NAFUZI KEMBALI KE TERENGGANU UNTUK MUSIM 2026/2027

KUALA NERUS – Penantian penyokong Terengganu FC (TFC) akhirnya terjawab apabila kelab itu mengesahkan pelantikan semula Mohd Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.

Kepulangan pengendali berusia 47 tahun itu dilihat sebagai langkah strategik pengurusan kelab dalam usaha mengembalikan semula reputasi Sang Penyu sebagai antara kuasa utama bola sepak negara selepas melalui musim yang kurang konsisten.

Nafuzi bukanlah nama asing buat penyokong TFC apabila pernah membimbing pasukan itu dari 2019 hingga 2022 dengan mencipta pelbagai pencapaian membanggakan termasuk membawa Terengganu muncul naib juara Liga Super dan Piala FA pada musim 2022, selain berjaya melayakkan pasukan ke pentas Asia.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau turut dikenali menerusi corak permainan menyerang yang menjadi identiti TFC, selain berjaya mengetengahkan ramai pemain muda tempatan sehingga menjadi tonggak utama pasukan.

Selepas meninggalkan Terengganu, Nafuzi meneruskan karier kejurulatihan bersama Kedah Darul Aman sebelum diberi tanggungjawab mengendalikan skuad bawah 23 tahun kebangsaan, sekali gus memperkukuhkan lagi pengalaman beliau di peringkat domestik dan antarabangsa.

Pelantikan semula Nafuzi memberi bayangan jelas bahawa TFC mahu kembali membina pasukan berasaskan falsafah yang pernah membawa kejayaan kepada kelab itu, selain memperkukuhkan semula hubungan erat antara pasukan dengan penyokong.

Kini, segala perhatian bakal terarah kepada kemampuan Nafuzi membentuk semula skuad Sang Penyu menjelang sepak mula musim baharu, dengan harapan untuk kembali mencabar kejuaraan Liga Super serta memberi saingan dalam setiap pertandingan yang disertai.

Kepulangan beliau juga dijangka membangkitkan semula keyakinan penyokong yang mahu melihat Terengganu kembali menjadi pencabar utama dalam kancah bola sepak Malaysia selepas beberapa musim melalui fasa pembinaan semula.

SUKIPT 2026: UC TATI RHINO MAU TEBUS KEGAGALAN DI SINTOK

Gandingan muka lama dan muka baru UC TATI Rhino menjadi taruhan untuk saingan ragbi 7 sepasukan di pentas Sukan Institusi Pendidikan Tinggi(SUKIPT) edisi ke-7 pada Ogos nanti.

Setelah melalui pengalaman pahit terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lalu, skuad ragbi UC TATI Rhino kini tampil dengan semangat baharu untuk mengharungi cabaran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026. Walaupun berdepan kesibukan semester yang baru bermula, pasukan ini terus giat memperkemaskan persiapan bagi memastikan rekod lama dapat diperbaiki.

Kali ini, gabungan pemain berpengalaman bersama muka baharu memberi suntikan segar buat pasukan. Ramai antara pelajar baharu Kolej Universiti TATI di Kemaman, Terengganu merupakan bekas pemain ragbi yang pernah beraksi di kejohanan lain, sekali gus menambah kekuatan barisan Rhino.

Pengurus pasukan, Ahmad Farid Ridhwan Zakaria, yang sudah bersama UC TATI Rhino sejak 2016, menetapkan sasaran realistik untuk menempatkan pasukan dalam kelompok lima terbaik. “Kami sedar pasukan ini bukan pilihan utama berbanding IPT lain yang dibarisi pemain kebangsaan dan antarabangsa. Namun, kami tetap optimis untuk mencatatkan pencapaian terbaik,” katanya.

Kapten pasukan, Muhammad Daniell Aqtar Uzir, yang kini berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik, turut menyuarakan harapan tinggi. “Ini mungkin penampilan terakhir saya bersama Rhino. Saya mahu meninggalkan pasukan dengan kenangan manis, sekurang-kurangnya berada di podium SUKIPT,” ujarnya.

Untuk rekod, edisi lalu menyaksikan Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara acara ragbi 7 sepasukan lelaki selepas menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan keputusan 21-0. Edisi ke-7 SUKIPT kali ini akan berlangsung bermula 28 Ogos di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dengan penyertaan 65 kontinjen dari seluruh IPT negara.

UC TATI RHINO GABUNG SUKAN DAN KOMUNITI BINA SEMANGAT PASUKAN

Program khidmat masyarakat memberi tambah nilai untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri pemain-pemain ragbi UC TATI Rhino.

KEMAMAN – UC TATI Rhino Rugby Club membuka kalendar pasukan musim ini dengan cara yang tersendiri melalui penglibatan aktiviti khidmat masyarakat bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri setiap pemain yang juga merupakan pelajar institusi pendidikan tinggi(IPT) yang berpangkalan dari Kemaman, Terengganu ini.

Usaha ini juga dilihat menjadi tambah nilai untuk merapatkan hubungan dan komunikasi bagi setiap pemegang taruh pasukan termasuk pengurusan hal ehwal pelajar IPT ini memandangkan semester pengajian yang baru bermula sejak April lalu.

Barisan pemain kelab ragbi UC TATI Rhino bersama pengurusan pasukan yang turut sama terlibat dalam program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan Bukit Teruna, Kemaman, Terengganu.

“Satu permulaan yang baik untuk kelab ragbi ini dan juga satu permulaan yang baik bagi semester baru untuk setiap pelajar daripada kalangan kami ini. Kami tidak membezakan setiap pemain itu mengikut senioriti mahupun lain-lain status atau taraf malah ada di antara kami tidak pernah bermain ragbi juga kami amat mengalu-alukan sebagai ahli kelab untuk bermula mengenali sukan ini. Jadi aktiviti mencuci kubur dan lain-lain khidmat sosial ini menjadi contoh kebersamaan kami,” berkata Ammar Ashraf selaku pengarah program khidmat masyarakat yang juga merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian di Kolej Universiti TATI ini.

Jelasnya lagi bagi program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan ini juga merupakan jalinan kerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman selaku pemegang taruh komuniti setempat bagi sebarang program melibatkan belia dan sukarelawan.

UC TATI Rhino Rugby Club yang mempunyai 45 keahlian terdiri daripada barisan pemain termasuk pengurusan kini dalam persediaan ke pentas Sukan Institusi Pengajian TInggi 2026(SUKIPT 2026) bertempat di Universiti Malaya yang dijadualkan bermula pada Ogos nanti.

PIALA AGONG: TERENGGANU RAIH SLOT SEPARUH AKHIR DI LAMAN SENDIRI TEWASKAN PUTRAJAYA 43-26

Pemain import Terengganu, Josevata Cava Uluinaceva(jersi hitam putih – kanan) berjaya melepasi jentera pertahanan Wilayah Persekutuan Putrajaya sewaktu aksi penentuan suku akhir kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 2026 yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 13 Jun 2026.


KUALA NERUS –
Momentum rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan dan terkini berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi saingan suku akhir, kini Terengganu terus memperkukuhkan kedudukan 4 pasukan terbaik musim ini untuk perebutan kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini.

Terdahulu di laman sendiri, Terengganu mengejutkan pasukan pelawat seawal minit ke-3 untuk 7 mata melalui jatuhan try oleh pemain import Josevata Cava Uluinaceva dan seterusnya kapten pasukan, Mohamad Nasharuddin Ismail melunaskan 2 mata melalui tendangan conversion.

