TSG Shimano Fellowship Ride 2023 menawarkan kayuhan sejauh 85km sehingga 110km bermula di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 2 September 2023.
Program berbasikal dengan kayuhan santai berkonsepkan ‘fun ride’ terbesar di dalam negeri Terengganu, TSG Shimano Fellowship Ride 2023 yang kini memasuki edisi penganjuran kali ke-4 dijadualkan berlangsung pada 2 September 2023 bertempat di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Tumpuan utama penganjuran yang menyasarkan 2,500 peserta sudah pasti untuk turut sama berkayuh bersama pasukan terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) untuk kayuhan sejauh 85km sehingga 110km mengikut kategori yang disertai.
Turut berlangsung nanti adalah acara cabutan bertuah yang bakal menjadi tumpuan adalah sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal, wang tunai, telefon pintar, basikal, barangan kemas dan banyak lagi.
Sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi:
6 pelumba Terengganu Polygon Cyling Team(TSG) menjadi taruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 edisi ke-26 untuk jarak kayuhan keseluruhan sejauh 1096.9km melibatkan 8 peringkat cabaran yang akan berakhir di Pulau Langkawi pada 18 Oktober 2022.
Perlumbaan berbasikal paling berprestij dalam negara yang kini memasuki edisi penganjuran ke-26 Le Tour de Langkawi(LTdL) kembali menjadi tumpuan buat gergasi sukan berbasikal Asia yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) untuk turut memberi cabaran kepada pasukan-pasukan ternama antarabangsa yang akan memulakan kayuhan pada 11 Oktober ini.
Mohd Harrif Saleh, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff, Anatolii Budiak, Metkel Eyob Teweldeberhan, Jambaljamtsz Sainbayar dan Youcef Reguigui merupakan 6 pelumba yang menjadi percaturan misi masing-masing buat TSG di pentas LTDL ini. Selain pelumba profilik TSG Mohd Harrif Saleh, sudah pasti tumpuan juga terarah kepada Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff yang telah dinobatkan sebagai ‘Raja Bukit’ pada edisi lalu sewaktu bersama pasukan Team Sapura Cycling(TSC) pada ketika itu.
Kejayaan ini meletakkan anak jati Setiu Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff ini juga menjadi pelumba tempatan yang kedua pernah menyarung jersi merah selaku ‘Raja Bukit’ di pentas LTdL sepanjang 25 tahun penganjuran ketika itu. Menambah menarik, sebelum itu juga anak Terengganu yang juga pelumba TSG Nur Amirul Fakruddin berjaya memecah dominasi selaku pelumba tempatan pertama dinobatkan sebagai ‘Raja Bukit’ pada edisi penganjuran LTdL 2017 lalu.
Ketua Pegawai Operasi Terengganu Pro-Asia Cyling Team Nasiruddin Wan Idrus
“Saingan Le Tour de Langkawi pada tahun ini amat sengit seperti mana yang diketahui bakal disertai oleh pasukan-pasukan ternama dari seluruh dunia. Hanya tiga pasukan dari tuan rumah iaitu TSG, Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan. Mohd Harrif Saleh, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 4 pelumba TSG menjadi taruhan bagi musim ini.
Aiman Zariff menjadi pelumba terakhir yang menempah slot ke LTdL bersama pasukan setelah menunjukkan prestasi yang baik setelah meraih dua podium dari tiga podium yang dinaiki pada Tour of Azerbaijan di Iran baru-baru ini
Pada LTdL kali ini, sebanyak 5 peringkat menawarkan cabaran pendakian dari 8 peringkat cabaran keseluruhan. TSG meletakkan sasaran satu podium dan seorang pelumba untuk meraih sebarang jersi cabaran kali ini. Sasaran yang diletakkan ini agak rasional dengan persiapan pasukan dan juga cabaran dari pasukan-pasukan yang bertanding.
Penyertaan kali ini daripada pasukan-pasukan Jelajah Dunia dan Pro Benua bakal menjadi cabaran sengit buat pasukan walaupun rata-rata pelumba TSG pernah bersaing dengan mereka dalam beberapa perlumbaan siri jelajah sebelum ini.” jelas Ketua Operasi Terengganu Polygon Cycling Team Nasiruddin Wan Idrus yang ditemui oleh PenyuSukan.
Bagi edisi penganjuran kali ini menawarkan cabaran kayuhan sejauh 1096.9km keseluruhan melibatkan 8 peringkat cabaran yang akan bermula dari ibu kota Kuala Lumpur untuk peringkat pertama sebelum melabuhkan tirai perlumbaan di Gunung Raya, Langkawi pada 17 Oktober nanti.
Menambah prestij penganjuran pada edisi kali ini, sebanyak 6 pasukan berstatus Jelajah Dunia iaitu UAE Team Emirates dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education-EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan dari Kazakhstan telah mengesahkan penyertaan. Manakala dua pasukan bertaraf Pro Benua iaitu Alpecin-Deceuninck dan UNO X Pro Cycling juga turut hadir untuk memburu kejuaraan kali ini.
Untuk rekod, kali terakhir penganjuran LTdL adalah pada tahun 2020 bagi edisi ke-25 sebelum tertangguh berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sewaktu pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.Pada perlumbaan edisi ke-25 ini, pelumba Mohd Harrif Saleh mencipta kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba Asia pertama yang memenangi 3 peringkat cabaran di pentas LTdL.
Dari kiri – Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team merangkap Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil(terselindung), Pengurus Operasi KM Niaga Enterprise Azlinuddin Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Hishamuddin Abdul Karim sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bas yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 4 Oktober 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam
Gergasi pasukan berbasikal Asia yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) mencipta penanda aras baru dalam usaha untuk memperkukuhkan jenama pasukan berbasikal bertaraf antarabangsa setelah menerima penajaan bas sebagai kenderaan rasmi pasukan ini.
Pada satu majlis ringkas bertempat di Wisma Darul Iman, gimik penyerahan bas dua tingkat itu telah disampaikan oleh pihak penaja yang disempurnakan oleh Pengurus Operasi KM Niaga Enterprise Azlinuddin Salleh kepada Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood selaku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team yang merupakan pemegang taruh utama pasukan lumba basikal TSG.
Tajaan bernilai RM 20,000.00 dalam bentuk perkhidmatan untuk selama dua tahun itu akan melengkapkan lagi keperluan logistik pasukan TSG sekaligus menjadikan kenderaan rasmi buat pasukan untuk menyertai sebarang perlumbaan mahupun sebarang acara promosi yang dikelolakan oleh TSG.
Dari kiri – Penolong Setiausaha Kerajaan(Pembangunan Belia, Sukan dan NGO) Ahmad Bukhari Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Pengarah Eksekutif Terengganu Pro-Asia Cycling Team merangkap Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bas yang telah berlangsung di Wisma Darul Iman pada 4 Oktober 2022. Kredit Foto – Facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam
“Alhamdullilah Terengganu Pro-Asia Cyling Team mendapat penajaan berbentuk sebuah bas bagi kegunaan rasmi buat pasukan. Melalui penajaan dalam bentuk perkhidmatan untuk selama dua tahun ini menjadi satu kelebihan yang terbaik bagi mengharungi musim hadapan ini. Terima kasih diucapkan kepada KM Niaga Enterprise selaku pihak penaja di atas kepercayaan bersama pasukan. TSG kini bukan hanya merupakan satu nama buat pasukan lumba basikal bertaraf profesional malah satu jenama bertaraf antarabangsa di mana mampu menjadi mekanisme peluang pelaburan buat mana-mana rakan penaja bersama kami.” ujar Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood kepada PenyuSukan
Manakala Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus turut mengulas bahawa bas ini akan membuat penampilan pertama bersama pasukan pada Le Tour de Langkawi(LTdL) yang akan membuka tirai pada 11 sehingga 18 Oktober ini nanti.
Ketua Pegawai Operasi Terengganu Pro-Asia Cyling Team Nasiruddin Wan Idrus
“Saingan Le Tour de Langkawi pada tahun ini amat sengit seperti mana yang diketahui bakal disertai oleh pasukan-pasukan ternama dari seluruh dunia. Hanya tiga pasukan dari tuan rumah iaitu TSG, Team Sapura Cycling dan pasukan kebangsaan.
TSG akan mempertaruhkan Harrif Saleh bersama 4 pelumba import iaitu Anatolii Budiak, Metkel Eyob Teweldeberhan dan Jambaljamtsz Sainbayar. Dua lagi pelumba tempatan akan ditentukan kemudian setelah membuat penilaian akhir nanti.” jelas Nasiruddin Wan Idrus.
Untuk rekod pada penganjuran edisi lalu sebelum ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, pelumba Mohd Harrif Saleh mencipta kejutan untuk melakar sejarah sebagai pelumba Asia pertama yang memenangi 3 peringkat cabaran di pentas LTdL. Pada penganjuran LTdL kali ini menawarkan cabaran kayuhan sejauh 1,100 km yang melibatkan 8 peringkat cabaran bermula dari bandaraya Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi.
Dari kiri Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.
KUALA TERENGGANU — Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) telah memeterai perjanjian bersama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi merealisasikan tajaan bernilai RM2 juta untuk meningkatkan lagi momentum menghadapi saingan musim 2023 akan datang.
Tajaan bersama secara Kumpulan itu melibatkan usaha sama TDM Berhad, salah satu syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc, dan juga bahagian penjagaan kesihatannya/ bahagian penjagaan syarikat terbabit iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare).
Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood dan Presiden, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun dan Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus sewaktu majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, sejak tujuh tahun lepas sehingga kini,Terengganu Inc serta anak-anak syarikat Kumpulannya sudah tidak asing lagi dalam menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dan keunggulan pasukan berbasikal taraf benua ternama itu.
Pada tahun 2022, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan yang telah membantu memperkasakan jenama secara komprehensif serta mengutuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Tajaan berbentuk sokongan kewangan tersebut dinaikkan pada tahun 2023 melihat kepada prestasi tinggi yang konsisten dengan kedudukan pertama Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Sehingga kini, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) berada di tangga ke- 31 terbaik dalam ranking dunia UCI.
Sebagai penaja, Terengganu Inc serta dua anak syarikatnya dapat menaikkan jenamanya menerusi promosi serta penampilan logo syarikat pada tubuh jersi, platform media sosial, bahan bercetak, cenderahati pakaian, barangan dan lain-lain lagi.
Sementara itu, Burhanuddin Hilmi optimis akan dengan penajaan sedia ada bakal memacu TSG untuk menunjukkan persaingan sengit pada edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadual berlangsung dari 1 1 hingga 18 Oktober ini.
Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan(tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood(kiri) dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun sewaktu turut hadir ke majlis menandatangani kontrak penajaan antara Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team(TSG) bertempat di Studio TSG pada 28 September 2022.
“Saya yakin juga penajaan musim hadapan ini menjadi mendorong kearah pasukan ini untuk mengharumkan nama Malaysia dengan mempertahankan emas acara lepas ramai-ramai elit lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis perjanjian yang diadakan di Studio TSG telah ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed @ Harun manakala itu, TSG diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.
Seramai lima pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) bersama tiga pegawai pasukan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sebelum penerbangan terus ke Turki untuk menyertai 3 perlumbaan bertaraf 1.2 UCI di sana.
Gergasi sukan berbasikal Asia, Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) kini kembali menyambung misi kayuhan mereka untuk mempertahankan kejuaraan Asia yang telah dinobatkan pada musim lalu sekaligus memikul cabaran berganda untuk memburu prestij pasukan terbaik antara benua pada musim ini.
5 pelumba TSG yang diketuai oleh Wan Abdul Rahman Hamdan termasuk seorang pelumba muda Zuladri Amin Zulkurnain dari TSG Cycling Academy bersama tiga pegawai pasukan berlepas melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) sebelum penerbangan terus ke Turki untuk membuat persiapan awal sebelum perlumbaan membuka tirai nanti.
Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali yang ke semuanya perlumbaan berstatus 1.2 badan induk berbasikal dunia(UCI) merupakan 3 siri perlumbaan yang menjadi fokus pasukan untuk mengutip mata perlumbaan bagi memperkukuhkan tangga kedudukan musim ini.
Dua perlumbaan secara berturut-turut terpaksa di tempuhi di mana perlumbaan Grand Prix Erciyes menjadi cabaran pertama yang perlu diberi fokus pada 23 Julai ini dan selang sehari sebelum kayuhan memburu podium di perlumbaan Grand Prix Kayseri. Manakala perlumbaan Grand Prix Yahyali dijadualkan pada 31 Julai nanti memberi cukup rehat buat pasukan untuk mengatur kayuhan.
Pengurus pasukan Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Mohd Saiful Anuar Aziz galas tanggungjawab membawa pasukan ke Turki bagi penyertaan Grand Prix Erciyes, Grand Prix Kayseri dan Grand Prix Yahyali. Grand Prix Erciyes menjadi perlumbaan pertama buat TSG yang akan membuka tirai pada 23 Julai 2022 ini.
“Misi untuk kembali ke Turki ini adalah untuk kita dapatkan seberapa banyak mata perlumbaan untuk terus kekal di tangga teratas kedudukan Jelajah Asia ketika ini sekaligus untuk mempertahankan kejuaraan yang telah kita berjaya dinobatkan pada perlumbaan musim lalu.
“Namun ianya bukan satu perlumbaan mudah buat kami memandangkan pasukan Almaty Cycling Team dari Kazakhstan juga kini agresif untuk merapatkan jurang tangga kedudukan semasa.
“InsyAllah bagi perlumbaan di Turki ini kita meletakkan sasaran dua podium bagi 3 perlumbaan yang disertai. InsyAllah kita mampu lakukan berdasarkan analisa rekod-rekod perlumbaan di Turki yang telah kita tempuhi sebelum ini,” ujar pengurus pasukan TSG Mohd Saiful Anuar Aziz yang ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.
Walaupun menempuh perlumbaan tanpa kelibat pasangan adik beradik Mohd Zamri Saleh dan Mohd Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman Hamdan yang mengetuai pasukan ke Turki ini tetap optimis mampu untuk menambah mata perlumbaan buat pasukan.
Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan di antara tonggak pasukan untuk menambah kutipan mata bagi tiga perlumbaan di Turki nanti.
“Kali ini adalah kali ketiga untuk saya berlumba di Turki. InsyAllah saya akan cuba yang terbaik untuk mengutip mata perlumbaan sebanyak mungkin di sana untuk mempertahankan pasukan untuk terus kekal di kedudukan teratas Jelajah Asia.
“Cabaran berlumba di Turki ini sememangnya amat berlainan berbanding di rantau Asia ini kerana di sana rata-rata pelumba adalah dari negara-negara Eropah. Tidak dinafikan pasukan tuan rumah juga bukan hadir sekadar melengkapkan penganjuran perlumbaan. Oleh itu percaturan yang tepat perlu dilakukan oleh kami untuk menaiki podium sekaligus menambah mata perlumbaan bagi musim ini,” ujar pelumba TSG Wan Abdul Rahman Hamdan.
Terkini, TSG masih mendahului tangga kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 863.75 perlumbaan mendahului Almaty Cycling Team dari Kazakhstan di tangga kedua dengan jurang 305.25 mata. Pasukan Taskent City Profesional Cycling Team dari Uzbekistan pula di tangga ketiga Jelajah Asia. Situasi ini sekaligus meletakkan TSG berada di tangga kedudukan ke-33 terbaik di seluruh dunia setanding dengan pasukan yang berentap di siri jelajah yang lebih ternama.
Selain memberi fokus di pentas kejuaraan Asia, TSG juga akan terus berkampung di Turki bagi menjalani kem latihan beraltitud tinggi yang juga merupakan serampang dua mata buat pasukan untuk memberi fokus dalam persediaan ke pentas Le Tour De Langkawi(LTDL) pada Oktober nanti.
Senarai Nama Pelumba & Pegawai Terengganu Cycling Team(TSG) *Yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada 18 Julai 2022
PELUMBA TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM(TSG)
1
WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN
2
IRWANDIE LAKASEK
3
MUHAMAD AFIQ HUZNIE
4
MOHD SHAHRUL MAT AMIN
5
ZULADRI AMIN
PEGAWAI PASUKAN TERENGGANU POLYGON CYLING TEAM(TSG)
Majlis memperkenalkan barisan penaja dan pelumba-pelumba Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) bagi musim 2022 telah berlangsung di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 11 Januari 2022. Terdahulu Terengganu Polygon Cycling Team dijenamakan sebagai Terengganu Cycling Team dengan akronim berdaftar kepada badan induk berbasikal dunia(UCI) sebagai TSG.
Seiring dengan menjangkaui sedekad penubuhan, pasukan berbasikal bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) kini berevolusi untuk dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team sekaligus membuka lembaran dekad baharu di persada sukan berbasikal antarabangsa. Penjenamaan baru yang masih mengekalkan TSG sebagai akronim berdaftar dengan badan induk berbasikal dunia(UCI) ini juga sekaligus bakal mencipta dimensi baharu di mana tidak hanya mempertaruhkan status pasukan itu sahaja malah nilai jenama yang telah mendapat perhatian di pentas dunia sejak sekian lama.
Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama musim 2020 buat pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) yang kini dijenamakan sebagai Terengganu Polygon Cycling Team.
Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia menjadi penaja utama musim ini dengan jumlah nilai tajaan RM 9.3 juta memberi penanda aras baharu pasukan berbasikal profesional negeri Terengganu ini. Begitu juga Shimano (Singapore) PTE. LTD yang setia bersama seawal penubuhan pasukan sehingga kini, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, KMI Healthcare, Tourism Terengganu serta lain-lain pihak penaja yang memberi kepercayaan di atas jenama pasukan yang kian kukuh bernilai untuk bersama-sama menembusi pasaran antarabangsa yang mampu dijana bersama Terengganu Polygon Cycling Team.
Menambah prestij buat Terengganu Polygon Cycling Team, jumlah penajaan sebanyak RM 9.3 juta pada musim ini merupakan jumlah terbesar yang pernah diterima dalam sejarah penubuhan pasukan ini sejak 2011. Petunjuk ini memberi gambaran positif nilai pelaburan yang mampu untuk dijana oleh Terengganu Polygon Cycling Team untuk memberi pulangan kepada setiap penaja.
Malah jalinan kerjasama strategik antarabangsa di benua Eurasia bersama Turki sekaligus bakal membuka peluang pelaburan di antara dua negara. Rundingan kerjasama ini bermula setelah jenama pasukan berbasikal negeri ini mula mendapat perhatian antarabangsa setelah meraih podium dalam siri Jelajah Eropah musim lalu.
Untuk permulaan, Turki melalui pemilikan syarikat penerbangan Turkish Airlines memberi kepercayaan selaku rakan strategik Terengganu Polygon Cycling Team bagi meneroka peluang-peluang pelaburan yang mampu dijana oleh kedua-dua negara. Situasi ini meletakkan Terengganu Polygon Cycling Team kini bukan hanya sebuah pasukan berbasikal profesional semata-mata malah mampu untuk dilihat menjadi satu platform pelaburan yang seharusnya diambil peluang dan ruang oleh setiap rakan-rakan penaja untuk berkerjasama.
Begitu juga dengan pelumba-pelumba import musim lalu Metkel Eyob Teweldeberhan, Youcef Reguigui, Jeroen Meijers, Jambaljamts Sainbayar dan Goh Choon Huat masih setia untuk meneruskan kayuhan bersama TSG musim ini. Manakala Artem Ovechkin dari Rusia yang telah mencipta sensasi bersama TSG di pentas Le Tour de Langkawi(LTDL) 2018 dan 2020 telah mengumumkan untuk bersara dari dunia perlumbaan sukan berbasikal. Walaupun sedemikian, TSG juga kini menerima dua pelumba baru iaitu Jamal Hibatullah dari Indonesia dan Anantolii Budiak dari Ukraine untuk memperkemaskan jentera musim ini bersama pelumba-pelumba lain.
Jadual padat menanti TSG seawal musim ini di mana Tour of Sharjah berstatus 2.2 bakal membuka tirai kayuhan sulung TSG musim ini yang dijadualkan berlangsung bermula pada 28 Januari sehingga 1 Februari nanti di UAE. Momentum kayuhan tidak terhenti di situ sahaja di mana pada sepanjang bulan Februari ini sebanyak 6 lagi siri perlumbaan yang perlu diraih podium bagi meraih setiap ruang dan peluang kutipan mata untuk mendahului kedudukan semasa pasukan berbasikal bertaraf benua.
Menambah menarik, TSG juga akan kembali berentap dalam siri Jelajah Eropah pada musim ini dengan penyertaan Grand Prix Alanya, Grand Prix Velo Alanya dan Grand Prix Justiniano Raced di mana ke semua perlumbaan ini berlangsung di Turki. Untuk rekod, pada penyertaan julung kali ke pentas siri Jelajah Eropah pada musim lalu, pelumba TSG Harrif Saleh mencipta sensasi kejuaraan untuk muncul juara sekaligus menjadi pelumba tanah air muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah.
Tour du Rwanda berstatus 2.1 yang menjadi sebahagian dari siri Jelajah Afrika dijadualkan pada 20 Februari sehingga 27 Februari menjadi perlumbaan terakhir di awal musim ini sebelum pelumba-pelumba TSG kembali meneruskan program latihan berpusat bagi persediaan ke beberapa lagi siri jelajah yang akan disertai nanti.
TSG yang kini telah sedekad usia sejak penubuhan pada 2011 meletakkan sasaran musim ini untuk terus mengekalkan kejuaraan Jelajah Asia(UCI Asia Tour) buat kali kedua setelah bergelar juara pada musim lalu sekaligus memperbaiki tangga kedudukan dunia untuk meletakkan pasukan dari pantai timur ini sebagai tiga pasukan terbaik benua Jelajah Dunia(UCI World Tour).
Medal edisi terhad semperna sambutan ulangan tahun ke-10 Terengganu Cycling Team(TSG) bakal menjadi koleksi istimewa buat para peminat khususnya bagi peserta TSG Virtual Ride 2021 yang dianjurkan selama tiga hari berturut-turut bermula 24 Disember sehingga 26 Disember 2021.
Terengganu Cycling Team(TSG), pasukan berbasikal bertaraf benua Asia yang kini genap 10 tahun penubuhan buat julung kalinya akan menganjurkan program kayuhan secara maya yang turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah kepada peserta sebagai tanda penghargaan kepada peminat khususnya.
Kayuhan ‘TSG Virtual Ride 2021’ yang dijadualkan untuk berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada 24 Disember sehingga 26 Disember untuk jarak kayuhan sekurang-kurangnya sejauh 40km perlu ditempuhi oleh setiap peserta di lokasi masing-masing.
Penganjuran program kayuhan secara maya ‘TSG Virtual Ride 2021’ yang julung kali diadakan ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan tenaga kerja Terengganu Cycling Team(TSG) berpusat di ibu pejabat pasukan yang terletak di Kuala Terengganu.
Tiga kategori penyertaan dipertaruhkan di mana setiap peserta itu layak untuk menerima medal khas edisi terhad ‘TSG 10 Tahun’ dan beberapa cenderamata lain yang bakal menjadi koleksi terbaik buat peminat TSG itu sendiri.
