Ragbi Piala Agong Ke-36: Penyu Belasah Seladang

Aksi kapten pasukan Terengganu; Mohamad Nasharuddin bin Ismail(pelindung kepala kuning) bermain di posisi scrum half dalam perlawana sulung menentang Perak bertempat di padang ragbi Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Aksi kapten pasukan Terengganu; Mohamad Nasharuddin bin Ismail(pelindung kepala kuning) bermain di posisi scrum half dalam perlawanan sulung menentang Perak bertempat di padang ragbi Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Finalis edisi lalu, pasukan ragbi negeri Terengganu bermula cemerlang dalam perlawanan sulung kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36 setelah membelasah Perak berkeputusan 65 berbalas 14. Kutipan mata yang diterjemahkan melalui 11 try dan 5 conversion berjaya disempurnakan oleh pasukan negeri ini di bawah kendalian Mohd Mazuri Sallehudin selaku ketua jurulatih. Skuad Penyu yang beraksi di laman sendiri bermula garang apabila berjaya memperolehi jatuhan try pertama seawal minit ke-3 disempurnakan oleh Muhammad Haikal bin Ibrahim.

Barisan para pemain bersama jurulatih & pegawai Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang membawa cabaran dalam kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Minit demi minit permainan bermula dapat dilihat penguasaan penuh rentak permainan pasukan tuan rumah walaupun berlansung dalam cuaca panas di padang Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Pasukan lawan kian hilang menambah duka apabila 2 pemain turut memperolehi kutipan kad kuning pertama dalam perlawanan pembukaan di separuh masa pertama. Kutipan mata 7 try dan tambahan 4 tendangan conversion yang berjaya disempurnakan sekaligus berjaya menafikan tanpa sebarang kutipan mata oleh pasukan Seladang pada separuh masa pertama.





Larian pantas oleh pemain outside center Terengganu; Muhammad Haikal bin Ibrahim(kanan) berjaya mendapatkan mata try pertama seawal minit ke-3 permainan dalam perlawanan sulung kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 menentang Perak bertempat di padang ragbi Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Larian pantas oleh pemain outside center Terengganu; Muhammad Haikal bin Ibrahim(kanan) berjaya mendapatkan mata try pertama seawal minit ke-3 permainan dalam perlawanan sulung kejohanan ragbi Piala Agong 2018 Ke-36 menentang Perak bertempat di padang ragbi Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

5 minit setelah bermula separuh masa kedua, Stanly Sedry Stephen sekali lagi berjaya menambah mata melalui larian pantas untuk jatuhan try ke-3 permainan di sudut padang. Walaupun pemain flyhalf; Aliff Sazrie bin Azmi kurang bernasib baik untuk menambah mata melalui tendangan conversion namun selang 4 minit kemudian pemain gantian Muhamad Faiz Izzuddin bin Azmi berjaya menambah mata melalui try. Kutipan mata try pertama buat pasukan Seladang hadir di minit ke-56 permainan melalui pemain gantian Mohd Shah Irwan bin Nordin setelah kesilapan mudah oleh pasukan tuan rumah. Kesilapan mudah itu juga turut memudahkan pasukan Seladang ini menambah mata melalui tendangan conversion.

Aksi pemain prop Terengganu; Lawrence Petrus untuk membuat jatuhan try ke-10 pada minit ke-69 permainan dalam aksi sulung menentang Perak dalam kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Aksi pemain prop Terengganu; Lawrence Petrus untuk membuat jatuhan try ke-10 pada minit ke-69 permainan dalam aksi sulung menentang Perak dalam kempen kejohanan ragbi Piala Agong 2018 edisi ke-36. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Asakan demi asakan padu barisan pemain hadapan skuad Penyu menebuk pertahanan lawan akhirnya memberi ruang kepada Lawrence Petrus untuk menyempurnakan kutipan mata try ke-10 di minit ke-69 permainan. Aliff Sazrie bin Azmi menyempurnakan tugasnya dengan melengkapkan tambahan 2 mata lagi melalui tendangan conversion. Walaupun skuad Penyu mendahului selesa untuk menguasai perlawanan, Muhammad Haikal bin Ibrahim yang telah mengutip 2 mata try juga turut mengutip kad kuning pertama buat pasukan di minit ke-72 permainan. Turut bersama berkongsi kerusi sinbin adalah pemain import Fiji Timoci Vunimoku yang turut menyimpan kad kuning di minit-minit akhir permainan ini. Skuad tuan rumah yang beraksi dengan 13 pemain dimanfaat sepenuhnya oleh Seladang untuk menambah try dan conversion.

