TSS Criterium Challenge: Sasar 600 Penyertaan!

TSS Criterium Challenge 2021 mempertaruhkan 10 kategori perlumbaan melibatkan jentera ‘road bike’ mahupun ‘mountain bike(MTB)’ menyasarkan penyertaan seramai 60 pelumba bagi setiap kategori.

TSS Criterium Challenge 2021 membuka tirai kalendar penganjuran perlumbaan berbasikal pada tahun ini dengan mempertaruhkan 10 kategori yang akan menjadi tumpuan pelumba-pelumba sukan berbasikal sama ada dari jentera ‘road bike’ mahupun ‘mountain bike(MTB)’.

Penganjuran perlumbaan secara kompetitif anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama TSS Cycling Club selaku pengurus acara yang turut disokong oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu ini juga secara tidak langsung bakal menjadi pentas terbaik buat pelumba amatur di mana terdapat beberapa kategori yang menghadkan penyertaan pelumba profesional. Malah setiap kategori yang dipertandingkan juga turut dihadkan kepada 60 pelumba sahaja bagi setiap satu kategori. Sekaligus meletakkan sasaran penyertaan seramai 600 pelumba keseluruhan yang melibatkan 10 kategori acara yang dipertandingkan nanti.

Menambah menarik, selain kategori melibatkan pelumba berusia bawah 18 tahun turut dipertandingkan adalah kategori Men Veteran bagi pelumba yang berusia 46 tahun ke atas dengan taruhan kayuhan selama 10 minit serta tambahan 2 pusingan litar perlumbaan yang perlu ditamatkan.

Walaubagaimanapun, pentas perlumbaan yang dilihat mampu untuk menarik penyertaan dari seluruh negara namun pada penganjuran kali ini penyertaan hanya tertutup kepada penyertaan di dalam negeri Terengganu sahaja kecuali bagi kategori Men Pro yang dijangka turut menerima penyertaan beberapa pasukan berstatus antarabangsa.

TSS CRITERIUM CHALLENGE 2021

TARIKH: 16 Januari 2021
VENUE: Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus.

PENDAFTARAN: https://www.cognitoforms.com/TSS18/tsscriteriumchallenge

YURAN PENYERTAAN: RM 30

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 10 JANUARI 2021

PERTANYAAN: 0111-3228966 Ezany

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Seorang peserta boleh menyertai lebih dari satu kategori sekiranya layak.

2. Peserta bawah 18 tahun perlu mendapat keizinan dari ibu bapa atau penjaga.

3. Bagi acara MTB:

a) Hanya basikal MTB 26/ 27.5/29 sahaja dibenarkan.

b) Tayar minimum 1.95 off road, tayar (slick) tidak dibenarkan.

c) Penggunaan “Rigid Fork” adalah tidak dibenarkan.

d) Penggunaan “Crankset Mtb” sahaja dibenarkan.

 

KATEGORI PERLUMBAAN

1. Men Novice – terbuka untuk amatur yang tidak pernah menang podium dalam mana-mana acara sukan berbasikal. ( 15 minit + 2 pusingan ).

2. Women Open – terbuka untuk wanita ( 10 minit + 2 pusingan ).

3. Men Master – 38 – 45 tahun ( 15 minit + 2 pusingan ).

4. Men Veteran – 46 tahun ke atas ( 10 minit + 2 pusingan ).

5. Men Junior – terbuka lelaki 18 tahun ke bawah ( 15 minit + 3 pusingan ).

6. MTB Amateur – 18 tahun ke atas, tidak pernah mewakili negara, negeri, sukma atau kelab professional bawah UCI ( 15 minit + 2 pusingan ).

7. RB Amateur – 18 tahun ke atas, tidak pernah mewakili negara, negeri, sukma atau kelab professional bawah UCI ( 15 minit + 2 pusingan ).

8. MTB Open – terbuka lelaki 18 tahun ke atas ( 20 minit + 2 pusingan ).

9. RB Open – 18 tahun ke atas, pro riders under UCI tidak dibenarkan ( 25 minit + 2 pusingan ).

10. RB Pro – terbuka 18 tahun ke atas ( 30 minit + 2 pusingan)

Pertaruh Atlet Muda Rebut Tiket Olimpik


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/iTI9N8Su2F0

Skuad pelayaran negeri Terengganu dilihat berada di landasan yang tepat untuk meletakkan sasaran realistik bagi merebut tiket mewakili negara ke pentas Olimpik. Prestij penganjuran Olimpik yang tidak mempertaruhkan penyertaan had peringkat umur menjadi kelebihan buat atlet negeri ini yang rata-rata dibarisi oleh atlet berusia bawah 21 tahun. Malah layak untuk bertanding di pentas Olimpik sudah pasti menjadi keazaman bagi setiap atlet bertaraf profesional di seluruh dunia.

Jurulatih sukan pelayaran Terengganu Hamdan Mohd Rozi.

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pelayar negeri Terengganu dari pelbagai acara mengikut kategori bot yang akan tersenarai untuk menyertai kem kebangsaan. Kita menghantar pelayar-pelayar senior kita seperti sedia maklum Alif Safares Azmi, pasangan adik beradik Al Yauma Akma Zulkifeli dan Al Insyirah Aina Zulkifeli dan beberapa pelayar baharu kita yang sudah mula meningkat naik dari segi acara Optimist dan juga Laser 4.7..yang mana kia berharap mereka dapat terpilih untuk mendapat rentak sebagai pelayar kebangsaan. Jangkaan kita juga di Sukan Asia terutama di Olimpik harap sekurang-kurangnya seorang pelayar dari Terengganu dapat mewakili ke Olimpik Tokyo nanti.”, ujar jurulatih skuad pelayaran Terengganu Hamdan Mohd Rozi kepada PenyuSukan.com.

Asmadi Azman yang berusia 15 tahun(dua dari kanan) galas tanggungjawab selaku kapten bagi acara pelayaran berpasukan yang berjaya mencipta sensasi kejohanan setelah meraih pingat emas di Kejohanan Perlumbaan Antara Kelab Antarabangsa 2019(Inter Club Team Racing and Individual Optimist Sailing Championship 2019) yang telah berlangsung pada 27 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020 bertempat di Doha, Qatar. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Walaupun skuad pelayaran negeri ini merupakan program persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) namun rentetan demi rentetan kejayaan di pentas antarabangsa yang lebih tinggi sekaligus meletakkan penanda aras yang tersendiri.

Komitmen pelayar cilik yang rata-rata masih di bangku sekolah untuk berlatih setiap hari selama 6 hari seminggu mengambarkan seolah-olah mereka tiada beza dengan atlet kebangsaan yang berstatus profesional.

Atlet senior sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares berjaya tewaskan atlet bertaraf kebangsaan bagi acara International 420 dalam Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21. Kredit Foto – Instagram.com/alifsafares_35

Untuk rekod, pada awal tahun ini pelayar cilik Terengganu berjaya mencipta sensasi setelah meraih pingat emas Kejohanan Perlumbaan Optimist Antara Kelab Antarabangsa di perairan Qatar. Penyertaan pasukan cilik ini sekaligus menyelamat maruah negara setelah pasukan kebangsaan tidak dihantar berikutan prestasi buruk di Sukan SEA Filipina 2019.

Faktor keselamatan menjadi disiplin utama di dalam sukan pelayaran ini. Pendedahan yang tepat mampu memberi gambaran sebenar tentang sukan air yang bertaraf antarabangsa ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Faktor keselamatan menjadi disiplin utama di dalam sukan pelayaran ini. Pendedahan yang tepat mampu memberi gambaran sebenar tentang sukan air yang bertaraf antarabangsa ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Begitu juga pada tahun ini pelayar wanita Al Yauma Akma Zulkifeli turut membuat kejutan di atas tiket negeri dalam penganjuran antarabangsa untuk muncul juara dalam Langkawi International Reggata Perdana pada tahun ini.

Sebelum itu atlet senior sukan pelayaran negeri Terengganu; Alif Safares turut membuat kejutan menewaskan atlet kebangsaan bagi kategori bot International 420 dalam Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21.

Sorotan KTRC Criterium Race – Pro Race


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/s_hvrrf7Em8

Sorotan perlumbaan Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race bagi acara Pro Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

Sebanyak 7 kategori acara perlumbaan yang dipertandingkan yang mempertaruhkan kayuhan sejauh 1.2km bagi setiap pusingan turut melibatkan acara peringkat umur bawah 15 dan bawah 18 tahun.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/ktrc-criterium-race-kayuhan-tengkujuh-200-pelumba-7-kategori/

Sorotan KTRC Criterium Race – Lelaki Terbuka


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/aGapgAXMYRg

Sorotan perlumbaan Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race bagi acara Lelaki Terbuka yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

Sebanyak 7 kategori acara perlumbaan yang dipertandingkan yang mempertaruhkan kayuhan sejauh 1.2km bagi setiap pusingan turut melibatkan acara peringkat umur bawah 15 dan bawah 18 tahun.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/ktrc-criterium-race-kayuhan-tengkujuh-200-pelumba-7-kategori/

KTRC Criterium Race: Pencarian Bakat Pelumba Basikal Terengganu


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/6qf2VAVGbes

Ulasan Syed Mohd Husaini Syed Mazlan selaku ketua jurulatih berbasikal negeri Terengganu sewaktu penganjuran Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

Penganjuran perlumbaan kriterium ini akan diteruskan bagi setiap 2 bulan sekali menjadi pentas terbaik buat atlet-atlet SUKMA yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk melepaskan momentum latihan sepenuh masa mereka.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/ktrc-criterium-race-kayuhan-tengkujuh-200-pelumba-7-kategori/

30 Pelayar Terengganu Terpilih Sertai Pemilihan Kem Kebangsaan


Seramai 30 atlet sukan pelayaran negeri Terengganu telah terpilih untuk menyertai program pemilihan kem kebangsaan yang berpusat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, pulau Langkawi yang akan berakhir pada 24 Disember nanti.

Program pemilihan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara(MSN) bersama badan induk Persatuan Pelayaran Malaysia adalah sebagai persediaan untuk membentuk pelapis atlet sukan pelayaran bagi jangka masa panjang menghadapi temasya Sukan SEA dan Sukan Asia nanti.

Menambah menarik, Terengganu mempertaruhkan sepenuhnya atlet-atlet berusia bawah 21 tahun yang kini dalam persediaan pasukan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) di bawah kendalian Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) untuk menyertai kem pemilihan atlet kebangsaan ini.

Penyertaan atlet-atlet dari negeri ini melibatkan disiplin sukan pelayaran bagi acara International 420, laser radial, laser 4.7, luncur angin dan optimist yang merupakan prospek pungutan pingat negara di pentas antarabangsa.

Antara nama-nama besar sukan pelayaran negeri ini yang terpilih adalah seperti Alif Safares Azmi, pasangan adik beradik Al Yauma Akma Zulkifeli dan Al Insyirah Aina Zulkifeli, Muhammad Fikri Aqil Mohd Fouzi dan Sofiatul Khadija Markham.

Turut berlangsung di pulau Langkawi nanti juga adalah kejohanan simulasi bagi program ‘Road To Tokyo 2020’ yang akan melibatkan penyertaan dari beberapa atlet kebangsaan.

Jurulatih sukan pelayaran Terengganu Hamdan Mohd Rozi.

