Aksi barisan pemain ragbi wanita Terengganu; Hanelang Ladies sewaktu menewaskan Pahang berkesudahan 27-00 dalam aksi suku akhir Wanita Bawah 21 Tahun Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 3 Julai 2022.
Untuk rekod, skuad Wanita B21 Terengganu merupakan pasukan persiapan bagi memburu kejuaraan di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) di Kuala Lumpur nanti.
Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk memasak makanan buat 4 pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung di Bandaraya Ipoh,Perak pada 1 sehingga 3 Julai 2022 yang lepas.
Selain sebagai langkah penjimatan oleh PRNT selaku pemegang taruh utama setiap pasukan yang bertanding, usaha ini juga dilihat menjadi tambah nilai di dalam ekosistem pasukan ragbi itu sendiri untuk merapatkan nilai silaturahim sekaligus memupuk nilai persaudaraan yang tinggi di kalangan setiap pemain.
Menambah menarik, setiap barangan kelengkapan memasak termasuk bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging di bawa khas dari Kuala Terengganu untuk menampung keperluan 4 hari berkampung di bandaraya Ipoh ini.
Pada saingan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan musim ini, Terengganu menghantar 4 pasukan untuk penyertaan penuh bagi kategori Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun. Kategori Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun disertai oleh skuad ragbi Terengganu yang kini persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022).
Reaksi ketua jurulatih Terengganu FC(TFC) Nafuzi Zain setelah menewaskan Kuala Lumpur City 2-0 dalam perlawanan di laman sendiri pada 18 Jun 2022 sekaligus lompat naik 5 anak tangga Liga Super 2022.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut yang diraih oleh skuad Penyu ini dengan kedudukan semasa berada di tangga ke-6 kedudukan Liga Super dengan jurang 4 mata di belakang KL City FC yang kekal dikedudukan ke-5 dengan 13 mata.
Aksi pemain TFC II Mohammad Hakimi Abdullah ‘meminta kad’ dari Jeevanathan M. Ponniamoorthy selaku pengadil dalam aksi perlawanan ke-7 Liga Perdana 2022 buat TFC II di laman sendiri berkeputusan 2-1 sekaligus membuat kejutan ke atas JDT selaku pendahulu liga. #TerengganuFCII#TFCII#JDTII#TFCIIvsJDTII
Ulasan ketua jurulatih Real Chukai FC Mohd Nik yang ditemui sejurus tamat aksi perlawanan ke-6 Liga Amatur Malaysia(Liga M3) buat Real Chukai FC selaku pasukan tuan rumah dan juga Persada Intergriti Bersatu Football Club(PIB FC) hadir selaku pasukan pelawat sekaligus berjaya mencuri 3 mata di Stadium Mak Chili pada 7 Mei 2022.
Aksi jaringan sulung pasukan Persada Intergriti Bersatu Football Club(PIB FC) oleh Muhammad Fa’es Hafize Mohd Fadzil seawal minit ke-9 permainan sewaktu bertemu pasukan tuan rumah Real Chukai FC pada perlawanan ke-6 Liga Amatur Malaysia(Liga M3) di Stadium Mak Chili pada 7 Mei 2022.
Keputusan penuh berkesudahan 2-1 memihak pada pasukan pelawat PIB FC manakala jaringan dari Real Chukai FC hadir di minit ke-53 permainan melalui Mohammad Amir Ashraf Hussin.
Ketua jurulatih Terengganu FC II(TFC II) Badrul Afzan Razali mengulas persembangan pasukan TFC II setelah berkeputusan terikat 0-0 dalam aksi bertemu Selangor FC 2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 24 April lalu. Seterusnya TFC II dijadualkan untuk bertemu UiTM FC di laman sendiri pada 27 April.
Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).
Bulan Ramadan sama sekali tidak menjadi penghalang buat atlet-atlet sukan ragbi negeri Terengganu untuk turut sama merebut peluang mencari keberkatan dalam melakukan ibadah sekaligus merapatkan jurang dengan komuniti setempat.
Bergotong royong menyediakan bubur lambuk sejak awal pagi menjadi simbolik perpaduan bagi memupuk generasi anak muda di kalangan pemain ragbi ini untuk memahami erti hidup bermasyarakat.
Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).
Program yang telah dijalankan bersama selama dua hari ini di antara Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) menjadi satu penanda aras terbaik buat komuniti penggiat sukan di negeri ini.
Menambah menarik buat pemain ragbi wanita yang berasal dari Sarawak, Alitia Grace Sigan yang cukup teruja untuk pertama kali menimba pengalaman bersama pasukan untuk turut sama menyiapkan masakan bubur lambuk sehingga lewat petang.
Pemain ragbi wanita yang berasal dari Sarawak, Alitia Grace Sigan yang kini bersama pasukan ragbi wanita Terengganu bagi persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) pertama kali merasai sendiri suasana bergotong royong memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).
“Ianya satu pengalaman baru dan pertama kali buat saya yang berasal dari Sarawak untuk turut sama bergotong royong menyediakan bubur lambuk ini. Juga ini kali kali saya berpeluang untuk menyelami sendiri pengalaman suasana bulan Ramadan bersama-sama rakan sepasukan ragbi wanita Terengganu ini. Perasaan teruja itu memang tidak dapat dinafikan kerana tidak pernah terpikir menyertai pasukan ragbi ini turut berpeluang menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. Program ini secara tidak langsung merapatkan hubungan di dalam pasukan dan saling mengenali barisan pengurusan persatuan itu sendiri.” ujar Alitia Grace anak Sigan.
