Ragbi: Ketua Jurulatih Skuad Piala Agong Diumumkan

Mohd Mazuri Sallehudin atau lebih mesra dengan panggilan 'Kobau' turut pernah menyandang jawatan sebagai pengurus besar Kesatuan Ragbi Malaysia sejak 2013 sehingga Mac 2018. Kini beliau bersama pasukan KL Saracens untuk meneruskan jawatan pengurus besar. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Mohd Mazuri Sallehudin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Kobau’ turut pernah menyandang jawatan sebagai pengurus besar Kesatuan Ragbi Malaysia sejak 2013 sehingga Mac 2018. Kini beliau bersama pasukan KL Saracens untuk meneruskan jawatan pengurus besar. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) dalam satu hebahan di laman Facebook rasmi persatuan telah mengumumkan pelantikan ketua jurulatih untuk membimbing skuad pasukan negeri ini ke cabaran Kejohanan Piala Agong 2018 edisi ke-36 yang akan bermula pada 6 Oktober 2018 nanti. Bekas pengurus besar Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) dan juga jurulatih berpengalaman besar Mohad Mazuri Sallehudin atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Kobau’ secara rasmi dipilih sebulat suara oleh pihak PRNT setelah membuat penilaian ke atas beberapa calon yang dicadangkan.

Kobau yang telah menyandang jawatan selaku pengurus besar KRM bermula pada tahun 2013 sehingga Mac 2018 kini disambar oleh pasukan KL Saracens untuk jawatan yang sama. Bekas pemain kebangsaan berpengalaman besar ini juga turut memiliki beberapa sijil kelayakan dan kejurulatihan dari World Rugby(dahulu dikenali sebagai International Rugby Board – IRB) selaku badan induk dunia sukan ini. Terkini ketua jurulatih ini juga baru sahaja menamatkan kursus kejurulatihan (World Rugby Trainer Course) di Dubai pada September lalu. Sebelum itu, anak jati Negeri Sembilan ini telah memulakan kerjaya sebagai pemain ragbi sejak tahun 1998 sehingga 2010 bersama pasukan NS Wanderers.





Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi) dari Universiti Malaya ini bakal memulakan tugas selaku ketua jurulatih seawal hujung minggu ini(29 September 2018) untuk membuat penilaian pemilihan pemain di kalangan anak jati negeri Terengganu. Persiapan pasukan akan disegerakan memandangkan perlawanan pertama bakal membuka tirai tidak lama lagi dan negeri Terengganu bakal menjadi tuan rumah untuk menentang pasukan negeri Perak nanti.

Mohd Mazuri Sallehudin kini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih negeri Terengganu dalam membawa misi ke pentas Kejohanan Piala Agong 2018 Ke-36. Kredit Foto - Sukandaily.com.my
Mohd Mazuri Sallehudin kini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih negeri Terengganu dalam membawa misi ke pentas Kejohanan Piala Agong 2018 Ke-36. Kredit Foto – Sukandaily.com.my

PROFIL KETUA JURULATIH NEGERI TERENGGANU SKUAD RAGBI PIALA AGONG 2018

NAMA: MOHD MAZURI SALLEHUDIN
TARIKH LAHIR: 13 SEPTEMBER 1976
TEMPAT LAHIR: RANTAU, NEGERI SEMBILAN.

PENCAPAIAN SUKAN RAGBI:
SELAKU PEMAIN MUNCUL JUARA –
a)PIALA AGONG BERSAMA PASUKAN NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2000 SEHINGGA 2003.
b) 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN BERSAMA PASUKAN NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2002 DAN 2003

SELAKU JURULATIH MUNCUL JUARA –
a) 7 SEPASUKAN KEBANGSAAN BERSAMA PASUKAN NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2011

PENGALAMAN/JAWATAN SEBAGAI JURULATIH
a) TAYLORS COLLEGE 2010
b) UNIVERSITI MALAYA 2011
c) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2012
d) MALAYSIA U23 7s 2012
e) MALAYSIA 15s 2013

SIJIL KELAYAKKAN:
a) WORLD RUGBY EDUCATOR
b) WORLD LEVEL 2 RUGBY STRENGTH & CONDITIONING
c) WORLD RUGBY LEVEL 2 7s COACHING
d) WORLD RUGBY LEVEL 3 15s COACHING

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X