“Di mana Terengganu menghantar semaksimum yang mana kita dah mula berlatih dari sejak awal PKP dari kita buat video call sampai kita turun air yang mana kita yakin pelayar-pelayar dari Terengganu akan cuba dapat slot kebangsaan ..dapat duduk dalam program Sukan Asia 2022, SEA Games 2023 dan 2025 untuk pelayar-pelayar termuda yang mereka cungkil bakat.”, ujar jurulatih pelayaran Terengganu Hamdan Mohd Rozi kepada PenyuSukan.com

Atlet sukan pelayaran Terengganu Alif Safares Azmi yang mengungguli disiplin bot International 420.

“Saya menaruh harapan yang tinggi di pemilihan ini. Suatu peluang yang telah lama saya nantikan dan sudah pasti saya tidak akan sia-siakan. Sebagai seorang atlet sudah pasti pentas Olimpik menjadi impian kami semua. Saya ingin buktikan yang anak jati Terengganu juga mampu untuk beraksi di Olimpik.”, ujar Alif Safares Azmi yang akan merebut slot disiplin international 420 nanti.

Pada Kejohanan KFC–Tunku Laxamana Regatta Terbuka Port Dickson Edisi Ke 21 2019 yang lalu, Alif Safares Azmi membuat kejutan untuk menewaskan atlet kebangsaan Muhammad Syafie Ali dan Muhammad Fauzi Kaman Shah merupakan atlet kebangsaan sepenuh masa di bawah program PODIUM yang berjaya dinafikan oleh pelayar negeri Terengganu ini.

Al Yauma Akma Zulkifeli merupakan atlet pelayar negeri Terengganu berpasangan dengan adiknya Al Insyirah Aina Zulkifeli bagi disiplin bot Laser Radial.

“Saya amat teruja sekali lagi dapat terpilih menyertai program kem kebangsaan dan saya berharap kali ini saya akan terpilih dan dapat slot ke Olimpik Tokyo. Saya tahu ramai pelayar-pelayar yang hebat di luar sana untuk merebut slot ini namun saya yakin dengan kemampuan saya untuk memberi cabaran.”, berkata dengan penuh semangat pelayar senior Terengganu Al Yauma Akma Zulkifeli yang beraksi dalam disiplin laser radial.

Untuk rekod, terkini Al Yauma Akma Zulkifeli telah berjaya mencipta sensasi penganjuran antarabangsa untuk muncul juara setelah mewakili negeri Terengganu dalam Langkawi International Reggata Perdana pada tahun ini.

Senarai Penuh Nama-Nama Pelayar Yang Terpilih

INT 420
1. ALIF SAFARES BIN ‘AZMI
2. MUHAMMAD NAZMI QUSYAIRI BIN MOHD NAZRI
3. WAN SARAH EMALIN BINTI WAN IMAN
4. SITI NAYLI SYAHIRA BINTI MOHD SHARULNIZAN
5. MUHAMMAD IZ’AAN DANIAL BIN MOHD AZIZUL AMIRUL
6. IKRAMI HAKIMIN BIN MARKHAM
7. WAN NADATUL HAJAR BINTI WAN IMAN
8. NOR AISYAH BINTI WAHAB

Pelayar Senior akan menjadi partner kepada pelayar baru

WINDSURFING (Luncur Angin)
1. SOFIATUL KHADIJA BT MARKHAM@MARHAM
2. NUR AIN SOLEHAH BINTI ROSLI
3. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MANSOR
4. MUHAMMAD AIFI SYAQIEREEN BIN ABDULLAH

LASER 4.7
1. MUHAMMAD FIKRI AQIL BIN MOHD FOUZI
2. MUHAMMAD ZAQWAN AFIQ BIN MARZUKI
3. ASMADI BIN AZMAN

LASER RADIAL
1. AL INSYIRAH AINA BINTI ZULKIFELI
2. AL YAUMA AKMA BINTI ZULKIFELI
3. PEMILIHAN SEORANG DARIPADA – AL JAZIMIN AFIF BIN ZULKIFELI/MUHAMMAD IRFAN AMMAR BIN MAHYUDDIN/AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD ROZI

OPTIMIST
1. MUHAMMAD ADAM AIERELL BIN MOHD AZIZUL AMIRUL
2. MUHAMAAD HAZIQ NAUFAL BIN ABDULLAH
3. ARIF FARHAN BIN MOHD ROZI
4. HARITH MIKAIL BT MOHD HUSNI
5. HAZIQ MUSTAQIM BT MOHD HUSNI
6. MUAZ MUJAHID BIN KHAMARUL AZWAN
7. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD SHAARI
8. NUR FAARIHAH BINTI ABDUL RANI
9. NOR IZNIEY HUMAIRA BINTI MOHD AZRI
10. NUR ASMA BALQIS BINTI ROSLI
11. AISYA FARISYA BINTI MOHD AZIRAN
12. MUHAMMAD SHAROL HAZIQ BIN MOHD NASIR

Pentas Momentum Atlet SUKMA Basikal Terengganu


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/XVgMCf3BrxI

Ulasan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya sewaktu penganjuran Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

Penganjuran perlumbaan kriterium ini akan diteruskan bagi setiap 2 bulan sekali menjadi pentas terbaik buat atlet-atlet SUKMA yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk melepaskan momentum latihan sepenuh masa mereka.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/ktrc-criterium-race-kayuhan-tengkujuh-200-pelumba-7-kategori/

KTRC Criterium Race: Kayuhan Tengkujuh 200 Pelumba 7 Kategori

Kejohanan lumba basikal kriterium yang dijenamakan sebagai Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race mempertaruhkan 7 kategori acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

Sebaik sahaja kelonggaran rentas daerah dan negeri Terengganu dibenarkan berikutan perlaksaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebelum ini, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) bersama Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu(PLBNT) pantas mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perlumbaan kompetitif secara tertutup.

Perlumbaan kriterium yang dijenamakan sebagai ‘Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race’ ini menjadi pentas penting buat atlet-atlet Sukan Malaysia(SUKMA) negeri ini untuk mencari momentum kayuhan setelah berlatih sejak sekian lama tanpa saingan padu. Penyertaan oleh pelumba-pelumba bertaraf profesional juga secara tidak langsung menambah prestij penganjuran dalam memberi cabaran kayuhan musim tengkujuh mengikut kategori yang ditetapkan.

Pelumba BMX Terengganu Saniy Syahmi Mohd Safiee(jersi putih hadapan dua dari kiri) dan Amer Akbar Anuar (jersi putih hadapan tiga dari kiri) turut berentap kayuhan dalam Kuala Terengganu Ride Challenge yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

Sebanyak 7 kategori acara perlumbaan yang dipertandingkan yang mempertaruhkan kayuhan sejauh 1.2km bagi setiap pusingan turut melibatkan acara peringkat umur bawah 15 dan bawah 18 tahun. Penganjuran ini berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai 200 pelumba turut menjadi serampang dua mata oleh pemegang taruh sukan berbasikal negeri ini dalam usaha pencarian pelapis bakat-bakat baharu untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia SUKMA Johor 2022 nanti. Impak dari penganjuran ini mengambarkan perkembangan sukan berbasikal negeri Terengganu tidak ketandusan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan.

Pelumba Terengganu Incorporated Cycling Team(TSG) Mohd Harrif Salleh berjaya menepati ramalan untuk muncul juara bagi kategori ‘Pro Race’ setelah menafikan beberapa pelumba hebat yang kian meningkat naik seperti Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek yang juga rakan sepasukan dari TSG, serta pelumba Sapura Cycling Team(TSC) Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya yang turut hadir ke Kuala Terengganu Ride Challenge yang mempertaruhkan 7 kategori acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

“Sebenarnya kami di MSN sentiasa menyokong persatuan-persatuan ataupun pasukan-pasukan di bawah program SUKMA untuk mengadakan pertandingan secara dalaman untuk mempertingkatkan dan juga memberi peluang kepada semua atlet kita yang selama ini berlatih tanpa pertandingan untuk mengasah bakat mereka untuk mengurangkan rasa boring dalam mengadakan latihan setiap hari,” ujar Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya

Ketua Jurulatih Berbasikal Negeri Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan sewaktu Kejohanan Kuala Terengganu Ride Challenge yang mempertaruhkan 7 kategori acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.

“Pendekatan yang MSNT anjur bersama dengan persatuan, kita hendak mencari bakat-bakat baharu untuk tahun depan sebagai pelapis untuk program SUKMA kita lah untuk akan datang. Kejohanan yang kita buat ini..Alhamdullilah ..sambutan yang begitu hangat dari setiap daerah-daerah. Untuk setakat ini Alhamdullilah.. kita tidak akan ketandusan sebab rider rider kita ini boleh dikatakan memang komitmen diaorang ini memang terbaik setakat ini,” mengulas Syed Mohd Husaini Syed Mazlan selaku ketua jurulatih berbasikal negeri Terengganu.

Velodrom Azizulhasni Awang Siap April 2022

Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022 nanti. Mendapat jolokan ‘Velodrom Azizulhasni Awang’ merupakan aset di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang terletak di atas PT 14878(Lot 71834) berhampiran Masjid Balai Besar dan Sekolah Menengah Balai Besar serta Sekolah Kebangsaan Balai Besar dengan jarak lebih kurang 4km dari pusat Bandar Dungun.

Pembinaan velodrom yang pertama di Terengganu malah di negeri-negeri pantai timur telah bermula sejak 12 Disember 2019 di bawah tanggungjawab kontraktor Serada Reality Sdn. Bhd.

Kerja-kerja pembinaan yang bermula sejak 12 Disember 2019 lalu sepatutnya siap pada 8 Disember 2021 tertunda berikutan kekangan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sewaktu penularan pandemik COVID-19. Walaupun sedemikian, projek pembinaan yang dijalankan Serada Reality Sdn. Bhd. iaitu kontraktor anak jati Terengganu ini berjaya meneruskan kerja pembinaan dengan jitu sehingga 85 hari lebih awal dari jadual seperti mana laporan yang dibentangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu lawatan ke tapak pembinaan velodrome pertama di pantai timur yang terletak di Kampung Balai Besar, Dungun pada 17 November 2020.

“Setelah 8 tahun kita menunggu, setelah 8 tahun tapak ini diberikan kepada pihak KBS untuk dibangunkan velodrom ini akhirnya pada tahun 2019 kita berjaya memulakan projek ini dan Alhamdullilah sekarang ini sudah nampak rupa dan mudah-mudahan ia akan bakal menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang bakal melahirkan ramai lagi atlet seperti Azizulhasni Awang, InsyAllah.”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah kepada PenyuSukan.com

Butiran am projek Kompleks Velodrom Dungun yang dibentangkan sewaktu lawatan tapak pembinaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah pada 17 November 2020. Kredit – Serada Reality Sdn. Bhd

Terbinanya velodrom ini sudah pasti mampu untuk memberi manfaat sepenuhnya pada program pembangunan sukan berbasikal negeri Terengganu yang sejak sekian lama berlatih di tempat yang tidak sepatutnya. Selama ini rata-rata atlet negeri ini terpaksa berkayuh ke luar dari negeri sendiri untuk mendapatkan pengalaman kayuhan di dalam velodrom. Selain itu sudah pasti negeri Terengganu ini bakal menjadi destinasi penganjuran sukan perlumbaan berbasikal yang mampu memberi cabaran tersendiri kepada setiap pelumba yang selama ini tiada pilihan untuk berada di velodrome tertentu.