Beliau yang berusia 18 tahun baru sahaja bersama pasukan ragbi wanita negeri ini menyifatkan program sedemikian secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan di dalam pasukan dan juga jurang di antara pemain dan pengurusan badan induk negeri sukan ragbi ini.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab selaku pengarah program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf yang sudi menjalin kerjasama bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
“Alhamdullilah telah selesai program tahunan buat kali-7 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf di sekitar kawasan kejiranan kami ini. Terima kasih kepada Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan beberapa pihak lagi yang turut sudi bersama-sama bergotong royong sejak dari awal pagi sedikit sebanyak meringankan tenaga kudrat kami di bulan Ramadan ini.
“Kehadiran pemain-pemain ragbi yang rata-rata masih diperingkat usia belia remaja secara tidak langsung mampu untuk menarik lebih ramai remaja setempat di kawasan ini untuk turut sama menyertai dalam sebarang program kemasyarakatan yang dianjurkan di sini.”, ujar Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab
Barisan pemain ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan pasukan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA 2022) berganding bahu bersama komuniti Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH) untuk memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah bagi program bersama anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).
Buat Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Bayas Indah(PERINDAH), Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab menzahirkan tanda terima kasih di atas jalinan kerjasama ini yang sedikit sebanyak meringankan tenaga kudrat mereka sewaktu berpuasa. Kehadiran pemain-pemain ragbi yang rata-rata masih diperingkat usia belia remaja untuk program kejiranan ini dilihat secara tidak langsung mampu untuk menarik lebih ramai remaja setempat untuk turut sama menyertai dalam sebarang program yang dianjurkan.
Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Amir Amri Mohammad(kiri) turut hadir menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf di Dataran Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu pada 8 April 2022(7 Ramadhan 1443).
“Alhamdullilah pada hari ini kami dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.. turut bersama pemain-pemain ragbi lelaki dan wanita untuk turut sama dalam program berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf ini. Ianya satu program tahunan pada bulan Ramadan di mana kami sentiasa mencari sebarang ruang dan peluang program kemasyarakatan yang melibatkan ahli-ahli persatuan khususnya para pemain ragbi negeri ini untuk turut sama merebut peluang mencari keberkatan dalam melakukan ibadah sekaligus merapatkan jurang dengan komuniti setempat.
“Aktiviti bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sejak dari awal pagi menjadi satu simbolik untuk memupuk generasi muda di kalangan pemain ragbi untuk memahami erti hidup bermasyarakat.”, berkata YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohammad kepada PenyuSukan.com
Amir Amri Muhammad juga menjelaskan bahawa badan induk sukan ragbi negeri ini sememangnya menekankan program tanggungjawab sosial menjadi sebahagian dari program pembangunan sahsiah buat ke semua penggiat sukan ragbi negeri ini. Pelbagai program kemasyarakatan termasuk misi kemanusian telah dihulurkan bantuan di mana antara yang terkini adalah membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Terengganu pada Februari lepas.
Rentetan musibah situasi bencana banjir yang telah menimpa masyarakat luar bandar di Hulu Terengganu, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk mengerakkan sepenuhnya pasukan ragbi ke lokasi bencana untuk menyampaikan bantuan.
Selain khidmat tenaga kudrat yang dicurahkan, PRNT juga turut menyampaikan sumbangan bantuan yang diterima daripada orang ramai terus ke pintu rumah mangsa bencana.
Usaha persatuan sukan ini juga mendapat perhatian perunding kewangan AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyumbang 5 tan keperluan asas dan makanan yang dihantar terus dari Kuala Lumpur untuk diagihkan ke kawasan bencana. Sumbangan tersebut amat bermakna buat masyarakat luar bandar ini yang rata-rata di kalangan mereka terputus punca rezeki malah tidak mempunyai pendapatan tetap.
Rentetan musibah situasi bencana banjir yang telah menimpa masyarakat luar bandar di Hulu Terengganu, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengambil inisiatif untuk mengerakkan sepenuhnya pasukan ragbi ke lokasi bencana untuk menyampaikan bantuan.
Misi tanggungjawab sosial dengan kekuatan 30 pemain ragbi lelaki dan wanita bersama pengurusan pasukan itu telah bermula sejak seminggu lalu sewaktu peringkat awal bencana banjir bermula. Setelah banjir kembali surut, kini fokus PRNT beralih untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kediaman mangsa di Kampung Gunung, Menerong sebelum ke lokasi seterusnya.
Kediaman Norasyikin Mohammad bersama suami di antara mangsa-mangsa banjir Kampung Gunung, Menerong yang menerima khidmat sukarelawan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu untuk mencuci kediamannya yang dipenuhi lumpur banjir pada 6 Mac 2022.
Rata-rata mangsa yang baru pulang dari Pusat Penempatan Banjir(PPS) setempat hanya mampu termenung panjang melihatkan keadaan rumah kediaman mereka yang rosak teruk setelah ditenggelami air pada minggu lalu. Malah ada di antara mangsa bencana ini tidak terdaya memikirkan nasib untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bersendirian berikutan kesan banjir yang meninggalkan lumpur tebal serta sampah sarap di kediaman masing-masing.
Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab sewaktu turut hadir membantu mangsa banjir Kampung Gunung, Menerong. Misi bantuan bencana banjir yang dilaksanakan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu turut menerima sumbangan sebanyak 5 tan keperluan asas dan makanan yang dihantar terus dari Kuala Lumpur oleh perunding kewangan AUF MBZ Consortium pada 6 Mac 2022.