Taktikal berbeza berbanding perlawanan-perlawanan terdahulu menyaksikan Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Hafiizh Zainal mendahului babak separuh masa perlawanan berkeputusan 26 berbalas 5.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat, Wilayah Persekutuan Putrajaya mula menguasai momentum permainan dengan beberapa tambahan mata namun masih gagal untuk mendahului perlawanan.

Perebutan bola ‘line out’ di antara Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sewaktu perlawanan suku akhir kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 2026 yang telah berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 13 Jun 2026.

Pada minit ke-70 memaksa pasukan tuan rumah beraksi kurang dua pemain setelah menerima kad kuning untuk berada di luar padang selama 10 minit, namun Wilayah Persekutuan Putrajaya masih gagal untuk memanfaatkan peluang itu bagi menambah mata sekaligus mendahului perlawanan sepenuhnya.

Momentum pasukan tuan rumah kembali sepenuhnya setelah pemain gantian Muhammad Ikmal Hakim Zuraimi mengejutkan pasukan pelawat untuk jatuhan try mudah di hadapan lawan.

Sekaligus menjadi mata terakhir sehingga tamat perlawanan berkeputusan 43-26 untuk Terengganu melangkah ke penentuan separuh akhir sekaligus memperbaiki rekod pasukan setelah terkandas pada penentuan suku akhir pada musim lalu.

Seterusnya bagi aksi penentuan separuh akhir, Terengganu sekali lagi di laman sendiri untuk bertemu Polis diRaja Malaysia(PDRM) selaku juara bertahan bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026 nanti.

DUNGUN SARONG FUN RUN EDISI KE-4 2026 RAPATKAN JURANG KESIHATAN LUAR BANDAR

Dungun Sarong Fun Run edisi ke-4 2026 yang telah berlangsung pada 6 Jun 2026 berjaya menarik penyertaan seramai 1200 peserta untuk jarak larian sejauh 5km bertempat di Taman Tasik Sura, Dungun.

DUNGUN – Di sebalik kemeriahan larian santai, masih ada dalam kalangan masyarakat luar bandar di daerah ini yang tidak pernah mengetahui status kesihatan sendiri.

Menyedari hakikat itu, Dungun Sarong Fun Run yang kini memasuki edisi keempat tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh apabila bukan sahaja menghimpunkan peserta, malah turut menyediakan akses pemeriksaan kesihatan percuma serta pelbagai perkhidmatan lain kepada komuniti setempat.

Inisiatif berteraskan tanggungjawab sosial itu dilihat mampu membantu merapatkan jurang kesedaran kesihatan, khususnya bagi mereka yang berdepan kekangan akses maklumat dan peluang mendapatkan pemeriksaan awal.

Pengarah pertandingan Amran Abdullah(kiri) bersama ketua teknikal Hamzah Adam yang menjadi tulang belakang penganjuran Dungun Sarong Fun Run.

Menurut pengarah pertandingan Amran Abdullah menjelaskan idea ini tercetus setelah melihat terdapat penyertaan dari golongan warga emas pada edisi-edisi terdahulu di mana rata-rata maklum balas yang diterima ada di antara mereka tidak pernah mengambil tahu status kesihatan mereka sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan.

“Jika dahulu acara larian ini hanya sekadar untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk turut sama merasai pengalaman ini tanpa perlu ke bandar-bandar besar lain, seterusnya bagi edisi kali ini kami dengan kerjasama sebuah klinik melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan lain-lain perkhidmatan khususnya penyampaian maklumat secara terus bagi setiap mereka yang hadir, “ ujar Amran Abdullah selaku pengarah pertandingan Dungun Sarong Fun Run sejak edisi pertama pada 2024.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Klinik Nova memberi tambah nilai bagi penganjuran Dungun Sarong Fun Run 2026.

Tambahnya lagi, melihat beberapa insiden kesihatan yang tidak diingini berlaku dalam beberapa penganjuran sukan sejak kebelakangan ini, melalui pemeriksaan kesihatan ini juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko mahupun status awal kesihatan setiap peserta.

Selain dari pemeriksaan kesihatan, penglibatan beberapa agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS Dungun), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) dan beberapa entiti perkhidmatan lain turut hadir menawarkan perkhidmatan yang selama ini mungkin menjadi halangan berikutan faktor jarak untuk masyarakat luar bandar.

Hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal tajaan oleh Klinik Nova menjadi tumpuan penganjuran Dungun Sarong Fun Run edisi kali ke-4 ini.

Turut berlangsung beberapa acara sampingan yang menyasarkan aktivit bersama keluarga seperti pertandingan mewarna, pertandingan pakaian cilik berhias dan cabutan bertuah yang turut menjadi tumpuan.

Rata-rata peserta mahupun pengunjung memberi reaksi positif di atas usaha ini yang dilihat penganjuran ini bukan hanya acara larian semata-mata.

Kain sarong mahupun kain pelikat yang gayakan oleh setiap peserta menjadi keunikkan Dungun Sarong Fun Run yang kini memasuki edisi ke-4 penganjuran.

“Faktor jarak dan masa sering kali menjadi halangan untuk kami membuat pemeriksaan kesihatan yang tinggal jauh dari bandar Dungun ini. Saya berharap penganjuran ini diteruskan pada tahun tahun seterusnya, bukan hanya untuk saya malah buat mereka semua yang turut hadir dengan keluarga masing-masing,” berkata Zamri Ghani yang hadir sejauh hampir 80km dari Bukit Besi, Dungun.

Dungun Sarong Fun Run edisi kali ke-4 yang telah melabuhkan tirai pada Sabtu lalu juga turut menerima penyertaan seramai 1200 peserta untuk jarak larian sejauh 5km yang bermula di Taman Tasik Sura, Dungun.

PIALA AGONG: TERENGGANU MELANGKAH KE PENENTUAN SUKU AKHIR DENGAN REKOD TANPA KALAH

Kapten pasukan Terengganu, Mohamad Nasharuddin Ismail(memegang bola) di antara watak penting untuk Terengganu melakar rekod tanpa kalah setelah menafikan PDRM berkeputusan 26-25 di padang Pulapol, Kuala Lumpur pada 30 Mei 2026. Kredit Foto – Faiz Azizan/Ragbipadu.

KUALA LUMPUR –Terengganu kini di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini setelah menamatkan aksi peringkat kumpulan A dengan rekod tanpa kalah dan terkini mengesahkan tempat untuk penentuan suku akhir yang dijadualkan bermula pada 13 Jun 2026 nanti.

Terdahulu pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Terengganu hadir selaku pasukan pelawat melakar kemenangan pada minit-minit akhir permainan setelah menewaskan juara bertahan, Polis diRaja Malaysia(PDRM) untuk berkeputusan tipis 26-25 di padang PULAPOL, Kuala Lumpur.

Ketinggalan pada separuh masa pertama berkeputusan 15-13 yang memihak kepada pasukan tuan rumah, memaksa ketua jurulatih Hafiizh Zainal merombak taktikal pasukan dengan melakukan pertukaran beberapa pemain mula memberi tekanan setelah berjaya meraih tambahan 3 mata melalui tendangan penalti di minit ke-43 separuh masa kedua permainan.

Selang lima minit kemudian PDRM kembali mendahului permainan 20-16 setelah mendapat jatuhan try untuk tambahan 5 mata namun keghairahan pasukan tuan rumah mula mencipta kesilapan memberi peluang untuk Terengganu kembali mendahului permainan 26-20.