Tapak cadangan projek Kompleks Velodrom Dungun terletak di atas sebahagian tanah seluas yang berjumlah 10,8092m² / 26.71 acres / 10.81 Ha. Keluasan tanah yang digunakan untuk projek ini melibatkan 24192.0m² / 5.98 acres/ 2.42 Ha (22.4%) daripada keseluruhan yang dibentangkan sewaktu lawatan tapak pembinaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah pada 17 November 2020. Kredit – Serada Reality Sdn. Bhd

Sehingga kini, sekiranya siap velodrom di Dungun menjadikan venue sukan berbasikal yang ke-5 dibina dalam negara setelah Velodrome Rakyat yang terletak di Ipoh menjadi velodrom yang pertama di bina dalam negara pada 1985, Velodrom Nasional Malaysia yang terletak di Nilai dan sebuah lagi di Johor bagi venue pertandingan Sukan Malaysia Edisi Ke-20 nanti. Manakala Velodrom Cheras yang siap dibina pada tahun 1989 kini dilaporkan dalam proses kerja-kerja perobohan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

Untuk rekod, Terengganu sememangnya merupakan kuasa besar sukan berbasikal dalam pelbagai disiplin perlumbaan seperti lebuh raya, trek, BMX, Downhill dan MTB di mana kesemuanya di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman besar sama ada di arena perlumbaan tempatan mahupun antarabangsa. Program pembangunan yang digarap rapi bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu sentiasa berjalan untuk memastikan kesinambungan pelumba-pelumba yang tersedia ada berterusan.

Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022.

SENARAI PEMBINAAN VELODROM DALAM NEGARA

Velodrom Rakyat, Ipoh (Dibina pada 1985)
Velodrom Cheras, W.P Kuala Lumpur (Dibina pada 1989)
Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan (Dibina pada 2015)
Velodrom Johor, Iskandar Puteri, Johor (Dibina pada 2019)
Velodrom Dungun, Terengganu (Dibina pada 2019)

 

SUKMA 2022: Juara Bertahan Kekalkan Misi

Penganjuran temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) secara rasminya ditunda untuk tempoh masa dua tahun lagi pada 2020 setelah sebelum ini telah ditunda sebanyak dua kali dalam tempoh masa kurang dari 10 bulan berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah.

Susulan perkembangan terkini penganjuran temasya Sukan Malaysia 2020 (SUKMA Johor 2020) yang ditunda pada tahun 2022 berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah, Terengganu dilihat tetap optimis untuk mempertahankan kejuaraan walaupun dijangka akan terkesan dengan keputusan tersebut. Keputusan cadangan kenaikan had umur penyertaan pada penganjuran seterusnya bakal menjadi percaturan drastik buat kontijen negeri ini.

Sama ada perlu merombak sepenuhnya atau mengekalkan barisan atlet-atlet yang telah bertungkus lumus berlatih sejurus tirai SUKMA Perak 2018 dilabuhkan merupakan keputusan sukar perlu dibuat secepat mungkin. Keputusan awal ini juga teramat penting memandangkan prospek sasaran pingat masih menyandarkan kudrat atlet-atlet senior yang sepatutnya membuat penampilan terakhir bagi temasya dwi tahunan yang dijadualkan pada tahun ini. Begitu juga dengan persediaan barisan atlet pelapis yang masih belum menimba pengalaman sepenuhnya bakal menjadi taruhan untuk beraksi di pentas tertinggi temasya SUKMA ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya.

“Walaubagaimanapun kita masih menunggu keputusan mesyuarat teknikal SUKMA yang akan diadakan pada masa terdekat untuk menentukan had umur penyertaan atlet bagi SUKMA 2022. Namun begitu kita menyokong penuh cadangan yang diutarakan dalam mesyuarat jawatan kuasa tertinggi SUKMA untuk menaikkan had umur atlet yang bertanding SUKMA 2022 iaitu kepada 23 tahun. Ini kerana kita mengambil kira pelaburan, persediaan yang telah lama kita buat oleh kerajaan, Majlis Sukan Negeri Terengganu.”; ujar Ahmad Shahrizal Yahaya selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu kepada PenyuSukan.com. Beliau yang baharu menggalas jawatan selaku Pengarah MSNT mengantikan Ibni Amin Busu yang bersara wajib ini juga turut menekankan bahawa halatuju MSNT tetap tidak berubah dalam kempen untuk mempertahankan kejuaraan.

Selain percaturan baharu persiapan kontijen yang memberi tekanan buat Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT), perancangan kewangan perbelanjaan kontijen juga perlu dirangka secepat mungkin memandangkan perbentangan belanjawan negeri akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, jutaan ringgit telah dilaburkan oleh kerajaan negeri melalui MSNT untuk mengekalkan momentum selaku juara keseluruhan pada edisi lalu. MSNT juga telah memulakan kempen ‘2020 Victory Mission’ bagi mempersiapakan kontijen sejurus tamat SUKMA Perak 2018 untuk memberi fokus pada edisi seterusnya SUKMA Johor 2020 yang telah dibatalkan pada tahun ini.

Untuk rekod pada SUKMA Perak 2018 yang lalu, Terengganu muncul juara keseluruhan setelah merangkul 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa dengan penyertaan seramai 555 atlet negeri ini.

Arkitek Sukan Terulung Wariskan Legasi

Ibni Amin Busu menerima cenderahati kenang-kenangan semperna persaraan beliau daripada Ahmad Shahrizal bin Yahaya(kanan) yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ringkas telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Arkitek sukan Terengganu terulung yang sememangnya tidak dapat dinafikan; Ibni Amin Busu mewariskan legasi ekosistem pembangunan sukan negeri itu dengan menamatkan perkhidmatannya penuh cemerlang untuk bersara wajib selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bermula pada 13 Oktober 2020

Beliau yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan di era 80an, mula memperkemaskan takbir urus badan sukan negeri ini secara bersepadu setelah dipinjamkan daripada Majlis Sukan Negara(MSN) pada 2006 untuk pertama kali berkhidmat di negeri kelahirannya, dalam persediaan Terengganu selaku tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-12 pada 2008.

Tugasan pertama tersebut sekaligus berjaya mencipta penanda aras baharu untuk muncul juara keseluruhan dan seterusnya mencipta sensasi kejayaan demi kejayaan sehinggakan meletakkan Terengganu selaku kuasa besar sukan tanah air. Malah turut telah berjaya melahirkan beberapa atlet bertaraf Olimpik seperti Azizulhasni Awang dan Khairul Anuar Mohamad yang sehingga kini layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020. Begitu juga hasil program plan pembangunan sukan 10 tahun ke hadapan, yang telah dirangka sejak dari awal sehingga kini berjaya menempatkan ramai atlet-atlet kelahiran negeri ini untuk berada dalam kem pasukan kebangsaan.

Sebahagian besar resepi kejayaan yang dicipta bersama Terengganu ini adalah hasil dari pengalaman yang ditimba sewaktu terlibat dalam merangka penganjuran sulung Sukan Komanwel di tanah air pada tahun 1998. Momentum kejayaan itu tidak terhenti di situ sahaja di mana pada tahun seterusnya, anak jati Kuala Terengganu ini telah dipanggil mengetuai deligasi khas dari Malaysia untuk membantu sepenuhnya penganjuran temasya Sukan SEA 1999 di Brunei.

Ibni Amin Busu(tengah) merakamkan detik terakhir berkhidmata selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

“Kepada persatuan-persatuan sukan, saya harapkan kerjasama yang padu kepada pengarah baru dalam mencipta kejayaan yang berterusan kerana kejayaan ini bukanlah dicipta oleh individu seorang tetapi dicipta oleh satu pasukan. Bagi atlet-atlet saya, saya tau mereka merupakan aset besar kepada negeri dan mereka ada keupayaan-keupayaan tersendiri. Sebab kita telah kenal pasti daripada awal. Jadi saya harap mereka terus perjuangan dalam membantu negeri mencipta nama kejayaan yang cemerlang kepada diri, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada negeri dan sudah tentu kerajaan negeri. Supaya kejayaan yang telah kita kecapi dan telah bina selama ini akan berterusan di masa-masa akan datang”; berkata beliau kepada PenyuSukan sewaktu menanti detik-detik terakhir menamatkan perkhidmatannya.

Legasi yang ditinggalkan ini juga dilihat berjaya membentuk satu ekosistem sukan yang sempurna untuk tidak hanya memfokuskan pungutan pingat semata-mata dengan penerokaan bidang-bidang baharu lain yang berkaitan. Beberapa kerjasama telah berjaya dijalinkan dengan beberapa agensi lain sama ada di sektor pendidikan mahupun korporat secara tidak langsung memberi ruang dan peluang buat lepasan atlet untuk pergi lebih jauh demi masa depan mereka.

Ibni Amin Busu diraikan dengan penuh penghormatan oleh warga kerja Majlis Sukan Negeri Terengganu pada detik-detik akhir persaraan beliau sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ringkas telah berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Sebagai penghormatan terakhir oleh warga Majlis Sukan Negeri Terengganu, satu majlis ringkas telah berlangsung dalam suasana hujan lebat yang diadakan sejurus tamatnya detik terakhir perkhidmatan arkitek sukan negeri itu dirakamkan.

Persaraan ini sudah pasti amat dirasai oleh seluruh penggiat dan peminat sukan dalam negeri Terengganu mahupun di peringkat kebangsaan. Kami dari bilik berita PenyuSukan, mengucapkan ribuan terima kasih di atas dan tahniah di atas segala jasa yang telah dicurahkan. Selamat bersara!

Skuad E-Terengganu ‘Lari’ Dari Dunia Digital

Barisan atlet sukan elektronik Terengganu bersama kepimpinan Esports Malaysia Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu sewaktu hadir ke program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Skuad sukan elektronik(e-sports) Terengganu yang kini julung-julung kali dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) berkelana jauh meninggalkan dunia digital mereka seketika dalam usaha mencari realiti jati diri sebagai atlet elektronik.

Program yang dijenamakan sebagai ‘Team Realignment Program(TRiM) telah berlangsung selama dua hari pada 17 & 18 September lalu di pendalaman Tasik Kenyir, Hulu Terengganu disertai seramai 25 peserta di mana 15 daripadanya adalah barisan atlet sepenuhnya manakala selebihnya adalah pasukan pengurusan yang terdiri dari Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Esports Malaysia Terengganu selaku badan induk sukan elektronik di peringkat negeri dan penceramah jemputan.

Barisan atlet sukan elektronik Terengganu sewaktu pengisian slot aktiviti bagi program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Kehadiran pemenang 3 pingat emas di pentas antarabangsa yang pernah menduduki tangga kedudukan ke-4 dunia bagi atlet elektronik profesional FIFA, Rinie Ramli yang turut sama ‘terapung’ selaku penceramah jemputan menjadi tambah nilai yang tiada nilainya bagi memantapkan lagi pengisian program. Color Blind, Team Dynamic Eye Maze, Sniper Story Telling antara slot slot modul pengisian dalam program ini yang telah berlangsung selama dua hari satu malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh Rinie Ramli atau turut dikenali sebagai si_jali di kalangan penggiat sukan elektronik seluruh dunia.

Barisan atlet sukan elektronik Terengganu sewaktu pengisian slot aktiviti bagi program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

“Kesimpulannya, setiap anak-anak muda ada bakat dan memang berusaha keras untuk mencapai impian mereka tetapi tanpa bimbingan yang betul, mereka mungkin sukar untuk mencari jalan yang lain merentasi halangan yang berada di hadapan mereka. Kerana itulah MSN dan ESMT mengambil jurulatih bagi membantu mereka kerana jurulatih ni ada pengalaman yang banyak untuk membimbing mereka. Yang penting, mereka kerana terus bergerak ke hadapan dan tidak selesa dengan di mana mereka berada sekarang.”, ujar Rinie Ramli yang pernah menjawat jawatan selaku setiausaha agung Esports Malaysia selaku badan induk kebangsaan bagi sukan elektronik.

