January 2nd, 202339
Pasukan pelapis berbasikal Terengganu membuka lembaran tahun 2023 dengan kit latihan baharu dengan rekaan yang lebih bertenaga berkonsepkan jati diri ‘Terengganu Hanelang’ yang menjadi azimat sejak sekian lama.
Koleksi terbaharu ini juga turut mempamerkan entiti-entiti penaja yang masih utuh memberi kepercayaan kepada pasukan...
March 19th, 2022361
a)Tour Gateh D'Tranung merupakan penganjuran yang dijenamakan kembali dari Jelajah Terengganu yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2011. Jelajah Terengganu merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang telah diadakan pada 1984.
b) Penyertaan sebanyak 26 pasukan meliputi 16 pasukan berstatus kelab...
March 16th, 2022348
Penganjuran perlumbaan sukan berbasikal terbesar di negeri Terengganu kini kembali setelah kali terakhir dianjurkan pada 10 tahun dahulu yang dikenali sebagai Jelajah Terengganu. Kini penganjuran perlumbaan yang dijenamakan Tour Gateh D'Tranung bakal mencipta sensasi penganjuran tersendiri setelah berjaya menarik 27 pasukan termasuk...
February 20th, 2022141
Setelah hampir empat tahun melakukan persiapan menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) ini, pemegang-pemegang taruh utama sukan berbasikal lasak(XCO - Mountain Bike) meletakkan harapan yang tinggi agar acara ini turut dipertandingkan nanti seperti penganjuran-penganjuran terdahulu.
Tiada sebarang kata putus bagi...
February 19th, 2022154
Pelumba skuad pelapis Terengganu ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA), Zulfikri Zulkifli atau lebih dikenali dengan gelaran 'Tenney' dalam arena perlumbaan berbasikal lasak(XCO) tanah air mencipta kejutan setelah menewaskan pelumba-pelumba profesional yang lebih senior untuk muncul juara di pentas Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0...
February 19th, 2022113Pelumba muda berusia 22 tahun kelahiran Dungun yang mewakili pasukan Helaz Terengganu dalam aksi kategori utama ‘Champion of Champions’ mencipta sensasi penganjuran untuk muncul juara dengan catatan masa 1 jam 1 minit 31 saat bagi jarak kayuhan berbukit sejauh 19.2km. Sekaligus berjaya mencipta jurang masa 3 minit 37 saat mendahului...
January 22nd, 2022112
Pasukan pembangunan berbasikal wanita elit dunia, CANYON/SRAM Generation secara rasmi mengumumkan barisan pelumba-pelumba mereka bagi musim ini yang sudah pasti tumpuan ke arah satu-satunya pelumba tanah air kelahiran negeri Terengganu iaitu Siti Nur Alia Mansor yang juga merupakan pelumba Terengganu yang kini dalam persiapan ke...
January 15th, 202275https://youtu.be/_853qgX8y_I
Ketandusan penganjuran perlumbaan sukan berbasikal lebuhraya yang menawarkan cabaran kayuhan pendakian menjadi kelebihan buat atlet-atlet Sukan Malaysia(SUKMA) untuk turut sama beraksi dalam Como Challenge.
Ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan melihat perlunya penyertaan oleh...
January 15th, 2022233
Laluan berliku muka bumi beraltitud tinggi merentasi banjaran berbukit jauh dari kesibukkan jalan raya di pendalaman Hulu Terengganu menjadi penanda aras baharu buat penganjuran perlumbaan sukan berbasikal lebuhraya tempatan.
Menawarkan cabaran perlumbaan berbasikal intensiti tinggi sejauh 50km dengan laluan pendakian berbukit...
January 15th, 2022183https://youtu.be/IWRTgVk-niw
Debaran sewaktu cabutan bertuah Como Challenge 2022 yang menjadi tumpuan utama iaitu sebuah motosikal. Cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersama Yang...
January 10th, 202296https://youtu.be/OPdvrYKej0o
Lihat di Youtube.com - https://youtu.be/OPdvrYKej0o
Noor Rizan Embong, ibu kepada Siti Nur Alia Mansor menceritakan detik-detik manis sewaktu diberitahu oleh anak bongsu kesayanganya yang menerima tawaran untuk beraksi di siri perlumbaan jelajah dunia bersama pasukan berbasikal wanita Canyon SRAM Racing...
January 9th, 202239https://youtu.be/5FLhwhfS5I4
Lihat sepenuhnya di - https://youtu.be/5FLhwhfS5I4
Pelumba berbasikal lebuhraya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor menceritakan detik-detik awal beliau mendapat tawaran untuk menyertai pasukan berbasikal Canyon SRAM Racing dari German yang berstatus Jelajah Profesional(Pro Tour) yang merupakan pasukan...
January 4th, 2022372
Tahun 2022 yang baru membuka tirai memberi penuh makna buat arena sukan berbasikal negara setelah atlet berbasikal lebuhraya Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA), Siti Nur Alia Mansor kini menjadi pelumba wanita tanah air pertama yang akan beraksi di pentas tertinggi siri jelajah dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa...
December 17th, 2021155Kejohanan Kebangsaan Berbasikal(Jalanraya) 2021 yang dijadualkan berlangsung selama 4 hari perlumbaan di Bukit Katil, Melaka menjadi siri perlumbaan terakhir sebelum kalendar penganjuran badan induk sukan berbasikal melabuhkan tirai.
Sebanyak 13 kategori perlumbaan yang dipertandingkan di mana 6 perlumbaan pada hari pertama, 5...