Tersentak dengan situasi semasa, pasukan tuan rumah yang hadir dengan reputasi selaku penyandang juara musim mula berhempas pulas untuk merapatkan jurang namun hanya mampu menambah 5 mata jatuhan try di minit ke-73 permainan berkeputusan 26-25 memihak kepada Terengganu.

Situasi yang kian tegang di minit-minit akhir permainan yang mampu mengubah keputusan, Terengganu berjaya menyerap tekanan sekaligus menamatkan aksi peringkat kumpulan ini yang hanya berjurangkan 1 mata untuk terus kekal rekod tanpa kalah menewaskan PDRM di laman sendiri.

Hafiizh Zainal yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Terengganu bagi kempen kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 2026. Kredit Foto – Faiz Azizan/Ragbipadu.

“Secara realisitik, bukan laluan mudah untuk Terengganu berbanding musim lalu di mana kita boleh lihat jurang mata kemenangan adalah tipis bagi setiap perlawanan peringkat kumpulan apatah lagi untuk perlawanan hari ini bertemu juara bertahan. Namun keputusan hari ini adalah penting untuk kami melangkah ke penentuan suku akhir nanti.

“Beraksi di penentuan suku akhir adalah episod baru untuk Terengganu di mana kami perlu menanti ke semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir sebelum membuat percaturan baru untuk perlawanan seterusnya. Kami hadir selaku pasukan bukan pilihan untuk musim ini jadi sukar untuk kami meletakkan sebarang sasaran awal kejuaraan kali ini,” ujar ketua jurulatih Terengganu Hafiizh Zainal.

Minggu ke-3 kejuaraan Piala Agong edisi ke-42 ini turut menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berjaya menewaskan Kedah berkeputusan 27-24 di Universiti Utara Malaysia(UUM), Sintok, Kedah. Manakala bagi perlawanan di antara Johor bertemu Negeri Sembilan di Stadium Pasir Gudang, Johor dijadualkan berlangsung pada Ahad jam 0330 petang.

PIALA AGONG: TERENGGANU BANGKIT DI SEPARUH MASA KEDUA UNTUK MENANG DI LAMAN SENDIRI

Pemain scrumhalf Kelantan, Razali Ramlan(jersi merah putih-tiga dari kiri) mengeluarkan bola dari situasi scrum sewaktu aksi bertemu Terengganu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu bagi aksi peringkat kumpulan Piala Agong edisi ke-42 pada 16 Mei 2026.

Terengganu kekal cemerlang untuk melakar kemenangan kedua peringkat kumpulan kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini walaupun ketinggalan separuh masa pertama 28 berbalas 13 yang didominasi sepenuhnya oleh Kelantan selaku pasukan pelawat yang bertandang ke Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Terdahulu sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bersama penyokong memberi penghormatan untuk bertafakur selama seminit bagi memperingati pemain pasukan pelawat, Allahyarham Mohamad Khairul Abdillah Ramli atau lebih dikenali sebagai Myko yang telah meninggal dunia pada 10 Mei lalu.

Kelantan selaku pasukan pelawat yang hadir dengan reputasi besar setelah menewaskan juara bertahan pada perlawanan pembukaan minggu lalu membuat kejutan merobek jentera pertahanan tuan rumah seawal minit pertama untuk 5 mata pertama melalui jatuhan try oleh bekas pemain kebangsaan Mohamad Shah Izwan Nordin dan seterusnya tambahan dua mata melalui tendangan conversion oleh Muhammad Nafis Mohd Salleh sekaligus lengkap 7 mata pertama untuk Kelantan mendahului permainan.

Aksi pemain import Terengganu Waqanibau Vunaki berjaya membuat jatuhan try di minit ke-63 separuh masa kedua perlawanan di laman sendiri bertemu Kelantan bagi aksi peringkat kumpulan kempen Piala Agong edisi ke-42. bertempat di di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 16 Mei 2026.

Keghairahan pasukan pelawat untuk penguasaan padang terhukum setelah 3 mata pertama buat Terengganu berjaya dikutip melalui tendangan penalti oleh pemain fullback Muhammad Faizal Md Tahir.

Walaupun Terengganu berjaya menambah 10 mata lagi namun terpaksa akur kepada Kelantan untuk mendahului separuh masa pertama yang berkeputusan 28-13.

Situasi berbeza untuk babak separuh masa kedua yang memihak kepada Terengganu untuk menyerap tekanan lawan sehinggakan berjaya mendahului permainan 39-36 pada minit ke-63 permainana.

Menambah tekanan buat pasukan pelawat, Kelantan terpaksa beraksi kurang seorang pemain yang dihantar ke luar padang setelah pemain import kelahiran Fiji Ratu Etuate Veidreyaki menerima layangan kad kuning di minit ke-67 sekaligus menghadiahkan tambahan 3 mata melalui tendangan penalti untuk Terengganu meletakkan keputusan semasa yang selesa 42-36 mendahului perlawanan.

Namun Kelantan tidak menunggu masa yang lama untuk merobek jentera pertahanan tuan rumah untuk menambah 7 mata penuh melalui jatuhan try dan tendangan conversion sekaligus tipis mendahului perlawanan 43-42.

Berbaki minit-minit akhir permainan, Terengganu mula mengubah taktikal untuk mendominasi penguasaan bola sehinggakan berjaya menambah 3 mata melalui tendangan penalti untuk menamatkan perlawanan kedua peringkat kumpulan yang berakhir dengan 45-43 memihak kepada tuan rumah.

TFC TUTUP MUSIM DI TANGGA KELIMA, GAGAL ULANGI STATUS PENCABAR UTAMA LIGA SUPER

Tangga ke-5 jadi penutup kempen Terengganu FC akhiri musim 2025/2026. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Terengganu FC (TFC) mengakhiri kempen Liga Super Malaysia 2025/2026 di tangga kelima selepas mengumpul 36 mata hasil 10 kemenangan, enam keputusan seri dan lapan kekalahan daripada 24 perlawanan.

Sepanjang musim, skuad Sang Penyu menjaringkan 39 gol dan dibolosi 34 kali, sekali gus mencatat perbezaan jaringan +5 dalam satu kempen yang menyaksikan prestasi pasukan turun naik sehingga gagal memberi saingan konsisten kepada kelompok atasan liga.

Walaupun berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok lima terbaik, pencapaian itu masih belum memenuhi jangkaan penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan yang meletakkan TFC sebagai antara pasukan yang sepatutnya mampu bersaing sekurang-kurangnya untuk kedudukan empat terbaik.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, Terengganu sering dikenali sebagai pencabar utama Liga Super serta pasukan yang mampu memberi tekanan kepada kelompok teratas. Namun musim 2025/2026 memperlihatkan mereka bergelut mengekalkan rentak kemenangan, terutama ketika berdepan pasukan-pasukan pencabar langsung.

Daripada 24 aksi liga, TFC hanya mencatat 10 kemenangan dengan kadar kemenangan sekitar 42 peratus, manakala lapan kekalahan menjadi antara faktor utama yang menjejaskan peluang mereka memperbaiki kedudukan liga.

Aspek pertahanan turut menjadi antara cabaran utama apabila pasukan melepaskan 34 gol sepanjang musim. Walaupun jentera serangan masih mampu menghasilkan purata lebih satu gol setiap perlawanan, kelemahan mempertahankan kelebihan dalam beberapa aksi penting menyebabkan mata berharga tercicir.

Jika dibandingkan dengan reputasi yang dibina sejak beberapa musim lalu, kempen kali ini boleh dianggap sebagai satu langkah ke belakang. Kedudukan kelima sememangnya masih kompetitif, namun belum cukup untuk mencerminkan potensi sebenar sebuah pasukan yang pernah dilihat sebagai pencabar tetap kelompok tiga terbaik Liga Super.