Kiri – Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merangkap pengurus pasukan sukan elektronik Terengganu bersama barisan atlet esports Terengganu sewaktu program kem bina semangat bertempat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 17 & 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

“Sememangnya tasik Kenyir ini menjadi pemilihan lokasi yang tepat bagi program ini. Kami ingin lari jauh dari dunia digital yang sememangnya tidak boleh dinafikan bagi kami selaku pasukan esports. Namun ini yang perlu kami lakukan untuk mencari dan membina realiti jati diri setiap atlet sukan elektronik ini. Kami perlu pupuk kesefahaman dan kerjasama dalam berpasukan yang secara tidak langsung menjadi elemen pembangunan sahsiah atlet itu sendiri. Sukan elektronik ini bukanlah suatu sukan yang terletak di bahu individu atlet semata-mata. Bukan itu yang kami mahupun dan kerana itu kami di berada di tasik Kenyir ini.”, ujar Setiausaha Esports Malaysia Terengganu Syed Afif Hakimi Tengku Abdillah merangkap pengurus pasukan sukan elektronik Terengganu yang akan membawa cabaran di temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20(SUKMA Johor 2020) nanti.

Beliau juga turut mengulas kepada PenyuSukan.com bahawa selepas ini lebih banyak program – program sedemikian mahupun kursus-kursus berkaitan dengan sukan esports untuk diberi pendedahan kepada atlet-atlet sukan elektronik Terengganu ini memandangkan corak persediaan pasukan telah berubah seiring dengan perkembangan semasa di peringkat dunia.

Untuk rekod, pada temasya SUKMA Johor 2020 nanti merupakan penganjuran sulung yang mempertaruhkan sukan elektronik. Sebanyak 5 pingat keseluruhan dipertandingkan yang dijadualkan akan berlangsung bertempat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 30 Mac 2021 sehingga 1 April 2021 nanti.

Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya: Terengganu Bermula Terakhir Berakhir Pertama

Dari kiri – pelumba Siti Nur Alia Mansor, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan(ketua jurulatih), Nurul Najwa Mohamad Fauzi dan Fatin Noryasminajwa Norhisham setelah merangkul pingat emas bagi acara ujian masa berkumpulan pada Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Instagram.com/aliaa.mansorr

Tirai Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 dikejutkan dengan sensasi perlumbaan yang dicipta oleh pasukan berbasikal wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2020) setelah berjaya merangkul pingat emas dengan penuh bergaya dalam acara ujian masa berpasukan(Team Time Trial) yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka.

Kejayaan ini juga sudah pasti amat bermakna buat ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan sekaligus menjadi penanda aras terbaik bagi program pembangunan yang telah dijalankan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu selama ini.

Kuatet berbasikal wanita Terengganu cipta sensasi perlumbaan Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020 untuk menafikan Selangor selaku naib juara dan Johor di tempat ke-3. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia

Walaupun bermula di perlepasan terakhir di mana kedua-dua kategori lelaki dan wanita telah dilepaskan serentak, kayuhan padu kuartet barisan pelumba Terengganu berjaya membuktikan ianya bukan satu halangan untuk muncul juara dengan catatan masa 1:08:32.940. Pasukan berbasikal Terengganu ini juga turut membuat kejutan setelah aksi kejar mengejar berjaya memintas pasukan wanita Selangor dan Sabah yang bermula kayuhan lebih awal malah menambah menarik turut berjaya untuk menyamai kelajuan dengan pasukan lelaki dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM).

Dari kiri – pelumba berbasikal Terengganu Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham bersama Siti Nur Alia Mansor menyarung sendiri jersi kemenangan bersama pingat emas sebagaimana menuruti Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah sewaktu berlangsung perlumbaan Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia

Walaupun gagal untuk memintas pasukan wanita Johor dihadapan, namun keputusan catatan masa terpantas yang menjadi taruhan sudah pasti menjadi takdir buat pasukan wanita Terengganu ini untuk muncul juara. Kejayaan ini juga bukan kayuhan mudah barisan pelumba Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi, Siti Nur Alia Mansor dan Fatin Noryasminajwa Norhisham yang terpaksa mengekalkan momentum dengan keadaan jalan raya beralun dan rintangan angin kuat di hari perlumbaan.

Aksi kuatet berbasikal wanita Terengganu sebelum perlumbaan di mana menjadi pasukan terakhir untuk dilepaskan dalam acara perlumbaan ujian masa berkumpulan wanita dalam Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia

Malah menambah duka buat pelumba Fatin Noryasminajwa Norhisham yang tercicir di belakang pasukan setelah mengalami masalah teknikal ketika kayuhan berbaki 200 meter ke garisan penamat sedikit sebanyak menambah cabaran buat pasukan ini.

Dari kiri – pelumba Siti Nur Alia Mansor, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi dan Fatin Noryasminajwa Norhisham setelah merangkul pingat emas bagi acara ujian masa berkumpulan pada Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Kredit Foto – Instagram.com/aliaa.mansorr

“Walaupun saya tercicir pada 200 meter terakhir disebabkan masalah teknikal pada basikal saya, saya tetap berbangga dengan pencapaian ahli pasukan saya. Tidak dinafikan kredit kepada mereka semua yang telah berusaha keras selama ini. Bermula di perlepasan terakhir, namun kami dapat memintas Sabah dan Selangor yang mendahului kami sesuatu yang membakar semangat kami untuk terus ke hadapan. Kami juga tidak menyangka dapat menyamai kelajuan pasukan lelaki(Angkatan Tentera Malaysia) walaupun dengan keadaan jalan yang beralun dan tentangan angin yang kuat pada hari ini. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang berusaha keras selama ini untuk kejayaan hari ini.”; ujar Fatin Noryasminajwa Norhisham kepada PenyuSukan.com

“Saya begitu teramat teruja untuk kejayaan hari ini kerana ini adalah pertama kali saya berlumba dalam acara ini. Saya amat terharu dan bangga dengan kejayaan ini bersama ahli pasukan lain. Terima kasih kepada jurulatih yang memberi kepercayaan kepada saya. Kejayaan ini juga bukan mudah untuk saya kerana saingan sengit kejar mengejar oleh Johor dan Selangor yang dipintas oleh kami. Angin yang kuat juga turut menambah halangan buat kami.”; berkata pelumba Siti Nur Alia Mansor yang begitu teruja setelah pertama kali berentap bagi acara ujian masa berkumpulan.

 

Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 membuka tirai perlumbaan di Bukit Katil, Melaka bermula 18 September sehingga 20 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/pkbmalaysia
Keputusan rasmi Kejohanan Kebangsaan Jalan Raya 2020 yang telah berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020 bagi acara Ujian Masa Berpasukan Wanita yang telah dimenangi oleh pelumba Terengganu.

Bapa Angkat Sukan Ragbi Terengganu


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/kLebqK2NFB4

Skuad ragbi lelaki dan wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) mendapat suntikan moral setelah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM lima ribu ringgit. Inisiatif ini dilihat tepat pada waktunya memandangkan pasukan ragbi negeri ini kian menghampiri fasa-fasa terakhir program latihan yang kini berbaki kurang 6 bulan sebelum penganjuran nanti.

Sumbangan yang disampaikan oleh bapa angkat sukan ragbi iaitu Tuan Haji Alias Harun dalam satu majlis ringkas bersama jabatan angkat dan barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk meraikan kesungguhan atlet-atlet muda ragbi negeri ini. Turut hadir adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu bersama Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad yang menyempurnakan majlis ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/skuad-ragbi-terima-suntikan-rm-5k

Skuad Ragbi Terengganu Terima Suntikan RM 5k

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad(kiri) menerima replika sumbangan wang tunai sebanyak RM 5,000.00 daripada Tuan Haji Alias Harun selaku bapa angkat sukan ragbi negeri Terengganu dalam satu majlis yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 8 September 2020. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Skuad ragbi lelaki dan wanita Terengganu yang kini dalam persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) mendapat suntikan moral setelah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM lima ribu ringgit. Inisiatif ini dilihat tepat pada waktunya memandangkan pasukan ragbi negeri ini kian menghampiri fasa-fasa terakhir program latihan yang kini berbaki kurang 6 bulan sebelum penganjuran nanti.

Sumbangan yang disampaikan oleh bapa angkat sukan ragbi iaitu Tuan Haji Alias Harun dalam satu majlis ringkas bersama jabatan angkat dan barisan kepimpinan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk meraikan kesungguhan atlet-atlet muda ragbi negeri ini. Turut hadir adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu bersama Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohamad yang menyempurnakan majlis ini.

Tuan Haji Alias Harun yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang turut menzahirkan ingin menghadiahkan pungutan pingat emas nanti kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Ibni Amin Busu yang bakal menamatkan perkhidmatannya sejurus SUKMA Johor 2020 menutup tirai.

“Yang paling saya bangga ialah pasukan wanita tahun ini fully anak Terengganu. Ini satu kebanggaan kepada negeri Terengganu dan saya ucap tahniah lah kepada MSNT terutama sekali kepada pengarah dan presiden ragbi kerana mengambil langkah persediaan awal untuk kita menterjemahkan bahawa anak Terengganu memang mampu untuk berada dalam apa sahaja arena kesukanan ini.”; ujar Bapa Angkat Sukan Ragbi Tuan Haji Alias Harun kepada PenyuSukan.com

“Kami amat berterima kasih bagi pihak pasukan ragbi lelaki dan perempuan SUKMA 2020 dan sumbangan ini insyAllah akan menjadi satu motivasi kepada pemain-pemain untuk lebih giat menjalani persiapan SUKMA tahun depan. InsyAllah kami akan gunakan sumbangan ini untuk membeli keperluan-keperluan pasukan terutamanya makanan tambahan dan beberapa peralatan asas untuk setiap atlet.”; berkata Izaimi Zainuddin selaku ketua jurulatih yang telah membentuk skuad ragbi ke pentas SUKMA sejak 2017.

Manakala atlet ragbi wanita, Puteri Nurfatihah Abdul Rahman turut menzahirkan tanda terima kasih di atas keprihatinan bapa angkat kepada ke semua ahli pasukan. Beliau yang akan membuat penampilan pertama dan terakhir bersama pasukan di pentas SUKMA Johor nanti berazam sepenuhnya untuk membantu pasukan membawa pulang pingat.

Untuk rekod, pada penampilan SUKMA Perak 2018 lalu skuad ragbi lelaki Terengganu berjaya mara ke pusingan akhir dengan merangkul pingat perak setelah dinafikan oleh Kelantan. Manakala pasukan ragbi wanita yang pertama kali beraksi di pentas SUKMA mengutip pengalaman penuh bermakna walaupun pulang tanpa sebarang kutipan pingat.

Penanda Aras Baharu Ragbi Terengganu

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu(barisan hadapan tengah) bersama barisan jurulatih dan peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penyandang Kejuaraan Ragbi Piala Agong, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) sekali lagi berjaya mencipta penanda aras baharu buat sukan ragbi negeri ini setelah menjadi tuan rumah kursus ragbi terbesar yang pernah dianjurkan dalam negara.

Penganjuran yang dijenamakan sebagai Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama tiga hari melibatkan tiga kursus berkaitan yang dijalankan serentak iaitu kursus kejurulatihan, kepengadilan dan juga bantuan kecemasan awal perubatan sukan ragbi(First Aid in Rugby – FAIR).

Pilihan tiga kursus yang dianjurkan ini secara tidak langsung memberi kelebihan buat peserta memandangkan sebelum ini penganjuran sering memfokuskan pada 1 kursus sahaja. Malah kursus ini tidak hanya memfokuskan pembelajaran teori di dalam kelas semata-mata di mana turut menekankan aspek pembelajaran praktikal di luar kelas.

Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar bertauliah dari badan induk ragbi kebangsaan, Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) yang telah mendapat pengiktirafan(sanction) oleh World Rugby selaku badan induk dunia sukan ragbi ini. Penganjuran kursus ini dilihat tepat pada masanya berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah telah merencatkan segala kalendar penganjuran kejohanan ragbi pada tahun ini.

Walaupun setiap peserta dikenakan bayaran seperti mana ditetapkan oleh badan induk, PRNT turut mengambil inisiatif untuk mengadakan satu seminar berkaitan secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk hadir. Penganjuran ini juga telah berjaya menghimpunkan keseluruhan seramai 83 peserta di mana sebahagian besar adalah peserta dari negeri Terengganu itu sendiri dan selebihnya dari seluruh negara.

Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Turut menjadi serampang dua mata buat Majlis Sukan Negeri Terengganu yang telah mengerah kesemua atlet sukan ragbi yang kini dalam persiapan pasukan ke pentas SUKMA Johor 2020 untuk turut serta. Keputusan ini dilihat tepat dalam memperkasakan atlet-atlet muda negeri ini khususnya berkaitan dengan peraturan-peraturan pertandingan yang sering terkeliru dengan keputusan pengadil pelawanan.

Untuk rekod, kali terakhir negeri Terengganu menjadi tuan rumah penganjuran kursus sedemikian adalah pada tahun 2008 di mana ketika itu negeri ini telah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia Edisi Ke-12 dan skuad ragbi telah menyumbang pingat emas sekaligus membantu kontijen negeri Terengganu untuk muncul juara keseluruhan.

Pengarah Latihan & Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia; Nor Hisham Ibrahmi selaku wakil dari badan induk kebangsaan yang memantau sepenuhnya Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Tahniah kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku tuan rumah bagi penganjuran kursus terbesar yang pernah dianjurkan di mana melibatkan 3 kursus berkaitan berjalan serentak. Penganjuran ini menjadi satu penanda aras terbaik kepada pihak penganjur malah buat kami sendiri selaku badan induk dalam menguruskan sebarang kursus-kursus berkaitan. Fasiliti yang lengkap di kompleks sukan ini juga menjadi pilihan tepat bagi penganjuran berskala besar ini yang melibatkan kursus kejurulatihan, pengadilan dan bantuan awal perubatan ini. Malah penglibatan peserta kursus dari kalangan atlet-atlet muda ke pentas SUKMA Johor nanti menjadi tambah nilai terbaik buat penganjur itu sendiri.”, ujar Pegawai Pembangunan Kesatuan Ragbi Malaysia Nor Hisham Bin Ibrahim yang turut hadir memantau sepanjang program ini berlangsung.

 

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad sewaktu Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Alhamdullilah. Satu penanda aras baharu tercipta yang secara tidak langsung sebenarnya menyumbang dalam pembangunan sukan ragbi di negeri Terengganu ini. Sejak sekian lama tidak pernah dianjurkan sebarang kursus berkaitan dengan sukan ragbi ini dan hari ini kita berjaya memberi peluang khususnya kepada anak jati negeri ini dan peserta dari lain-lain negeri. Malah menambah menarik kita selaku tuan rumah berjaya menganjurkan serentak 3 kursus berkaitan sekaligus memberi pilihan kepada peserta yang ingin menyertai. Peluang yang sama juga turut diberikan kepada atlet-atlet yang akan berentap di SUKMA Johor 2020 nanti. Satu peluang dan ruang sewajarnya buat atlet-atlet muda untuk turut serta.”, ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri bin Mohamad.

Fasilitator Kejurulatihan 15 sepasukan World Rugby; Hamrizal Hamdan dari badan induk sukan ragbi kebangsaan(Kesatuan Ragbi Malaysia) yang hadir ke Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kursus ini amat penting bagi melahirkan pelapis pelapis baharu untuk mereka yang terlibat dalam sebarang program pembangunan ragbi akar umbi. Tidak dinafikan rata-rata diantara mereka bukanlah berstatus jurulatih mahupun pemain sepenuh masa yang sentiasa menerima pendedahan terkini berkaitan sukan ragbi ini. Maka dengan itu, melalui kursus ini menjadi platform terbaik bagi merapatkan jurang tersebut dan secara tidak langsung mengiktiraf mereka untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Malah sukan ragbi itu sendiri yang melibatkan bidang kejurulatihan mahupun kepengadilan dan pelbagai bidang lagi telah berinovasi seiring dengan perkembangan semasa.”, berkata fasilitator World Rugby(World Rugby Educator) Hamrizal Hamdan yang juga pernah merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik Kebangsaan 2019.

Senarai Nama Fasilitator Kejurulatihan Ragbi

Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

PEMANTAPAN SUKAN RAGBI NEGERI TERENGGANU 2020
28-30 Ogos 2020
Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu

SENARAI NAMA FASILITATOR KEJURULATIHAN

 

Pengarah Latihan & Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia; Nor Hisham Ibrahmi selaku wakil dari badan induk kebangsaan yang memantau sepenuhnya Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

PENYELARAS PROGRAM
Nor Hisham Ibrahim
Pengarah Latihan & Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia

 

Barisan tenaga pengajar bersama peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus Kejurulatihan 15s World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KURSUS KEJURULATIHAN (15s) WORLD RUGBY LEVEL 1
a) Ahmad Farid Abdul Rahman
b) Mohd Romli Saad
c) Hamrizal Hamdan

 

Barisan tenaga pengajar bersama peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus Kepengadilan(MO) World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KURSUS KEPENGADILAN (Match Official) WORLD RUGBY LEVEL 1
a) Mohd Zamrin Datuk Dr Yassin
b) Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah

 

Barisan tenaga pengajar bersama peserta Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus First Aid in Rugby(FAIR) World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KURSUS FIRST AID IN RUGBY (FAIR) WORLD RUGBY LEVEL 1
a) Dr. Azril Syazwan Mohd Ali
b) Dr. Muhammad Hazwan Khair

 

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu cipta penanda aras baharu buat perkembangan sukan ragbi negeri ini setelah menjayakan 3 kursus berkaitan serentak sekaligus menjadi penganjuran kursus sukan ragbi terbesar serentak yang pernah dianjurkan. Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan penganjuran kursus kejurulatihan, pengadilan, bantuan awal kecemasan perubatan sukan ragbi (First Aid in Rugby – FAIR) dan juga seminar sukan ragbi telah berlangsung selama 3 hari sepenuhnya bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

SEMINAR PEMANTAPAN SUKAN RAGBI NEGERI TERENGGANU 2020

 

Barisan tenaga pengajar Program Pemantapan Sukan Ragbi Negeri Terengganu 2020 yang melibatkan Kursus Kejurulatihan 15s World Rugby Tahap 1, Kursus Kepengadilan(MO) World Rugby Tahap 1 dan Kursus First Aid in Rugby(FAIR) World Rugby Tahap 1 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 28-30 Ogos 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Melibat 7 tenaga pengajar bersama penyelaras kursus(kordinator) daripada Kesatuan Ragbi Malaysia(Malaysia Rugby) yang juga bertauliah dari badan induk sukan ragbi dunia (World Rugby).

Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu

Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu merupakan di antara empat garis panduan yang telah diperkenalkan sejajar dengan dasar Maju Berkat Sejahtera yang menjadi misi kerajaan negeri.

Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu telah diperkenalkan bagi memastikan setiap aktiviti penganjuran mematuhi ketetapan syariat Islam sejajar dengan dasar Maju Berkat Sejahtera yang menjadi misi kerajaan negeri.

Antara garis panduan tersebut adalah garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan, pelancongan dan sukan. Garis panduan ini telah diterbitkan pada laman web http://suk.terengganu.gov.my pada 24 Ogos 2020.

GARIS PANDUAN SUKAN NEGERI TERENGGANU

PENDAHULUAN
Islam mementingkan penjagaan kesihatan jasmani kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Hal ini selaras dengan prinsip pensyariatan yang menggariskan lima perkara untuk dipelihara iaitu agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan.

Kelima-lima perkara inilah yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan hidup manusia. Tubuh badan yang sihat dan kuat akan memudahkan seseorang itu menyempurnakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT, serta akhirnya dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Berhubung kepentingan menjaga kesihatan dan kekuatan fizikal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata:
“Wahai ayah, ambillah dia jadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (al-Qasas, 28:26)

Begitu juga firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.” (alAnfal, 8:60)

Melalui satu hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan berenang.”

Berhubung hal ini, sukan merupakan cara yang efektif untuk mencapai kecergasan tubuh badan. Pada hari ini, sukan telah memainkan peranan yang lebih luas. Menerusi sukan, semangat muhibah, perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara.

Di peringkat antarabangsa, sukan menjadi salah satu medan yang digunakan untuk mengangkat martabat sesebuah negara. Ini kerana kejayaan dalam pertandingan sukan berprestij turut dikaitkan dengan lambang
kemajuan sesebuah negara selain dikagumi dan menjadi contoh kepada negara
dunia yang lain.

KATEGORI SUKAN
Acara pertandingan sukan secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Pertama, sukan kombat atau tempur seperti pencak silat, karate, judo, taekwondo, wushu dan tinju. Kedua, sukan berpasukan seperti bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar, bola keranjang, polo air dan hoki. Ketiga, sukan multimedal seperti sukan akuatik, badminton, olahraga, gimnastik dan angkat berat. (Sumber: MSN Terengganu)

Dari sudut lokasi pertandingan pula, acara sukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama meliputi sukan outdoor (bola sepak, hoki, ragbi, olahraga, tenis, memanah, menembak, kriket, besbol, polo), sukan indoor (badminton, ping pong, bowling, skuasy, gimnastik, futsal, pertandingan seni mempertahankan diri seperti silat, wushu dan taekwondo, bola keranjang, bola jaring) dan sukan akuatik (renang, terjun dan polo air).

Selain itu, beberapa jenis sukan rakyat juga didapati turut dikenali di Terengganu. Antaranya adalah permainan tradisional seperti gasing, wau, galah panjang, sepak bulu ayam dan seumpamanya. Kategori-kategori sukan yang disebutkan ini mempunyai kod etika pakaiannya yang berbeza dan dipertandingkan pula sama ada secara terbuka di tengah padang ataupun tertutup di dalam dewan. Begitu juga sesetengah daripada sukan tersebut menimbulkan polimik dalam kalangan masyarakat Islam sama ada sesuai untuk diceburi oleh atlet wanita beragama Islam ataupun tidak.

Di samping itu, pertandingan sukan pada masa kini dikatakan masih lagi terpalit dengan isu ketidakpatuhan syariah seperti terdapat unsur-unsur perjudian, pertaruhan, eksploitasi, pembaziran, pemakaian atlet tidak patuh syariah, percampuran antara lelaki dan perempuan serta pelbagai isu lain.

Justeru, Garis Panduan Sukan Negeri Terengganu ini diwujudkan sebagai usaha untuk memastikan industri sukan di negeri ini bukan sahaja terus berkembang maju, bahkan juga menepati kehendak syariat Islam agar nilai keberkatan dapat diraih demi kesejahteraan segenap lapisan rakyat.

GARIS PANDUAN
Berikut adalah garis panduan yang dibina berpandukan tiga pihak utama yang terlibat secara langsung dalam bidang sukan di Terengganu.

1. Atlet – peserta atau pemain yang bergiat dalam apa jua bidang sukan, ahli sukan.
(1) Atlet yang beragama Islam hendaklah berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi.
(2) Atlet bukan beragama Islam disyorkan berpakaian sopan dengan maksud tidak terlalu ketat, singkat atau jarang.
(3) Atlet dilarang untuk terlibat dalam apa sahaja aktiviti yang berunsurkan perjudian, pengambilan alkohol dan bahan-bahan terlarang serta rasuah.

