TFC TERIMA PENAJAAN KUMPULAN TERENGGANU INC BAGI MUSIM 2023
Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Kumpulan Terengganu Inc telah memeterai perjanjian bersama Terengganu Football Club (TFC) bagi merealisasikan tajaan bernilai RM1.6 juta sekali gus membakar semangat memburu Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 serta menghadapi saingan musim akan datang. Tajaan musim hadapan ini akan melibatkan anak-anak syarikat Kumpulan antaranya Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dan Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRTSB). Penajaan Kumpulan Terengganu Inc adalah selari dengan momentum positif pasukan itu yang telah meraih tempat kedua Liga Super, naib juara Piala FA dan layak ke Piala AFC musim depan serta baru sahaja mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
No Events on The List at This Time
© PenyuSukan.com | GOMBUGDOTNET (TR0109982-D) .
TINGKAT 1, TERENGGANU DIGITAL 1303(TD1303), JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN, 20000 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.
SETIAP FOTO, GRAFIK, MEDIA & TEKS ADALAH HAK MILIK PEMILIK ASAL. HAK CIPTA TERPELIHARA.
2018-2025