Ombak Challenge 2022 Tarik Penyertaan Seramai 123 ‘Pahlawan Ombak’

Lihat sepenuhnya – https://youtu.be/hVZozzpgNpo





Penganjuran edisi ke-5 sukan air yang mempertaruhkan kayak jenis ‘dancer classic perception’ untuk menongkah ombak ganas sewaktu musim angin monsun timur laut ketika ini yang dijenamakan sebagai Ombak Challenge 2022 mencipta penanda aras baharu apabila berjaya menarik penyertaan terbesar seramai 123 peserta untuk berkampung selama dua hari di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.

Deruan ombak ganas sewaktu musim angin monsun timur laut di perairan negeri Terengganu ini bakal menjadi pentas penentu kejuaraan Ombak Challenge yang kini memasuki edisi ke-5 penganjuran. Kayak jenis ‘dancer classic perception’ menjadi taruhan perlumbaan untuk membelah ombak bagi dayungan sejauh 300 meter bagi perebutan podium sebelum bergelar juara.

Rekod baharu jumlah penyertaan ini sekaligus meletakkan prestij penganjuran yang tersendiri buat acara sukan air yang mampu menjadi salah satu produk pelancongan sukan di negeri Terengganu Darul Iman ini. Menambah menarik tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan oleh Persatuan Kanu Negeri Terengganu selaku penganjur sejak pertama kali diadakan pada tahun 2015.

Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas juga merupakan pengarah teknikal Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.

“Saban tahun kita boleh melihat peningkatkan jumlah peserta di mana pada edisi pertama penganjuran pada tahun 2015 di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kita hanya mendapat 78 peserta yang mana rata-ratanya adalah merupakan atlet-atlet kami sendiri. Namun untuk edisi kali ini kita boleh melihat beberapa peserta dari beberapa negeri malah terdapat penyertaan daripada pasukan dari PDRM(Polis Diraja Malaysia) dan UniSZA(Universiti Sultan Zainal Abidin).

“Tidak dinafikan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan sejak edisi pertama penganjuran sehingga kini menjadi kekuatan penganjuran malah setiap peserta yang hadir tidak perlu membawa sebarang kelengkapan peralatan perlumbaan di mana segala-galanya disediakan oleh kami sebagai penganjur.

“Penganjuran Ombak Challenge yang menjadi kejohanan tahunan dan pernah tertangguh berikutan pandemik COVID-19 sebelum ini ini juga merupakan pentas terbaik buat atlet-atlet kanu sama ada buat atlet negeri Terengganu mahupun lain-lain negeri malah buat atlet kebangsaan untuk meraih pengalaman berikutan ketandusan penganjuran sukan air secara kompetitif buat atlet-atlet ini.

“Edisi penganjuran kali ke-5 ini juga turut disertai oleh beberapa bekas atlet kebangsaan yang masih beraksi di pentas antarabangsa.” ujar Pengarah teknikal Ombak Challenge 2022 yang juga merupakan Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas.

Beliau yang juga merupakan mantan Presiden Kanu Malaysia bagi penggal 2015-2017 turut melihat penganjuran ini mampu untuk menjadi produk pelancongan sukan buat negeri Terengganu yang bertaraf antarabangsa.

Bekas atlet kebangsaan dan juga persiapan ke pentas Sukan Malaysia(SUKMA) 2022 Muhammad Afiq Qusyairi Zaki yang turut berentap dalam Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
Atlet pembangunan Sukan Malaysia(SUKMA) Nor Aireen Sofia Mohd Hafiz merupakan di antara peserta wanita yang turut berentap dalam Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.

Dzulkafli Abas juga turut mengulas bahawa kejuaraan yang berformatkan catatan masa terpantas untuk berkayak menongkah ombak ganas merupakan satu-satunya kejohanan yang pernah diadakan di dalam negara malah tidak menolak berkemungkinan yang pertama seumpamanya di dunia. Dua kategori baru iaitu kategori peringkat institusi pengajian tinggi dan kategori kebangsaan bakal dipertandingkan pada edisi seterusnya tahun hadapan.

Barisan pemenang-pemenang Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM 5000 keseluruhan bagi tiga kategori telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.

Pada penganjuran Ombak Challenge edisi ke-5 ini, tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan ‘Relay’ untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 5000. Kategori ‘Relay’ yang dipertandingkan secara berpasukan melibatkan 4 peserta lelaki dan 1 peserta wanita menjadi acara tumpuan yang mempertaruhkan hadiah wang tunai terbesar sebanyak RM 1000.00 menjadi milik pasukan ‘Ikan Dukeng’ yang turut dibarisi oleh beberapa bekas atlet SUKMA 2022 yang baru melabuhkan tirai pada September lepas.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X