2. Jurulatih
(1) Jurulatih dan ahli sukan adalah terdiri daripada jantina yang sama.
(2) Sekiranya berbeza jantina, batas-batas pergaulan antara jurulatih dan atlet adalah selaras dengan tuntutan syarak seperti menjaga maruah diri, akhlak, adab dan tatasusila.
(3) Pakaian jurulatih adalah mengikut seperti garis panduan bagi atlet (GP1. Atlet).
(4) Bagi acara senamrobik, jurulatih perempuan tidak boleh menunjukkan aksi secara berhadapan dengan peserta lelaki. Jurulatih perempuan dibenarkan bagi peserta-peserta perempuan dan dilakukan di tempat eksklusif.

3. Penganjur
(1) Aktiviti sukan yang dianjurkan tidak menghalang pelaksanaan ibadah wajib seperti solat dan puasa.
(2) Penganjur hendaklah menyelia atau mengawal perilaku atlet dan penonton daripada melakukan perbuatan-perbuatan haram atau
maksiat seperti berpelukan atau bercumbuan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram atau menggunakan arak sebagai lambang kemenangan.
(3) Tempat bersukan hendaklah disediakan secara berasingan antara lelaki dan wanita, atau penggunaannya diatur secara bergiliran
mengikut jadual, kecuali acara-acara berpasukan yang terkawal dan tidak menimbulkan fitnah seperti dalam Garis Panduan 4.
(4) Penganjur hendaklah menyelia dan mengawal sepanjang aktiviti pertandingan daripada berlaku perkara-perkara yang bertentangan
dengan syarak seperti penyediaan arak dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
(5) Penganjur hendaklah mengawal keselamatan para peserta dan penonton daripada kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan, tindakan ganas dan provokasi.
(6) Penganjur disyorkan untuk menyediakan tempat berasingan bagi penonton lelaki dan wanita serta ruangan bagi penonton yang datang secara berkeluarga.
(7) Penganjur hendaklah menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan tempat solat.
(8) Penganjur hendaklah memastikan kebersihan tempat pertandingan sepanjang acara berlangsung.

4. Garis Panduan Umum
(1) Acara campuran antara lelaki dan perempuan yang beragama Islam bagi mana-mana jenis sukan hendaklah tidak menimbulkan fitnah.
(2) Acara senamrobik atau seumpamanya yang melibatkan lelaki dan wanita hendaklah dipastikan dilakukan dalam keadaan tidak menimbulkan sebarang fitnah sama ada dari sudut pemakaian, pergerakan atau pergaulan.
(3) Aktiviti sukan yang dianjurkan hendaklah tidak melibatkan pertaruhan atau perjudian dan penggunaan bahan-bahan terlarang seperti dadah, steroid dan seumpamanya.
(4) Aktiviti sukan yang dijalankan hendaklah tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis, permusuhan dan pergaduhan.
(5) Garis panduan ini terpakai untuk semua aktiviti sukan kecuali sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

RUJUKAN
Garis Panduan Bersukan Menurut Perspektif Islam, oleh JAKIM.

Jadual Terkini Pertandingan SUKMA Johor 2020

Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) telah ditunda pada 6 Mac sehingga 14 Mac 2021.

Berikut adalah tarikh-tarikh terkini jadual pertandingan Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) yang melibatkan 32 jenis sukan dipertandingan di 39 venue penganjuran dari 3 daerah utama dalam negeri Johor.

Silambam merupakan sukan pilihan yang terakhir yang telah dipilih pada Oktober 2019 untuk melengkapkan 32 jenis sukan yang dipertandingkan dan turut mempertaruhkan 15 pingat keseluruhan.

BIL
JENIS SUKAN
TARIKH BERTANDING
JUMLAH PINGAT
1.
 AKUATIK
 5-9 APRIL 2021
 48
2.
 BADMINTON
 31 MAC – 9 APRIL 2021
 7
 .
3.
 BERBASIKAL
 
 LEBUHRAYA
 1-4 APRIL 2021
 8
 
 BMX
 5 APRIL 2021
 2
 
 MTB
 6-7 APRIL 2021
 4
 
 TREK
 8-10 APRIL 2021
 16
 .
4.
 BOLA SEPAK
 29 MAC – 9 APRIL 2021
 1
 .
5.
 GIMNASTIK / GIMRAMA
 
  GIMNASTIK
  30 MAC – 1 APRIL 2021
  14
 
 GIMRAMA
 5-7 APRIL 2021
 5
 .
6.
 HOKI
 1-9 APRIL 2021
 2
7.
 KARATE
 29 MAC – 31 MAC 2021
 16
8.
 LAWN BOWLS
 1-10 APRIL 2021
 9
9.
 MEMANAH
 29 MAC – 3 APRIL 2021
 14
10.
 MENEMBAK
 5-9 APRIL 2021
 26
11.
 OLAHRAGA
 6-9 APRIL 2021
 45
12.
 PENCAK SILAT
 1-9 APRIL 2021
 26
13.
 PELAYARAN
 30 MAC-5 APRIL 2021
 14
14.
 SKUASY
 28 MAC-3 APRIL 2021
 5
15.
 TENPIN BOLING
 4-8 APRIL 2021
 9
16.
 WUSHU
 3-7 APRIL 2021
 25
17.
 BOLA JARING
 4-9 APRIL 2021
 1
 .
18.
 BOLA KERANJANG
 
 3 X 3
 8-9 APRIL 2021
 2
 
5 ON 5
 3-9 APRIL 2021
 2
 .
19.
 BOLA TAMPAR
 
 DEWAN
 4-9 APRIL 2021
 2
 
 PANTAI
 7-9 APRIL 2021
 2
 .
20.
 JUDO
 29 MAC – 1 APRIL 2021
 20
21.
 KANU
 29 MAC – 6 APRIL 2021
 35
22.
 PETANQUE
 2-9 APRIL 2021
 11
23.
 RAGBI
 30 MAC – 1 APRIL 2021
 2
24.
 TINJU
 1-9 APRIL 2021
 9
25.
 GOLF
 4-6 APRIL 2021
 4
26.
 KRIKET
 30 MAC – 9 APRIL 2021
 1
27.
 MUAY
 3-8 APRIL 2021
 16
28.
 SEPAK TAKRAW
 1-9 APRIL 2021
 5
29.
 TENIS
 29 MAC – 4 APRIL 2021
 5
30.
 E-SPORTS
 30 MAC – 1 APRIL 2021
 5
31.
 ANGKAT BERAT
 29 MAC – 1 APRIL 2021
 16
32.
 SILAMBAM
 3-4 APRIL 2021
 15

*Sebanyak 32 jenis sukan mempertaruhkan 449 kesuluruhan pingat untuk direbut pada temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) ini.

Muat turun jadual pertandingan SUKMA Johor 2020 sepenuhnya di – http://penyusukan.com/download/SUKMA2020/PenyuSukan-SUKMAJohor2020-JadualPertandingan_Kemaskini20200816.pdf

Senarai Nama Atlet Basikal Terengganu

SENARAI ATLET BERBASIKAL TERENGGANU SUKMA JOHOR 2020

Seramai 29 atlet sukan berbasikal merangkumi disiplin lebuh raya, trek, BMX, Downhill dan MTB yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020).

Bagi kem lebuhraya dan trek dibarisi seramai 21 pelumba manakala bagi kem BMX, Downhill dan MTB seramai 8 pelumba yang akan merebut tiket ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.

 BIL. 
NAMA
NO KP
UMUR
ACARA
STATUS
 1. WAN ABDUL RAHMAN BIN HAMDAN 990619-11-52XX 21 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA (TSG)
 2. MUHAMMAD SHAHMIR AIMAN BIN ABD HALIM 000424-04-00XX 20 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 3. MUHAMMAD HAKIMI HAIQAL BIN AHMAD SABRI 000816-11-06XX 20 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 4. MUHAMMAD ARIFF REDZUAN BIN ZULKEFLI 000520-11-01XX 20 LEBUHRAYA SEPENUH MASA (TSG)
 5. MUHAMMAD NASRULLAH BIN ZAKARIA 000224-11-02XX 20 LEBUHRAYA SEPENUH MASA (AKADEMI TSG)
 6. WAN MUHAMMAD HAMIZAN IFWAT BIN WAN BADRULFADLI SHAM 000921-11-03XX 20 LEBUHRAYA SEPENUH MASA (AKADEMI TSG)
 7. MUHAMMAD HAIZAM BIN MOHD SABRI 021029-11-02XX 18 LEBUHRAYA SEPENUH MASA
 8. MUHAMAD AKIF HANAN BIN MOHD BAHRIN 020804-03-09XX 18 TREK SEPENUH MASA
 9. MOHAMMAD FAISAL IZUDDIN BIN AHMAD JOYO 020519-13-08XX 18 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 10. KEE ZHE YIE 030118-11-03XX 17 LEBUHRAYA/TREK SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU
 11. MUHAMMAD SANIM FITRI BIN ABD HALIM 031125-03-04XX 17 TREK SEPENUH MASA
 12. ZULFADLI ISWADI BIN ZAINAL 990607-11-56XX 19 MTB SEPENUH MASA (AKADEMI TSG)
 13. EZZATIE FIFIYANA SHAZWANI BINTI SHAIFUL HISHAM 990720-11-52XX 21 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 14. NURUL NAJWA BINTI MOHAMAD FAUZI 991115-11-51XX 21 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 15. FATIN NORSYASMINAJWA BINTI NORHISHAM 001019-11-04XX 20 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 16. SITI NUR ALIA BINTI MANSOR 010802-11-02XX 19 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 17. EZLY LYLIYANA BINTI SHAIFUL HISHAM 010409-11-06XX 19 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 18. AMEERA ALYA BINTI MD. ZAHIRRUDIN 050930-01-17XX 15 TREK SEKOLAH SUKAN MALAYSIA TERENGGANU
 19. DAHLIA HAZWANI BINTI HASYIM 050117-01-17XX 15 TREK/MTB SMK BUKIT TUNGGAL
 20. SITI SHAHIRAH BINTI HASHIM 000219-11-03XX 20 BMX/DOWNHILL SEPENUH MASA
 21. SANIY SYAHMI BIN MOHD SAFIEE 011111-11-05XX 19 BMX/DOWNHILL SMK TENGKU INTAN ZAHARAH (PRA-U)
 22. ZULFIKRI BIN ZULKIFLI 001110-11-01XX 19 DOWNHILL/CROSS COUNTRY SEPENUH MASA
 23. AHMAD ZUHRI BIN HUSIN 020411-11-01XX 18 BMX/DOWNHILL
 24. EDDYNA NASUHAR BINTI ZAINAL ABIDIN 021022-11-03XX 18 BMX/DOWNHILL SEPENUH MASA
 25. AMER AKHBAR BIN ANUAR 030426-11-00XX 17 BMX SMK SURA
 26. SITI NURLIANA BINTI MUHAMAD NAZRI 040720-11-04XX 16 BMX/DOWNHILL SMK SURA
 27. NOR AISYAH MUNIRAH BINTI CHEK RAMLI 010326-11-00XX 19 LEBUHRAYA/TREK SEPENUH MASA
 28. WAN NOR AKMAL BIN MAT NOR @ HUSAIN 020912-03-03XX 18 TREK SEPENUH MASA
 29. MUHAMMAD AFIQ ISKANDAR BIN HASYIM 030414-01-11XX 17 TREK SMK BANDAR SRI PETALING

*Senarai seperti mana telah dikeluarkan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA XX Johor 2020 bersama bapa angkat dan jabatan angkat yang telah berlangsung di Duyong Marina & Resort pada 26 Julai 2020. Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/basikal-terengganu-terima-suntikan-rm25k/

Program Kecemerlangan Basikal SUKMA Terengganu

Program pembangunan yang memfokuskan sukan basikal negeri Terengganu kini telah berusia 21 tahun! Majlis Sukan Negeri Terengganu menjadi tulang belakang bagi program ini di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu sekaligus berjaya meletak penanda aras terbaik dengan rekod-rekod pencapaian terdahulu di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) khususnya.

