SUKMA Johor 2020: Terengganu Titik Berat Kesedaran Anti-Doping

Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan satu taklimat berkenaan ‘Anti-Doping Awareness’ kepada Kontinjen SUKMA XX 2020 bertempat Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 3 Mac 2020. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang isu semasa anti-doping di kalangan para atlet-atlet negeri ini. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh jurulatih-jurulatih termasuk pengurus pasukan dan pengurus sukan yang dipertandingkan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Menjelang penganjurang temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor pada Julai nanti, Majlis Sukan Negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk mengadakan program memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang isu semasa anti-doping di kalangan para atlet-atlet negeri ini.

Inisiatif penting ini dilihat tepat memandangkan pada temasya SUKMA 2020 nanti melibatkan penyertaan atlet-atlet muda di bawah usia 21 tahun yang berpotensi tinggi untuk tertedah di dalam kontroversi anti-doping. Kurang pengetahuan atau tidak mengambil berat dalam setiap pemakanan tambahan mahupun ubat-ubatan kosmetik sering menjadi kesilapan terbesar di kalangan atlet-atlet muda masa kini.





Program yang dianjurkan oleh Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama Agensi Anti-Doping Malaysia(ADAMAS) serta Kementerian Belia dan Sukan ini juga turut menerangkan hak-hak dan tanggungjawab sebagai atlet profesional dalam memberi kerjasama dengan agensi berkaitan.

Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pemegang taruh dan pelabur terbesar untuk misi mempertahakan kejuaraan di pentas SUKMA ini sudah pasti tidak rela mencalar imej untuk memulangkan sebarang kutipan pingat yang dirangkul cemerlang.

Ketua Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Terengganu – Nur Izzati Shahira Che Mohd Azmi. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Sebenarnya atlet itu sendiri tidak sedar tentang penggunaan itu tetapi dipengaruhi oleh orang-orang luar contoh sukan punya komuniti itu sendiri. Kita tak nak benda itu berleluasa, kita amik pendekatan bagi education bagi awareness juga bagi jalan untuk bagaimana mereka hendak tahu apa safe untuk diaorang apa yang tidak safe untuk diaorang.”; ujar Nur Izzati Shahira Che Mohd Azmi selaku Ketua Unit Fisioterapi Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Jurulatih Hoki Wanita Terengganu SUKMA Johor 2020 – Mohd Shahrun Nabil Abdullah. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Dalam program ini saya harap semua generasi akan datang ataupun budak SUKMA, dia akan tahu bahawa sekarang kita sedia maklum sudah ramai atlet-atlet Malaysia atau pun atlet negeri sudah terlibat dalam doping. Kita harap dengan program macam ini, budak-budak semua atau atlet-atlet SUKMA semua dapat manfaat dan tidak terlibat dalam kes anti-doping.”; berkata bekas kapten hoki kebangsaan Mohd Shahrun Nabil Abdullah yang kini membimbing pasukan hoki wanita ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

october, 2024

07sepalldayKejuaraan Ragbi Piala Agong 2024

29sep(sep 29)12:00 am06oct(oct 6)12:00 amTour de Langkawi (LTDL) 2024

21octalldayKejohanan Tour Gateh D'Tranung 3.0 2024

24octalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Triples Terengganu

24octalldayKejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024

26octalldayRally Sprint X-One 2024

X