6 Pelumba TSG Taruhan LTdL 2022

6 pelumba Terengganu Polygon Cyling Team(TSG) menjadi taruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 edisi ke-26 untuk jarak kayuhan keseluruhan sejauh 1096.9km melibatkan 8 peringkat cabaran yang akan berakhir di Pulau Langkawi pada 18 Oktober 2022.

Perlumbaan berbasikal paling berprestij dalam negara yang kini memasuki edisi penganjuran ke-26 Le Tour de Langkawi(LTdL) kembali menjadi tumpuan buat gergasi sukan berbasikal Asia yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) untuk turut memberi cabaran kepada pasukan-pasukan ternama antarabangsa yang akan memulakan kayuhan pada 11 Oktober ini.

Mohd Harrif Saleh, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff, Anatolii Budiak, Metkel Eyob Teweldeberhan, Jambaljamtsz Sainbayar dan Youcef Reguigui merupakan 6 pelumba yang menjadi percaturan misi masing-masing buat TSG di pentas LTDL ini. Selain pelumba profilik TSG Mohd Harrif Saleh, sudah pasti tumpuan juga terarah kepada Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff yang telah dinobatkan sebagai ‘Raja Bukit’ pada edisi lalu sewaktu bersama pasukan Team Sapura Cycling(TSC) pada ketika itu.

Kejayaan ini meletakkan anak jati Setiu Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff ini juga menjadi pelumba tempatan yang kedua pernah menyarung jersi merah selaku ‘Raja Bukit’ di pentas LTdL sepanjang 25 tahun penganjuran ketika itu. Menambah menarik, sebelum itu juga anak Terengganu yang juga pelumba TSG Nur Amirul Fakruddin berjaya memecah dominasi selaku pelumba tempatan pertama dinobatkan sebagai ‘Raja Bukit’ pada edisi penganjuran LTdL 2017 lalu.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Pro-Asia Cyling Team Nasiruddin Wan Idrus

“Saingan Le Tour de Langkawi pada tahun ini amat sengit seperti mana yang diketahui bakal disertai oleh pasukan-pasukan ternama dari seluruh dunia. Hanya tiga pasukan dari tuan rumah iaitu TSG, Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan. Mohd Harrif Saleh, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 4 pelumba TSG menjadi taruhan bagi musim ini.

Aiman Zariff menjadi pelumba terakhir yang menempah slot ke LTdL bersama pasukan setelah menunjukkan prestasi yang baik setelah meraih dua podium dari tiga podium yang dinaiki pada Tour of Azerbaijan di Iran baru-baru ini

Pada LTdL kali ini, sebanyak 5 peringkat menawarkan cabaran pendakian dari 8 peringkat cabaran keseluruhan. TSG meletakkan sasaran satu podium dan seorang pelumba untuk meraih sebarang jersi cabaran kali ini. Sasaran yang diletakkan ini agak rasional dengan persiapan pasukan dan juga cabaran dari pasukan-pasukan yang bertanding.

Penyertaan kali ini daripada pasukan-pasukan Jelajah Dunia dan Pro Benua bakal menjadi cabaran sengit buat pasukan walaupun rata-rata pelumba TSG pernah bersaing dengan mereka dalam beberapa perlumbaan siri jelajah sebelum ini.” jelas Ketua Operasi Terengganu Polygon Cycling Team Nasiruddin Wan Idrus yang ditemui oleh PenyuSukan.

Bagi edisi penganjuran kali ini menawarkan cabaran kayuhan sejauh 1096.9km keseluruhan melibatkan 8 peringkat cabaran yang akan bermula dari ibu kota Kuala Lumpur untuk peringkat pertama sebelum melabuhkan tirai perlumbaan di Gunung Raya, Langkawi pada 17 Oktober nanti.

Menambah prestij penganjuran pada edisi kali ini, sebanyak 6 pasukan berstatus Jelajah Dunia iaitu UAE Team Emirates dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education-EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan dari Kazakhstan telah mengesahkan penyertaan. Manakala dua pasukan bertaraf Pro Benua iaitu Alpecin-Deceuninck dan UNO X Pro Cycling juga turut hadir untuk memburu kejuaraan kali ini.

Untuk rekod, kali terakhir penganjuran LTdL adalah pada tahun 2020 bagi edisi ke-25 sebelum tertangguh berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sewaktu pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.Pada perlumbaan edisi ke-25 ini, pelumba Mohd Harrif Saleh mencipta kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba Asia pertama yang memenangi 3 peringkat cabaran di pentas LTdL.

TSG Terima Penajaan Bas Untuk Tempoh 2 Tahun

Dari kiri – Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team merangkap Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil(terselindung), Pengurus Operasi KM Niaga Enterprise Azlinuddin Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Hishamuddin Abdul Karim sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bas yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 4 Oktober 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

Gergasi pasukan berbasikal Asia yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) mencipta penanda aras baru dalam usaha untuk memperkukuhkan jenama pasukan berbasikal bertaraf antarabangsa setelah menerima penajaan bas sebagai kenderaan rasmi pasukan ini.

Pada satu majlis ringkas bertempat di Wisma Darul Iman, gimik penyerahan bas dua tingkat itu telah disampaikan oleh pihak penaja yang disempurnakan oleh Pengurus Operasi KM Niaga Enterprise Azlinuddin Salleh kepada Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team yang merupakan pemegang taruh utama pasukan lumba basikal TSG.

Tajaan bernilai RM 20,000.00 dalam bentuk perkhidmatan untuk selama dua tahun itu akan melengkapkan lagi keperluan logistik pasukan TSG sekaligus menjadikan kenderaan rasmi buat pasukan untuk menyertai sebarang perlumbaan mahupun sebarang acara promosi yang dikelolakan oleh TSG.

Dari kiri – Penolong Setiausaha Kerajaan(Pembangunan Belia, Sukan dan NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team merangkap Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bas yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 4 Oktober 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam

“Alhamdullilah Terengganu Pro-Asia Cyling Team mendapat penajaan berbentuk sebuah bas bagi kegunaan rasmi buat pasukan. Melalui penajaan dalam bentuk perkhidmatan untuk selama dua tahun ini menjadi satu kelebihan yang terbaik bagi mengharungi musim hadapan ini. Terima kasih diucapkan kepada KM Niaga Enterprise selaku pihak penaja di atas kepercayaan bersama pasukan. TSG kini bukan hanya merupakan satu nama buat pasukan lumba basikal bertaraf profesional malah satu jenama bertaraf antarabangsa di mana mampu menjadi mekanisme peluang pelaburan buat mana-mana rakan penaja bersama kami.” ujar Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood kepada PenyuSukan

Manakala Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus turut mengulas bahawa bas ini akan membuat penampilan pertama bersama pasukan pada Le Tour de Langkawi(LTdL) yang akan membuka tirai pada 11 sehingga 18 Oktober ini nanti.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Pro-Asia Cyling Team Nasiruddin Wan Idrus

“Saingan Le Tour de Langkawi pada tahun ini amat sengit seperti mana yang diketahui bakal disertai oleh pasukan-pasukan ternama dari seluruh dunia. Hanya tiga pasukan dari tuan rumah iaitu TSG, Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan.

TSG akan mempertaruhkan Harrif Saleh bersama 4 pelumba import iaitu Anatolii Budiak, Metkel Eyob Teweldeberhan dan Jambaljamtsz Sainbayar. Dua lagi pelumba tempatan akan ditentukan kemudian setelah membuat penilaian akhir nanti.” jelas Nasiruddin Wan Idrus.

Untuk rekod pada penganjuran edisi lalu sebelum ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, pelumba Mohd Harrif Saleh mencipta kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba Asia pertama yang memenangi 3 peringkat cabaran di pentas LTdL. Pada penganjuran LTdL kali ini menawarkan cabaran kayuhan sejauh 1,100 km yang melibatkan 8 peringkat cabaran bermula dari bandaraya Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi.

Real Chukai FC Lengkapkan Prospektus Penajaan Pasukan 2023

Kelab Bola Sepak Real Chukai (“Real Chukai”) baru-baru ini telah menyelesaikan pembangunan prospektus penajaan mereka untuk musim 2023.

Ahli lembaga pengarah kelab telah sebulat suara meluluskan prospektus penajaan ini yang turut dibangunkan bersama dengan bantuan dari Linda Workroom.

CEO Real Chukai, Ammirul Hakim Osman ketika ditemui berkata,

“ Ini adalah langkah pertama dalam proses ini. Sekarang kita hanya menunggu laporan audit kewangan kelab bagi tahun 2022 dimana kita akan sertakan didalam prospektus ini. Walaubagaimanapun ini adalah langkah penting bagi persediaan awal Real Chukai untuk memancing penajaan untuk musim hadapan 2023.

Saya turut berterima kasih kepada Muhammad Yunus (Linda Workroom) selaku orang penting dalam membantu kami menyiapkan prospektus penajaan ini tepat pada waktunya untuk EISKL 2022.”

Real Chukai dijangka akan mengambil bahagian di Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022. University College TATI (“UCTATI”) dan Voltra telah menyatakan minat mereka untuk melanjutkan penajaan mereka sehingga 2023. Wakil Voltra dan UCTATI dikatakan telah
bertemu dengan pegawai eksekutif Real Chukai dengan perjanjian penajaan yang akan dimuktamadkan pada bulan ini.

Real Chukai mengalu-alukan bakal rakan kongsi dan penaja untuk melawat mereka di ekspo itu yang dijadualkan pada Khamis ini (06 Oktober 2022) hingga Ahad (09 Oktober 2022).

TSG Terima Tajaan RM 2 Juta

Dari kiri Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

KUALA TERENGGANU — Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) telah memeterai perjanjian bersama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi merealisasikan tajaan bernilai RM2 juta untuk meningkatkan lagi momentum menghadapi saingan musim 2023 akan datang.

Tajaan bersama secara Kumpulan itu melibatkan usaha sama TDM Berhad, salah satu syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc, dan juga bahagian penjagaan kesihatannya/ bahagian penjagaan syarikat terbabit iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare).

Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun dan Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sejak tujuh tahun lepas sehingga kini,Terengganu Inc serta anak-anak syarikat Kumpulannya sudah tidak asing lagi dalam menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dan keunggulan pasukan berbasikal taraf benua ternama itu.

Pada tahun 2022, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan yang telah membantu memperkasakan jenama secara komprehensif serta mengutuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Tajaan berbentuk sokongan kewangan tersebut dinaikkan pada tahun 2023 melihat kepada prestasi tinggi yang konsisten dengan kedudukan pertama Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Sehingga kini, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) berada di tangga ke- 31 terbaik dalam ranking dunia UCI.

Sebagai penaja, Terengganu Inc serta dua anak syarikatnya dapat menaikkan jenamanya menerusi promosi serta penampilan logo syarikat pada tubuh jersi, platform media sosial, bahan bercetak, cenderahati pakaian, barangan dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Burhanuddin Hilmi optimis akan dengan penajaan sedia ada bakal memacu TSG untuk menunjukkan persaingan sengit pada edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadual berlangsung dari 1 1 hingga 18 Oktober ini.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan(tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood(kiri) dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu turut hadir ke majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

“Saya yakin juga penajaan musim hadapan ini menjadi mendorong kearah pasukan ini untuk mengharumkan nama Malaysia dengan mempertahankan emas acara lepas ramai-ramai elit lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis perjanjian yang diadakan di Studio TSG telah ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun manakala itu, TSG diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.

Tshirt Edisi Khas Skuad Ragbi Terengganu SUKMA 2022

Tshirt edisi khas kali ini tampil dengan 6 pilihan rekaan di mana setiap sehelai dijual pada harga RM 50.

Bagi menyemarakkan lagi semangat pasukan ragbi yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang akan membuka tirai pada 16 September ini, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) mengambil inisiatif untuk membuka jualan replika jersi rasmi yang akan digunakan oleh pasukan ragbi negeri ini yang kini dalam misi membantu kontijen negeri Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan temasya sukan terbesar dalam negara ini.

Buatan tempatan sepenuhnya dengan menggunakan fabrik berkualiti ‘Soft Microfiber 145gsm’ dengan pilihan saiz sekecil ‘XS’ sehingga ’10XL’.

 

Replika jersi rasmi yang akan digunakan oleh pasukan ragbi negeri Terengganu ke pentas temasya SUKMA XX MSN 2022.

Tshirt edisi khas kali ini tampil dengan 6 pilihan rekaan di mana setiap sehelai dijual pada harga RM 50.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 019 970 8444 atau https://wa.me/message/GTDOAKZ4JSFJH1

185 Peserta 11 Negara Sertai Kejurulatihan Taekwon-DO IIC Ke-159

Kursus kejurulatihan taekwon-do(ITF) bertaraf antarabangsa telah selama 3 hari bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu bermula pada 2 sehingga 4 September 2022.

Persekutuan Taekwon-Do Malaysia(MTF) kembali mewarnai perkembangan sukan taekwon-do tanah air dengan mencipta penanda aras baharu sebagai tuan rumah penganjuran kursus kejurulatihan bertaraf antarabangsa(IIC) yang telah menerima penyertaan seramai 185 peserta dari 11 negara.

Kuala Terengganu yang menjadi destinasi bagi penganjuran antarabangsa edisi ke-159 menerima sambutan di luar jangkaan di mana tidak hanya penyertaan dari negara-negara jiran Asia Tenggara malah dari negara benua Eropah seperti Finland dan German begitu juga dari Australia, New Zealand, Nepal dan India sekaligus meletakkan kepercayaan buat MTF sebagai tuan rumah.

Kursus kejurulatihan yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu meliputi 9 slot latihan yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih sebelum layak untuk ditauliahkan kenaikkan tali pinggang ‘Dan’ ke peringkat yang lebih tinggi. Pentauliahan yang diiktiraf oleh badan induk dunia ini penting buat setiap pelatih di mana merupakan ‘azimat’ untuk beraksi ke pentas yang lebih tinggi khususnya melibatkan sebarang kejohanan di seluruh dunia.

Menambah menarik setiap pentauliahan itu disempurnakan sendiri dengan kehadiran presiden badan induk dunia ITF Grand Master Paul Weiler bersama timbalan presiden Grand Master Michael Daher yang turut hadir berkampung di Kuala Terengganu ini. Kehadiran dua pucuk pimpinan badan induk dunia ini juga memberi khabar gembira buat MTF setelah mengumumkan yang Malaysia kini di dalam penilaian sebagai tuan rumah untuk penganjuran kejohanan bertaraf Asia yang dijadualkan pada 2024 nanti.

“Malangnya pandemik COVID-19 merencatkan segala perancangan yang telah diaturkan khususnya bagi memberi fokus pada sebarang program penganjuran mahupun kejohanan melibatkan negara-negara di benua Asia ini sebagai tuan rumah.

“Kini fokus kami adalah untuk menganjurkan Piala Dunia ITF di China pada 2026 nanti dan sebelum itu adalah penganjuran Kejuaraan Asia di mana ITF masih membuat penilaian pada beberapa negara untuk menjadi tuan rumah sama ada Malaysia atau China dan mungkin Indonesia yang menjadi perhatian kami.

“Penilaian kami tidak semestinya kemampuan tenaga kerja pasukan tuan rumah itu sendiri di mana beberapa aspek seperti fasiliti, logistik dan lain-lain faktor yang menjadi tambah nilai buat tuan rumah nanti.”, ujar presiden ITF Grand Master Paul Weiler.

Manakala presiden MTF Senior Master Najmi Abdullah menyambut baik hasrat badan dunia itu di mana beliau menyifatkan ianya satu penghormatan buat negara yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan sukan taekwon-do tanah air yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Kejayaan penganjuran Kejuaraan Taekwon-Do Sedunia edisi ke-9 di Kuala Terengganu pada tahun 1994 telah meletakkan negara ini setaraf dengan beberapa negara kuasa besar sukan ini sekaligus mencetus fenomena di peringkat pembangunan dalam negara.

“Sekarang kita perlu berusaha lebih keras sekiranya kembali menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa. Banyak perkara yang perlu dipenambahbaikan khususnya melibatkan fasiliti infrastruktur, logistik, penginapan dan kemudahan akses pengangkutan bagi setiap pasukan yang hadir. Kini di Kuala Terengganu sendiri kita boleh melihat dengan beberapa infrastruktur sukan dengan kemudahan asrama baru milik Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan jaringan pengangkutan awam khususnya lapangan terbang yang berhampiran bakal menjadi tambah nilai untuk Terengganu kembali menjadi tuan rumah.

“Berbeza sewaktu kita menjadi tuan rumah kejohanan dunia pada tahun 1994 yang lalu di mana ketika itu hanya ada beberapa hotel sahaja di sekitar Kuala Terengganu. Ketika itu kami hanya mampu menerima penyertaan sebanyak 88 negara walaupun penyertaan lebih dari 100 negara berminat untuk hadir ketika itu.

Walaupun ketika ini perbincangan masih di peringkat awal, namun kami di MTF telah membuat beberapa perbincangan awal dengan beberapa pemegang taruh yang lain mahupun bakal-bakal penaja untuk turut sama untuk merealisasikan penganjuran antarabangsa ini.

