Pasukan kebangsaan kuda lasak(endurance) melakar rekod baharu buat tanah air apabila buat kali pertama menaiki podium kejuaraan dunia setelah berjaya merangkul pingat perak di Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands.
Menambah manis buat sejarah sulung ini, pasukan kuda lasak tanah air turut disertai oleh tiga pelumba anak jati Terengganu bagi melengkapkan 5 pelumba buat pasukan negara.
Anak jati Kuala Terengganu Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Saari merupakan atlet sukan berkuda bernaung di bawah State of Terengganu Endurance Team(STET) yang kini berusia 21 tahun(29 Ogos 2000) menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pelumba dari Terengganu adalah Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa’ari , An-Nur Muhammad Imran Eirfan Anuwar dan seorang pelumba wanita tunggal berusia 15 tahun iaitu Anfal Insyirah Abu Talib.
Catatan masa 19 jam 11 minit 16 saat bagi kategori berpasukan CH-M-YJ- E 120km menjadi penamat buat pasukan kebangsaan untuk menafikan pasukan Belgium di tempat ketiga. Manakala pingat emas milik Perancis dengan catatan masa 16 jam 57 minit 27 saat untuk menafikan ke semua pasukan.
Pingat perak milik pasukan kuda lasak kebangsaan dengan catatan masa 19 jam 11 minit 16 saat untuk menafikan pasukan Belgium di tempat ketiga dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pasukan kuda lasak tanah air melakar sejarah pertama kali menaiki podium untuk menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Kejohanan FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021 adalah satu kejohanan peringkat piala dunia yang diadakan setiap dua tahun bagi penunggang-penunggang remaja bawah 21 tahun dan dianjurkan oleh badan induk sukan Ekuestrian dunia iaitu Federation of Equestre Internationale (FEI).
Untuk rekod, pasukan kebangsaan berjaya meraih di tempat ke-4 acara berpasukan sewaktu penampilan pertama pada tahun 2013 di Tarbas, Perancis. Pada tahun 2015 bagi acara individu sekadar meraih tempat ke-28 dan ke-29 di Santo Domingo, Chile. Dua tahun kemudian di Verona, Italy berjaya memperbaiki kedudukan ke-11 acara individu dan momentum seterusnya pada tahun 2019 di tempat ke-5 acara berpasukan di Pisa, Itali.
Pasukan kuda lasak tanah air melakar sejarah pertama kali menaiki podium untuk menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara berpasukan CH-M-YJ- E 120km Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021) yang telah berlangsung di Ermelo, Netherlands. Kredit Foto – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Berikut laporan yang disediakan oleh Wan Mohd Kamaluddin Wan Yusoff selaku pengurus pasukan bagi Nethelands ini.
WEC YJ 2021 ERMELO, NETHERLANDS
Pasukan Kuda Lasak (Endurance) Malaysia telah berjaya memenangi Tempat Kedua (Silver Medal) dalam kategori Berpasukan (Team Event) di Kejohanan FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021 (CH-M-YJ-E 120km). Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 10hb Sept, 2021 pada jam 01.30 tengahari (7.30 waktu Malaysia).
MAKLUMAT KEJOHANAN
Kejohanan FEI World Endurance Championship for Juniors & Young Riders 2021 adalah satu kejohanan peringkat piala dunia yang diadakan setiap dua tahun bagi penunggangpenunggang remaja bawah 21 tahun dan dianjurkan oleh badan induk sukan Ekuestrian dunia iaitu “Federation of Equestre Internationale (“FEI”).
WEC YJ 2021
Jumlah peserta – 75 penunggang daripada 22 negara. Negara-negara bertanding Bahamas, Bahrain, Belgium, Brazil, Estonia, France, Germany, Hungary, Italy, Malaysia, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Russia, Slovakia, Spain, Sweden, Tunisia, UAE dan USA.
Malaysia telah menghantar 5 penunggang, 5 pegawai dan 10 krew ke Kejohanan tersebut.
PENUNGGANG MALAYSIA
1. Muhammad Faris Haikal bin Mohd Hassan Sa’ari
2. Muhammad Yusuf Luqman bin Zakaria
3. Nur Qasrina Amani binti Zakaria
4. An-Nur Muhammad Imran Eirfan bin Anuwar
5. Anfal Insyirah binti Abu Talib
KEPUTUSAN KATEGORI BERPASUKAN:
EMAS – France (16 jam 57 min 27 saat)
PERAK – Malaysia (19 jam 11 min 16 saat)
GANGSA – Belgium (20 jam 43 min 03 saat)
KATEGORI INDIVIDU:
EMAS – Saeed Salem Al Muhairi (UAE)
PERAK – Abdulla Al Amri (UAE)
GANGSA – Kok Anne-Marijn (Spain)
Pasukan Malaysia mencipta sejarah pertama kali menaiki podium dalam kategori berpasukan sejak mengambil bahagian pada tahun 2013.