Menambah menarik, cabutan bertuah wang tunai RM 10 ribu ringgit kepada peserta bertuah bakal menjadi kemuncak penganjuran kayuhan ulang tahun ke-10 TSG ini. Selain itu beberapa barangan kelengkapan sukan berbasikal profesional berjenama terkenal turut menarik perhatian penganjuran julung kali ini.
Pengurus pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) Wan Mohd Nazri Wan Ahmad @ Wan Nik menggalas tanggungjawab selaku ketua penyelaras TSG Virtual Ride 2021 yang julung kali diadakan ini.
“Semperna ulang tahun ke-10 penubuhan TSG, kami berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada peminat-peminat di luar sana dan juga penaja-penaja kami yang selama ini memberi sokongan dan kepercayaan padu kepada kami. Ribuan terima kasih kepada barisan-barisan penaja seperti Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Terengganu, Shimano dan lain-lain penaja yang selama ini bersama kami sehingga kini.
Dalam usaha untuk menghargai peminat-peminat TSG, RM 10 ribu ringgit menanti peserta cabutan bertuah dan juga lebih dari 100 hadiah lain seperti cincin emas, gelang emas, rim basikal jenama Shimano, Iphone 13 dan lain-lain untuk diberikan.
Pelumba-pelumba TSG juga turut berkayuh pada 24 Disember ini untuk kayuhan sejauh 50km bagi menghargai penyertaan peserta-peserta TSG Virtual 2021 ini.” ujar Wan Mohd Nazri Wan Ahmad @ Wan Nik selaku ketua penyelaras TSG Virtual Ride 2021.
Terdahulu, mengikut perancangan program semperna ulang tahun ke-10 penubuhan TSG ini sepatutnya diadakan di Kuala Terengganu secara kayuhan fizikal. Namun pada saat-saat akhir perubahan terpaksa dilakukan oleh TSG untuk menganjurkannya melalui pendekatan norma baharu menggunakan teknologi maya berikutan situasi pandemik COVID-19 sehingga kini yang masih belum bernoktah.
Bridge To Bridge PDRM Charity Ride 2022 menyasarkan penyertaan terhad kepada 1000 peserta yang akan memulakan kayuhan pada 5 Mac 2022 nanti.
Polis Diraja Malaysia (Kontijen Terengganu) dengan kerjasama TSG Corp menganjurkan cabaran kayuhan sejauh 65km menyusuri laluan di tepi pantai melintasi Jambatan Angkat Terengganu(Terengganu Drawbridge) dan beberapa cabaran muka bumi di sekitar Kuala Terengganu ini.
Menyasarkan penyertaan terhad terbuka kepda 1000 penyertaan terawal dengan yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM80 sahaja di mna setiap peserta akan menerima tshirt penganjuran, nombor plate basikal, medal, peluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan juga pek makanan.
Lakaran peta kayuhan Bridge To Bridge PDRM Charity Ride 2022 sejauh 65km yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah pada 5 Mac 2022. Sebarang perubahan disaat akhir akan dimaklumkan oleh penganjur.
Maklumat lanjut seperti berikut:
TARIKH:
5 MAC 2022 (Flag off 0800 pagi)
VENUE:
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (Mula/Tamat)
YURAN PENYERTAAN:
RM 80 (Tshirt sublimation + No. Plate + Medal + Cabutan Bertuah + Pek Makanan)
TERHAD PADA 1000 PENYERTAAN SAHAJA!
BAYARAN: BANK: CIMB BANK NO AKAUN: 8602 5824 07 PENAMA AKAUN: KOPERASI KAKITANGAN TPCT TERENGGANU BERHAD EMAIL: tpct.tsg.corp@gmail.com
SYARAT TAMBAHAN:
Hanya peserta yang mempunyai 2 dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan menyertai.
PERTANYAAN:
011 2195 2528 JANG
016 511 2885 TSG STATION
Walaupum musim siri jelajah perlumbaan berbasikal dunia masih belum melabuhkan tirai namun satu penanda aras terbaik buat pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team(TSG) yang telah mula dilamar penajaan oleh beberapa pihak dari luar negara.
TSG yang beraksi cemerlang mengutip podium di awal musim dengan 850 kutipan mata selaku pendahulu kedudukan Jelajah Asia sehingga kini meletakkan portfolio yang terbaik buat pasukan berbasikal profesional dari negeri Terengganu ini.
Perkembangan positif ini secara tidak langsung membuktikan TSG di antara entiti sukan yang mampu untuk memberi pulangan pelaburan penajaan sewaktu pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah ini.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus
“Alhamdullilah, respons yang agak baik dan berkemungkinan besar kita ada penaja-penaja baru yang akan bersama bagi musim hadapan. Situasi ini membuktikan bahawa COVID-19 ini bukan alasan untuk kita tidak mendapat kejayaan terutama dari segi untuk mendapatkan penaja-penaja.”, berkata Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus.
Menambah menarik, Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus memberi gambaran bahawa prospek rakan penaja baharu ini bakal membuka ruang yang lebih besar buat TSG untuk beraksi ke peringkat yang lebih tinggi. Situasi ini juga akan menjadi pemangkin terbaik buat pasukan yang telah beraksi di pentas berstatus benua sejak 10 tahun yang lalu.
Mengulas lanjut, perbincangan bersama bakal rakan penaja kini di peringkat fasa akhir khususnya melibatkan hubungan diplomatik di antara dua negara yang bakal memberi impak besar khususnya buat negeri Terengganu nanti. Keputusan muktamad hasil perbincangan tersebut akan diumumkan setelah kalendar perlumbaan musim ini melabuh tirai.
Krisis penajaan sewaktu pandemik COVID-19 ini juga turut memperlihatkan beberapa pasukan profesional dunia telah ‘gulung tikar’ namun sebaliknya buat TSG yang masih bernafas walaupun turut menerima tempias cabaran perbelanjaan pasukan. Malah sebahagian besar siri perlumbaan di beberapa negara turut telah dibatalkan.
Pada musim ini TSG telah membuat percaturan bijak untuk pertama kali menyertai siri Jelajah Eropah dalam misi untuk mengutip mata sekaligus memperbaiki rekod musim lalu yang telah terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Barisan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) setelah tamat tempoh kuarantin di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya sejurus tiba dari Turki pada 20 Julai 2021 lalu. Kredit Foto – Sharon Jane Liau TSG
Setelah mencapai sasaran podium dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah pada musim ini, pasukan berbasikal profesional negara bertaraf benua Terengganu Cycling Team(TSG) yang baru tamat menjalani tempoh 14 hari berkuaratin penuh kembali memberi fokus pada misi podium seterusnya.
Terkini TSG cukup selesa untuk berada kedudukan tangga teratas Jelajah Asia dengan kutipan 850 mata sekaligus berjaya mencipta jurang besar dengan pesaing rapat Vino-Astana Motors di tangga kedua dengan kutipan mata sebanyak 204 mata. Jurang besar ini secara tidak langsung mampu untuk TSG lebih awal dinobatkan selaku juara Jelajah Asia memandangkan agak mustahil bagi pencabar lain untuk menambah mata dalam hanya berbaki dua bulan lagi sebelum kalendar perlumbaan UCI melabuh tirai.
Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus
“Barisan pelumba dan pegawai kita baru sahaja pulang dari Turki dan sampai ke bumi Terengganu petang semalan iaitu seramai 3 pegawai dan 2 pelumba di mana mereka telah menjalani kuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur. Alhamdullilah ke semua pelumba kita berada dalam keadaan sihat.
Pada siri perlumbaan Jelajah Eropah di Turki di mana pihak pengurusan telah menetapkan sasaran 2 podium untuk 6 siri perlumbaan. Walaubagaimanapun mereka telah menunjukkan satu pencapaian yang amat membanggakan di luar jangkaan setelah berjaya memperolehi 6 podium melebihi sasaran yang diletakkan.”, ujar Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus kepada PenyuSukan.com
Manakala Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad turut mengulas cabaran pengurusan pasukan di Turki sewaktu pandemik COVID-19 ini sememangnya menjadi cabaran terbesar bagi memastikan keselamatan setiap pelumba. Komitmen disiplin tinggi setiap pelumba bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pengurusan menjadi kunci terbaik buat pasukan yang berkampung selama 21 hari di sana.
Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad
“Untuk perlumbaan di musim COVID ini memang sangat-sangat mencabarlah dari pasukan sendiri, dari segi latihan dari segi persiapan untuk ke luar negara itu memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa..itu antara cabaranlah.” ujar Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad.
Sepanjang musim ini sebanyak 21 podium berjaya diraih hasil dari 14 perlumbaan antarabangsa berprestij telah disertai meletakkan pasukan dari pantai timur ini menjadi kuasa besar pasukan berbasikal Asia.
Pengurusan tertinggi Terengganu Cycling Team (TSG) terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus(kiri) dan Pengurus Pasukan TSG Wan Mohd Nazri Wan Ahmad(tengah) sewaktu ditemui media di ibu pejabat TSG yang terletak di Kuala Terengganu pada 2 Ogos 2021.
Walaubagaimanapun TSG tetap komited untuk meneruskan kayuhan menambah mata sekaligus memperbaiki rekod pasukan terbaik dunia berbanding musim lalu. Terkini TSG berada di kedudukan pasukan ke-31 dunia bersaing rapat dengan pasukan-pasukan elit terbaik dunia yang beraksi di divisyen UCI yang lebih tinggi.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh turut membuat hebahan di laman sosial miliknya untuk menjemput semua masyarakat dan peminat yang berkesempatan untuk hadir sendiri menerima sumbangan gulai ayam kampung masakan asli citarasa negeri Terengganu ini.
Situasi pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah sejak sekian lama sememangnya makin memberi tekanan khususnya buat masyarakat di luar bandar. Melihat kehidupan masyarakat sekeliling, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh terpanggil untuk menyampaikan sumbangan hasil dari wang kemenangan perlumbaan yang telah disertai selama ini.
Pelumba yang kini berusia 33 tahun ini membelanjakan sejumlah RM 2 ribu ringgit untuk menyediakan 160 bungkusan lauk gulai ayam kampung untuk diberikan secara percuma kepada semua penduduk sekitar Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Maa Kitchen yang terletak di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu merupakan kedai makan milik keluarga mertua pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh(berbaju hitam) sewaktu menyampaikan sumbangan berupa bungkusan lauk kepada masyarakat setempat di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Menambah manis, gulai ayam kampung masakan asli citarasa negeri Terengganu itu dimasak sendiri oleh Harrif Saleh bersama ahli keluarganya dari dapur kedai makan Maa Kitchen milik mertuanya yang terletak berhadapan SMK Panji Alam, Kuala Terengganu.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh bersyukur dapat berkongsi ganjaran kemenangan bersama masyarakat setempat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah. Pada Februari lalu, Harrif Saleh berjaya melakar sejarah selaku pelumba negara pertama bergelar juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat yang telah berlangsung di Turki.
“Sememangnya bagi saya sebelum ini jika ada kejohanan besar mahupun seperti Le Tour De Langkawi sekiranya saya menjuarai sesuatu perlumbaan itu saya akan bernazar untuk membuat sedekah memberi makanan. Begitu juga di Turki bebaru ini saya pasang niat yang sama untuk semua orang merasai kemenangan itu. Cabaran di Turki pun bukan mudah dengan status penganjuran siri Jelajah Eropah di mana semua pelumba ternama turut serta namun saya menjadi juara di sana. Saya berasa amat bersyukur untuk hari ini berkongsi makanan dengan semua orang kampung di sini.” ujar Harrif Saleh kepada PenyuSukan.com.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh bersyukur dapat berkongsi ganjaran kemenangan bersama masyarakat setempat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah. Pada Februari lalu, Harrif Saleh berjaya melakar sejarah selaku pelumba negara pertama bergelar juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat yang telah berlangsung di Turki.