Faktor kadar tukaran wang yang rendah ketika ini menjadi kelebihan buat Malaysia untuk menjadi tuan rumah di mana penganjuran ini sudah pasti akan menjana sosio ekonomi setempat dengan membawa jumlah pelancong yang lebih besar ke dalam negara.”, ujar presiden MTF Senior Master Najmi Abdullah.

Beliau juga menjelaskan perkembangan sukan taekwon-do tanah air kini berada di landasan yang terbaik khususnya melibat program pembangunan di seluruh negara yang dikembangkan oleh setiap jurulatih-jurulatih bertauliah berbanding lain-lain negara di rantau ASEAN. Perkembangan ini menjadi tambah nilai terbaik untuk menjadi pilihan sebagai tuan rumah untuk penganjuran bertaraf antarabangsa sejajar dengan hasrat badan induk dunia yang kini memberi fokus pada rantau Asia.

SUKMA 2022: Buruan Emas Terakhir Buat ‘Zang’

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/QSEDN1xPfAo

Seawal berusia 11 tahun mula mengenali sukan lawn bowls atau lebih dikenali sebagai sukan bowling padang, Nor Zamziezah Ahmad yang lebih mesra dikenali dengan panggilan ‘Zang’ dalam arena sukan lawn bowls tanah air tekad untuk mempertahankan pingat emas di pentas Sukan Malaysia edisi ke-20 (SUKMA XX MSN 2022) yang telah dimenangi pada edisi lalu di Perak pada 2018.

Penampilan pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) adalah sewaktu berusia 16 tahun pada penganjuran temasya SUKMA Sarawak 2016 namun sekadar pulang dengan pengalaman yang besar walaupun tanpa sebarang podium diperolehi. Bangkit dari pengalaman itu, setelah dua tahun menanti Nor Zamziezah Ahmad mula membuat kejutan untuk meraih pingat emas dalam acara triples wanita sekaligus membantu kontijen negeri Terengganu untuk kembali mengulangi sejarah muncul selaku juara keseluruhan.

Nor Zamziezah Ahmad(kiri) dan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan atlet senior wanita skuad lawn bowls Terengganu yang akan membuat penampilan terakhir bersama pasukan di pentas SUKMA XX MSN 2022.

 

“Saya amat teruja untuk beraksi pada SUKMA kali ini dan sememangnya ianya penampilan terakhir yang teramat penting buat saya. Perasaan berdebar itu tetap ada kerana fokus latihan terganggu sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu. Namun saya perlu mempertahankan pingat emas acara triples wanita yang telah saya menangi di SUKMA Perak lalu. Sasaran emas untuk Terengganu pada SUKMA kali ini merupakan sasaran peribadi yang amat penting buat hidup saya sebelum saya beralih arah ke peringkat yang lebih tinggi. Sememangnya satu cabaran yang besar buat saya sepanjang saya mewakili Terengganu ke pentas SUKMA. Saya dapat lihat kini Selangor dan Johor merupakan di antara pencabar saya nanti.”, ujar Nor Zamziezah Ahmad yang kini berusia 22 tahun di mana pertama kali membuat penampilan pertama di pentas SUKMA pada SUKMA Sarawak 2016.

Namun bagi penganjuran temasya kali ini, tidak dinafikan perasaan gemuruh itu tetap menjadi igauan buat semua atlet termasuk buat Nor Zamziezah Ahmad di mana fokus program latihan telah terganggu sejak 2 tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 merencatkan segalanya. Malah terpaksa menanti sehingga 4 tahun sejak SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai dan pembatalan penganjuran SUKMA 2020 di Johor secara tidak langsung menambah beban buat atlet bertaraf profesional ini.

Walaupun sedemikian, Nor Zamziezah Ahmad yang juga turut memiki sijil kejurulatihan tahap 1 tekad untuk menamatkan cabaran SUKMA XX MSN 2022 dengan kilauan emas di atas podium sekaligus menjadi satu kenangan yang paling manis di pentas temasya penganjuran sukan terbesar tanah air sebelum bersara sepenuhnya nanti. Nor Zamziezah Ahmad bersama rakan sepasukan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan atlet wanita lawn bowls yang akan membuat penampilan terakhir bersama Terengganu pada edisi kali ini.

Untuk rekod pada penganjuran kali terakhir di SUKMA Perak 2018, Terengganu berjaya meraih 3 pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri ini untuk kembali bergelar juara keseluruhan penganjuran ketika itu. Pada temasya penganjuran SUKMA XX MSN 2022 akan membuka tirai pada 16 September nanti, sukan lawn bowls mempertaruhkan perebutan podium melalui 9 acara yang melibatkan 4 acara lelaki, 4 acara wanita dan 1 acara campuran.

Ulasan Ketua Jurulatih Lawn Bowls Terengganu Menjelang SUKMA 2022

Lihat sepenuhnya – https://youtu.be/HHA5GOzyFIg

Ketua jurulatih Zulkepli Abd Wahab berkongsi perkembangan semasa pasukan lawn bowls Terengganu yang kini berada di fasa akhir program latihan untuk berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang akan membuka tirai pada 16 September ini.

Untuk rekod, ketua jurulatih ini telah membimbing pasukan sejak 2002 di mana pada ketika itu untuk saingan di SUKMA Sabah 2002.

SUKMA 2022: Kem Lawn Bowls Terengganu Tekad Pertahan 3 Emas

Barisan penuh kem lawn bowls Terengganu yang akan mempertahan 3 pingat emas di SUKMA XX MSN 2022.

Berbaki kurang dari 30 hari sebelum tirai penganjuran sukan terbesar tanah air, Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA 2022) pada 16 September nanti, kem lawn bowls Terengganu mempunya misi tersendiri untuk membantu kontijen negeri ini kembali mempertahankan kejuaraan temasya itu. Meskipun hanya 3 sasaran pingat emas dari 9 acara yang dipertandingkan, ianya tetap menjadi ‘misi terlalu peribadi’ buat barisan atlet senior yang akan beraksi untuk kali terakhir di pentas temasya ini.

Situasi pandemik COVID-19 yang telah membatalkan penganjuran SUKMA 2020 di Johor sekaligus memadamkan karier atlet senior sepenuh masa negeri ini untuk penampilan terakhir bersama pasukan. Namun pada penganjuran kali ini, Majlis Sukan Negara(MSN) selaku penganjur utama SUKMA menganjakkan had umur penyertaan tidak melebihi 23 tahun kembali memberi sinar buat mereka.

Muhammad Aiman Harith Abdul Aziz, Muhammad Farhan Haikal Jamaludin, Nor Zamziezah Ahmad dan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan atlet senior skuad boling padang kembali mendapat kepercayaan untuk menjadi taruhan buat kontijen Terengganu sekaligus menjadi penampilan terakhir mereka di pentas penganjuran sukan terbesar dalam negara ini.

Dari kiri – Muhammad Farhan Haikal Jamaludin, Muhammad Aiman Harith Abdul Aziz, Nor Zamziezah Ahmad dan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan barisan atlet lawn bowls Terengganu yang akan membuat penampilan terakhir di pentas SUKMA XX MSN 2022 yang akan membuka tirai pada 16 September nanti.

Bagi Muhammad Aiman Harith Abdul Aziz yang hanya berkesempatan membuat penampilan pertama di SUKMA Perak 2018 ketika berusia 19 tahun, beliau bersama rakan pasukan yang lain tekad untuk menghadiahkan pingat emas buat Terengganu sebelum ‘bersara’ sepenuhnya di pentas kejohanan berprestij yang mempertaruhkan had umur tidak melebihi 21 tahun ini. Sebelum ini beliau hampir berputus asa untuk meninggalkan pasukan setelah berkali-kali tarikh penganjuran SUKMA edisi ke-20 ditangguhkan meletakkan dirinya di dalam dilema sama ada untuk menyambung pengajian atau memberi fokus untuk mencari pekerjaan.

“Sememangnya saya amat kecewa dan buntu ketika itu kerana memikirkan peluang saya untuk mewakili Terengganu telah padam sepenuhnya berikutan faktor usia penyertaan. Begitu juga untuk membuat keputusan bagi menentukan hala tuju masa depan saya. Saya harap pengorbanan saya ini berbaloi. Sukan lawn bowls ini memang jiwa darah daging saya.. apatah lagi pasukan lawn bowls Terengganu ibarat satu keluarga besar buat saya. Kini tekad saya untuk menghadiahkan emas buat Terengganu.”, ujar Muhammad Aiman Harith Abdul Aziz yang pertama kali beraksi di pentas SUKMA sekaligus menghadiahkan pingat emas di Perak pada 2018 yang lalu.

