TSG Terima Tajaan RM 2 Juta

Dari kiri Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

KUALA TERENGGANU — Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) telah memeterai perjanjian bersama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi merealisasikan tajaan bernilai RM2 juta untuk meningkatkan lagi momentum menghadapi saingan musim 2023 akan datang.

Tajaan bersama secara Kumpulan itu melibatkan usaha sama TDM Berhad, salah satu syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc, dan juga bahagian penjagaan kesihatannya/ bahagian penjagaan syarikat terbabit iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare).

Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun dan Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sejak tujuh tahun lepas sehingga kini,Terengganu Inc serta anak-anak syarikat Kumpulannya sudah tidak asing lagi dalam menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dan keunggulan pasukan berbasikal taraf benua ternama itu.

Pada tahun 2022, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan yang telah membantu memperkasakan jenama secara komprehensif serta mengutuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Tajaan berbentuk sokongan kewangan tersebut dinaikkan pada tahun 2023 melihat kepada prestasi tinggi yang konsisten dengan kedudukan pertama Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Sehingga kini, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) berada di tangga ke- 31 terbaik dalam ranking dunia UCI.

Sebagai penaja, Terengganu Inc serta dua anak syarikatnya dapat menaikkan jenamanya menerusi promosi serta penampilan logo syarikat pada tubuh jersi, platform media sosial, bahan bercetak, cenderahati pakaian, barangan dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Burhanuddin Hilmi optimis akan dengan penajaan sedia ada bakal memacu TSG untuk menunjukkan persaingan sengit pada edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadual berlangsung dari 1 1 hingga 18 Oktober ini.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan(tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood(kiri) dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu turut hadir ke majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.

“Saya yakin juga penajaan musim hadapan ini menjadi mendorong kearah pasukan ini untuk mengharumkan nama Malaysia dengan mempertahankan emas acara lepas ramai-ramai elit lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis perjanjian yang diadakan di Studio TSG telah ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun manakala itu, TSG diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.

SUKMA 2022: Jadual Penuh Acara Berbasikal

Sukan berbasikal merupakan di antara sukan wajib dipertaruhkan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di mana bagi penganjuran edisi ke-20 Sukan Malaysia(SUKMA XX MSN 2022) ini mempertaruhkan perebutan pingat melalui 30 acara keseluruhan iaitu 15 acara lelaki dan 15 acara wanita.

Velodrom Nasional, Nilai menjadi medan perebutan pingat bagi disiplin acara Trek dan BMX. Manakala bagi acara lebuhraya berlangsung di jalan negeri Sepang-Nilai.

TSG Kembali Ke Turki Untuk Kekal Di Puncak Jelajah Asia

Seramai lima pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) bersama tiga pegawai pasukan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sebelum penerbangan terus ke Turki untuk menyertai 3 perlumbaan bertaraf 1.2 UCI di sana.

Gergasi sukan berbasikal Asia, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) kini kembali menyambung misi kayuhan mereka untuk mempertahankan kejuaraan Asia yang telah dinobatkan pada musim lalu sekaligus memikul cabaran berganda untuk memburu prestij pasukan terbaik antara benua pada musim ini.

5 pelumba TSG yang diketuai oleh Wan Abdul Rahman Hamdan termasuk seorang pelumba muda Zuladri Amin Zulkurnain dari TSG Cycling Academy bersama tiga pegawai pasukan berlepas melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sebelum penerbangan terus ke Turki untuk membuat persiapan awal sebelum perlumbaan membuka tirai nanti.

Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali yang ke semuanya perlumbaan berstatus 1.2 badan induk berbasikal dunia(UCI) merupakan 3 siri perlumbaan yang menjadi fokus pasukan untuk mengutip mata perlumbaan bagi memperkukuhkan tangga kedudukan musim ini.

Dua perlumbaan secara berturut-turut terpaksa di tempuhi di mana perlumbaan Grand Prix Erciyes menjadi cabaran pertama yang perlu diberi fokus pada 23 Julai ini dan selang sehari sebelum kayuhan memburu podium di perlumbaan Grand Prix Kayseri. Manakala perlumbaan Grand Prix Yahyali dijadualkan pada 31 Julai nanti memberi cukup rehat buat pasukan untuk mengatur kayuhan.

Pengurus pasukan Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Mohd Saiful Anuar Aziz galas tanggungjawab membawa pasukan ke Turki bagi penyertaan Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali. Grand Prix Erciyes menjadi perlumbaan pertama buat TSG yang akan membuka tirai pada 23 Julai 2022 ini.

“Misi untuk kembali ke Turki ini adalah untuk kita dapatkan seberapa banyak mata perlumbaan untuk terus kekal di tangga teratas kedudukan Jelajah Asia ketika ini sekaligus untuk mempertahankan kejuaraan yang telah kita berjaya dinobatkan pada perlumbaan musim lalu.

“Namun ianya bukan satu perlumbaan mudah buat kami memandangkan pasukan Almaty Cycling Team dari Kazakhstan juga kini agresif untuk merapatkan jurang tangga kedudukan semasa.

“InsyAllah bagi perlumbaan di Turki ini kita meletakkan sasaran dua podium bagi 3 perlumbaan yang disertai. InsyAllah kita mampu lakukan berdasarkan analisa rekod-rekod perlumbaan di Turki yang telah kita tempuhi sebelum ini,” ujar pengurus pasukan TSG Mohd Saiful Anuar Aziz yang ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

Walaupun menempuh perlumbaan tanpa kelibat pasangan adik beradik Mohd Zamri Saleh dan Mohd Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman Hamdan yang mengetuai pasukan ke Turki ini tetap optimis mampu untuk menambah mata perlumbaan buat pasukan.

Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan di antara tonggak pasukan untuk menambah kutipan mata bagi tiga perlumbaan di Turki nanti.

“Kali ini adalah kali ketiga untuk saya berlumba di Turki. InsyAllah saya akan cuba yang terbaik untuk mengutip mata perlumbaan sebanyak mungkin di sana untuk mempertahankan pasukan untuk terus kekal di kedudukan teratas Jelajah Asia.

“Cabaran berlumba di Turki ini sememangnya amat berlainan berbanding di rantau Asia ini kerana di sana rata-rata pelumba adalah dari negara-negara Eropah. Tidak dinafikan pasukan tuan rumah juga bukan hadir sekadar melengkapkan penganjuran perlumbaan. Oleh itu percaturan yang tepat perlu dilakukan oleh kami untuk menaiki podium sekaligus menambah mata perlumbaan bagi musim ini,” ujar pelumba TSG Wan Abdul Rahman Hamdan.

Terkini, TSG masih mendahului tangga kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 863.75 perlumbaan mendahului Almaty Cycling Team dari Kazakhstan di tangga kedua dengan jurang 305.25 mata. Pasukan Taskent City Profesional Cycling Team dari Uzbekistan pula di tangga ketiga Jelajah Asia. Situasi ini sekaligus meletakkan TSG berada di tangga kedudukan ke-33 terbaik di seluruh dunia setanding dengan pasukan yang berentap di siri jelajah yang lebih ternama.

Selain memberi fokus di pentas kejuaraan Asia, TSG juga akan terus berkampung di Turki bagi menjalani kem latihan beraltitud tinggi yang juga merupakan serampang dua mata buat pasukan untuk memberi fokus dalam persediaan ke pentas Le Tour De Langkawi(LTDL) pada Oktober nanti.

Senarai Nama Pelumba & Pegawai Terengganu Cycling Team(TSG)
*Yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada 18 Julai 2022

PELUMBA TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM(TSG)
1WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN
2IRWANDIE LAKASEK
3MUHAMAD AFIQ HUZNIE
4MOHD SHAHRUL MAT AMIN
5ZULADRI AMIN
PEGAWAI PASUKAN TERENGGANU POLYGON CYLING TEAM(TSG)
1MOHD SAIFUL ANUAR AZIZ (PENGURUS PASUKAN)
2WAN MOHD NAZRI WAN AHMAD (MEKANIK)
3MOHD NORHISAMMUDDIN HILMI MAMAT (FISIO)

Info Menarik Perlumbaan Tour Gateh D’Tranung

Poster rasmi terkini penganjuran perlumbaan Tour Gateh D Tranung 2022 di mana lokasi terkini bagi majlis memperkenalkan pasukan bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 20 Mac 2022.

a)Tour Gateh D’Tranung merupakan penganjuran yang dijenamakan kembali dari Jelajah Terengganu yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2011. Jelajah Terengganu merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang telah diadakan pada 1984.

b) Penyertaan sebanyak 26 pasukan meliputi 16 pasukan berstatus kelab profesional dan 11 pasukan lumba yang mewakili negeri. Tumpuan perlumbaan sudah pasti terarah pada pasukan tuan rumah bertaraf benua yang juga penyandang Kejuaraan Jelajah Asia(UCI Asia Tour) buat kali kedua setelah bergelar juara musim lalu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) untuk turut sama berentap dengan Team Sapura Cycling yang turut mengesahkan penyertaan.

c) Menambah sensasi penganjuran, pasukan kebangsaan Singapura dan Maverick Singapore merupakan penyertaan berstatus antarabangsa yang turut hadir untuk memberi cabaran.

d) Sebanyak 5 pasukan tuan rumah akan berentap di mana 3 pasukan berstatus kelab profesional iaitu Terengganu Polygon Cycling Team(TSG), Terengganu Riders Club(TRC) dan TSS Racing manakala 2 pasukan pembangunan negeri Terengganu iaitu Terengganu Cycling Test Team dan Terengganu Development Test Team. Rata-rata penyertaan pasukan mewakili negeri masing-masing merupakan pasukan persediaan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) yang mempertaruhkan pelumba berusia bawah 23 tahun.

f) Perlumbaan mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km melibatkan 4 peringkat cabaran berbasikal lebuhraya termasuk 8 zon pendakian dan satu cabaran perlumbaan kriterium pada hari terakhir perlumbaan. Setiap daerah dalam negeri Terengganu iaitu 8 daerah keseluruhan menjadi singgahan setiap peringkat cabaran perlumbaan.

Jersi-jersi peringkat perlumbaan yang menjadi taruhan Tour Gateh D Tranung 2022.

g) 4 jersi kejuaraan menjadi taruhan iaitu jersi kuning bagi juara individu keseluruhan, jersi hijau bagi Raja Pecut, jersi merah bagi Raja Bukit dan jersi putih bagi juara bawah 23 tahun. Wang tunai RM60,000.00 menanti pasukan yang akan dinobatkan selaku juara penganjuran.

h) Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam satu sidang media pada 15 Mac 2022 bertempat di Wisma Darul Iman menjelaskan kos penganjuran sekitar RM650,000.00.

i) Turut berlangsung adalah perarakan kenderaan berhias di setiap daerah sebelum perlumbaan dimulakan.

 

Perlumbaan jelajah Tour Gateh D’Tranung mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km melibatkan 4 peringkat cabaran berbasikal lebuhraya termasuk 8 zon pendakian dan satu cabaran perlumbaan kriterium pada hari terakhir perlumbaan.