TFC AKHIRI KEMPEN LIGA SUPER 2025/2026 DENGAN KEMENANGAN KE ATAS SABAH FC

Pemain Terengganu FC bersama penyokong yang sanggup hadir ke Stadium Likas untuk perlawanan terakhir bagi kempen kempen Liga Super Malaysia 2025/2026. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

KOTA KINABALU – Terengganu FC (TFC) menamatkan saingan Liga Super Malaysia 2025/2026 dengan kemenangan 1-0 ke atas Sabah FC di Stadium Likas, namun keputusan itu tidak banyak mengubah penilaian terhadap keseluruhan kempen yang disifatkan kurang memuaskan berbanding musim-musim terdahulu.

Tiga mata yang diraih dalam aksi terakhir sekadar menjadi penutup kepada satu musim yang menyaksikan Sang Penyu gagal mengekalkan momentum sebagai pencabar kelompok atasan Liga Super.

Berbanding musim 2024/2025 yang menyaksikan TFC menamatkan saingan liga di tangga kelima selain mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pencapaian musim ini dilihat tidak memenuhi jangkaan apabila pasukan bergelut mengekalkan konsistensi sepanjang saingan.

Beberapa keputusan yang tercicir, perubahan dalam barisan kejurulatihan serta prestasi yang turun naik menyaksikan TFC gagal memberi tekanan berterusan kepada kelompok pendahulu liga, sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk memperbaiki kedudukan pada penghujung musim.

Walaupun aksi terakhir di Kota Kinabalu berakhir dengan kemenangan, keputusan itu lebih bersifat suntikan moral menjelang musim baharu berbanding mampu mengubah gambaran keseluruhan kempen 2025/2026.

PIALA AGONG: MISI TERENGGANU UNTUK MENANG DI LAMAN SENDIRI

Pasukan ragbi 15 sepasukan Terengganu kini giat membuat persediaan untuk perlawanan pertama di laman sendiri pada Sabtu ini bertemu Kelantan bagi aksi kedua peringkat kumpulan Piala Agong edisi ke-42 musim ini. Kredit Foto – PenyuSukan

Momentum kemenangan pertama di tempat lawan minggu lalu tidak menjamin laluan mudah buat Terengganu apabila mereka bakal berdepan cabaran lebih besar menentang Kelantan dalam aksi kedua peringkat kumpulan Piala Agong di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu pada Sabtu ini.

Kelantan hadir dengan reputasi besar selepas mencipta kejutan menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM), juara bertahan tiga musim berturut-turut, dengan keputusan 26-24 pada perlawanan pembukaan. Kejayaan itu meletakkan pasukan pelawat sebagai pencabar utama dalam kumpulan B.

Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal, mengakui kemenangan tipis minggu lalu tidak cukup meyakinkan kerana masih banyak kesilapan mudah dilakukan pemain. Beliau menekankan aspek komunikasi dan disiplin pasukan sebagai fokus utama latihan menjelang perlawanan pertama di laman sendiri musim ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal(tengah) kini dalam misi untuk memburu kemenangan kedua kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini untuk bertemu Kelantan pada Sabtu ini bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Kredit Foto – PenyuSukan

“Selaku tuan rumah, tekanan semakin bertambah selepas Kelantan menewaskan juara bertahan. Namun misi kami tetap jelas — untuk menang di laman sendiri,” kata Hafiizh yang pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di pentas Piala Agong.

Setakat ini, Terengganu dan Kelantan berkongsi tiga mata di tangga teratas kumpulan B, manakala Wilayah Kuala Lumpur di tempat ketiga dan PDRM di kedudukan terakhir. Dalam kumpulan A pula, Johor dan Negeri Sembilan sama-sama mengutip tiga mata untuk berada di puncak, diikuti ATM, Kedah dan Putrajaya.

PIALA AGONG: TERENGGANU RAIH KEMENANGAN PENUH DRAMATIK BUKA TIRAI MUSIM INI

Bekas pemain kebangsaan Mohd Syahir Asraf Rosli menghadiahkan 5 mata buat Terengganu melalui jatuhan try pada separuh masa pertama perlawanan bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sewaktu perlawanan pembukaan kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 bertempat di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 9 Mei 2026.

PETALING JAYA – Terengganu membuka tirai Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 dengan penuh dramatik apabila menewaskan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 25-24 dalam aksi sengit di Padang Astaka, Petaling Jaya, semalam.

Perlawanan bermula dengan penuh intensiti apabila Kuala Lumpur terlebih dahulu menghukum kesilapan lawan. Pemain import, Qio Tuilekutu, menyempurnakan sepakan penalti seawal minit kedua untuk memberikan kelebihan awal 3-0 kepada tuan rumah. Namun, Terengganu pantas bangkit apabila fullback Muhammad Faizal Md Tahir melakukan try di penjuru padang sebelum menambah conversion bagi mengubah kedudukan 7-3.

Momentum kembali berpihak kepada Kuala Lumpur yang mempamerkan aksi bertenaga. Mereka menambah satu try dan conversion pada minit ke-21 untuk mendahului 13-7. Terengganu bagaimanapun tidak mudah mengalah, terus memberi tekanan dan merapatkan jurang melalui sepakan penalti Faizal. Pasukan pantai timur itu menutup separuh masa pertama dengan kelebihan tipis 17-16 selepas menambah satu lagi try.

Danish Rafiqin Abdul Qayyum(dua dari kanan) watak penting untuk memastikan Terengganu meraih kemenangan pertama pada perlawanan pembukaan Piala Agong edisi ke-42 musim ini setelah berjaya menambah 5 mata pada minit-minit akhir untuk menafikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkeputusan tipis 25-24 di Padang Astaka, Petaling jaya pada 9 Mei 2026.

Babak kedua berlangsung lebih tegang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Beberapa percubaan gagal disempurnakan dengan baik, namun suasana semakin panas apabila Kuala Lumpur terpaksa beraksi dengan 14 pemain selepas pemain gantian import, Waisake Maseikula, dilayangkan kad kuning pada minit ke-46. Walaupun memiliki kelebihan pemain, Terengganu hanya menambah tiga mata melalui sepakan penalti pada minit ke-56 untuk mengekalkan kedudukan tipis.

Drama memuncak di penghujung perlawanan apabila Kuala Lumpur kembali mendahului hasil sepakan penalti dan try. Ketika seolah-olah kemenangan bakal berpihak kepada tuan rumah, Terengganu melancarkan serangan balas pantas. Hooker Danish Rafiqin Abdul Qayyum muncul wira apabila menyudahkan try kemenangan yang memastikan Terengganu membawa pulang kemenangan dramatik 25-24.

Kejayaan itu bukan sahaja memberi suntikan semangat kepada skuad Terengganu, malah menandakan permulaan yang positif dalam misi mereka di edisi kali ini. Terengganu seterusnya akan menentang Kelantan di gelanggang sendiri pada 16 Mei bagi aksi kedua peringkat kumpulan, yang dijangka turut menjanjikan saingan sengit.

PEMAIN RAGBI TERENGGANU DILINDUNGI INSURANS SECARA INDIVIDU

Majlis ringkas menandatangi kontrak pemain ragbi Terengganu yang telah berlangsung di Kompleks Sukan IJM-COBRA, Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) tampil dengan pendekatan baharu musim ini apabila memperkenalkan perlindungan insurans individu untuk pemain tempatan serta dasar kontrak lebih telus.