Nor Zamziezah Ahmad(kiri) dan Nur Nabilah Athirah Mohd Rafee merupakan atlet senior wanita skuad lawn bowls Terengganu yang akan membuat penampilan terakhir bersama pasukan di pentas SUKMA XX MSN 2022.

Manakala bagi Nor Zamziezah Ahmad yang juga akan membuat penampilan terakhir nanti meletakkan fokus sepenuhnya pada SUKMA tahun ini untuk memburu kilauan emas sebelum membuat keputusan hala tuju seterusnya. Walaupun sedemikian, beliau yang telah membuat penampilan pertama sewaktu berusia 16 tahun di SUKMA Sarawak 2016 juga memiliki sijil kejurulatihan tahap 1 amat berharap untuk dapat terus mencurahkan kudrat dan tenaga untuk membantu program pembangunan atlet-atlet pelapis lawn bowls di negeri Terengganu sebaik sahaja tamat penganjuran SUKMA bagi edisi kali ini.

“Saya amat teruja untuk beraksi pada SUKMA kali ini dan sememangnya ianya penampilan terakhir yang teramat penting buat saya. Perasaan berdebar itu tetap ada kerana fokus latihan terganggu sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu. Namun saya perlu mempertahankan pingat emas acara triples wanita yang telah saya menangi di SUKMA Perak lalu. Sasaran emas untuk Terengganu pada SUKMA kali ini merupakan sasaran peribadi yang amat penting buat hidup saya sebelum saya beralih arah ke peringkat yang lebih tinggi. Sememangnya satu cabaran yang besar buat saya sepanjang saya mewakili Terengganu ke pentas SUKMA. Saya dapat lihat kini Selangor dan Johor merupakan di antara pencabar saya nanti.”, ujar Nor Zamziezah Ahmad yang kini berusia 22 tahun di mana pertama kali membuat penampilan pertama di pentas SUKMA pada SUKMA Sarawak 2016.

Program latihan pasukan lawn bowls Terengganu berpusat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus yang diketuai oleh ketua jurulatih Zulkepli Abd Wahab dan dibantu tiga lagi pembantu jurulatih.

Pada penganjuran edisi kali ini, kem lawn bowls Terengganu meletakkan sasaran sebanyak 3 pingat emas seperti mana yang pernah diraih sewaktu penganjuran terakhir pada SUKMA Perak 2018 yang lalu. Menurut ketua jurulatih Zulkepli Abd Wahab, walaupun Terengganu merupakan kuasa besar sukan lawn bowls namun disebabkan pandemik COVID-19 dua tahun lalu yang merencatkan program-program latihan meletakkan situasi terkini adalah peluang sama rata buat setiap negeri yang bertanding. Jelasnya lagi sasaran itu dilihat realistik memandangkan masih terdapat atlet-atlet senior berpengalaman besar di pentas SUKMA terdahulu yang masih layak untuk bertanding menjadi taruhan pada temasya edisi ke-20 nanti.

Ketua jurulatih lawn bowls Terengganu Zulkepli Abd Wahab telah membimbing pasukan selama 20 tahun sejak 2002 di mana ketika itu mempersiapkan pasukan bagi SUKMA Sabah 2002.

“Kekuatan pasukan untuk penganjuran SUKMA kali ini adalah kita akan mempertaruhkan sebahagian besar pemain-pemain yang pernah beraksi di SUKMA 2018 di Perak. Begitu juga program latihan berterusan sewaktu diberikan kelonggaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meletakkan pasukan ini berada di tahap terbaik sebelum situasi sebenar bermula nanti. Pada tempoh yang singkat sejak dibenarkan berlatih sepenuhnya pasukan ini berjaya mengutip kejayaan di beberapa kejohanan berprofil tinggi sekaligus memberi pendedahan yang bagus buat pasukan. Sebenarnya persediaan pasukan untuk ke SUKMA kali ini merupakan cabaran yang besar buat saya sepanjang saya berkhidmat menjadi jurulatih di Terengganu ini”, ujar Zulkepli Abd Wahab selaku ketua jurulatih yang ditemui di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Untuk rekod pada penganjuran kali terakhir di SUKMA Perak 2018, Terengganu berjaya meraih 3 pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri ini untuk kembali bergelar juara keseluruhan penganjuran ketika itu. Pada temasya penganjuran SUKMA XX MSN 2022 akan membuka tirai pada 16 September nanti, sukan lawn bowls mempertaruhkan perebutan podium melalui 9 acara yang melibatkan 4 acara lelaki, 4 acara wanita dan 1 acara campuran.

Jadual Penuh Acara Sukan SUKMA XX MSN 2022

Jadual penuh mengikut tarikh bagi ke semua 31 acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) yang telah dikemaskini bertarikh 23 Julai 2022.

BIL
SUKAN
TARIKH PERTANDINGAN
JUMLAH HARI
1BOLA SEPAK12 hingga 23 September 2022
Stadium Bola Sepak KL,UKM, UiTM, UM, UNITEN
12
2WUSHU14 hingga 16 September 2022
Gimnasium 2, MSN
3
3BERBASIKAL
LEBUHRAYA14 hingga 17 September 2022
Bandar Baru Sendayan Seremban, N. Sembilan
4
BMX17 hingga 18 September 2022
Arena BMX Nasional, Nilai, N. Sembilan
2
TREK19 hingga 22 September 2022
Velodrom Nasional, Nilai, N.Sembilan
4
MTB22 hingga 24 September 2022
Taman Cabaran, Putrajaya
3
4SEPAK TAKRAW14 hingga 22 September 2022
Dewan Sri Sarjana, UNITEN
9
5OLAHRAGA15 hingga 18 September 2022
Stadium Nasional, Bukit Jalil
4
6HOKI15 hingga 23 September 2022
Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil
9
7BOLA KERANJANG
5 X 515 hingga 21 September 2022
Stadium MABA
7
3 X 322 hingga 23 September 2022
Stadium MABA
2
8KARATE15 hingga 17 September 2022
Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam
3
9KRIKET15 hingga 24 September 2022
UKM Oval (Padang 1) & Selangor Turf Club (Padang 2)
10
10PETANQUE17 hingga 23 September 2022
Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu
7
11LAWN BOWLS16 hingga 24 September 2022
Kompleks Sukan Bukit Kiara
9
12GIMNASTIK17 hingga 19 September 2022
Gimnasium 3, MSN
3
GIMRAMA21 hingga 23 September 2022
Gimnasium 1, MSN
2
13ESPORTS17 hingga 19 September 2022
E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur
3
14MUAY THAI17 hingga 21 September 2022
South City Plaza, Seri Kembangan
5
15MEMANAH17 hingga 22 September 2022
Stadium USIM, Nilai, N. Sembilan
6
16SKUASY17 hingga 23 September 2022
Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil & Pusat Skuasy Jln. Duta KL
7
17TENIS17 hingga 23 September 2022
Kompleks Sukan Jalan Duta, K.Lumpur
7
18BOLA TAMPAR
DEWAN17 hingga 23 September 2022
Dewan MBSA Seksyen 4 & 19 Shah Alam
7
PANTAI18 hingga 22 September 2022
Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam
5
19TINJU17 hingga 24 September 2022
Kompleks Futsal Presint 18, Putajaya
8
20PELAYARAN18 hingga 23 September 2022
Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi
6
21TENPIN BOWLING18 hingga 22 September 2022
Sunway Megalane, Sunway Pyramid
5
22KANU18 hingga 23 September 2022
Kompleks Sukan Air (KOSA) Presint 6, Putrajaya
6
23MENEMBAK18 hingga 23 September 2022
Lapang Sasar Menembak, Subang
6
24RAGBI19 hingga 22 September 2022
Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
4
25ANGKAT BERAT19 hingga 22 September 2022
Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya
4
26AKUATIK
RENANG19 hingga 23 September 2022
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
5
TERJUN20 hingga 22 September 2022
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
3
27BOLA JARING19 hingga 24 September 2022
Stadium Juara, Bukit Kiara
6
28GOLF20 hingga 22 September 2022
Kelab Golf Negara Subang
3
29JUDO20 hingga 22 September 2022
Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
3
30BADMINTON20 hingga 24 September 2022
Axiata Arena, Bukit Jalil
5
31PENCAK SILAT20 hingga 24 September 2022
Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai, N.Sembilan
5

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Ragbi

Sukan ragbi merupakan jenis sukan berpasukan yang masih berada di dalam kategori sukan pilihan bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA) walaupun perkembangan semasa di pentas antarabangsa mula mencipta pelbagai penanda aras baharu. Begitu juga dengan program pembangunan yang kian bersepadu di seluruh negara.

