Sukan Pelayaran: Pencarian Bakat SUKMA

Pencarian bakat muda pelayar perempuan menjadi keutamaan untuk kelas bot Optimist memandangkan ketandusan atlet perempuan di negeri Terengganu. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Pencarian bakat muda pelayar perempuan menjadi keutamaan untuk kelas bot Optimist memandangkan ketandusan atlet perempuan di negeri Terengganu. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Terengganu Darul Iman tidak menunggu lama untuk meneruskan sebarang program pembangunan sukan di negeri ini walaupun bahang meraih kejayaan juara keseluruhan di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 masih hangat diperkatakan. Terkini Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu (TESA) dan Persatuan Luncur Layar Negeri Terengganu (TWSA) telah berganding bahu untuk menjalankan Program Pencarian Bakat Sukan Pelayaran yang menjadi sebahagian dari Program Pembangunan Sukan Negeri Terengganu.

Kelas bot Optimist adalah kelas asas pelayaran bagi pelajar sekolah terutama untuk sekolah rendah. Kredit Foto - Terengganu Sailing Association - www.msiasailing.org
Kelas bot Optimist adalah kelas asas pelayaran bagi pelajar sekolah terutama untuk sekolah rendah. Kredit Foto – Terengganu Sailing Association – www.msiasailing.org

Program pencarian bakat ini yang juga dikenali sebagai ‘Program My-Try Layar 2018’ adalah program persediaan sukan perahu layar untuk bersaing di pentas acara dwi-tahunan SUKMA 2020 di Johor nanti.





Program ini menyasarkan penyertaan peserta seawal usia di bangku sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah di usia 15 tahun ke bawah sahaja. Pencarian bakat muda di peringkat umur sedemikian adalah untuk memastikan program pembangunan yang akan berlansung selama 2 tahun hingga ke temasya SUKMA Johor 2020 tercapai. Hal sedemikian adalah kerana had umur yang ditetapkan kepada setiap atlet yang bertanding bagi temasya dwi tahunan ini.

Kelas bot Windsurfing merupakan kelas pembangunan asas pelayaran bagi kelas-kelas windsurf. Kredit Foto - Terengganu Sailing Association - www.msiasailing.org
Kelas bot Windsurfing merupakan kelas pembangunan asas pelayaran bagi kelas-kelas windsurf. Kredit Foto – Terengganu Sailing Association – www.msiasailing.org

Setiap peserta yang berminat dikehendaki hadir ke Pusat Latihan Perahu Layar Negeri Terengganu yang terletak di Duyong Marina Resort pada 19 & 25 Oktober 2018. Sesi pendaftaran dilakukan sebanyak dua kali untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian khusus dari para jurulatih di samping mengenal pasti peserta yang layak untuk digilap sebagai atlet profesional. Konsep ‘buddy & mentoring’ diterapkan sepanjang program ini untuk memastikan program ini mencapai matlamat dan bukan sekadar melengkapkan kalendar pembangunan sukan di negeri ini. Taklimat berkenaan program ini juga turut diberikan kepada para ibu bapa dan penjaga di hari pendaftaran agar mereka mendapat maklumat yang jelas.

Program ini menyasarkan pencarian bakat atlet bagi disiplin Optimist dan juga disiplin ‘Windsurfing Bic Techno’ selain beberapa disiplin lain untuk sukan air ini yang juga turut diberi perhatian. ‘Program My-Try Layar’ dijadualkan bermula dari 15 sehingga 31 Oktober bertempat di pusat Latihan Perahu layar negeri Terengganu, Duyong Marina Resort. Setelah tamat program pengenalan ini, para peserta terpilih untuk layak ke program seterusnya yang dikenali sebagai ‘Program My-Try Layar More’ yang akan bermula pada 1 hingga 5 November 2018.

Program My-Try Layar 2018
Tarikh Program: 15hb hingga 31hb Oktober
Taklimat Penjaga/Waris & Peserta: 19hb Oktober dan 26hb Oktober
Venue: Pusat Latihan Perahu layar Negeri Terengganu, Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.

*Waktu pendaftaran bermula dari jam 0830 hingga jam 1000am pada 19 dan 26 Oktober 2018 (2x sesi pengambilan peserta)

Muat turun maklumat penuh program & borang pendaftaran di – http://penyusukan.com/download/Pelayaran/PenyuSukandotocom-Maklumat_BorangPendaftaran_Program-MyTryLayar2018.pdf

Sebarang perkembangan terkini aktiviti sukan pelayaran negeri Terengganu sila lawati – https://www.msiasailing.org atau laman Facebook – https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA/

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2024

14decalldayINTERNATIONAL GOLDEN MONSOON RIDE 2024

20decalldayRTES ENDURANCE RIDE

27decalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Kedua

X