“Kami amat bersyukur masih diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka, malah kami juga memikul amanah setiap sumbangan yang telah diberikan untuk kami sampaikan kepada mereka yang terkesan. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua yang menyumbang di mana berjaya mengumpulkan 100 kotak sumbangan bantuan untuk disampaikan kepada penduduk di kampung ini.”, ujar Timbalan YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab.
Selain khidmat tenaga kudrat yang dicurahkan, PRNT juga turut menyampaikan sumbangan bantuan yang diterima daripada orang ramai terus ke pintu rumah mangsa bencana. Usaha persatuan sukan ini juga mendapat perhatian perunding kewangan AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang telah menyumbang 5 tan keperluan asas dan makanan yang dihantar terus dari Kuala Lumpur untuk diagihkan ke kawasan bencana. Sumbangan tersebut amat bermakna buat masyarakat luar bandar ini yang rata-rata di kalangan mereka terputus punca rezeki malah tidak mempunyai pendapatan tetap.
Pemain ragbi wanita Terengganu Jasmin Ahmad Samsuri sewaktu hadir menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Gunung, Menerong di Hulu Terengganu pada 6 Mac 2022. Misi bantuan bencana banjir yang dilaksanakan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu telah mengerakkan seluruh pasukan ragbi negeri ini.
Untuk rekod, badan induk sukan ragbi negeri Terengganu merupakan antara entiti sukan yang aktif turun membantu ke lokasi-lokasi bencana bagi menyampaikan bantuan. Terdahulu selain beberapa bencana di negeri Terengganu, PRNT juga turut hadir menyalurkan bantuan pada mangsa bencana kepala air di Kedah pada tahun lalu dan banjir besar Kelantan pada 2014.
Pelumba muda berusia 22 tahun kelahiran Dungun yang mewakili pasukan Helaz Terengganu dalam aksi kategori utama ‘Champion of Champions’ mencipta sensasi penganjuran untuk muncul juara dengan catatan masa 1 jam 1 minit 31 saat bagi jarak kayuhan berbukit sejauh 19.2km. Sekaligus berjaya mencipta jurang masa 3 minit 37 saat mendahului bekas pelumba kebangsaan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi yang menjadi tonggak utama pasukan PDRM di tempat kedua. Manakala bagi tempat ketiga milik pelumba elit tanah air Muaz Abd Rahim dari pasukan DTCC TUDM dengan catatan masa 1 jam 5 minit 28 saat.
Ikuti ulasan penuh Zulfikri Zulkifli atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Tenney’ dalam arena perlumbaan berbasikal lasak(XCO) tanah air mencipta kejutan setelah menewaskan pelumba-pelumba profesional yang lebih senior untuk muncul juara di pentas Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan.
Ketandusan penganjuran perlumbaan sukan berbasikal lebuhraya yang menawarkan cabaran kayuhan pendakian menjadi kelebihan buat atlet-atlet Sukan Malaysia(SUKMA) untuk turut sama beraksi dalam Como Challenge.
Ketua jurulatih basikal Terengganu Syed Mohd Husaini Syed Mazlan melihat perlunya penyertaan oleh pelumba-pelumba SUKMA sebagai pendedahan yang kompetitif sebelum beraksi di pentas sebenar nanti.
Menambah menarik, ketua jurulatih ini juga turut menyertai kayuhaan perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 50km sehingga ke garisan penamat yang terletak di puncak Bukit Sungai Chomor, Hulu Terengganu.
Debaran sewaktu cabutan bertuah Como Challenge 2022 yang menjadi tumpuan utama iaitu sebuah motosikal. Cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersama Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Turut bersama Pegawai Daerah Hulu Terengganu Ahmad Azizi Zulkifli selaku tuan rumah penganjuran yang berjaya menarik 951 pelumba untuk berentap dalam aksi pendakian untuk kayuhan sejauh 50km bermula dari Dataran Kuala Berang menuju garis penamat di puncak bukit Sungai Chomor.
Menambah prestij perlumbaan, jumlah penyertaan seramai 951 pelumba termasuk penyertaan dari beberapa pasukan berbasikal yang beraksi di pentas kebangsaan dan pasukan persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) mengangkat penanda aras cabaran perlumbaan bagi perebutan podium yang berakhir di ketinggian 657 kaki dari aras laut. Dua kategori jarak kayuhan iaitu 50km dan 25km melibatkan 9 disiplin acara dipertaruhkan di mana kategori Terbuka Berbasikal Lebuhraya 50km dan Bawah 23 tahun Berbasikal Lebuhraya 50km menjadi acara tumpuan bagi penganjuran ini.
Como Challenge yang kini memasuki edisi penganjuran kali kedua oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu di mana Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pengurus acara yang disokong oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Noor Rizan Embong, ibu kepada Siti Nur Alia Mansor menceritakan detik-detik manis sewaktu diberitahu oleh anak bongsu kesayanganya yang menerima tawaran untuk beraksi di siri perlumbaan jelajah dunia bersama pasukan berbasikal wanita Canyon SRAM Racing dari German.
Pelumba berbasikal lebuhraya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor menceritakan detik-detik awal beliau mendapat tawaran untuk menyertai pasukan berbasikal Canyon SRAM Racing dari German yang berstatus Jelajah Profesional(Pro Tour) yang merupakan pasukan wanita ke lima terbaik dunia ketika ini.
Atlet kelahiran Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu yang kini berusia 21 tahun dijadualkan untuk bertolak ke Sepanyol pada 13 Januari ini untuk penampilan sulung bersama pasukan bagi persiapan menghadapi perlumbaan pertama buat mereka di Itali pada Mac nanti.
Barisan pengadil-pengadil bola sepak yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) akan diberi ruang sepenuhnya untuk mengendalikan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu yang dirancangkan akan bermula seawal suku pertama tahun hadapan.
Perancangan ini secara tidak langsung bakal memberi pendedahan buat pelapis-pelapis pengadil di negeri ini sebelum beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Situasi ini secara tidak langsung mengukuhkan hala tuju Persatuan Pengadil Bola Sepak Negeri Terengganu yang kini secara rasmi telah diterima sebagai ahli gabungan PBSNT.
Barisan ahli tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) yang hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021. Kredit Foto – Facebook.com/pbsnt.official
Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) 2021 yang telah berlangsung selama sehari menghimpunkan 10 ahli gabungan telah sebulat suara bersetuju untuk mengemaskini perlembagaan badan induk sukan bola sepak negeri khususnya dalam memperkasakan peranan dan kuasa jawatan presiden yang telah dilantik.
Keputusan yang berkuat kuasa hari ini dilihat menjadi pemangkin untuk memacu hala tuju persatuan yang lebih jitu dalam pengurusan sukan bola sepak negeri khususnya bagi program pembangunan peringkat akar umbi. Terdahulu seperti mana menurut perlembagaan PBSNT, jawatan presiden PBSNT dikhaskan secara automatik kepada sesiapan sahaja yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Situasi ini dilihat oleh sebahagian ahli perwakilan seharusnya perlu melantik sesiapa sahaja yang layak dan mampu untuk memberi perhatian sepenuhnya dalam bidang kuasa pengurusan persatuan.
Kini melalui perlembagaan PBSNT yang diperbaharui akan memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sama ada untuk terus kekal memegang jawatan atau berhak melantik sesiapa sahaja yang layak sebagai presiden bagi menerajui pucuk pimpinan badan induk sukan bola sepak negeri ini.
Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong(kanan) bersama YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil merangkap Setiausaha Agung PBSNT sewaktu sidang media Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.
“Kita mempertahankan dan kita memberi ruang lagi kepada MB, contohnya MB sibuk. Dia ada seseorang yang pada hematnya yang boleh membantu persatuan maka dia hendak bagi jawatan presiden kepada orang itu pun boleh. Kalau dulu presiden itu dia kena pegang dan dia hanya hanya ada kuasa untuk melantik seorang timbalan. Sekarang ada dua. Terserah kepada dia. Itu keputusan ahli-ahli gabungan. Kita memberi kuasa penuh kepada YAB yang kita sayang ini supaya demi pembangunan bolasepak dia pikir dia teliti dia kaji kepada siapa jawatan itu dia hendak beri.”, ujar Timbalan Presiden PBSNT Marzuki Sulong kepada PenyuSukan.com
Barisan ahli tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) bersama seluruh ahli gabungan yang hadir ke Kongres Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021. Kredit Foto – Facebook.com/pbsnt.official
Pada kongres tahunan yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus turut menyampaikan serahan replika cek sumbangan tunai kepada Suhaimi Mat Hassan yang telah berkhidmat selaku pengadil Fifa Beach Soccer World Cup 2021 di Moscow, Rusia dan pasukan Mark Less Komi yang telah menjuarai Piala Beach Soccer AFC di Thailand pada tahun ini. Turut menerima replika cek sumbangan tunai adalah ahli-ahli gabungan bernilai RM 20,000.00 bagi setiap penerima. Walaubagaimanapun, Presiden PBSNT merangkap Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak hadir sewaktu kongres ini berlangsung.
Tentatif Kongres Biasa Tahunan PBSNT 2021 yang telah berlangsung di RA’AI Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus pada 12 Disember 2021.
Reaksi ketua jurulatih Terengganu FC Nafuzi Zain sebaik tamat perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim(JDT) di laman sendiri pada 4 September 2021 sewaktu ditanya mengenai status pemain Terengganu FC II Jordan Mintah untuk disenaraikan bagi baki-baki perlawanan sebelum menutup tirai sepenuhnya musim 2021 ini.
Untuk rekod, kehadiran Jordan Mintah di pentas Liga Super setelah mengantikan penyerang utama TFC David Da Silva yang mengalami kecederaan sewaktu perlawanan pembukaan musim bertemu UiTM FC.
3 gol dari empat perlawanan oleh Jordan Mintah berjaya mencipta sensasi momentum buat pasukan kukuh berada di kelompok teratas kedudukan liga malah mendapat reaksi positif dari kalangan peminat. Kehadiran David Da Silva untuk bertemu PJ City memaksa Jordan Mintah untuk kembali ke pentas Liga Perdana bersama TFC II.
Pada Ogos lalu untuk bertemu Sarawak United FC bagi aksi pentas Liga Perdana di laman sendiri, Jordan Mintah terpaksa diusung keluar pada minit ke-73 berikutan kecederaan serius setelah bertembung dengan penjaga gol lawan. Pada perlawanan itu juga, TFC II berjaya merampas kedudukan Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan setelah menewaskan Sarawak United FC berkeputusan 1-0 di laman sendiri. Jaringan gol tunggal itu disumbangkan oleh Jordan Mintah melalui sepakan penalti pada minit ke-19 juga merupakan jaringan peribadi ke-14 sekaligus mendahului penjaring terbanyak Liga Perdana ketika itu.
Reaksi ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain setelah menerima surat tunjuk sebab sebaik sahaja tamat sesi latihan persediaan pasukan bagi perlawanan bertemu Johor Darul Ta’zim(JDT) di laman sendiri pada 4 September 2021.
Surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh pengurusan Terengganu Football Club Sdn. Bhd. selaku pemegang taruh utama pasukan setelah kekalahan berturut-turut pada perlawanan terdahulu bertemu Kedah Darul Aman FC(KDA FC) 2-1 dan Kuala Lumpur FC (KL City FC) 1-0.
Sama juga saya pun study team lawan punya opponent, reaksi dia, player dia, kualiti dia..sama juga.. Habis itu nak suruh main pattern macam mana???..Sekarang ini kita bermain dengan apa kualiti kita ada dan saya rasa dengan permainan macam ini kita top 2 sekarang! Adakah kalah satu game nak ubah nak main macam mana? Nak ubah nak main dari bawah straight bola ke atas? – Nafuzi Zain
Reaksi ketua jurulatih Terengganu FC(TFC) Nafuzi Zain tentang taktikal pasukan setelah dinafikan di laman sendiri oleh Kedah Darul Aman FC(KDA FC) berkeputusan 2-1. TFC ketika ini sedang dalam misi mempertahankan kedudukan kedua tangga Liga Super 2021 dengan kutipan 37 mata selepas mengharungi 19 perlawanan. Manakala KDA FC yang kini di tangga ke-4 liga dengan 32 mata selepas menempuhi 16 perlawanan setakat ini.
Setelah tertangguh sejak sekian lama berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah, akhirnya Terengganu FC(TFC) kembali menyambung aksi dalam kempen Liga Super bertemu Perak FC pada malam ini.
Terdahulu setelah berhempas pulas memberi fokus utama, TFC yang terlepas tiket merebut kejuaraan Piala AFC berikutan pembatalan penganjuran dilihat kembali bangkit untuk memberi saingan kejuaraan Liga Super musim ini sekaligus memperbaiki rekod musim lalu yang berada di tangga ke-3 liga.
TFC yang kini berada di tangga kedua kedudukkan liga dengan kutipan 27 mata berjurang 3 mata di belakang pendahulu, JDT optimis untuk merampas kedudukan semasa dengan taruhan tonggak baharu pasukan.
Pemain import baharu TFC, Habib Haroon bakal menjadi perhatian untuk aksi pertama beliau bersama pasukan di pentas Liga Super ini. Bekas pemain kelab Al Khalidiya dalam Liga Bahrain itu menggantikan bekas pertahanan Aston Villa, Christopher Herd yang telah digugurkan TFC kerana kecederaan sejak awal musim.
Pengurus Pasukan Terengganu FC Zul Fadli Rozi. Kredit Foto – Terengganufc.com
“Alhamdullilah player-player kita pun orang kata nampak cukup bersemangat apatah lagi dengan pembatalan AFC dia memberi satu hikmah yang positif lah untuk kem Terengganu. Satu tonik satu booster yang bagus untuk Terengganu. Kerana semua pasukan ingin..memerlukan permulaan yang baik iaitu kemenangan pada perlawanan pembukaan pusingan kedua Liga Super ini.” ujar Zul Fadli Rozi selaku Pengurus Terengganu FC bagi musim ini.
Menurut pengurus pasukan TFC, Zul Fadli Rozi memberi gambaran bahawa persiapan TFC kini berada di tahap yang terbaik memandangkan sebelum ini telah memberi fokus sepenuhnya pada persiapan Piala AFC yang baharu sahaja dibatalkan penganjuran. Walaupun berdepan dengan Perak FC yang menghuni tangga kedudukan ke-10 liga, TFC tetap menghormati pasukan lawan yang mampu untuk membuat kejutan setelah lama berehat.
Dato’ Azizulhasni Awang merupakan atlet Olimpik pertama kelahiran Terengganu mendapat pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin setelah dianugerahkan berkuatkuasa 18 Julai 2021.
‘The Pocket Rocketman’ menerima kejutan paling bermakna sepanjang hayat karier bergelar atlet profesional sukan berbasikal setelah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati(D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ kepada Azizulhasni Awang berkuatkuasa serta merta bermula 18 Julai 2021 seperti mana tarikh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Anak jati Dungun yang kini berusia 33 tahun kini giat memberi fokus di saat-saat akhir persiapan misi memburu emas pertama di pentas Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada Ogos nanti.
“Sejujurnya saya masih lagi terkejut dengan berita yang diterima ini tetapi dalam pada masa yang sama saya juga amat terharu kerana ini adalah penganugerahan yang terbesar dalam karier saya dan juga diri saya sebagai atlet negara.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak istana Terengganu, patik menjunjung kasih Tuanku! Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Terengganu dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
“Bagi saya penganugerahan ini akan dijadikan sumber motivasi tambahan untuk saya beraksi dengan cemerlangan di Tokyo nanti. Dan insyAllah dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia saya dapat merealisasikan impian pingat emas nanti. InsyAllah terima kasih semua.”, ujar Dato’ Azizulhasni Awang kepada PenyuSukan.com sewaktu dihubungi.
Beliau juga turut menzahirkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT), pihak-pihak tertentu di belakang tabir, peminat dan juga media yang sentiasa memberi sokongan sejak 15 tahun yang lalu setelah terbabit dalam industri sukan berbasikal ini.
