Hoki: Gandingan Faizal Saari & Gonzalo Peillat Perkasa THT

Terengganu Hockey Team(THT) kini mempunyai 2 bintang pakar pukulan sudut penalti terbaik iaitu Faizal Saari dan pemain baru bintang Argentina, Gonzalo Peillat yang bakal beraksi untuk Liga Hoki Malaysia musim 2018 ini. Kehadiran Gonzalo Peillat selaku bintang yang telah membantu Argentina memburu pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 diterima secara positif oleh Faizal Saari tanpa sebarang prejudis di dalam pasukan.





Gonzalo Peillat yang berusia 26 tahun(lahir pada 12 Ogos 1992) mula beraksi untuk skuad kebangsaan Argentina seawal usia 20 tahun di Kejohanan Olimpik Musim Panas 2012. Pada 2016, sekali lagi Gonzalo Peillat beraksi di dalam Olimpik Musim Panas dan berjaya membawa Argentina merangkul pingat emas sekaligus menjadi penjaring terbanyak setelah memperolehi 11 jaringan gol dalam temasya Olimpik itu.

“Mungkin banyak perkara dapat belajar daripada Peillat. Jadi kehadirannya bukan saja bagus untuk THT, tapi pemain negara juga sebab kita semua tahu ketika ini dia adalah pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia.”, ujar Faizal Saari yang juga pakar pukulan sudut penalti utama skuad kebangsaan kepada pemberita.

Manakala Sarjit Singh, ketua jurulatih Terengganu Hockey Team mengulas bahawa kehadiran Gonzalo Peillat memperkuatkan pasukan mampu untuk menarik peminat hadir ke stadium. Walaubagaimanapun ketua jurulatih ini turut menegaskan kehadiran pemain import ini bukan jaminan buat pasukan merangkul semula kejuaraan di mana saingan lebih sengit menanti mereka di musim baru ini.

Faizal Saari juga turut mengulas bukan hanya THT memperkukuhkan pasukan malah pasukan lain yang turut mengambil beberapa pemain import berkualiti untuk berentap di musim baru ini. Beliau juga menjangkakan saingan musim baru ini cukup sengit dan lebih kompetitif kerana ramai pemain import berstatus bintang dari Ireland dan Australia bakal beraksi. Hal ini secara tidak lansung memberi kelebihan kepada pemain tempatan untuk mengutip pengalaman bagi persiapan membentuk pasukan kebangsaan.

Liga Hoki Malaysia 2018 akan membuka tirai pada 3 Januari 208 nanti dengan perebutan Piala Tan Sri P Alagendra di mana THT mempunyai kelebihan untuk terus beraksi di peringkat suku akhir setelah mendapat bye di awal pusingan.

Untuk rekod sebelum ini pasukan THT cemerlang mengekalkan penguasaan selaku juara Liga Hoki Malaysia sejak 2014 sehinggalah dileburkan pada 2017 dengan keputusan tipis 3-2 oleh Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X