Skuad SUKMA Pelayaran Terima Sumbangan Jaket Keselamatan

Lihat video sepenuhnya di – https://youtu.be/f2vskDHiVjo





Keceriaan buat pasukan pelayaran Terengganu skuad Sukan Malaysia(SUKMA) yang menerima sumbangan jaket keselamatan terpakai yang boleh diguna semula oleh atlet-atlet sukan pelayaran negeri ini.

Sebanyak 80 jaket keselamatan yang disumbangkan oleh sebuah entiti yang tidak ingin didedahkan telah disampaikan kepada ketua jurulatih pelayaran Terengganu Abdul Rani Idris yang hadir sendiri ke Pulau Redang untuk membawa pulang sumbangan itu ke pusat latihan yang terletak di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Turut menjayakan program mulia ini adalah pihak Redang Pelangi Resort yang turut menyumbang perkhidmatan bot untuk pergi dan balik dari Pulau Redang.

Ketua jurulatih sukan pelayaran Terengganu, Abdul Rani Idris menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada entiti tersebut yang sanggup menyumbang jaket keselamatan itu dalam satu kuantiti yang besar.

Jelasnya lagi, sumbangan ini memberi keceriaan buat atlet-atlet sukan pelayaran negeri Terengganu khususnya di kalangan atlet-atlet muda untuk dihargai.

Juga melalui sumbangan ini sudah tentu dapat merancakkan lagi program pembangunan sukan pelayaran di negeri ini khususnya melibatkan program latihan sukma, program Pelapis Atlet Sukan bagi pencarian bakat dan tunas baharu untuk sukan ini.

Untuk rekod, agensi berita sukan yang beroperasi di negeri Terengganu, Penyu Sukan secara tidak langsung memainkan peranan tanggungjawab sosial demi pembangunan sukan setempat untuk mencari sebarang ruang dan peluang bentuk penajaan yang diperlukan oleh mana-mana entiti sukan. Khususnya sukan yang kurang mendapat perhatian.

Semoga usaha kecil ini dapat memberikan keceriaan kepada atlet-atlet sukan pelayaran khususnya adik-adik yang masih dibangku sekolah yang berjiwa besar untuk membawa nama Terengganu ke pentas antarabangsa.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X