PERINGKAT-PERINGKAT CABARAN TOUR GATEH D’TRANUNG

PERINGKAT 1 (KUALA TERENGGANU-BESUT) ISNIN 21 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Hadapan Dataran Batu Buruk
Lokasi Penamat : Hadapan Stesen Bas Jerteh
Jarak Kayuhan: 130.9km
Natural Zone: 16km
Jarak Perlumbaan: 114.90km (3 zon pecutan)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 1240 tengah hari

PERINGKAT 2 (SETIU – HULU TERENGGANU) SELASA 22 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Hadapan Stesen Bas Permaisuri
Lokasi Penamat : Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir
Jarak Kayuhan: 163.75km
Natural Zone: 3km
Jarak Perlumbaan: 160.75km (3 zon pecutan 3 zon pendakian)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 0235 petang

PERINGKAT 3 (MARANG – DUNGUN) RABU 23 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Hadapan Pejabat Daerah Marang
Lokasi Penamat : Hadapan Pejabat Daerah Dungun
Jarak Kayuhan: 145.20km
Natural Zone: 2.70km
Jarak Perlumbaan: 142.50km (3 zon pecutan 3 zon pendakian)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 0145 petang

PERINGKAT 4 (DUNGUN – KEMAMAN) KHAMIS 24 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Padang Arena, Dungun
Lokasi Penamat : Padang Astaka, Kemaman
Jarak Kayuhan: 111.4km
Natural Zone: 8.9km
Jarak Perlumbaan: 102.5km (2 zon pecutan 2 zon pendakian)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 0100 petang

PERINGKAT 5 (DRAWBRIDGE LOOP) JUMAAT 25 MAC 2022
Lokasi Permulaan : Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge)
Lokasi Penamat : Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge)
Jarak Perlumbaan: 45km(16 pusingan)
Jangkaan Masa Tiba Penamat Pelumba Pertama(Fast schedule): 1030 malam

Tour Gateh D Tranung 2022: 2 Negara 27 Pasukan 8 Daerah 596.15KM

Logo rasmi perlumbaan Tour Gateh D Tranung yang dijenamakan kembali.

Penganjuran perlumbaan sukan berbasikal terbesar di negeri Terengganu kini kembali setelah kali terakhir dianjurkan pada 10 tahun dahulu yang dikenali sebagai Jelajah Terengganu. Kini penganjuran perlumbaan yang dijenamakan Tour Gateh D’Tranung bakal mencipta sensasi penganjuran tersendiri setelah berjaya menarik 27 pasukan termasuk dua pasukan dari luar negara sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Penyertaan barisan-barisan pasukan profesional ternama seperti Terengganu Polygon Cycling Team(TSG), Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan Singapura yang merupakan peserta tunggal dari luar negara merupakan di antara 16 pasukan berstatus kelab dan 11 pasukan berstatus negeri memberi satu penanda aras terbaik buat penganjuran lumba basikal lebuhraya di pantai timur ini.

Jersi-jersi peringkat perlumbaan yang menjadi taruhan Tour Gateh D Tranung 2022.

Kerajaan Negeri Terengganu selaku penganjur utama dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dan Persatuan Lumba Basikal Terengganu(PLBT) mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km merentasi 8 daerah dalam negeri ini untuk memburu kejuaraan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 60,000. Perlumbaan ini juga turut mempertaruhkan perebutan jersi kuning, hijau, merah dan putih untuk dinobatkan juara.

5 peringkat perlumbaan menjadi taruhan di mana cabaran pertama untuk kayuhan sejauh 130.9km akan bermula dari Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu berakhir di Jerteh, Besut pada 21 Mac 2022 ini. Hari kedua perlumbaan memberi cabaran kayuhan terjauh berbanding 5 peringkat perlumbaan untuk kayuhan sejauh 173.2km bermula dari hadapan stesen bas Permaisuri, Setiu untuk ditamatkan di Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Poster rasmi terkini penganjuran perlumbaan Tour Gateh D Tranung 2022 di mana lokasi terkini bagi majlis memperkenalkan pasukan bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 20 Mac 2022.

Bagi peringkat tiga perlumbaan kayuhan sejauh 145.1km bakal bermula di daerah Marang menuju ke Dungun dan peringkat ke-4 perlumbaan dengan cabaran kayuhan sejauh 111.4km dari daerah Dungun ke Kemaman. Manakala bagi cabaran ke 5 perlumbaan Tour Gateh D’Tranung ini memberi kelainan buat setiap pelumba dengan mempertaruhkan format perlumbaan kriterium yang akan bermula pada waktu malam bagi jarak kayuhan sejauh 45km.

Perlumbaan jelajah Tour Gateh D’Tranung mempertaruhkan kayuhan sejauh 596.15km melibatkan 4 peringkat cabaran berbasikal lebuhraya termasuk 8 zon pendakian dan satu cabaran perlumbaan kriterium pada hari terakhir perlumbaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak RM650,000 dibelanjakan bagi kos penganjuran perlumbaan selama 5 hari merentasi ke semua daerah di dalam negeri Terengganu ini. Selain acara perlumbaan yang menjadi keutamaan, turut berlansung menambah sensasi penganjuran iaitu perarakan kenderaan berhias sebagai simbolik bagi setiap daerah yang disinggahi. Beliau juga turut memberi pandangan bahawa kejohanan perlumbaan basikal lebuh raya ini akan diadakan secara dwitahunan dan menyasarkan penyertaan antarabangsa yang lebih besar lagi.

Kem Basikal Lasak XCO Intai Slot SUKMA

Setelah hampir empat tahun melakukan persiapan menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) ini, pemegang-pemegang taruh utama sukan berbasikal lasak(XCO – Mountain Bike) meletakkan harapan yang tinggi agar acara ini turut dipertandingkan nanti seperti penganjuran-penganjuran terdahulu.

Tiada sebarang kata putus bagi jenis acara yang dipertandingkan walaupun sukan berbasikal merupakan sukan teras dalam penganjuran SUKMA nanti meletakkan kem sukan berbasikal lasak dalam situasi tiada kepastian untuk setiap program latihan yang telah direncanakan sejak SUKMA Perak 2018 melabuh tirai.

Perkembangan ini juga turut memberi tekanan emosi buat sebahagian atlet-atlet khususnya yang menaruh harapan besar untuk membuat penampilan terakhir di pentas SUKMA. Faktor peraturan pertandingan yang menyasarkan peringkat umur tertentu bakal menafikan peluang buat atlet-atlet yang telah berusaha sejak di bangku sekolah lagi.

Ketua jurulatih basikal lasak XCO Terengganu Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti

“Kami amat berharap acara sukan berbasikal lasak ini dipertaruhkan seperti mana SUKMA edisi lalu begitu juga kita berharap tarikh penganjuran SUKMA 2022 tidak diumumkan pada saat-saat akhir kerana ianya menyukarkan kami untuk menyusun atur pemilihan pelumba-pelumba kami. Program latihan kami mengikut jadual ketat yang telah dirangka oleh itu kesilapan percaturan pemilihan pelumba tepat pada masanya akan memberi risiko pada pungutan pingat SUKMA 2022 yang disasarkan. Kami menyasarkan pingat emas untuk sukan berbasikal ini.” ujar Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti yang menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih basikal lasak XCO Terengganu.

Ketua jurulatih basikal lasak XCO Perak Nur Assyira Zainal Abidin

“Buat Perak, kami dalam momentum persiapan pasukan yang sepatutnya beraksi pada SUKMA 2020 di Johor namun setelah dibatalkan kami terpaksa bermula sekali lagi. Sehingga kini kami masih terus berlatih namun tanpa sebarang pengumuman tarikh penganjuran SUKMA 2022 ianya sedikit menganggu fokus kami kerana beberapa faktor lain oleh pelumba kami itu sendiri. Tidak dinafikan ada di antara mereka perlu membuat pilihan memikirkan masa depan mereka sama ada untuk menyambung penganjian atau memilih kerjaya yang lain. Ianya memberi cabaran buat kami sekalu jurulatih untuk mempersiapkan pasukan.” berkata ketua jurulatih basikal lasak XCO Perak Nur Assyira Zainal Abidin kepada PenyuSukan.com

Perak yang diketuai oleh ketua jurulatih Nur Assyira Zainal Abidin menguji pasukan basikal lasak lelaki dan wanita yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA untuk beraksi di Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan di litar XCO Bukit Chatak, Dungun pada 19 Februari 2022.

 

Perak yang diketuai oleh ketua jurulatih Nur Assyira Zainal Abidin menguji pasukan basikal lasak lelaki dan wanita yang kini dalam persediaan ke pentas SUKMA untuk beraksi di Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan di litar XCO Bukit Chatak, Dungun pada 19 Februari 2022.

Menambah duka, sekiranya acara ini tidak dipertandingkan pada tahun ini sudah pasti harapan pelumba-pelumba muda ini bakal ranap untuk penganjuran seterusnya yang bakal diadakan pada tahun 2024 nanti. Situasi ini sedikit sebanyak membebankan barisan kejurulatihan dalam usaha memastikan setiap pasukan masing-masing sentiasa bersedia bagi merangkul sebarang warna pingat yang dipertandingkan.

Untuk rekod, kali terakhir acara sukan berbasikal lasak dipertandingkan di pentas SUKMA adalah pada tahun 2018 di Perak. Berikutkan pandemik COVID-19 yang melanda memaksa Johor selaku tuan rumah terpaksa menunda penganjuran pada tahun 2020.

Kenjoh XCO 2.0 ‘Champion of Champions’ Milik Tenney

Pelumba skuad pelapis Terengganu ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA), Zulfikri Zulkifli atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Tenney’ dalam arena perlumbaan berbasikal lasak(XCO) tanah air mencipta kejutan setelah menewaskan pelumba-pelumba profesional yang lebih senior untuk muncul juara di pentas Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan.

Pelumba muda berusia 22 tahun kelahiran Dungun yang mewakili pasukan Helaz Terengganu dalam aksi kategori utama ‘Champion of Champions’ mencipta sensasi penganjuran untuk muncul juara dengan catatan masa 1 jam 1 minit 31 saat bagi jarak kayuhan berbukit sejauh 19.2km. Sekaligus berjaya mencipta jurang masa 3 minit 37 saat mendahului bekas pelumba kebangsaan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi yang menjadi tonggak utama pasukan PDRM di tempat kedua. Manakala bagi tempat ketiga milik pelumba elit tanah air Muaz Abd Rahim dari pasukan DTCC TUDM dengan catatan masa 1 jam 5 minit 28 saat.

Zulfikri Zulkifli atau lebih dikenali sebagai ‘Tenney’ merupakan pelumba basikal lasak XCO yang kini dalam program persiapan pasukan Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia.

