Ragbi: Pencarian Anak Jati Ke Pentas Kebangsaan

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu memberi peluang dan ruang kepada anak jati negeri untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Kredit - Facebook.com/PRAGBINT
Persatuan Ragbi Negeri Terengganu memberi peluang dan ruang kepada anak jati negeri untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Kredit – Facebook.com/PRAGBINT

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) kini dalam usaha pembentukan pasukan untuk mengharungi kempen kejohanan ragbi paling berprestij peringkat kebangsaan iaitu Kejohanan Piala Agong Edisi Ke-36 yang akan bermula tidak lama lagi. Oleh yang sedemikian pihak PRNT sedang giat mencari pemain-pemain ragbi yang berpotensi di kalangan anak jati negeri Terengganu untuk menyarung jersi kebanggaan untuk skuad Piala Agong 2018.

Tiada sebarang syarat minima diletakkan kecuali bagi mereka yang masih berumur bawah 18 tahun perlu mendapat surat pelepasan tanggungan dari ibu bapa atau penjaga. Namun peluang ini tidak tertakluk kepada anggota tentera dan polis tidak di mana mereka perlu mewakili pasukan masing – masing di pentas kejuaraan ini seperti mana menurut peraturan pertandingan yang disediakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia selaku badan induk.





Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman adalah pengurus pasukan ragbi lelaki Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman adalah pengurus pasukan ragbi lelaki Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Mutakhir ini pasukan ragbi negeri Terengganu berjaya meletakkan satu penanda aras pencapaian di pentas sukan ini. Rentetan maklum balas yang diterima oleh pihak persatuan, maka sewajarnya kami memberi peluang kepada anak jati negeri Terengganu untuk beraksi. Mungkin ada di pemain berpotensi di luar sana yang berada diluar pemerhatian dan pengetahuan maka peluang ini seharusnya dimanafaatkan oleh mereka. Kami tidak pernah menafikan ruang dan peluang untuk anak jati negeri ini beraksi namun mereka perlu membuktikan yang mereka benar-benar mampu untuk beraksi di pentas Piala Agong ini. Peluang mereka tidak hanya terhenti di sini sahaja malah untuk kejohanan – kejohanan seterusnya.”; ujar Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku pengurus pasukan skuad Piala Agong 2018 edisi ke-36 ini.

Setiap pemain terpilih bakal berpeluang untuk beraksi dalam kejohanan ini yang akan membuka tirai pada 6 Oktober 2018 nanti. Terengganu menjadi pasukan tuan rumah pada perlawanan pembukaan sebelum beraksi sebagai pelawat pada minggu-minggu seterusnya di negeri Kedah dan Johor dalam peringkat kumpulan. Edisi kali ini, pasukan Terengganu selaku finalis edisi lalu telah diundi bersama pasukan negeri Johor, Kedah dan Perak untuk berada dalam kumpulan Premier yang menjadi kumpulan maut dalam saingan melibatkan tiga kumpulan.

Peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak PRNT tidak hanya untuk persiapan kejohanan Piala Agong sahaja malah setiap pemain turut berpeluang untuk mewakili skuad negeri ini dalam beberapa kejohanan lain di masa hadapan. PRNT yang kini dalam proses penjenamaan semula tidak hanya memfokuskan pada kejayaan malah secara menyeluruh termasuk pembangunan sukan ragbi dan memberi peluang sebaiknya kepada anak jati negeri ini.

Berikut maklumat tentang program pemilihan pemain:

TARIKH : 29 SEPT 2018 (SABTU)
MASA: 4.30 PETANG
TEMPAT : PADANG RAGBI (D) KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU, GONG BADAK, K.NERUS

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi melalui Facebook – https://www.facebook.com/PRAGBINT/

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X