Ragbi: Hafiizh Zainal Umum Persaraan

Mohd Hafiizh Zainal(tiga dari kiri) menerima cenderamata kenang-kenangan dari Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Encik Amir Amri Muhammad. Turut berada Penyelaras Akademi Ragbi Negeri Terengganu Mohd Fazli bin Yusof(pertama dari kiri), Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain(dua dari kiri), Aidil Adam(dua dari kanan) dan Syamsuri Ab Talib. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Mohd Hafiizh Zainal(tiga dari kiri) menerima cenderamata kenang-kenangan dari Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Encik Amir Amri Muhammad. Turut berada Penyelaras Akademi Ragbi Negeri Terengganu Mohd Fazli bin Yusof(pertama dari kiri), Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain(dua dari kiri), Aidil Adam(dua dari kanan) dan Syamsuri Ab Talib. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dalam satu majlis ringkas telah meraikan Mohd Hafiizh Zainal yang bersara selaku jurulatih sulung bagi Akademi Ragbi Negeri Terengganu. Mohd Hafiizh Zainal yang mula berkhidmat sejak awal penubuhan akademi ragbi ini pada tahun 2014 kini bakal memulakan karier baharu sebagai seorang guru di negeri Sarawak pada 1 Oktober 2018 nanti.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mohd Hafiizh Zainal di atas komitmen dan pengorbanan yang telah diberikan dari awal penubuhan akademi sehingga ke hari ini. Banyak hasil kejayaan para pelatih ragbi telah diperolehi sepanjang 4 tahun ini meletakkan akademi ragbi negeri ini setaraf dengan pasukan dan akademi ragbi di luar sana. Mohon kemaafan sekiranya jika ada kekurangan dari pihak PRNT(Persatuan Ragbi Negeri Terengganu).”; ujar Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia; Amir Amri Muhammad.





Jurulatih Mohd Hafiizh Zainal(berdiri kanan sekali) sewaktu membimbing pelatih Akademi Ragbi Negeri Terengganu di padang ragbi SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Turut bersama Syamsuri Ab Talib(berdiri kiri sekali) yang sentiasa membantu perkembangan akademi ragbi ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Jurulatih Mohd Hafiizh Zainal(berdiri kanan sekali) sewaktu membimbing pelatih Akademi Ragbi Negeri Terengganu di padang ragbi SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Turut bersama Syamsuri Ab Talib(berdiri kiri sekali) yang sentiasa membantu perkembangan akademi ragbi ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya sepanjang 4 tahun ini. Banyak perkara saya pelajari khususnya menukar diri saya dari pemain kepada jurulatih dan bagaimana untuk melatih pelatih yang terdiri dari pelajar sekolah. Terima kasih kerana memberi peluang”; ujar Mohd Hafiizh Zainal yang bakal bergelar guru.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Encik Che Mohd Zulkarnain, Penyelaras Akademi Ragbi Negeri Terengganu Mohd Fazli bin Yusof, Syamsuri Ab Talib dan Aidil Adam.

Kami dari PenyuSukan.com percaya bahawa ‘persaraan’ ini bukan titik nokhtah buat beliau dan juga perkembangan ragbi di negeri Terengganu ini. Sudah tentu negeri ini sentiasa menanti kepulangan beliau nanti. Semoga selamat maju jaya diucapkan kepada saudara Hafiizh Zainal.

Mohd Hafiizh Zainal(tengah) sewaktu beraksi bersama pasukan negeri Terengganu di pentas Kejohanan Piala Agong 2016 edisi ke-34. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Mohd Hafiizh Zainal(tengah) sewaktu beraksi bersama pasukan negeri Terengganu di pentas Kejohanan Piala Agong 2016 edisi ke-34. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

PROFIL BEKAS JURULATIH AKADEMI RAGBI NEGERI TERENGGANU

NAMA: MOHD HAFIIZH ZAINAL
TARIKH LAHIR: 6 FEBRUARI 1988
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU

PENGALAMAN/JAWATAN SEBAGAI ATLET –
a) SMK SULTAN SULAIMAN 2005
b) SUKAN MALAYSIA(SUKMA) 2006, 2008 & 2010
c) KELAB RAGBI COBRA 2008
d) PASUKAN NEGERI TERENGGANU – KEJOHANAN PIALA AGONG 2016
d) PASUKAN KEBANGSAAN – NEW DELHI COMMONWEALTH GAMES 2010
e) PASUKAN KEBANGSAAN – HSBC ASIAN 5 NATIONS 2012
f) PASUKAN KEBANGSAAN – GLASGOW COMMONWEALTH GAMES 2014

PENGALAMAN/JAWATAN SEBAGAI JURULATIH –
a) PASUKAN NEGERI TERENGGANU SUKAN MALAYSIA(SUKMA) 2013
b) AKADEMI RAGBI NEGERI TERENGGANU 2014

SIJIL KELAYAKKAN:
a) INTERNATIONAL RUGBY BOARD COURSE LEVEL 1 & 2 2010
b) SAINS SUKAN MAJLIS SUKAN NEGARA TAHAP 1 & 2 2017

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X