Perkembangan ini juga secara tidak langsung menyemarakkan lagi semangat untuk beraksi di Tokyo nanti di mana merupakan penampilan kedua di pentas Olimpik setelah pertama kali beraksi berjaya meraih pingat gangsa di Olimpik Rio 2016. Pada Olimpik Tokyo, Azizulhasni dijadualkan untuk berentap dalam acara pecut bermula pada 4,5 dan 6 Ogos manakala acara keirin pada 7 dan 8 Ogos nanti.
Kenyataan media daripada Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu berkaitan pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu bagi tahun 2021 berkuatkuasa mulai 18 Julai 2021.
Berpuasa seharian sepanjang bulan Ramadhan ini tidak bermakna buat mana-mana atlet kebangsaan mahupun negeri untuk tidak menjalani program latihan sukan yang telah dirangka. Begitu juga buat skuad ragbi lelaki Terengganu yang tetap meneruskan rutin beban latihan bagi mempersiapkan pasukan menghadapi beberapa kejohanan kebangsaan yang telah dijadualkan selepas Aidilfitri nanti.
Pasukan ragbi Terengganu yang kini dalam persiapan ke temasya SUKMA Johor 2022 menjalani rutin latihan seperti biasa walaupun menjalani ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.
Fokus latihan tidak hanya mengekalkan kecergasan di dalam gimnasium sahaja malah turut dilakukan di dalam padang bagi program latihan taktikal agar sentiasa berada di tahap yang dikehendaki. Percaturan ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini bertujuan agar momentum pasukan tidak terencat selepas tamatnya ibadah berpuasa ini.
Skuad yang dikenali sebagai ‘Hanelang 7s’ ini yang juga merupakan pasukan persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA Johor 2022) yang masih dibimbing oleh ketua jurulatih Izaimi Zainuddin buat tahun ke-5.
Izaimi Zainuddin galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih ragbi Terengganu buat tahun ke-5 bagi mempersiapkan pasukan ke pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA Johor 2022) nanti.
“Alhamdulillah hari ini kita selesai satu sesi latihan kecergasan pada bulan Ramadhan ini di mana kita berlatih sepenuhnya pada waktu malam bermula dari jam 10 malam sehingga lewat tengah malam. Selain latihan di gimnasium, kita juga melakukan program latihan taktikal di padang. Komitmen penuh telah diberikan oleh setiap ahli pasukan kecuali bagi atlet yang telah pulang ke institut penganjian tinggi masing-masing.” ujar ketua jurulatih ragbi skuad SUKMA 2022 kepada PenyuSukan.com
Untuk rekod, skuad ragbi lelaki Terengganu telah meraih pingat perak pada temasya SUKMA Perak pada 2018 di mana sebelum itu turut pernah meraih pingat emas pada SUKMA 2008 dan 2010. Pada penganjuran SUKMA Johor 2022 nanti, acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan di mana skuad ragbi negeri ini meletakkan sasaran podium untuk merangkul pingat.
Ulasan oleh Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad sewaktu program menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.
Ulasan oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab sewaktu program menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Talong, Hulu Dungun bersama pengurusan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu berkolaborasi bersama Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus Dungun bagi Program ‘HUGs By HEaLS’ Sumbangan Pasca Banjir 2020 pada 10 April 2021.
Penjelasan oleh Dr Wirdati Mohd Radzi yang telah dilantik sebagai pengerusi Club Professionalization Task Force (CPTF) oleh Malaysian Football League (MFL) pada 25 Januari lalu. CPTF merupakan satu entiti baharu di dalam MFL yang diperkenalkan pada tahun ini.
Sebelum ini pelbagai pihak mempertikaikan mengapa pemain naturalisasi pertama Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh yang mengetepikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk sukan bola sepak tanah air untuk terus membuat aduan pada FIFA berikutan tidak dibayar gaji oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). Terkini FIFA telah mengarahkan PBNP untuk membayar AS1.2 juta(RM4.9 juta) kepada bekas pemain mereka.
Dr Wirdati Mohd Radzi yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya Sukan(2019-2020) yang mempunyai latar belakang dalam bidang perundangan sukan. Beliau ditemui sewaktu hadir bagi tugasan tidak rasmi ke Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 8 Februari 2021.
“Sebab Sumareh adalah pemain bola sepak antarabangsa, dia mempunyai hak mengikut undang-undang antarabangsa di mana undang-undang ini hanya boleh dibincangkan di luar Malaysia.”, ujar Dr Wirdati Mohd Radzi yang telah dilantik sebagai pengerusi Club Professionalization Task Force (CPTF) oleh Malaysian Football League (MFL) kepada PenyuSukan.com sewaktu ditemui dalam kunjungan tidak rasmi ke Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 8 Februari 2021.
Mohamadou Sumareh untuk kali pertama bersama pasukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim(JDT) bagi saingan kempen musim 2021 ini. Kredit Foto – Facebook.com/johorsoutherntigers.com.my
Terdahulu pemain kelahiran Gambia ini telah meninggalkan Pahang pada Ogos tahun lalu berikutan isu tersebut dan menyarung jersi Police Tero FC yang berpangkalan di Thailand. Kini pemain berusia 27 tahun ini kembali ke tanah air bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memulakan kempen musim ini.
Klik untuk lihat video penuh ulasan Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah – https://youtu.be/yUU6Ou-v-Pc
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu menyambut baik segala usaha Kementerian Belia dan Sukan(KBS) yang sentiasa berusaha untuk mengerakkan sektor sukan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal lagi. Negeri ini yang merupakan antara kuasa besar sukan tanah air dan juga antara pemegang taruh terbesar membekalkan atlet-atlet berprestasi tinggi bagi mewakili negara di pentas antarabangsa sudah tentu memerlukan satu keputusan yang tepat untuk menentukan masa depan dan hala tuju bagi setiap atlet mereka.