Menurut Harrif Saleh, pendekatan memberi lauk yang telah siap dimasak dilihat lebih praktikal untuk disedekahkan sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi mereka bekerja sendiri dan masih bujang. Kekangan pergerakan setempat berikutan perlaksanaan PKP ini telah menyukarkan untuk menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas terus ke lokasi penerima. Walaubagaimanapun beliau sentiasa menanti peluang untuk terus membantu masyarakat yang terkesan dan sumbangan yang telah diberikan ini bukanlah yang terakhir.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh sewaktu menyampaikan sumbangan berupa bungkusan lauk kepada pemandu van jenazah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
Pada Februari lalu, Harrif Saleh membuat kejutan untuk melakar sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Manavgat di Turki. Kejayaan ini juga menjadi detik paling manis buat sepanjang karier yang pertama kali beraksi dalam siri Jelajah Eropah.
Bendera Terengganu berkibar di bumi Turki di mana pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam
Mengulas lanjut tentang perkembangan terkini, Harrif Saleh kini bersama rakan sepasukan giat memberi fokus bagi persiapan pasukan di pentas Jelajah Asia dalam perlumbaan Tour of Thailand yang dijadualkan pada September nanti.
Manakala sebahagian dari pelumba pasukan TSG kini yang diketuai oleh Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff sedang bersaing sengit di Turki dalam siri Jelajah Eropah dalam misi mengekalkan puncak teratas kedudukan pasukan terbaik Asia pada musim ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh hadir memberi sokongan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dengan membuat kayuhan kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
Walaupun menempuh jadual padat program latihan berbasikal, ikon pelumba pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh dengan penuh bertanggungjawab untuk berganding bahu bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF Marang) dalam memperkasakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 yang sedang berlangsung ini.
Bertempat di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung yang terletak dalam daerah Marang, Harrif Saleh membuat kejutan kepada penerima suntikan vaksin untuk menjadi penumpang yang dikayuh sendiri oleh juara siri Jelajah Eropah musim ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh setelah menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
Inisiatif kreatif bersama CITF Marang selaku pemegang taruh program vaksinasi ini secara tidak langsung bagi menyampaikan mesej positif kepada komuniti setempat. Selain program kayuhan beca ini, terdahulu pelbagai usaha telah diadakan untuk meningkatkan kadar peratusan penerima vaksinasi negeri Terengganu.
Menambah menarik pada perkembangsan sama, Harrif Saleh juga turut menerima suntikan dos pertama vaksin setelah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Status aplikasi MySejahtera sewaktu pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
Beliau menzahirkan perasaan teruja kerana suntikan perlindungan imunisasi ini teramat penting memandangkan kerjaya sebagai pelumba profesional sepenuh masa di pentas antarabangsa juga turut berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Sehingga kini penggiat-penggiat sukan khususnya para atlet profesional negeri ini mula menerima suntikan vaksin secara berperingkat dengan sasaran penerimaan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Harrif Saleh menerima suntikan vaksin COVID-19 pertama beliau sewaktu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Sivik Bukit Payung pada 29 Jun 2021.
“Macam pengalaman saya, saya baru lepas cucuk tadi..saya rasa ok macam kena gigit di semut ajelah..tapi memang kalau boleh percepatkan lah ambik vaksin. Bukan mende, kalau boleh kita hendak lawan COVID ini kang kita kena iktihar dengan vaksin ini, insyAllah.” ujar Harrif Saleh yang ditemui PenyuSukan.com.
Mengulas lanjut tentang perkembangan terkini, Harrif Saleh kini bersama rakan sepasukan giat memberi fokus bagi persiapan pasukan untuk beberapa siri perlumbaan antarabangsa sebelum melabuh tirai perlumbaan musim ini.
Sehingga kini TSG kekal di puncak kedudukan teratas Jelajah Asia dengan kutipan 850 mata sekaligus mencipta jurang besar buat Vino-Astana Motors dengan kutipan 204 mata di kedudukan kedua dan 199 mata dikutip oleh Kuwait Pro Cycling Team di kedudukan ketiga.
Terengganu Cycling Team (TSG) raih podium kali kedua bagi siri Jelajah Eropah 2021 di mana pelumba Carlos Julian muncul juara bersama rakan sepasukan Metkel Eyob di tempat ke-3 bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau Instagram.com/terengganucyclingteam
Pasukan berbasikal tanah air bertaraf antara benua, Terengganu Cycling Team (TSG) kian mendapat rentak dalam siri perlumbaan Jelajah Eropah ke-4 yang kini berlangsung di Turki setelah pelumba Harris Salleh muncul juara pada siri ketiga jelajah kelmarin. Terkini pelumba Carlos Julian muncul juara bersama rakan sepasukan Metkel Eyob di tempat ke-3 sekaligus mendominasi podium Grand Prix Velo Alanya yang berstatus 1.2 UCI.
Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif(kir) merupakan pelumba tunggal negara berentap bersama rakan sepasukan Terengganu Cycling Team (TSG) untuk memberi cabaran bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – Instagram.com/terengganucyclingteam
Kayuhan sejauh 104.5km dengan catatan masa 2 jam 40 minit 33 saat menjadi milik Carlos Julian untuk dinobatkan juara sekaligus menafikan pelumba Alex Hoehn dari pasukan Wildlife Generation Pro Cycling. Jurang satu saat masa perlumbaan di belakang pendahulu meletakkan Metkel Eyob di tempat ketiga juga turut membantu TSG mengutip mata perlumbaan untuk memperkukuh tangga kedudukan pasukan yang kini masih berada di tangga ke-37 dunia.
Pelumba muda yang kian meningkat naik, Muhammad Nur Aiman Mohd Zarif turut berentap pada perlumbaan ini yang menawarkan peringkat pendakian beraltitud tinggi sebagai cabaran. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-65 sekaligus memperbaiki rekod peribadi pada perlumbaan sehari sebelum ini dalam GP Velo Manavgar yang berakhir di tempat ke-96.
Seterusnya dua lagi perlumbaan berstatus 1.2 UCI menantikan kem TSG di Turki yang akan berlangsung pada Mac nanti sebelum pulang ke tanah air.
Dari kiri – Pelumba Metkel Eyob raih tempat ketiga dan Carlos Julian Quintero Norena ditempat pertama sekaligus menghadiahkan podium berganda buat Terengganu Cycling Team (TSG) bagi perlumbaan Grand Prix Velo Alanya yang telah berlangsung pada 21 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau Instagram.com/terengganucyclingteam
KEPUTUSAN GP VELO ALANYA (EUROPE TOUR 2021) *Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sahaja
#1 – CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA 02:40:33
#3 – METKEL EYOB
#12 – ARTEM OVECHKIN
#50 – YOUCEF REGUIGUI
#65 – MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
#73 – GOH CHOON HUAT
Kayuhan sejauh 145.8km dengan catatan masa 3 jam 13 minit 35 saat menjadi penentu buat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh untuk pertama kali melakar sejarah untuk pertama kali selaku pelumba tanah air muncul juara di pentas siri Jelajah Eropah. Menambah manis kejayaan ini merupakan perlumbaan sulung membuka kalendar perlumbaan yang disertai oleh pelumba berusia 33 tahun ini.
Berentap dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat berstatus 1.2 UCI yang berlangsung di Alanya, Turki menjadi sebahagian dari siri Jelajah Eropah musim ini berjaya menafikan pelumba Alan Banaszek dari pasukan Mazowsze Serve Polski untuk berada di tempat kedua manakala pasukan kebangsaan Ukraine berada di tempat ke-3.
Kredit – https://gpside.veloalanya.com/results
Pemegang rekod kemenangan terbanyak dalam sejarah penganjuran Le Tour de Langkawi(LTdL) Andrea Guardini juga turut berentap memberi saingan untuk berada di tempat ke-4.
Bendera Terengganu berkibar di bumi Turki di mana pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam
“Alhamdullilah..saya pun tidak sangka setelah setahun tidak berlumba. Tapi saya bangkit balik untuk perlumbaan hari ini dan saya buktikan rakyat Malaysia rakyat Terengganu boleh menang di Europe. Terima kasih pada team mate..crew-crew yang memang 100%..repair basikal siang malam.. Saya pun semangat baru. Alhamdullilah..rezeki kita hari ini. Bereh!”, ujar Harrif Saleh yang juga turut galas tanggungjawab sementara sebagai kapten pasukan sepanjang siri perlumbaan di Turki ini berikutan ketiadaan Zamri Saleh yang kini dalam program latihan persediaan ke perlumbaan Tour of Thailand.
Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff selaku pelumba muda yang kembali bersama TSG bagi musim ini juga turut tidak mengecewakan apabila berada dalam kelompok 100 pelumba daripada 170 pelumba secara tidak langsung meletakkan sebagai pelumba ke-3 di antara 6 ahli pasukan untuk menamatkan perlumbaan GP Manavgat ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mencipta sejarah selaku pelumba tanah air pertama muncul juara di pentas Jelajah Eropah dalam perlumbaan Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – SharonJaneLiau – Instagram.com/terengganucyclingteam
TSG yang kini dalam program latihan altitud tinggi di Turki sejak awal Februari lalu akan menghabiskan dua lagi siri perlumbaan berstatus 1.2 UCI dalam misi untuk mengutip mata memperkukuh kedudukan tangga dunia sebelum pulang ke tanah air pada awal Mac nanti. Terdahulu TSG membuka tirai kalendar perlumbaan musim ini dengan menyertai perlumbaan padat dalam GP Alanya pada 6 Februari lepas dan GP Gazipasa pada 7 Februari lalu.
Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) bagi perlumbaan siri Jelajah Eropah 2021 Grand Prix Manavgat pada 20 Februari 2021. Kredit Foto – Instagram.com/terengganucyclingteam
KEPUTUSAN GP VELO MANAVGAR (EUROPE TOUR 2021) *Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sahaja
#1 – MOHD HARRIF SALEH 03:13:35
#7 – YOUCEF REGUIGUI
#96 – MUHAMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
#101 – CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA
#134 – METKEL EYOB
#137 – ARTEM OVECHKIN
Komitmen program latihan sukan sepenuh masa oleh pasukan berstatus Pro Benua, Terengganu Cycling Team(TSG) sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memperolehi kebenaran rentas daerah daripada Majlis Keselamatan Negara.
Program latihan pasukan berbasikal elit yang berpangkalan di negeri Terengganu untuk mewakili negara ke pentas dunia sudah pasti perlu diteruskan seperti mana entiti-entiti sukan kebangsaan yang kebanyakkan berpusat di Lembah Klang. Komitmen setiap hari untuk kayuhan sejauh ratusan kilometer membelah laluan berbukit dalam pelbagai keadaan cuaca berhujan panas malah menempuh banjir merupakan rutin harian yang perlu diselesaikan oleh setiap pelumba.
Walaupun perlu dilakukan di dalam norma baharu namun ianya merupakan cabaran terkini untuk mengekalkan momentum pasukan. Selain perlu menempuhi siri kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), pelumba-pelumba TSG juga turut terlibat dengan persediaan pasukan ke pentas Sukan SEA Vietnam 2021 dan juga Olimpik Tokyo nanti.