Langkah itu dilihat sebagai usaha meningkatkan profesionalisme skuad Terengganu yang kini bersaing dalam Piala Agong edisi ke-42.

Pengurus pasukan, Mohd Haqiuddin Ali Rabu, berkata perlindungan insurans sebelum ini dibuat secara berkumpulan, namun kini setiap pemain tempatan menerima perlindungan individu. Pemain import pula masih berada di bawah skim berkumpulan kerana syarat tertentu ditetapkan pihak insurans.

Bekas kapten pasukan kebangsaan, Mohammad Nasharuddin Ismail(dua dari kiri) bersama pengurus pasukan Mohd Haqiuddin Ali Rabu (tiga dari kiri) bersama pengurusan tertingga Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang kini dalam misi untuk membantu Terengganu memburu kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 yang bermula pada Sabtu(9 Mei 2026)

“Walaupun perlindungan individu hanya melibatkan pemain tempatan, ia tetap menjadi permulaan baik dan penambahbaikan positif buat pasukan musim ini,” katanya.

Selain itu, PRNT turut mengamalkan dasar kontrak lebih terbuka dengan memberi ruang kepada pemain memahami kandungan perjanjian sebelum menandatangani.

Bekas kapten kebangsaan, Mohammad Nasharudin Ismail, menyifatkan langkah telus itu mampu mewujudkan suasana positif dalam pasukan. “Apabila pemain memahami isi kandungan kontrak masing-masing dan pengurusan pula bersikap terbuka, ia dapat meningkatkan semangat berpasukan,” ujarnya.

Terengganu membuka kempen Piala Agong musim ini dengan aksi menentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Astaka, Petaling Jaya, petang ini.

PIALA AGONG: TERENGGANU SEDIA HADAPI CUACA TIDAK MENENTU UNTUK PERLAWANAN PEMBUKAAN MUSIM

Pasukan ragbi Terengganu yang tiba lebih awal menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan pertama di tempat lawan bertemu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadualkan pada Sabtu 9 Mei 2026 bertempat di Padang Utara, Petaling Jaya.

Saingan Kejuaraan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini membuka tirainya Sabtu ini dengan pertemuan antara Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Aksi pembukaan itu menyaksikan Terengganu turun sebagai pasukan pelawat dengan persiapan rapi bagi menghadapi cabaran pertama musim ini yang dijadualkan bermula jam 3.30 petang.

Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal yang merupakan bekas pemain kebangsaan menegaskan bahawa pasukannya tidak akan mengambil mudah cabaran Kuala Lumpur meskipun berhasrat untuk memulakan musim dengan kemenangan.

Foto – KETUA jurulatih Hafiizh Zainal yang turut dibantu oleh Syamsuri Ab Talib(kanan) dan Muhammad Syafiq Mohd Zaiki mengendalikan skuad Terengganu untuk musim ini bagi memburu kejuaraan ragbi Piala Agong Edisi Ke-42.

“Setiap pasukan mahu memulakan musim dengan kemenangan dan kami juga mempunyai sasaran yang sama walaupun beraksi di tempat lawan.

“Tiada masalah untuk bermain dalam hujan lebat, namun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, saya mahu pemain kekal fokus dan mengelakkan kesilapan mudah di atas padang,” katanya.

Menurut Hafiizh, yang pernah beraksi bersama Terengganu sebelum ini, setiap pasukan yang bertanding musim ini dijangka lebih bersedia berbanding musim lalu, sekali gus menjadikan saingan lebih kompetitif.

Beliau turut menegaskan bahawa Terengganu tidak sesekali akan memandang rendah mana-mana pasukan lawan dalam usaha memburu kejayaan musim ini.

Untuk rekod, pada musim lalu di peringkat kumpulan, Terengganu yang beraksi di laman sendiri mencatat kemenangan besar 49-11 ke atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

TFC DIMALUKAN IMIGRESEN DI KUALA TERENGGANU

Kekalahan kedua berturut-turut tersebut menyaksikan kedudukan skuad Sang Penyu di tempat kelima kini mula goyah hanya dibezakan dua mata dengan Imigresen FC yang berada di tangga keenam. Kredit Foto – Facebook.com/footballclubterengganu

Kuala Terengganu – Terengganu FC (TFC) dikejutkan dengan kekalahan memalukan apabila tunduk 1–3 kepada pasukan pendatang baru, Imigresen FC, dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Gol pembukaan pelawat hadir seawal minit ke‑12, menambah tekanan kepada skuad tuan rumah yang gagal menemui rentak. Walaupun TFC sempat merapatkan jurang melalui jaringan tunggal mereka pada babak kedua, Imigresen FC terus menguasai permainan dan menambah dua gol lagi untuk memastikan kemenangan bergaya di hadapan ribuan penyokong Terengganu.

Kekalahan ini menimbulkan kekecewaan besar buat penyokong setia TFC yang memenuhi stadium, dengan ramai menganggap prestasi pasukan tidak konsisten menjelang penghujung musim.

Perlawanan ini juga merupakan aksi ke‑23 Liga Super buat TFC musim 2025/2026, hanya seminggu sebelum mereka menutup tirai liga menentang Sabah FC pada 15 Mei 2026.

HIPERSIS 7S PENTAS PEMAIN RAGBI BAWAH 12 TAHUN BERSTATUS KEBANGSAAN

Kejohanan ragbi 7 sepasukan HIPERSIS 7s yang mempertaruhkan penyertaan peringkat usia di bawah 12 tahun berjaya menarik penyertaan 32 pasukan termasuk pasukan dari beberapa negeri lain untuk berkampung selama dua hari di Kemaman, Terengganu.

KEMAMAN – Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail mencipta penanda aras tersendiri setelah berjaya menganjurkan kejohanan ragbi berstatus kebangsaan yang menerima penyertaan termasuk dari negeri sejauh Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan menghimpunkan sebanyak 32 pasukan keseluruhan.

Kejohanan yang dijenamakan semperna singkatan nama sekolah ini, HIPERSIS 7s yang mempertaruhkan format pertandingan 7 sepasukan menyasarkan penyertaan peringkat umur di bawah 12 tahun berlangsung selama dua hari bermula pada 1 Mei lalu bertempat di Kolej Universiti TATI(UC TATI) yang menjadi venue rasmi penganjurang edisi sulung ini.

Penaung kejohanan HIPERSIS 7s, Mohd Nasir Mat Omar yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu.

Penanung kejohanan, Mohd Nasir Mat Omar melihat penganjuran ini memberi ruang dan peluang buat setiap pasukan bertanding yang rata-rata kini dalam persiapan ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah(MSS) di negeri masing-masing termasuk pasukan tuan rumah untuk menghadapi kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSS) di Perak pada September depan.

“Selama ini, ketiadaan kejohanan khusus untuk peringkat sekolah rendah menyebabkan pasukan terutama dari Pantai Timur terpaksa ke negeri lain bagi mendapatkan pendedahan.

“Justeru, kami sebagai warga pendidik di Kemaman mengambil langkah menganjurkan kejohanan ini bagi memperkukuh pembangunan ragbi di peringkat akar umbi.

Ibu bapa turut sama hadir ke tepi padang untuk memberi sokongan sewaktu kejohanan ragbi HIPERSIS 7s 2026 di Kolej Universiti TATI(UC TATI), Kemaman.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan, malah kehadiran pasukan dari luar Terengganu melebihi jangkaan dan memberi petanda positif untuk diteruskan pada masa akan datang,” katanya yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman.