“Alhamdullilah.. satu perlumbaan yang teramat sengit. Bentuk muka bumi juga turut menjadi cabaran utama di mana agak teknikal buat saya. Pada awalnya saya ikuti tempo kayuhan pelumba lain kemudian sebelum saya mendahului pelumba lain.”, ujar Tenney selaku juara ‘Champion of Champions’ yang menjadi kategori utama yang dipertandingkan dalam Kenjoh XCO 2.0

Kategori Wanita Terbuka yang mempertaruhkan kayuhan sejauh 9.6km juga turut mencuri perhatian melibatkan persaingan sengit pemenang pingat gangsa Kejuaraan XCO Benua Asia 2018, Nur Deena Safia yang berjaya meraih tempat pertama dengan catatan masa 40 minit 5 saat meninggalkan pelumba MSN Perak Nur Assyira Zainal Abidin di tempat kedua manakala tempat ketiga milik pelumba tuan rumah Eddyna Nasuhar Zainal Abidin dari pasukan MSN Terengganu. Turut beraksi adalah bekas pelumba wanita kebangsaan, Ju Pha Som Net yang mewakili PDRM sekadar mencatat masa 44 minit 31 saat untuk berada di tempat ke-4 perlumbaan.

Presiden Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun – Amran Abdullah

“Tiada penganjuran bermakna tiada atlet. Apabila ada penganjuran kita boleh menilai dari situ, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu daripada wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu boleh melihat kemampuan rider-rider yang baru hendak naik ini lah.”, ujar Presiden Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun yang menggalas tanggungjawab selaku penganjur bagi kejuaraan berstatus terbuka kebangsaan ini.

Penganjuran yang diiktiraf oleh badan induk berbasikal tanah air ini dijenamakan sebagai Kenjoh XCO 2.0 Challenge berlangsung selama sehari di litar XCO Bukit Chatak, Dungun berjaya menarik penyertaan seramai 171 pelumba profesional dalam negara dan pelumba dari negara jiran. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan melibatkan acara pelumbaan lelaki dan wanita menawarkan hadiah wang ringgit kepada setiap pemenang. Juara ‘Champion of Champions’ yang menjadi kategori utama dipertaruhkan membawa pulang RM 5000 ringgit bersama hadiah-hadiah iringan.

KEPUTUSAN PENUH KENJOH XCO 2.0https://results.checkpointspot.asia/results.aspx?CId=17036&RId=3505&EId=3&dt=0&adv=1

Pelumba SUKMA Juarai Basikal Lasak Terbuka Kebangsaan

Pelumba muda berusia 22 tahun kelahiran Dungun yang mewakili pasukan Helaz Terengganu dalam aksi kategori utama ‘Champion of Champions’ mencipta sensasi penganjuran untuk muncul juara dengan catatan masa 1 jam 1 minit 31 saat bagi jarak kayuhan berbukit sejauh 19.2km. Sekaligus berjaya mencipta jurang masa 3 minit 37 saat mendahului bekas pelumba kebangsaan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi yang menjadi tonggak utama pasukan PDRM di tempat kedua. Manakala bagi tempat ketiga milik pelumba elit tanah air Muaz Abd Rahim dari pasukan DTCC TUDM dengan catatan masa 1 jam 5 minit 28 saat.

Ikuti ulasan penuh Zulfikri Zulkifli atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Tenney’ dalam arena perlumbaan berbasikal lasak(XCO) tanah air mencipta kejutan setelah menewaskan pelumba-pelumba profesional yang lebih senior untuk muncul juara di pentas Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan.

Alia Mansor Pelopor CANYON/SRAM Generation

Siti Nur Alia Mansor merupakan pelumba anak jati kelahiran Kuala Terengganu yang juga merupakan pelumba tanah air pertama menyertai pasukan berbasikal wanita elit di pentas antarabangsa untuk bersama CANYON//SRAM Racing. Kredit Foto – ©Thomas Maheux

Pasukan pembangunan berbasikal wanita elit dunia, CANYON/SRAM Generation secara rasmi mengumumkan barisan pelumba-pelumba mereka bagi musim ini yang sudah pasti tumpuan ke arah satu-satunya pelumba tanah air kelahiran negeri Terengganu iaitu Siti Nur Alia Mansor yang juga merupakan pelumba Terengganu yang kini dalam persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA).

CANYON/SRAM Generation dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Siti Nur Alia Mansor adalah di antara 8 pelumba pertama yang terpilih untuk pasukan baharu ini setelah menerima 239 permohonan dari 62 buah negara seluruh dunia. Untuk rekod, CANYON//SRAM Generation merupakan sebuah pasukan program pembangunan di bawah naungan CANYON//SRAM Racing yang baharu dibentuk pada tahun ini untuk memberi peluang kepada pelumba-pelumba dari pelbagai benua untuk turut bersaing dalam perlumbaan di Eropah.

Pada musim ini selain dua pelumba dari German, pelumba wanita yang terpilih adalah dari 7 negara merentasi 4 benua berlainan. Barisan pelumba ini juga turut berpeluang untuk menyertai CANYON//SRAM Racing, sebuah pasukan berbasikal wanita elit dari German yang berstatus Jelajah Dunia Wanita UCI.

CANYON/SRAM Generation dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Siti Nur Alia Mansor adalah di antara 8 pelumba yang terpilih pada musim ini setelah menerima 239 permohonan dari 62 buah negara seluruh dunia. Kredit Foto – ©Thomas Maheux

“Selain memberi fokus pada perlumbaan, program pembangunan pasukan juga menjadi sebahagian dari hala tuju yang ditetapkan di mana CANYON//SRAM Racing tidak hanya memilih pelumba-pelumba yang berprestasi sahaja. Kami mahu setiap pelumba-pelumba yang terpilih juga mempunyai nilai-nilai untuk menjadi duta buat pasukan kami. Selain penilaian berdasarkan rekod-rekod kejayaan terdahulu yang telah dicapai oleh pelumba itu, kami juga turut menilai apakah matlamat mereka bersama pasukan dan bagaimana setiap pelumba ini mampu untuk menyumbang kejayaan sesuatu pasukan itu.”, ujar Christine Kalkschmid yang terlibat dalam pemilihan pelumba musim ini.

Manakala Ronny Lauke selaku pengurus pasukan CANYON//SRAM Racing Team cukup teruja dengan barisan pelumba-pelumba musim ini yang hadir dari pelbagai negara. Selain memberi fokus pada kalendar perlumbaan berbasikal dunia UCI, pelumba-pelumba ini juga turut kompetitif beraksi di pentas kebangsaan di negara masing-masing bakal memberi kelebihan buat pasukan untuk terus maju.

Siti Nur Alia Mansor(kiri) merupakan pelumba anak jati kelahiran Kuala Terengganu yang juga merupakan pelumba tanah air pertama menyertai pasukan berbasikal wanita elit di pentas antarabangsa untuk bersama CANYON//SRAM Racing. Kredit Foto – ©Thomas Maheux

SENARAI PELUMBA CANYON//SRAM GENERATION
1) Agua Marina Espinola Salinas (PARAQUAY) – KAPTEN
2) Siti Nur Alia Mansor (MALAYSIA)
3) Fatima Deborah Conteh (SIERRA LEONE)
4) Valentine Nzayisenga (RWANDA)
5) Antonia Niedermaier (GERMAN)
6) Llori Sharpe (JAMAICA)
7) Ricarda Bauernfeind (GERMAN)
8) Olivia Shililifa (NAMIBIAN)

PROFIL PELUMBA CANYON//SRAM Generation

Agua Marina Espinola Salinas – 25 tahun
Merupakan pelumba berbasikal pertama mewakili Paraquay di pentas Olimpik dan juga merupakan juara kebangsaan negara itu dan turut pernah beraksi dalam beberapa perlumbaan di Eropah. Espinola Salinas juga secara tidak rasmi dilantik sebagai kapten pasukan CANYON//SRAM Generation.

Siti Nur Alia Mansor – 21 tahun
Mula memberi fokus secara serius dalam sukan berbasikal setelah mewakili negeri kelahiran, Terengganu setelah meraih pingat gangsa dalam penampilan pertama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun 2016 di Sarawak. Momentum kejuaraan tidak terhenti di situ sahaja apabila terus mendominasi beberapa podium di peringkat kebangsaan.

Fatima Deborah Conteh – 22 tahun
Meraih juara dalam perlumbaan terbesar di Sierra Leone, Tour De Lunsar pada 2018 dan sekali lagi pada tahun 2021. Kemahiran pecutan menjadi taruhan untuk bersama CANYON//SRAM Generation.

Valentine Nzayisenga – 19 tahun
Seawal usia 19 tahun telah meraih juara dalam kejohanan kebangsaan di Rwanda dengan hanya pendedahan sukan berbasikal selama setahun sebelum itu. Nzayisenga turut beraksi di pentas Kejuaraan Benua Afrika untuk berada kedudukan dalam kelompok 10 pelumba terbaik dan Kejuaraan Dunia Berbasikal Lebuhraya UCI pada tahun lalu.

Antonia Niedermaier – 20 tahun
Mula menceburi sukan ski pergunungan(ski mountaineering) secara kompetitif sebelum menyertai perlumbaan sukan berbasikal setahun lalu.

Llori Sharpe – 22 tahun
Merupakan bekas atlet kebangsaan Jamaica bagi sukan renang dan triathlon selama beberapa tahun sebelum meraih pingat gangsa dalam acara ujian masa Kejuaraan Berbasikal Caribbean dan tempat ke-5 berbasikal lebuhraya pada tahun lalu. Kemahiran kayuhan pendakian menjadi taruhan untuk bersama CANYON//SRAM Generation.

Ricarda Bauernfeind – 21 tahun
Pemenang pingat gangsa dalam Kejuaraan Berbasikal Lebuhraya German pada 2021 ini hasil gigih berlatih tanpa jurulatih selama tiga tahun sewaktu memberi fokus pada pengajian di universiti. Kemahiran kayuhan pendakian menjadi taruhan untuk bersama CANYON//SRAM Generation.

Olivia Shililifa – 19 tahun
Pelumba Namibia yang muncul juara bagi kategori U23 dalam Kejuaraan Berbasikal Lebuhraya Namibia pada tahun 2019 ini juga merupakan atlet basikal lasak MTB di pentas antarabangsa.

Como Challenge: Atlet SUKMA Kutip Pengalaman

Ketandusan penganjuran perlumbaan sukan berbasikal lebuhraya yang menawarkan cabaran kayuhan pendakian menjadi kelebihan buat atlet-atlet Sukan Malaysia(SUKMA) untuk turut sama beraksi dalam Como Challenge.

Ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan melihat perlunya penyertaan oleh pelumba-pelumba SUKMA sebagai pendedahan yang kompetitif sebelum beraksi di pentas sebenar nanti.

Menambah menarik, ketua jurulatih ini juga turut menyertai kayuhaan perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 50km sehingga ke garisan penamat yang terletak di puncak Bukit Sungai Chomor, Hulu Terengganu.