Terkini, TSG juga merupakan pasukan kebangsaan kedua yang telah memperolehi kebenaran dari pihak berwajib untuk berentap di luar negara setelah pasukan badminton beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Bangkok pada Januari lalu. TSG yang dibarisi oleh 9 pelumba berkampung selama 40 hari di Turki bagi menjalani program latihan beraltitud tinggi dan juga menyertai 6 perlumbaan berstatus 1.2 UCI dalam misi untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di tangga dunia.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
“Kita masih lagi mengikut SOP-SOP yang telah digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN) terutamanya di mana diikutkan situasi semasa ini. Kelulusan dari pihak Polis diRaja Malaysia(PDRM) perlu kita dapat untuk menjalani latihan. Dalam tempoh PKP ini cuma 10km dibenarkan untuk berbasikal dan seorang. Tetapi kita membuat permohonan daripada pihak PDRM untuk merentas daerah dengan kapasiti 10 orang dalam satu masa latihan. Alhamdullilah telah lulus oleh pihak PDRM.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) kepada PenyuSukan.com
Pasukan berbasikal profesional berstatus Pro Benua tanah air yang kini menyambut 10 tahun penubuhan, Terengganu Cycling Team(TSG) telah berlepas menuju ke Turki untuk membuka tirai kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa(UCI).
Berkampung selama 40 hari di sana nanti tempuhi jadual padat dengan mengharungi 6 perlumbaan bagi misi mengutip sebanyak mungkin kutipan mata bagi memperkukuhkan tangga kedudukan dunia. Terkini pasukan ini masih berada di tangga teratas kedudukan pasukan Jelajah Asia seperti mana yang baharu dikemaskini oleh UCI pada 2 Februari lalu
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(kemeja maroon) sewaktu membacakan doa selamat kepada deligasi Terengganu Cycling Team(TSG) yang akan berlepas dari Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada 2 Februari 2021 untuk menyertai perlumbaan di Turki.
Empat perlumbaan yang bakal disertai merupakan sebahagian dari siri Jelajah Eropah 2021 dan dua lagi perlumbaan berstatus 1.2 UCI di mana kesemuanya dijadualkan untuk berlansung di Turki sepenuhnya. Mengikut perancangan awal, selepas Turki menjadi destinasi pertama seterusnya adalah untuk singgah berkayuh di bumi Afrika walaubagaimanapun terpaksa dibatalkan setelah penganjuran Tour of Rwanda telah ditunda berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.
Situasi tersebut memaksa TSG untuk merombak percaturan barisan pelumba di saat-saat akhir dengan mempertaruhkan 4 pelumba tempatan tanpa kelibat kapten pasukan Zamri Salleh dan beberapa pelumba lain lagi. Hanya Mohd Harris Salleh, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 5 lagi pelumba import akan berentap di Turki nanti.
Mohd Saiful Anuar Aziz galas tanggungjawab selaku pengurus pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) dalam misi memburu kutipan mata bagi setiap 6 perlumbaan yang akan disertai di Turki.
“Memang kita bertuah dapat menyertai kejohanan dalam situasi pandemik COVID-19 ini kerana kebanyakkan penganjuran di Asia telah dibatalkan. Alhamdulillah kerana kita dapat berlumba di Turki. Tidak dinafikan keadaan semasa COVID-19 ini memberi tekanan kepada kami.
Berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sewaktu pandemik COVID-19 ini, Terengganu Cycling Team(TSG) berlepas dari Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) melalui jalan darat dengan menaiki bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Februari 2021 untuk menyertai perlumbaan di Turki.
Kita sedia maklum untuk di Turki nanti kita akan membuat ujian sarinan COVID-19 setiap minggu. Untuk kemasukkan ke Turki tiada sebarang proses kuaratin diperlukan dan penganjur akan membuat saringan kesihatan maka kita dapat fokus sepenuhnya pada perlumbaan.”, ujar Mohd Saiful Anuar Aziz yang dilantik sebagai pengurus pasukan bagi perlumbaan di Turki ini.
Harris Salleh galas tanggungjawab memangku tugasan selaku kapten pasukan Terengganu Cycling Team(TSG) dalam misi memburu kutipan mata bagi setiap 6 perlumbaan yang akan disertai di Turki.
“Saya sudah lama tidak berlumba, kali terakhir berlumba di Le Tour de Langkawi 2019. Saya harap untuk perlumbaan pertama musim ini saya boleh bersaing untuk mendapat rentak perlumbaan. Ketiadaan kapten pasukan ke Turki nanti maka saya perlu galas tanggungjawab itu untuk menjaga adik-adik(pelumba).”, ujar Harris Salleh kepada PenyuSukan.com
Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Mohd Harris Salleh melambai kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah(kemeja maroon) dan Yang Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Dato’ Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil(kemeja putih) sewaktu berlepas dari Kuala Terengganu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada 2 Februari 2021 untuk menyertai perlumbaan di Turki.
Deligasi pasukan berbasikal dari pantai timur ini dijadualkan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada jam 1140 malam ini(2 Februari 2021) dan akan singgah untuk transit di Istanbul sebelum menukar penerbangan untuk tiba di Alanya, Turki.
Grand Prix Alanya yang dijadualkan pada 6 Februari ini menjadi sebahagian dari kalendar siri Jelajah Eropah 2021 merupakan perlumbaan pertama buat TSG untuk membuka tirai musim ini. TSG dijadual pulang ke tanah air pada 8 April nanti sejurus tamat Grand Prix Gundogmus sehari sebelum berlepas pulang.
Senarai Nama Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021
BIL.
NAMA
UMUR
1.
MOHD HARRIF SALEH
33 (15 September 1988)
2.
WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN
22 (19 Jun 1999)
3.
IRWANDIE LAKASEK
26 (30 Januari 1995)
4.
MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
24 (1 Oktober 1997)
5.
METKEL EYOB (ERITREA)
28 (4 September 1993)
6.
GOH CHOON HUAT (SINGAPURA)
31 (14 Disember 1990)
7.
ARTEM OVECHKIN (RUSSIA)
35 (11 Julai 1986)
8.
CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA (COLOMBIA)
35 (5 Mac 1986)
9.
YOUCEF REGUIGUI (ALGERIA)
31 (9 Januari 1990)
SENARAI PERLUMBAAN YANG DISERTAI Sepanjang Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021
Penundaan perlumbaan Tour of Rwanda yang dijadualkan pada 21 sehingga 28 Februari nanti memaksa Terengganu Cycling Team(TSG) untuk membuat percaturan di saat-saat akhir dengan merombak strategi jelajah perlumbaan sebelum berlepas ke Turki nanti.
Rentetan itu memaksa TSG mempertaruhkan 4 pelumba tempatan tanpa kelibat kapten pasukan Zamri Salleh dan beberapa pelumba lain lagi. Hanya Mohd Harris Salleh, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bersama 5 lagi pelumba import akan berentap di Turki nanti.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
“Keputusan pemilihan empat pelumba tempatan adalah keputusan dari pihak kejurulatihan TSG dan kami mengambil maklum tentang keputusan ini. Penundaan perlumbaan Tour of Rwanda yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Februari di mana kini dijadualkan semula oleh UCI pada Mei nanti antara faktor yang perlu diambil kira. Disebabkan itu kita hanya fokus pada 6 perlumbaan di Turki nanti.
Pelumba-pelumba yang tidak disenaraikan ke Turki nanti tetap meneruskan program latihan seperti biasa sebagai persediaan Tour of Thailand pada April nanti.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) kepada PenyuSukan.com di pejabatnya hari ini.
Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) sewaktu program latihan sekitar negeri Terengganu dalam persediaan ke Turki untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.. Kredit Foto – Facebook.com/TSGterengganucyclingteam
Percaturan yang telah diputuskan oleh bahagian kejurulatihan dalam usaha untuk menyusun barisan pelumba-pelumba TSG untuk memungut sebanyak mungkin mata perlumbaan bagi memperkukuhkan tangga kedudukan dunia sehingga menutup kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini. Situasi semasa pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah juga turut akan menjadi penghalang untuk penyertaan siri jelajah perlumbaan yang sudah pasti akan membantutkan kutipan mata pasukan.
Pasukan berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Terengganu kini dalam rangka siri jelajah dengan menjadikan Turki sebagai destinasi pertama untuk membuka tirai kalendar perlumbaan UCI musim ini.
TSG yang akan berkampung selama sebulan di sana dijadualkan untuk menyertai 6 perlumbaan padat berstatus 1.2 UCI yang semuanya berlangsung sepanjang Februari & Mac ini di Turki. GP Alanya yang akan berlangsung pada 6 Februari nanti merupakan siri perlumbaan pertama akan disertai oleh TSG untuk membuka musim baru ini.
Senarai Nama Pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021
BIL.
NAMA
UMUR
1.
MOHD HARRIF SALEH
33 (15 September 1988)
2.
WAN ABDUL RAHMAN HAMDAN
22 (19 Jun 1999)
3.
IRWANDIE LAKASEK
26 (30 Januari 1995)
4.
MUHAMMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF
24 (1 Oktober 1997)
5.
METKEL EYOB (ERITREA)
28 (4 September 1993)
6.
GOH CHOON HUAT (SINGAPURA)
31 (14 Disember 1990)
7.
ARTEM OVECHKIN (RUSSIA)
35 (11 Julai 1986)
8.
CARLOS JULIAN QUINTERO NORENA (COLOMBIA)
35 (5 Mac 1986)
9.
YOUCEF REGUIGUI (ALGERIA)
31 (9 Januari 1990)
SENARAI PERLUMBAAN YANG DISERTAI Sepanjang Program Latihan & Perlumbaan Jelajah Turki 2021
Berjauhan dengan keluarga selama hampir 6 tahun demi komitmen mengejar kayuhan, Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff kini kembali untuk menyarung jersi Terengganu Cycling Team (TSG) bagi musim ini setelah penampilan terakhir bersama pasukan pada 2017 lalu.
Demi kasih sayang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa pelumba muda berusia 24 tahun yang berada di Kampung Bukit Putera, Chalok, Setiu, Aiman Zariff terpaksa meninggalkan pasukan terdahulu Team Sapura Cycling(TSC) walaupun pasukan itu masih memberi ruang kepadanya.
Malah setelah 3 musim bersama bersama TSC, Aiman Zariff berjaya mencipta kejutan untuk melakar sejarah selaku pelumba tempatan pertama dinobatkan sebagai Raja Bukit setelah berjaya menyarung jersi merah di Le Tour De Langkawi edisi lalu. Kejayaan itu juga turut hampir membuka ruang kepadanya untuk menyertai sebuah pasukan antarabangsa berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Itali
Pelumba muda Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff kembali bersama Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2021 setelah penampilan terakhir bersama adalah pada 2017 di mana pada tahun itu juga merupakan penampilan sulung bersama pasukan berbasikal profesional. Kredit Foto – Terengganu Cycling Team
“Berpeluang kembali bersama TSG amat bermakna untuk dekat dengan keluarga Aiman. 6 tahun berjauhan dengan keluarga dan sekarang ini keluarga pun tidak berapa sihat. Lagipun saya anak sulung dan kami bukan daripada keluarga yang senang. Oleh itu saya perlu buktikan untuk pencapaian yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sasaran saya adalah jersi kuning untuk musim ini bersama TSG.”, ujar anak sulung daripada lima beradik yang pernah mendapat perhatian pasukan Androni Giacattoli-Sidermec(ANS) yang berstatus Pro Benua berpangkalan di Itali.
Kepulangan Aiman Zariff bersama TSG juga turut mendapat reaksi positif daripada kapten pasukan TSG, Zamri Saleh yang turut pernah bersama dalam pasukan sebelum ini.
Zamri Saleh merupakan kapten pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dan merupakan pelumba paling senior setelah menyertai pasukan sejak 2012.
“Bagi saya macam ke Aiman itu, saya tau dia sebelum ini pernah bersama kita sebelum Sapura dia bersama TSG. Dengan Sapura sekalipun dia mempunyai result yang bagus, saya tengok dengan komitmen yang dia ada itu pada dia itu rasa dah balik ke tempat sendiri lagi bersemangat”, ujar Zamri Saleh.
