
Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang baharu ditubuhkan untuk memenuhi syarat wajib saingan pasukan di musim hadapan mula mengorak langkah dengan merangka ekosistem sukan bola sepak secara menyeluruh bagi negeri Terengganu. Penswastaan pasukan bola sepak negeri ini yang tidak hanya memfokuskan untuk kejuaraan, malah turut perlu melalui proses transfomasi ekosistem bola sepak moden melalui suntikan penjenamaan entiti itu sendiri.
Meletakkan moto ‘Win Back Mission’ sebagai azimat yang perlu diterjemahkan oleh barisan pengurusan, dalam usaha untuk memperkukuhkan TFC sebagai jenama pasukan nombor satu di persada bola sepak negara. Selain tanggungjawab mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan di musim hadapan, entiti berstatus sendirian berhad ini juga kini sedang giat mengatur langkah bersama pemegang-pemegang taruh dalam usaha menjana pendapatan kepada pasukan yang menjadi keutamaan. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi venue rasmi bagi TFC juga turut bakal menerima tambah nilai tersendiri di mana akan diwujudkan galeri khas yang bakal memberi impak pada sektor pelancongan sukan.

Perancangan itu telah dizahirkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh pada satu majlis yang telah menghimpunkan bekas pemain -pemain bola sepak negeri ini di era 60an sehingga 2000. Program yang merapatkan hubungan silaturrahim dan berkongsi pandangan serta pengalaman dalam arena bola sepak juga turut menjadi serampang dua mata buat TFC untuk merencanakan program yang dirancang nanti.

“Perancangan pada masa akan datang kita akan buat stadium ini sebagai stadium tour macam Jeventus sebagai contoh dan sebagainya. Jadi kita tengok black and white ini sinonim dengan Jeventus. Jadi itulah sebabnya kita rasa walaupun kita tidak sampai peringkat JDT tapi kita berusaha ke arah supaya menjadikan stadium ini tempat himpunan anak muda dan sebagainya yang kita akan buat untuk menjana pendapatan TFC itu sendiri lah.”, berkata Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd kepada PenyuSukan.com





















Jaya Bakti Chendering FC raih kemenangan pertama dalam aksi sulung Liga Copa Kuala Terengganu 2019 setelah menewaskan pasukan Tanjong Shahbandar FC berkesudahan 2 berbalas 1. Namun sebelum itu gawang Jaya Bakti dikejutkan dengan gol pembukaan yang disempurnakan oleh Tiarramon bin Othman melalui tendangan penalti pada minit ke-36 separuh masa pertama permaianan.












Terengganu Hanelang bermula dengan langkah kanan apabila memperolehi kemenangan sulung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan acara bola sepak setelah menewaskan pasukan Johor berkesudahan 2 berbalas 1 gol di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah. Menambah manis apabila gol pembukaan juga menjadi milik pasukan Terengganu Hanelang di minit ke-28 separuh masa pertama yang disempurnakan oleh pemain Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali.