Como Challenge: Cabaran Berbukit Laluan Berliku Tarik 951 Pelumba Basikal

Penganjuran perlumbaan berbasikal Como Challenge 2022 mendapat kepercayaan barisan penaja-penaja walaupun pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

Laluan berliku muka bumi beraltitud tinggi merentasi banjaran berbukit jauh dari kesibukkan jalan raya di pendalaman Hulu Terengganu menjadi penanda aras baharu buat penganjuran perlumbaan sukan berbasikal lebuhraya tempatan.

Menawarkan cabaran perlumbaan berbasikal intensiti tinggi sejauh 50km dengan laluan pendakian berbukit berjaya menarik penyertaan seramai 951 pelumba sekaligus menjadi antara penganjuran lumba berbasikal terbesar di dalam negara.

Puncak bukit Sungai Chomor di ketinggian 657 kaki dari aras laut berhampiran Tasik Kenyir menjadi garisan penamat bagi perlumbaan Como Challenge 2022. 

 

Cabaran pendakian dan laluan berliku sepanjang 50km jarak kayuhan Como Challenge 2022 menjadi cabaran utama buat pelumba.

Menambah prestij perlumbaan, jumlah penyertaan seramai 951 pelumba termasuk penyertaan dari beberapa pasukan berbasikal yang beraksi di pentas kebangsaan dan pasukan persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) mengangkat penanda aras cabaran perlumbaan bagi perebutan podium yang berakhir di ketinggian 657 kaki dari aras laut. Dua kategori jarak kayuhan iaitu 50km dan 25km melibatkan 9 disiplin acara dipertaruhkan di mana kategori Terbuka Berbasikal Lebuhraya 50km dan Bawah 23 tahun Berbasikal Lebuhraya 50km menjadi acara tumpuan bagi penganjuran ini.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli

Menurut penganjur perlumbaan merangkap Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli, Hulu Terengganu merupakan destinasi terbaik bagi perlumbaan yang menawarkan cabaran pendakian. Permandangan hutan berbukit yang masih terpelihara sepanjang kayuhan menuju ke garisan penamat di puncak bukit Sungai Chomor mampu dipromosikan untuk menjadi acara tahunan. Daya tarikan ini juga secara tidak langsung menjadi produk pelancongan sukan yang dapat membantu sosiekonomi setempat khususnya bagi masyarakat luar bandar di sini.

“Alhamdullilah..telah selesai satu penganjuran perlumbaan berbasikal Como Challenge bagi tahun 2022 ini. Sebenarnya perlumbaan ini adalah penganjuran yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada tahun lepas. Alhamdullilah kita dapat laksanakan dengan berjaya juga dengan sokongan daripada barisan penaja yang memberi kepercayaan bagi penganjuran ini begitu juga jabatan-jabatan kerajaan yang turut hadir membantu bagi menjayakan penganjuran pada hari ini.”, mengulas Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli sejurus tamat penganjuran.

Ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang turut beraksi dalam kategori Elit 50km Basikal Lebuhraya.

“Penganjuran ini merupakan satu pendedahan penting bagi pelumba-pelumba kami untuk mengutip semaksimum mungkin sebarang perlumbaan berintensiti tinggi sebelum SUKMA bermula nanti. Cabaran pendakian di Sungai Chomor merupakan satu kelebihan yang tiada di mana-mana penganjuran. Rata-rata penganjuran lumba berbasikal dalam negara jarang mempertaruhkan cabaran pendakian. Jadi untuk penganjuran ini satu impak besar untuk menilai prestasi semasa atlet-atlet bagi setiap pasukan sebelum berentap dalam SUKMA nanti.”, ujar ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang turut beraksi dalam kategori Elit 50km Basikal Lebuhraya.

Ketua jurulatih basikal Perak Hishamuddin Mohd Zaki

“Allhamdullilah berjaya raih podium untuk perlumbaan pertama bagi tahun ini. Cabaran pendakian beraltitud tinggi menyebabkan kami sanggup datang dari jauh dalam usaha persediaan ke SUKMA nanti. Pendedahan sedemikian amat penting untuk kami menilai prestasi semasa atlet-atlet kami walaupun kami mempunyai program latihan sepenuh masa.”, berkata ketua jurulatih basikal Perak Hishamuddin Mohd Zaki yang meletakkan sasaran pingat emas di SUKMA 2022 nanti.

1 jam 12 minit 52 saat merupakan catatan masa terpantas kategori Elit 50km Berbasikal Lebuhraya yang berjaya ditamatkan oleh pelumba Che Hafizam Che Roza dari pasukan PPCA Pasir Puteh, manakala ditempat kedua milik pelumba Isma Rizuan Mohamad Esa dari pasukan Orbit X Rosti Cycling Team dengan catatan masa 1 jam 12 minit 56 saat. Tempat ketiga milik pelumba individu dengan catatan masa 1 jam 13 minit 1 saat oleh Mohd Faizal Mohd Nadzir.

Pelumba-pelumba Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi persiapan ke Sukan Malaysia(SUKMA) mendominasi podium Bawah 23 Tahun 50km Berbasikal Lebuhraya. Pelumba Kee Zhe Yie dinobatkan selaku juara dengan catatan masa 1 jam 11 minit 12 saat ke garisan penamat manakala rakan sepasukan Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim dengan catatan masa 1 jam 11 minit 13 saat. Tempat ketiga milik pelumba SUKMA Perak, Muhammad Yusri Shaari dengan catatan masa 1 jam 11 minit 54 saat.

Manakala bagi acara Bawah 23 Tahun 50km Berbasikal Lebuhraya, pasukan tuan rumah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) mencipta sensasi perlumbaan mendominasi kedudukan podium tempat pertama dan kedua dengan jurang perbezaan masa sebanyak 1 saat buat kedua-dua pelumba.

Kee Zhe Yie selaku juara dengan catatan masa 1 jam 11 minit 12 saat ke garisan penamat diikuti rapat rakan sepasukan M Shamir Aiman Abd Halim di tempat kedua dengan catatan masa 1 jam 11 minit 13 saat. Manakala pelumba SUKMA Perak, Muhammad Yusri Shaari berada dikedudukan ketiga dengan catatan masa 1 jam 11 minit 54 saat.

Penganjuran sulung Como Challenge oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu di mana Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pengurus acara yang disokong oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

KLIK UNTUK MUAT TURUN KEPUTUSAN COMO CHALLENGE 2022
a) KEPUTUSAN PENUH KATEGORI 25KM
b) KEPUTUSAN PENUH KATEGORI 50KM

Cabutan Bertuah Como Challenge 2022

Debaran sewaktu cabutan bertuah Como Challenge 2022 yang menjadi tumpuan utama iaitu sebuah motosikal. Cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersama Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Turut bersama Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli selaku tuan rumah penganjuran yang berjaya menarik 951 pelumba untuk berentap dalam aksi pendakian untuk kayuhan sejauh 50km bermula dari Dataran Kuala Berang menuju garis penamat di puncak bukit Sungai Chomor.

Menambah prestij perlumbaan, jumlah penyertaan seramai 951 pelumba termasuk penyertaan dari beberapa pasukan berbasikal yang beraksi di pentas kebangsaan dan pasukan persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) mengangkat penanda aras cabaran perlumbaan bagi perebutan podium yang berakhir di ketinggian 657 kaki dari aras laut. Dua kategori jarak kayuhan iaitu 50km dan 25km melibatkan 9 disiplin acara dipertaruhkan di mana kategori Terbuka Berbasikal Lebuhraya 50km dan Bawah 23 tahun Berbasikal Lebuhraya 50km menjadi acara tumpuan bagi penganjuran ini.

Como Challenge yang kini memasuki edisi penganjuran kali kedua oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu di mana Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pengurus acara yang disokong oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

RM 5000 Menanti Juara Kenjoh XCO Challenge 2.0

RM 5000 Menanti Juara Kenjoh XCO Challenge 2.0

Kenjoh XCO Challenge kini memasuki edisi penganjuran perlumbaan basikal lasak ‘Cross Country Olympic’ (XCO)kali ke-2 yang dijadualkan berlangsung pada 19 Februari 2022 nanti. Litar perlumbaan Bukit Chatak XCO Trail yang terletak di Dungun sekali lagi menjadi tumpuan di mana pada edisi kali ini menawarkan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM 5000 bagi kategori utama ‘Champion of Champions’.

Menambah prestij penganjuran, sebanyak RM 3000 bakal menanti juara kategori Lelaki Terbuka manakala bagi juara kategori Wanita Terbuka bakal membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM 2000. Sebanyak 8 kategori keseluruhan yang dipertandingkan yang 7 dari kategori tersebut menawarkan hadiah buat pelumba sehingga ke tempat ke-10 kejuaraan.

Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun selaku penganjur memutuskan tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Februari 2022 dengan had penyertaan seramai 50 peserta bagi setiap kategori. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh merujuk pada maklumat di bawah:

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
010 966 1278 Amran (WhatsApp sahaja)
017 998 9822 Amran (Telefon sahaja)
0111 545 4949 Arif

YURAN PENDAFTARAN
PAKEJ A
RM70 (Barangan, tshirt kejohanan, nombor plat dan stiker)

PAKEJ B
RM40 (Barangan, tshirt kejohanan dan nombor plat)

TAMBAHAN KATEGORI
RM20 (Untuk setiap nombor plat)

Dimensi Baharu Terengganu Polygon Cycling Team TSG

Majlis memperkenalkan barisan penaja dan pelumba-pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) bagi musim 2022 telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 11 Januari 2022. Terdahulu Terengganu Polygon Cycling Team dijenamakan sebagai Terengganu Cycling Team dengan akronim berdaftar kepada badan induk berbasikal dunia(UCI) sebagai TSG.

Seiring dengan menjangkaui sedekad penubuhan, pasukan berbasikal bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) kini berevolusi untuk dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team sekaligus membuka lembaran dekad baharu di persada sukan berbasikal antarabangsa. Penjenamaan baru yang masih mengekalkan TSG sebagai akronim berdaftar dengan badan induk berbasikal dunia(UCI) ini juga sekaligus bakal mencipta dimensi baharu di mana tidak hanya mempertaruhkan status pasukan itu sahaja malah nilai jenama yang telah mendapat perhatian di pentas dunia sejak sekian lama.

Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama musim 2020 buat pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) yang kini dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team.

Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama musim ini dengan jumlah nilai tajaan RM 9.3 juta memberi penanda aras baharu pasukan berbasikal profesional negeri Terengganu ini. Begitu juga Shimano (Singapore) PTE. LTD yang setia bersama seawal penubuhan pasukan sehingga kini, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, KMI Healthcare, Tourism Terengganu serta lain-lain pihak penaja yang memberi kepercayaan di atas jenama pasukan yang kian kukuh bernilai untuk bersama-sama menembusi pasaran antarabangsa yang mampu dijana bersama Terengganu Polygon Cycling Team.

Menambah prestij buat Terengganu Polygon Cycling Team, jumlah penajaan sebanyak RM 9.3 juta pada musim ini merupakan jumlah terbesar yang pernah diterima dalam sejarah penubuhan pasukan ini sejak 2011. Petunjuk ini memberi gambaran positif nilai pelaburan yang mampu untuk dijana oleh Terengganu Polygon Cycling Team untuk memberi pulangan kepada setiap penaja.

Malah jalinan kerjasama strategik antarabangsa di benua Eurasia bersama Turki sekaligus bakal membuka peluang pelaburan di antara dua negara. Rundingan kerjasama ini bermula setelah jenama pasukan berbasikal negeri ini mula mendapat perhatian antarabangsa setelah meraih podium dalam siri Jelajah Eropah musim lalu.

Untuk permulaan, Turki melalui pemilikan syarikat penerbangan Turkish Airlines memberi kepercayaan selaku rakan strategik Terengganu Polygon Cycling Team bagi meneroka peluang-peluang pelaburan yang mampu dijana oleh kedua-dua negara. Situasi ini meletakkan Terengganu Polygon Cycling Team kini bukan hanya sebuah pasukan berbasikal profesional semata-mata malah mampu untuk dilihat menjadi satu platform pelaburan yang seharusnya diambil peluang dan ruang oleh setiap rakan-rakan penaja untuk berkerjasama.

Begitu juga dengan pelumba-pelumba import musim lalu Metkel Eyob Teweldeberhan, Youcef Reguigui, Jeroen Meijers, Jambaljamts Sainbayar dan Goh Choon Huat masih setia untuk meneruskan kayuhan bersama TSG musim ini. Manakala Artem Ovechkin dari Rusia yang telah mencipta sensasi bersama TSG di pentas Le Tour de Langkawi(LTDL) 2018 dan 2020 telah mengumumkan untuk bersara dari dunia perlumbaan sukan berbasikal. Walaupun sedemikian, TSG juga kini menerima dua pelumba baru iaitu Jamal Hibatullah dari Indonesia dan Anantolii Budiak dari Ukraine untuk memperkemaskan jentera musim ini bersama pelumba-pelumba lain.

Jadual padat menanti TSG seawal musim ini di mana Tour of Sharjah berstatus 2.2 bakal membuka tirai kayuhan sulung TSG musim ini yang dijadualkan berlangsung bermula pada 28 Januari sehingga 1 Februari nanti di UAE. Momentum kayuhan tidak terhenti di situ sahaja di mana pada sepanjang bulan Februari ini sebanyak 6 lagi siri perlumbaan yang perlu diraih podium bagi meraih setiap ruang dan peluang kutipan mata untuk mendahului kedudukan semasa pasukan berbasikal bertaraf benua.

Menambah menarik, TSG juga akan kembali berentap dalam siri Jelajah Eropah pada musim ini dengan penyertaan Grand Prix Alanya, Grand Prix Velo Alanya dan Grand Prix Justiniano Raced di mana ke semua perlumbaan ini berlangsung di Turki. Untuk rekod, pada penyertaan julung kali ke pentas siri Jelajah Eropah pada musim lalu, pelumba TSG Harrif Saleh mencipta sensasi kejuaraan untuk muncul juara sekaligus menjadi pelumba tanah air muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah.

Tour du Rwanda berstatus 2.1 yang menjadi sebahagian dari siri Jelajah Afrika dijadualkan pada 20 Februari sehingga 27 Februari menjadi perlumbaan terakhir di awal musim ini sebelum pelumba-pelumba TSG kembali meneruskan program latihan berpusat bagi persediaan ke beberapa lagi siri jelajah yang akan disertai nanti.

TSG yang kini telah sedekad usia sejak penubuhan pada 2011 meletakkan sasaran musim ini untuk terus mengekalkan kejuaraan Jelajah Asia(UCI Asia Tour) buat kali kedua setelah bergelar juara pada musim lalu sekaligus memperbaiki tangga kedudukan dunia untuk meletakkan pasukan dari pantai timur ini sebagai tiga pasukan terbaik benua Jelajah Dunia(UCI World Tour).

Alia Mansor Terima Tawaran Pasukan Berbasikal Wanita Dunia Melalui Whatsapp

Lihat sepenuhnya di – https://youtu.be/5FLhwhfS5I4

Pelumba berbasikal lebuhraya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor menceritakan detik-detik awal beliau mendapat tawaran untuk menyertai pasukan berbasikal Canyon SRAM Racing dari German yang berstatus Jelajah Profesional(Pro Tour) yang merupakan pasukan wanita ke lima terbaik dunia ketika ini.

Atlet kelahiran Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu yang kini berusia 21 tahun dijadualkan untuk bertolak ke Sepanyol pada 13 Januari ini untuk penampilan sulung bersama pasukan bagi persiapan menghadapi perlumbaan pertama buat mereka di Itali pada Mac nanti.

Siti Nur Alia Mansor Pelumba Wanita Tanah Air Pertama Ke Jelajah Profesional UCI

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM 3000.00 kepada Siti Nur Alia Mansor yang dalam persedian ke Sepanyol untuk penampilan sulung bersama pasukan berbasikal wanita dunia berstatus Jelajah Profesional(Pro Tour) Canyon SRAM Racing.

Tahun 2022 yang baru membuka tirai memberi penuh makna buat arena sukan berbasikal negara setelah atlet berbasikal lebuhraya Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA), Siti Nur Alia Mansor kini menjadi pelumba wanita tanah air pertama yang akan beraksi di pentas tertinggi siri jelajah dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada musim ini.

Siti Nur Alia Mansor merupakan atlet berbasikal lebuhraya Terengganu yang juga merupakan pelumba negeri ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) menerima tawaran kontrak selama semusim untuk bersama pasukan Canyon SRAM Racing yang berpangkalan di German yang berentap di dalam siri Jelajah Profesional(Pro Tour) Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Atlet kelahiran Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu yang kini berusia 21 tahun mendapat kepercayaan untuk semusim bersama pasukan berbasikal wanita profesional Canyon SRAM Racing dari German yang berstatus Jelajah Profesional(Pro Tour) yang merupakan pasukan wanita ke lima terbaik dunia ketika ini. Alia Mansor dijadualkan untuk bertolak ke Sepanyol pada 13 Januari ini untuk penampilan sulung bersama pasukan bagi persiapan menghadapi perlumbaan pertama buat mereka di Itali pada Mac nanti.

Siti Nur Alia Mansor bersama ibunya Noor Rizan Embong(kiri) telah diraikan dalam satu majlis ringkas bertempat di Wisma Darul Iman untuk menerima sumbangan bernilai RM 3 ribu ringgit dari Kerajaan Negeri Terengganu melalui Exco Sukan Wan Sukairi Wan Abdullah. Turut hadir bersama adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya bersama Timbalan Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Terengganu Mazlan Md Jail untuk menyempurnakan majlis.

Dalam pada itu, Siti Nur Alia Mansor bersama ibunya Noor Rizan Embong telah diraikan dalam satu majlis ringkas bertempat di Wisma Darul Iman untuk menerima sumbangan bernilai RM 3 ribu ringgit dari Kerajaan Negeri Terengganu melalui Exco Sukan Wan Sukairi Wan Abdullah. Turut hadir bersama adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahmad Shahrizal Yahaya bersama Timbalan Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Terengganu Mazlan Md Jail untuk menyempurnakan majlis.

Fokus Pelumba Terengganu Pada Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Jalanraya

Kejohanan Kebangsaan Berbasikal(Jalanraya) 2021 yang dijadualkan berlangsung selama 4 hari perlumbaan di Bukit Katil, Melaka menjadi siri perlumbaan terakhir sebelum kalendar penganjuran badan induk sukan berbasikal melabuhkan tirai.

Sebanyak 13 kategori perlumbaan yang dipertandingkan di mana 6 perlumbaan pada hari pertama, 5 perlumbaan pada hari kedua dan dua perlumbaan pada hari terakhir yang dijadualkan sebelum jam 12 tengah hari untuk berakhir.

Pelumba-pelumba Terengganu dari pasukan persediaan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) dan pasukan berbasikal profesional Terengganu Cycling Team(TSG) kini dalam persiapan untuk beraksi nanti.

Pasukan Terengganu Cycling Team dalam perkongsian terkini di laman Instagram rasmi milik pasukan mengesahkan untuk turut berentap dalam Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Jalanraya 2021 nanti. Kredit Foto – instagram.com/terengganucyclingteam

KATEGORI PERLUMBAAN

HARI PERTAMA
45.0km (15.0 km x 3 laps) Ujian Masa Perseorangan – Lelaki Elit
45.0km (15.0 km x 3 laps) Ujian Masa Perseorangan – Lelaki U23
30.0km (15.0 km x 2 laps) Ujian Masa Perseorangan – Wanita Elit
30.0km (15.0 km x 2 laps) Ujian Masa Perseorangan – Lelaki Junior
15.0km (15.0 km x 1 lap) Ujian Masa Perseorangan – Wanita Junior
30.0km (15.0 km x 2 laps) Ujian Masa Perseorangan – Lelaki Veteran

HARI KEDUA
182.0km (26.0km x 7 laps) Lepas Beramai-ramai – Lelaki Elit
156.0km (26.0km x 6 laps) Lepas Beramai-ramai – Lelaki U23
104.0km (26.0km x 4 laps) Lepas Beramai-ramai – Wanita Elit
78.0km (26.0km x 3 laps) Lepas Beramai-ramai – Lelaki Master A
78.0km (26.0km x 3 laps) Lepas Beramai-ramai – Lelaki Master B

HARI TERAKHIR
130.0km (26.0km x 5 laps) Lepas Beramai-ramai – Lelaki Junior
78.0km (26.0km x 3 laps) Lepas Beramai-ramai – Wanita Junior

Sebanyak 13 kategori perlumbaan yang dipertandingkan.

TSG Virtual Ride 2021: RM 10 Ribu Menanti Peserta Bertuah

Medal edisi terhad semperna sambutan ulangan tahun ke-10 Terengganu Cycling Team(TSG) bakal menjadi koleksi istimewa buat para peminat khususnya bagi peserta TSG Virtual Ride 2021 yang dianjurkan selama tiga hari berturut-turut bermula 24 Disember sehingga 26 Disember 2021.

Terengganu Cycling Team(TSG), pasukan berbasikal bertaraf benua Asia yang kini genap 10 tahun penubuhan buat julung kalinya akan menganjurkan program kayuhan secara maya yang turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah kepada peserta sebagai tanda penghargaan kepada peminat khususnya.

Kayuhan ‘TSG Virtual Ride 2021’ yang dijadualkan untuk berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada 24 Disember sehingga 26 Disember untuk jarak kayuhan sekurang-kurangnya sejauh 40km perlu ditempuhi oleh setiap peserta di lokasi masing-masing.

Penganjuran program kayuhan secara maya ‘TSG Virtual Ride 2021’ yang julung kali diadakan ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan tenaga kerja Terengganu Cycling Team(TSG) berpusat di ibu pejabat pasukan yang terletak di Kuala Terengganu.

