Piala TVT Buka Peluang Bekas Pemain Hoki Beraksi

Penganjuran sulung kejohanan hoki Terengganu Veteran Team yang mempertaruhkan piala pusingan bersama medal buat setiap pemenang berjaya menarik penyertaan seramai 120 pemain hoki yang menghimpunkan 6 pasukan bertanding termasuk sebuah pasukan dari Kelantan setelah berentap selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

Ketandusan kejohanan hoki yang menyasarkan penyertaan bekas-bekas pemain kebangsaan mahupun dari peringkat negeri menjadi titik tolak untuk penganjuran sulung Piala Terengganu Veteran Team(TVT) yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Menambah menarik, kejohanan sulung dalam format liga yang turut menawarkan piala iringan berserta medal ini, berjaya menarik 120 pemain daripada 6 pasukan termasuk sebuah pasukan dari Kelantan untuk berentap.





Pasukan Terengganu Veteran Team(TVT) yang juga merupakan penganjur edisi pertama kejohanan hoki Piala Terengganu Veteran Team muncul juara setelah menafikan pasukan ANSARA berkeputusan 3-0 setelah berentap selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.
Pasukan hoki ANSARA muncul naib johan penganjuran sulung kejohanan hoki Terengganu Veteran Team setelah dinafikan oleh pasukan TVT setelah berentap selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

Menurut pengarah kejohanan piala TVT, Roshali Taha menjelaskan usaha ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada sebilangan besar penggiat-penggiat sukan hoki khususnya yang sudah tidak kompetitif untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi.

Roshali Taha pikul tanggungjawab selaku pengarah kejohahan Piala Terengganu Veteran Team yang pertama kali dianjurkan berjaya menghimpunkan 6 pasukan bertanding termasuk sebuah pasukan dari Kelantan setelah berentap selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

“Sesungguhnya Terengganu merupakan di antara negeri yang mempunyai ramai pemain-pemain hoki sama ada pernah beraksi mewakili negara mahupun sebahagian besar mereka beraksi di peringkat negeri seperti di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) mahupun lain-lain kejohanan peringkat remaja kebangsaan.

“Namun rata-rata mereka kini sudah tidak beraksi secara kompetitif dan sentiasa tercari-cari sebarang kejohanan hoki yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Jika dikelaskan bagi kategori veteran ini bermaksud pemain yang berumur 40 tahun ke atas di mana mereka ini masih lagi bertenaga untuk bermain dalam perlawanan-perlawanan sosial.

“Namun oleh kerana ketandusan penganjuran yang menyasarkan penyertaan dari peringkat umur ini, maka kami bersepakat untuk menganjurkan dua hari kejohanan sekaligus memberi peluang dan kepuasan maksimum buat mereka yang masih bersemangat untuk bermain seperti waktu mereka ini masih muda ketika itu.

Kejuaraan Piala Terengganu Veteran Team berjaya menarik penyertaan seramai 120 pemain hoki yang menghimpunkan 6 pasukan bertanding termasuk sebuah pasukan dari Kelantan setelah berentap selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

“Penganjuran ini walaupun berstatus sosial namun ibarat memberi ‘nafas baharu’ buat sukan hoki ini di mana kita boleh lihat ketika ini rata-rata setelah pemain ini mengakhiri karier mereka sebagai pemain yang kompetitif atau pemain profesional sepenuh masa.. ianya ‘hilang’ sebegitu sahaja.

“Situasi ini juga sekaligus memanfaatkan sepenuhnya fasiliti-fasiliti padang hoki mahupun stadium hoki dalam negeri ini yang dilihat hanya meriah sewaktu perlawanan berstatus kebangsaan khususnya sewaktu kempen Liga Hoki Malaysia yang dilihat hanya melibatkan beberapa perlawanan sahaja yang diadakan di sini.” ujar Roshali Tahar yang juga merupakan di antara pemegang taruh program pembangunan hoki dalam Terengganu.

Kejuaraan Piala Terengganu Veteran Team yang telah berlangsung selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu berjaya menarik penyertaan seramai 120 pemain hoki yang menghimpunkan 6 pasukan bertanding termasuk sebuah pasukan dari Kelantan.

Manakala buat bekas kapten hoki kebangsaan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah menyifatkan penganjuran ini sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh bekas-bekas pemain kebangsaan yang masih bersemangat untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan walaupun berstatus sosial.

Bekas kapten pasukan hoki kebangsaan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah sewaktu beraksi bersama pasukan Terengganu Veteran Team(TVT) bagi perebutan kejuaraan Piala Terengganu Veteran Team yang telah berlangsung selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

“Sudah semestinya penganjuran ini perlu diteruskan sekiranya tidak diadakan secara bulanan, secara tahunan pun sudah cukup bagus untuk mewarnai kalendar penganjuran sukan hoki dalam negara. Sememangnya bekas-bekas pemain seperti kami amat dahagakan penyertaan seperti ini di mana kami tidak meletakkan kemenangan semata-mata. Cukup buat kami untuk kembali beraksi dan kembali bertemu rakan-rakan lama dalam arena hoki ini.

“Tidak dinafikan sukan hoki yang merupakan sukan berpasukan seramai 11 pemain yang tidak seperti sukan berpasukan lain di mana mereka boleh bermain dengan mudah dan di mana sahaja. Oleh itu ianya sedikit sebanyak menjadi satu halangan untuk kami bermain pada hujung minggu.

Bekas kapten pasukan hoki kebangsaan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah(dua dari kiri) sewaktu beraksi bersama pasukan Terengganu Veteran Team(TVT) bagi perebutan kejuaraan Piala Terengganu Veteran Team yang telah berlangsung selama dua hari bermula 2 Februari sehingga 3 Februari 2024 bertempat di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.

“Malah dapat kembali beraksi di dalam stadium Batu Buruk ini merupakan satu nostalgia yang indah buat saya.” ujar bekas kapten hoki kebangsaan yang pernah beraksi di Piala Dunia Holland 2014.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X