Untuk rekod, format 7 sepasukan dipertandingkan di pentas SUKMA bermula pada tahun 2004 yang hanya melibatkan perebutan pingat emas oleh pasukan lelaki sahaja. Manakala perebutan pingat emas buat pasukan wanita mula dipertandingkan buat kali pertama pada SUKMA Perak 2018.

Pada penganjuran edisi ke-20 yang dijenamakan sebagai SUKMA XX MSN 2022, dua pingat emas ditawarkan bagi perebutan acara berpasukan lelaki dan wanita yang akan berlangsung selama 4 hari pertandingan di padang ragbi UiTM Shah Alam.

 

 

JADUAL MENGIKUT WAKTU PERGERAKAN PASUKAN KE PADANG

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama

Gimnastik merupakan di antara sukan wajib dipertaruhkan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di mana bagi penganjuran edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan 21 acara meliputi 8 acara lelaki dan 13 acara wanita.

Pada penganjuran edisi ke-20 ini, dalam satu kenyataan oleh Exco Sukan Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah mengumumkan bahawa kontijen Terengganu tidak akan menghantar penyertaan atlet wanita bagi acara sukan gimnastik dan gimrama.

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Sukan Bola Sepak

Bola Sepak merupakan di antara sukan wajib dipertaruhkan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di mana bagi penganjuran edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini hanya mempertaruhkan 1 acara lelaki tanpa sebarang penyertaan dari pasukan wanita mahupun campuran.

9 hari menjadi taruhan buat ke semua pasukan di mana peringkat akhir perlawanan dijadualkan untuk bermula pada 21 September 2022 bagi saingan separuh akhir di mana venue penganjuran akan diumumkan kemudian.

Perlawanan akhir perebutan ‘ibu segala pingat’ dijadualkan untuk berlangsung pada 23 September 2022 bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras.

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Berbasikal

Sukan berbasikal merupakan di antara sukan wajib dipertaruhkan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di mana bagi penganjuran edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan perebutan pingat melalui 30 acara keseluruhan iaitu 15 acara lelaki dan 15 acara wanita.

Velodrom Nasional, Nilai menjadi medan perebutan pingat bagi disiplin acara Trek dan BMX. Manakala bagi acara lebuhraya berlangsung di jalan negeri Sepang-Nilai.

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Badminton

Badminton yang dipertandingkan di temasya edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan 5 acara meliputi 2 acara lelaki, 2 acara wanita dan 1 acara campuran iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran yang dijadualkan berlangsung sepenuhnya di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara perseorangan lelaki menjadi acara pembuka tirai kejuaraan SUKMA XX MSN 2022 yang dijadualkan pada 20 September 2022. Pemburuan pingat bagi kem badminton ini berlangsung selama 5 hari di mana akan berakhir pada 24 September 2022 bagi upacara penyampaian pingat.

SUKMA XX MSN 2022 Jadual Penuh Acara Akuatik

Sukan akuatik yang dipertandingkan di temasya edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan 42 atlet meliputi 23 acara lelaki dan 19 acara perempuan yang dijadualkan berlangsung sepenuhnya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Pada penganjuran temasya edisi ke-20 ini juga, disiplin acara terjun wanita merupakan acara yang paling banyak digugurkan dari dipertandingkan iaitu sebanyak 6 acara melibatkan terjun wanita 1m papan anjal, terjun wanita 3m papan anjal, terjun wanita platform, terjun wanita 3m papan anjal seirama, terjun wanita platform seirama. Manakala bagi acara lelaki adalah terjun lelaki platform seirama.

Jumlah semua disiplin acara yang digugurkan adalah 7 acara seperti mana telah diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XX MSN 2022 Bil.2/2022 yang telah berlangsung pada 2 Julai 2022 di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara.

Berikut adalah jadual sepenuhnya melibatkan acara bagi sukan akuatik:

 

 

“10 Tahun Tidak Pernah Layak Peringkat Akhir Piala Belia” – Bahazenan Osman

Pada perlawanan separuh akhir Piala Belia 2022 peringkat pertama yang telah berlangsung pada 7 Ogos lalu, Sri Pahang FC yang hadir pasukan bukan pilihan musim ini membuat kejutan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk menewaskan pasukan tuan rumah Terengganu FC IV(TFC IV) berkeputusan 5-1.

Menambah menarik, Bahazenan Osman selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC menjelaskan bahawa telah 10 tahun pasukan belia yang membawa nama Pahang tidak mara ke pusingan akhir kempen Piala Belia.

Terkini setelah menamatkan perlawanan timbal balik, walaupun berkeputusan 3-1 memihak pada TFC IV namun ianya masih tidak memadai untuk menghalang Sri Pahang FC ke perlawanan akhir Piala Belia 2022 dengan kemenangan agregat 6-4.

Sri Pahang FC akan bertemu Selangor FC bagi perlawanan timbal balik penamat kempen Piala Belia musim ini yang dijadualkan berlangsung pada 19 & 26 Ogos ini.

#PialaBelia #PialaBelia2022 #TerengganuFCIV #TFCIV #TerengganuFA #SriPahangFC #PahangFA #BolaSepak #StadiumSultanIsmailNasiruddinShah #KualaTerengganu

Separuh Akhir Piala Belia 2022: Tok Gajah ‘Terpijak’ Penyu

Saingan kempen Piala Belia 2022 kini memasuki saingan peringkat separuh akhir di mana dua perlawanan telah berlangsung melibatkan pasukan Terengganu FC IV(TFC IV) bertemu Sri Pahang FC dan Selangor FC bertemu PJ City FC.

Pada aksi perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan dari pantai timur, Sri Pahang FC hadir selaku pasukan bukan pilihan bagi saingan musim ini membuat kejutan besar untuk menafikan TFC IV berkeputusan 5-1 di laman sendiri.

Bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah bermula garang untuk mendominasi kawalan bola namun tersentap setelah jaringan pembukaan berjaya disempurnakan oleh kapten pasukan Tok Gajah Muhammad Amirul Razali pada minit ke-9 permainan.

Menambah tekanan buat tuan rumah, selang 16 minit kemudiaan kealpaan penjaga gol TFC IV untuk meninggalkan kawasan gawang dihukum oleh pemain sayap pasukan pelawat Muhammad Khafii Abdul Majib hasil dari jaringan mudah untuk gol ke-2 milik pasukan.

Kapten Sri Pahang Muhammad Amirul Haikal Razali(jersi kuning tiga dari kiri) menyumbang dua gol pada perlawanan separuh akhir Piala Belia 2022 untuk menafikan Terengganu FC IV(TFC IV) 5-1 di laman sendiri yang telah berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 7 Ogos 2022.

Rentak permainan yang kian dikuasai oleh Tok Gajah terus mencipta jurang untuk menambah gol ke-3 di minit ke-38 separuh masa pertama yang dicipta oleh Muhammad Alif Irfan Norsafidahlan.

Situasi yang merobek emosi pemain-pemain TFC IV hadir selaku pasukan pilihan setelah menjuarai peringkat kumpulan tumpuan menjadi kelebihan buat Sri Pahang untuk terus berpesta menambah gol ke-4 perlawanan pada minit ke-56 sekaligus menjadi jaringan ke-2 peribadi berturut-turut pada separuh masa pertama ini buat kapten pasukan Muhammad Amirul Haikal Razali.

Bersambung pada babak separuh masa kedua permainan, aksi kedua-dua pasukan dilihat seimbang apabila pasukan tuan rumah mampu untuk kembali memberi fokus sekaligus berjaya mendapat jaringan gol pertama milik tuan rumah pada minit ke-70 yang disempurnakan oleh Muhammad Iman Zaidi Sulong.

Rentak TFC IV yang kelihatan terdesak untuk mengejar baki-baki minit permainan untuk merapatkan jurang sekali lagi menghukum skuad penyu ini setelah pemain gantian Abdul Rahman Hasmadi menyumbang gol ke-5 buat Sri Pahang kembali menceriakan barisan penyokong yang hadir.
Jaringan itu juga sekaligus menjadi gol penamat perlawanan meletakkan Sri Pahang kini berada di momentum terbaik bagi kempen Piala Belia musim ini.

Ketua jurulatih Sri Pahang skuad Piala Belia – Bahazenan Osman.

“Hampir 10 tahun saya rasa Pahang tidak pernah layak walaupun untuk mara ke peringkat akhir saingan Piala Belia ini. Alhamdullilah, hari ini para pemain telah mencipta satu sejarah untuk pasukan Sri Pahang walaupun kami tidak menjangkakan untuk berada di sini.” ujar ketua jurulatih Sri Pahang Bahazenan Osman yang ditemui PenyuSukan sejurus tamat permainan.