2013 – tempat ke 4 (Berpasukan) di Tarbas, France
2015 – tempat ke 28 & 29 (Individu) di Santo Domingo, Chile
2017 – tempat ke 11 (Individu) di Verona, Italy
2019 – tempat ke 5 (Berpasukan) di Pisa, Italy
2021 – tempat ke 2 (Berpasukan) di Ermelo, Netherlands
ULASAN SEMASA PERTANDINGAN
Pertandingan bermula pada jam 07.00 pagi dalam cuaca 18’C melalui trek landai berbatu dan berpasir sejauh 120km yang dibahagikan kepada 4 fasa (loop). Di loop pertama pasukan negara dikejutkan dengan penyingkiran seorang penunggang apabila kudanya tidak dapat meneruskan saingan akibat masaalah kesihatan. Walau bagaimanapun cabaran di teruskan di loop ke 2 oleh empat penunggang lain di kedudukan ke 6 dengan membuat strategi baru. Pasukan Malaysia berjaya menempatkan di kedudukan ke 4 pada loop ke-3 dan berjaya
memperbaiki kedudukan untuk berada di tangga ke-2 di loop terakhir (31km) apabila saingan berbaki 10km. Kejayaan Malaysia mengatasi bekas juara-juara dunia dan juga negara-negara besar dalam sukan Kuda Lasak seperti negara-negara seperti UAE, Spain, Italy, Brazil, Germany, USA, Belgium dan tuan rumah Netherlands amatlah membanggakan.
ULASAN PENGURUS PASUKAN
“Kejayaan ini amatlah bermakna bagi pasukan Kuda Lasak negara yang pertama kali memenangi kedudukan Podium. Ianya menjelma hasil usaha gigih serta perancangan teliti pasukan. Kerjasama semua termasuk pemilik kuda, Pegawai Pasukan, Trainer, Team Vet, Krew telah berjaya membuahkan kejayaan ini. Penunggang telah berjaya mengekalkan tunggangan terbaik mereka didalam jarak sejauh 120km mengharungi trek berbatu dan berpasir. Pengorbanan atlet negara yang terpaksa meneruskan latihan harian di dalam situasi
pendemik Covid-19 bagi mengekalkan kecerdasan mereka perlulah disanjung.
Disediakan oleh
WAN MOHD KAMALUDDIN BIN WAN YUSSOF
Pengurus Pasukan WEC YJ 202
Kejuaraan Lawan Pedang Terbuka Negeri Sembilan 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 2-3 Sept 2023 namun venue kejohanan masih belum diumumkan adalah penganjuran yang dimasukkan di dalam kalendar takwim Persekutuan Lawan
Event Details
Kejuaraan Lawan Pedang Terbuka Negeri Sembilan 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 2-3 Sept 2023 namun venue kejohanan masih belum diumumkan adalah penganjuran yang dimasukkan di dalam kalendar takwim Persekutuan Lawan Pedang Malaysia.
Penganjuran acara berbasikal terbesar di dalam negeri Terengganu Darul Iman, TSG Shimano Fellowship Ride 2023 merupakan edisi penganjuran kali ke-4 yang menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah buat peserta.
Baca sepenuhnya -

Tour Gateh D'Tranung memasuki edisi penganjuran kali ke-3 setelah edisi terdahulu yang berakhir pada 25 Mac 2022 melabuhkan tirai dan merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang
more
Event Details
Tour Gateh D’Tranung memasuki edisi penganjuran kali ke-3 setelah edisi terdahulu yang berakhir pada 25 Mac 2022 melabuhkan tirai dan merupakan penganjuran perlumbaan berbasikal tertua di tanah air yang telah diadakan sejak 1984.
Bagi edisi penganjuran ke-3 ini, perlumbaan peringkat pertama dijadualkan untuk bermula pada 4 September 2023 sehingga 8 September 2023 ini masih menawarkan 5 peringkat cabaran seperti mana edisi lalu. Cabaran akhir masih mempertaruhkan cabaran perlumbaan kriterium pada waktu malam di Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge).
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan
more
Event Details
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia(SportExcel) melalui penajaan bernilai RM2.7 juta oleh Yayasan Sime Darby bagi selama tiga tahun yang telah bermula sejak 2022.
