SUKMA2018: Misi Berjaya! Rampas Kembali Juara Keseluruhan

Menteri Besar Terengganu; Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar(empat dari kanan) turut hadir ke majlis penutupan temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini untuk meraikan kejayaan kontijen negeri ini merampas kembali kejuaraan keseluruhan penganjuran SUKMA. Kredit foto - Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Menteri Besar Terengganu; Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar(empat dari kanan) turut hadir ke majlis penutupan temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini untuk meraikan kejayaan kontijen negeri ini merampas kembali kejuaraan keseluruhan penganjuran SUKMA. Kredit foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

‘Win Back Mission’ – itulah misi utama menjadi azimat bagi setiap kontijen Terengganu Hanelang untuk berentap di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 ini. 56 pingat emas, 51 pingat perak, 53 pingat gangsa menjadikan keseluruhan 160 pingat telah berjaya dituai sepanjang 15 hari kejohanan yang telah berlansung sekali gus berjaya menafikan kontijen Sarawak yang menjadi penyandang juara keseluruhan pada edisi lalu.

Kontijen Terengganu Hanelang berjaya kembali merampas semula kejuaraan selaku juara keseluruhan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19. Kali terakhir negeri Terengganu meraih kejayaan adalah sejak penganjuran 2008 sehingga 2012. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Kontijen Terengganu Hanelang berjaya kembali merampas semula kejuaraan selaku juara keseluruhan di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19. Kali terakhir negeri Terengganu meraih kejayaan adalah sejak penganjuran 2008 sehingga 2012. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Kejayaan misi merampas kembali selaku juara keseluruhan kini kembali mengukir sejarah sukan di negeri ini setelah kali terakhir merangkul juara keseluruhan pada edisi ke-15 di tahun 2012 sejak 2008. Pada 2008, negeri Terengganu merupakan pasukan tuan rumah bagi penganjuran SUKMA edisi ke-12 sekaligus pertama kali mencipta rekod selaku juara keseluruhan dan seterusnya menjadi kuasa besar pencapaian sukan di dalam negara.





Atlet olahraga Terengganu Hanelang Azreen Nabila binti Alias setelah dinobatkan selaku Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA XIX Perak 2018 setelah berjaya memecahkan rekod kejohanan berusia 10 tahun dalam acara 100 meter wanita. Kredit foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Majlis penutup temasya SUKMA Perak 2018 ini yang telah berlansung di Stadium Perak penuh gilang gemilang juga turut mencatat sejarah buat atlet olahraga Terengganu Hanelang Azreen Nabila binti Alias setelah dinobatkan selaku Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA XIX Perak 2018. Azreen Nabila mencipta sensasi setelah berjaya memecahkan rekod penganjuran SUKMA berusia 10 tahun dalam acara 100 meter wanita. Kelebihan masa 0.01 saat menjadikan pemenang pingat emas ini berjaya meleburkan rekod lama 11.82 saat milik atlet Johor Siti Fatimah Ahmad.

Kutipan pingat pertama kontijen Terengganu Hanelang hadir seawal hari ke-4 temasya SUKMA Perak 2018 berlansung telah dilunaskan oleh Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang merangkul pingat gangsa dalam sukan wushu untuk acara Jianshu (pedang). Pada hari seterusnya pelumba basikal Nur Aisyah binti Mohamad Zubir menjadi pemenang pingat emas pertama buat kontijen negeri ini setelah menepati ramalan dalam acara ujian masa individu 30km(ITT).

Kredit foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Menambah manis buat pelumba ini adalah turut mencipta sejarah menjadi satu-satunya pelumba basikal wanita yang berjaya meraih pingat emas sebanyak tiga kali berturut-turu di pentas SUKMA sejak 2014. Mohamad Nur Aiman bin Mohd Zariff juga turut menempa nama untuk penyumbang emas kedua sekaligus menjadi pingat ketiga buat kontijen setelah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu di Sarawak dalam acara ujian masa individu 30km(ITT).

Kredit foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Sukan berbasikal, angkat berat, judo, perlayaran dan menembak merupakan di antara penyumbang kutipan pingat terbesar buat kontijen Terengganu Hanelang ini. Sebanyak 160 kutipan pingat berjaya dituai sepanjang 15 hari kejohanan telah berlansung sekaligus berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19. TAHNIAH!

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X