Kredit -https://www.procyclingstats.com/rider/muhammad-nur-aiman-mohd-zariff/overview/start
Untuk rekod pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 yang berstatus ProSeries, pelumba berusia 24 tahun ini berjaya mencipta melakar rekod penganjuran untuk menjadi pelumba berbasikal tanahair pertama yang menyarung jersi merah untuk dinobatkan selaku Raja Bukit sejak 25 tahun lalu bermula edisi sulung pada 1996.
Aksi pelumba Terengganu Hanelang; Mohammad Nur Aiman Mohd Zariff sejurus muncul juara dalam acara berbasikal ujian masa individu (lebuhraya) lelaki dengan catatan masa 43 minit 53.128 saat untuk kayuhan sejauh 40km di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aiman Zariff yang juga merupakan produk Program Kecemerlangan Basikal SUKMA Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Syed Mohd Husaini Syed Mazlan memulakan kerjaya selaku pelumba profesional pada 2017 bersama TSG dan pada tahun berikutnya berhijrah ke TSC selama tiga musim sehingga 2020 sebelum kini kembali bersama TSG.
Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) bagi musim 2021 sewaktu program latihan sekitar negeri Terengganu dalam persediaan ke Turki untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.. Kredit Foto – Facebook.com/TSGterengganucyclingteam
Setelah hampir setahun berhujan berpanas malah menempuh banjir demi komitmen meneruskan kayuhan program latihan, Terengganu Cycling Team(TSG) kini tekad untuk kembali ke litar perlumbaan setelah terpaksa menarik diri dalam beberapa siri perlumbaan pada musim lalu berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu global.
Turki menjadi destinasi pertama buat pasukan berstatus Pro Benua yang berpangkalan di Terengganu untuk membuka tirai kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini dengan penyertaan 4 perlumbaan padat berstatus 1.2 UCI yang semuanya berlangsung pada Februari ini.
Barisan pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team(TSG) meneruskan komitmen program latihan tanpa mengira keadaan cuaca. Kredit Foto – Sharon Jane Liau
GP Alanya yang dijadualkan pada 6 Februari ini dengan jarak kayuhan sejauh 105.9km menjadi taruhan pertama yang akan disertai dan kayuhan padat seterusnya pada 7 Februari bagi perlumbaan GP Gazipasa dengan kayuhan sejauh 157.7km Kemudian sasaran seterusnya adalah penyertaan dalam GP Velo Manavgat pada 20 Februari dan GP Velo Alanya pada 21 Februari.
Namun sebelum itu tekanan tidak hanya dirasai oleh barisan pelumba elit ini di mana pengurusan pasukan berhempas pulas membuat percaturan teliti berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah. Situasi semasa perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta proklamasi darurat juga turut merumitkan lagi keadaan.
Terengganu Cycling Team(TSG) menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan pada tahun 2021 dalam situasi pandemik COVID-19 yang menjadi isu global yang belum bernoktah.
Setelah menempuh pelbagai ranjau Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat menjadi kekangan, kini dengan segala usaha yang telah dilakukan hanya perlu sedikit bersabar menanti proses akhir untuk menanti keputusan Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia(JIM). Sebelum itu walaupun TSG merupakan satu entiti sukan yang disokong penuh oleh Kementerian Belia & Sukan(KBS), pasukan berbasikal bertaraf elit ini turut mendapatkan surat sokongan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) dalam usaha untuk mendapat kebenaran dari pihak berwajib.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
Walaupun sedemikian Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood tetap optimis keputusan positif akan diterima oleh pasukan berbasikal profesional antarabangsa yang berpangkalan di Terengganu ini. Beliau juga tidak menolak di mana berkemungkinan TSG akan terus ‘berkampung’ di luar negara bagi memberi fokus siri jelajah perlumbaan antarabangsa.
Ketika ini pasukan badminton kebangsaan yang sedang beraksi Thailand menjadi penanda aras terbaik untuk ‘dicontohi’ oleh TSG dalam kembali memburu mata kedudukan dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) setelah tercicir pada musim lalu.
Pembatalan Le Tour de Langkawi edisi ke-26 (LTdL 2021) memaksa pelumba-pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi ‘terkandas’ untuk menyertai sebarang kejohanan perlumbaan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum bernoktah.
Pembatalan siri perlumbaan berstatus Pro Series 2.0, Le Tour de Langkawi edisi ke-26 (LTdL 2021) yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan, sememangnya memberi kesan buat pasukan-pasukan berbasikal tanah air untuk membuka tirai kalendar perlumbaan di laman sendiri.
Buat pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), tiada sebarang pilihan yang boleh ditoleransikan setelah keputusan muktamad diumumkan oleh pemegang-pemegang taruh LTDL 2021 baru-baru ini.
Pembatalan ini juga turut sekali lagi memberi kesan kepada pelumba-pelumba TSG yang teramat dahagakan perlumbaan sejak sekian lama. Sebelum ini, TSG juga telah menarik diri dari menyertai lima jelajah perlumbaan di luar negara berikutan pandemik COVID-19 yang belum bernoktah di seluruh dunia.
Namun, TSG tetap optimis untuk kembali beraksi di laman sendiri dengan mengharapkan sekurang-kurangnya terdapat satu penganjuran perlumbaan kompetitif dalam negara di tahun hadapan.
Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) bermula pada 1 Mac 2019.
“Kita berharaplah..di peringkat TSG berharap supaya pada tahun 2021 akan ada race ataupun perlumbaan di peringkat lebuh raya ini yang akan masih ada lagi contohnya macam Tour of Penisular. Kita berharap ada satu race yang melibatkan tempatan. Sebab kita tahu apabila melibatkan wabak atau pandemik COVID-19 ini ia lebih kepada menjaga keselamatan terutama rider dan kru yang terlibatlah. Kita terpaksa akurlah dengan keputusan yang telah diputuskan baru-baru ini.”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Cycling Team(TSG) Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood
Beliau yang ditemui PenyuSukan.com turut mengulas di mana TSG tidak sesekali akan mengambil risiko untuk memperjudikan nyawa mahupun kesihatan setiap pelumba yang juga merupakan aset bernilai tinggi kepada pasukan bertaraf profesional ini.
Namun sedemikian TSG tetap perlu menilai setiap peluang dan ruang untuk menyertai sebarang kejohanan perlumbaan seterusnya yang menawarkan kutipan mata berharga untuk kekal sebagai pasukan berstatus benua yang berpengkalan di pantai timur Malaysia ini.
Terengganu Cycling Team (TSG) melalui akademi berbasikal yang telah ditubuhkan pada 2019 iaitu TSG Cycling Academy kini dalam pencarian calon-calon yang layak untuk sesi tahun 2020. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Terengganu Cycling Team (TSG) kini membuka peluang kepada anak-anak jati kelahiran negeri Terengganu untuk turut sama dalam sesi pemilihan bagi membentuk pasukan lumba basikal profesional pada tahun hadapan. Melalui akademi sukan berbasikal yang dikenali sebagai ‘TSG Cycling Academy’, para pelatih bakal didedahkan dengan pelbagai siri latihan berprestasi tinggi yang dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman besar.
Pujian juga harus diberikan kepada pasukan TSG yang bertaraf antarabangsa di mana memberi peluang kepada anak jati negeri ini untuk membuktikan bahawa mereka juga layak untuk berentap. Peluang ini seharusnya dimanfaat sepenuhnya khususnya kepada anak-anak muda di luar sana agar impian untuk menjadi atlet berbasikal profesional berada di landasan yang sepatutnya.
SYARAT – SYARAT KELAYAKAN
Berumur 17 sehingga 21 tahun
Anak kelahiran negeri Terengganu atau ibu bapa kelahiran negeri Terengganu.
Minimum pengalaman perlumbaan selama 2 sehingga 3 tahun.
Sihat tubuh badan
Lelaki sahaja
KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA
2 Keping gambar terkini berukuran pasport
Surat kebenaran ibu bapa bagi pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah.
Memiliki basikal sendiri (Basikal lebuhraya)
Berpakaian lengkap termasuk helmet & glove
TARIKH & WAKTU PEMILIHAN SESI 1 – 5 DISEMBER 2019 UJIAN WAHOO TRAINER Lokasi: Pejabat TSG 0830 Pagi: Pendaftaran 0930 Pagi – 0400 Petang: Sesi ujian
SESI 2 – 6 DISEMBER 2019 UJIAN MASA (ITT) Lokasi: Jalan Pulau Sekati (15km 1 Lap) 0830 Pagi: Pendaftaran 0930 Pagi – 1230 T/Hari: Sesi ujian
SESI 3 – 7 DISEMBER 2019 UJIAN PENDAKIAN (CLIMBING) Lokasi: Perkarangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu ke Sungai Como, Kenyir. 0830 Pagi: Pendaftaran 0930 Pagi – 0200 Petang: Sesi ujian
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
012 9455 502 ANUAR AZIZ 011 1077 4987 WAN MOHD NAZRI WAN AHMAD 019 924 6553 MOHD LUQMAN ABD RAZAK
UNTUK PENGESAHAN AWAL KEHADIRAN SILA WHATSAPP NAMA PENUH DAN UMUR DI TALIAN 011 1077 4987
Pelumba profesional Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Inc. TSG Cycling Team bersama Sofian Nabil Omar Mohd Bakri dari pasukan kebangsaan merupakan antara pelumba tempatan yang turut berentap dalam perlumbaan Jelajah Semenanjung 2019 yang akan bermula 15-19 Oktober 2019. Penganjuran perlumbaan kali pertama ini mempertaruhkan 5 peringkat cabaran. Kredit Foto – Tourpeninsular.com
Perlumbaan berbasikal lebuh raya antarabangsa “Jelajah Semenanjung 2019” membuka tirai hari ini dengan penyertaan seramai 115 pelumba tempatan dan antarabangsa dari 20 pasukan yang bertanding. Pasukan tuan rumah; Terengganu Cycling Team(TSG) yang juga merupakan pasukan di tangga teratas Asia bersama Team SAPURA Cycling dan pasukan kebangsaan adalah di antara pasukan tempatan yang turut memberi cabaran.
Selain pasukan tempatan, pasukan bertaraf Continental iaitu Vino–Astana Motors berpangkalan di Kazakhstan dan ProTouch yang berpangkalan di Afrika Selatan bakal menjadi tumpuan perlumbaan untuk merebut kejuaraan sulung ini. Cabaran peringkat pertama akan bermula di Universiti Teknologi MARA Kampus Dungun untuk kayuhan sejauh 180.6 kilometer meliputi jalan pantai menuju ke mercu ikon baharu negeri Terengganu; “Jambatan Angkat” sebelum tamat di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.
Pelumba – pelumba pasukan tuan rumah; Terengganu Inc. TSG Cycling Team yang turut memberi cabaran kayuhan sejauh 751.6 kilometer bagi 5 peringkat cabaran penganjuran kali pertama perlumbaan Jelajah Semenanjung 2019. Kredit Foto – Tourpeninsular.com
Majlis pengenalan pasukan dan penaja yang telah berlangsung dalam suasana hujan lebat seolah-olah mengambarkan cabaran getir yang bakal ditempuhi oleh pelumba-pelumba ini. Kerajaan Negeri Terengganu selaku penaja utama perlumbaan memberi cabaran kepada setiap pelumba untuk berentap di beberapa lokasi perlancongan negeri ini bagi melengkapi 5 siri peringkat cabaran.
Perlumbaan dengan jumlah kayuhan sejauh 751.6 kilometer ini juga mendapat pengiktirafan daripada badan induk dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi kategori UCI 2.1 yang menawarkan kutipan mata kedudukan.
