Kursus Asas Tenpin Bowling 2018

Kursus melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sukan boling secara terus kepada peserta yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC).
Kursus melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sukan boling secara terus kepada peserta yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC).

Pelopor akademi sukan boling di negeri Terengganu; Akademi Penyu Emas(Golden Turtle Academy) bakal mengadakan satu ‘Kursus Asas Tenpin Bowling 2018’ kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari sukan boling ini.

Kursus yang dianjurkan bersama pihak Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang melibatkan pembelajaran teori dan praktikal sepenuhnya bakal berlansung di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu pada 2 November 2018 nanti.





Pembelajaran teori akan diadakan di sebelah pagi manakala praktikal di sebelah petang merupakan tentatif program yang telah dirangka untuk peserta kursus.

Sebanyak RM50.00 yuran penyertaan dikenakan adalah amat berpatutan di mana sepanjang sesi kursus ini dikendalikan jurulatih-jurulatih bertauliah dari Malaysian Tenpin Bowling Congress(MTBC) yang menjadi badan induk mengawal selia sukan boling di peringkat kebangsaan.

Pembelajaran teori merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui seperti pengenalan jenis-jenis bola dan kasut khusus untuk sukan tenpin boling, pemahaman teknikal tempat pertandingan(venue) seperti pin, lane, arrow, dot & foul line, keselamatan, permarkahan dan lain-lain yang akan diajar nanti.

Manakala pembelajaran praktikal melibatkan teknik-teknik gerakan badan yang betul, teknik balingan dan kawalan bola, keselamatan dan lain-lain seperti mana dilakukan oleh pemain profesional.

Sememangnya pengisian program kursus ini merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan memandang ramai di antara peminat sukan ini tidak mendapat pencerahan yang sewajarnya untuk bermain selama ini. Melalui kursus ini setiap peserta dapat memperkemaskan teknik permainan di samping menambah ilmu pengetahuan tentang sukan ini yang dipandang remeh khususnya melibatkan faktor keselamatan.

Untuk rekod, Akademi Penyu Emas(Golden Turtle Academy) merupakan pelopor penubuhan akademi sukan boling di negeri Terengganu yang menyasarkan program pembangunan bagi atlet yang masih di bangku sekolah. Akademi ini juga turut menjalin kerjasama bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu (USPTNT) untuk memastikan setiap program pembangunan yang dijalankan ini adalah berkualiti.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang telah ditubuhkan di setiap negeri adalah di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri untuk mengenal pasti bakat-bakat pelapis sukan dan memberi peluang ke peringkat lebih tinggi. Sehingga kini terdapat 70 atlet yang mengikuti program pembangunan yang disediakan oleh pihak akademi ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

018 386 6090 Puan Aishah
013 923 6000 Encik Jang

atau lawati laman Facebook – https://www.facebook.com/GoldenTurtleAcademyTerengganu

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

february, 2024

21feballdayLiga Federasi Lawn Bowls Malaysia (MLBF) Zon Pantai Timur

25feballdayKejohanan Lawn Bowls Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun Kebangsaan

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

X