32 Atlet TEJA Terima Insentif Kemenangan

YM Datuk Tengku Farok Hussin(dua dari kiri), Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus diringi Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu menyampaikan insentif kepada para atlet. Kredit Foto - PenyuSukan.com
YM Datuk Tengku Farok Hussin(dua dari kiri), Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus diringi Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu menyampaikan insentif kepada para atlet. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Persatuan Judo Negeri Terengganu(TEJA) sekali lagi meneruskan kecemerlangan pencapaian apabila warga persatuan termasuk para jurulatih dan atlet telah dianugerahkan insentif kemenangan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) dalam satu majlis baru-baru ini. Insentif kemenangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan dorongan buat persatuan di atas kejayaan di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung pada 7 & 8 April lepas.

Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) ini telah berlansung di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus turut disempurnakan oleh Encik Ibni Amin Bin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama YM Datuk Tengku Farok Hussin, Timbalan Ketua Kontijen SUKMA Terengganu 2018 merangkap Pegawai Daerah Kuala Nerus. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus merupakan agensi kerajaan negeri dipertanggungjawabkan menjadi bapa angkat untuk membantu persatuan ini terus berdaya saing.





Sebahagian barisan judoka pasukan Persatuan Judo Negeri Terengganu bawah 21 tahun di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23. Kredit Foto - Persatuan Judo Negeri Terengganu
Sebahagian barisan judoka pasukan Persatuan Judo Negeri Terengganu bawah 21 tahun di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23. Kredit Foto – Persatuan Judo Negeri Terengganu

Sebanyak 15 pingat emas , 6 pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya diraih oleh 32 atlet TEJA sekaligus melayakkan untuk menerima insentif kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM26,200.00 keseluruhan. Farah Aqilah Binti Azlan merupakan atlet yang menerima ganjaran tertinggi sebanyak RM1500.00 setelah berjaya merangkul 1 pingat emas bagi acara 52kg ke atas dan 1 pingat gangsa bagi acara Juno Kata(Uke).

Marjan Abdullah turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dari pihak TEJA kepada YM Datuk Tengku Farok Hussin. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Marjan Abdullah turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dari pihak TEJA kepada YM Datuk Tengku Farok Hussin. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Encik Ali Tengah selaku pengurus pasukan dan juga barisan jurulatih yang diketuai oleh Marjan Abdullah bersama jurulatih Nor Izzatul Fazlia Mat Tahir dan Mohd Firdaus Jusoh turut menerima insentif sebanyak RM1000.00 setiap seorang .

Pada kejohanan kebangsaan remaja yang melibatkan 2 kategori peringkat umur ini, TEJA telah berjaya merangkul 8 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa bagi kategori peringkat umur bawah 21 tahun. Manakala bagi peringkat umur bawah 15 tahun sebanyak 7 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa berjaya dibawa pulang. Sebanyak 15 pasukan dari pelbagai negeri termasuk sekolah bertaraf Sekolah Sukan Malaysia telah bertanding di Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung di Dewan Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia ini.

Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) telah berlansung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE) telah berlansung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Hasil kejayaan ini sekali gus mampu memberi pentunjuk bahawa program pembangunan yang telah dijalankan dengan sempurna dan program persediaan atlet ke Sukan Malaysia Perak 2018 nanti kini berada di landasan yang betul.

 

Senarai Penerima Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan(SHAKE)

 BIL. 
NAMA
PINGAT
INSENTIF (RM)
 1. ALI BIN TENGAH(PENGURUS PASUKAN) 15 E, 6 P & 14 G RM 1000.00
 2. MARJAN BIN ABDULLAH (KETUA JURULATIH) 15 E, 6 P & 14 G RM 1000.00
 3. NOR IZZATUL FAZLIA BINTI MAT TAHIR (JURULATIH) 15 E, 6 P & 14 G RM 1000.00
 4. MOHD FIRDAUS BIN JUSOH(JURULATIH) 15 E, 6 P & 14 G RM 1000.00
 5. INTAN NUR HAYATI BINTI MAHATHIR 1 EMAS RM 1000.00
 6. DIANA RENEE BINTI ROSAZIZAN 1 EMAS RM 1000.00
 7. FARAH AQILAH BINTI AZLAN 1 EMAS & 1 GANGSA RM 1000.00
 8. ALYAA YASMEEN BINTI ROSALI 1 EMAS RM 1000.00
 9. FAKHRUL ADAM BIN JOSE M CRUZ@ FAUZI CRUZ 1 EMAS RM 1000.00
 10. MUHAMMAD IZHAM BIN HARUN 1 EMAS RM 1000.00
 11. MUHAMMAD NUR MUIZUDDIN BIN MAHSAN 1 EMAS RM 1000.00
 12. FAIZ DANIAL BIN RAFIQUL ISLAM 1 EMAS RM 1000.00
 13. MUHAMMAD DARWIES HARIRI BIN RAZALI 1 EMAS RM 1000.00
 14. NUR AIN HAFIEZA BINTI AMRAN 1 EMAS RM 1000.00
 15. NOOR NASUHA BINTI MANSOR 1 EMAS RM 1000.00
 16. AISYAH NADIRA BINTI MOHD ZAKI 1 EMAS RM 1000.00
 17. WAN NURUL AISHAH BINTI WAN ZAKARI 1 EMAS RM 1000.00
 18. NOR SYALWANIE BINTI RAMLEE 1 EMAS RM 1000.00
 19. AFIQ DANISH BIN ZAPRI 1 EMAS RM 1000.00
 20. NASUHA BINTI MOHD KHAIRI 1 PERAK RM 700.00
 21. NURUL SAFIQAH BINTI MOHD RASLIN 1 PERAK RM 700.00
 22. TUAN NURHAZWANI BINTI TUAN AZIZ 1 PERAK RM 700.00
 23. MUHAMMAD ALIF ASNAWI BIN AZMAN 1 PERAK RM 700.00
 24. AIN NURSHAHIRAH BINTI NOR AZLY 1 PERAK RM 700.00
 25. MUHAMMAD AFOQ HAIKAL BIN A HALIM 1 PERAK RM 700.00
 26. AIMAN ZUL HAKIM BIN WAHI 2 GANGSA RM 100.00
 27. NUR ADILA BINTI ABDUL JALIL 2 GANGSA RM 1000.00
 28. WAN NURUL AISHAH BINTI WAN ZAKARI 1 GANGSA RM 500.00
 29. AKHMAR TASNIM BINTI MD AZHAR 1 GANGSA RM 500.00
 30. MUHAMMAD SYAMEER NORMAN BIN MOHD ZAID 1 GANGSA RM 500.00
 31. MOHAMAD AIZUL HILMI BIN ZAINUDIN 1 GANGSA RM 500.00
 32. MUHAMMAD FIZWAN BIN ABDUR RAHMAN 1 GANGSA RM 500.00
 33. MOHAMAD FAIZAL BIN MOHAMAD SHAFEI 1 GANGSA RM 500.00
 34. NIK MOHAMAD ALFIAN BIN NIK AZMAN 1 GANGSA RM 500.00
 35. HAYKHAL RIDZUAN BIN EDI SUTEJO 1 GANGSA RM 500.00
 36. ZURAIDA BINTI AHMAD 1 GANGSA RM 500.00
KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2024

14decalldayINTERNATIONAL GOLDEN MONSOON RIDE 2024

20decalldayRTES ENDURANCE RIDE

27decalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Kedua

X