“Perlumbaan Tour of Penisular ini di akhir kalendar 2019, jadi ini adalah orang kata venue yang terakhir untuk mereka kejar mata ini. Dan kemungkinan yang paling besar memang mungkin akan memihak kepada TSG sebab gap point di antara TSG dan team-team lain rasanya agak tinggi.”; ujar Ketua Pegawai Eksekutif Jelajah Semenanjung 2019 Emir Abdul Jalal kepada PenyuSukan.com
Perlumbaan berbasikal lebuh raya antarabangsa ‘Jelajah Semenanjung 2019’ atau juga dikenali sebagai Tour of Penisular 2019 merupakan penganjuran sulung melibatkan penyertaan seramai 115 pelumba tempatan dan antarabangsa dari 20 pasukan yang bertanding. Pasukan tuan rumah; Terengganu Cycling Team(TSG) yang juga merupakan pasukan di tangga teratas Asia bersama Team SAPURA Cycling dan pasukan kebangsaan adalah di antara pasukan tempatan yang turut memberi cabaran.
Perlumbaan dengan jumlah kayuhan sejauh 751.6 kilometer ini juga mendapat pengiktirafan daripada badan induk dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi kategori UCI 2.1 yang menawarkan kutipan mata kedudukan. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Peluang pekerjaan tidak hanya terhad kepada para pelumba TSG malah turut terbuka kepada semua khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Terengganu Cycling Team (TSG) mengorak langkah apabila tidak hanya memfokuskan kepada kejayaan perlumbaan semata-mata. Terkini TSG telah merencanakan jaminan masa depan buat pelumba mereka yang rata-rata kini masih di usia muda. TSG melalui satu jalinan kerjasama bersama Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) telah berjaya menempatkan kerjaya buat pelumba – pelumba mereka.
Segala-galanya bermula pada 2016 setelah CEO TSG; Ahmad Farhan Abdul Wahab dan COO TSG; Nasiruddin Wan Idrus menyampaikan cadangan kepada Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut di pejabat Kementerian Pertahanan(MINDEF). Cadangan ini juga merupakan salah satu program di bawah struktur organisasi dalam program transformasi TSG yang diperkenalkan.
Pelumba – pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG) menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto – Instagram.com/lakassek_wendish
Hasil dari perbincangan tersebut, pelumba Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh, Afiq Huznie Othman dan Irwandie Lakasek yang juga merupakan anak jati Terengganu telah terpilih sebagai anggota tetap pasukan tentera laut ini. Bakat pelumba-pelumba ini juga tidak disia-siakan begitu sahaja apabila TLDM turut membentuk pasukan lumba basikal untuk berentap dalam beberapa kejohanan yang disertai.
Malah di dalam cabang perkhidmatan angkatan tentera itu sendiri turut menganjurkan beberapa kejohanan sukan lain menjadi faktor mengapa atlet berkelayakkan diserap menjadi anggota tetap. Terkini, dikhabarkan Tentera Darat Diraja Malaysia juga turut telah mengambil seorang lagi pelumba TSG untuk diserap sebagai anggota penuh.
Muhammad Ashiq; Lagenda Pelumba Basikal Pakistan yang pernah beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964 terpaksa menyara kehidupan sebagai pemandu beca. Beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018. Kredit Foto – Pakistantoday.com.pk
Perkembangan positif ini sudah pasti dapat memberi jaminan masa depan atlet yang seringkali terfikirkan kehidupan mereka selepas ini. Sebagai contoh bekas pelumba Pakistan yang beraksi di sukan Olimpik pada 1960 dan 1964; Muhammad Ashiq terpaksa menyara diri sebagai pemandu beca roda tiga di Lahore setelah menamatkan kareer sebagai pelumba profesional. Beliau yang baru meninggal dunia di usia 83 tahun pada 11 Mac 2018 yang lalu terpaksa menempuh kehidupan yang sukar setelah tidak beraksi sebagai pelumba mahupun atlet sukan.
Pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG); Mohd Harrif Saleh juga turut menjawat selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Kredit Foto – Instagram.com/harrif_saleh
“Sememangnya minat saya dari kecil untuk menjadi anggota tentera. Alhamdullilah, apa yang diinginkan menjadi kenyataan malah saya masih lagi sebagai atlet pelumba basikal. Terima kasih kepada pihak TSG yang memberi peluang. Saya amat berharap agar peluang ini turut diberikan kepada pelumba-pelumba lain di negeri ini.” ujar Harrif Saleh sewaktu dihubungi.
Harrif Saleh juga turut menzahirkan tanda penghargaan kepada pihak TLDM di atas ruang dan peluang yang diberikan untuk beliau meneruskan kayuhan dalam perlumbaan. Komitmen sebagai anggota tentera tidak memadamkan profesion buat beliau sebagai pelumba basikal malah terus menerima sokongan jitu dari pihak majikan.
Terengganu Cycling Team tidak hanya memfokuskan sebagai pasukan basikal profesional semata-mata malah turut mengembangkan lain-lain cabang perkhidmatan.
Manakala COO TSG; Nasiruddin Wan Idrus turut berkata “Hasrat TSG tidak hanya membuka peluang kepada pelumba-pelumba TSG semata-mata. Malah pelumba-pelumba yang beraksi di peringkat negeri mahupun di temasya SUKMA juga akan diberikan peluang. TSG juga tidak hanya memfokuskan peluang kerjaya para pelumba di dalam ATM mahupun sebarang agensi kerajaan yang lain malah turut menawarkan peluang kerjaya di dalam lain-lain cabang perkhidmatan di bawah TSG. Sebagai contoh, TSG juga turut mempunyai koperasi – TSG Corp yang kini sudah memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri Terengganu ini.”
PenyuSukan turut difahamkan peluang pekerjaan ini tidak hanya terhad kepada para pelumba mahupun ahli keluarga di dalam TSG malah turut terbuka kepada semua orang ramai khususnya anak jati negeri Terengganu itu sendiri.
Mohd Harrif Salleh buka podium pertama buat Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2018 di Tour of Sharjah. Kredit Foto – Instagram.com/harrif_saleh
Pelumba senior Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Salleh akhirnya membuka podium pertama dalam perlumbaan sulung musim 2018 ini setelah meraih tempat ke-3 dalam perlumbaan peringkat ke-2 Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kejayaan berjaya dirangkul setelah menafikan peluang pelumba muda Itali; Luca Pacioni dari pasukan Wilier Triestina–Selle Italia yang berakhir di tempat ke-4.
Kejayaan podium ini sekali gus memberi kejutan setelah beliau sekadar meraih tempat ke-91 malah tercorot di kalangan pelumba TSG dalam perlumbaan ujian masa perseorangan di hari pertama perlumbaan.
Kayuhan sejauh 151.56km untuk peringkat ke-2 bermula dari Al Batayeh Cultural Center dan berakhir di Al Malaiha Sports Center turut menyaksikan pelumba muda TSG; Irwandie Lakasek meletakkan diri tempat ke-15 setelah bersaing bersama 108 pelumba professional.
Irwandie juga turut berjaya mencuri mata perlumbaan di tempat ke-2 dalam saingan ‘King of the Mountains'(KOM) setelah bersaing dengan pelumba pasukan tuan rumah; Essaïd Abelouache yang berada di tempat ke-3 manakala Ken-Levi Eikeland menjuarai saingan ini.
Manakala dua pelumba tempatan TSG lain iaitu Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 dan Mohd Zamri Saleh di tempat ke-56. Bagi pelumba kelahiran Mongolia; Maral-erdene Batmunkh yang kini tahun ke-3 bersama pasukan TSG berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-59.
Keadaan basikal pelumba Terengganu Cycling Team; Drew Morey setelah terlibat kemalangan dalam perlubaan di peringkat kedua Tour of Sharjah. Kredit – Facebook.com/terengganucyclingteamTSG
Pelumba harapan TSG kelahiran Australia; Drew Morey pula gagal untuk mencuri jersi kuning(kategori pendahulu keseluruhan) setelah mengalami kecederaan akibat kemalangan dalam perlubaan di peringkat kedua.
Perlumbaan Tour of Sharjah ini menjadi perlumbaan pembuka tirai 2018 di dalam kalendar UCI untuk siri jelajah Asia.
Keputusan Perlumbaan Peringkat Ke-2 Tour of Sharjah 2018 *Pasukan Terengganu Cycling Team sahaja. Kredit – Procyclingstats.com
Irwandie yang bakal melanjutkan usia ke-24 tahun pada 30 Januari nanti juga berharap agar dapat “menghadiahkan hari jadi” awal kepada pasukan dalam perlumbaan Tour of Sharjah.
Pelumba muda Terengganu Cycling Team (TSG); Irwandie bin Lakasek bakal membuat penampilan sulung bersama pasukan dalam Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Penganjuran Tour of Sharjah sejak 2013 adalah penyertaan pertama kali bagi kayuhan anak jati Kemaman ini. Perlumbaan yang dijadualkan berlansung selama 4 hari membabitkan 4 peringkat ini juga merupakan perlumbaan sulung di peringkat antarabangsa membuka tirai 2018 untuk pasukan ini.
Sebelum ini, Irwandie bersama pasukan telah membuat persiapan awal dengan menyertai latihan yang telah diadakan di sekitar Negeri Sembilan pada awal bulan ini. Irwandie juga cukup teruja sepanjang sesi latihan bersama pasukan baru di mana tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikan diri malah menganggap setiap ahli pasukan seperti keluarga sendiri.
Untuk kayuhan sejauh 377.56km dalam 4 peringkat perlumbaan bersaing bersama 19 pasukan dari 5 negara sudah pasti bukan tugas mudah untuk pelumba muda ini. Namun Irwandie mengharapkan agar dapat membuat kejutan sekali gus untuk membalas kepercayaan pasukan yang telah diberikan kepadanya. Perlumbaan ini yang dijadualkan bermula pada 24 Januari akan berakhir pada 27 Januari mempertaruhkan 4 jersi iaitu jersi kuning, hijau, merah dan putih.
Anak jati Kemaman & pemenang pingat emas Sukan SEA KL 2017; Irwandie bin Lakasek merupakan pelumba baharu TSG untuk musim 2018 ini.
“Saya kini lebih bersemangat sejak menjalani latihan sulung bersama pasukan. Saya sasarkan dapat membuat kejutan di Tour of Sharjah nanti. Walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan profesional dari Asia dan Eropah yang lebih berpengalaman ianya tidak harus dijadikan alasan. Malah saya lebih teruja dengan peluang yang diberikan oleh TSG untuk bersaing bersama mereka.”, ujar Irwandie kepada PenyuSukan.
Irwandie yang bakal melanjutkan usia ke-24 tahun pada 30 Januari nanti juga berharap agar dapat “menghadiahkan hari jadi” awal kepada pasukan dalam perlumbaan nanti.
Bayaran elaun juga bakal diberikan kepada pelatih akademi pelumba basikal Terengganu Cycling Team. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, setelah hampir 7 tahun berentap untuk memburu kejuaraan kini Terengganu Cycling Team (TSG) bakal mengorak langkah mewujudkan akademi sendiri. Akademi yang dirancang akan bermula pada tahun ini bakal menjadi platform pembangunan khususnya bagi persediaan atlet kelahiran negeri Terengganu untuk berentap di Sukan Malaysia dan beberapa perlumbaan tempatan sebelum ke peringkat lebih tinggi.
Penubuhan akademi ini telah dirancang sekian lama sejak TSG memiliki status pasukan bertaraf benua sejak 2011 di mana berazam untuk menjadi pasukan profesional benua dari Malaysia pada 2020 nanti. Untuk permulaan dijangka 10 pelumba berusia antara 16 hingga 17 tahun bakal dipilih untuk berada di bawah program akademi ini.