December 6th, 2021386Marang Monsoon Challenge merupakan program penganjuran kayuhan perlumbaan dan 'fun ride' yang anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Terengganu. Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu perlumbaan jalan raya(Road race) bagi kayuhan sejauh 78km, Terbuka Wanita 25km, Fun Ride 25km dan...
August 11th, 202192
Walaupum musim siri jelajah perlumbaan berbasikal dunia masih belum melabuhkan tirai namun satu penanda aras terbaik buat pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team(TSG) yang telah mula dilamar penajaan oleh beberapa pihak dari luar negara.
TSG yang beraksi cemerlang mengutip podium di awal musim dengan 850 kutipan...
August 2nd, 2021113
Setelah mencapai sasaran podium dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah pada musim ini, pasukan berbasikal profesional negara bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) yang baru tamat menjalani tempoh 14 hari berkuaratin penuh kembali memberi fokus pada misi podium seterusnya.
Terkini TSG cukup selesa untuk berada kedudukan tangga...
July 18th, 2021168
'The Pocket Rocketman' menerima kejutan paling bermakna sepanjang hayat karier bergelar atlet profesional sukan berbasikal setelah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati(D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato' kepada Azizulhasni Awang berkuatkuasa serta merta bermula 18 Julai 2021 seperti mana...
June 29th, 2021145
Walaupun menempuh jadual padat program latihan berbasikal, ikon pelumba pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh dengan penuh bertanggungjawab untuk berganding bahu bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dalam memperkasakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 yang sedang berlangsung...
April 12th, 2021241
Walaupun sehingga kini masih belum ada kata putus dari Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) untuk memulakan program latihan kebangsaan bagi kem skuad berbasikal downhill, namun pelumba-pelumba dari Terengganu telah mula melakukan persiapan awal. Tiga pelumba downhill Terengganu iaitu Saniy Syahmi Mohd Safiee, Zulfikri...
January 18th, 2021984Berikut adalah tentatif kalendar penganjuran kejohanan sukan berbasikal dalam negara ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Kejohanan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada 18 Januari 2021.
Sebanyak 49 kejohanan perlumbaan sukan berbasikal dijadualkan berlangsung di seluruh negara bagi tahun 2021 termasuk 11 kejohanan...
January 4th, 2021512
Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Majlis Sukan Negara(MSN) kini dalam program menjelajah ke seluruh negara dalam misi pencarian bakat baru sukan berbasikal wanita untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet kebangsaan.
Terengganu menjadi destinasi ke-9 dalam siri jelajah pencarian pelumba muda yang dijadualkan berlangsung pada 12...
January 3rd, 2021414
TSS Criterium Challenge 2021 membuka tirai kalendar penganjuran perlumbaan berbasikal pada tahun ini dengan mempertaruhkan 10 kategori yang akan menjadi tumpuan pelumba-pelumba sukan berbasikal sama ada dari jentera 'road bike' mahupun 'mountain bike(MTB)'.
Penganjuran perlumbaan secara kompetitif anjuran Majlis Sukan Negeri...
December 23rd, 2020291
Kalendar siri kejohanan perlumbaan basikal BMX bagi musim 2021 telah diumumkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selaku badan induk sukan berbasikal tanah air.
Pada tahun ini sebanyak 9 kejohanan bakal dianjurkan di mana melibatkan 4 siri sirkit bagi Kejohanan BMX Remaja, 3 siri Kejohanan BMX Kebangsaan, 1...
December 20th, 2020266https://youtu.be/s_hvrrf7Em8
Klik untuk lihat video - https://youtu.be/s_hvrrf7Em8
Sorotan perlumbaan Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race bagi acara Pro Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
Sebanyak 7 kategori acara perlumbaan...
December 20th, 2020273https://youtu.be/aGapgAXMYRg
Klik untuk lihat video - https://youtu.be/aGapgAXMYRg
Sorotan perlumbaan Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race bagi acara Lelaki Terbuka yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12 Disember 2020.
Sebanyak 7 kategori acara...
December 20th, 2020403https://youtu.be/6qf2VAVGbes
Klik untuk lihat video - https://youtu.be/6qf2VAVGbes
Ulasan Syed Mohd Husaini Syed Mazlan selaku ketua jurulatih berbasikal negeri Terengganu sewaktu penganjuran Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala...
December 16th, 202072https://youtu.be/XVgMCf3BrxI
Klik untuk lihat video - https://youtu.be/XVgMCf3BrxI
Ulasan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya sewaktu penganjuran Kuala Terengganu Ride Challenge Criterium Race yang telah berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 12...
December 12th, 2020361
Sebaik sahaja kelonggaran rentas daerah dan negeri Terengganu dibenarkan berikutan perlaksaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebelum ini, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) bersama Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu(PLBNT) pantas mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perlumbaan kompetitif secara...
November 19th, 20201227
Penantian sejak dicadangkan pada 2010, akhirnya projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur yang terletak di Dungun dijadualkan bakal siap sepenuhnya pada April 2022 nanti. Mendapat jolokan ‘Velodrom Azizulhasni Awang’ merupakan aset di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang...
November 17th, 2020351https://youtu.be/m_V9AN-tnNU
Klik untuk lihat video - https://youtu.be/m_V9AN-tnNU
Ulasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu lawatan ke tapak pembinaan velodrome pertama di pantai timur yang terletak di Kampung Balai Besar, Dungun pada 17 November...