THT Tewaskan UiTM Kekal Tangga Liga

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Fitri Saari setelah berjaya menafikan UiTM berkesudahan 4-0 pada perlawanan ketiga Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Aksi perlawanan ke-3 buat Terengganu Hockey Team(THT) menepati ramalan untuk terus mengutip mata liga setelah menewaskan Universiti Teknologi Malaysia(UiTM) berkesudahan 4-0 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ini juga menyaksikan THT menurunkan 4 pemain berstatus pemain kebangsaan yakni Faizal Saari, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee, Muhammad Noor Firdaus Rosdi dah juga penjaga gol kebangsaan Muhammad Hafizuddin Othman yang mengalas tugasan selaku kapten pada perlawanan ini.

Cubaan menebus gawang THT hadir di minit ke-5 permainan menerusi percubaan gol padang pemain UiTM Mohamad Zulhamizan Awang Abas namun berjaya ditepis baik oleh Muhammad Hafizuddin Othman. THT kembali menyusun rentak dengan hantaran-hantaran jauh yang berjaya diterima kemas untuk penguasaan sepenuhnya di atas padang.





Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Mohamad Akhimullah Anuar Esook setelah berjaya menafikan UiTM berkesudahan 4-0 pada perlawanan ketiga Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Pukulan sudut penalti pertama buat THT hadir di minit ke-7 permainan namun gagal memanfaatkan hantaran kemas oleh Mohamad Akhimullah Anuar Esook selaku flicker. Pertahanan UiTM yang begitu liat pada musim ini memaksa gol sulung perlawanan milik THT hadir di minit ke-21 suku kedua permainan melalui Faizal Saari yang berjaya untuk menyempurnakan pukulan sudut penalti yang kedua buat pasukan.

Penguasaan bola bersilih ganti buat kedua-dua pasukan memaksa THT untuk menukar taktikal permainan tanpa perlu mengharapkan kutipan gol padang sepenuhnya. Komunikasi yang semakin baik di dalam pasukan berjaya diterjemahkan oleh Muhammad Arif Syafie Ishakuntuk menambah kutipan gol pukulan sudut penalti di minit ke-26 permainan sebelum Faizal Saari menambah 3 lagi sumbangan gol melalui pukulan sudut penalti sehingga tamat permainan berkesudahan 4-0.

Aksi pemain Terengganu Hockey Team(THT) Mohd Fitri Saari setelah berjaya menafikan UiTM berkesudahan 4-0 pada perlawanan ketiga Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

Pada perlawanan ini juga pemain senior THT Mohd Fitri Saari menerima layangan kad hijau kejohanan pertama setelah beraksi dalam 3 perlawanan. Begitu juga pemain THT Muhammad Sufi Ismat Md Rohulamin turut dikenakan kad hijau pada perlawanan ini. Pada perlawanan ini juga kelibat bekas kapten kebangsaan Mohd Shahrun Nabil Abdullah tidak diturunkan oleh THT di mana jangkaan akan diturunkan pada perlawanan seterusnya menentang Maybank pada 18 Mac nanti.

K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

“Perlawanan yang sengit walaupun banyak peluang gol padang memihak kepada THT hanya 4 gol sudut penalti mampu diperolehi. Cukup untuk saya berpuas hati kerana sewaktu Uitm bertemu Maybank pun hanya tewas 1-0. Jika dibandingkan sebelum ini, permainan THT hari ini lebih baik cuma penyudah masih tumpul. Saya amat berharap jentera hadapan akan menyumbang gol pada perlawanan seterusnya.”, ujar ketua jurulatih THT K Rajan.

Kemenangan kedua bagi tambahan 3 mata liga setelah menempuh tiga aksi perlawanan sepanjang kempen Liga Hoki Malaysia ini menyaksikan THT masih berada di tangga kedudukan ke-4 liga dengan jumlah 17 jaringan terkumpul setakat ini. Walaupun sedemikian dengan bekalan jumlah jaringan gol tertinggi di antara pasukan setakat ini dilihat mampu buat THT terus memburu kejuaraan musim ini.

Seterusnya THT dijadualkan untuk bertemu Maybank selaku pendahulu liga dengan kutipan 9 mata di mana pertemuan ini menjadi perlawanan penting buat naik turun tangga liga buat kedua-dua pasukan ini.

Terengganu Hockey Team(THT) kekal untuk berada di tangga kedudukan ke-4 liga setelah menafikan UiTM berkesudahan 4-0 pada aksi ketiga perlawanan Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Mac 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

KEPUTUSAN PERLAWANAN (PERINGKAT KUMPULAN)
16 Mac 2021 0800 Malam
THT vs UITM 04-00

KEPUTUSAN TERDAHULU (PERINGKAT KUMPULAN)
11 Mac 2021 0600 Petang
THT vs UNIKL 02-04

11 Mac 2021 0600 Petang
SABAH vs THT 00-11

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X