Tiga kategori penyertaan dipertaruhkan di mana setiap peserta itu layak untuk menerima medal khas edisi terhad ‘TSG 10 Tahun’ dan beberapa cenderamata lain yang bakal menjadi koleksi terbaik buat peminat TSG itu sendiri.

Menambah menarik, cabutan bertuah wang tunai RM 10 ribu ringgit kepada peserta bertuah bakal menjadi kemuncak penganjuran kayuhan ulang tahun ke-10 TSG ini. Selain itu beberapa barangan kelengkapan sukan berbasikal profesional berjenama terkenal turut menarik perhatian penganjuran julung kali ini.

Pengurus pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) Wan Mohd Nazri Wan Ahmad @ Wan Nik menggalas tanggungjawab selaku ketua penyelaras TSG Virtual Ride 2021 yang julung kali diadakan ini.

“Semperna ulang tahun ke-10 penubuhan TSG, kami berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada peminat-peminat di luar sana dan juga penaja-penaja kami yang selama ini memberi sokongan dan kepercayaan padu kepada kami. Ribuan terima kasih kepada barisan-barisan penaja seperti Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Terengganu, Shimano dan lain-lain penaja yang selama ini bersama kami sehingga kini.

Dalam usaha untuk menghargai peminat-peminat TSG, RM 10 ribu ringgit menanti peserta cabutan bertuah dan juga lebih dari 100 hadiah lain seperti cincin emas, gelang emas, rim basikal jenama Shimano, Iphone 13 dan lain-lain untuk diberikan.

Pelumba-pelumba TSG juga turut berkayuh pada 24 Disember ini untuk kayuhan sejauh 50km bagi menghargai penyertaan peserta-peserta TSG Virtual 2021 ini.” ujar Wan Mohd Nazri Wan Ahmad @ Wan Nik selaku ketua penyelaras TSG Virtual Ride 2021.

Terdahulu, mengikut perancangan program semperna ulang tahun ke-10 penubuhan TSG ini sepatutnya diadakan di Kuala Terengganu secara kayuhan fizikal. Namun pada saat-saat akhir perubahan terpaksa dilakukan oleh TSG untuk menganjurkannya melalui pendekatan norma baharu menggunakan teknologi maya berikutan situasi pandemik COVID-19 sehingga kini yang masih belum bernoktah.

Kayuhan Amal PDRM Bridge To Bridge Sasar 1000 Penyertaan

Bridge To Bridge PDRM Charity Ride 2022 menyasarkan penyertaan terhad kepada 1000 peserta yang akan memulakan kayuhan pada 5 Mac 2022 nanti.

Polis Diraja Malaysia (Kontijen Terengganu) dengan kerjasama TSG Corp menganjurkan cabaran kayuhan sejauh 65km menyusuri laluan di tepi pantai melintasi Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge) dan beberapa cabaran muka bumi di sekitar Kuala Terengganu ini.

Menyasarkan penyertaan terhad terbuka kepda 1000 penyertaan terawal dengan yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM80 sahaja di mna setiap peserta akan menerima tshirt penganjuran, nombor plate basikal, medal, peluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan juga pek makanan.

Lakaran peta kayuhan Bridge To Bridge PDRM Charity Ride 2022 sejauh 65km yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah pada 5 Mac 2022. Sebarang perubahan disaat akhir akan dimaklumkan oleh penganjur.

Maklumat lanjut seperti berikut:

TARIKH:
5 MAC 2022 (Flag off 0800 pagi)

VENUE:
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (Mula/Tamat)

YURAN PENYERTAAN:
RM 80 (Tshirt sublimation + No. Plate + Medal + Cabutan Bertuah + Pek Makanan)
TERHAD PADA 1000 PENYERTAAN SAHAJA!

BAYARAN:
BANK: CIMB BANK
NO AKAUN: 8602 5824 07
PENAMA AKAUN: KOPERASI KAKITANGAN TPCT TERENGGANU BERHAD
EMAIL: tpct.tsg.corp@gmail.com

SYARAT TAMBAHAN:
Hanya peserta yang mempunyai 2 dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan menyertai.

PERTANYAAN:
011 2195 2528 JANG
016 511 2885 TSG STATION

Marang Monsoon Challenge: Cabaran Perlumbaan Jalan Raya 75km

Marang Monsoon Challenge merupakan program penganjuran kayuhan perlumbaan dan ‘fun ride’ yang anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Terengganu. Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu perlumbaan jalan raya(Road race) bagi kayuhan sejauh 78km, Terbuka Wanita 25km, Fun Ride 25km dan juga perlumbaan basikal lasak MTB bagi 25km.

Perlumbaan yang dijadualkan berlangsung pada 26 Disember 2021 nanti akan dilepaskan di Dataran Bandar Marang seawal jam 0800 pagi.

Marang Monsoon Challenge tawar cabaran perlumbaan jalan raya sejauh 75km yang menjadi kategori utama dipertandingkan. Sebanyak empat kategori keseluruhan dipertandingkan termasuk kayuhan ‘fun ride’.

Maklumat lanjut seperti berikut:

YURAN PENDAFTARAN
A – RACE: RM 70Peserta akan diberikan barangan(goodies), tshirt kejohanan, medal, insurans, pelitup muka, makanan, nombor plat perlumbaan, cip masa dan cabutan hadiah bertuah.

B – Fun Ride: RM 50Peserta akan diberikan barangan(goodies), tshirt kejohanan, medal, insurans, pelitup muka, makanan, nombor plat perlumbaan, cip masa dan cabutan hadiah bertuah.

PERTANYAAN:
0111 322 8966 EZANY
010 336 0035 BAMBIR

Marang Monsoon Ride 2021 menawarkan cabaran kayuhan sejauh 78km meliputi beberapa kawasan di dalam daerah Marang.

Rekod Perlumbaan Zuhairie Ahmad Tarmizi

Penampilan pertama di pentas temasya Paralimpik meletakkan satu penanda aras terbaik buat pelumba anak jati Marang Zuhairie Ahmad Tarmizi dalam kelompok 10 pelumba terbaik dunia. Perkembangan ini sekaligus memperbaharui rekod pencapaian lalu yang berada dalam kelompok 15 pelumba terbaik sewaktu perlumbaan Kejohanan Dunia tahun lalu.

Cabaran pertama di Velodrom Izu bagi acara C4-5 1000 meter ujian masa individu dengan catatan masa kayuhan selama 1 minit 6.472 saat berjaya mencipta rekod baru peribadi di mana 1.391 saat lebih pantas berbanding aksi beliau pada tahun lalu di Kejohanan Dunia bertempat di Milton, Kanada.

Manakala bagi cabaran pecut berpasukan campuran lelaki C1-5, Zuhairie Ahmad Tarmizi bergandingan bersama Muhammad Hafiz Jamali dan Mohamad Yusof Hafizi untuk melengkapkan trio bagi perlumbaan kelayakan untuk berada di tempat ke-5 dari 9 pasukan yang berentap. Walaupun terkandas untuk menaiki podium, catatan 50.532 saat yang berjaya dilakukan ini juga turut memperbaiki rekod pasukan di Kejohanan Dunia Milton, Kanada iaitu 51.872 saat.

Profil pelumba Paralimpik Zuhairie Ahmad Tarmizi serta rekod perlumbaan yang telah disertai bermula pada tahun 2018 sehingga 2020 dan terkini setelah beraksi di pentas temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – Olympics.com

Zuhairie Ahmad Tarmizi juga turut diberi peluang bersama Muhammad Hafiz Jamali untuk beraksi dalam acara lebuh raya ujian masa C5 namun beliau bersama pelumba Perancis Dorian Foulon tidak dapat menamatkan cabaran kayuhan sejauh 32km di Fuji International Speedway.

Anak Jati Marang Zuhairie Ahmad Tarmizi Pelumba 10 Terbaik Dunia

Zuhairie Ahmad Tarmizi memecahkan rekod peribadi beliau di pentas temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – Youtube.com/c/paralympics

Pelumba Olimpik sukan berbasikal, Zuhairie Ahmad Tarmizi berjaya meletakkan dirinya di kalangan 10 pelumba terbaik dunia dari 21 pelumba acara C4-5 1000 meter individu di temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Anak jati Marang ini berjaya mencatatkan masa kayuhan selama 1 minit 6.472 saat sekaligus sekali lagi telah melakar catatan terbaik peribadinya dengan catatan lebih pantas 1 minit 7.863 saat sewaktu perlumbaan di Milton 2020 dan 1 minit 8.934 saat di ACC Jincheon 2019.

Lihat sepenuhnya di – Youtube.com/c/paralympics

Aksi di Velodrom Izu ini menyaksikan jurang 4.915 minit buat Zuhairie di belakang juara milik pelumba Sepanyol, Alfonso Cabello Llamas yang turut memperbaharui rekod dunia dengan catatan masa kayuhan selama 1 jam 1.557 minit.

Manakala rakan sepasukan yang turut beraksi bagi acara yang sama, pelumba Muhammad Hafiz Jamali dengan mencatatkan masa kayuhan 1 jam 11.288 minit berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 untuk menafikan pelumba Hungary dan Brazil.

Kredit – https://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia/posts/4245494502231082
Zuhairie Ahmad Tarmizi berjaya menempatkan dirinya di kalangan 10 terpantas bagi acara C5 1000 meter pada temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – https://olympics.com/tokyo-2020/paralympic-games/en/results/cycling-track/results-men-s-c4-5-1000m-time-trial-fnl-000100-.htm

‘Doakan Saya’ – Zuhairie Ahmad Tarmizi

Setelah impian tercapai untuk layak secara merit ke pentas berprestij tertinggi dunia pada temasya sukan Paralimpik di Tokyo nanti, atlet para sukan berbasikal negara Zuhairie Ahmad Tarmizi kini mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Terengganu untuk dijadikan azimat menaiki podium nanti.

Persediaan sejak bertahun lamanya meletakkan pelumba yang berusia 31 tahun ini berada di tahap terbaik untuk melakar sejarah podium pertama buat kontijen paralimpik negara bagi sukan berbasikal dalam acara 1000 meter individu.

Zulhairie Ahmad Tarmizi. Kredit Foto – KontinjenMalaysia.my

“Sememangnya saya berusaha keras untuk tiket ke Olimpik. Saya berharap seluruh negeri Terengganu mahupun Malaysia doakan kejayaan untuk saya. Hanya doa anda menjadi pembakar semangat saya.”, ujar Zuhairie kepada PenyuSukan.com sewaktu dihubungi.

Untuk rekod, bapa kepada tiga cahaya mata ini merupakan atlet para sukan berbasikal pertama kelahiran negeri Terengganu yang layak secara merit ke pentas temasya sukan Paralimpik. Demi komitmen latihan untuk memberi fokus di Tokyo ini, Zuhairi juga hanya sempat meluangkan masa selama dua hari sewaktu menyambut anak bongsu beliau yang lahir pada November tahun lalu.