Terengganu juga yang telah mempraktikan program latihan secara kuarantin termasuk menempatkan atlet-atlet di kemudahan asrama serta mengikut keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sejak dari awal perlaksanaan PKP dilihat tidak mempunyai masalah untuk perlaksanaan yang akan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN). Secara tidak langsung negeri ini telah mempraktikan modul gelembung sukan yang akan diperkenalkan kelak.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu merupakan antara pemegang taruh terbesar program pembangunan dan kecemerlangan sukan di dalam negeri ini.
“Sudah tentu persiapan perlu dilakukan oleh para atlet di semua daerah. Kita juga di Majlis Sukan Negeri Terengganu sangat perlu kepada SOP kelonggaran yang lebih terbuka kepada sukan ini kerana persiapan SUKMA 2022 yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Dan sudah tentu kita perlu kelonggaran ini untuk memastikan atlet-atlet kita meneruskan dapat latihan dengan lebih maksimum. Itu pun termasuk antara perkara sebab mengapa kita memberi sokongan kepada YB Menteri Belia dan Sukan ini kerana isu termasuk dengan persiapan dan perlawanan lain-lain sukan di peringkat nasional.” ujar Exco Sukan Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah kepada Penyusukan yang ditemui.
Keputusan itu perlu memandangkan terdapat atlet-atlet negeri ini yang sedang berusaha membuat persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA Vietnam 2021 dan juga yang sedang memburu slot bagi ke Olimpik Tokyo nanti. Begitu juga persiapan kontijen negeri untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun hadapan setelah ditunda berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah ini. Sesungguhnya Terengganu sememangnya telah memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan menjangkau jutaan ringgit dengan menjadikan pembangunan sukan sebagai salah satu agenda kemajuan negeri ini.
Majlis Sukan Negeri Terengganu yang terletak di daerah Kuala Nerus. Kuala Nerus merupakan daerah baharu yang ke-8 dalam negeri Terengganu yang telah diumumkan pada 18 September 2014. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Setelah perlaksanaan PKP hampir setahun sejak tahun lalu, tidak dinafikan di pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang merupakan pelabur terbesar turut terkesan setelah beberapa perancangan dan program latihan tidak dapat diteruskan. Selain memberi risiko pada momentun prestasi persiapan pasukan dan atlet itu sendiri, perkembangan semasa di mana terdapat beberapa atlet mengambil keputusan untuk bersara berikuta pandemik ini juga turut memberi tekanan.
Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah membentangkan kepada Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi permohonan kelonggaran pembukaan sektor sukan dan rekreasi sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Komitmen program latihan sukan sepenuh masa oleh pasukan berstatus Pro Benua, Terengganu Cycling Team(TSG) sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memperolehi kebenaran rentas daerah daripada Majlis Keselamatan Negara.
Program latihan pasukan berbasikal elit yang berpangkalan di negeri Terengganu untuk mewakili negara ke pentas dunia sudah pasti perlu diteruskan seperti mana entiti-entiti sukan kebangsaan yang kebanyakkan berpusat di Lembah Klang. Komitmen setiap hari untuk kayuhan sejauh ratusan kilometer membelah laluan berbukit dalam pelbagai keadaan cuaca berhujan panas malah menempuh banjir merupakan rutin harian yang perlu diselesaikan oleh setiap pelumba.
Walaupun perlu dilakukan di dalam norma baharu namun ianya merupakan cabaran terkini untuk mengekalkan momentum pasukan. Selain perlu menempuhi siri kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), pelumba-pelumba TSG juga turut terlibat dengan persediaan pasukan ke pentas Sukan SEA Vietnam 2021 dan juga Olimpik Tokyo nanti.
Terkini, TSG juga merupakan pasukan kebangsaan kedua yang telah memperolehi kebenaran dari pihak berwajib untuk berentap di luar negara setelah pasukan badminton beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Bangkok pada Januari lalu. TSG yang dibarisi oleh 9 pelumba berkampung selama 40 hari di Turki bagi menjalani program latihan beraltitud tinggi dan juga menyertai 6 perlumbaan berstatus 1.2 UCI dalam misi untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di tangga dunia.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
“Kita masih lagi mengikut SOP-SOP yang telah digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN) terutamanya di mana diikutkan situasi semasa ini. Kelulusan dari pihak Polis diRaja Malaysia(PDRM) perlu kita dapat untuk menjalani latihan. Dalam tempoh PKP ini cuma 10km dibenarkan untuk berbasikal dan seorang. Tetapi kita membuat permohonan daripada pihak PDRM untuk merentas daerah dengan kapasiti 10 orang dalam satu masa latihan. Alhamdullilah telah lulus oleh pihak PDRM.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) kepada PenyuSukan.com
Penundaan perlumbaan Tour of Rwanda yang dijadualkan pada 21 sehingga 28 Februari nanti memaksa Terengganu Cycling Team(TSG) untuk membuat percaturan di saat-saat akhir dengan merombak strategi jelajah perlumbaan sebelum berlepas ke Turki nanti.
Rentetan itu memaksa TSG mempertaruhkan 4 pelumba tempatan tanpa kelibat kapten pasukan Zamri Salleh dan beberapa pelumba lain lagi. Hanya Mohd Harris Salleh, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 5 lagi pelumba import akan berentap di Turki nanti.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
“Keputusan pemilihan empat pelumba tempatan adalah keputusan dari pihak kejurulatihan TSG dan kami mengambil maklum tentang keputusan ini. Penundaan perlumbaan Tour of Rwanda yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Februari di mana kini dijadualkan semula oleh UCI pada Mei nanti antara faktor yang perlu diambil kira. Disebabkan itu kita hanya fokus pada 6 perlumbaan di Turki nanti.
Pelumba-pelumba yang tidak disenaraikan ke Turki nanti tetap meneruskan program latihan seperti biasa sebagai persediaan Tour of Thailand pada April nanti.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) kepada PenyuSukan.com di pejabatnya hari ini.
Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) sewaktu program latihan sekitar negeri Terengganu dalam persediaan ke Turki untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.. Kredit Foto – Facebook.com/TSGterengganucyclingteam
Percaturan yang telah diputuskan oleh bahagian kejurulatihan dalam usaha untuk menyusun barisan pelumba-pelumba TSG untuk memungut sebanyak mungkin mata perlumbaan bagi memperkukuhkan tangga kedudukan dunia sehingga menutup kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini. Situasi semasa pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah juga turut akan menjadi penghalang untuk penyertaan siri jelajah perlumbaan yang sudah pasti akan membantutkan kutipan mata pasukan.
Pasukan berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Terengganu kini dalam rangka siri jelajah dengan menjadikan Turki sebagai destinasi pertama untuk membuka tirai kalendar perlumbaan UCI musim ini.
TSG yang akan berkampung selama sebulan di sana dijadualkan untuk menyertai 6 perlumbaan padat berstatus 1.2 UCI yang semuanya berlangsung sepanjang Februari & Mac ini di Turki. GP Alanya yang akan berlangsung pada 6 Februari nanti merupakan siri perlumbaan pertama akan disertai oleh TSG untuk membuka musim baru ini.
Senarai Nama Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021
BIL.
NAMA
UMUR
1.
MOHD HARRIF SALEH
33 (15 September 1988)
2.
WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN
22 (19 Jun 1999)
3.
IRWANDIE LAKASEK
26 (30 Januari 1995)
4.
MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
24 (1 Oktober 1997)
5.
METKEL EYOB (ERITREA)
28 (4 September 1993)
6.
GOH CHOON HUAT (SINGAPURA)
31 (14 Disember 1990)
7.
ARTEM OVECHKIN (RUSSIA)
35 (11 Julai 1986)
8.
CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA (COLOMBIA)
35 (5 Mac 1986)
9.
YOUCEF REGUIGUI (ALGERIA)
31 (9 Januari 1990)
SENARAI PERLUMBAAN YANG DISERTAI Sepanjang Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021
Pemain-pemain muda bola sepak negeri Terengganu bakal menerima pendedahan program latihan bola sepak di negara Jepun hasil kerjasama yang telah dimenterai oleh Terengganu FC(TFC) bersama Yakult Malaysia Sdn Bhd.
Perkara ini telah dizahirkan oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada sewaktu hadir ke majlis mementerai perjanjian kerjasama bernilai RM 380 ribu bersama Terengganu FC bagi musim 2021 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 Januari 2021.
Dari kiri – Hiroshi Hamada(Pengarah Urusan Yakult Malaysia) dan Mohd Zuki Deraman(Pegawai Media Yakult Malaysia) sewaktu hadir ke majlis mementerai perjanjian kerjasama bernilai RM 380 ribu bersama Terengganu FC bagi musim 2021 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 Januari 2021.
“Setelah perbincangan bersama CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan (Ketua Pegawai Operasi) TFC Sdn Bhd, dimaklumkan yang TFC juga turut memfokuskan program pembangunan bola sepak akar umbi di negeri ini. Oleh sedemikian maka kerjasama ini terjalin di mana kami turut ingin memberi peluang kepada pemain-pemain muda negeri ini untuk menjalani latihan di Jepun. Hala tuju ini juga merupakan misi buat syarikat Yakult untuk menyumbang dalam idustri bola sepak tanah air khususnya program pembangunan bola sepak di peringkat generasi muda.
Dari kiri – Pengarah Urusan LK Properties – Amirul Ikhwan Mazlan, Pengarah Urusan Yakult Malaysia – Hiroshi Hamada dan Pegawai Media Yakult Malaysia – Mohd Zuki Deraman sewaktu hadir ke majlis mementerai perjanjian kerjasama bernilai RM 380 ribu bersama Terengganu FC bagi musim 2021 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 Januari 2021.
“Sama ada kita bawa semua pemain-pemain muda ke Jepun atau kita bawakan jurulatih dari Jepun ke Terengganu.. atau paling kurang seorang pemain dari Terengganu akan ke sana..bergantung pada situasi. Kami berharap situasi pandemik COVID-19 akan segera berakhir agar perancangan ini dapat dilaksanakan..”, ujar Hiroshi Hamada kepada PenyuSukan.com
Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd Ab Rasid sewaktu menyempurnakan majlis mementerai perjanjian kerjasama bernilai RM 380 ribu bersama Terengganu FC bagi musim 2021 yang telah berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 21 Januari 2021.
Perkembangan ini disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd Ab Rasid yang menyifatkan ianya satu petanda positif bagi jangka masa panjang dalam pembangunan bola sepak yang bermula dari peringkat akar umbi negeri Terengganu.
Selain memperkasakan program pembangunan bola sepak akar umbi di negeri ini, Yakult juga turut akan menyediakan pentas selaku penganjur buat pasukan-pasukan seluruh negara bagi beraksi dalam beberapa cabaran seperti Yakult Global Cup dan Yakult Asian Dream Team Project.