Syed Mohd Husaini Syed Mazlan dilantik menjadi ketua jurulatih skuad berbasikal Terengganu sejak 1999 sehingga kini dan juga turut pernah menggalas tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan bermula pada 2005 sehingga 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Syed Mohd Husaini yang telah membimbing pasukan berbasikal Terengganu sejak 1999 ini juga turut pernah dipertanggungjawabkan selaku ketua jurulatih kebangsaan pada 2005 sehingga 2018. Malah turut dinobatkan di peringkat kebangsaan dengan Anugerah Jurulatih Terbaik Kebangsaan 2011 dan 2012 dan pada 2010 dan 2012 telah merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik Negeri Terengganu.

Beliau juga turut dibantu seramai 10 jurulatih bagi 5 disiplin sukan berbasikal iaitu lebuh raya, trek, BMX, Downhill dan MTB.

NAMA PROGRAM: PROGRAM KECEMERLANGAN BASIKAL SUKMA TERENGGANU

KERJASAMA: Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu

KOMPOSISI PROGRAM:

a)KETUA JURULATIH
SYED MOHD HUSAINI SYED MAZLAN PJK
Ketua Jurulatih Basikal Terengganu 1999 sehingga 2020(kini)
Ketua Jurulatih Kebangsaan 2005 sehingga 2018

b)PENGURUS SUKAN
NOOR MIZAN ABD RAHMAN

c) PENGURUS PASUKAN
AHMAD SABRI MUSTAFFA

JURULATIH PASUKAN SUKMA 2020:

a)LEBUH RAYA
Syed Mohd Husaini
Mohd Saari
Paidi Ghani
Nur Aisyah

b)TREK
Norashidee
Suryani
Mohd Shamir Adri
Muslim

c)BMX
Mohd Arif Syukri

d)DOWNHILL
Mohd Ibnu Hashimie

e)MTB
Mohd Arif Syukri

Pelumba Terengganu Hanelang Nur Aisyah Mohamad Zubir pemenang pingat emas(dua dari kiri) bersama rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz(kiri) meraih pingat perak untuk menafikan pelumba Wilayah Persekutuan Yeong Zhen Yi meraih gangsa dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pelumba Terengganu Hanelang Nur Aisyah Mohamad Zubir pemenang pingat emas(dua dari kiri) bersama rakan sepasukan Nurul Najihah Inani binti A Aziz(kiri) meraih pingat perak untuk menafikan pelumba Wilayah Persekutuan Yeong Zhen Yi meraih gangsa dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

JUARA SUKAN MALAYSIA(SUKMA)
Pasukan basikal Terengganu mengungguli podium selaku juara sebanyak 8 edisi berturut-turut di pentas Sukan Malaysia(SUKMA)

2006 – SUKMA KEDAH
6 Emas, 6 Perak & 4 Gangsa

2008 – SUKMA TERENGGANU
10 Emas, 5 Perak & 4 Gangsa

2010 – SUKMA MELAKA
9 Emas, 6 Perak & 4 Gangsa

2011 – SUKMA KUALA LUMPUR
4 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa

2012 – SUKMA PAHANG
8 Emas, 6 Perak & 4 Gangsa

2014 – SUKMA PERLIS
7 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa

2016 – SUKMA SARAWAK
14 Emas, 4 Perak & 4 Gangsa

2018 – SUKMA PERAK
14 Emas, 8 Perak & 6 Gangsa

ATLET-ATLET YANG BERJAYA DILAHIRKAN:
a) Anuar Manan
b) Hariff Salleh
c) Azizulhasni Awang
d) Fatehah Mustafa
e) Aiman Zariff
f) Siti Aisyah

Video – Pelumba Basikal Wanita Terengganu Ezzatie Fifiyana Shazwanie

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/-QSf6cP_BiA

Pelumba basikal Terengganu Hanelang; Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham bakal mempertaruhkan segala-galanya untuk aksi penampilan terakhir di pentas Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) nanti. Lebih mesra dikenali sebagai Fifi membuat penampilan pertama seawal usia 15 tahun di temasya SUKMA Perlis 2014 untuk merangkul pingat perak dan seterusnya 2 pingat emas di SUKMA Sarawak 2016.

Manakala di SUKMA Perak 2018, Fifi mencipta sensasi kejuaraan 1 pingat emas dan 4 pingat perak setelah berlumba dalam kecederaan yang belum pulih sepenuhnya setelah patah tulang bahu sewaktu latihan beberapa bulan sebelum perlumbaan membuka tirai.

Video – Ulasan Terkini Ketua Jurulatih Basikal Terengganu

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/TEuSyKGkC4U

Ulasan terkini perkembangan skuad berbasikal ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti oleh Ketua Jurulatih Pasukan Berbasikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan dalam satu majlis bersama pelumba-pelumba yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) nanti.

Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang telah membentuk pasukan berbasikal Terengganu selama 21 tahun sejak 1999 telah melahirkan ramai pelumba-pelumba yang kini cemerlang mengharumkan nama negeri Terengganu Darul Iman sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/basikal-terengganu-terima-suntikan-rm25k/

Sokongan Bapa Angkat Sukan Berbasikal Terengganu


Klik untuk lihat video – https://youtu.be/kSfOuN1HQIc

Video ulasan penuh oleh Bapa Angkat Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA Johor 2020 YB Haji Ahmad Amzad Mohamed dalam satu majlis bersama pelumba-pelumba yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-20 (SUKMA Johor 2020) nanti.

Sebanyak RM 20,000.00 telah disuntik oleh YB Haji Ahmad Amzad Mohamed bin Mohamed @ Hashim selaku bapa angkat pasukan berbasikal Terengganu yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu manakala tambahan RM 5,000.00 lagi telah disampaikan oleh Majlis Daerah Kemaman selaku jabatan angkat dalam usaha untuk memperkasakan sukan berbasikal ini.

Sumbangan wang tunai ini sudah pasti sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang sering terhimpit dengan perbelanjaan besar khususnya melibatkan keperluan makanan tambahan, kelengkapan peralatan latihan mahupun logistik pasukan yang menjadi sebahagian dari program latihan pasukan ini.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/basikal-terengganu-terima-suntikan-rm25k

Basikal Terengganu Terima Suntikan RM25k

Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA XX Johor 2020 bersama bapa angkat dan jabatan angkat yang telah berlangsung di Duyong Marina & Resort pada 26 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Skuad berbasikal negeri Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA Johor 2020) begitu teruja setelah menerima suntikan moral berupa wang tunai berjumlah RM 25,000.00 dalam satu majlis bersama bapa angkat dan jabatan angkat sukan ini.

Sumbangan yang tepat pada waktunya untuk keperluan para pelumba memandangkan program latihan persiapan pasukan kian menghampiri tirai temasya SUKMA Johor 2020 yang dijadualkan pada Mac 2021 nanti.

Sebanyak RM 20,000.00 telah disuntik oleh YB Haji Ahmad Amzad Mohamed bin Mohamed @ Hashim selaku bapa angkat pasukan berbasikal Terengganu yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu manakala tambahan RM 5,000.00 lagi telah disampaikan oleh Majlis Daerah Kemaman selaku jabatan angkat dalam usaha untuk memperkasakan sukan berbasikal ini.

Bapa Angkat Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA Johor 2020 – YB Haji Ahmad Amzad Mohamed. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Penyumbang terbanyak pingat emas bagi kontijen Terengganu adalah sukan berbasikal pada SUKMA yang lalu. Memang benar satu cabaran yang besar kepada kita untuk bertanding bersama tuan rumah yang turut sama menyasarkan penguasaan pungutan pingat di Johor nanti. Tetapi kita pergi ke sana dalam keadaan bersungguh-sungguh dan atlet kita dalam keadaan motivasi yang tinggi, insyAllah hasrat berkenaan boleh dicapai.”, berkata bapa angkat sukan berbasikal; YB Haji Ahmad Amzad Mohamed bin Mohamed @ Hashim.

Timbalan Menteri ini juga turut menzahirkan bahawa sumbangan wang tunai ini bukanlah merupakan sumbangan yang hanya diberikan sekali sahaja di mana akan sentiasa cuba untuk memenuhi keperluan skuad berbasikal di samping juga menyeru pihak-pihak swasta di luar sana turut membantu.

Sumbangan wang tunai ini sudah pasti sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang sering terhimpit dengan perbelanjaan besar khususnya melibatkan keperluan makanan tambahan, kelengkapan peralatan latihan mahupun logistik pasukan yang menjadi sebahagian dari program latihan pasukan ini.

Syed Mohd Husaini Syed Mazlan dilantik menjadi ketua jurulatih skuad berbasikal Terengganu sejak 1999 sehingga kini dan juga turut pernah menggalas tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan bermula pada 2005 sehingga 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Memandangkan sekarang ini kita telah membuat analisa dan kajian di mana setiap negeri mempunyai program latihan yang makin bagus. Mungkin pencabar-pencabar kita terdiri dari negeri Kedah, Johor, Perak dan juga Sabah. Tuan rumah juga jika dilihat sejak 2014 sememang merupakan pencabar yang kian meningkat naik.”, ujar ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan.

Walaupun sejak sekian lama menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang persiapan pasukan, ternyata sukan berbasikal negeri Terengganu berjaya meletakkan penanda aras yang tersendiri sekaligus menjadi kuasa besar yang digeruni sama ada di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

Skuad berbasikal Terengganu Hanelang menerima sumbangan wang tunai bernilai RM 25,000.00 bagi memperkasakan persiapan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA Johor 2020). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada penganjuran SUKMA Perak 2018 lalu sebanyak 14 pingat emas, 8 pingat perak dan 6 pingat gangsa berjaya dibawa pulang oleh skuad berbasikal Terengganu Hanelang ini sekaligus menjadi penyumbang terbesar pingat membantu kontijen negeri ini untuk muncul juara keseluruhan. Kejayaan di Perak ini juga secara tidak langsung memperbaiki rekod pasukan di mana sebelum itu pada SUKMA Sarawak 2016 telah berjaya mengutip 14 pingat emas, 4 pingat perak dan 6 gangsa.

Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Berbasikal Terengganu SUKMA XX, Johor 2020 berlangsung penuh meriah di Duyong Marina & Resort turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Encik Ibni Amin Busu dan juga pemegang-pemegang taruh dalam sukan berbasikal negeri Terengganu untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet yang rata-rata berusia bawah 21 tahun ini.

Barisan para pelumba-pelumba yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia edisi ke-20(SUKMA Johor 2020) pada Mac 2021 nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada masa yang sama majlis ini juga secara tidak langsung merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan 29 pelumba dari kelompok acara lebuhraya dan trek, BMX, downhill dan basikal bukit(MTB) di mana setiap kelompok ini berlatih secara berasingan di lokasi berlainan.