Sementara itu, Pengurus Akademi Ragbi Mersing (ARMERS), Muhammad Aliff Haikal Zaidi menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai peluang penting buat pasukannya yang masih baharu sejak ditubuhkan pada 2023 untuk menimba pengalaman dalam suasana kompetitif.

Aksi pasukan ARMERS(jersi hijau) bertemu Sertak Tigers bagi perebutan juara Plate HIPERSIS 7s 2026 yang telah berlangsung di Kolej Universiti TATI(UC TATI), Kemaman pada 2 Mei 2026.

“ Rata-rata dalam mana-mana kejohanan dalam negara jarang mempertaruhkan kategori peringkat usia bawah 12 tahun walaupun sebenarnya terdapat banyak pasukan-pasukan ragbi peringkat usia ini yang sebenarnya lahir dari sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

“Oleh sebab itu kami sanggup menempuh perjalanan jauh untuk berentap di sini,” katanya.

Pemain pasukan Chalok Cobra(kanan) cuba melepasi pemain Pandan Eagle sewaktu perlawanan peringkat awal yang telah berlangsung di Kolej Universiti TATI(UC TATI), Kemaman pada 1 Mei 2026.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 1 Mei itu turut melibatkan kategori wanita dengan penyertaan 10 pasukan, sekali gus menjadikan keseluruhan 32 pasukan bersaing merebut kejuaraan di Kemaman.

TFC GAGAL PERTAHANKAN JARINGAN AWAL

KUCHING – Terengganu FC (TFC) terus bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila tewas 1–2 kepada Kuching City FC dalam aksi Liga Super Malaysia pusingan ke‑22 di Stadium Negeri.

Skuad Sang Penyu bermula garang dengan jaringan awal menerusi tandukan Shervoni Mabatshoev pada minit ke‑12, namun kelebihan itu tidak bertahan lama. Kuching City bangkit selepas rehat, menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti Ronald Ngah Wanja pada minit ke‑64 selepas semakan VAR mengesahkan kekasaran dalam kotak penalti. Gol kemenangan hadir pada minit ke‑80 apabila pemain gantian Jerome Mpacko melepaskan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol TFC.

Kekalahan ini menyaksikan TFC kekal di pertengahan carta liga, gagal memanfaatkan peluang untuk memperbaiki kedudukan menjelang penghujung musim. Sebaliknya, Kuching City melonjak ke tangga kedua liga, mengukuhkan reputasi sebagai pencabar utama di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terus mendominasi di puncak.

Dengan hanya dua perlawanan berbaki, TFC kini berdepan tekanan besar untuk menutup musim dengan lebih bermaruah. Fokus seterusnya terarah kepada aksi menentang Imigresen FC pada 8 Mei di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di mana skuad Sang Penyu perlu bangkit bagi mengembalikan keyakinan penyokong sebelum menamatkan musim menentang Sabah FC pada 15 Mei.

TFC GAGAL PERTAHANKAN DUA GOL AWAL

Kuala Terengganu – Terengganu FC (TFC) gagal mempertahankan kelebihan dua gol awal apabila sekadar seri 2–2 menentang Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super Malaysia pusingan ke‑21 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Skuad Sang Penyu bermula garang dengan jaringan Yann Mabella pada minit ke‑16 hasil hantaran Gervane Kastaneer, sebelum Careca menambah gol kedua pada minit ke‑33. Stadium bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah yang menyangka kemenangan hampir pasti.

Namun, Negeri Sembilan bangkit selepas rehat. Joseph Esso menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke‑78 untuk merapatkan jurang, sebelum sekali lagi meledak gol penyamaan pada minit ke‑82 hasil umpanan Mio Tsuneyasu.

Keputusan ini menyaksikan TFC kekal di pertengahan carta liga dengan 36 mata, gagal memanfaatkan peluang untuk merapatkan jurang dengan kelompok teratas. Negeri Sembilan pula menambah satu mata berharga untuk mengekalkan kedudukan selesa di bahagian tengah liga.

Dengan hanya tiga perlawanan berbaki, TFC perlu segera memperbaiki prestasi jika mahu menutup musim dengan lebih bermaruah. Fokus kini terarah kepada perlawanan seterusnya menentang Kuching City FC di Stadium Negeri pada 1 Mei 2026, yang bakal menjadi ujian penting buat skuad Sang Penyu untuk membuktikan kemampuan mereka di gelanggang lawan.

KOMPLEKS SUKAN AIR TERENGGANU PACU PEMBANGUNAN SUKAN AIR

Sukan air antara sebahagian dari 29 acara penganjuran Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang baru siap dibina pada awal tahun ini kini menjadi tumpuan baharu sukan air di negeri pantai timur ini sekaligus menjadi pemangkin bagi penggiat-penggiat sukan air mahupun untuk manfaat bersama di kalangan komuniti setempat untuk turut sama memanfaatkan kemudahan awam ini.

Terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menjadi lokasi strategik yang tidak jauh dari bandaraya Kuala Terengganu turut dilihat memberi nilai tambah pada kompleks yang bernilai lebih RM 10 juta ini untuk menjadi venue pilihan yang memerlukan sokongan kemudahan logistik mahupun bersedia untuk menerima jumlah kehadiran yang besar bagi sesuatu penganjuran.

Fasiliti Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang baru siap dibina pada tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat kegiatan sukan air di negeri pantai timur ini.

Karnival Fiesta Rakan Muda 2026 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 16 April 2026 lalu menjadi penganjuran sulung yang berlangsung di kompleks ini yang turut dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari.

“Kemudahan di kompleks sukan air ini tidak hanya terhad atau ekslusif pada pihak-pihak tertentu sahaja di mana seharusnya dimanfaatkan bersama termasuk komuniti setempat untuk turut sama bersukan mahupun berekreasi.

“Sudah tentu dengan kemudahan tersedia ada ini memberi akses yang lebih mudah buat pemegang-pemegang taruh sukan air untuk memperkasakan program pembangunan akar umbi sukan ini sekaligus merapatkan jurang buat mereka yang pertama kali ingin menceburi sukan ini dengan lebih yakin,” ujar Dr. Mohammed Taufiq Johari sewaktu merasmikan kompleks sukan ini.

Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang siap dibina pada Januari 2026 terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu merupakan fasiliti yang diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu ini mampu untuk menjadi venue bagi pelbagai acara sukan mahupun komuniti.

Pengunjung turut meyahut cabaran kecergasan yang menjadi salah satu dari 29 pengisian program Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026 yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Pelbagai acara sampingan yang turut berlangsung semperna Fiesta Rakan Muda 2026 peringkat negeri Terengganu di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu(KOMSAT) yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Perkembangan ini turut disambut positif oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu(JBSNT Terengganu) Asmadi Mohamad yang melihat fasiliti infrastruktur ini juga dapat memperkasakan sebarang program Rakan Muda yang menjadi kerangka pembangunan belia sejajar dengan hasrat di peringkat kementerian.

“Semperna dengan penganjuran Fiesta Rakan Muda yang menghimpunkan 29 acara sekaligus merangkumi 10 gaya hidup program Rakan Muda ini, kita boleh lihat kompleks sukan ini tidak hanya menjadi venue penganjuran sukan malah boleh dimanfaatkan untuk pelbagai program yang menjadi nilai tambah pada kompleks sukan ini. Oleh itu kami mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjadi venue ini sebagai lokasi penganjuran program mereka,” berkata Asmadi Mohamad.