PenyuSukandotcom - Persatuan Ragbi Negeri Terengganu - Kejohanan Piala Agong 2018 - Perlawanan Pertama

Namun layangan kad kuning bukan noktah buat skuad Penyu ini apabila kutipan mata try terakhir berjaya disempurnakan oleh Stanly Sedry Stephen di minit-minit akhir permainan. 4 try berjaya dilakukan meletakkan pemain ini pengutip mata terbesar buat pasukan bagi sepanjang perlawanan ini. Untuk rekod, Stanly Sedry Stephen bersama Muhammad Haikal bin Ibrahim, Azam Fakhrullah bin Abd Razak dan Muhammad Faris bin Abdullah di dalam skuad Piala Agong ini juga turut telah beraksi mewakili negeri Terengganu di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 pada September lalu.

Seterusnya skuad Penyu dijadualkan untuk bertemu pasukan Kedah dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Premier ini pada 13 Oktober ini bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim. Kedah selaku pasukan di tempat ke-4 pada edisi lalu meraih kemenangan pertama dalam perlawanan pertama di tempat lawan setelah menentang Johor. Manakala pasukan Perak selaku pasukan di tempat ke-3 pada edisi lalu bakal menjadi tuan rumah untuk aksi kedua mereka menentang Johor selaku penyandang juara.

 

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2018 Ke-36

*Senarai pemain negeri Terengganu Darul Iman bagi perlawanan menentang Perak

  BIL.  
  POSISI  
NAMA
  1.  PROP   LAWRENCE PETRUS  **
  2.  HOOKER   AZAM FAKHRULLAH
BIN ABD RAZAK
  3.  PROP   CARL DYLAN HUBERT
  4.  LOCKS   MUHAMMAD SAMEER
BIN M. SANI SUNDER
  5.  LOCKS   AVIEN AZREEN BIN PERMAN
  6.  FLANKER   MUHAMMAD FARIS
BIN ABDULLAH  **
  7.  FLANKER   MUHAMMAD HANIS
BIN MOHAMMAD  **
  8.  NO. 8   TIMOCI VUNIMOKU
  9.  SCRUM HALF   MOHAMAD NASHARUDDIN
BIN ISMAIL  *
  10.  FLY HALF   ALIFF SAZRIE BIN AZMI  ***
  11.  INSIDE CENTER   SEVANAIA NATUITAGALUA
NAITONICAGI  **
  12.  OUTSIDE CENTER   MUHAMMAD HAIKAL
BIN IBRAHIM  **
  13.  INSIDE WINGER   STANLY SEDRY STEPHEN  **
  14.  OPEN WINGER   MUHAMMAD AZIZUL HAKIM
BIN CHE OON
  15.  FULLBACK   AKMAL NASHREN BIN ABD. MALIK
PEMAIN GANTIAN
  16.  LOCKS   MOHD SHUKRI BIN LORDIN
  17.  PROPS   CAPHRYAN DHANNY GISANG
  18.  PROPS   MUHAMMAD SUFFI MUSTAQIM
BIN OTHMAN
  19.  PROPS   MUHAMMAD AMIRUL AZAMUDDIN
BIN ADAM
  20.  BACKS   MUHAMMAD HAKIMIE
BIN BADRUL HISHAM
  21.  BACKS   MOHAMAD FARIS BIN PEAD
  22.  BACKS   MUHAMAD FAIZ IZZUDDIN
BIN AZMI  **
  23.  BACKS   OSEA NAVORI NAIOVA

* – Kapten pasukan
** – Berjaya mendapat kutipan mata try
*** – Berjaya mendapat kutipan mata tendangan conversion

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X