Anak jati Marang yang beralih arah dari sukan bola sepak sejak 2013 setelah ditimpa kemalangan menyebabkan jari tangan kanannya putus mula mendapat perhatian apabila membuat kejutan menghadiahkan 3 pingat emas dan 1 pingat perak pada Sukan SEA KL 2017 yang lalu.

Momentum pencapaian tidak terhenti di situ sahaja apabila setahun setelah itu sekali lagi berjaya menghadiahkan 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa di Sukan Asia 2018.

Selain acara 1000 meter individu yang menjadi prospek punggutan pingat negara, Zuhairie juga turut akan berentap dalam acara pecut berpasukan bersama dua lagi pelumba kebangsaan. Acara sukan berbasikal dijadualkan untuk membuka tirai bermula 25 Ogos sehingga 3 September nanti.

Profil pelumba Zuhairie Ahmad Tarmizi yang layak secara merit untuk berentap di pentas temasya Paralimpik Tokyo 2020. Kredit – https://kontinjenmalaysia.my/zuhairie-ahmad-tarmizi/

Terengganu Cycling Team Dilamar Pelabur Antarabangsa

Walaupum musim siri jelajah perlumbaan berbasikal dunia masih belum melabuhkan tirai namun satu penanda aras terbaik buat pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team(TSG) yang telah mula dilamar penajaan oleh beberapa pihak dari luar negara.

TSG yang beraksi cemerlang mengutip podium di awal musim dengan 850 kutipan mata selaku pendahulu kedudukan Jelajah Asia sehingga kini meletakkan portfolio yang terbaik buat pasukan berbasikal profesional dari negeri Terengganu ini.

Perkembangan positif ini secara tidak langsung membuktikan TSG di antara entiti sukan yang mampu untuk memberi pulangan pelaburan penajaan sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah ini.

Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus

“Alhamdullilah, respons yang agak baik dan berkemungkinan besar kita ada penaja-penaja baru yang akan bersama bagi musim hadapan. Situasi ini membuktikan bahawa COVID-19 ini bukan alasan untuk kita tidak mendapat kejayaan terutama dari segi untuk mendapatkan penaja-penaja.”, berkata Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus.

Menambah menarik, Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus memberi gambaran bahawa prospek rakan penaja baharu ini bakal membuka ruang yang lebih besar buat TSG untuk beraksi ke peringkat yang lebih tinggi. Situasi ini juga akan menjadi pemangkin terbaik buat pasukan yang telah beraksi di pentas berstatus benua sejak 10 tahun yang lalu.

Mengulas lanjut, perbincangan bersama bakal rakan penaja kini di peringkat fasa akhir khususnya melibatkan hubungan diplomatik di antara dua negara yang bakal memberi impak besar khususnya buat negeri Terengganu nanti. Keputusan muktamad hasil perbincangan tersebut akan diumumkan setelah kalendar perlumbaan musim ini melabuh tirai.

Krisis penajaan sewaktu pandemik COVID-19 ini juga turut memperlihatkan beberapa pasukan profesional dunia telah ‘gulung tikar’ namun sebaliknya buat TSG yang masih bernafas walaupun turut menerima tempias cabaran perbelanjaan pasukan. Malah sebahagian besar siri perlumbaan di beberapa negara turut telah dibatalkan.

Pada musim ini TSG telah membuat percaturan bijak untuk pertama kali menyertai siri Jelajah Eropah dalam misi untuk mengutip mata sekaligus memperbaiki rekod musim lalu yang telah terjejas berikutan pandemik COVID-19.

21 Podium Tamat Kuaratin TSG

Barisan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) setelah tamat tempoh kuarantin di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya sejurus tiba dari Turki pada 20 Julai 2021 lalu. Kredit Foto – Sharon Jane Liau TSG

Setelah mencapai sasaran podium dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah pada musim ini, pasukan berbasikal profesional negara bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) yang baru tamat menjalani tempoh 14 hari berkuaratin penuh kembali memberi fokus pada misi podium seterusnya.

Terkini TSG cukup selesa untuk berada kedudukan tangga teratas Jelajah Asia dengan kutipan 850 mata sekaligus berjaya mencipta jurang besar dengan pesaing rapat Vino-Astana Motors di tangga kedua dengan kutipan mata sebanyak 204 mata. Jurang besar ini secara tidak langsung mampu untuk TSG lebih awal dinobatkan selaku juara Jelajah Asia memandangkan agak mustahil bagi pencabar lain untuk menambah mata dalam hanya berbaki dua bulan lagi sebelum kalendar perlumbaan UCI melabuh tirai.

Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus

“Barisan pelumba dan pegawai kita baru sahaja pulang dari Turki dan sampai ke bumi Terengganu petang semalan iaitu seramai 3 pegawai dan 2 pelumba di mana mereka telah menjalani kuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur. Alhamdullilah ke semua pelumba kita berada dalam keadaan sihat.

Pada siri perlumbaan Jelajah Eropah di Turki di mana pihak pengurusan telah menetapkan sasaran 2 podium untuk 6 siri perlumbaan. Walaubagaimanapun mereka telah menunjukkan satu pencapaian yang amat membanggakan di luar jangkaan setelah berjaya memperolehi 6 podium melebihi sasaran yang diletakkan.”, ujar Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus kepada PenyuSukan.com

Manakala Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad turut mengulas cabaran pengurusan pasukan di Turki sewaktu pandemik COVID-19 ini sememangnya menjadi cabaran terbesar bagi memastikan keselamatan setiap pelumba. Komitmen disiplin tinggi setiap pelumba bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pengurusan menjadi kunci terbaik buat pasukan yang berkampung selama 21 hari di sana.

Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad

“Untuk perlumbaan di musim COVID ini memang sangat-sangat mencabarlah dari pasukan sendiri, dari segi latihan dari segi persiapan untuk ke luar negara itu memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa..itu antara cabaranlah.” ujar Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad.

Sepanjang musim ini sebanyak 21 podium berjaya diraih hasil dari 14 perlumbaan antarabangsa berprestij telah disertai meletakkan pasukan dari pantai timur ini menjadi kuasa besar pasukan berbasikal Asia.

Pengurusan tertinggi Terengganu Cycling Team (TSG) terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus(kiri) dan Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad(tengah) sewaktu ditemui media di ibu pejabat TSG yang terletak di Kuala Terengganu pada 2 Ogos 2021.

Walaubagaimanapun TSG tetap komited untuk meneruskan kayuhan menambah mata sekaligus memperbaiki rekod pasukan terbaik dunia berbanding musim lalu. Terkini TSG berada di kedudukan pasukan ke-31 dunia bersaing rapat dengan pasukan-pasukan elit terbaik dunia yang beraksi di divisyen UCI yang lebih tinggi.

Pengurniaan Diraja The Pocket Rocketman

Dato’ Azizulhasni Awang merupakan atlet Olimpik pertama kelahiran Terengganu mendapat pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin setelah dianugerahkan berkuatkuasa 18 Julai 2021.

‘The Pocket Rocketman’ menerima kejutan paling bermakna sepanjang hayat karier bergelar atlet profesional sukan berbasikal setelah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati(D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ kepada Azizulhasni Awang berkuatkuasa serta merta bermula 18 Julai 2021 seperti mana tarikh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Anak jati Dungun yang kini berusia 33 tahun kini giat memberi fokus di saat-saat akhir persiapan misi memburu emas pertama di pentas Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada Ogos nanti.

“Sejujurnya saya masih lagi terkejut dengan berita yang diterima ini tetapi dalam pada masa yang sama saya juga amat terharu kerana ini adalah penganugerahan yang terbesar dalam karier saya dan juga diri saya sebagai atlet negara.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak istana Terengganu, patik menjunjung kasih Tuanku! Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Terengganu dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Bagi saya penganugerahan ini akan dijadikan sumber motivasi tambahan untuk saya beraksi dengan cemerlangan di Tokyo nanti. Dan insyAllah dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia saya dapat merealisasikan impian pingat emas nanti. InsyAllah terima kasih semua.”, ujar Dato’ Azizulhasni Awang kepada PenyuSukan.com sewaktu dihubungi.

Beliau juga turut menzahirkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT), pihak-pihak tertentu di belakang tabir, peminat dan juga media yang sentiasa memberi sokongan sejak 15 tahun yang lalu setelah terbabit dalam industri sukan berbasikal ini.

Perkembangan ini juga secara tidak langsung menyemarakkan lagi semangat untuk beraksi di Tokyo nanti di mana merupakan penampilan kedua di pentas Olimpik setelah pertama kali beraksi berjaya meraih pingat gangsa di Olimpik Rio 2016. Pada Olimpik Tokyo, Azizulhasni dijadualkan untuk berentap dalam acara pecut bermula pada 4,5 dan 6 Ogos manakala acara keirin pada 7 dan 8 Ogos nanti.

Kenyataan media daripada Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu berkaitan pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu bagi tahun 2021 berkuatkuasa mulai 18 Julai 2021.

Wang Kemenangan Perlumbaan Bantu Rakyat Terkesan COVID-19

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh turut membuat hebahan di laman sosial miliknya untuk menjemput semua masyarakat dan peminat yang berkesempatan untuk hadir sendiri menerima sumbangan gulai ayam kampung masakan asli citarasa negeri Terengganu ini.

Situasi pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah sejak sekian lama sememangnya makin memberi tekanan khususnya buat masyarakat di luar bandar. Melihat kehidupan masyarakat sekeliling, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh terpanggil untuk menyampaikan sumbangan hasil dari wang kemenangan perlumbaan yang telah disertai selama ini.

Pelumba yang kini berusia 33 tahun ini membelanjakan sejumlah RM 2 ribu ringgit untuk menyediakan 160 bungkusan lauk gulai ayam kampung untuk diberikan secara percuma kepada semua penduduk sekitar Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.

Maa Kitchen yang terletak di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu merupakan kedai makan milik keluarga mertua pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh(berbaju hitam) sewaktu menyampaikan sumbangan berupa bungkusan lauk kepada masyarakat setempat di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.

Menambah manis, gulai ayam kampung masakan asli citarasa negeri Terengganu itu dimasak sendiri oleh Harrif Saleh bersama ahli keluarganya dari dapur kedai makan Maa Kitchen milik mertuanya yang terletak berhadapan SMK Panji Alam, Kuala Terengganu.

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh bersyukur dapat berkongsi ganjaran kemenangan bersama masyarakat setempat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah. Pada Februari lalu, Harrif Saleh berjaya melakar sejarah selaku pelumba negara pertama bergelar juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat yang telah berlangsung di Turki.

“Sememangnya bagi saya sebelum ini jika ada kejohanan besar mahupun seperti Le Tour De Langkawi sekiranya saya menjuarai sesuatu perlumbaan itu saya akan bernazar untuk membuat sedekah memberi makanan. Begitu juga di Turki bebaru ini saya pasang niat yang sama untuk semua orang merasai kemenangan itu. Cabaran di Turki pun bukan mudah dengan status penganjuran siri Jelajah Eropah di mana semua pelumba ternama turut serta namun saya menjadi juara di sana. Saya berasa amat bersyukur untuk hari ini berkongsi makanan dengan semua orang kampung di sini.” ujar Harrif Saleh kepada PenyuSukan.com.