Selain kemudahan jeti, kompleks ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan hangar penyimpanan peralatan sukan, bilik mesyuarat dan lain-lain kemudahan berkaitan yang bersedia untuk menjadikan kompleks ini sebagai venue pertandingan mahupun lain-lain program bagi sesuatu penganjuran.

TFC KEJUTKAN JDT DENGAN KEPUTUSAN SERI 1–1

JOHOR BAHRU – Terengganu FC (TFC) mencatat keputusan seri 1–1 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super Malaysia pusingan ke‑19 di Stadium Sultan Ibrahim.

TFC yang hadir sebagai pelawat tampil berdisiplin di bahagian pertahanan dan berjaya mencuri gol pembukaan pada babak pertama hasil gerakan pantas serangan balas.

Namun, JDT yang menguasai sebahagian besar permainan akhirnya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua melalui jaringan penyerang import mereka.

Kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata, tetapi keputusan ini lebih bermakna buat TFC kerana berjaya mengekang dominasi juara bertahan di gelanggang keramat mereka.

Keputusan seri ini tidak menjejaskan kedudukan JDT yang kekal di puncak carta liga dengan kelebihan selesa.

TFC pula berada di pertengahan liga, bergelut dengan konsistensi tetapi seri di Johor Bahru memberi suntikan moral penting menjelang baki lima perlawanan terakhir musim 2025/2026. Skuad Sang Penyu kini perlu memanfaatkan momentum ini untuk mengutip kemenangan apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi seterusnya.

CEO TFC BERUNDUR SEBELUM TAMAT MUSIM

Terengganu FC (TFC) berdepan perubahan besar dalam pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al‑Bajrai, mengumumkan peletakan jawatan sebelum saingan Liga Malaysia musim ini melabuhkan tirainya.

Pengumuman rasmi itu dibuat melalui kenyataan media kelab, dengan menegaskan keputusan berkenaan diambil bagi memberi ruang kepada beliau meneruskan peluang baharu dalam kerjaya. Sheikh Farouk yang mula memegang jawatan pada Julai 2025 memainkan peranan penting memperkukuh struktur pengurusan dan pembangunan kelab sepanjang lapan bulan perkhidmatannya.

Pihak pengurusan TFC merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan beliau, termasuk usaha memperkukuh kelab di dalam dan luar padang. Sheikh Farouk turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TFC serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan, sambil mendoakan kejayaan berterusan buat pasukan.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Malaysian Employers Federation dan AEON BiG, selain terlibat dalam dunia sukan sebagai Pengerusi Impact Integrated di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

TFC TUMBANGKAN KELANTAN TRW 2–0 DI SELAYANG

Terengganu FC (TFC) terus membuktikan kekuatan mereka apabila menundukkan Kelantan The Real Warriors (KTRW) 2–0 dalam aksi Liga Super Malaysia pusingan ke‑14 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Walaupun beraksi tanpa empat tonggak utama termasuk Akhyar Rashid dan Shahrul Nizam, skuad Sang Penyu tetap tampil dominan sepanjang perlawanan. Gol pertama hadir pada minit ke‑58 melalui penyudah kemas Gervane Kastaneer selepas menerima hantaran cantik daripada Raianderson da Costa Morais. Kemenangan disahkan pada masa tambahan apabila Shervoni Mabatshoev menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua TFC.

Pemangku ketua jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan, mengakui separuh masa pertama agak perlahan tetapi memuji semangat pemain simpanan yang tampil menggantikan tonggak utama. Beliau menegaskan ketiadaan beberapa pemain tidak menjejaskan karakter pasukan, malah kemenangan ini membuktikan keupayaan taktikal TFC untuk menyesuaikan diri dengan cabaran besar.

Dengan kemenangan ini, TFC melonjak ke tangga kelima Liga Super dengan 31 mata, mengekalkan momentum positif menjelang baki saingan musim. Kelantan TRW pula kekal di kedudukan ke‑11 dengan 15 mata, terus bergelut di zon bawahan liga.

KL CITY SEKALI LAGI BENAM TFC 1–0

KUALA NERUS – Kuala Lumpur City FC (KL City) sekali lagi menjadi mimpi buruk buat Terengganu FC (TFC) apabila menewaskan tuan rumah 1–0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import Sepanyol, Antonio Gomes, pada minit ke‑62 selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan TFC. Jaringan itu sudah cukup untuk memastikan KL City membawa pulang tiga mata penuh, mengulangi episod duka buat TFC yang turut tewas dengan keputusan sama pada pusingan pertama di Kuala Lumpur.

TFC sebenarnya hampir mendahului pada minit ke‑32 apabila Gervane Kastaneer menyudahkan hantaran Akhyar Rashid, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran oleh Shahrul Nizam terhadap Josue sebelum bola masuk ke gawang.

Memasuki babak kedua, KL City kendalian Risto Vidakovic terus memberi tekanan berterusan, namun beberapa percubaan berjaya dipatahkan penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Husin. Benteng tuan rumah akhirnya bocor apabila Gomes tenang menyudahkan peluang dengan sepakan leret yang menewaskan Suhaimi.

Kekalahan ini mengekalkan TFC di pertengahan carta liga, masih bergelut dengan konsistensi prestasi musim 2025/2026. KL City pula melonjak kedudukan dengan kemenangan berganda ke atas Sang Penyu, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai pencabar yang sukar ditewaskan.

EAST COAST RUGBY REVIVED THROUGH UMT ANNIVERSARY

The host team Stingrays RC (in purple jerseys) attempts to break through the defense of Politeknik Malaysia Kota Bharu during a group stage match at the UMT 25th Anniversary Rugby Tournament, held at the Tengku Muhammad Ismail Sports Complex UMT, Kuala Nerus, Terengganu.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) celebrated its 25th anniversary in a distinctive way by hosting its first-ever university rugby tournament, organized entirely by students from local institutions of higher learning.

The one-day event at the Tengku Muhammad Ismail Sports Complex featured eight invited teams competing in 20 matches.

Universiti Malaysia Kelantan (in red jerseys) was among the visiting teams from outside Terengganu that joined the competition, adding intensity to the UMT 25th Anniversary Rugby Tournament at the Tengku Muhammad Ismail Sports Complex.

The initiative set a new benchmark for the UMT Student Representative Council (MPP), supported by the university’s Sports & Recreation Centre, in proving their ability to deliver a tournament on par with external organizers.

Tournament director Nurul Syazwani Norazman, a Bachelor of Tourism Management student, described the experience as a turning point.

Tournament director Nurul Syazwani Norazman (center), a second-year Bachelor of Tourism Management student, together with fellow committee members who successfully managed the inaugural UMT 25th Anniversary Rugby Tournament.

“This is a new experience for us as organizers, having previously only participated as players. Although we started with eight invited teams, the inclusion of squads from Pahang and Kelantan raised the bar. With the positive feedback received, we are confident about staging a larger tournament later this year,” she said.

The event also provided valuable match time for Stingrays RC, UMT’s sole rugby club, helping the team maintain competitive momentum.

KPTM Bullets RC (in yellow jerseys) battles against Thunder UCTATI RC during the group stage of the UMT 25th Anniversary Rugby Tournament at the Tengku Muhammad Ismail Sports Complex, Kuala Nerus.

Meanwhile, Mohd Ad Deen Al Haj Zulkefly, team manager of KPTM Bullets RC from Kuantan, emphasized the importance of making the tournament an annual fixture due to the scarcity of rugby competitions in the East Coast.

