Akademi Pelumba Basikal Bakal Diwujudkan

Bayaran elaun juga bakal diberikan kepada pelatih akademi pelumba basikal Terengganu Cycling Team.
Bayaran elaun juga bakal diberikan kepada pelatih akademi pelumba basikal Terengganu Cycling Team. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, setelah hampir 7 tahun berentap untuk memburu kejuaraan kini Terengganu Cycling Team (TSG) bakal mengorak langkah mewujudkan akademi sendiri. Akademi yang dirancang akan bermula pada tahun ini bakal menjadi platform pembangunan khususnya bagi persediaan atlet kelahiran negeri Terengganu untuk berentap di Sukan Malaysia dan beberapa perlumbaan tempatan sebelum ke peringkat lebih tinggi.

Penubuhan akademi ini telah dirancang sekian lama sejak TSG memiliki status pasukan bertaraf benua sejak 2011 di mana berazam untuk menjadi pasukan profesional benua dari Malaysia pada 2020 nanti. Untuk permulaan dijangka 10 pelumba berusia antara 16 hingga 17 tahun bakal dipilih untuk berada di bawah program akademi ini.





Para pelumba muda ini bakal dibentuk menjadi pasukan pembangunan bawah 23 tahun untuk berentap sebarang perlumbaan yang dianjurkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Selain latihan sepenuhnya bersama pasukan TSG, bayaran elaun juga bakal diberikan kepada pelatih akademi ini dengan sasaran melahirkan pelumba lebuh raya pertama negara yang menamatkan perlumbaan di Olimpik.

Hasil jumlah tajaan akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelumba-pelumba pasukan Terengganu Cycling Team untuk musim 2018 ini. Kredit Foto - Facebook.com/aidit.nurfan
Hasil jumlah tajaan akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelumba-pelumba pasukan Terengganu Cycling Team untuk musim 2018 ini. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan

“Ia perlu dipatuhi supaya sasaran menjadi realiti pada 2020. Pada masa yang sama, apabila tiba masanya, barisan pelumba muda ini akan menggalas cabaran TSG di pentas antarabangsa,” ujar Ketua Pegawai Operasi (COO) TSG, Nasiruddin Wan Idrus kepada pemberita.

Sebelum ini turut dilaporkan pelumba Anuar Manan telah ditawarkan sebagai pengarah sukan di dalam akademi ini namun pelumba itu telah mengambil keputusan untuk bersama pasukan Forca Amskins Racing (FAR) setelah kontrak beliau tamat bersama TSG pada 30 Disember 2017 lalu.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X