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh bersyukur dapat berkongsi ganjaran kemenangan bersama masyarakat setempat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah. Pada Februari lalu, Harrif Saleh berjaya melakar sejarah selaku pelumba negara pertama bergelar juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat yang telah berlangsung di Turki.

Menurut Harrif Saleh, pendekatan memberi lauk yang telah siap dimasak dilihat lebih praktikal untuk disedekahkan sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi mereka bekerja sendiri dan masih bujang. Kekangan pergerakan setempat berikutan perlaksanaan PKP ini telah menyukarkan untuk menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas terus ke lokasi penerima. Walaubagaimanapun beliau sentiasa menanti peluang untuk terus membantu masyarakat yang terkesan dan sumbangan yang telah diberikan ini bukanlah yang terakhir.

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh sewaktu menyampaikan sumbangan berupa bungkusan lauk kepada pemandu van jenazah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.

Pada Februari lalu, Harrif Saleh membuat kejutan untuk melakar sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat di Turki. Kejayaan ini juga menjadi detik paling manis buat sepanjang karier yang pertama kali beraksi dalam siri Jelajah Eropah.

Bendera Terengganu berkibar di bumi Turki di mana pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam

Mengulas lanjut tentang perkembangan terkini, Harrif Saleh kini bersama rakan sepasukan giat memberi fokus bagi persiapan pasukan di pentas Jelajah Asia dalam perlumbaan Tour of Thailand yang dijadualkan pada September nanti.

Manakala sebahagian dari pelumba pasukan TSG kini yang diketuai oleh Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff sedang bersaing sengit di Turki dalam siri Jelajah Eropah dalam misi mengekalkan puncak teratas kedudukan pasukan terbaik Asia pada musim ini.

Pelumba TSG Sertai Kayuhan Beca Vaksin COVID-19

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh hadir memberi sokongan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dengan membuat kayuhan kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.

Walaupun menempuh jadual padat program latihan berbasikal, ikon pelumba pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh dengan penuh bertanggungjawab untuk berganding bahu bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dalam memperkasakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 yang sedang berlangsung ini.

Bertempat di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung yang terletak dalam daerah Marang, Harrif Saleh membuat kejutan kepada penerima suntikan vaksin untuk menjadi penumpang yang dikayuh sendiri oleh juara siri Jelajah Eropah musim ini.

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh setelah menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.

Inisiatif kreatif bersama CITF Marang selaku pemegang taruh program vaksinasi ini secara tidak langsung bagi menyampaikan mesej positif kepada komuniti setempat. Selain program kayuhan beca ini, terdahulu pelbagai usaha telah diadakan untuk meningkatkan kadar peratusan penerima vaksinasi negeri Terengganu.

Menambah menarik pada perkembangsan sama, Harrif Saleh juga turut menerima suntikan dos pertama vaksin setelah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Status aplikasi MySejahtera sewaktu pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.

Beliau menzahirkan perasaan teruja kerana suntikan perlindungan imunisasi ini teramat penting memandangkan kerjaya sebagai pelumba profesional sepenuh masa di pentas antarabangsa juga turut berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Sehingga kini penggiat-penggiat sukan khususnya para atlet profesional negeri ini mula menerima suntikan vaksin secara berperingkat dengan sasaran penerimaan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.

“Macam pengalaman saya, saya baru lepas cucuk tadi..saya rasa ok macam kena gigit di semut ajelah..tapi memang kalau boleh percepatkan lah ambik vaksin. Bukan mende, kalau boleh kita hendak lawan COVID ini kang kita kena iktihar dengan vaksin ini, insyAllah.” ujar Harrif Saleh yang ditemui PenyuSukan.com.

Mengulas lanjut tentang perkembangan terkini, Harrif Saleh kini bersama rakan sepasukan giat memberi fokus bagi persiapan pasukan untuk beberapa siri perlumbaan antarabangsa sebelum melabuh tirai perlumbaan musim ini.

Sehingga kini TSG kekal di puncak kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 850 mata sekaligus mencipta jurang besar buat Vino-Astana Motors dengan kutipan 204 mata di kedudukan kedua dan 199 mata dikutip oleh Kuwait Pro Cycling Team di kedudukan ketiga.

Sukan SEA 2021: Kem Downhill Bersiap Awal

Barisan pelumba downhill ke pentas temasya Sukan SEA Hanoi 2021 juga merupakan pelumba basikal lasak BMX di bawah kendalian ketua jurulatih Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti yang berpusat di Dungun, Terengganu.

Walaupun sehingga kini masih belum ada kata putus dari Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) untuk memulakan program latihan kebangsaan bagi kem skuad berbasikal downhill, namun pelumba-pelumba dari Terengganu telah mula melakukan persiapan awal. Tiga pelumba downhill Terengganu iaitu Saniy Syahmi Mohd Safiee, Zulfikri Zulkifli manakala Eddyna Nasuhar Zainal Abidin merupakan pelumba wanita tunggal dari negeri ini telah disenaraikan menyertai kem kebangsaan nanti.

Untuk rekod ketiga-tiga pelumba ini merupakan pelumba berpengalaman yang banyak meraih kejayaan di pentas kebangsaan dan juga siri perlumbaan antarabangsa yang berprestij. Menambah menarik atlet-atlet ini juga merupakan pelumba taruhan Terengganu di pentas Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2021) bagi disiplin acara BMX nanti.

Skuad downhill Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti dan turut dibantu oleh pembantu jurulatih Mohd Ibnu Hashimie Omar kini giat membuat latihan sepenuh masa bagi memastikan prestasi setiap pelumba sentiasa bersedia sebelum dipanggil menyertai kem kebangsaan. Malah Mohd Arif Syukri juga merupakan di antara jurulatih yang telah disenarai pendek bersama Mohd Aim Fauzi dari Sarawak untuk membawa cabaran di Sukan SEA Hanoi 2021 pada November nanti.

Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti antara jurulatih yang disenarai pendek bagi persiapan Sukan SEA 2021 Hanoi pada November ini giat mempersiapkan barisan pelumba dari Terengganu.

“Walaupun kita masih belum mendapat perkembangan terkini bila latihan berpusat kebangsaan akan bermula, kita di sini tetap memberi fokus pada pelumba-pelumba anak jati Terengganu untuk membuat persiapan awal. Kita mahu ke semua yang menyertai Sukan SEA berlumba untuk memenangi pingat. Kita tidak mahu sekadar menjadi peserta sahaja. Kita tahu ke semua pelumba-pelumba kita berbakat dan mampu memenangi pingat sekaligus mampu memberi saingan sengit pada pelumba dari negara lain nanti”, ujar Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti kepada PenyuSukan.com

Walaubagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah juga sedikit sebanyak membantutkan persediaan pelumba-pelumba dalam misi ke Hanoi nanti berikutan ketandusan penyertaan sebarang perlumbaan yang kompetitif. Pada penganjuran kali ini, bagi sukan berbasikal tuan rumah hanya mempertaruhkan pungutan pingat bagi tiga acara iaitu lebuhraya, cross country dan downhill di mana bagi acara berbasikal trek velodrome dan BMX tidak dipertandingkan.

Eddyna Nasuhar Zainal Abidin yang kini berusia 19 tahun(22 Oktober 2002) menjadi pelumba wanita tunggal dari Terengganu yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan kebangsaan bagi persiaan ke pentas temasya Sukan SEA 2021 Edisi Ke-31 di Hanoi, Vietnam pada November nanti.

Terdahulu, Arif Syukri yang merupakan pemegang Diploma Kejurulatihan Union Cycliste Internationale (UCI) merupakan bekas jurulatih kebangsaan di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan juga Sukan Asia Jakarta 2018 di mana sehingga kini sejak 2009 masih membimbing skuad berbasikal lasak Terengganu selaku ketua jurulatih.

Pasukan berbasikal ini ditemui RTM sewaktu kembali menyambung program latihan kecergasan setelah terhenti berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) seluruh negara yang telah melumpuhkan sebarang aktiviti program latihan sukan.

Jelajah Eropah: TSG Kian Mendapat Rentak

Terengganu Cycling Team (TSG) raih podium kali kedua bagi siri Jelajah Eropah 2021 di mana pelumba Carlos Julian muncul juara bersama rakan sepasukan Metkel Eyob di tempat ke-3 bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau Instagram.com/terengganucyclingteam

Pasukan berbasikal tanah air bertaraf antara benua, Terengganu Cycling Team (TSG) kian mendapat rentak dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah ke-4 yang kini berlangsung di Turki setelah pelumba Harris Salleh muncul juara pada siri ketiga jelajah kelmarin. Terkini pelumba Carlos Julian muncul juara bersama rakan sepasukan Metkel Eyob di tempat ke-3 sekaligus mendominasi podium Grand Prix Velo Alanya yang berstatus 1.2 UCI.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif(kir) merupakan pelumba tunggal negara berentap bersama rakan sepasukan Terengganu Cycling Team (TSG) untuk memberi cabaran bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – Instagram.com/terengganucyclingteam

Kayuhan sejauh 104.5km dengan catatan masa 2 jam 40 minit 33 saat menjadi milik Carlos Julian untuk dinobatkan juara sekaligus menafikan pelumba Alex Hoehn dari pasukan Wildlife Generation Pro Cycling. Jurang satu saat masa perlumbaan di belakang pendahulu meletakkan Metkel Eyob di tempat ketiga juga turut membantu TSG mengutip mata perlumbaan untuk memperkukuh tangga kedudukan pasukan yang kini masih berada di tangga ke-37 dunia.

Pelumba muda yang kian meningkat naik, Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif turut berentap pada perlumbaan ini yang menawarkan peringkat pendakian beraltitud tinggi sebagai cabaran. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-65 sekaligus memperbaiki rekod peribadi pada perlumbaan sehari sebelum ini dalam GP Velo Manavgar yang berakhir di tempat ke-96.

Seterusnya dua lagi perlumbaan berstatus 1.2 UCI menantikan kem TSG di Turki yang akan berlangsung pada Mac nanti sebelum pulang ke tanah air.

Dari kiri – Pelumba Metkel Eyob raih tempat ketiga dan Carlos Julian Quintero Norena ditempat pertama sekaligus menghadiahkan podium berganda buat Terengganu Cycling Team (TSG) bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau Instagram.com/terengganucyclingteam

KEPUTUSAN GP VELO ALANYA (EUROPE TOUR 2021)
*Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sahaja

#1 – CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA 02:40:33
#3 – METKEL EYOB
#12 – ARTEM OVECHKIN
#50 – YOUCEF REGUIGUI
#65 – MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
#73 – GOH CHOON HUAT

X