“The Pocket Rocketman” Bidas Laporan Tidak Masuk Akal


“The Pocket Rocketman”; Azizulhasni Awang hari ini membidas laporan tidak masuk akal oleh sebuah akhbar tempatan yang membawa maksud beliau bakal menghadapi laluan sukar ke temasya Olimpik 2020 nanti. Bidasan yang dibuat melalui laman sosial – Instagram milik pelumba ini juga dengan lantang turut mempersoalkan tindakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab memberi kenyataan tersebut.

Menurut laporan akhbar tersebut, pelumba ini perlu lebih banyak mengutip mata bermula dengan kejohanan di Sukan Asia 2018 nanti dan beberapa siri perlumbaan dalam negara yang ingin dianjurkan oleh badan induk sukan berbasikal ini. Hal ini dilaporkan oleh kerana jurang tangga kedudukan semasa dan kutipan mata pelumba pelumba kelahiran Dungun ini jauh ketinggalan.





Pelumba keirin profesional negara; Azizul Hasni Awang membidas laporan akhbar berkenaan dan Presiden PKBM di laman Instagram milik beliau. Kredit Foto - Instagram.com/azizulawangofficial
Pelumba keirin profesional negara; Azizul Hasni Awang membidas laporan akhbar berkenaan dan Presiden PKBM di laman Instagram milik beliau. Kredit Foto – Instagram.com/azizulawangofficial

Turut menambah garam membuatkan pakar keirin negara ini bengang apabila Presiden PKBM mengambarkan tajaan yang diterima dan Program Podium akan menjadi sia-sia sekiranya pelumba ini gagal layak secara merit ke Olimpik. Azizulhasni Awang membidas ulasan tersebut di laman Instagram milik beliau dengan mempersoalkan kewajaran Presiden PKBM tidak ‘menyedari’ sistem kelayakkan Olimpik terkini.

Kredit Foto - Instagram.com/azizulawangofficial
Kredit Foto – Instagram.com/azizulawangofficial

Pelumba ini juga turut menerangkan strategi sepatutnya dilakukan sekiranya ingin layak ke Olimpik. Malah Azizulhasni Awang turut kecewa kerana berpendapat kejayaannya digunakan untuk menagih tajaan wang tunai. Beliau juga turut menyatakan bahawa kedudukan kewangan persatuan induk sukan berbasikal kini parah setelah Kementerian Belia dan Sukan telah menghentikan peruntukkan tajaan.

Azizulhasni Awang menyatakan bahawa secara peribadi telah berhubung terus dengan Presiden PKBM untuk menuntut ulasan sebenar isu ini namun terkejut dengan penjelasan diberikan. Presiden PKBM memaklumkan kepada pelumba ini bahawa PKBM dalam usaha untuk mendapat tajaan wang tunai bagi menganjurkan sekurang-kurangnya tiga perlumbaan bertaraf Grand Prix untuk membantu pelumba layak ke Olimpik.

Kredit Foto - Instagram.com/azizulawangofficial
Kredit Foto – Instagram.com/azizulawangofficial

Pelumba ini turut menyalahkan pihak akhbar terbabit kerana tidak berhubung terus dengan beliau untuk mendapat penjelasan yang lebih tepat.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X