“We were willing to travel from Kuantan because rugby events are rare in this region. Despite being organized entirely by UMT students with no prior technical experience, they executed it flawlessly. Credit must go to their efforts, and we hope this becomes a yearly event, with categories for IPT and women’s rugby introduced,” said Mohd Ad Deen, who also serves as an academic and examinations officer.

In the inaugural edition, Tuetowear RC emerged champions after defeating IPG KB from Kelantan with a commanding 30–0 victory. The host team, Stingrays RC, finished as Plate runners-up after falling 5–21 to Dungun Rugby.

8 PASUKAN PANTAI TIMUR BURU KEJUARAAN RAGBI ULANG TAHUN UMT KE-25

Aksi pasukan UMT Stingrays Rugby Club(jersi ungu) bertemu pasukan Politeknik Malaysia Kota Bharu dari Kelantan sewaktu Kejohanan Ragbi Sambutan 25 Tahun UMT yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT pada 14 Februari 2026.

Sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diserikan dengan pendekatan berbeza apabila institusi pengajian ini buat julung kalinya menganjurkan kejohanan ragbi yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar.

Kejohanan yang telah berlangsung sehari di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail di universiti ini berjaya menarik penyertaan sebanyak lapan pasukan jemputan untuk berentap dalam 20 perlawanan keseluruhan yang dipertandingkan.

UMT Stingrays Rugby Club(Stingrays RC) merupakan pasukan ragbi dari Universiti Malaysia Terengganu.

Penganjuran yang mencipta prestij tersendiri ini diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang turut mendapat sokongan daripada Pusat Sukan & Rekreasi HEPA UMT selaku pemegang taruh utama bagi setiap aktiviti-aktiviti pelajar.

Lebih signifikan, kejohanan ini menjadi penanda aras buat pelajar-pelajar yang sebelum ini hanya terlibat sebagai pemain, namun kini menggalas tanggungjawab sebagai pengelola pertandingan.

Pengarah pertandingan Nurul Syazwani Norazman(tengah) yang juga merupakan pelajar tahun dua Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di universiti ini bersama rakan-rakan lain yang juga merupakan jawatankuasa penganjuran edisi sulung Kejohanan Ragbi Sambutan 25 Tahun UMT yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT pada 14 Februari 2026.

Pengarah pertandingan, Nurul Syazwani Norazman berkata, pengalaman tersebut membuka dimensi baharu kepada mahasiswa UMT dalam aspek pengurusan acara sukan.

“Sebelum ini kami hadir sebagai pasukan bertanding sahaja. Kali ini kami diberi peluang menguruskan keseluruhan kejohanan. Walaupun bermula dengan lapan pasukan jemputan, penyertaan pasukan dari Pahang dan Kelantan memberi penanda aras yang baik kepada kami sebagai penganjur,” katanya.

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan itu lagi, maklum balas positif yang diterima membuka ruang untuk penganjuran berskala lebih besar pada pertengahan tahun ini.

Dalam masa sama, kejohanan tersebut turut memberi manfaat kepada Stingrays RC, satu-satunya kelab ragbi di UMT, untuk menambah minit permainan kompetitif bagi mengekalkan momentum dan tahap prestasi pasukan.

KPTM Bullets RC(jersi kuning) dari Kuantan, Pahang cuba melepasi halangan pemain Thunder UCTATI RC dari Kemaman, Terengganu sewaktu Kejohanan Ragbi Sambutan 25 Tahun UMT yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT pada 14 Februari 2026.

Sementara itu, Pengurus KPTM Bullets RC, Mohd Ad Deen Al Haj Zulkefly menyifatkan inisiatif UMT sebagai langkah yang wajar diteruskan secara tahunan, khususnya bagi merancakkan lagi kalendar ragbi di Pantai Timur.

“Kami sanggup datang dari Kuantan kerana kekurangan kejohanan di negeri-negeri Pantai Timur. Selama ini kami terpaksa mencari perlawanan di Pantai Barat atau selatan tanah air.

“Walaupun dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar yang tidak pernah terlibat dalam aspek teknikal sebelum ini, penganjuran hari ini berjalan lancar tanpa masalah. Kredit harus diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau yang juga pegawai akademik dan peperiksaan berharap kejohanan akan datang dapat memperkenalkan kategori institusi pengajian tinggi (IPT) serta wanita, memandangkan kebanyakan pasukan yang bertanding mewakili IPT dan mempunyai skuad wanita.

Pasukan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) berjersi merah bertemu KPTM Bullets RC dari Kuantan, Pahang sewaktu Kejohanan Ragbi Sambutan 25 Tahun UMT yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT pada 14 Februari 2026.

Dalam edisi sulung itu, Tuetowear RC muncul juara selepas menewaskan IPG KB dari Kelantan 30-0 pada perlawanan akhir. Pasukan tuan rumah, Stingrays RC pula menamatkan saingan sebagai naib juara Plate selepas tewas 5-21 kepada Dungun Rugby.

TFC GAGAL MANFAATKAN KELEBIHAN LAMAN SENDIRI

Harapan Terengganu FC (TFC) untuk meraih kemenangan penuh di laman sendiri tidak kesampaian apabila Selangor FC bangkit menyamakan kedudukan 1–1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Gol pembukaan hadir pada minit ke‑41 apabila Careca menyudahkan hantaran Ehson Panjshanbe dengan rembatan deras, sekali gus menceriakan ribuan penyokong Sang Penyu. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila kapten Selangor, Faisal Halim, mempamerkan kelicikan dengan memperdaya dua pertahanan TFC sebelum meledak gol penyamaan pada minit ke‑52.

TFC sebenarnya berpeluang mendahului lebih awal selepas jaringan Akhyar Rashid pada minit ke‑20 dibatalkan pengadil susulan semakan VAR yang mendapati berlaku kekasaran oleh Shahrul Nizam terhadap Josue. Penyerang baharu, Gervane Kastaneer, turut hampir mencipta nama apabila rembatan kencangnya terkena tiang pada minit ke‑32.

Walaupun Selangor terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Hugo Boumous dilayangkan kad merah pada minit ke‑73, TFC gagal memanfaatkan kelebihan tersebut. Keputusan seri ini menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, dengan TFC kekal bergelut mencari konsistensi di pertengahan carta liga.

TENGKU HAZMAN KEKAL SEBAGAI PENGENDALI SEMENTARA

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) bakal menamakan ketua jurulatih baharu sebaik sahaja segala urusan dokumentasi selesai, kata Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk melantik pengendali baharu sudah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah TFC dan jawatankuasa teknikal kelab, namun proses pelepasan daripada majikan jurulatih berkenaan masih belum dimuktamadkan.

“Segala urusan di pihak kami sudah selesai, cuma jurulatih itu perlu menunggu surat pelepasan daripada majikannya. Buat masa ini, Tengku Hazman Raja Hassan akan terus menggalas tugas sebagai jurulatih sementara,” katanya ketika ditemui pada satu majlis rasmi di Kuala Terengganu.

Hishamuddin turut menegaskan bahawa calon jurulatih baharu boleh jadi dari kalangan tempatan atau import, bergantung kepada kesesuaian dengan pasukan serta kemampuan dari segi bayaran gaji. Nama bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, turut disebut sebagai antara calon, namun beliau masih terikat dengan majikan.

Sebelum ini, lima nama dikaitkan dengan kerusi panas TFC iaitu Tan Cheng Hoe, Nafuzi Zain, E. Elavarasan, Hairuddin Omar dan Tengku Hazman sendiri. Jurulatih terdahulu, Badrul Afzan Razali, direhatkan selepas prestasi pasukan tidak menentu.

X