Seterusnya aksi perlawanan timbal balik separuh akhir kempen Piala Belia 2022 untuk perebutan layak ke pusingan akhir buat kedua-dua pasukan ini dijadualkan pada 14 Ogos nanti bertempat di Bandar Muadzam Shah.


Lihat sepenuhnya – https://youtu.be/s_R5MDMWUus

Fakta Penganjuran Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022

Berikut adalah fakta-fakta menarik perlumbaan Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 28-30 Julai 2022 di Pulau Poh, Tasik Kenyir.

TASIK KENYIR JET SKI CHAMPIONSHIP 2022

· Kali terakhir kejohanan Jet Ski di Terengganu ialah pada tahun 2009 di mana Tourism Terengganu adalah penganjur utama bagi kejohanan ini.

· Kali ini, Kumpulan Terengganu Inc akan mengembalikan semula acara sukan air berprestij tersebut dan ianya akan berlangsung pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2022 ini bertempat di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai tuan rumah.

· Penganjuran sukan air lasak ini dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed

· Kementerian Belia dan Sukan, turut menjadi rakan strategik kita dalam program ini hasil pertemuan bersama Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu at Menara KBS, Putrajaya, awal Julai lalu.

· Di bawah pengurusan dan pengiktirafan, Persatuan Sukan Jet Ski Malaysia (PSJSM), jangkaan penyertaan bagi Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 adalah sehingga 80 penyertaan tidak termasuk penyertaan daripada luar negara (terkini sudah merekodkan 70 penyertaan bagi keseluruhan tujuh kategori).

· Peserta tempatan adalah daripada Terengganu, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Johor, Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan manakala, peserta jemputan daripada luar negara adalah dari negara sekitar benua Asia seperti Thailand, Singapura, Indonesia & Jepun

· Penganjuran sulung Kumpulan Terengganu Inc tersebut telah diiktiraf oleh badan induk sukan jet ski dunia Olympic Council of Asia dan International Jet Sports Boating Association (IJSBA)

· Menerusi sokongan ‘International Jet Sports Boating Association’ melalui ‘Thailand Jet Sports Boating Association’, buku 2021 rules & regulations, regulated jet sports races and safety) akan digunakan dalam kejohanan ini.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

· Terdapat tujuh kategori nasional yang dipertandingkan seperti ProAm R/A 1100 Limited, Pro-Am R/A 1100 Open (2-Stroke), Pro-Am Endurance R/A Open, Pro-Am R/A Limited, Expert Veterans R/A Limited (40+), Expert Sport (2-Stroke) dan Junior 13-15 Runabout 1100 Limited.

· Semua kategori, piala acara dan pingat akan diberikan kepada lima pemenang teratas dalam setiap kategori dengan jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM50,950.

· Pertandingan akan berlangsung pada dua hari bermula 29 Julai sehingga 30 Julai 2022 jam 10.00 pagi, dengan acara penutup dan penyampaian hadiah pada 5.30 pada hari terakhir kejohanan.

Kejohanan Paintball Kebangsaan ECPL 2.0 Piala Menteri Besar Terengganu

Kredit – https://www.facebook.com/ecplmalaysia

Kejohanan Paintball Kebangsaan ECPL 2.0 yang mempertaruhkan perebutan Piala Menteri Besar Terengganu bakal menjadi tumpuan pada hujung minggu ini yang akan berlangsung bermula di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM 27,600.00 bagi 3 kategori yang dipertandingkan sekaligus menjadi penanda aras terbaik buat penganjuran sukan lasak ini. Juara E Division (Race To 2) bakal membawa pulang RM 7000.00 beserta medal dan trofi sekaligus menjadi juara yang membawa wang tunai terbesar bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Manakala pasukan yang berada di tempat ke-4 tidak akan pulang begitu sahaja di mana pada kejohanan ini turut akan membawa pulang hadiah wang tunai termasuk medal dan trofi mengikut kategori masing-masing.

Kredit – https://www.facebook.com/ecplmalaysia

Terengganu menjadi destinasi kedua oleh East Coast Paintball League Malaysia(ECPL) bagi musim ini setelah penganjuran sulung membuka tirai pada 26 & 27 Mac lepas di Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya Kuantan, Pahang menjadi destinasi terakhir sebelum melabuhkan tirai pada 24 & 25 September nanti.

Sebarang maklumat lanjut lawati – https://www.facebook.com/ecplmalaysia

TSG Kembali Ke Turki Untuk Kekal Di Puncak Jelajah Asia

Seramai lima pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) bersama tiga pegawai pasukan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sebelum penerbangan terus ke Turki untuk menyertai 3 perlumbaan bertaraf 1.2 UCI di sana.

Gergasi sukan berbasikal Asia, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) kini kembali menyambung misi kayuhan mereka untuk mempertahankan kejuaraan Asia yang telah dinobatkan pada musim lalu sekaligus memikul cabaran berganda untuk memburu prestij pasukan terbaik antara benua pada musim ini.

5 pelumba TSG yang diketuai oleh Wan Abdul Rahman Hamdan termasuk seorang pelumba muda Zuladri Amin Zulkurnain dari TSG Cycling Academy bersama tiga pegawai pasukan berlepas melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sebelum penerbangan terus ke Turki untuk membuat persiapan awal sebelum perlumbaan membuka tirai nanti.

Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali yang ke semuanya perlumbaan berstatus 1.2 badan induk berbasikal dunia(UCI) merupakan 3 siri perlumbaan yang menjadi fokus pasukan untuk mengutip mata perlumbaan bagi memperkukuhkan tangga kedudukan musim ini.

Dua perlumbaan secara berturut-turut terpaksa di tempuhi di mana perlumbaan Grand Prix Erciyes menjadi cabaran pertama yang perlu diberi fokus pada 23 Julai ini dan selang sehari sebelum kayuhan memburu podium di perlumbaan Grand Prix Kayseri. Manakala perlumbaan Grand Prix Yahyali dijadualkan pada 31 Julai nanti memberi cukup rehat buat pasukan untuk mengatur kayuhan.

Pengurus pasukan Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Mohd Saiful Anuar Aziz galas tanggungjawab membawa pasukan ke Turki bagi penyertaan Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali. Grand Prix Erciyes menjadi perlumbaan pertama buat TSG yang akan membuka tirai pada 23 Julai 2022 ini.

“Misi untuk kembali ke Turki ini adalah untuk kita dapatkan seberapa banyak mata perlumbaan untuk terus kekal di tangga teratas kedudukan Jelajah Asia ketika ini sekaligus untuk mempertahankan kejuaraan yang telah kita berjaya dinobatkan pada perlumbaan musim lalu.

“Namun ianya bukan satu perlumbaan mudah buat kami memandangkan pasukan Almaty Cycling Team dari Kazakhstan juga kini agresif untuk merapatkan jurang tangga kedudukan semasa.

“InsyAllah bagi perlumbaan di Turki ini kita meletakkan sasaran dua podium bagi 3 perlumbaan yang disertai. InsyAllah kita mampu lakukan berdasarkan analisa rekod-rekod perlumbaan di Turki yang telah kita tempuhi sebelum ini,” ujar pengurus pasukan TSG Mohd Saiful Anuar Aziz yang ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

Walaupun menempuh perlumbaan tanpa kelibat pasangan adik beradik Mohd Zamri Saleh dan Mohd Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman Hamdan yang mengetuai pasukan ke Turki ini tetap optimis mampu untuk menambah mata perlumbaan buat pasukan.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan di antara tonggak pasukan untuk menambah kutipan mata bagi tiga perlumbaan di Turki nanti.

“Kali ini adalah kali ketiga untuk saya berlumba di Turki. InsyAllah saya akan cuba yang terbaik untuk mengutip mata perlumbaan sebanyak mungkin di sana untuk mempertahankan pasukan untuk terus kekal di kedudukan teratas Jelajah Asia.

“Cabaran berlumba di Turki ini sememangnya amat berlainan berbanding di rantau Asia ini kerana di sana rata-rata pelumba adalah dari negara-negara Eropah. Tidak dinafikan pasukan tuan rumah juga bukan hadir sekadar melengkapkan penganjuran perlumbaan. Oleh itu percaturan yang tepat perlu dilakukan oleh kami untuk menaiki podium sekaligus menambah mata perlumbaan bagi musim ini,” ujar pelumba TSG Wan Abdul Rahman Hamdan.

Terkini, TSG masih mendahului tangga kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 863.75 perlumbaan mendahului Almaty Cycling Team dari Kazakhstan di tangga kedua dengan jurang 305.25 mata. Pasukan Taskent City Profesional Cycling Team dari Uzbekistan pula di tangga ketiga Jelajah Asia. Situasi ini sekaligus meletakkan TSG berada di tangga kedudukan ke-33 terbaik di seluruh dunia setanding dengan pasukan yang berentap di siri jelajah yang lebih ternama.

