a) Perlumbaan berbasikal Tour Gateh D’Tranung 2024 yang dijadualkan bermula pada 24 Oktober 2024 sehingga 28 Oktober 2024 merupakan edisi ke-3 penganjuran setelah edisi pertama telah pada tahun 2022.
b) Sebanyak 24 pasukan melibatkan 175 pelumba basikal mengesahkan secara rasmi untuk perlumbaan selama 5 hari setelah pasukan Seven Eleven Cycling Team dari Filipina telah menarik diri di saat akhir. Menurut penganjur pada awalnya telah menerima maklum balas positif dari 35 pasukan untuk penyertaan namun pada edisi kali ini hanya sebanyak 25 slot untuk pasukan.
c) Tour Gateh D’Tranung 2024 menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM100,000 ini disertai oleh 25 pasukan tempatan dan 9 pasukan dari luar negara. Manakala pasukan tempatan bagi kategori peringkat umur bawah 23 tahun disertai sebanyak 8 pasukan.
d) 5 kategori jersi menjadi taruhan iaitu jersi berwarna kuning bagi catatan masa terpantas individu, jersi berwarna hijau bagi raja pecut, jersi bercorak polka dot bagi raja bukit, jersi berwarna jinga bagi pelumba kelab terbaik dan jersi berwarna putih bagi pelumba bawah 23 tahun terbaik.
e) Perancangan asal bagi majlis perasmian dan memperkenalkan pasukan bertempat di laman Taman Panoramik berhampiran dengan Taman Shahbandar yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu namun melalui surat rasmi oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) mengumumkan lokasi terkini yang dijadualkan untuk berlansung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
f) Mengikut tentatif majlis perasmian dan memperkenalkan pasukan Tour Gateh D’Tranung 2024, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh turut hadir di mana majlis itu juga turut disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
g) Jambatan angkat(Drawbridge) Kuala Terengganu kekal menjadi destinasi terakhir pelumba untuk kali ke-3 berturut yang mempertaruhkan perlumbaan kriterium pada waktu malam untuk kayuhan sejauh 57.0 km. Untuk rekod bagi edisi kali ini merupakan jarak kayuhan yang paling jauh berbanding edisi lalu pada tahun 2023 sejauh 48km dan edisi 2022 hanya sejauh 45km.
h) Tour Gateh D’Tranung 2024 mempertaruhkan jarak kayuhan yang lebih jauh berbanding dua edisi lalu di mana pada edisi kali ini setiap pelumba perlu menghabiskan kayuhan sejauh 671.3 km iaitu tambahan 22.63 km berbanding edisi lalu dan tambahan sejauh 75.15 km untuk dibandingkan penganjuran edisi pertama pada 2022.
i) Peringkat ke-2 Tour Gateh D’Tranung 2024 yang bermula di Dataran Kampung Lubuk Batu dan berakhir di Bukit Lubuk Batu di mana kedua-dua lokasi ini di dalam daerah Marang merupakan satu-satunya cabaran peringkat edisi ke-3 ini yang bermula dan berakhir di lokasi berlainan berbanding lain-lain peringkat cabaran yang bermula dan berakhir di lokasi yang sama.
j) Peringkat ke-3 Tour Gateh D’Tranung 2024 merupakan jarak kayuhan terjauh bagi ke semua peringkat cabaran edisi kali ini di mana setiap pelumba perlu menempuhi jarak laluan sejauh 167.50 km untuk bermula dan berakhir di Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu.