakan guru tuisyen bagi kelas pembelajaran tambahan untuk memastikan kebajikan akademik pelatih-pelatih di sini terjaga sekaligus untuk membantu dalam pencapaian akademik masing-masing.”, ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad.

Pengerusi Teknik Ragbi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu – Mohd Fadzli Yusof sewaktu menerima kehadiran pelatih Akademi Ragbi Terengganu ke asrama SMK Belara, Kuala Terengganu pada 6 Jun 2023.

“Setelah 9 tahun penubuhan Akademi Ragbi Terengganu, penubuhan pusat latihan kedua di SMK Belara ini menjadi penanda aras baharu pencapaian bagi melahirkan pemain-pemain ragbi berkualiti yang terdiri dari anak jati Terengganu itu sendiri di mana kita boleh melihat ada di kalangan mereka mendapat tempat di dalam pasukan remaja kebangsaan sama ada di peringkat Sekolah Sukan Malaysia mahupun di institut-institut pengajian tinggi.

“Jesteru dengan penubuhan pusat latihan kedua ini yang terletak di kawasan luar bandar ini dilihat mampu memberi impak positif kepada sekolah itu sendiri khususnya bagi pembangunan sahsiah di kalangan pelajar-pelajar sekolah ini sekaligus membudayakan aktiviti bersukan yang selama ini hanya tertumpu di sekolah-sekolah berhampiran bandar sahaja. Hasrat ini sekaligus menjadi pemangkin bagi program ‘1 Murid 1 Sukan’ yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.”, berkata Pengerusi Teknik Ragbi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Mohd Fadzli Yusof yang ditemui PenyuSukan.com

Sehingga kini pencapaian yang paling membanggakan bagi produk kelahiran akademi ragbi ini adalah dua bekas pelatih iaitu Muhammad Isma Iskandar Mohd Zali dan Muhammad Hafizul Faiz Mohd Lutfi telah terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan di pentas Kejohanan Ragbi Asia U18 di Katmandu, Nepal pada akhir tahun lalu.

Kedua-dua pemain ragbi anak jati negeri Terengganu ini juga turut aktif mewakili beberapa pasukan profesional di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa antaranya yang baru melabuhkan tirai penganjuran adalah Kejohanan Antarabangsa Borneo 7s di Sandakan, Sabah pada Mac tahun ini. Manakala bagi lain-lain pelatih turut berjaya menempatkan diri di Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan beberapa institusi pengajian tinggi dalam negara.

Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang mampu menempatkan 300 pelajar kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.
Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.
Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.
Asrama SMK Belara, Kuala Terengganu yang kini menjadi penginapan bagi pelatih-pelatih Akademi Ragbi Terengganu bagi ambilan 2023 yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT), Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) merupakan pemegang-pemegang taruh bagi program pembangunan sukan ragbi yang dijalankan secara sepenuh masa ini sekaligus menjadi tambah nilai terbaik bagi objektif program ‘1 Murid 1 Sukan’ yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kemenjadian murid yang seimbang di dalam pencapaian akademik dan sukan memberi penanda aras terbaik dari segi pembangunan sahsiah buat sekolah itu sendiri.

Majlis Jalinan Mesra Bersama Exco Sukan Negeri Terengganu

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS JALINAN MESRA BERSAMA YB PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BELIA, SUKAN & NGO NEGERI TERENGGANU

Majlis Jalinan Mesra Bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu ini diadakan pada 9 Mei 2023, jam 11.30 pagi bertempat di Gelanggang Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YB Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu. Dianggarkan seramai lebih 1,000 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir negeri, wakil-wakil jabatan serta para atlet dan penggiat sukan negeri menghadirkan diri ke majlis ini.

Dalam majlis ini juga turut diadakan penyerahan insentif Skim Wakil Negara (SWARA) daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh YB Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu dan diserahkan kepada Encik Ahmad Shahrizal bin Yahaya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu yang berjumlah RM 52,000.00 keseluruhan. Seramai 52 orang atlet dan pegawai (34 orang atlet lelaki, 10 orang atlet wanita, 7 orang Jurulatih dan 1 orang Pegawai Teknikal) daripada 16 jenis sukan telah disahkan terpilih mewakili Malaysia dan Negeri Terengganu ke Temasya Sukan SEA 2023 Kemboja yang telah membuka tirainya pada 5 Mei lalu sehingga 17 Mei 2023.

MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU
9 MEI 2023

X