Selain memberi fokus di pentas kejuaraan Asia, TSG juga akan terus berkampung di Turki bagi menjalani kem latihan beraltitud tinggi yang juga merupakan serampang dua mata buat pasukan untuk memberi fokus dalam persediaan ke pentas Le Tour De Langkawi(LTDL) pada Oktober nanti.

Senarai Nama Pelumba & Pegawai Terengganu Cycling Team(TSG)
*Yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada 18 Julai 2022

PELUMBA TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM(TSG)
1WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN
2IRWANDIE LAKASEK
3MUHAMAD AFIQ HUZNIE
4MOHD SHAHRUL MAT AMIN
5ZULADRI AMIN
PEGAWAI PASUKAN TERENGGANU POLYGON CYLING TEAM(TSG)
1MOHD SAIFUL ANUAR AZIZ (PENGURUS PASUKAN)
2WAN MOHD NAZRI WAN AHMAD (MEKANIK)
3MOHD NORHISAMMUDDIN HILMI MAMAT (FISIO)

Aksi Dramatik Pemain Ragbi Wanita Meraikan Kejayaan

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/owViU_H7Jcc

Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah sukan negeri Terengganu untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai.

Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti.

@penyusukan Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah sukan negeri Terengganu untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai. . Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh. . Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti. #RagbiTerengganu #TerengganuRugby #National7s2022 #National7s #TerengganuHanelang #HanelangLadies #SUKMA2022 #MajlisSukanNegeriTerengganu #MSNT #Rugby #WomensRugby #MalaysiaRugby #RagbiPadu #Ragbi ♬ Epic Orchestra – Red Cat Blue

SUKMA 2022: Senarai Penuh Acara Sukan Yang Digugurkan

Bilangan acara yang tidak cukup penyertaan 6 kontijen berdasarkan senarai panjang pada 30 Jun 2022 adalah sebanyak 26 acara(8 acara lelaki dan 18 acara wanita).

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XX, MSN 2022 yang telah berlangsung pada 2 Julai di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara memutuskan 14 acara sukan digugurkan sepenuhnya untuk tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia(SUKMA 2022) yang dijadualkan untuk berlangsung pada 16 sehingga 24 September 2022 ini.

Sukan terjun mendominasi jumlah acara terbanyak yang digugurkan iaitu 6 acara tanpa dipertandingkan sepenuhnya atau digabungkan dalam mana-mana acara.

Selain dari itu, beberapa acara sukan telah diputuskan untuk digabungkan atau perubahan kategori yang dipertandingkan.

 

SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGUGURKAN
1TERJUNWANITA1M PAPAN ANJAL
2TERJUNWANITA3M PAPAN ANJAL
3TERJUNWANITAPLATFORM
4TERJUNWANITA3M PAPAN ANJAL SEIRAMA
5TERJUNWANITAPLATFORM SEIRAMA
6TERJUNLELAKIPLATFORM SEIRAMA
7KARATEWANITAKATA BERPASUKAN
8OLAHRAGAWANITA10,000M JALAN KAKI
9KANULELAKIPOLO 5 ON 5
10KANUWANITAPOLO 5 ON 5
11TINJULELAKISUPER HEAVYWEIGHT: 92KG DAN KEATAS
12ANGKAT BERATWANITATIDAK MELEBIHI 71 KG
13ANGKAT BERATWANITATIDAK MELEBIHI 76 KG
14JUDOWANITANAGE-NO-KATA
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGABUNGKAN
1ANGKAT BERATLELAKITIDAK MELEBIHI 102 KG, TIDAK MELEBIHI 109 KG DAN MELEBIHI 109 KG MENJADI MELEBIHI 96 KG
2ANGKAT BERATWANITATIDAK MELEBIHI 87 KG DAN MELEBIHI 87 KG MENJADI MELEBIHI 81 KG
3JUDOWANITATIDAK MELEBIHI 78 KG DAN MELEBIHI 78 KG MENJADI MELEBIHI 70 KG
SUKMA 2022 SENARAI ACARA DIGUGURKAN DAN PERUBAHAN KATEGORI
1JUDOWANITATIDAK MELEBIHI 44 KG DIGUGURKAN DAN BERTANDING DALAM KATEGORI TIDAK MELEBIHI 48 KG
2JUDOWANITATIDAK MELEBIHI 63 KG DIGUGURKAN DAN BERTANDING DALAM KATEGORI TIDAK MELEBIHI 70 KG

Aksi Pemain Ragbi Wanita Terengganu ‘Menyidai’ Lawan

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/EiaYg0Wj6fU

Aksi penuh dramatik pemain-pemain ragbi wanita Terengganu yang melakar sejarah untuk pertama kali meraih kejuaraan dalam sebarang kejohanan ragbi sejak pasukan ini ditubuhkan selepas SUKMA Perak 2018 melabuhkan tirai.

Pasukan ragbi wanita Terengganu ini telah dinobatkan selaku juara di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 setelah menewaskan Selangor berkeputusan 15-10 pada 3 Julai 2022 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.

Untuk rekod, pasukan ragbi wanita Terengganu ini yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di W.P Kuala Lumpur nanti.

Suku Akhir Wanita B21 Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan 2022: Hanelang Ladies vs Pahang

Aksi barisan pemain ragbi wanita Terengganu; Hanelang Ladies sewaktu menewaskan Pahang berkesudahan 27-00 dalam aksi suku akhir Wanita Bawah 21 Tahun Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 3 Julai 2022.

Untuk rekod, skuad Wanita B21 Terengganu merupakan pasukan persiapan bagi memburu kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di Kuala Lumpur nanti.

Masak Sendiri Eratkan Persaudaraan Ragbi

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/NSEVHM90shk

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk memasak makanan buat 4 pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung di Bandaraya Ipoh,Perak pada 1 sehingga 3 Julai 2022 yang lepas.

Selain sebagai langkah penjimatan oleh PRNT selaku pemegang taruh utama setiap pasukan yang bertanding, usaha ini juga dilihat menjadi tambah nilai di dalam ekosistem pasukan ragbi itu sendiri untuk merapatkan nilai silaturahim sekaligus memupuk nilai persaudaraan yang tinggi di kalangan setiap pemain.

Menambah menarik, setiap barangan kelengkapan memasak termasuk bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging di bawa khas dari Kuala Terengganu untuk menampung keperluan 4 hari berkampung di bandaraya Ipoh ini.

Pada saingan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan musim ini, Terengganu menghantar 4 pasukan untuk penyertaan penuh bagi kategori Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun. Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun disertai oleh skuad ragbi Terengganu yang kini persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022).

CupPrix: Harith Farhan Janji Podium Di Laman Sendiri

Pelumba CubPrix pasukan Tobaki Pink Racing Team Mohd Harith Farhan Baharin merupakan anak jati Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Pelumba muda anak jati Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu yang kian meningkat naik, Mohd Harith Farhan Baharin menjanjikan aksi terbaik buat peminat di laman sendiri untuk kejuaraan Pusingan Ke-4 perlumbaan PETRONAS CubPrix yang akan bermula pada Sabtu ini.

Walaupun merupakan penampilan pertama kali bersama pasukan Tobaki Pink Racing Team untuk cabaran kategori CP125 pada musim ini, komunikasi yang baik bersama rakan sepasukan Saiful Azhary Mohamad menjadi percaturan terbaik untuk terus mengutip mata buat pasukan.

Faktor cuaca yang tidak menentuk ketika ini dengan berbekalkan pengalaman bersama beberapa pasukan terdahulu Mohd Harith Farhan Baharin optimis untuk menghadiahkan podium di Litar Gong Badak, Kuala Nerus di hadapan peminatnya tersendiri.

“Sememangnya dari awal musim saya membuat persiapan sepenuhnya dari segi fizikal dan mental untuk kembali beraksi di laman sendiri. Sememangnya saya menyasarkan podium di tempat saya sendiri. Walaupun kategori CP125 ini bukan kategori Perdana tetapi tetap kategori tumpuan di mana kita boleh lihat pelumba-pelumba ternama lain tetap berentap dalam kategori ini.

“Saya sebenarnya memang suka berlumba dalam keadaan litar basah..kelebihan buat saya untuk beraksi dalam hujan sebenarnya jadi sekiranya esok hujan ianya bukan satu halangan buat saya..begitu juga jika cuaca panas.’, ujar pelumba Tobaki Pink Racing Team Mohd Harith Farhan Baharin yang ditemui PenyuSukan.com

Tobaki Pink Racing Team yang hadir ke Litar Permotoran Terengganu bagi kejuaraan perlumbaan PETRONAS CubPrix pusingan ke-4 merupakan satu-satunya pasukan kejuaraan CubPrix yang mengadakan majlis beramah mesra bersama pengamal media sukan yang beroperasi di Terengganu.