Para pelumba muda ini bakal dibentuk menjadi pasukan pembangunan bawah 23 tahun untuk berentap sebarang perlumbaan yang dianjurkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Selain latihan sepenuhnya bersama pasukan TSG, bayaran elaun juga bakal diberikan kepada pelatih akademi ini dengan sasaran melahirkan pelumba lebuh raya pertama negara yang menamatkan perlumbaan di Olimpik.
Hasil jumlah tajaan akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelumba-pelumba pasukan Terengganu Cycling Team untuk musim 2018 ini. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
“Ia perlu dipatuhi supaya sasaran menjadi realiti pada 2020. Pada masa yang sama, apabila tiba masanya, barisan pelumba muda ini akan menggalas cabaran TSG di pentas antarabangsa,” ujar Ketua Pegawai Operasi (COO) TSG, Nasiruddin Wan Idrus kepada pemberita.
Sebelum ini turut dilaporkan pelumba Anuar Manan telah ditawarkan sebagai pengarah sukan di dalam akademi ini namun pelumba itu telah mengambil keputusan untuk bersama pasukan Forca Amskins Racing (FAR) setelah kontrak beliau tamat bersama TSG pada 30 Disember 2017 lalu.
Aksi barisan pelumba TSG dalam sesi latihan pertama musim 2018 untuk persediaan perlumbaan Tour of Sharjah di UAE pada 23 Jan 2018. Kredit Foto – Instagram.com/aidit.nurfan
Setelah tujuh tahun penubuhan kini pasukan lumba lebuh raya; Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk membariskan pelumba tempatan mereka mewakili negara untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020. Selain itu juga berharap dapat mengekalkan momentum untuk terus mencipta kejayaan di pentas perlumbaan tempatan mahupun antarabangsa.
Pada tahun 2012, pasukan pelumba Malaysia merupakan pasukan ketiga terbaik Asia menerusi pungutan mata daripada pasukan kebangsaan dan pro benua termasuk pencapaian Terengganu Cycling Team (TSG) sekali gus menjadi tiket pelumba ke pentas Olimpik London 2012 yang hanya membenarkan 3 pasukan terbaik Asia untuk berlumba.
Untuk rekod, dua anak jati Terengganu iaitu Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli telah beraksi di pentas acara lebuh raya Olimpik London 2012 namun tidak berjaya menghabiskan kayuhan setelah ketinggalan 18 minit di belakang pendahulu perlumbaan. Manakala pada edisi Olimpik Rio 2016, TSG tidak dapat menghantar pelumba disebabkan oleh tangga kedudukan pasukan kebangsaan ke-12 di peringkat Asia rentetan pertukaran pengurusan pasukan TSG dan penggantungan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) oleh Pesuruhjaya Sukan selama sebulan ketika itu.
Anak jati Kemaman & pemenang pingat emas Sukan SEA KL 2017; Irwandie bin Lakasek merupakan pelumba baharu TSG untuk musim 2018 ini.
Berbaki 2 tahun menjelang temasya sukan Olimpik Tokyo 2020, para pelumba kebangsaan mahupun pasukan-pasukan profesional negara perlu bekerja keras untuk memperbaiki malah mempertahankan kedudukan di peringkat lebih tinggi agar slot ke Olimpik tidak terlepas lagi. Sekiranya sebelum ini hanya TSG bergelar pasukan profesional untuk menyumbang mata kedudukan buat negara, kini dengan kehadiran dua pasukan baharu iaitu Team Sapura Cycling (TSC) dan Forca Amskins Factory bakal menyumbang sebanyak mungkin mata dalam perlumbaan. Walaupun kehadiran tiga pasukan profesional untuk mencabar setiap pasukan masing-masing namun matlamat utama adalah mendapatkan tiket pelumba tempatan ke Olimpik Tokyo.
Untuk musim 2018 ini, TSG masih mengekalan khidmat jurulatih Jeremy Hunt bersama gandingan adik-beradik, Mohd Zamri dan Harrif Salleh dan beberapa pelumba tempatan baharu. Manakala lima pelumba import iaitu Maral Batmunkh Erdene (Mongolia), Drew Morey (Australia) dan Goh Soon Huat (Singapura) serta bekas pelumba pasukan Pro Tour dari Team Dimension Data, Metkel Eyob turut beraksi bersama pasukan ini.
Mohd Adiq Husainie Othman(kanan) dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff bakal memberi cabaran kepada bekas pasukan mereka; Terengganu Cycling Team (TSG). Kredit Foto – Baikbike.com & Bernama
Musim baharu ini juga turut memberi kejutan kepada peminat tempatan apabila pelopor pelumba pasukan, Anuar Manan bersama pelumba Olimpik London 2012 Adiq Husainie Othman dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff telah meninggalkan pasukan TSG untuk bersama pasukan profesional baharu mereka.
Terengganu Cycling Team (TSG) membuka tirai kalendar perlumbaan 2018 di Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlansung pada 23 Januari nanti.
Terengganu Cycling Team berjaya kumpul tajaan bernilai RM7.261 juta untuk musim 2018 ini.
Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya mengumpul jumlah tajaan RM7.261 juta untuk meneruskan kayuhan bagi musim 2018 ini. Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. meneruskan legasi sebagai penaja wang tunai terbesar sebanyak RM2 juta dan diikuti oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebanyak RM1.1 juta. Malah syarikat yang berpangkalan di negeri Terengganu juga turut menaja iaitu syarikat pembinaan Uzland Sdn. Bhd. sebanyak RM1 juta dan syarikat kejuruteraan Enproserve (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM120 ribu. Syarikat pengedar barangan kelengkapan prestasi basikal, Huan Schen Sdn. Bhd. merupakan syarikat tunggal dari luar negeri Terengganu yang sudi menaja wang tunai sebanyak RM100 ribu kepada pasukan TSG.
Selain dari tajaan tunai, TSG juga turut menerima tajaan berbentuk barangan bernilai RM2.146 juta sama ada dari penaja dalam negara mahupun di luar negara. Shimano(Singapore) Pte. Ltd. menjadi penaja terbesar bernilai RM1.3 juta diikuti oleh KT Cyclone Sdn. Bhd. yang beroperasi di Pulau Pinang sebanyak RM215 ribu. Manakala tajaan dari syarikat beroperasi dari Terengganu adalah dari Exa Marketing & Services(M) Sdn. Bhd. dengan nilai RM200 ribu dan Commercial Ventures Enterprise dengan nilai RM100 ribu.
Aksi barisan pelumba TSG musim 2018. Kredit Foto – Instagram.com/aidit.nurfan
Tajaan dari syarikat-syarikat berasal dari negara matahari terbit turut menghimpunkan jumlah tajaan barangan bernilai RM161 ribu yang diberikan oleh Inno Rack, Pro dan OGK Kobuto Co. Ltd. Syarikat kejuruteraan basikal yang beroperasi dari Singapura; Bike Labz juga turut menawarkan tajaan bernilai RM10 ribu untuk keperluan pasukan lumba ini.
Selain tajaan wang tunai dan barangan, pasukan lumba ini juga turut menerima tajaan perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM795 ribu yang disumbangkan oleh Rimbun HybridTV Broadcast Sdn. Bhd., Primula Beach Hotel, Cycling Malaysia, Oracle Studio dan The Manhattan Fish Market.
Bermula dengan jumlah tajaan RM700,000.00 di awal penubuhan pasukan ini pada Oktober 2010 untuk saingan musim 2011 sememangnya saban tahun pasukan profesional lumba basikal lebuh raya berstatus benua ini memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mengharungi setiap musim yang kian kompetitf. Terengganu Cycling Team (TSG) membuka tirai kalendar perlumbaan 2018 dalam Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlansung pada 23 Januari berakhir pada 27 Januari 2018.
Kalendar 2018 sudah pasti satu permulaan yang baik buat anak jati Kemaman; Irwandie bin Lakasek setelah ditawarkan kontrak selama setahun bersama pasukan idamannya iaitu Terengganu Cycling Team (TSG). Pelumba berusia 23 tahun ini(lahir pada 30 Januari 1995) mula mencuri tumpuan setelah kejayaan merangkul pingat emas pertama negara dalam acara scratch di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru ini.
“Ia adalah impian saya untuk menyertai pasukan seperti TSG apabila mula berkecimpung dalam sukan basikal. Terima kasih kepada pengurusan TSG yang memberi peluang kepada saya.”, ujar Irwandie kepada pemberita.
Bersama pasukan ternama yang turut berentap di pentas benua sudah pasti bakal memberi peluang kepadanya untuk beraksi di peringkat lebih tinggi lagi di pentas antarabangsa seperti Jelajah Asia. Malah turut juga telah dijadualkan untuk beraksi mewakili Malaysia dalam perlumbaan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC), Sukan Komanwel dan Sukan Asia untuk sepanjang tahun 2018 ini.
Irwandie Lakasek menyumbang emas pertama negara di Velodrom Nasional Nilai selepas memenangi acara scratch berbasikal Sukan SEA Ke-29. Kredit Foto – Nst.com.my
Sebelum ini Irwandie telah berlumba bersama pasukan NSC-Mycron dibawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam beberapa siri pertandingan berbasikal antarabangsa dan tempatan. Malah sebelum mencuri tumpuan di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru ini, pelumba ini juga turut telah beraksi di Asia Cycling CHampionship India 2013(Pingat emas Scratch Race), Asia Cup Thailand 2013(Pingat emas 1km Time Trial), World Championship Glasgow Scotland 2013, Tour de Siak 2015(Juara Stage 1 & tempat ke-3 Stage 4), Le Tour de Langkawi 2016, Tour of Iran 2016 dan SUKMA Sarawak 2016(2 pingat emas dan 1 pingat perak).
Pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, acara Scratch Lelaki yang disertai 11 pelumba melibatkan jarak 15 kilometer membabitkan 60 pusingan. Irwandie yang bergandingan dengan Muhamad Afiq Huznie Othman berjaya menamatkan saingan masing-masing ditempat pertama dan keempat.
Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan tajaan bernilai RM1.1 juta untuk Terengganu Cycling Team bagi tahun 2018. Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi meneruskan tajaan RM1.1 juta kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) untuk musim 2018 ini seperti mana nilai yang sama telah diberikan pada musim lalu. Begitu juga dengan anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd masih selaku penaja tunai terbesar sebanyak RM2 juta untuk memperkasakan pasukan lumba basikal lebuh raya ini.
Jumlah tersebut berjaya sekali gus menjadikan jumlah tajaan tunai keseluruhan bernilai RM4,320,000.00 juta berjaya dikumpulkan oleh TSG untuk berentap di musim ini di samping menjalankan beberapa program lain.
Berbekalkan jumlah tajaan tersebut sudah pasti TSG mampu untuk mewujudkan akademi pelumba basikal seperti mana yang dilaporkan. Akademi dirancang akan bermula pada tahun ini akan menjadi platform pembangunan sukan ini khususnya bagi persediaan atlet kelahiran negeri Terengganu untuk berentap di Sukan Malaysia dan beberapa perlumbaan tempatan sebelum ke peringkat lebih tinggi.
Kredit Foto – Facebook.com/aidit.nurfan
Bermula dengan jumlah tajaan RM700,000.00 di awal penubuhan pasukan ini pada Oktober 2010 untuk saingan musim 2011 sememangnya saban tahun kerajaan negeri memperutukkan penajaan besar kepada pasukan ini. Selain tajaan kepada pasukan, kerajaan negeri juga turut sentiasa berbesar hati untuk memberikan insentif kepada para pelumba yang telah beraksi cemerlang di perlumbaan peringkat tempatan mahupun antarabangsa.