Sebanyak 12 siri perlumbaan menjadi taruhan bagi musim 2023 ini.
Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi SportExcel menzahirkan penganjuran perlumbaan ini adalah bagi mewujudkan fasiliti perlumbaan yang berkualiti dan selamat untuk pendedahan dan pembangunan bakat tempatan.
KALENDAR KEJOHANAN TREK YAYASAN SIME DARBY
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 1 – 11 FEB 2023
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 2 4 MAC 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 3 6 MAY 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 4 24 JUN 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 5 8 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 6 22 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 7 19 OGOS 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 8 9 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 9 23 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 10 7 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 11 21 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 12 5 NOV 2023
Siri perlumbaan ke-8 Cub Prix Malaysia 2023 musim ini sekali lagi akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 22-23 September 2023 untuk berbaki dua lagi perlumbaan sebelum
Event Details
Siri perlumbaan ke-8 Cub Prix Malaysia 2023 musim ini sekali lagi akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 22-23 September 2023 untuk berbaki dua lagi perlumbaan sebelum melabuhkan tirai musim ini.
Terdahulu, Terengganu menjadi destinasi ke-6 bagi siri perlumbaan Cub Prix Malaysia 2023 yang kini memasuki edisi-30 penganjuran untuk dijadualkan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada 21-22 Julai 2023.
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan
more
Event Details
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby merupakan penganjuran melibatkan tiga kategori umur pelumba iaitu bawah 15 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia(SportExcel) melalui penajaan bernilai RM2.7 juta oleh Yayasan Sime Darby bagi selama tiga tahun yang telah bermula sejak 2022.
Sebanyak 12 siri perlumbaan menjadi taruhan bagi musim 2023 ini.
Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi SportExcel menzahirkan penganjuran perlumbaan ini adalah bagi mewujudkan fasiliti perlumbaan yang berkualiti dan selamat untuk pendedahan dan pembangunan bakat tempatan.
KALENDAR KEJOHANAN TREK YAYASAN SIME DARBY
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 1 – 11 FEB 2023
Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 2 4 MAC 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 3 6 MAY 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 4 24 JUN 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 5 8 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 6 22 JULAI 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 7 19 OGOS 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 8 9 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 9 23 SEPT 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 10 7 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 11 21 OKTOBER 2023 Kejohanan Trek Yayasan Sime Darby Siri 12 5 NOV 2023
Sukan Asia 2022 edisi penganjuran ke-19 yang sepatutnya dijadualkan telah berlangsung pada 23 September 2022 kini telah ditunda ke 23 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023 berikutan pandemik COVID-19 yang
Event Details
Sukan Asia 2022 edisi penganjuran ke-19 yang sepatutnya dijadualkan telah berlangsung pada 23 September 2022 kini telah ditunda ke 23 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023 berikutan pandemik COVID-19 yang telah melanda pada tahun lalu.
Warna-warni kalendar sukan pelayaran bagi tahun 2023 mencipta sensasi penganjuran tersendiri di mana dua penganjuran akan diadakan di perairan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan Tasik Puteri, Dungun yang mempertaruhkan kategori
more
Event Details
Warna-warni kalendar sukan pelayaran bagi tahun 2023 mencipta sensasi penganjuran tersendiri di mana dua penganjuran akan diadakan di perairan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan Tasik Puteri, Dungun yang mempertaruhkan kategori Optimist, ILCA7, ILCA6, ILCA4, Int 420, Int 470, Windsurfing: Techno 293, RS: One, Raceboard Junior Rig dan Hansa Access 2.3.
Menambah menarik perlumbaan melibatkan bot bagi kategori Hansa Access 2.3 ini akan menjadi tumpuan utama di mana merupakan acara pelibatan atlet-atlet orang kurang upaya(OKU).
4 siri penganjuran perlumbaan sukan perahu layar akan diadakan sepanjang tahun ini di mana Kejohanan Jemputan Terengganu Cabaran Monsoon(Terengganu Invitation Monsoon Challenge) menjadi acara penutup tirai bagi tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 28 sehingga 31 Disember 2023 bertempat di Duyong Marina Resorts, Kuala Terengganu.
30 SEPT 2023 - MINGGU KE-2
RAGBI PIALA AGONG - SELANGOR vs TERENGGANU
Padang Ragbi UiTM Shah Alam, Selangor
Baca perkembangan terkini pasukan ragbi Terengganu - https://penyusukan.com/v1/category/ragbi
Event Details
30 SEPT 2023 – MINGGU KE-2
RAGBI PIALA AGONG – SELANGOR vs TERENGGANU
Padang Ragbi UiTM Shah Alam, Selangor