Penganjuran SUKMA Johor 2020 yang ‘telah berlangsung’ pada 11 sehingga 19 Julai lalu terpaksa ditunda pada Mac 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang merencatkan semua penganjuran sukan seluruh dunia. Situasi ini sedikit sebanyak memberi kelebihan buat skuad berbasikal ini untuk pemulihan atlet-atlet yang cedera sekaligus kembali mampu untuk bersaing dengan sepenuhnya seperti yang dirancang.

RAGBI: Penghormatan Si Juara Berganda

Barisan pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(tiga dari kanan) sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

37 tahun untuk 37 edisi penganjuran yang perlu bermandi keringat dan darah buat Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) untuk pertama kali melakar sejarah selaku juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 2019 akhirnya berbaloi setelah diberi penghormatan penuh gilang gemilang dalam satu majlis pada 18 Julai lalu bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Seluruh warga kontijen ragbi negeri Terengganu terdiri daripada 35 pemain skuad Piala Agong Edisi Ke-37 2019 dan 12 pemain skuad 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 menerima ganjaran insentif wang kemenangan sebanyak RM 150,000.00 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Insentif kemenangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang disampaikan kepada Yang di-Pertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad.

Dari kiri – Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Muhammad, Penolong Setiausaha PRNT; Encik Mohd Izwan Ismail dan Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Kerajaan negeri seperti yang telah saya nyatakan tadi sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepada persatuan untuk meningkatkan lagi kejayaan mereka dan bila mana kita telah pun berjaya mencapai kejuaraan ini maka..apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah mengekalkan kejuaraan itu. Jadi, untuk mengekalkan ini kadang-kadang lebih susah berbanding untuk mendapat kejuaraan.”; berkata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kepada PenyuSukan.com

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Muhammad sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Insentif yang kita dapat ini memang kita akan agihkan kepada pemain-pemain kerana ini merupakan satu penghargaan daripada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu di atas penat jerih beliau yang telah berusaha keras mencipta sejarah bagi negeri Terengganu merangkul Kejuaraan Piala Agong buat pertama kalinya. Dan insyAllah selepas ini kita akan agihkan kepada pemain-pemain dan management dan petugas-petugas yang bertungkus lumus membawa pulang Piala Agong ke negeri Terengganu buat pertama kalinya.”, ujar Yang di-Pertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Muhammad yang juga menggalas tanggungjawab selaku Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia.

Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020.

Rata-rata pemain yang ditemui menzahirkan tanda bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan pasukan khususnya kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas penghormatan sedemikian yang amat jarang-jarang berlaku khasnya bagi sukan ini di negeri lain.

Mohd Syahir Asraf Rosli selaku kapten membantu pasukan ragbi Terengganu untuk pertama kali melakar sejarah muncul juara pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Beliau juga turut membuat kejutan mengumumkan persaraan sewaktu hadir ke Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu 2019 yang telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada majlis ini juga, kapten pasukan ragbi Terengganu ini yang juga bekas kapten kebangsaan; Mohd Syahir Asraf Bin Rosli turut membuat kejutan dengan menzahirkan untuk bersara di pentas kebangsaan bagi memberi fokus pada bidang kejurulatihan. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Saho’ kini berusia 32 tahun(lahir pada 13 Jun 1988) dijadualkan untuk melapor diri selaku jurulatih di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail( dahulu dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar) pada Ogos nanti.

Untuk rekod, pada Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-37 2019 lalu merupakan penampilan pertama Saho bersama Terengganu di mana merupakan satu-satunya negeri selain negeri kelahirannya iaitu Kelantan yang pernah diwakili.

Pada Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi lalu, Terengganu hadir selaku pasukan bukan pilihan membuat kejutan di saat akhir untuk menamatkan permainan berkeputusan 25 berbalas 24 setelah ketinggalan tipis 21-24 kepada Sabah yang hadir penuh gah selaku penyandang juara dan juga pasukan pilihan kejuaraan musim itu.

Manakala pasukan 7 sepasukan muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan berkeputusan 24-5 dalam perlawanan akhir yang telah berlangsung pada September lalu.

Kolaborasi MSNT-UNISZA Bantu Persatuan Sukan

Sebanyak RM 10 juta nilai keseluruhan peruntukan telah disediakan merangkumi aspek pengurusan, penganjuran dan juga program pendigitalan termasuk penyelidikan dan pembangunan(R&D).

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Kolaborasi ini secara tidak langsung dilihat tepat memandangkan jurang kekangan dan kekurangan kepakaran dari pihak persatuan mahupun kelab sukan dapat dirapatkan sekaligus tidak melepaskan peluang inisiatif dana yang akan ditutup permohonan pada 17 Julai nanti.

IPS 2020 telah dilancarkan oleh KBS pada Jun lalu merupakan inisiatif untuk meringankan impak dan beban persatuan-persatuan sukan yang terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 dan seterusnya memberikan sinergi baharu melalui bantuan dana penganjuran program dan aktiviti.

Sebanyak RM 10 juta nilai keseluruhan peruntukan telah disediakan merangkumi aspek pengurusan, penganjuran dan juga program pendigitalan termasuk penyelidikan dan pembangunan(R&D) untuk dimanfaatkan pada entiti sukan yang layak. Setiap entiti sukan sama ada persatuan mahupun kelab di peringkat negeri mahupun daerah hendaklah telah berdaftar di bawah Pesuruh Jaya Sukan Malaysia untuk memohon dana IPS 2020 ini.

Setiap permohonan juga adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan. Setiap program dan aktiviti yang diluluskan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita menaikkan imej sesuatu persatuan sukan itu, sekarang ini dah..orang cakap apa ni.. IR 4.0 kan, Industri Revolution itu. Jadi kita kena naikkan imej persatuan dari satu masa ke satu masa. Jadi kita tidak tertakluk pada takuk yang lama. Kita maju.. maju kepada tahap yang lebih untuk persatuan itu.”, ujar Nasree Najmi selaku Penolong Pengarah Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Ya..sebenarnya kita amat berterima kasih kepada kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan boleh mengeluarkan geran sebegini kepada persatuan dalam keadaan yang terdesak dalam musim COVID ini. Kita harap dengan adanya geran sebegini jika kita dapat kelulusan nanti kita dapat membuat pembangunan. Saya tidak tergambar bahawa kita ada peluang untuk membuat permohonan bagi aspek pendigitalan. Satu aspek pembangunan sukan zaman sekarang yang memerlukan data dan kajian saintifik untuk kemajuan sukan dalam apa jenis sukan sekali pun.”, berkata Koo Bon Chin yang menyandang jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu.

Mustaffa Ismail selaku Pengerusi Kejohanan Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu

“Dari segi sistem, kita akan memudahkan untuk kita membuat kejohanan dari dana yang diberikan itu. Sangat kurang selama ini untuk kita membuat kejohanan-kejohanan peringkat negeri, so dengan adanya insentif kejohanan ini mudah untuk kita menjalankan pengerusan persatuan dan kejohanan yang diatur.”, Mustaffa Ismail selaku Pengerusi Kejohanan Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 – Reaksi Majlis Sukan Negeri Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

“Kita menaikkan imej sesuatu persatuan sukan itu, sekarang ini dah..orang cakap apa ni.. IR 4.0 kan, Industri Revolution itu. Jadi kita kena naikkan imej persatuan dari satu masa ke satu masa. Jadi kita tidak tertakluk pada takuk yang lama. Kita maju.. maju kepada tahap yang lebih untuk persatuan itu.”, ujar Nasree Najmi selaku Penolong Pengarah Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/kolaborasi-msnt-unisza-bantu-persatuan-sukan/

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 – Reaksi Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) berkolaborasi bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk membantu setiap persatuan mahupun kelab sukan dalam negeri ini agar merebut peluang dana Inisiatif Prihatin Sukan 2020(IPS 2020) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

“ Saya tidak tergambar bahawa kita ada peluang untuk membuat permohonan bagi aspek pendigitalan. Satu aspek pembangunan sukan zaman sekarang yang memerlukan data dan kajian saintifik untuk kemajuan sukan dalam apa jenis sukan sekali pun.”, berkata Koo Bon Chin yang menyandang jawatan Presiden Persatuan Renang Amatur Terengganu.

Baca sepenuhnya di – http://penyusukan.com/v1/kolaborasi-msnt-unisza-bantu-persatuan-sukan/

Gimnastik Terengganu Patuhi Keperluan Syariah

Klik untuk lihat video – https://youtu.be/Bit9RL3-yCY

“Kita boleh sesuaikan mengikut keperluan kita!”, tegas Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin sewaktu ditanya oleh PenyuSukan.com berkenaan isu pematuhan pemakaian atlet gimnastik menurut syariah.

Beliau yang juga pernah menyandang sebagai Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) turut menjelaskan bahawa sukan gimnastik di negeri Terengganu ini adalah satu sukan yang baru kian meningkat naik namun di antara sukan yang turut mampu menyumbang pingat buat kontijen negeri ini.

Orang ramai khususnya para peminat sukan negeri ini perlu mengubah persepsi yang sering mengaitkan sukan gimnastik ini dengan imej seksi khususnya berkaitan dengan aurat bagi atlet beragama Islam itu sendiri.

Perlaksanaan pematuhan pemakaian atlet gimnastik ini tidak menjejaskan sebarang program pembangunan mahupun penyertaan atlet dalam sebarang kejohanan nanti. Malah melalui perlaksanaan ini juga dilihat mampu memberi kesan positif pada lain-lain atlet khususnya di peringkat negeri mahupun kebangsaan untuk turut sama menambah baik sukan gimnastik ini mengikut kesesuaian tanpa merencatkan aksi sukan ini.

Presiden Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu, Abdul Razak Mat Amin(empat dari kiri) menerima replika mock cheque daripada Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dalam satu majlis meraikan skuad gimnastik negeri Terengganu bersama bapa angkat bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Marang pada 9 Julai 2020. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Beliau juga turut memberitahu bahawa di peringkat Olimpik juga terdapat beberapa negara Islam yang turut mengambil bahagian dalam sukan ini malah negeri Kelantan juga turut pernah mempertaruhkan atlet mereka di pentas SUKMA yang lalu. Oleh yang sedemikian tidak seharusnya sukan ini terus terkubur di negeri ini tanpa sama-sama memperhalusi mencari penyelesaian memandangkan hala tuju pembangunan sukan gimnastik untuk meletakkan negeri Terengganu selaku salah satu kuasa besar sukan ini.

Perkembangan sukan gimnastik negeri Terengganu telah mencuri perhatian para peminat sukan seluruh negara pada awal tahun lalu berikutan beberapa garis panduan pemakaian atlet yang dicadangkan oleh pemegang taruh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah telah mengumumkan untuk memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah atlet khususnya bagi kontijen negeri yang beragama Islam untuk berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor nanti. Perkara ini juga turut telah dibincangkan bersama beberapa pihak lain dalam program Bengkel Garis Panduan Sukan Menurut Islam 2019 yang telah diadakan.

Sukan gimnastik dan barisan gimnas wanita negeri ini antara komuniti sukan yang paling mendapat tempias setelah menurut beberapa laporan berita tempatan menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu menzahirkan kesediaan untuk menarik diri dalam sebarang acara kejohanan.

Rentetan tersebut, MGF selaku badan induk sukan gimnastik kebangsaan mengambil pendekatan tidak akan masuk campur sebarang keputusan membabitkan kerajaan negeri namun bersedia untuk menawarkan tempat kepada atlet-atlet negeri ini untuk berlatih di luar negeri Terengganu jika diperlukan.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat beberapa atlet gimnastik kelahiran negeri Terengganu yang terpilih untuk menyertai persiapan pasukan kebangsaan dan beberapa atlet yang berlatih di beberapa Sekolah Sukan Malaysia.

X