Beliau yang ditemui pemberita sewaktu majlis ramah mesra bersama media di Kuala Terengganu turut mengumumkan fokus seterusnya adalah perlumbaan di Jepun bagi kejuaraan Asia Road Race Championship(ARRC) pada Ogos nanti.

Kejohanan Kuda Lasak Tarik Penyertaan Antarabangsa

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

Setelah dua tahun tertangguh, perebutan kejuaraan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu kembali mewarnai kalendar penganjuran perlumbaan kuda lasak di negeri Terengganu ini. Penganjuran bertaraf antarabangsa yang berlangsung selama empat hari di Terengganu International Endurance Park itu berjaya menarik 50 penyertaan termasuk dua pasukan dari luar negara iaitu Singapura dan Thailand yang mempertaruhkan 3 kategori utama CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

Menambah prestij penganjuran, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin juga berkenan untuk mencemar duli turut sama beraksi bersama ‘Virago De Mangorvenec’ bagi mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable bagi acara CE 1 100km.

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

 

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu mempertaruhkan tiga kategori perlumbaan iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

 

Selebriti Faizal Tahir yang beraksi dalam kategori CEN 100km bagi pasukan Ar-Raudhah Equine Center turut mencuri perhatian bagi perebutan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022 yang telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu.

Turut beraksi Anfal Insyirah Abu Talib, Muhammad Yusuf Luqman Zakaria dan Nur Qasrina Amani Zakaria yang merupakan trio pemenang pingat perak di Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship) yang telah berlangsung di Netherlands pada tahun lalu dan juga penyertaan penyanyi Faizal Tahir bagi acara CEN 100km yang turut menjadi tumpuan.

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/dEW6wbLHUro

Pasukan Royal Terengganu Endurance Stable yang dipacu padu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Pelumba Asri Abd Aziz, Muhammad Aizad Mohd Riduan dan Jasryn Jafly berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 40 minit 28 saat sekaligus dinobatkan selaku juara manakala pasukan Benua Endurance Team di tempat kedua dengan catatan masa 25 jam 18 minit dan 13 saat.

Keputusan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022

 

Keputusan Penuh Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2022

‘Bertapa Susahnya Untuk Kita Jaringkan Gol’ – Nafuzi Zain

Reaksi ketua jurulatih Terengganu FC(TFC) Nafuzi Zain setelah menewaskan Kuala Lumpur City 2-0 dalam perlawanan di laman sendiri pada 18 Jun 2022 sekaligus lompat naik 5 anak tangga Liga Super 2022.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut yang diraih oleh skuad Penyu ini dengan kedudukan semasa berada di tangga ke-6 kedudukan Liga Super dengan jurang 4 mata di belakang KL City FC yang kekal dikedudukan ke-5 dengan 13 mata.

‘The Rhinos’ UniSZA Tempah Tiket Separuh Akhir Liga IPT

Aksi pemain jersi bernombor 18 Muhammad Al-Aqib Zulkifli setelah menjaringkan gol di minit ke-77 separuh masa kedua permainan sekaligus mengikat keputusan seri 1-1 untuk mengheret UPM ke penentuan sepakan penalti Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

Pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang dijenamakan sebagai ‘The Rhinos’ kini berada di landasan terbaik untuk menterjemah sasaran mereka musim ini bagi membawa pulang Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam kempen Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) yang telah tertunda sejak 2 tahun lalu berikutan situasi pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.

Sasaran tekad itu telah dimuktamadkan lebih awal demi menamatkan kemarau selama 6 tahun untuk perebutan trofi paling berprestij di pentas IPT setelah kali terakhir ‘The Rhinos’ dinobatkan juara pada tahun 2016.

Dalam usaha untuk memperkuatkan pasukan, ‘The Rhinos’ juga telah membuat pelaburan untuk melantik bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pemilik lesen kejurulatihan Diploma A, Mohd Norhisham Hassan selaku ketua jurulatih.

Persiapan rapi di awal musim memperlihatkan aksi ‘The Rhinos’ berjaya mengekalkan prestasi konsisten dengan catatan rekod tanpa kalah bagi ke semua aksi perlawanan di peringkat kumpulan sebelum layak untuk melangkah ke pusingan suku akhir ini.

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak UniSZA; Mohd Norhisham Hassan merupakan bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pernah mewakili pasukan Terengganu ke pentas Liga Super dan Liga Perdana pada 2002 sehingga 2007 kini merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma A.

“Syukur Alhamdullilah kami mampu menang dengan UPM ini momentum terbaik buat UniSZA untuk mara ke perlawanan akhir setelah 6 tahun kami kemarau kejuaraan begitu juga 2 tahun tiada sebarang perlawanan kompetitif buat kami. Rata-rata pemain ‘The Rhinos’ adalah pemain yang pertama kali beraksi untuk saingan kejohanan piala menteri ini ianya satu platform terbaik buat kami di peringkat IPT ini.” ujar Ketua jurulatih Mohd Norhisham Hassan yang ditemui PenyuSukan sejurus tamat perlawanan.

Terkini pada perlawanan suku akhir yang telah berlangsung di padang UniSZA, pasukan tuan rumah berjaya menafikan Universiti Putra Malaysia(UPM) yang hadir selaku pasukan pilihan dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 walaupun setelah tambahan masa diberikan.

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak UniSZA; Mohd Norhisham Hassan(dua dari kiri) merupakan bekas pemain kebangsaan pasca 2003-2005 yang juga pernah mewakili pasukan Terengganu ke pentas Liga Super dan Liga Perdana pada 2002 sehingga 2007 kini merupakan jurulatih bertauliah yang mempunyai lesen kejurulatihan Diploma A.

Seterusnya bagi aksi penentuan separuh akhir, pasukan IPT tunggal dari pantai timur ini dijadualkan bertandang ke tempat lawan untuk bertemu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPMN) pada Selasa nanti.

Pasukan yang layak untuk mara ke perlawanan akhir nanti dijadualkan pada 5 Julai nanti sekaligus melabuhkan tirai penganjuran Kejuaraan Liga IPT musim ini.

Keputusan rasmi aksi suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) di antara pasukan ‘The Rhinos’ UniSZA setelah menafikan UPM yang kini dalam misi perebutan trofi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

 

Senarai penuh nama-nama pemain bagi setiap pasukan yang berentap dalam aksi suku akhir Kejuaraan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi(Liga IPT) bagi perebutan trofi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di padang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak pada 14 Jun 2022.

‘The Rhinos’ Sasar Julang Piala Menteri Pengajian Tinggi

‘The Rhino’ merupakan pasukan bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin telah ditubuhkan pada 22 Januari 2011 untuk saingan pertama mereka dalam kempen kelayakkan Divisyen 2 Liga Bola Sepak IPT ketika itu. Kredit Foto – https://www.facebook.com/PusatSukanUniSZA

Skuad bola sepak Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mempertaruhkan hampir 90 peratus muka baharu bagi menghadapi Piala Menteri Pengajian Tinggi yang bermula 6 Jun ini.

Pengurus pasukan, Muzafar Mohd. Din, berkata, situasi itu bagaimanapun enggan dijadikan alasan oleh skuad The Rhinos untuk merebut trofi berkenaan yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2016.

Menurut Muzafar, persediaan rapi diketuai jurulatih, Mohd. Norhisham Hassan sejak awal tahun ini turut membuktikan hasrat skuad bola sepak Unisza menamatkan kemarau kejuaraan selama enam tahun.

“Daripada 25 pemain yang dibawa, hanya tiga yang pernah bersama pasukan pada edisi terakhir 2019 namun kekurangan pengalaman tidak akan mematahan moral barisan pemain.

“Pihak pengurusan meletakkan sasaran juara dan Unisza sendiri satu nama yang besar pernah menjuarai Divisyen Satu Liga IPT dan Piala MASUM pada 2015, Piala Menteri Pengajian Tinggi pada 2016 serta naib juara Piala Sumbangsih 2017.

“Kami akan bertarung habis-habisan walaupun bukan berstatus bintang seperti beberapa pasukan yang dibarisi pemain negara,” jelasnya selepas Majlis Memperkenalkan Penaja di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, skuad bola sepak Unisza yang diwakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff menerima suntikan tajaan RM20,000 bagi persediaan sepak mula kejohanan.

Sebanyak 12 pasukan bertanding dan dibahagikan empat kumpulan dengan Unisza diundi bersama UiTM Perlis serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam Kumpulan C.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan dua pasukan teratas kumpulan layak ke suku akhir.

X